CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 1-3-2013 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
redsentra posted on 1-3-2013 09:53 AM
Dzariff yg ambik rasanya

Mmm ye jugak kn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 10:59 AM | Show all posts
Salam TJ2

Thanks for the sambungannya . X pasti sama Ada saya yang confuse ataupun ceritanya sememang begitu. Hmmm acara 'family day' tu dah berulang sung ke? Atau masih dlm perancangan?

The tense dah memang terasa with Delia dpt phone call aaak2 hilang Dan disini sepatutnya nanti kita dpt lihat bagaimana Delia perhatikan Ameer handle the situation and 'peperangan' emosi seandainya anak2 itu diculik atas rancangan  Irina / Datin Aina. If Dzariff as speculate by other readers it will end the excitement of the story. Plot 'penculikan' ini patut jadi suspense Dan menguji tahap cinta Dan perhatian Ameer towards the children and his keikhlasan. Kalau dlm masa yg sama Dzariff happen to be the missing Adam muncul, di sini lah segala conflict perasaan bermula.  Just my opinion... Last edited by sanaa1 on 1-3-2013 11:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 11:37 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 1-3-2013 10:59 AM
Salam TJ2

Thanks for the sambungannya . X pasti sama Ada saya yang confuse ataupun ceritanya seme ...

Salam,

Thanks sbb sudi baca. Family day tu belum pun berlaku.
br dlm perancangan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 11:39 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 1-3-2013 11:59 AM
Salam TJ2

Thanks for the sambungannya . X pasti sama Ada saya yang confuse ataupun ceritanya seme ...

hohoho.. baca komen pon da saspen ni.. komen dgn citer sama saspen.. heheheh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 11:50 AM | Show all posts
                                    ****************************************

            Delia menggelupur keluar sebaik kereta dipakir berhampiran dengan rumah Kak Ila. Dia terus melangkah tanpa menghiraukan Ameer yang sedang terkial-kial mahu mengunci pintu kereta. Loceng ditekan berkali-kali bila dia berdiri di hadapan sebuah rumah berpagar putih.

            Kak Ila muncul dengan wajah yang memerah dan mata yang bengkak. Bila pagar dibuka, Delia terus menerpa kepada wanita berusia awal 40an itu. Dia mahu tahu apakah yang sebenarnya telah terjadi.

            “Macamana dengan anak-anak saya, kak?” Delia terus bertanya tanpa mampu untuk menunggu walaupun sesaat lagi. Kak Ila tersenyum payah. Wanita menepuk lembut tangan Delia dan mengajaknya masuk.

            “Kita masuk dulu.”

            “Kak! Anak-anak saya…”

            Dua wajah yang sedang duduk di kerusi milik Kak Ila, hampir-hampir buatkan Delia terjelepuk. Kita punyalah risau, diorang boleh jilat aiskrim macam takde apa-apa berlaku! Hawau sungguh!

            Tak tunggu lama Delia terus peluk dua anak kecil itu. Kedua-duanya terpinga-pinga bila pipi mereka dicium bertalu-talu.

            “Mama ni kenapa? Adik nak makan aiskrim pun tak senang!” Rungut Dani dengan muka masam. Delia senyum dan cubit perlahan pipi anaknya yang jelas tidak terkesan dengan peristiwa sebentar tadi.

             Kemudian Delia pandang Kak Ila yang sedang tersenyum. Jelas kelihatan riak kelegaan diwajah Kak Ila. Delia balas senyum itu. Melihat Dani dan Dania dengan matanya sendiri,automatik semua rasa yang bertamu dihatinya tadi berlalu pergi.

            “Encik Kamal ni yang hantar diorang. Dia yang nampak Dani dengan Dania naik kereta Honda tadi. Mujurlah dia ada. Kalau tak…” Kak Ila terdiam sambil mnyeka airmata yang menitis di pipi. “…entah apa nasib budak comel dua orang ni. Maafkan akak, Lia. Akak cuai.”

            Air liur ditelan. Wajah Kak Ila dan lelaki bernama Kamal itu dipandang silih berganti. Delia tidak tahu mahu berkata apa. Mahu marah dirasakan seperti tidak berbaloi. Lagi pun, selama ini Kak Ila sudah banyak membantunya menguruskan anak-anak yang kian membesar. Delia hela nafas perlahan.

Last edited by TJ2 on 1-3-2013 11:57 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 11:51 AM | Show all posts
              
           Pandangan diarah kembali pada lelaki berkemeja kelabu yang sedang duduk dan asyik melayani karenah Dani dan Dania.


            “Encik Kamal…” Tegur Delia. Lelaki itu mendongak dan tersenyum. “Terima kasih sebab tolong selamatkan anak-anak saya. Tapi macamana encik tau anak-anak saya ni ikut orang yang tak dikenali?” Ujar Delia sambil duduk di sisi Dania. Spontan dia cium kepala si kecil yang bertocang dua itu.

            “Abang diamanahkan untuk menjaga keselamatan Azreen dengan anak-anak. Jadi abang memang dah tau siapa yang patut dikenali atau tidak.”

            Abang? Diamanahkan untuk menjaga dia dan anak-anak? Delia kerut dahi. Apasal macam pelik je lelaki di hadapannya ini? Dan mana lelaki ini tahu namanya Azreen? Jarang ada orang memanggilnya begitu.

            “Jaga keselamatan saya? Kita pernah kenal ke?” Kamal geleng dan Delia kembali bertanya. “Habis tu…mana tau nama saya Azreen?”

            “Panjang ceritanya…”

            “Pendekkan la.”

            “Dell, I dah tanya jiran-jiran dekat sini tapi semua tak nam…” Belum sempat Kamal membuka mulut, Ameer tiba-tiba muncul. Dua lelaki itu berpandangan sebelum Ameer kembali berkata. “Abang Kamal, kan?”

            Mulut Delia sudah melopong bila Kamal dan Ameer bersalaman. Makin pelik rasanya. Apa sebenarnya kaitan di antara mereka ini? Adakah Ameer yang menyuruh lelaki ini menjaga anak-anaknya?

            “Kenal ke?” Tanya Delia pada Ameer yang sedang mengambil tempat si sebelah Dani. Dua anak kecil yang sedang leka menjilat aiskrim itu sedikit pun tidak menghiraukan mereka. Macam tak pernah jumpa aiskrim! Buat malu mama je! Gumam Delia dalam hati.

            “Mau tak kenal. Nilah bodyguard Dzariff adik beradik masa diorang kecil-kecil dulu.” Jawab Ameer sebelum berpaling pada Kamal. “Macamana pula abang boleh ada dekat sini? Kawan Kak Ila ke?”

Last edited by TJ2 on 1-3-2013 12:02 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2013 11:53 AM | Show all posts
              
           Pantas Delia geleng. Mentang-mentang Kak Ila ibu tunggal. Suka hati je nak buat andaian! Tapi, kalau Kamal ini bodyguard Dzariff, adakah lelaki ini yang Dzariff maksudkan tempohari? Lelaki yang dipercayai untuk memerhatikan Delia dan anak-anak.


            “Encik Kamal nilah yang tolong selamatkan Dani dengan Dania.”

            “La…yeke? Terima kasih banyak-banyak la, bang. Mujur ada abang. Tapi, apa abang buat dekat sini?” Kerana seingat Ameer, Kamal sudah lama berhenti dari bekerja dengan Tan Sri Rashad. Malah kalau dia tak silap lelaki ini sudah pun berpindah ke Johor.

            “Dzariff mintak abang tolong tengok-tengokkan si Azreen ni. Dia tak senang hati nak tinggalkan diorang tanpa pengawasan. Lagipun Dzariff kata Azreen pernah kena serang dulu. Dia takut perkara yang sama berulang lagi.”

            Kan betul apa aku agak! Desis hari Delia dan dia bersyukur kerana atas tindakan Dzariff itu, percubaan untuk melarikan anak-anaknya gagal.

            “Nanti tolong ucapkan terima kasih pada, Dzariff ye.” Kata Delia dengan senyuman. Ameer di hujung sana dipandang dan riak wajah lelaki itu tampak berbeza dari tadi.

            “Kenapa Azreen tak cakap sendiri?”

            Pertanyaan Kamal buatkan Delia kaku. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana kerana Ameer jelas merenungnya dengan tajam. Apa kena dia ni? Mata nak kena cucuk ke?

            “Malaslah nak call dia jauh-jauh dekat Sydney tu…”

            “Call je. Mesti dia happy.”

            Ameer berdehem kuat tiba-tiba. Lelaki itu mengalih pandangan kepada Kamal yang kelihatan selamba.

            “Lepas ni abang Kamal tak payah lagilah jaga diorang. Cakap dengan Dzariff tak perlu risau. Saya boleh jaga diorang!”

Last edited by TJ2 on 1-3-2013 12:03 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 11:54 AM | Show all posts
            
           Suara Ameer serius. Kata-katanya kedengaran seperti satu arahan yang mesti diikuti. Aduyai! Time-time ni pula mood singa dia nak datang! Delia tepuk dahi perlahan. Benda kecik macam ni pun nak naik angin ke?


            “Sorry Ameer. Abang cuma terima arahan dari Dzariff. Yang pasti selagi dia tak balik dari Sydney, abang kena perhatikan Azreen dengan si kenit dua orang ni!”

            “Kan saya dah kata…”

            Kemunculan Kak Ila dari dapur membantutkan kata-kata Ameer. Delia urut dada lega. Mujur Kak Ila datang. Kalau tak mau berparang Ameer dengan Kamal ni. Dua-dua macam tak mahu mengalah.

            “Jemput minum semua. Air bujang je.”

            Wanita yang tidak tahu apa-apa itu senyum sambil menghidang air teh di atas meja bersama sepiring kek pisang.

            “Ooo ni air bujang. Kalau air dah kahwin macamana pula, Kak?” Usik Delia nakal. Kak Ila tertawa dan menampar kuat peha Delia hinggakan dia terseringai sakit. “Sakit la, Kak!”

            “Padan muka kamu.”

            “Akak ni tangan besi ke? Sakit gila peha saya.” Ujar Delia sambil usap pehanya yang terasa pedih.

            “Baru nak tau ke? Akak ni tulang besi, urat dawai tau.”

            Keduanya tertawa kuat. Delia pandang Kamal dan Ameer dengan ekor mata. Kamal kelihatan turut tertawa tapi Ameer tetap cemberut seperti tadi. Payah betul mamat sorang ni! Cepat sangat sentap…

Last edited by TJ2 on 1-3-2013 12:04 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 12:04 PM | Show all posts
sambunagn lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:15 PM | Show all posts
Dlm persaingan nak merebut hati dahlia.......Dzariff mendahuli Ameer
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:31 PM | Show all posts
nak Dzariff jer ....

x nak amerr.....

leh gitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 01:25 PM | Show all posts
Salam TJ2

Sekali lagi terima kasih dengan sambungannya...can I expect more for today?

I'm happy because you make me happy with something I have in mind. Lepas ni nak tengok "pertarungan" hati Ameer pula ia bukan dengan perbuatan ataupun kata2 but his deep emotion. His internal fight...bring it out TJ2...Ameer bkn singa jantan when it comes to his own feeling dan tidak juga luruh bagai daun2 kering di musim luruh. Scene Ameer bergelut sendiri will be good...hahaha I'm too much kan?

Happy weekend...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
nak tgk jugak pmainan emosi,perebutan cinta diantara ameer dgn dzariff thadap delia..wahh! saspen gler kalo dibayangkan,.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:27 PM | Show all posts
dzariff adik beradik.. OMG siapakahhh adik bradiknyer lagi.... mungkinkah dzariff bapa saudara double D... mungkinkah terima wasiat utk menjaga triple D.. omg takkan adam da meninggal.. oh tidakkk
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:49 PM | Show all posts
nak delia ngan dhariff juga.........mgkn dia kembar adam....ada amanat yg perlu dhariff laksanakan....buat tt....smbg la sikit lg sblm blk yeee.......tqvm nahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:55 PM | Show all posts
i tak nak azreen dgn dzariff ... hehehe ... buley tak cik TT

biar la azreen dgn ameer  .. ameer sayang giler dgn delia ....

lagi pun tak mau azreen teringat2 kat adam bila dgn dzariff .. sian dzariff ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 02:56 PM | Show all posts
jekap delia kejap azreen ... ambo pung dah poning la ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:59 PM | Show all posts
hotmum posted on 1-3-2013 02:56 PM
jekap delia kejap azreen ... ambo pung dah poning la ni ...

Setujuuuuuuuuuuuuuuu!!


Nak amir dengan Deliaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:13 PM | Show all posts
Kita pun nak ameer & delia....dia yg jaga bebudak tu sejak kecil lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2013 03:21 PM | Show all posts
hotmum posted on 1-3-2013 02:56 PM
jekap delia kejap azreen ... ambo pung dah poning la ni ...

jangan pening2 dulu...
cerita panjang lg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.237947 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list