CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 8-2-2015 11:57 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-2-2015 11:24 AM
Kenapa la aku rasa kali ni mawar hitam tu linda?

erk.....mungkin ya mungkin tidak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2015 12:12 PM | Show all posts
BAB 13



HANI menunggu penuh sabar di sebuah restoran terkemuka di bandar KL. Restoran yang menyajikan makanan barat yang padanya tidak masuk akal harganya. Satu hidangan daging panggang sja sudah mencecah RM80 ringgit. Gila! Bukannya daging wagyu ke apa ke? Dia belek lagi menu yang sudah dihulurkan oleh pelayan restoran tadi sejak dia mula melabuhkan punggung di situ. Banyak kali dia menggeleng. Menu ditutup.

"Ah! Bukan aku yang nak sangat makan kat sini." Hani pandang sekitar restoran yang dihias indah bertemakan zaman koboi. Siap dengan replika lembu dan kuda. Memang unik dan menarik. Jarum jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Sudah sepuluh minit dia di situ.

"Assalamualaikum!"

Hani senyum hambar sambil menjawab salam Muzafar. Dia mengalihkan matanya ke arah lain. Muzafar melabuhkan punggung di depannya. Menu dicapai dari atas meja.

"Kau dah order?" Mata Muzafar dialih pula pada Hani yang masih memandang ke arah lain.

Hani mengalih matanya ke arah Muzafar. "Belum.."

Muzafar mula memanggil pelayan dan membuat pesanan. Menu dihulur semula kepada pelayan. Dia kembali menatap Hani yang cantik dengan blaus biru muda dan skirt labuh. Jarang dia melihat gadis itu berpakaian seperti itu.Selalunya, blaus dan seluar jeans saja.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Hani mulakan topik sebenar. Dari malam tadi lagi, dia tanyakan soalan itu pada Muzafar semasa berbual di telefon tetapi Muzafar tidak beritahu apa-apa.

"Hani..kenapa dengan kau ni? Susah sangat ke kau nak terima aku?" Muzafar mula merasa dirinya yang terhegeh-hegeh pada gadis itu.

"Sepatutnya soalan tu aku tanya  pada kau. Sanggup ke kau terima aku seadanya?" Hani pulangkan semula soalan yang sama kepada Muzafar.

"Ya..aku sanggup! Sejak dulu lagi! Hanya kau yang degil tak nak mengaku dan keras kepala. " Muzafar mula geram. Gadis itu sungguh degil.

Hani diam. Ternyata Muzafar tidak pernah putus asa menunggunya. Perasaannya pada lelaki itu dirasakan sudah mula pudar. Apa yang ada sekarang ini hanyalah rasa untuk seorang kawan lama, itu saja. Untuk dia memupuk kembali rasa sayang dan cinta pada lelaki itu, rasanya mungkin mengambil masa.

"I've heard about Ben.." Muzafar bersuara setelah agak lama Hani diam.

"So? Kau tuduh aku la?" Cepat saja Hani mencelah.

"It's not that. It's just that...you know..." Muzafar masih sangsi dengan tindak tanduk Hani. Dia tahu perasaan dendam Hani pada lelaki-lelaki itu semua.

"Ok, aku mengaku. Memang aku menaruh dendam dan tak akan maafkan dia orang tapi aku tak sekejam itu nak balas dendam sampai ke tahap tu. Kau tahu kenapa aku jadi polis?" Hani jeling Muzafar dengan riak sinis.

Muzafar diam.

"Aku ada cara aku sendiri. Joe, aku dah lama jejak dia. Seorang anak muda yang mengumpul kekayaan dengan menjadi anak ikan pada golongan berada dan aku dah kenalpasti dia juga mengedar dadah tapi belum dihidu oleh pihak polis. Rizal, anak Dato' yang hidup mewah juga, berseronok tidak tentu masa. Dia ingat dunia ni dia yang punya, dia terlibat dengan sindiket penggubahan wang haram. Terbaru, Benjamin, sama macam Rizal, hanya tahu berseronok dan aku juga tahu kegiatan songsangnya. Tipu perempuan dan lelaki untuk kelab gay dan lesbian! Jijik!! Semua berselindung di sebalik pangkat dan kedudukan. Tapi sayang, belum sempat aku sabitkan kesalahan, mereka sudah menemui ajal." Hani melepaskan rasa yang dipendam selama ini.

"Jadi..kau memang siasat mereka semua tu? Untuk apa?" Muzafar pula pulangkan semula soalan yang padanya biar jelas padanya.

"Kau tahu untuk apa.." Balas Hani perlahan. Sinis nadanya tadi.

"Jadi..mawar hitam tu memang kau la?" Luas mata Muzafar ketika ini, dia cukup geram dengan sikap Hani yang begitu berdendam.

Hani diam.

"Mak ayah Ben..mereka dah kemukakan kes ni ke mahkamah tinggi. Kau fahamkan maksud aku?" Ujar Muzafar, cuba mencari riak Hani.

"So?" Hani turut luaskan mata.

"Kes ni difailkan sebagai kes berprofil tinggi. Kau pun tahu siapa mak ayah Ben. Bukan calang-calang orang." Muzafar tatap wajah gadis itu. Ada riak penuh dendam.

Hani diam lagi. Ah! Buat apa nak takut! "Aku tak heran. Anyway, kalau kita datang sini kerana nak bincang hal ni, aku tak ada masa."

"Tapi kau ada motif yang kuat Hani! Kau jangan ingat selamanya rahsia kau akan tersimpan kemas. Mereka akan tahu juga nanti. Ya, aku tahu, kau polis tapi kau mesti ingat, kes ini berprofil tinggi, jadi kes ni akan disiasat sedalam yang mungkin dan mungkin akan menuding ke arah kau nanti. Kau faham tak?" Semakin geram Muzafar, dia cuba mengawal suaranya agar tidak didengar oleh orang lain.

"Aku boleh jaga diri aku." Itu saja yang Hani balas. Muzafar dipandang tidak berkelip. Menatap wajah lelaki itu sama juga dia menatap semula lelaki-lelaki keparat itu sepuluh tahun dulu walaupun lelaki di depannya ini...

"Hani..please stop this nonsense. I'm begging you." Rayu Muzafar.

Hani hanya diam.

"Hani..please. Aku tahu siapa dua lagi lelaki yang ada pada masa tu. Kau ingat setelah apa yang terjadi pada Joe, Rizal dan Ben tu, mereka akan biarkan macam tu je? Aku bet, Fendi dan Malik akan siasat siapa kau Hani. Sudah terang dan jelas semua tu ada kaitan dengan kisah sepuluh tahun dulu tu. Please Hani..hentikan kerja gila ni." Pujuk Muzafar berkali-kali.

"Jadi..kau pun tuduh aku?" Hani mengetap bibir.

"Entah..siapa lagi yang aku boleh teka selain kau. Dan kau mempunyai motif yang kuat tapi aku tak nak percaya kalau ianya benar sekalipun." Muzafar meraup muka.

"Muz..kalau kau nak teruskan bincang hal ni, aku nak balik!" Hani bingkas bangun.

"Ok..maafkan aku. Aku hanya nak kau tahu tentang tu. Itu saja." Muzafar mula kendur suara. Sempat dia menahan Hani dari pergi. Hani disuruh duduk semula.

Pelayan mula membawa makanan yang dipesan. Muzafar dan Hani menikmati juadah makanan barat itu dengan ditemani irama sentimental yang sentiasa dimainkan di situ. Muzafar hanya memerhati tingkah Hani yang sedikitpun tidak mengendahkannnya. Sungguh sukar memiliki hati gadis itu.Usai menjamu selera, Hani minta diri untuk pulang. Muzafar pula merasa kecewa dengan pertemuan itu yang juga menemui jalan buntu. Hani masih berkeras dengan keputusannya. Untuk apa dia teruskan perhubungan itu jika Hani tidak pernah serius tentang hubungan mereka.

Hani pula memandu perlahan pulang ke rumah. Fikirannya melayang pada kata-kata Muzafar tadi. Nampaknya orang tua Benjamin sudah menfailkan kes itu ke mahkamah tinggi. Tidak hairan jika mereka bertindak begitu. Orang kenamaan seperti Datuk Halim dan Datin Suraya siapa yang tidak kenal. Ah! Untuk apa aku bimbang semua tu. Semua bukti yang ada masih belum menuding kepada sesiapa. Malah tiada langsung cap jari di kelopak mawar hitam. Apa lagi senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Langsung tidak ditemui. Begitu licik pembunuh itu melakukan kerja. Punah segala impiannya untuk membalas dendam dengan caranya sendiri. Ingin sekali dia melihat semua lelaki itu terperuk dalam lokap!

Keretanya dipandu laju ke arah balai polis. Tidak jadi dia pulang ke rumah. Dia perlu teliti maklumat yang ada. Dengan kes pembunuhan mangsa dirobek lagi yang juga masih belum ditemui jawapannya. Nota kaki yang diterima juga masih tiada petunjuk apa-apa. Dia harus siasat secepat mungkin. Perempuan yang datang ke rumah Ben itu juga perlu disiasat.


Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 8-2-2015 11:56 AM
ya Zam...tengah pening nak karang ni..
terima kasih mengikuti citer huru hara ni

Haruslah @Ipo... Ada masa free confirm akan men'CARI'...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 10:11 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-2-2015 07:57 AM
sedang leka membelek fail dengan wajah berkerut memikirkan apa yang perlu diubah,mata menala pula pa ...

Peluh jantan sudah mula keluar memercik di dahi. Conan sedaya upaya menahan emosi.
Rasa hendak meraung saja tapi ditahan sedaya upaya. Mampos kena gelak satu kampung kalau dia meraung.
SUdah lebih 10 minit dia terkedang di situ. Air mata sudah mula mengalir berjurai-jurai.

'Ah.. persetankan! Aku dah tak peduli lagi!' raung Conan dalam hati. Tiba-tiba....

"Aaaaaarrrgghhhh!! Waaarrrgghhhhhhh!!" Conan sudah terlompat-lompat macam kera dapat bunga.

"KO dah kenapa labu?" Nicki yang baru turun ke ruang tamu kehairanan melihat Conan terkinja-kinja macam orang tak siuman.

"Tolong! Tolong! Lipas masuk dalam baju akuuuu!!"




Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 10:47 PM | Show all posts
Dengan tangan kanan memegang Mug, Nicki termenung jauh di beranda. Posisi bersandar dengan kaki bersilang kekal sejak tadi. Iya, dia tahu. Tak elok minum ketika berdiri tetapi buat masa ini, Nicki tidak mahu memikirkan sangat tentang hal itu. Lagipun, di beranda ini tiada kerusi yang membolehkan dia duduk. Untuk duduk bersila, dia tidak mahu. Pemandangannya terbatas oleh dinding beranda.

Ada perkara lain yang lebih penting bermain di mindanya. Satu hembusan nafas keluar dari bibir. Termenung lagi. Sesekali, air Kopi O yang masih berasap itu dihirup.

"Yo...Niiickkkkiiiiiii."

Teguran ala-ala Joe Flizzow itu tidak diendahkan. Sekalipun tidak berpaling, Nicki tahu, itu suara Conan.

"Nicki."

Suara lain pula memanggil. Lebih tegas. Itu Ipo. Nicki masih tak berpaling.

"Kot iya pun ada problem, janganlah termenung camtu."

Kali ini, barulah dia berpusing. Badannya di sandarkan kembali pada palang beranda. Tersenyum Nicki memandang Conan dan Ipo namun kekal tak bersuara. Kopi O panas dihirup lagi tanpa mempelawa dua sahabatnya. Bukannya mereka itu tak pandai buat Kopi O sendiri.

"Ko apehal? Kejap termenung, kejap tersengih. Ada problem, citer ah..." Tutur Conan. Sedikit sebanyak, Nicki dapat mengagak ada campuran teka-teki, jengkel dan mungkin sedikit rasa concern pada nada suara Conan. Nicki senyum lagi. Sengaja membiarkan perkara itu terawang-awang seketika sebelum mula bersuara.

"Korang tau tak, aku baru sedar satu perkara." Nicki berkata. Kedua-dua wajah sahabatnya itu dipandang bergilir-gilir. Masing-masing menunggu bicara seterusnya dengan muka yang tahap keseriusannya langsung tak boleh blah.

"Apa yang kau sedar?" Ipo menyoal. Kening berkerut. Memandang sebentar wajah Conan sebelum anak matanya kembali kepada Nicki.

"Aku baru sedar, yang korang takut dengan cicak dan lipas." Jawab Nicki. Kopi O dihirup lagi. Ah...asyik.

-------------------------------------------------------------

Tak kira. Nak jugak menyampuk buat selingan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:03 PM | Show all posts
Conan dan Ipo saling berpandangan. Kening masing-masing sudah terjongket-jongket. Masing-masing sudah tersenyum senget.  Nicki memandang mereka berdua kehairanan tapi sempat lagi mata terpejam-pejam menikmati kopi O air tangan sendiri.

Tanpa disedari, Conan dan Ipo sudah perlahan-lahan berundur ke dalam.

"Malam ni ko tido luar!!" serentak Ipo dan Conan melaung dari dalam rumah.

Nicki tersentak. Baru disedari dia sudah dikunci di beranda. Mamat berdua itu sudah selamat masuk ke bilik.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2015 11:33 PM | Show all posts
Jam sudah menunjukkan pukul 11 setengah malam. Rumah yang dihuni itu sudah gelap. Nicki yakin sekali, Ipo dan Conan sudah tidur.

Iya. tidur. Tidur tanpa membuka kembali pintu beranda yang dikunci. Tak tahu sama ada mereka benar-benar terlupa yang dia berada diluar ataupun mereka itu memang sengaja nak perdajal.

Tapi itu tak penting. Yang penting, dia berjaya masuk kembali ke dalam rumah. Setakat membuka pintu yang berkunci, itu kerja enteng. Walaupun berwajah jambu persis artis Kpop, itu tak bermakna dia tidak punyai skill yang tersendiri. Skill yang selama ini disimpan, hanya digunakan pada saat-saat genting seperti tadi.   

Mujur di beranda tadi, ada paperclip bersepah. Tidak tahu bagaimana paperclip tersebut boleh berada di situ dan Nicki tidak mahu memikirkannya. Dengan paperclip itulah, dia membuka pintu beranda. Jurus membuka pintu berkunci menggunakan paperclip itu dipelajari dari Abang Jefri setelah tamat SPM dulu.

Perlahan-lahan, dia melangkah menuju ke bilik. Bukan bilik sendiri, tapi bilik yang dihuni oleh Conan dan Ipo. Nicki mendekatkan telinga. Terdengar bunyi dengkuran bersahutan. Kuat. Tombol pintu dipusing. Berkunci dari dalam.

"It's okay." Nicki tersengih. Kemudian, dia memadang tangannya seketika.

Tangan kanan memegang paperclip. Tangan kiri memegang plastik. Yang berada dalam plastik itu masih bernyawa dan bergerak-gerak. Amat ligat. Amphibia dan Serangga itu sempat ditangkap ketika dia berada di dapur tadi.

Senyuman Sang Joker terukir pada bibir.


--------------------------------------------------
Jahanam benang Ipo...

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2015 11:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-2-2015 11:33 PM
Jam sudah menunjukkan pukul 11 setengah malam. Rumah yang dihuni itu sudah gelap. Nicki yakin sekali ...

dengkuran bersahutan??????
satu bunyi motobot..
satu bunyi ekzos tersumbat ka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2015 12:29 AM | Show all posts
adeh....karoot komedia sungguh!

Pagi lagi Ipo bangun..sebelum subuh. Conan masih terbongkang di atas katil. Ipo menapak ke ruang tamu. Dia intai Nicki yang dah berkerekut atas sofa di ruang tamu.
"Tak apa..kau pejadal aku malam tadi.."

Malam tadi, tengah syok tidur terasa ada benda merayap bawah selimut. jatuh tergolek dibuatnya semata-mata nak elakkan benda merayap tu. Perlahan Ipo ke tempat rak kasut. Seekor amfibia lembik diletakkan dalam kasut kegemaran Nicki. Dia kembali semula ke bilik.


NICKI menguap sambil mendepakan kedua tangan. Dia ke bilik air untuk mandi. Baru sedar, Ipo dan Conan tiada di situ. Mungkin mereka berdua sudah ke tempat kerja. Nicki sengih bila teringatkan malam tadi. Pagi itu dia sarapan dengan air sejuk saja. Dah terlewat bangun. Nanti cik LadyFinger marah berapi kalau lambat. Sambil bersiul kecil, Nicki sarung kasut di tepi tangga. Mukanya berubah riak..digerak-gerakkan jemari kaki.


"Mak!!!!" terloncat Nicki masa itu juga. Kasut tadi sudah terpelanting jauh. Seekor katak selamba saja melompat keluar dari kasut yang terpelanting tadi.


"Ong! Ong! Ong!"


"Cis! Korang nak jugak balas ya!" Nicki cekak pinggang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 01:06 AM | Show all posts
ok...sambung citer...


DUA HARI berlalu. Amir mengukir senyum. Apa yang didengarnya di restoran Steak dua hari lepas cukup untuk membuatnya mengugut gadis itu supaya membebaskan abangnya. Tidak sangka, gadis yang dia tolong tempohari rupanya seorang pegawai polis. Perbualan mereka berdua ketika di restoran itulah yang memberitahu segalanya. Mungkin gadis itu tidak perasan kehadirannya di situ bersama teman sekerja yang lain.

Nombor Nayla segera dihubungi. Dia perlu jumpa gadis itu untuk berbincang. Jika dia berjaya dapatkan nota kaki dari pegawai polis itu, maka Nayla juga harus berikan maklumat tentang mawar hitam padanya walaupun dia sudah tahu serba sedikit tentang mawar hitam itu dari perbualan gadis dan lelaki itu ketika di restoran semalam.

Kunci kereta segera dicapai dari atas meja sofa. Amir bersiul kecil melangkah ke kereta. Teruja ingin berjumpa Nayla lagi. Menderum kereta dipandu meninggalkan kawasan kondominium itu.


TIBA di tasik Titiwangsa, Amir parkir kereta bersebelahan dengan kereta Nayla. Nampaknya Nayla bawa kereta Fair Lady. Mungkin dia dari rumah neneknya. Langkahnya diatur kemas menuju ke sebuah bangku. Ya, bangku yang sama di mana dia pernah  bertemu dengan Nayla dulu. Senyuman terukir di bibir. Nayla sudah sedia menunggunya di situ.

"Hai Nay.." Tegur Amir sebaik tiba di tempat Nayla.

"Hai.." Nayla menoleh.

Amir melabuhkan punggung di sebelah Nayla tanpa disuruh. Matanya memandang air tasik yang tenang sejenak sebelum dia beralih pada gadis di sebelah yang juga turut memandang ke arah air tasik. Seraut wajah lembut Nayla ditatap penuh kasih. Terasa dia sudah mengkhianati cinta gadis itu selama ini. Sebuah keluhan dilepaskan sebentar.

"Ada maklumat apa-apa?" Nayla menoleh. Mata bertembung. Kali ini dia tidak cuba mengalih pandang lagi. Mata Amir ditatap lama.

"Hello!" Nayla gerak-gerakkan tangannya kiri dan kanan di depan muka Amir. Amir seperti mengelamun atau...

"Err...kau tanya apa tadi?" Amir baru tersedar.

"Ada maklumat apa-apa?" Ulang Nayla.

"Ya..aku ada berita yang cukup menarik. Detektif Hani...dia yang siasat kes mawar hitam dan dia yang sumbat abang aku dalam penjara. Aku syak, dialah mawar hitam, berselindung di sebalik nama seorang polis." Amir mula berbicara soal itu.

Kening Nayla berkerut. Riak Amir serius. "Kau pasti?"

"Aku syak saja...kerana dia pernah dendam pada Ben..lelaki yang dibunuh kejam tu. Polis tu ada motif yang kuat sebagai pembunuh. Huh! Bukan main lagi dia tuduh abang aku sebagai suspek utama. Aku akan cari sampai lubang cacing siapa mawar hitam tu!" Amir mengetap bibir.

Nayla diam. Dia tahu jika lelaki itu sudah berubah watak, dia tidak berani mencelah. Biar reda segala rasa berkecamuk itu, barulah dia berani bersuara. Pernah dulu dia melihat Amir seperti dirasuk. Merah seluruh badan!

"Jadi..kau nak aku siasat siapa mawar hitam tu?" Nayla mula bersuara setelah melihat Amir sudah kembali reda.

"Ya.." Amir mengangguk.

"Hmm.." Nayla menarik nafas berat dan dihembus perlahan. Sukar untuknya menjalankan tugas itu sedangkan siasatannya sendiri ke atas kes Kurt masih belum selesai. "Macam mana dengan nota kaki tu?"

"Aku akan dapatkan dari polis tu. Aku tahu dia ada semua nota kaki tu.." Balas Amir pula.

"Baiklah.." Nayla mula bangun dan dia ingin beredar dari situ tetapi ditahan oleh Amir.

"Kau nak apa lagi?" Nayla menoleh.

"Nay...please come back to me.." Rayu Amir.

Perlahan Nayla lepaskan tangan Amir. Tiada kata-kata untuk lelaki itu. Langkahnya diteruskan juga meninggalkan Amir seorang diri di situ. Baginya Amir mudah beralih arah cintanya. Semudah itu juga Amir mencari pengganti. Jika bukan kerana permintaan Amir pun, dia akan tetap mencari jalan untuk menolong Alif yang masih berada di dalam penjara dan dengar khabarnya tempoh tahanan reman sudah dilanjutkan sehingga dua minggu. Dia perlu berjumpa Nicki. Hanya lelaki itulah yang tahu tentang nota kaki itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 09:43 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 9-2-2015 01:27 PM

PEN diputar-putar di atas meja, sebelah tapak tangan kiri menopang dagu. Hari ini, satu kerja apa pun tidak siap. Dari minggu lepas dia asyik memikirkan kes Alif, rakan sekerja yang cukup rajin membantunya dalam hal kerja. Nicki mengalih matanya ke arah susunan fail yang bertimbun atas mejanya. Dia melepaskan keluhan. Dua hari lepas, Cik Julia sudah memberi tugas baru untuk menyiapkan kertas kertas untuk pembentangan kepada klien minggu depan. Bukan calang-calang klien yang dia harus jumpa, Tan Sri Mamat dari Perbadanan Putrajaya. Dia harus membuat pembentangan di depan seramai 60 orang!

"Ehem!"

Nicki masih termenung. Langsung dia tidak menyedari bahawa dia diperhatikan seseorang.

"Ehem! Ehem!" Julia berdehem lagi. Pekerjanya yang seorang ini masih lagi melangut.

"Nik Mohamad!!!" Sedikit meninggi suara Julia kali ini.

Nicki tersentak. Pen yang diputar-putar tadi sudah terpelanting jatuh atas lantai. Tertoleh seketika ke arah suara yang berdehem tadi. Dia menelan liur. Perlahan dia tegakkan badan dan capai fail. Buat-buat sibuk. Konon...ceh!

"Rasanya dah satu jam awak duk putar pen ni. Mengelamun.." Cik Julia hulur pen yang terjatuh tadi dan diletakkan ke atas meja Nicki.

"Err...mana ada cik Julia. Saya tengah karang cadangan ni untuk projek di Putrajaya nanti.." Nicki pula berdehem. Dia tunduk sambil laju tangannya menulis sesuatu. Namun dalam benaknya tertanya-tanya, cik Julia aka LadyFinger ni intai aku ke??

Julia senyum. Amatur sungguh mamat ni kalau berlakon. "Setahu saya selama ni awak guna komputer untuk buat kerja. Hari ni rajin pula tulis cadangan?"

Nicki sengih. Dia garu kepala. "Err...saya nak cari idea dulu. Dulu, Alif yang bantu saya. Sekarang ni.."

"Ya..saya turut simpati pada Alif. Saya pun tak percaya dia pembunuh. Saya kenal dia macam mana. Dia pekerja yang rajin dan bijak, macam awak cakap tadi, dia suka membantu. Tak mungkin dia sanggup membunuh. Err..awak ada ikuti kes Alif?" Tanya Julia , masih berdiri di sebelah Nicki. Dia senyum lagi melihat lelaki itu seperti serba tidak kena.

"Ya..tempoh tahanan remannya dilanjutkan. Saya akan tolong dia apa yang mampu." Nicki masih tunduk.

"Hmm...kalau awak bersungguh nak tolong clearkan nama Alif tu, saya akan beri awak cuti. Oh ya, kertas kerja tu saya nak awak hantar minggu depan, sehari sebelum kita ke Putrajaya nanti." Pesan Julia sebelum beredar dari meja Nicki.

Nicki mengurut dada. Fuh...lega. Dia intai bos mudanya yang sudah menapak masuk ke dalam bilik. Kepalanya diluku berkali-kali. Nampak sangat dia terkantoi dan tak pandai berlakon. "Aku tulis cadangan? Gila ke apa?"

Serentak itu dia ketawa sendiri melihatkan apa yang diconteng di atas kertas kosong tadi semasa pura-pura menulis cadangan. Gambar seekor katak  cuba makan seekor cicak dan lipas. Teringat mimpinya malam tadi, Ipo dan Conan membalas dendam dengan menyorokkan katak dalam kasutnya setelah menyedari dia sudah letak seekor cicak dan dua ekor lipas dalam selimut mereka.

Ketawa Nicki terhenti. Deringan telefon bimbitnya mula kedengaran. Nama Nayla yang tertera di skrin. Sepuluh minit berbual, talian dimatikan. Nicki senyum lagi. Nampaknya Nayla sudah mula ingin berbaik dengannya. Namun dalam hati, dia tetap memilih Arisha. Mungkin sama wajah tapi ayunya berbeza. Dia perlu siapkan kerja sebelum waktu tengahari nanti. Nayla ingin berjumpa di kedai Makcik Siti Sombong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2015 01:56 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-2-2015 08:31 AM

DI KEDAI makan makcik Siti Sombong, Nicki dan Nayla sedang enak menjamu selera. Keenakan nasi panas dengan sup tulang ala Mak Siti Sombong dan juga ulam timun dengan sambal belacan, membuatkan mereka berdua tidak berbicara untuk seketika. Nayla senyum melihat Nicki sudah berpeluh menghirup kuah sup. Licin!

"Amboi, sedap sangat ke?" Usik Nayla.

Nicki sengih. Depan Nayla dia tidak kontrol macho tetapi kalau Arisha berada di depannya sekarang ini, rasanya tidak mampu dia habiskan sup satu mangkuk itu. Wajah Nayla ditatap seketika. Benaknya mula meneka. Entah-entah yang duduk di depannya sekarang ini adalah Arisha..mana tahu?

"Er...kau ni memang Nayla kan?" Nicki teragak-agak. Wajah gadis itu dittatap lama.

Nayla sengih. Sudah habis melantak baru nak tanya siapa aku? Dia tidak hiraukan pertanyaan Nicki. Barli ais diteguk perlahan. Habis separuh, gelas diletakkan. Dia kemudian kembali memandang Nicki yang tidak berkelip memandangnya.

"Aku datang ni nak tahu pasal nota kaki..rasanya sejak kes Benjamin dulu tu, tak ada lagi nota kaki kan?" Nayla mula ke topik utama.

Nicki masih tidak berkelip memandang Nayla. Dia masih keliru.

"Kau ni kenapa?  Aku memang Nayla!" Nayla petik jari di depan muka Nicki.

Nicki sengih. Dia kemudian bersandar di kerusi. "Tak ada..rupa kau ni sebiji macam muka Arisha..korang ni kembarkan?"

Nayla diam seketika. Dia capai gelas barlis ais semula dan meneguk sampai habis. "Nik Mohamad.."


"Wait! Panggil aku Nicki!" Pintas Nicki. Rasa pelik pula bila mendengar nama penuh seperti itu.

"Ok, Nicki..aku nak tahu pasal nota kaki tu. Aku kena tolong Kurt. Nota kaki tu penting. Setakat ni aku rasa hanya nota kaki tu saja yang menjadi petunjuk untuk kenalpasti siapa makhluk tu." Nayla menyatakan tujuannya ke situ.

"Hmm..masalahnya, nota kaki tu ada dengan Ipo dan dia dah serahkan pada pihak polis." Jelas Nicki.

"Apa? Siapa polis tu? Detektif Hani?" Nayla terkejut. Baru tadi Amir memberitahunya tentang hal pegawai polis perempuan itu. Apa yang diberitahu Amir mungkin ada benarnya.

"Kenapa?" Nicki pula tercengang melihat riak Nayla.

"tak ada apa.." Nayla cepat-cepat sedar. Dia tidak harus panjangkan hal itu. Semuanya belum lagi pasti.

Nicki pula merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Nayla.

"Oh ya..kenapa kau asyik ragu pasal nama aku?" Nayla sengaja bertanya. Dia perlu tahu di mana Arisha tinggal. Hasil siasatannya, dia hanya tahu Arisha dibesarkan di rumah anak yatim tetapi tidak pasti di mana. Rumah anak yatim Limpahan Kasih yang dia jenguk dulu adalah kerana nenek salah seorang yang membiayai keperluan rumah anak yatim itu.

"Aku rasa kau ni ada kembar. Aku kenal seseorang yang sama sebiji muka kau." Ujar Nicki.

"Siapa?"

"Arisha...kau kenal?"

"Tak..tapi aku nak kenal. Boleh kau kenalkan pada aku?" Nayla mengukir senyum. "Ya la..nak tahu juga, orang kata kat dunia ni, ada tujuh orang yang serupa dengan kita. Mungkin Arisha tu salah seorang dari tujuh orang tu. Err..Arisha tu..makwe kau ke?"

Nicki sengih sumbing. Nak kata makwe, tak juga. Nak kata kawan saja, macam tidak juga. "Entahlah...saya pun tak tahu.."

"Ok, macam ni. Apa kata, kau kenalkan kat aku." Nayla beri cadangan.

"Boleh je.."

"Kalau macam tu..kau arrange bila dan di mana." Nayla sudah senyum lebar.

Mereka berdua mula beredar dari situ setelah membayar harga makanan di kaunter. Nicki kembali ke pejabat semula dan Nayla pula sudah berjanji untuk jumpa seseorang. Lelaki tua yang berjaya ditemui dulu, dia perlu bawa lelaki itu berjumpa Kurt. Kurt perlu pulih untuk merungkai semua misteri tentang makhluk dan nota kaki. Dan tentang mawar hitam itu, dia pasti Amir akan berusaha mencari siapa pembunuh yang sebenar. Buat masa ini, dia perlu menolong Hanna menyelesaikan kes Kurt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 12:01 AM | Show all posts
BAB 14



NAYLA menunggu penuh sabar lelaki tua yang ditemui dulu. Dulu semasa dia sedang menunggu lelaki itu, Amir pula datang menganggu. Kali ini, dia lega. Senyuman menguntum di bibir sebaik terpandang lelaki tua itu mendekatinya. Lelaki yang layak dipanggil ayah. Rasanya umur lelaki tua itu agak sebaya dengan ayahnya dulu. Mengenangkan itu semua, rindu mula bertamu di hati. Rindu pada ibu dan ayah yang sudah lama terpisah. Rindu pada Arisha yang juga sehingga kini masih belum berpeluang untuknya bertemu muka.

Nayla segera menghulur salam bila lelaki tua itu sudah berada dekat dengannya. Mereka berbual sebentar sebelum berjalan bersama menuju ke kereta di tempat parkir. Kereta Nayla mula menuju ke rumah Hanna. Tadi, dia sudah menghubungi Hanna akan kedatangan mereka ke situ. Setengah jam memandu, akhirnya mereka sampai di halaman rumah Hanna.

"Pakcik..marilah." Ajak Nayla. Lelaki tua itu dilihat masih memerhati sekitar halaman rumah Hanna.

"Nay!" Laung Hanna dari muka pintu rumahnya.

Nayla dan lelaki tua itu beriringan berjalan ke arah pintu rumah. Hanna sudah sedia menunggu mereka di situ. Mereka dijemput masuk. Kelihatan Danish leka bermain di satu sudut di ruang tamu itu.

"Nay..pakcik, jemput minum dulu. Maaflah..kuih saja. Tadi tak sempat nak masak. Baru sampai rumah dari makmal tadi.." Hanna mengukir senyum sambil mempelawa tetamunya menjamah juadah petang.

"Oh ya Hanna...kenalkan ini pakcik Johari. Dia yang hantar surat tu pada kau dulu." Nayla perkenalkan lelaki tua itu kepada Hanna.

Hanna merenung wajah orang tua itu. Dia cuba mengingati siapa gerangan lelaki tua itu sebelum ini. Rasanya dia pernah melihat tetapi sudah lupa bila dan di mana. Agak lama dia berfikir cuba mengingati semula.

"Hanna apa khabar?" Johari mula menegur Hanna. Wajah Hanna ditatap sejenak. Sudah lama wajah itu tidak dilihat, rasanya sejak Kurt habis belajar dulu semasa di univerisiti. Mungkin Hanna tidak perasan. Hanna sma seperti Kurt, fasih berbahasa Melayu.

"Pakcik kenal saya?" Tercengang Hanna mendengar pertanyaan orang tua itu.

"Ya..Kurt selalu bercerita tentang Hanna. Pakcik tahu, Hanna dan Kurt sudah bertunang masa tu." Jawab Johari, senyuman nipis dilemparkan kepada Hanna. Matanya menala mencari kelibat Kurt.

"Macam mana pakcik kenal Kurt?" Hanna mula berminat. Sungguh dia tidak tahu tentang itu. Kurt pun tidak pernah bercerita padanya.

"Kurt..dia anak angkat pakcik. Masa tahun akhir pengajian dulu, dia datang rumah pakcik dan tinggal selama sebulan di rumah pakcik. Dia mengkaji jenis virus dan bakteria bawaan binatang liar di hutan. Pakcik banyak tolong dia masuk hutan mencari binatang liar." Jelas Johari menjawab pertanyaan Hanna yang seperti kebingungan.

Hanna mengangguk-angguk. Penjelasan pakcik itu masih samar baginya. Apa yang masih menjadi tanda tanya, bagaimana Kurt boleh hilang ingatan dan bagaimana pakcik itu tahu apa yang sudah terjadi pada Kurt. "Tapi..macam mana pakcik kenal Kurt?"

"Hanna...pakcik ni bukan calang orang. Dia bekas pensyarah di Universiti Westminster dulu. Kurt kenal Prof masa seminar di universiti tu. Dia profesor terkenal di sana. Kurt selalu jumpa Prof. Johari untuk belajar ilmu sains terutama sains mikrobiologi. Kajian tentang virus dan baktera. Lepas Prof. Johari bersara, dia pulang ke Malaysia." Nayla pula menjelaskan apa yang sudah diberitahu oleh pakcik Johari dulu kepadanya.

"Jadi..nilah Prof Johari Mazlan, pensyarah Bioscience yang berjaya menaikkan nama Malaysia dulu dalam bidang kajian genetic engineering?" Hanna terlopong. Dulu dia hanya mendengar saja cerita itu dari pensyarah di Universiti Sheffield dan sekarang ini, orang itu sudah berada di depan mata. Kurt tidak pernah ceritakan padanya tentang Prof. Johari yang hanya dia dengar dari mulut pensyarah lain saja. Tidak pernah dia bertemu muka. Ingin juga dia menimba ilmu dari lelaki itu. Dan kini...

"Err..maaf Prof.." Hanna mula merasa malu dengan panggilan pakcik.

"Tak apa..panggil saja pakcik. Lebih selesa panggilan tu. Itu orang Melayu yang selalu guna untuk orang tua. Dah pencen macam ni, rasanya tak sesuai panggil Prof. Macam mana tinggal di sini? Selesa?" Tanya Johari. Dari apa yang dia tahu, Hanna dan Kurt adalah warga Sweden yang kemudiannya ditawarkan bekerja di Malaysia. Malah makmal tempat Hanna bekerja sekarang ini pun adalah kepunyaan seorang ahli perniagaan terkenal yang juga kenalannya dulu.

"Ya..cukup selesa. Kami dah jadikan Malaysia as our second home." Hanna melakar senyum.

"Pakcik..apa yang sebenarnya sudah jadi pada Kurt? Kenapa dia hilang ingatan?" Hanna sudah lama ingin tahu tentang hal itu. Sudah puas dia bersedih dengan keadaan Kurt. Tidak sampai hati melihat suami sendiri begitu.

Johari menarik nafas dan dihembus perlahan. Terasa berat untuknya menceritakan perkara sebenar kepada Hanna. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan.

"Setahun lalu...masa tu, pakcik sedang berburu di hutan. Mencari ayam hutan dan juga pokok herba untuk ditanam dalam kebun herba pakcik. Dulu, selain sains mikrobiologi, pakcik ada juga belajar bidang Botani dan Genetik. Selepas bersara, pakcik banyak usahakan pokok herba dan juga penghasilan cendawan kacukan menggunakan teknik genetic engineering. Masa tu hampir senja..pakcik terdengar suara orang meraung kesakitan. Pakcik cuba cari dari mana arah suara itu datang. Sejam mencari, akhirnya pakcik jumpa. Terkejut..tak sangka orang yang meraung sakit tu adalah Kurt. Dan yang lebih pelik macam mana dia boleh tercampak kat situ?" Johari mula bercerita. Nafas ditarik dan dilepaskan seketika sebelum menyambung bicara.

"Kurt berada dalam keadaan lemah dalam sebuah gua. Masa pakcik sampai tu, pakcik nampak dua orang lelaki tergesa-gesa keluar dari gua itu dengan sebuah beg peralatan makmal. Macam chiller box untuk simpanan bakteria dan virus. Tak sempat pakcik nak kejar mereka. Pakcik percaya Kurt sudah disuntik dengan sesuatu. Mungkin dia sudah disuntik dengan sejenis enzim yang diesktrak dari bakteria merbahaya. Pakcik bawa Kurt pulang ke rumah. Di rumah, pakcik cuba rawat Kurt. Alhamdulillah, dia pulih sedikit tetapi mindanya seperti sudah dicerna oleh enzim tu. Pakcik ambil sampel darah, tisu dan air liur Kurt dan pakcik hantar ke makmal tempat kawan pakcik kerja di UK. Hasil keputusan tu..rupanya..." Johari terhenti di situ. Dia sekali lagi melepaskan keluhan berat.

Hanna dan Nayla tidak berkelip memandang pakcik Johari yang sudah tunduk. Ada riak sugul di wajah orang tua itu. Hanna mula berdebar. Dia pandang Nayla yang turut tidak berkutik. Tidak sabar menanti kata-kata seterusnya dari lelaki itu.


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 12:35 AM | Show all posts
dah maca citer mad scientist pon ada neh..

hanna tu omputih terel ckp melayu rupenyeee...

err... malam ni nicki tido luar lagi ke?
eh mula2 aku baca mcm nicki n conan dok umah teres je..
cemaner leh jadi kondo lak nehh??
dah buat umah alif mcm umah sendrik ke apa??

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
okay next tak sabar nak tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 07:38 AM | Show all posts
misteri lagi ya @Ipo... can't wait to know what will happen next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2015 08:22 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-2-2015 12:35 AM
dah maca citer mad scientist pon ada neh..

hanna tu omputih terel ckp melayu rupenyeee.. ...

eh..ada ke part Ipo dan conan duk kondo?
Rasanya dorang tu menumpang umah Alif..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 08:32 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-2-2015 07:38 AM
misteri lagi ya @Ipo... can't wait to know what will happen next...

ya masih misteri Zam..anyway..suka baca signature zam ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 08:33 AM | Show all posts
NaylaArisha replied at 10-2-2015 05:53 AM
okay next tak sabar nak tunggu

citer belit huru hara je ni...
relax..relax..je..
tak faham tak apa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2015 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 10-2-2015 08:22 AM
eh..ada ke part Ipo dan conan duk kondo?
Rasanya dorang tu menumpang umah Alif..

Aisehhh.. dah tercampur kisah karoot ngan kisah yg betui la ni
Nicki la neh.. sibuk nak berangan kat balkoni sambil minum kopi bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068276 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list