CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: ETERNAL PATH

 Close [Copy link]
Post time 15-1-2026 10:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 10:47 AM | Show all posts
Istiqamah
Istiqamah mmg susah utk sentiasa diteruskn tetapi mesti juga terus mencuba.
Allah akn mmberikn malaikt sebagai teman utk orang-orang yang beriman dan beristiqamah. Terutamanta bila sakaratul maut,malaikat-malaikat itu akan mmbisikkn di telinga supaya jgn bimbang, kerana orang itu akn mndpt kebahagiaan yg hakiki.Dan jgn bimbang apa yg ditinggalkn di dunia kerana Allahbakn menjaganya.
Malaikt akn menjadi teman pada orang-orang yang beriman dn beristiqamah.

Sentiasa akan ada.

Sebab tu para pejuang islam bila mati wajahnya tersenyum kerana malaikat telah membisikkn syurga yg dijanjikan.

Keyakinan bukan hanya dgn perktaan.Tetapi apa yg kita lakukan dengan amalan.Ingatlah bahawa dunia ini semata mata ujian.Ujian yg amat sedikit.Kurang harta...sakit..semua tu sikit je.

Iman seseorg akn diuji dgn dugaan.ALLAH berfirman:

" adakah kamu fikir mudah utk kamu masuk syurga?"

Macam mana nak tahu malaikat tu ada dgn kita?
Bila jiwa yg suka pd kebaikn yang menepati syariat, orang yg didampingi malaikat akan sangat suka.
Dan juga jiwa yg tak senang dgn perkara bertentgn syariat.Orang yang istiqamah akan ikhlas dgn amalannya dan ibadat nya. Contoh buat ibadah hanya utk keperluan dunia.Itu tak ikhlas.Ibadah kena dibuat dengan ikhlas tanpa kepentingan dunia.Kena teguh dengan tauhid dan ikhlas dgn ibadah.Kerana kita ikut segala suruhan, hanya kerana Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:47 AM | Show all posts
Apa itu kerana Allah?
Syarat utk ibadah itu diterima
1. Ikhlas   2. Mengikut syariat
Sbrg amalan kena ikut syariat.
Contoh mkn kena ikhlas.
Contoh, drive pergi kerja ni ikhlas ke tak
Kenapa kita makan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:47 AM | Show all posts
Kita makan untuk beribadat.Supaya ada daya untuk beribadat.Sebab tuhan jadikan kita untuk beribadah.
Dan makan tadi mestilh dari sumber yang halal,supaya bila kita beribadat akan diterima. Contoh bila menghadiri majlis ilmu, adakah kita ikhlas tau tidak.Tujuan kena jelas... datang utk mendengar peringatan, supaya semakin dekat dengan Allah. Bila dengan niat ikhlas, tuhan akan berikan apa yg kita hajatkn yg sebenarnya.Sentiasalah berniat utk berjumpa Rabb kita, iaitu Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Contohnya rindu berjumpa Allah,kena cukup persiapan, yang lahir dari keikhlasan hati utk berjumpa Rabb kita.Sebab tu kena sentiasa dengan ikhlas yang tidak berbelah bagi. Sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Kena pastikan supaya kita berusaha tetap dalam hidayah.Hidayah kena sentiasa ditingkatkan. Bila kita dah ada dalam islam dan iman... kena minta hidayah itu tetap and dan terus berkembang. Kerana jika tidak dipelihara,hidayah boleh hilang. Sbb itu majlis ilmu kena selalu pergi sebagai peringatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Amalan doa yg paling asas ialah dalam 17 kali alfatihah dlm solat. Tidak boleh pandang ringan pada dosa.,walaupun sekecil kecil dosa. Yang berdosa tetap berdosa. Dosa-dosa kecil adalah seperti titik hitm pada kain putih. Sebab hati manusia ni berbolak balik jadi kena minta hati itu nk tetap.Sentiasa lah ingat pada Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Satu lagi cara ialah cari ilmu-ilmu yang bermanfaat.Dan beristiqamah.Laksanakanlah segala suruhan, tinggalkanlah segals larangan.Orang yg sentiasa usaha utk menuntut ilmu,akan dimudahkn jalan,tapi ilmu itu kena mesti meningktkn keimanan.Apa pun ilmu,amalan selagi mendektakan diri dgn Allah, mesti tingglkn segala larangan.Lepas ilmu,kena ada amal soleh. Bila dah tahu dan dah berilmu,kena amalkan. Tidak boleh hanya pandai bercakap,tanpa sendiri tidak mengamalkan.Kena beriman dgn perkara ghaib,dirikan solat dan belanjakn sebahgian rezeki ke jalan Allah.Jadi dalam ayat quran, kena mula-mula iman kena betul.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Kemudian solat dan berkawanlah dengan sahabat yang soleh. Yang beribadah. Kerana teman itulah yang patutnya mendekatkan kita Allah.Dampingilah orang yang beribadah mendektkn diri dgn Allah.Dekatkan kita dengan Allah. Bukanlah tak boleh langsung berkawan dengan orang-orang yang "tersalah haluan". Tapi kena tahu kiter ni tahap mana. Andai kite hanya takat yang boleh terpengaruh dengan yang tidak baik. baik jangan. Andai kita sendiri adalah kuat dan boleh berdakwah bolehlah menyampaikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Sentiasalah beringat.Carilah sahabat yang sentiasa akan semakin mendekatkan kita dgn Allah, jangan sesekali menjauhi.Sebab hati dan keikhlasan kita ni cepat berubah.Sebab dunia ni jambatan ker akhirat,pilih yang betul untuk destinasi syurga. Andai kita tak kuat,kita menjauhkan diri daripada yang tidak betul ada lah betul,supaya tidaklah kita semakin hari semakin jauh dari landasan yg betul. Dan tak boleh riak diri yang kita ni hebat dan dah cukup  dengan iman yg ada,kita kena berusaha supaya iman dan hidayah kita tetap dan hanya akan bertambah... orang-orang yang kini tak berapa bagus pun,ada kemungkinn akan lebih baik dari kita.Apa-apa pun perbaiki diri, hiasi peribadi,dan jangan berhenti mencari redha Allah, mendakatkan diri dengan Allah., jangan berputus asa.

Wallahualam.... yang baik dari Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:48 AM | Show all posts
Peristiwa penting yang berlaku pada 17 Ramadhan :-

●Peristiwa Peperangan Badar Al-Kubra di antara tentera Islam seramai 313 orang melawan ±1000 orang tentera kafir Quraisy Mekah yang terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrahnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, (ketika umat Islam pertama kali diwajibkan melaksanakan ibadah puasa Ramadhan & serba kekurangan dari segi persiapan/pensenjataan).

●Peristiwa turunnya 5 ayat Al-Qur'an yang pertama (Surah Al-Alaq) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Ianya berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira.Hayati sirah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم & para sahabat r.anhum serta sejarah ISLAM.

Hargai perjuangan mereka & semaikan semangat keislaman dalam setiap nafas kita, kerdipan mata kita, diri & keluarga kita

credit to saudara M. Ashraff.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:49 AM | Show all posts
Keagungan Al-Quran, keagungan Allah.
"For this reason the descriptions of the human embryo in the Quran cannot be based on scientific knowledge in the 7's century. The ONLY reasonable conclusion is that these description where revealed to Muhammaed FROM GOD"- Professor Keith L. Moore, Embryologist.

"Ilmu tentang embryo didalam alquran tidak boleh berasaskan pengetahuan sains pada abad ke-7. Hanya satu kesimpulan yang berasas adalah perincian ini diterang kepada Muhammad adalah dari Tuhan"
-Proffessor Keith L. moore, Embryologist

Quran dan segala isinya benar, apa lagi yang manusia minta untuk dibuktikan tentang kebenaran Allah? Cuma hati yang belum terbuka untuk menerima kebenaran.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:49 AM | Show all posts
Definisi Talaqqi
Aku amat seronok belajar di Al Baghdadi Learning Centre. Antara sebabnya ialah persekitarannya yang seperti kelas, bukan berada disurau atau masjid.

Menyebabkan aku tidak perlu risau untu memakai baju kurung, sebaliknya memakai baju casual yang aku percaya menutup aurat.

Bulan puasa ni. ALC ditempatku membuat program Talaqqi. Ianya satu peluang bagi kami yang masih baru belajar quran untul baca beramai-ramai tanpa segan sangat. Kerana masing-masing dah tahu level masing-masing dan ustaz yang membimbinga adalah juga ustaz yang mengajar kami.

Seronok. Itu perkataan yang dapat aku ungkapkan.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:49 AM | Show all posts
Kebesaran Allah Taala
Kem Muhibbah bersama Positive Warriors di Dusun Eco.
17-19 hb Mei 2013

Dalam salah satu slot pengisian, Ustaz Hanafi telah membawa kami memikirkan tentang betapa kebesaran Allah itu tidak tergambar dan terlalu banyak buktinya. Dari sekerdil-kerdil kita manusia hinggalah pada luasnya galaksi alam semesta, semuanya dibawah pegangan Allah.

Salah seorang rakan kami, telah membuat catitan dan susulan dari slot itu, inilah adalah catatan ringkas beliau, moga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama. Kredit kepada saudara Ashraff.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:49 AM | Show all posts
kita telah akui dan telah lafazkan tempoh hari yg segala ciptaan ini milik Allah swt.
apa kalimah-kalimah yang meyokong lafaz tersebut? Terdapat banyak dalam quran antara nya :
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:50 AM | Show all posts
Surah Taha (ayat 4 dan 6): ..Milik-Nya apa yg ada di langit dan di bumi dan apa yg ada antara di antara keduanya dan apa yg ada di dibawah tanah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 10:50 AM | Show all posts
Surah ibrahim (ayat 2) : Allah memiliki apa yang ada di langit dan di bumi..{ ini adalah ayat yang saudara Ashraff bacakan tempoh hari sebagai rujukan sahaja, ringkas, tapi merangkumi semua }
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:50 AM | Show all posts
dan banyak lagi ayat-ayat quran yang membuktikan kekuasaan Allah, namun cukuplah kita kupas dua ayat ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:50 AM | Show all posts
Ada peserta yang mengatakan, turunnya ayat alquran, adalah sebagai tanda kebesaran Allah, benar, mafi dilihat contoh-contoh ayat tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:50 AM | Show all posts
Surah Taha ayat 2 : Kami tidak turunkan alquran ini kepada mu Muhammad agar engkau mnjadi susah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.227922 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list