CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: EJALTI

[Tempatan] Ain Husniza dan ibu bapanya dituntut bayar pampasan RM1 juta oleh guru lelaki. #

[Copy link]
Post time 6-8-2021 08:32 PM | Show all posts
nw111 replied at 6-8-2021 07:38 PM
Budak tu ada sebut ke nama cikgu dlm tiktok? Aku x tgk pun

Aku pun tak tengok.


Tetapi persoalan pasal hukuman ke atas guru tu dah selesai. Kalau pasal guru tu nak saman, memang gambar dia, sekolah dia, ada saja dalam thread lama di forum ini. aku rasa di mana2 pelusuk internet masa kes ini hot dulu pun bertebaran gambar guru tu....




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 08:37 PM | Show all posts

ya ampun... aku berharap la kedua pihak berdamai... jadik macam ni pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
keluarga ain sman balik cikgu tu rm5 juta
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 6-8-2021 08:32 PM
Aku pun tak tengok.



Macamana boleh point kat dia...ain tu ke yg share
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:22 PM | Show all posts
Edited by nurul_akmar at 6-8-2021 09:27 PM

baru satu kes.. dah panas bontot byk pihak.  berapa byk kes sexual harrasemnt mcm ni yg x report.. disuruh mangsa senyap je.. pengetua pon panggil ain ni ape tah.. anak setan.. kalau aku xsalah baca la.. xtau betul ke salah.. before viral rasanya ain tu dh report ke kaunselor sekolah.. tp no action taken jugak.. so mana keadilannya.. mmg xde bukti.. tp rasanya 1 msia tau yg kes ala2 ain mcm ni mmg wujud..  kalau bukan cikgu ain ni yg buat, mmg ada je guru2 lain yg buat tp xde sape berani report. atau disalahkan mangsa..

aku penah baca kat mana tah, mmg budaya kita ada yg menyalahkan mangsa.. contoh, mangsa p rumah pakcik A ni.. dia kena gangguan sexual. balik umah, dia report kat mak dia.. skali mak dia marah dia. "yang ko gatal p umah dia buat ape. kan dah mendapat."

tengok mentaliti sesetengah org kita.. bukan dia nk salahkan pemangsa.. dia salahkan mangsa lagi adalah.. manalah budak tu x tertekan.. tu belum kes kena cabul/rogol ngan bapak sendiri or abg sendiri or datuk sendiri. siap merayu jgn report.. malu kat org.. soh jaga nama baik.. kalau bercerai xde tempat bergantung.. yg ni pon mebi mangsa xde bukti juga.. tp kita tau menda tu berlaku..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 6-8-2021 08:32 PM
Aku pun tak tengok.



Ye ke..aku folow kes budak ni...seingat aku takde langsung info nama ke gambar ke pasal cikgu pj ni...yg ada gambar2 cikgu lain yg tak berkenaan yg komen lucah dan maki hamun si ain ni kat fb ada lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2021 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha Ain dengan bapaknya saman cikgu tu rm5juta plak..atas alasan tekanan emosi. Haha. Tak habis2la cmni.
Masa ko buat tiktok sebarkan kat media sosial takda plak fikir tekanan emosi dan malu cikgu tu. Sampai orang korek2 sekolah mana,muka dan FB cikgu tu.
Cikgu tu diam je..sikit tak berkutik..cikgu tu pun dah terima hukuman dia kan.belah Ain NGN bapaknya banyak bunyi. Okla tggu jelah siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mssuci replied at 6-8-2021 01:19 PM
Korang ni tk faaham kot ni saman fitnah. Mg la tk sebut nama ckg tu.. Tp org tau sekolah ain, org ta ...

Kan. Kes dan fitnah dan memalukan. Kes Ain dah report pasal cikgu tu melucah dah Setel rasanya Sebb cikgu tu dapat hukuman pindah serta merta kan. Tapi tekanan dia dan malu tetap la dapat.
Cikgu tu tetap salah melucah. Tapi hak dia la nak saman atas dasar malu ke apa..korang faham tak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn replied at 6-8-2021 02:11 PM
cikgu ade hak nk saman. negara demokrasi, dia ada duit pasanh lawyer, saman je la. ang pa plak perti ...

Cikgu tu ada hak nak defend diri dia atas sebab sebaran maklumat peribadi dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:32 PM | Show all posts
nw111 replied at 6-8-2021 09:16 PM
Macamana boleh point kat dia...ain tu ke yg share

Ini kena faham betul situasinya..


Pertama bila ada diluar mahkamah, maka kita tahu betul bahawa tik tok ain itu memang ditujukan kepada guru tersebut. Tiada langsung keraguan tentang itu.

Didunia mahkamah, ianya bukan sahaja kira siapa betul siapa salah... ini kerana ada ruang untuk menang dalam perbicaraan menggunakan ruang seperti kesilapan teknikal. Tetapi perkara ini terpulanglah kepada peguam masing2 untuk rangka strategi peperangan supaya pihak lawan membuat  kesilapan teknikal.... contohnya spt mengatakan ain tak tuju tiktok tu kepada guru tetapi secara umum sahaja(contoh). ... kalau kita orang luar nak fikir pasal ni maka susah skitlah sbb kita perlu banyak butir2 saman masing2... skrang ni rasanya peguam masing2 sedang rangka strategi

Cadangan peguam ain untuk counter attack sebenarnya sangat menguntungkan peguam2 ni semua...duit masyukkk

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni byk penyokong. Kemain kau dek... 5 juta..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 6-8-2021 09:32 PM
Ini kena faham betul situasinya..



Tak.. maksud i kalau ain x sebut nama... cane org blh tuduh cikgu tu...sampai gambar tersebar..sapa yg menyebar
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:39 PM | Show all posts
mrsamz replied at 6-8-2021 09:25 PM
Ye ke..aku folow kes budak ni...seingat aku takde langsung info nama ke gambar ke pasal cikgu pj n ...

aku tak ingat pasal kandungan tik tok.... tetapi adalah forumer tepek pic guru tu dalam thread lama. aku baca thread tu saja.. lebih dari tu tak nak buat andaian lebih2

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 09:43 PM | Show all posts
nw111 replied at 6-8-2021 09:35 PM
Tak.. maksud i kalau ain x sebut nama... cane org blh tuduh cikgu tu...sampai gambar tersebar..sap ...

bukan rumit pun. ... orang tahu sekoalh ain, ada ramai yang tahu.. bayangkan satu sekolah ain ni tau sebab yang ajar kelas pj di kelas aini ini cuma seorang. Jadi salah seorang warga sekolah boleh saja cerita kepada orang lain dan cerita itu akan ada domino effect....berantai-rantai akhirnya sampai dimedia sosial.. benda senang berlaku kerana ada latarbelakan kes viral yang besar...

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 6-8-2021 09:39 PM
aku tak ingat pasal kandungan tik tok.... tetapi adalah forumer tepek pic guru tu dalam thread lam ...


Betul ke ada gambar cikgu PJK sekolah ain tu tersebar? Yang aku tau mmg ada gambar cikgu tersebar, tapi sebab diorang tulis komen2 jijik kat facebook. So orang screenshot sebab buat komen macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 10:13 PM | Show all posts
miss_perfect replied at 6-8-2021 10:01 PM
Betul ke ada gambar cikgu PJK sekolah ain tu tersebar? Yang aku tau mmg ada gambar cikgu terseba ...

hairanlah knp ramai yg tak nampak gambar guru tu dlm thread lama dalam forum ni. Cubalah korek mana tau jumpa.. aku memang malas dah nak tengok balik thread2 lama pasal isu ni... baik aku tengok movie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 6-8-2021 10:13 PM
hairanlah knp ramai yg tak nampak gambar guru tu dlm thread lama dalam forum ni. Cubalah korek man ...

Aku yakin mmg takde..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 10:20 PM | Show all posts

tak mau kena probok sampai aku kena cari pulak.. ... bye all, baik sambung menonton movie semalam cerita kungfu.. selamat mencari
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsamz replied at 6-8-2021 10:16 PM
Aku yakin mmg takde..

Kat facebook aku ada nampak gambar cikgu lain yg kena viral sebab komen tak senonoh. Tapi aku tak pernah nampak gambar cikgu pjk ni. Kalau ada mesti dah tersebar kat mana2 esp twitter. Awat warga twitter tak tau pun nama cikgu tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2021 11:42 PM | Show all posts
Isu jenaka rogol: Petisyen Ain Husniza dilancar terhadap kerajaan

https://www.utusan.com.my/terkin ... -terhadap-kerajaan/

Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
6 Ogos 2021, 8:43 pm


PETISYEN pelajar sekolah berkenaan isu jenaka rogol, Ain Husniza Saiful Nizam dilancarkan terhadap kerajaan untuk membebaskannya daripada tindakan undang-undang Akta Hasutan 1948.

KUALA LUMPUR: Seorang individu tidak dikenali melancarkan petisyen terhadap kerajaan bagi membebaskan pelajar sekolah yang tular ekoran isu jenaka rogol, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948.

Petisyen itu dilancarkan menerusi laman web Change.org, yang membolehkan orang ramai memulakan kempen, menggerakkan sokongan dan bekerjasama dengan pembuat dasar untuk mencapai jalan penyelesaian berkenaan isu yang dibangkitkan.

Semakan Utusan Online mendapati, petisyen itu menyasarkan 150,000 tandatangan dan kini sudah ditandatangani oleh 108,147 pengguna.

Tandatangan berkenaan dijangka bertambah malah mungkin melebihi jumlah sebenar disasarkan.

“Pelajar Malaysia, Ain Husniza, yang pernah tular di media sosial kerana memanggil gurunya membuat jenaka lucah di kelas, didakwa mendapat surat permintaan untuk pernyataan fitnah, menerusi ciapan yang disiarkan pada 4 Ogos 2021,” kata petisyen itu yang memaparkan nama pengguna sebagai ‘hs.’.

Semalam, Ain Husniza dalam ciapannya di Twitter memberitahu dia secara tiba-tiba menerima surat tuntutan atas kenyataan fitnah yang didakwa dilakukannya.
“Hi, hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyataan-pernyataan fitnah. Dalam surat ini Ain diberi (masa) tujuh hari untuk semua tuntutan ini antaranya untuk membayar RM1 juta dalam ganti rugi.

“Saya hanya minta (agar) semua doakan urusan Ain dipermudahkan,” katanya beserta tanda pagar #MakeSchoolASaferPlace.

Semalam, media tempatan melaporkan, Ain Husniza menerima surat tuntutan daripada seorang guru lelaki untuk membuat permohonan maaf serta pampasan bernilai RM1 juta. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan tindakan undang-undang akan diambil.

Kisah Ain Husniza sebelum ini menjadi perhatian selepas dia membuat dakwaan di media sosial pada April lalu bahawa salah seorang gurunya memberitahu pelajar lelaki di kelas bahawa jika mereka ingin merogol seseorang, mereka patut menyasarkan orang berumur 18 tahun ke atas.

Sejak itu, dia mendapat sokongan ramai pihak namun pada masa sama berdepan dengan kritikan serta ancaman termasuk daripada rakan sekelasnya.

Timbalan pendakwa raya telah memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap seorang guru yang didakwa membuat jenaka rogol di kelas. – UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.207314 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list