CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KRISIS MB KEDAH:[KEMASKINI}KRONOLOGI DARI AWAL ISU MUKHRIZ PG1

[Copy link]
Post time 30-1-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Politics and social aside, apa sumbangan utama mukhriz sejak jadi MB? dari segi merit apa pencapaian dia setakat ini?

Pentadbiran, kewangan, peluang ekonomi, perundangan, pertanian, rakyat miskin, pelaburan, efficiency of pihak berkuasa tempatan i.e pejabat daerah dan majlis bandaran, kebersihan, perpaduan rakyat semua tu apa yang dilihat dah ditambah baik?

Kisah2 dia pandai ambik hati, mesra rakyat semua tu soft skill saja... sentimen emosi yang menguasai.. tapi dari segi yg ai sebut di atas tu mcm mana? dah dua tahun ni kedudukan kedah di carta persekutuan dlm bersaing dgn negeri lain mcm mana?
Kalau semata2 nak gugur sebab exco negeri kata PR tak bagus itu argument terlalu lemah dan cetek... pencapaian dia yg kita nak tengok...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 30-1-2016 11:07 AM
menimbulkan kekecohan/? aku tengok tenang2 aje die masuk dan keluar.. tang mana kecohnya?
makin la ...

siap ckp mukhriz degil x nak lpskan jawatan tu..seolah2 nak kata mukhriz lak jahat..hahaha..media ni gak laaa yg sapot mb khalid dulu..bila umno yg buat seolah2 takde salah..bila selangor buat abis disalahkan parti
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 29-1-2016 10:31 PM
Skrg tgh membahang mmg la mcm tu... tgk la setahun or at least 6 bulan lagi... sekejap saja org lu ...

Diorg pun tau kne tukar skrg jgk.. Kalau tunggu dkt PRU14 mmg cari nahas la... Kiranya tempoh 2thn nie pengganti Mukhriz mmg kne keje keras utk tenggelamkan imej Mukhriz dimata rakyat Kedah..

Kita tgk apa yg Najib bakal bg pd org Kedah supaya org lupa pd Mukhriz...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak babah ni
Dpt jawatan dlm politik pun sbb bapak ko
Padan muka gak la dgn wife ko yg bongkak tu
Apa2 pun akak mmg benci hamno..x kisahlah sapa jd MB pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 30-1-2016 01:32 PM
milo_888 replied at 30-1-2016 11:56 AM
Politics and social aside, apa sumbangan utama mukhriz sejak jadi MB? dari segi merit apa pencapaian ...


Dr physical...utk 2 thn ni iI tengok jkedah ni sangat bersih...foreign investment masuk lebih rm 11 billion dan tu akan menjadi lelehan ayaq lioq adun adun 19/org tu bila mmg in.operation.nanti.  Sini aman...penyokong umno ker pas ka tak ada nak gaduh gaduh..mixed well sampai tak obvious depa tu sokong apa...function mmg sentiasa penuh yg rakyat kedah sertai.we all mixed together ..yg tu yg aku risau sbnarnya sbb aku harap bn kecundamg nanti pru dan 14 bn melingkup..tp faktor mukriz mmg akan menang punya...so this episode is blessing in disguise sbb skrg semua dah menyampah no
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 01:19 PM | Show all posts
milo_888 replied at 30-1-2016 11:56 AM
Politics and social aside, apa sumbangan utama mukhriz sejak jadi MB? dari segi merit apa pencapaian ...

good observation...masa time PAS memerintah pun takde ape gak..arwah azizan takde buat benda2 significant pun...mai mukhriz sebagai pengganti...politik kedah ni hamlau sikit...ramai org2 kedah ni pi keje ke pinang sama cam org johor pi keje ke singapore...it goes to show politik kedah ni politik 'kekampungan'...masih ade ciri2 ugutan di situ seperti mengugut kehilangan identiti bangsa dan agama...parti2 melayu shj bleh penetrate kedah ni...i doubt parti cina dan india depa nak...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2016 01:21 PM | Show all posts
kalau nak ganti pun biar lah ade ijazah...sijil SRP dan SPM tu wat lap taik aje time berak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 30-1-2016 05:17 AM
Dr physical...utk 2 thn ni iI tengok jkedah ni sangat bersih...foreign investment masuk lebih rm ...

Pas buat kenduri pun mukhriz boleh pi makan.aman2 jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2016 10:39 PM | Show all posts
Kedah buat macam Perak j lah
zaman Nizar n Zambry
baru R.O.C.K.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:48 PM | Show all posts
Diterengganu pernah berlaku krisis segini sis....BN Vs BN...ujung2 PAS tepuk tangan BTW bijan di terengganu ga punyai kuasa sgt kakak tengok...dia terpaksa membodek sultan mizan sampai meleleh..itupon deris jusoh kena tendang...penggal seterusnya mat said pula kena tendang ..mengenali sikap sultan mizan secara peribadi...heols agak bekeng orgnya....kakak ngesyakki sultan kedah ini tidak tegas sgt orgnya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:51 PM | Show all posts
Sebenarnya ramai yang tak terkilan sgt MM undur walaupun majoriti sukakan dia..

Tu sbb penyokong2 MM tak berapa berbunyi sangat..

Masing2 dah pikir tanpa MM senang la nak humban bijan and the gang next PRU tanpa rasa berbelah bagi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 10:59 PM | Show all posts
Kakak terfikir jua...kenapa bijan lebih insecure dgn mukriz berbanding KJ?....kalau ikutkan dr segi daya saing dan aggressive....KJ adalah lawan yang patut dia khowatir....adakah KJ ini pak turut sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:23 PM | Show all posts
kecimpret replied at 30-1-2016 12:43 PM
siap ckp mukhriz degil x nak lpskan jawatan tu..seolah2 nak kata mukhriz lak jahat..hahaha..media  ...

bagi aku laa.. MM did a good job dlm isu dgn tak bercakap byk..
biaq pii depa huha huha sama depa..
dia buat kerja dia selagi dia masih MB.. let time decide.. gituuuu..


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
so bilanya kedah nak dapat mb baru ni?
penat taw mulut dok ngunyah kacang putih ni
krisis kedah ni in the surface kita nampak kepit vs mukhriz
tapi disebalik tabir sebenar ianya krisis antara pompuan puaka tebing pink vs madey
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 12:20 AM | Show all posts
kesian mukriz.. semuanya bapak punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 12:44 AM | Show all posts
C.K replied at 30-1-2016 10:59 PM
Kakak terfikir jua...kenapa bijan lebih insecure dgn mukriz berbanding KJ?....kalau ikutkan dr segi  ...

Bangsatt tu pak turut sis, demi kedodokan sendiri totop molot buat2 sibuk dgn program dia yg sokan2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2016 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 30-1-2016 11:56 AM
Politics and social aside, apa sumbangan utama mukhriz sejak jadi MB? dari segi merit apa pencapaian ...

Betula sis.... Lebih kurang Pak Jokowi saja.... Asyik kehulu kehilir turun padang, bilanya nak masuk ofis ... Lagi satu akak lihat beliau lembik ..!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 04:20 PM | Show all posts
EJALTI replied at 29-1-2016 08:50 PM
Bijan kepit tuh ingat boleh buat kat Mukhriz macam dia buat kat Pak Yidin dan Sapi Bedal.

Meman ...

Just nak share apa yg mukriz buat... nanti pemakan dedak tu seronok la kaut hasil...agaknya tengah dok plan apa nak songlap... yg ni kat kamu... yg ni kat aku...bolehla 19 orang tu share sikit sikit...sikit sikit tu pun boleh juta juta...

Projek-projek Mega yang akan dilaksanakan pada tahun ini #SelamatkanKedah                          
Kenapa ada pihak yang pulun sangat nak jadi MB Kedah?
Sepatutnya tahun ini, tahun perlaksanaan bagi negeri Kedah. Sudah dua tahun kerajaan ini menanam biji menyemai benih, sudah tiba waktu menuai. Diakui, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir memang kurang menumpukan dalam politik, kerana beliau lebih memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri.
Sepatutnya, begitulah, apabila kita diberi mandat oleh rakyat. Sudah tentu amanah yang digalas amat berat. Kedah bukan negeri kaya, bukan negeri yang mempunyai sumber hasil yang besar. Jadi beliau mula merancang bagi merancakkan ekonomi negeri Kedah.
Tahun ini sepatutnya ada 4 projek besar yang akan dilaksanakan.
Antara projek-projek besar yang sudah diluluskan dan akan dilaksana untuk rakyat Kedah tahun ini.

  • Kedah International Fish Terminal RM1.2 bilion.
  • Pelaburan syarikat OSRAM sebanyak RM 4.7 bilion.
  • Pembinaan LITAR KEDAH RM30 juta
  • Pembinaan Kedah RUBBER CITY RM 384 juta
  • Pasukan bola sepak Kedah di Liga Super.
Ini hasil dari kerja keras pentadbiran YAB MB kita. Bila ada gangguan politik seperti mana sekarang, sudah tentu ianya terjejas, boleh jadi pelabur luar juga akan batalkan hasrat untuk melabur dinegeri kita ini, pasukan bola sepak pasti akan terganggu. Tiada yang baik, mengenai perkara ini.
Memanglah pemimpin kita ni, pemimpin politik, namun tak seharusnya kita berpolitik 24jam. Rakyat harus diutamakan, kalau beginilah cara pemimpin kita berpolitik, tukar 50 kali Menteri Besar pun, negeri kita takkan maju.
Semoga Allah SWT selamatkan negeri kita dari niat jahat, dengki dan khianat.
‪#‎SelamatkanKedah‬



   


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2016 06:21 PM | Show all posts
KENYATAAN AKHBAR

Di saat rakyat Negeri Kedah Darul Aman sedang bergembira meraikan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang ke-88, sekumpulan pemimpin UMNO negeri ini telah bertindak mendesak saya berundur dari jawatan Menteri Besar.

Tindakan 12 Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian mengheret sama ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari 2016 lalu adalah tidak bertanggungjawab.

Malah sebilangan yang hadir pada sidang media tersebut telah maklum kepada saya bahawa mereka tidak mengetahui terlebih dahulu tujuan dan intipati kenyataan yang dibuat. Saya percaya desakan mereka tidak mewakili suara majoriti ahli UMNO dan yang lebih penting lagi, kehendak rakyat Negeri Kedah.

Perbuatan kumpulan ini telah mencemar pelbagai acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Menteri Besar, saya telah menerima khabar sesungguhnya Duli Tuanku Sultan dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut.

Yang lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang sudah berikrar taat setia kepada Raja Pemerintah ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Turut mendukacitakan, rentetan dari sidang media tersebut, enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghadiri Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah pada hari Rabu, 27 Januari 2016 yang lalu. Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai Penjawat Awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, keengganan menghadiri Mesyuarat EXCO menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Saya dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan turut murka dengan keingkaran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkenaan.

Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, saya dengan rasa rendah diri memohon ampun kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah di atas perbuatan segelintir ahli UMNO yang telah mencemari kemuliaan Duli Tuanku Sultan dan kemeriahan majlis sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Saya mendesak agar kesemua 14 Ketua UMNO Bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan sidang media pada 20 Januari 2016 lalu, dan enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang tidak hadir Mesyuarat EXCO pada 27 Januari 2016 segera memohon maaf secara rasmi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Sehingga kemelut ini selesai, semestinya setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Udangan Negeri melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat baginda, seperti yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Menteri Besar Kedah Darul Aman

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Dikeluarkan di Alor Setar, Kedah bertarikh 31 Januari 2016

Source: http://www.mukhrizmahathirfc.com ... n-ampun-kepada.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kepada Istana
Published: 31 January 2016 5:10 PM

Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah yang tidak bertanggungjawab mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.
Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah yang tidak bertanggungjawab mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Januari, 2016.
Tindakan 14 ketua bahagian Umno Kedah yang tidak bertanggungjawab mencetuskan kemelut politik di negeri itu mengundang kemurkaan Sultan yang sedang dalam persiapan menyambut Hari Keputeraan baginda, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berdepan krisis, hari ini.

Beliau menyelar tindakan beberapa ketua bahagian yang mengadakan sidang media pada 20 Januari lalu, menyifatkannya 1 penghinaan kepada Sultan Kedah pada ketika persiapan sambutan itu sedang berjalan.

"Tindakan 12 ketua bahagian dan 2 timbalan ketua bahagian mengheret sama ketua sayap dan pemimpin muda Umno mengadakan sidang media di Alor Star pada 20 Januari lepas adalah tidak bertanggungjawab.


"Perbuatan kumpulan ini mencemar pelbagai acara sambutan ulangtahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah," kata Mukhriz dalam 1 kenyataan hari ini.
Beliau juga menyifatkan tindakan 6 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak hadir ke mesyuarat mingguan Rabu lepas, kerana menyokong kumpulan ketua bahagian tersebut, sebagai ingkar dalam taat setia mereka kepada Sultan Kedah.

"Ini jelas sekali menyalahi peraturan lantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan raja pemerintah, seperti termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah," katanya.

Menurut Mukhriz, tindakan ketua bahagian dan exco tersebut mengundang kemurkaan Sultan Kedah.

"Saya dimaklumkan Sultan Kedah turut murka dengan keingkaran exco Kedah berkenaan," katanya.

Mukhriz juga memohon sembah ampun kepada Sultan Kedah di atas semua kemelut yang berlaku dan mendesak supaya beberapa ketua bahagian terlibat dan 6 exco tersebut meminta maaf kepada sultan.

"Saya mendesak agar semua 14 ketua bahagian yang terlibat secara langsung mahu pun tidak dengan sidang media pada 20 Januari lalu dan enam exco yang tidak hadir ke mesyuarat pada 27 Januari segera memohon maaf kepada Sultan Kedah dan pemangku Jemaah Sultan Kedah," katanya.

Mukhriz, menteri besar penggal pertama, ketika ini berdepan tentangan daripada pemimpin Umno Kedah yang mendesak beliau berundur memandangkan sokongan dan keyakinan terhadap beliau dikatakan kini berkurangan. – 31 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/istana-kedah-murka-dengan-14-ketua-bahagian-umno-mukhriz-gesa-minta-maaf#sthash.YOiCMstp.dpuf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067672 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list