Post time 30-1-2020 04:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Tunan at 30-1-2020 05:13 PM
Ok saja retepek
PERSONALITI
Hady Mirza tiada ‘pantang’ makan...
Dec 15, 2019 | 05:30 AM
YANG PENTING GEMBIRA: Hady Mirza (atas), yang menyifatkan masakan isterinya, Jannah Wahid sebagai ‘yang terbaik’, sebenarnya tiada pantang dari segi makanan sebelum membuat persembahan dan boleh makan apa sahaja yang beliau mahu kerana yang penting baginya adalah untuk memastikan dirinya gembira. – Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA & foto fail
BAKAT setempat, Hady Mirza, yang menyandang gelaran Idola Asia dan Idola Singapura kembali mencetus fenomena di pentas Gegar Vaganza (GV6).
Namun, tahukah anda apa makanan kegemaran bintang tanah air ini? Dan ke manakah kedai makan halal yang beliau tuju setiap kali pulang ke Singapura?
Berikut beliau berkongsi.
SOALAN: Memandangkan isteri Hady berasal dari Johor, apakah hidangan Johor kegemaran anda?
JAWAPAN: Saya dan isteri saya, Jannah Wahid yang berasal dari Parit Selangor, Pontian, Johor, sukakan laksa Johor.
JAWAPAN: Saya suka laksa Johor kerana laksa Johor yang dimasak isteri saya adalah yang terbaik! Masakan isteri saya juga semakin baik tapi kalau nak yang terbaik, tentulah masakan ibu kami. Isteri saya cuba ikut cara masakan ibu tapi dengan sentuhannya sendiri. Isteri saya juga suka masakan ibu saya seperti asam pedas.
SOALAN: Setiap kali Hady pulang ke Singapura, apa hidangan setempat yang Hady mesti nak makan?
JAWAPAN: Kalau di Singapura, saya selalu cari rojak India kerana rojak India di sini berbeza daripada di Malaysia. Saya juga cari sup tulang merah kerana kalau di Malaysia, hidangan ini susah nak dapat. Selain itu, saya juga kerap pergi ke tempat makanan laut seperti di East Coast dan Pasir Ris Park. Kalau bersama keluarga saya, kami selalu tunggu kalau ada majlis perkahwinan kerana bagi saya, keluarga sayalah yang ada khidmat katering makanan terbaik (Istana Wedding Services dan Mahkota Wedding Services).
SOALAN: Apa yang istimewa sangat tentang makanan yang disediakan khidmat katering keluarga Hady itu?
JAWAPAN: Keluarga kami sudah lama terlibat dalam khidmat katering bagi majlis perkahwinan dan nasi minyak dan ayam masak merah yang dimasak makcik saya adalah yang terbaik! Saya membesar dengannya. Apabila kami rewang semasa majlis perkahwinan, itulah pengalaman terbaik yang pernah saya lalui bersama sepupu dan saudara-mara saya.
SOALAN: Adakah makanan tertentu yang Hady akan makan atau elakkan sebelum membuat persembahan?
JAWAPAN: Sebenarnya, tak ada. Saya cuma memastikan saya banyak berehat dan minum air, selain melakukan latihan memanaskan badan sebelum menyanyi. Saya juga makan tiga jam sebelum membuat persembahan dan saya makan apa saja yang saya nak! Saya suka makanan pedas kerana ia menggembirakan saya.
Sebenarnya, tak ada. Saya cuma memastikan saya banyak berehat dan minum air, selain melakukan latihan memanaskan badan sebelum menyanyi. Saya juga makan tiga jam sebelum membuat persembahan dan saya makan apa saja yang saya nak! Saya suka makanan pedas kerana ia menggembirakan saya.
– Hady Mirza mengenai ‘amalannya’ sebelum naik pentas.