CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 26-9-2025 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
aaz replied at 25-9-2025 11:05 PM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/09/1450470/zara-qairina-pernah-suarakan-niat-cederak ...

Pasal hubungan mak dgn arwah, terpaling justice tak terima sb kata diaorg fitnah. Kalau tak baik,arwah takkan call mak dia.Diaorg tak tahu ke budak2 remaja ni kekadang dlm manja diaorg ada je menyimpan rasa tak puas hati.Kekadang kita ni sebagai mak pun tak kenal 100 % hati anak kita macam mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2025 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 26-9-2025 12:44 AM
Rasanya bukan dia novel dia mcm biasa2 je
Unsur ehem2 cemana ke uols tertukor dgn penulis Ombak Ri ...


Rindunya nak baca novel diaorg ni. Aisya sofea tu novel dah nak macam roti kirai pun ai simpan lagi.Jendela Hati. Kulit pun dah takde,buku dah terpisah 2  gigih simpan lagi.Esok nak ulang baca lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Inkues: Zara Qairina sering jadi suspek jika ada kes kecurian

Kota Kinabalu: Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering menjadi suspek setiap kali kes kecurian berlaku di sekolahnya.

Peguam Joan Goh berkata, Zara sering menjadi sasaran tuduhan kerana pernah terbabit dalam satu insiden terdahulu membabitkan botol air yang didakwa dicuri.
"Pada 14, 15 dan 16 Julai, setiap kali berlaku insiden kehilangan barang, Zara akan dipanggil oleh pelajar lain untuk menentukan sama ada dia yang mencuri atau sebaliknya.
"Menurut saksi, setiap kali berlaku kes kecurian, Zara akan disyaki kerana dia (dikatakan) pernah mengambil botol air milik orang lain, yang kemudiannya ditemui dalam lokernya," katanya kepada media semasa memberikan taklimat mengenai keterangan saksi ketiga dalam sesi sebelah petang.
Sementara itu, rakan sepasukan Goh, peguam Datuk Ram Singh berkata, dia juga terkejut dengan keterangan saksi ketiga, yang mendakwa terdapat penggunaan kata-kata kesat dalam kalangan pelajar.

"Puan Goh ada bertanya beberapa soalan, sama ada ini budaya mereka, atau ia datang dari sekolah, atau siapa yang mengajar mereka.

"Selain itu, saksi memberikan keterangan yang agak konsisten," katanya.

Dalam rumusan keterangan tiga saksi kanak-kanak, peguam Azhier Farhan Arisin berkata, Zara pernah dipanggil memberi penjelasan selepas seorang pelajar lain melaporkan kehilangan barang kepada ketua dorm.


Menurutnya, ketika Zara dipanggil untuk memberi penjelasan, satu lagi kejadian berasingan berlaku di dorm bersebelahan.
Tanpa arahan daripada pelajar senior, sekumpulan pelajar tingkatan satu bertindak menyelongkar dan memeriksa beg serta loker Zara.

Mereka kemudian menemui satu lencana yang dikatakan hilang dan didakwa milik salah seorang ketua dorm.

"Seorang ketua dorm menggunakan kata-kata tidak sopan terhadap Zara. Apabila lencana itu ditemui, seorang pelajar senior dilaporkan marah, walaupun Zara menafikan mengambilnya dan bersumpah dia tidak melakukannya," katanya.
Menurut keterangan saksi-saksi, selepas insiden itu berlaku, semua pelajar kembali ke bilik masing-masing, termasuk Zara.

"Mereka juga menyatakan pada malam 15 Julai, tiada apa-apa bunyi atau perkara luar biasa yang berlaku, tiada bunyi menunjukkan Zara dipukul atau diseret," katanya.

Prosiding inkues akan bersambung esok dengan dua lagi saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan.

#hari tu pun KW sebut juga nama arwah ada disebut dlm beberapa aduan mak A
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam pelajar A sgt bernasalah
Sekali dgn emak

Adakah pelajar A ini anak guam ram?

Kalau tengok gaya mak.. agak munasabah pakai loyar ram
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 12:15 PM | Show all posts
Edited by borrow at 11-10-2025 03:14 PM

semalam lawyer yg ckp kepung , etc tu diam je. Bila ckp pun off record hehe. Lawyer belah tertuduh pulak agak terbelit nk pilih perkataan. Tp klo takde apa2 , why impian Badar arwah dibangkitkan saksi knk2 ke 2. Tapelah yg penting hakim dgr sebijik2 keterangan saksi.


so stkt ni ...

- Tumbler milik student lain pnh dijumpai dlm loker arwah , so sheols selalu jd suspect utk kes kecurian.
- Pd mlm soal siasat , 7 budak dorm A-35 (dorm arwah) selongkar barang2 arwah dan menemui Pin Jalur Gemilang milik ketua dorm. Katanya deyols bertindak (selongkar) tanpa arahan sesiapa.


Saksi knk2 1 @ Pelajar A
- 15 july , 8.00 mlm , acik guard citer A mengadu dompet hilang dlm beg skolah . Ada duit rm300. Pagi ada , lps tu lesap.
- Hasil  siasatan KW , dompet sbnrnya tlh dijumpai di blog akademik pd ptg 15 july. Tp tidak dipulangkan pd mlm tu.
- Ic A pula dipegang guru hoki.

- Pelajar A sdg basuh baju sms arwah disoal siasat.

- 12 July , A ikut zara pulang ke sipitang.
- Sewaktu disana , zara disuruh basuh baju hingga pukul 2 pg .
- Ibu zara hantar deyols balik ke asrama. Masa dlm perjalanan , zara dimarahi ibu. So bila bersalam , zara nmpk spt tak ikhlas. Marah dgn ibunya.

- Pnh nmpk luka barcode kat lengan arwah

- A & Zara terlibat dlm kes seksual (3 org semuanya) , KW kata salah faham & ketiga2nya diberi kaunseling.

- KW ckp Kak M ugut nak touch lps zara & rakan letak nota sok sok orku , pdhl baru junior (ejek adik sheols).
- Audio yg tular dimainkan kat court , zara bagitau mak , yakin A difitnah ckp sok sok senior kat adik salah sorang student .

- Lawyer ckp A rapat dgn Zara tp bukan Bff. Aritu acik guard ada ckp A & rakan baik nak balik lepas zara jatuh. Family A duduk jauh , so mak kpd rakan baik A tu selalu ambil sheols dan anaknya sekali.




Saksi Kanak2 ke-2
- pd mlm 15 july , mengadu pd senior yg dompet dicuri & tuduh zara .  
- Zara dipanggil ke dorm A-36 , duduk di satu sudut , dikelilingi pelajar lain. Slps bersumpah tak curi duit , saksi klaim percaya dan minta maaf.
- Arwah menangis dan dihembar kata2 spt bodoh , sial.
- Kemudian dtg pula sorang pelajar tuduh arwah curi pin jalur gemilang. Pin dijumpai dlm locker arwah.
- Surat privasi zara yg menyatakan cita2 mahu jd BADAR diejek. Zara menangis.
- Saksi tidak dpt berbuat apa2 krn takut. Slps pelajar2 yg mengepungnya keluar , arwah turut berlari keluar dorm.

- Beritahu sorang guru pnh memarahi A dgn kata2 kesat. Dan Ketika A tiada di dlm kelas , guru terbabit ckp  “lebih baik bawa pulang anjing daripada pelajar A”.

- Saksi 1 & 2 ckp , arwah byk kali bertanya klo Terjun dari sini , adakah org akan syg padanya . Atau apakah rasanya.
- Salah sorang drp saksi ini juga beritahu , sejak April , Zara byk kali ckp kecewa dgn hidupnya. Tak layak hidup lebih baik mati. Catatan spt "Ya Allah knp aku dibenci , knp aku tidak disukai org lain" pnh ditimbulkan arwah- kedua saksi dakwa arwah cuba suicide 2 kali


* Lawyer kpd tertuduh klaim media salah lapor keterangan saksi ni (psl situasi soal jawab bilik dorm)
* apa jd dgn dompet saksi ni pula. Jumpa kew. Atau ekceli kefahaman ai ttg insiden dompet ni salah huhu.
* saksi ke-2 ni ke kwn baik kpd A? Yg A nak ikut balik slps arwah jatuh? atau org lain?





Saksi Knk2 ke-3
- bercerita apa yg berlaku dlm dorm
- tk nmpk zara menangis mebi ada benda menghalang spt tiang katil




Saksi knk2 ke-4
- penghuni dorm A36
- kata zara seorg yg baik
- 2 pelajar panggil zara. Zara duduk bersila mengadap salah sorang (yg juga duduk).
- Tiba2 bbrp org pelajar lg masuk dorm. Deyols berdiri dan zara duduk mengadap salah sorg yg berdiri.
- Seorg (senior) jerit  “budu sial , aku injak la kepala ko ni Zara” . Sgt kuat sampai didengari satu dorm.
- Tp tiada perkataan "mati" dikeluarkan.
- Ekceli perkataan spt bodoh , sial , anjing , gila - tho kasar tp biasa digunakan student2 kat situ.
- tak nmpk arwah diejek atau ketawakan.  
- tak ada mana2 kakak senior sentuh arwah.
- tak tahu kewujudan surat.
- Soal siasat berlansung selama 20 minit. Saksi pula masa tu tgh baring atas katil baca novel.
- Warden suruh pelajar naik ke asrama sbb hujan lebat dan angin kencang pd mlm tu, sbb tu duduk dlm dorm.



Saksi knk2 ke-5
- tidak terlibat dlm seisi soal siasat
- Nmpk Zara disuruh bersumpah , dan kemudian suruh kembali ke bilik tp zara kekal duduk saja di lantai.
- Kemudian sorang pelajar dtg dlm nada mara dan soal knp Pin Bendera ditemui dlm beg sheols sambil jerit 'bodoh. sial'
- Bbrp pelajar terus menyoal dan zara tetap nafikan.
- ternmpk pelajar2 sdg lihat surat berlipat dan zara masih duduk di lantai sambil tundukkan kepala.
- terjaga pukul 4 pg (16 July)
- arwah pakai baju yg sama pd mlm & pagi kejadian.
- sahkan kewujudan "circle 19". Ada 19 org dan semuanya satu tingkatan.Berkawan rapat dari awal.
- tabiat senior marah @ menegur jr dgn keras adalah budaya biasa. Deyols juga laluinya.
- kenal pasti guru yg merampas hp pelajar pd pg kejadian , krn penggunaan telefon tak dibenarkan di dorm.
- pelajar yg hp dirampas adalah ahli dorm zara
- tegaskan zara seorang yg ceria , peramah dan tak menunjukkan masalah mental


saksi knk2 ke-6
- 10.20 mlm (15 July) , zara masuk dorm utk jumpa pelajar senior
- Dipanggil utk 2 kes kehilangan dompet dipercayai dicuri
- saksi terdgr perbualan deyols tp tak jelas
- kemudian 4 senior ( 2 dikenali saksi) masuk dorm utk jumpa Zara
- dgr suara kuat spt memarahi zara tp tak dpt pastikan siapa yg berckp
- Keesokkan hari baru tahu siapa yg memarahi zara mlm tu.
- sheols tak mau layan kejadian tu
- Memaki perkara biasa tp selalunya antara kawan2.
- 11 mlm , zara keluar dorm sambil menangis
- saksi hantar surat privasi ke dorm zara dan ada student ( yg merupakan saksi yg sudah memberi keterangan sblm ni) terima surat tu. Student itu pun membaca surat itu.
- saksi merasakan zara terjun krn dituduh mencuri



saksi knk2 ke-8
- Saksi & zara setakat kawan biasa saja.
- Hanya Locker milik Zara saja yg rosak tak boleh berkunci , locker2 lain dlm bilik semua ok.
- Zara sentiasa menulis dlm bilik pd waktu ptg dan malam. Tp tak tahu brp buku diara yg arwah ada.
- Sblm mlm kejadian , saksi tak pasti zara ada konflik dgn pelajar lain krn arwah tak pnh mengadu kt sheols
- mlm 15/7 , saksi nmpk zara ke dorm sblh dan dpt tau arwah dipanggil.
- semua ahli dorm bilik Zara ada waktu spot check locker & beg zara. Tp sheols tak join (buat spot check).
- Dlm 15 minit deyols spot check , menyebabkan brg2 Zara berselerak.
- cuma jumpa pin lencana bendera milik senior dlm beg zara.
- lps kembali (dr dorm sblh) , zara menangis & menjerit menafikan tuduhan "aku nda curi bah, sial"
- tiada siapa pujuk , dan katanya ada ckp "kasi biar dulu dia , kasi tenang dulu"
- emosi zara kelihatan terganggu lps jumpa pelajar2 kat dorm sblh.



saksi knk2 ke-9
-  Zara dipanggil ke dorm sblh berhubung kehilangan kad bank. Pemilik kad tu syak Zara.
- bbrp pelajar spot check sms zara di dorm sblh.
- pelajar temui 2 pin lencana bendera
- 11.00 mlm zara masuk bilik , muka seakan marah. Zara tutup locker & terus baring sambil menangis (dpn locker).
- menjerit menafikan tuduhan dlm keadaan emosi terganggu.
- Bulan puasa lepas (march la kan) , saksi , rakan saksi & zara kehilangan duit. Spot check juga dilakukan.
- ada dipanggil cikgu kaunseling utk temuduga tp tak ditanya ttg kejadian mlm 15 july.
- tahu zara ada buku tulisan peribadi yg biasa ditulis apabila rindu dgn kwn2 skola lama.

( kenyataan Joan Goh - lawyer kanak2 didakwa)
- saksi form 1 , sheols & 3 rakan check loker zara
- jumpa 2 pin (satu ada tulis nama) & duit dlm locker zara
- Sblm raya , duit saksi dan rakan hilang so report senior. Then spot check , jumpa lebih rm100 dlm locker arwah. Deyols ambil dn pulangkan lrm30.
- Ciri2 wang yg saksi hilang ialah 3 keping bernilai rm10. So saksi yakin wang yg ditemui itu miliknya.

- Pnh baca diari arwah sekali dgn izin. Seigt saksi , tulisan kerinduan thdp kwn2 di sekolah lama.
- Zara akan menulis diari semasa stress krn cara penulisan jd lebih laju.
- Tak tahu sbb Zara tertekan & tak tahu dimana diari disimpan.
- Zara tak pnh mengadu gangguan asrama spt buli , tekanan belajar @ keletihan.
- Zara tiada konflik dgn pelajar lain. Tak pnh nmpk arwah dimarahi @ diganggu pelajar lain
- Sblm saksi tertidur , zara masih di lantai. Itu kali pertama arwah berkelakuan begitu.
- Slps lampu asrama ditutup , zara cuba pijam gunting kat sheols & bbrp student lain
- saksi tak bagi sbb takde.
- Slps tu nmpk zara keluar dari dorm. Saksi then tidur.
- Pd ptg 15/7 , pukul 4 , saksi nmpk zara menyendiri di asrama. Zara kelihatan muram ,diam , tidak bercakap dan turun bersendirian.
- Disebabkan saksi & zara berbeza kelas , sheols tak tahu keadaan zara masa seisi prep malam.


saksi knk2 ke-10 @ Pelajar B

( kenyataan pihak lawyer ibu zara )
-  Saksi merupakan ketua dorm A36 (sblh dorm zara).
- tegaskan tiada sbrg konflik @ pertikaian peribadi dgn arwah
- Pd 15 July , sekitar pukul 9.00 mlm , junior sebilik sheols mengadu hilang dompet berisi duit & ic. Jr tu syak Zara.
- So saksi minta seseorang panggil Zara.
- Then zara ditanya "kau tau ka dompet pelajar ni hilang" , "kau ada curikah"
- Zara menafikan "tidak , saya tak ambil"
- saksi panggil Jr yg syak arwah utk turut berada kat situ. Pada masa itu zara bersumpah "Wallahi".
- tidak lama kemudian seorang pelajar masuk dan bertanyakan bbrp soalan. Pelajar itu kemudiannya keluar dan masuk semula bersama 2 rakan lain.
- Pelajar2 itu bertanya bbrp soalan psl kecurian brg (ini pin bendera kowt).
- Pada masa ini , saksi berkata "kau mengaku sajalah kau yg ambil , kami tidak marah juga.
- Tp zara tetap tidak mengaku.
- slps itu saksi tidak campur lg. Tak igt brp lama tempoh perjumpaan sheols dan arwah. Juga tak igt brp lama berada dlm dorm waktu pelajar2 lain soal Zara.
- tak tahu & tak lihat sebarang reaksi emosi luar biasa arwah .
- Saksi kemudian keluar bilik bersama 2 rakan tp para pelajar lain masih lg bersama arwah ketika itu.
- Mlm tu saksi  tidur di dorm lain. Ini bukan satu kesalahan asalkan minta izin ketua dorm & bagitau lokasi tidur.
- Pergi ke dorm lain sekitar pukul 10.00 mlm , dan antara pukul 12.00 mlm- 3.00 pg , tk pernah keluar bilik.
- Saksi kemudian dikejutkan rakan dan diberitahu ttg zara. Saksi terkejut melihat keadaan zara dari aras ting.3 .
- Saksi juga ahli Circle 19. Ahli2 sama tingkatan tp tinggal di blok asrama berlainan.
- tak tahu sama ada kump. C19 ni juga ada menasihati pelajar lain bila ada isu disiplin dan brg hilang
- Tak tahu samaada warden @ cikgu2 lain tahu kewujudan C19
- Sahkan perjumpaan dgn Zara pd mlm tu terdiri drp kump C19.
- Katanya waktu sheols jd junior pun , sr akan tegur bg kesalahan peraturan asrama
- sahkan perjumpaan mlm tu bukan MA (mesyuarat asrama) @ MB (mesyuarat bilik)
- Nama warden yg bertugas ada di tampal di aras bwh blok.

source : Marhamah rosli (FB)


( kenyataan Joan Goh - lawyer kpd kanak2 didakwa)
- Sorg pelajar jr (sebilik dgn saksi) mengadu dompet berisi ic & wang hilang . Syak Zara
- Saksi tanya zara nicely , "adakah dia ambil dompet budak ni" .
- Zara jawab " Last time dulu saja saya buat benda ini , skrg tidak sudah" ... lebih kurang gitulah
- Kemudian sheols keluar dari bilik , pelajar lain masih mengadap arwah. So tatau apa berlaku lps tu.
- Saksi ditanya Circle 19 ni ada buli Zara tak ? Adakah aktiviti C19 ni termasuk buli jr?
- Sheols jwb "tidak".


kredit: mycommunitynewssabah (tiktok)



* Sejak 7 Sept , saksi ni tidak lagi tinggal di asrama , tp masih bersekolah di situ. 5 ahli C19 yg lain pula telah berpindah sekolah.








Pakar patologi forensik, Dr. Jessie Hiu
- kecederaan konsisten dgn kecederaan akibat jatuh dari tmpt tinggi
- kemungkinan panjat pagar , melepasi rel besi & berdiri di atas pagar konkrit asrama.

1. Lantai ke rel besi melintang = 118cm
2. tinggi arwah : 154
3. Konsisten jatuh tmpt tinggi tp tidak disebabkan ditolak @ jatuh tiba1.
4. Kecederaan tidak sepadan dgn diserang @ didera
5. Jatuh ke blkg slps mendarat dgn Kaki Kiri dahulu , diikuti kaki kanan  , sbbkan kecederaan lebih teruk pd tumit dan tulang kaki kiri.
6. Slps impak , jatuh ke bhgn blkg , terutama bhgn kiri badan sbbkan kecederaan pd pergelangan tangan kiri, lengan bawah kiri, siku kiri dan belakang kepala.
7. Daya hentakan semasa pendaratan pd bhgn bwh badan sbbkan tulang belakang keempat hingga kedua patah.
8. Impak pd blkg kepala sbbkan pendarahan di permukaan otak. Menyebabkan bengkak otak dan seterusnya menyebabkan kekurangan aliran darah dan oksigen ke otak akibat bengkak otak sebelum kematian.


9. Dibawa ke hospital pd 4.38 pagi, 16 July , dlm keadaan kritikal akibat kecederaan otak yg teruk
10. Pemeriksaan klinikal mendapati pendarahan dlm tengkorak dgn bengkak otak, patah pada tulang lengan kiri bwh, terkehel sendi pergelangan tangan kiri, luka terbuka pada buku lali kiri dan patah tulang tumit kaki kiri.


11. Mebi melompat dari tepi (luar) penghadang konkrit (concrete ledge) atau menghayunkan badannya (swing over).
12. Kalau dalam posisi duduk dan kemudiannya terjatuh, seseorang itu akan jatuh ke hadapan dan mendarat kepala dahulu sama ada di dalam longkang atau berhampiran longkang. Kalau dalam keadaan berdiri dan terjatuh, badan akan berpusing dan kepala akan jatuh terlebih dahulu sama ada dalam longkang atau berhampiran longkang.
13.“Terdapat jarak di antara kaki kiri Zara Qairina ketika ditemukan pada 16 Julai lalu dan longkang. Untuk berada di lokasi ia ditemukan dengan kaki mendarat dahulu, seseorang perlu melompat dari embok penghadang atau bergayut sambal memegang palang besi sebelum melonjakkan badan ke hadapan,
14. lakonan semula mendapati zara mendarat dgn kaki kiri dulu , diikuti rapat kaki kanan. Slps hentakan terjatuh ke blkg terutama bhgn kiri badan.


Rizwandean: Dalam kes ini, (Zara Qairina) dicampak dari tingkat tiga, mendarat dengan kaki dahulu, mengalami pelbagai kecederaan yang teruk, bukankah dia sepatutnya menjerit kesakitan?

Dr. Jessie: Saya tidak tahu, saya hanya memeriksa org dh meninggal.

source: utusan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2025 12:34 PM | Show all posts
yg jelas arwah mangsa buli…bukan buli fizikal tapi buli mental/ emosi

aku rasa arwah masa sekolah rendah jenis outstanding, semua org suka

masuk sek men lain cerita …..di tuduh perasan cantik, pastu report org tak solat

seniors samseng memang dah mark dia.


pengakhiran yg sedih
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 26-9-2025 12:34 PM
yg jelas arwah mangsa buli…bukan buli fizikal tapi buli mental/ emosi

aku rasa arwah masa sekolah  ...

Betul...pastu mental emosi sgt terganggu sampai kemurungan dan asyik ckp baik aku mati. Red flag yg semua org buat x endah time tu..so sad...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2025 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yakin tak bebudak ni tak ikut skrip nitezen ckp diorg ikut skrip..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 01:49 PM | Show all posts
makadek replied at 26-9-2025 01:38 PM
Korang yakin tak bebudak ni tak ikut skrip nitezen ckp diorg ikut skrip..

selalunya kalau kes mahkamah lawyer pandai tangkap kalau ada putar belit atau ikut skrip

tp ni bukan kes mahkamah lagi.. ni baru inkues


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 26-9-2025 01:38 PM
Korang yakin tak bebudak ni tak ikut skrip nitezen ckp diorg ikut skrip..

Ada jugak baca siap kata mesti ketuanya org dewasa (nak tuduh cikgu la tu). Diaorg takleh terima apa2 aje kecuali saksi kanak2 ke2 dgn mak guard.
Sb itu yg diaorg nak dgr sb dah lama terpasak dlm kepala.
Pasal takde bunyi bising tu pun ada yg komen kata kena tutup mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 03:38 PM | Show all posts
makadek replied at 26-9-2025 01:38 PM
Korang yakin tak bebudak ni tak ikut skrip nitezen ckp diorg ikut skrip..

Segalanya mungkin. 4 tertuduh & mebi kebykkan saksi still tinggal di sekolah yg sama kan? Mcm kes zulfarhan tu saksi hanya berani letak surat layang ja. Bukti2 mcm diari & kecederaan arwah tu yg akan menyokong keterangan depa. Mak arwah pun dh panggil mcm2 pakar , yg terbaru import dari luar. Tunggu jelah keputusannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Spekuan kite,

si mati nak join Badar sbb ada seseorg dlm tuh yg mnjd idola si mati..cth kalau minat tokti, musti org tuh nak msok fanclub, nak jd org kuat club supaya sentiasa dkt ngan tokti...
Jd, kite speku si mati amik nama bdk2 yg ponteng nih dgn harapan dpt join Badar secepat yg mgkn...
Mslhnye...si mati tak dak kuasa sbg pengawas Badar, tentulah geng ponteng sentap...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 04:03 PM | Show all posts
Incanto replied at 26-9-2025 12:34 PM
yg jelas arwah mangsa buli…bukan buli fizikal tapi buli mental/ emosi

aku rasa arwah masa sekolah  ...

I setuju, based dari cerita parents2 anak-anak girl sekolah asrama anak2 dan kawan-kawan, budak gigirls nowadays mmg suka memulaukan orang. Orang pandai kena pulau, orang ada abang/kakak angkat kena ejek so apatah lagi orang cantik. So tak pelikla.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 04:37 PM | Show all posts
cmf_Strawberry replied at 26-9-2025 04:03 PM
I setuju, based dari cerita parents2 anak-anak girl sekolah asrama anak2 dan kawan-kawan, budak gi ...

Mean Girls ada di mana mana sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asfaz at 26-9-2025 05:29 PM

Kalau tak kerana tragedi ni,takde yg kenal arwah.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2025 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tak suka dia sbb dia jenis giat or skema sejenis ikut peraturan ke? Klau kat asrama dulu ada je geng suka fly, geng huha² ni mmg tak ngam dgn yg jenis geng² giat skema ni.
Kalau bahasa skrg org panggil geng² usrah la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Any news tolong tepek sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2025 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 26-9-2025 06:11 PM

Summarize kan akul  guna acc tt anak, malas nak rosak kan fyp dia. Fyp dia tkde pasal kes ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 09:48 AM GMT+8 , Processed in 2.746835 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list