“sorry kalo saya agak menyibuk.......... tapi saya nak tanya satu perkara boleh?”Aliff bertanya sopan. Takut juga pertanyaan sebentar lagi mengecilkan hati Farah.
“Tanya je la... tak payah nak mintak kebenaran.” Suruh Farah.. tersengih dia melihat kesopanan Aliff yang tiba-tiba. Kelakar pon ada.
“hari tu saya tengok awak dengan Shaz macam tak rapat je? Korang ada masalah ke?” soal Aliff sambil menyuap nasi berlauk ke mulutnya.. Farah mengeluh lemah mendengar persoalan Aliff... wajahnya bertukar menjadi muram. Aliff mula rasa serba salah.. terasa soalan seperti itu tidak patut meluncur keluar dari mulutnya.
“kalau awak rasa tak nak jawab tak pe... it’s okey. Saya faham. Tak semua perkara kita boleh kongsikan.” Ujar Aliff lembut... meneruskan suapan yang masih berbaki.
“actually,saya dengan Shaz dah lama macam tu... lepas habis SPM je tiba-tiba dia jadi dingin. Selalu mengelak dengan saya... kitorang tak ada gaduh apa-apa pon tapi entah la.. saya pon tak tahu kenapa dia jadi macam tu.. mungkin saya ada buat silap terhadapnya tanpa sedar barangkali.” Luah Farah perlahan.. ada getar dalam bicaranya. Aliff memandang simpati kearah Farah.. hatinya menyumpah seranah sikap Shazrina yang besar kepala... buat perangai je kerjanya.
“takkan tiba-tiba je jadi macam tu?”
“biarla awak.. mungkin saya tak sesuai untuk jadi sahabat dia. mungkin juga ada sikap saya yang dia tak suka.. kita tak tahu hati orang macam mana kannn. Entah-entah memang saya yang silap.. saya tak nak la cakap buruk pasal dia.” Farah berkata tenang.. dipandang wajah Aliff yang turut merenungnya.. senyuman dalam terpaksa disisipkan kepada jejaka itu. Aliff kagum dengan sikap sabar dan tabah Farah..memang mulia sungguh hati gadis ini yang sentiasa cuba melindungi Shazrina yang entah apa-apa.
“kiranya memang dah lama la awak putus kawan dengan dia?” desis Aliff lagi.
“hmmm...kali pertama saya jumpa dia semula selepas SPM adalah masa saya jumpa dia minggu lepas.. masa kita keluar lunch bertiga.” Terang Farah jujur. Dia menyedut jus epal untuk meyegarkan tekaknya.
“awak tak rugi kehilangan kawan macam tu Farah... ramai lagi orang nak berkawan dengan orang yang baik macam awak.. mesti ada hikmah Allah bagi ujian macam tu kat awak.” Pujuk Aliff.. kesian pula melihat nasib Farah.. dilayan dengan dingin oleh sahabat baik sendiri. Nampak sangat Shazrina jenis mementingkan diri sendiri. Berkawan kerana ada kepentingan. Bukan dia tidak perasan yang Shazrina tidak memiliki ramai kawan semasa dibangku persekolahan.
Siapa sudi berkawan kalau perangai kerek macam tu! Mungkin dia berbaik dengan Farah supaya tidak keseorangan disekolah... selepas tamat sekolah, kawan itu ditinggalkan. Orang macam Shazrina tu hanya layak tinggal di dalam gua je. Duduk sorang-sorang sampai mampus! Aliff tak pelik kalau mendengar cerita begini dari mulut Farah kerana dia sendiri sudah tahu sikap Shazrina yang bermuka-muka. Dia tidak lupa apa yang Shazrina pernah lakukan terhadap dia suatu ketika dahulu.
“errr Aliff.... saya minta maaf........”
“la kenapa nak minta maaf pulak...” potong Aliff tidak faham.. tetiba je Farah memohon maaf darinya..
“awak dengan Shaz baru je nak berbaik... saya pulak cerita macam ni... saya tak nak la sebab saya, hubungan awak dengan dia rosak. Awak layan dia macam biasa jela.. hal saya dan dia biar kami berdua uruskan yer.” Minta Farah sopan..dipandang wajah Aliff dengan penuh pengertian..
“awak ni baik sangat la Farah... sebab tu Shaz boleh ambil kesempatan.. pasal saya dengan dia awak jangan risau... saya akan uruskan dengan ‘baik’.” janji Aliff..menggeleng kepalanya mendengar permintaan Farah yang dirasakan terlalu mulia. Farah tak pernah berdendam.. tak reti nak marah dan sentiasa berfikiran positif..Jauh benar kalau nak dibandingkan dengan Shazrina.
Last edited by misssakura on 8-12-2012 09:55 AM
|