CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

[Tempatan] Versi 11: Ops Daulat - Seorang Pahlawan Gugur, 3 Anjing Kiram Mati : Post 1505

 Close [Copy link]
Post time 11-3-2013 04:41 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 11-3-2013 04:39 PM
x tau ler cter si fairul tuh
dr tadi iols mtak update
tp x habes2 ngn remvess

tapi ok gak ada selingan gini. ada bahan buat gelak ketawa di masa2 stress camnih.

rugi dari tred 10 takleh join uols merembes. mesti sana lagi lucu. iols balik dari skola, on ja laptop tirid dah tutup. apakan daya. tada rejeki.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 04:41 PM | Show all posts
Indog plak sibok2 nk campur...suh depa bukak buku sejarah dlu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:42 PM | Show all posts
the_killer posted on 11-3-2013 04:39 PM
indon mau sarawak..pinoy mau sabah...fhm2 lah... ..

indon dan pinoy ..2 negara tak sedar di ...

i xrela senegara ngan indon wehh.. scary

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:42 PM | Show all posts
MrsInsp posted on 11-3-2013 04:05 PM
bg i diaorg ni xleh cya..tu smua taktik kotor..yg kita nmpak gencatan senjata utk askr dia area ma ...

bangga nya menjadi seorang suami yang dapat isteri seperti akak .. semoga di permudahkan oleh NYA semua urusan pejuang2 kita di sana
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:42 PM | Show all posts
the_killer posted on 11-3-2013 04:39 PM
indon mau sarawak..pinoy mau sabah...fhm2 lah... ..

indon dan pinoy ..2 negara tak sedar di ...

memang.

diharap sesiapa yang leluhurnya dari indon itu tiada la konon2 mendapat inspirasi keji dari suluk kiram tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:42 PM | Show all posts
hellena posted on 11-3-2013 04:41 PM
Indog plak sibok2 nk campur...suh depa bukak buku sejarah dlu....

indon pon taklayan..indon ngan papua pon tak selesai..si kiram lanun mintak tolong indon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2013 04:43 PM | Show all posts
the_killer posted on 11-3-2013 04:35 PM
Sultan Sulu akan minta bantuan Indonesia buat rebut Sabah
Today 14:52
  1. Namun kali ini, dia menuntut negara jiran itu segera mengembalikan daerah itu kepada Kesultanan Sulu dan memberikan ganti rugi atas segala kerusakan dan klaim selama ini.


Copy the Code
upss... berapa banyak dah kerosakan yg malaysia buat ke atas sabah ni?????????
dulu hutan tebal, x de jalan raya, skrg dah byk pokok d tebang, hutan jadi bandar, jalan raya sana sini..
isk isk isk.. darab campur tolak bahagi banyak gak kerosakan malaysia buat ni


Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
RedClip posted on 11-3-2013 04:38 PM
lupa lak, sape ek nama minah yg cakap acting je tu

Salamah apa ke namanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 04:44 PM | Show all posts
crossfire posted on 11-3-2013 04:40 PM
Nie baru ACTING hehehehehehe

kihkihkih xmenahan pic tu

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:44 PM | Show all posts
chazey posted on 11-3-2013 04:42 PM
memang.

diharap sesiapa yang leluhurnya dari indon itu tiada la konon2 mendapat inspirasi ke ...

risau je jawa,bugis,banjar malaysia sokong indon ..hrap2 taklah
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:44 PM | Show all posts
Sejarah Penubuhan Komando VAT 69

Sejak krisis pencerobohan pihak Kesultanan Sulu di Lahad Datu, nama unit Komando VAT 69 sering diperkatakan di mana sahaja. Tapi, tahukan anda apa itu Komando VAT 69 dan sejarah penubuhannya? Pasti ramai di antara kita yang fikir bahawa Komando VAT 69 ini dari unit tentera. Sebenarnya komando VAT 69 ini asalnya anggota polis hutan pada zaman komunis dahulu.




Sejarah Penubuhan

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia. Sesiapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti tahu pasal SAS nie.

Objektif penubuhan pada zaman darurat tu disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.




Sebagai pasukan elit PPH, VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih group awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas di negara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.



Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan, unit ini pernah dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69). Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).





Jadi, dengan sejarah di atas, kita rakyat Malaysia patut berbangga sebab anggota komando kita merupakan salah satunya komando yang dapat memakai beret yang sama warna dengan beret anggota komando SAS yang mana SAS ni merupakan anggota komando terbaik dunia. Satu lagi, komando VAT 69 nie pernah di dokumentarikan dalam Asia Channel. Bak kata orang, komando ni merupakan satu pasukan elit yang tak takut mati. Seperti mana trade mark anggota SAS kat logo diorang "Who Dares Wins", Siapa yang berani menang.



Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
the_killer posted on 11-3-2013 04:42 PM
indon pon taklayan..indon ngan papua pon tak selesai..si kiram lanun mintak tolong indon

Hahaha nak mintak tolong indon.rakyat dorang nak makan pun tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:45 PM | Show all posts
Geng2 filem dh sibuk nk buat filem dh...blh lh bang2 askar jd pelakon lps nie
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:45 PM | Show all posts
tayah layan la indon tu...dasar bangsa tak sedar ke diri....sama je halusinasi tinggi mcm kiram celaka tu...


abam2 forensik sure tak lalu makan tgk mayat banjingan sulu mereput gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:46 PM | Show all posts
ina_na posted on 11-3-2013 04:39 PM
tu la bila baca dlm utusan tadi wartawan tu kelam kabut lari...penduduk kampung pun katanye kalam  ...

tapi,

aku masih bimbang ada puak yang tak renti2 hasut meka ni. takut meka nak balas dendam ke apa.

blom boleh tarik nafas lega lagi. walaupun kemenangan berpihak pada kita.

aku harap sangat dalang tu berenti buat hal. iblis sebenar adalah dalang di sebalik semua ni. yang tengok dari jauh pehtu enjoy the show seperti maniac.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2013 04:47 PM | Show all posts
Login_ID posted on 11-3-2013 04:43 PM
upss... berapa banyak dah kerosakan yg malaysia buat ke atas sabah ni?????????
dulu hutan tebal,  ...

a'ah....biar je xde pembangunan....bia dok utan pakai cawat je memasing kn...ekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:47 PM | Show all posts
Login_ID posted on 11-3-2013 04:43 PM
upss... berapa banyak dah kerosakan yg malaysia buat ke atas sabah ni?????????
dulu hutan tebal,  ...

ok... nampaknya memang akal soltan suluk si KIRAM nih letak kat lutut
xabes-abes nak klaim
macam org gila talak la pulak.. claim sana sini
untukmu kiram.. dah tua tu, udah2x ler buat onar
duk rumah, rehat2x, main ngan cucu... baru ati aman
CESSSSSs
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:47 PM | Show all posts
the_killer posted on 11-3-2013 04:44 PM
risau je jawa,bugis,banjar malaysia sokong indon ..hrap2 taklah

tak kot? sebab kaum2 tu takda sebarang personal vendetta seperti suluk tausug yang mati2 perasan sejak zaman berzaman bahawa sabah milik meka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2013 04:48 PM | Show all posts
Mengapa VAT 69 Digeruni Musuh?




1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah-tengah. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu-tahu perut bocor usus terkeluar.

2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang 'orang kampung'. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit). Apa yg sering menarik perhatian pasukan2 sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yg selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yg dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan 'killing machine'. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan2 lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung. Yg seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yg terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.250391 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list