CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lienaalin

Isteri Eizlan Yusof fail pengesahan lafaz cerai

[Copy link]
Post time 19-11-2014 12:16 PM | Show all posts
salmeah posted on 18-11-2014 04:13 PM
Aku nak highlight nama real dia boleh
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof

hahaha.. kan... aku pun terfokus kat nama sebenar.
Tak bleh blah nk urban kan diri..tukar from Idris ke...Eizlan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 12:22 PM | Show all posts
newyork posted on 19-11-2014 11:17 AM
Muka cantik,,penipu ka apa ka..ada ja org nak,cuba muka hodoh, yg jujur pun payah org nak.apatah lg  ...

betul kata kau tu..ezlan ni pelakun yg tak banyak konravesi .aku mula minat dia dlm jaguh..yg main babminton tu..syg kalau mereka bercerai anak2 comel2
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Di sebabkan bini pernah menipu, sampai cerai kan pun bini yang di salahkan.....entah-entah si laki yang buat hal....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 12:32 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR: Berita mengejutkan mengenai keretakan rumah tangga Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun tersebar semalam apabila isteri pelakon itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Bagaimanapun, mereka tidak hadir pada prosiding sebutan kes.

Vie Santie, 28, memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Semalam, mahkamah menetapkan 13 Januari depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta kedua-dua pihak hadir bersama saksi.

Usaha BH Online menghubungi pelakon drama Jaguh Jaguh itu gagal kerana panggilan ke telefonnya tidak berjawab.

Laman Instagram Eizlan pula kali terakhir gambar dikemaskini empat hari lalu.

Malah beberapa keping gambar yang dimuat naik tidak pula menunjukkan tanda-tanda rumah tangganya sedang bermasalah.

Gambar beliau dan isteri turut dimuatkan termasuk ketika menghadiri malam graduasi anak perempuan mereka, Vie Zaara selain bersantai di sebuah premis makanan.

Pasangan ini berkahwin pada 7 Julai 2007 dan sudah dikurniakan tiga cahaya mata.

Kredit : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:38 PM | Show all posts
lipstickz posted on 19-11-2014 11:00 AM
Tak reti nak tepek tapi terbaca kat link bwh ni:

Apekah???

bila tengok video kawin they olls nih, aku rasa vie lebih cantik jika bertudung, macam anak patung flawless sgt2...bila tak bertudung lak cam biasa jerr..ramai muka cam tuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:54 PM | Show all posts
vie ni baru 28 walaupon cntik iols rasa air muka dia nampak tua. ingt dah 30s cmtu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2014 12:58 PM | Show all posts
so..apa lagi standby mana yang solo tu...kite send borang dulu..mana tahu rezeki antara kite ke..bergelar datin tuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:11 PM | Show all posts
nia_salina posted on 19-11-2014 09:59 AM
i just said to my husband this morning ..JANGAN RAPAT SANGAT DENGAN PEREMPUAN SABAH..sebab dah banya ...

pasal cara nak cari laki bukan setakat ppuan Sabah je..yg paling terror ppuan pinoy..mula2 hanya kawan biasa lama2 jadi teroverdose  mesra atas katil..tu yg dia org nak..kalau lelaki tu dah rasa besalah dia org kawin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 01:13 PM | Show all posts
tak sangka ye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kakasotong posted on 18-11-2014 11:30 PM
Paper mana ntah yg last sunday punya katenye ada pasangan selebs yg baru kawin xsampai 2 tahun dik ...

Anak pak usop n ex model spender kah? SY - PS
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:26 PM | Show all posts
yinfenglee posted on 19-11-2014 11:04 AM
dia kata dia budak dip USM ,
sedangkan USM ada limited  dip programme and semua program dip kat  ...

terpaksa accept kot..
masa tu kan dah terkawin..
takkan nak cancel
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:31 PM | Show all posts
Kak-Leen posted on 19-11-2014 12:03 PM
Tlg kasi cerah sikit sapa SY-PS. :-) :-) :-)

sol dan putri sarah kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak kecik2 lg..
Huhu

Tak kenal wife dia sape..

Moga dipermudahkn urusan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:35 PM | Show all posts
Bertabah la Vie..bukan saja berdepan isu cerai..tapi cerita lama korek lagi
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:35 PM | Show all posts
lienaalin posted on 19-11-2014 12:32 PM
KUALA LUMPUR: Berita mengejutkan mengenai keretakan rumah tangga Datuk Eizlan Yusof dan isteriny ...

story lama pasal Datuk Idris @ Eizlan..tokey arang batu rupanya..

kredit to http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... iburan&pg=hi_09.htm

BENARLAH kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah dengan perjalanan hidup pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof, 41 tahun.
Siapa sangka, Eizlan yang bermula sebagai pelakon pembantu dalam filem Kad Cinta arahan Julie Dahlan dan diterbitkan oleh JD Production pada tahun 1994, kini berjaya sebagai tauke arang batu!
“Bagi saya semua yang diterima ini adalah anugerah daripada Allah SWT. Rezeki isteri dan anak-anak,” kata Eizlan sewaktu ditemui di sebuah hotel di pinggir kota Jumaat lalu.
Sebagai seorang artis, kejayaan Eizlan dalam bidang perniagaan memang membanggakan namun dia tidak dapat lari daripada pandangan skeptikal masyarakat terhadapnya.
Betapa tidak, dalam meniti kejayaan demi kejayaan, kemampuan Eizlan yang baru-baru ini dianugerahkan bintang Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-81, dalam bidang perniagaan diragukan.
Mungkin bagi para peminat drama dan filem tempatan, Eizlan hanya dikenali sebagai pelakon tanpa latarbelakang pelajaran yang membanggakan.

Namun bagi mereka yang mengenali ayah kepada Vie Zaara, 4, Zareef Yusof, 2, dan suami kepada Vie Shantie Haroon Khan, 26, sebenarnya Eizlan mempunyai latarbelakang akademik yang boleh menjamin masa depannya.
Semuanya gara-gara syarat yang diberikan oleh ayahnya, Allahyaham Md. Yusof Abdullah apabila Eizlan mahu menceburi bidang lakonan.
Menurut Eizlan, dia tidak pernah ambil peduli akan pandangan masyarakat tentang dirinya kerana baginya setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri.

“Waktu di bangku sekolah lagi, apabila cikgu bertanya apa cita-cita, saya tidak pernah berganjak dengan impian saya untuk menjadi bintang filem.
“Ada juga kawan-kawan yang ketawa mendengar jawapan saya, tetapi saya tidak pernah anggap itu sesuatu yang memalukan.
“Arwah ayah tahu cita-cita saya, tapi... arwah bagi syarat jika mahu menjadi pelakon saya mesti memiliki kelulusan yang tinggi dalam bidang akademik,” cerita Eizlan sambil tersenyum tatkala menyingkap nostalgia zaman remajanya.

Walaupun ketika itu, Eizlan begitu berat untuk menerima syarat Allahyarham ayahnya tetapi dia bersyukur berbekalkan pendidikan yang tinggi kini dia boleh berdiri megah sebagai seorang ahli perniagaan yang berpelajaran.
Menerima syarat arwah ayahnya, Eizlan akhirnya berjaya memilikki Diploma Kejuruteraan Elektrik (1991) dan Diploma Pengurusan Perniagaan (1994) dari Institut Teknologi Federal.
Bersandarkan diploma yang dimilikki dan selaku Pengerusi Eksekutif Blackstone Dagangan Sdn. Bhd.,Eizlan bersama rakan kongsinya, Abdul Munaf Sultan sebagai Pengarah Eksekutif, mereka berdua menjalankan perniagaan arang batu di Banjar Masin, Kalimantan sejak 2007.

“Saya amat bersyukur dengan syarat yang arwah ayah bagi. Disebabkan syarat itulah saya kini menjadi manusia yang berguna kerana dapat menjalankan tugas dan kewajipan dalam syarikat ini.
“Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan bersama rakan kongsi yang mana Blackstone merupakan anak syarikat Agate Group yang sememangnya mempunyai lombong arang baru di sana, kini semakin berkembang dan kami mampu memenuhi permintaan pelanggan,” cerita Eizlan.
Walaupun Blackstone hanya membekalkan arang batu ke China dan India dengan kapasiti antara 30,000 - 60,000 tan sebulan ia sudah cukup memberi gambaran kejayaan mereka berdua.

Menurut Eizlan, dengan syarat yang diberikan oleh arwah ayahnya, dia bukan sahaja berjaya sebagai ahli perniagaan namun syarat itu jugalah yang membantunya di zaman gawat.
“Saya masih ingat tatkala dunia seni mengalami kegawatan sekitar tahun 1997 -1999, kebanyakan artis tidak mendapat tawaran berlakon.
“Ketika itu, ramai yang membuka gerai untuk meneruskan kehidupan. Tetapi saya amat bersyukur mempunyai simpanan melalui pekerjaan di sebuah syarikat pelaburan.
“Disamping itu, pendapatan saya sebagai model komersial juga banyak membantu saya untuk meneruskan hidup saya tanpa menagih simpati daripada sesiapa,” cerita Eizlan.
Selain menjalankan perniagaan arang batu, Eizlan bersama isterinya, Vie Shantie Haroon Khan mempunyai syarikat Magna Ratus Sdn. Bhd. (menguruskan projek pembangunan dan hartanah) dan Magna Pictures Sdn. Bhd. yang akan menerbitkan filem tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai bidang lakonan, Eizlan yang akan ke lokasi filem aksi komedi Pak Pong, tidak lama lagi berkata;
“Walaupun telah mempunyai perniagaan dan syarikat sendiri, saya tidak akan meninggalkan dunia seni.
“Bagi saya berlakon bagaikan santapan jiwa yang akan memberi ketenangan dalam kehidupan saya, apalagi bila mengingatkan perjalanan seni saya yang begitu indah dan kadangkala melucukan.”
Mungkin ramai yang tidak tahu, selain berlakon, Eizlan juga pernah bergelar penyanyi dengan album pertamanya Jatuh Hati dengan kumpulannya Impression yang dianggotai bersama Norman Hakim dan Sani Salleh (kini bergelar Datuk).
“Sayangnya album kedua kami terbitan Sony Music yang telah dirakamkan sepi tanpa khabar berita,” kata Eizlan yang mula muncul dalam iklan minuman hasil usaha Allahyarham Yasmin Ahmad.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai..

Hai...

Nama spe..?

Shanti..you?

Er....idris..eh i mean Eizlan...dato Eizlan.


Hahaha..
Jauh bebeno.idris.ngn Eizlan


Plus idris tu nama rasul...huhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 01:38 PM | Show all posts
nia_salina posted on 19-11-2014 09:59 AM
i just said to my husband this morning ..JANGAN RAPAT SANGAT DENGAN PEREMPUAN SABAH..sebab dah banya ...

Agaknyer org laki pandang pompuan sabah mcm limited edition gitu eh? Cepat teruja. Pompuan sabah mostly mmg peramah kot. Most sabahan frens iols jenis2 lincah yg boleh mendatangkan cemburu gf2 n bini2 gituh. Ada yg social but ramai ug well-behaved iols tgk. Nampak social jer la kottt.  Selalu gak dgr warning cenggini pasal pompuan kelantan, kan depa semua manis2 manja.

But keji la kawan laki uols nak mencelop ngan pompuan seblom nikah. Kalau tak sabahan, ntah2 pompuan dari negeri lain plak kena celop. It takes 2 to tango beb.


Bab vie ni teruk jugak eh her past? Jgn jer kita judge her situation right now based on her past. Borak serinok2 share cerita2 cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:39 PM | Show all posts
cmf_Strawberry posted on 19-11-2014 10:23 AM
Eizlan duduk Damansara Damai belakang Curve (belakangla sangat tp dekat).. selalu jumpa dia tp x pen ...

kat mana damansara damai..
armanee ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 01:43 PM | Show all posts
idrin ni pernah ada kumpulan penyanyi kan?

idris-norman memey-sani express : impression
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 02:15 PM | Show all posts
owhh..br hari ini ku tau nama sbnrnya idris...ingt kn eizlan tuh nama dia dlm ic!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.094333 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list