|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE
[Copy link]
|
|
eh saya first time nampak nick ni.. u baru keluar gua ke.. ? 
|
|
|
|
|
|
|
|
mama dh chek in smlm
syg dh out kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 120,000 murid Tahun 1 perlu ikuti program intervensi kuasai 3M
 |
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA: Seramai 122,062 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2024/2025 dikenal pasti perlu mengikuti program intervensi bagi meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata angka itu mewakili 27.5 peratus daripada keseluruhan 44,113 murid Tahun Satu yang berdaftar di sekolah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau berkata, seramai 62,928 daripada keseluruhan murid yang perlu mengikuti program intervensi belum menguasai literasi dan numerasi di tahap penguasaan minimum, iaitu Tahap Penguasaan 1.
Selain itu, katanya, 45,465 murid dikenal pasti belum menguasai literasi manakala 13,669 murid belum menguasai numerasi.
Program intervensi ini dijalankan selama tiga bulan mulai Ogos lalu selepas murid berkenaan menjalani proses saringan yang dibuat sebulan sebelumnya.
"Jumlah murid yang ditempatkan bagi sesebuah kelas (intervensi) bergantung kepada kesesuaian diatur pihak sekolah dan guru.
"Guru akan mengetahui tahap kompetensi dan pencapaian murid dalam aspek literasi dan numerasi atau kedua-duanya.
"Kebiasaannya di sekolah, kumpulan lebih kecil adalah lebih baik dan mudah untuk murid diberi bimbingan bagi memastikan mereka lebih kompeten," katanya pada sidang media khas di sini, hari ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amanat sulung KSN bertemakan 'Reformasi Perkhidmatan Awam' esok

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dijadual menyampaikan amanat sulung dengan tema 'Reformasi Perkhidmatan Awam', esok
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan amanat khas itu akan disampaikan Shamsul Azri pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN Tahun 2024 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya, bermula jam 2.30 petang.
"Apakah yang dimaksudkan dengan reformasi perkhidmatan awam? Sokongan seluruh pegawai awam dalam merealisasikan hala tuju reformasi perkhidmatan awam amat dihargai," menurut hantaran itu.
Shamsul Azri adalah bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa 12 Ogos 2024, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lalu.
Pada 2 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan, berkata beliau mahu langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera dengan menjangkakan bulan ini adalah bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.
Anwar yang menyuarakan langkah segera itu pada majlis perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri berkata, reformasi perkhidmatan awam perlu dicapai dengan kaedah atau prosedur yang bersesuaian dengan peredaran zaman.
Sehubungan itu Anwar memaklumkan beliau akan berbincang dengan Shamsul Azri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tentang langkah yang perlu dilakukan bagi memperbaiki prestasi perkhidmatan awam. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... khidmatan-awam-esok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
10 hingga 13 peratus penjawat awam bankrap sejak 2021 hingga tahun ini
KUALA LUMPUR: Jabatan Insolvensi mendedahkan kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan di seluruh negara dalam tempoh hampir empat tahun ini membabitkan penjawat awam.
Jumlah kakitangan awam yang muflis itu amat membimbangkan kerana ia semakin meningkat dari tahun ke tahun walaupun data kebankrapan nasional menunjukkan penurunan.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk M Bakri Abd Majid, berkata perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana dalam perkhidmatan awam, kakitangan yang mempunyai hutang yang serius (keterhutangan) adalah satu kesalahan dan ia dinyatakan secara jelas di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Beliau berkata, antara faktor menyebabkan muflis dalam kalangan kakitangan awam adalah kerana tata pemikiran dan gaya hidup berisiko hingga menyebabkan mereka terperangkap dalam kitaran hutang berterusan.
"Keterhutangan serius bagi kakitangan sektor awam bermaksud jumlah pendapatan dibawa pulang kurang daripada 40 peratus.
"Di bawah Akta Insolvensi 1967 (Pindaan 2023), mana-mana orang yang mempunyai hutang tertunggak melebihi RM100,000 boleh dibankrapkan melalui tindakan mahkamah.
"Selepas seseorang individu diisytiharkan muflis, pelbagai perkara berkaitan kewangan individu berkenaan akan disekat dan aset dirampas oleh kreditor atau ditadbir oleh Jabatan Insolvensi," katanya.
Mengulas lanjut, M Bakri berkata, sehingga Julai lalu, Jabatan Insolvensi merekodkan 159,781 kes kebankrapan di seluruh negara.
Beliau berkata, dalam sesetengah kes terdapat penjawat awam yang memohon untuk membankrapkan diri sendiri bagi mengurangkan tekanan hutang yang berpanjangan.
Katanya, kegagalan kakitangan awam menguruskan kewangan dengan baik bukan saja boleh memberi kesan kepada individu dan keluarga, tetapi juga kepada ekosistem perkhidmatan awam negara.
"Bagi penjawat awam yang diisytiharkan bankrap, tindakan tatatertib boleh diambil akibat keterhutangan yang serius, selain mencemarkan imej perkhidmatan awam.
"Hukuman tatatertib yang diterima boleh menjejaskan peluang kenaikan gaji dan pangkat, selain menjejaskan kelayakan pembayaran bonus, bantuan kewangan dan sebagainya," katanya.
Justeru, M Bakri berkata, ketua jabatan perlu memantau tahap keterhutangan kakitangan seliaan masing-masing dan tidak boleh hanya beranggapan semuanya berada dalam keadaan baik, selain perlu peka dengan perubahan kelakuan kakitangan.
Katanya, tindakan pencegahan awal harus dijalankan dengan memperbanyakkan aktiviti pendidikan berkaitan pengurusan kewangan peribadi.
"Selain itu, surat tunjuk sebab juga perlu dikeluarkan kepada kakitangan yang mempunyai keterhutangan serius supaya menjadi peringatan kepada mereka yang lain.
"Pada masa sama, jabatan boleh bekerjasama dengan pakar atau penasihat kewangan bertauliah untuk membincangkan hal berkaitan keterhutangan dan pengurusan kewangan peribadi.
"Tindakan ini penting kerana kegagalan ketua jabatan mengambil tindakan sewajarnya boleh mengundang kepada amalan rasuah dan salah guna kuasa di jabatan," katanya.
Sementara itu, M Bakri berkata, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, memberi kelegaan dan mengurangkan keresahan penjawat awam.
Bagaimanapun, katanya, ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' dengan menawarkan pinjaman baharu yang tidak sihat kepada penjawat awam yang lalai.
"Perkara ini perlu dihentikan kerana ia merencatkan aliran tunai penjawat awam dan peranan semua pihak khususnya ketua jabatan perlu untuk mengekang masalah ini daripada berterusan," katanya.
Beliau berkata, selaras pengumuman gaji baharu, pekerja sektor awam bukan saja perlu melakukan perubahan cara kerja atau tahap produktiviti yang lebih baik, malah tata pemikiran juga perlu diubah.
"Ketika ini, sumber pengetahuan boleh didapati di hujung jari, tetapi malang sekali jika kita terus menyalahkan pihak lain atas kesilapan sendiri yang gopoh dan tidak realistik dalam membuat pilihan," katanya.
Pada 16 Ogos lalu, selepas 12 tahun terikat tanpa semakan, pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember ini menyaksikan kira-kira 1.6 juta penjawat awam mendapat pelarasan gaji baharu selepas kali terakhir disemak pada 2013.
Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus bagi pengurusan tertinggi, berdasarkan pelaksanaan SSPA. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu, jururawat parah ambulans langgar lori di parkir tepi jalan
BETONG: Pemandu ambulans dan seorang jururawat parah selepas ambulans dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang di parkir di tepi jalan, dalam kemalangan di Jalan Memaloi, Skrang di sini, kira-kira jam 4.20 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima pangilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 4.24 pagi, dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah van ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.
"Terdapat dua orang mangsa cedera parah iaitu kakitangan KKM, seorang lelaki dewasa (pemandu) dan seorang perempuan dewasa (penumpang)," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan Buletin TV3.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa bagaimanapun diselamatkan orang awam sebelum ketibaan anggota bomba di lokasi kejadian.
Katanya, mangsa iaitu pemandu ambulans berkenaan dikejarkan ke Hospital Sri Aman manakala mangsa kedua, jururawat wanita di bawa ke hospital Betong untuk mendapatkan rawatan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-parkir-tepi-jalan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki rentung akibat mesin rumput terbakar disahkan warga emas 75 tahun
ARAU: Polis mengesahkan bahawa mayat lelaki pemotong rumput yang ditemui rentung di hadapan laman sebuah rumah di Jejawi, di sini, semalam adalah pemilik kediaman di lokasi mangsa ditemui.
Polis bagaimanapun enggan mendedahkan butiran identiti mangsa sebaliknya menyatakan bahawa mangsa adalah seorang pesara Telekom Malaysia berusia 75 tahun.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, siasatan mendapati mangsa dipercayai maut akibat terkena api yang menyambar pada tubuh mangsa selepas mesin rumputnya itu terbakar.
"Jarak mangsa ditemui dengan mesin rumput yang terbakar itu adalah sekitar dua meter sahaja di hadapan laman rumahnya yang terletak di Jalan Besar KM4 Jejawi itu.
Mangsa ditemui maut di halaman rumah oleh orang awam yang sedang melalui kawasan bangunan Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar) Jejawi yang terletak bersebelahan dengan kawasan rumah mangsa.
"Saksi yang bertugas sebagai Pembantu Penguatkuasa MP Kangar berusia 47 tahun itu menyangka ia adalah patung ketika itu namun setelah menghampiri lokasi kejadian mendapati, ia adalah mayat terbakar dan segera menghubungi polis.
"Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring terlentang dan terbakar dan mayatnya sudah mulai mengembung di kawasan halaman berumput di hadapan rumah mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa disyaki sedang memotong rumput sendirian sebelum mesin rumput miliknya itu terbakar dan menyambar tubuh mangsa hingga rentung.
"Lokasi kejadian juga menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan serta tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mangsa.
"Temubual bersama isteri mangsa mengesahkan tidak nampak kelibat lelaki itu sejak dua hari lalu sehingga mayatnya ditemui semalam.
"Semakan keadaan balu mangsa mendapati dia agak uzur dan mengalami masalah kesihatan serta hanya tinggal di dalam rumah sahaja.
"Selain itu, temubual bersama adik mangsa yang juga seorang pesara guru berusia 65 tahun menyatakan bahawa kali terakhir dia bertemu abangnya itu adalah ketika menghantar makanan kepada pasangan terbabit pada petang Jumaat lalu.
"Adiknya juga menyatakan bahawa dia pernah melihat mangsa memotong rumput sendirian di kediaman mangsa sebelum ini," katanya.
Ahmad Mohsin berkata, anggaran tempoh kematian mangsa adalah sekitar dua hari bermula pada pagi Sabtu lalu.
"Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar dan akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat pada hari ini bagi mengenalpasti punca kematian dan formaliti pengecaman identiti mangsa.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Semalam, mayat lelaki pemotong rumput dipercayai terbakar ditemui di halaman sebuah rumah di Jalan Besar KM4 Jejawi, Arau. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MATRADE komited pastikan pensijilan halal beri faedah bukan bebanan kepada syarikat terutama pengeksport
KUALA LUMPUR: Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pasaran produk dan perkhidmatan halal dijangka bernilai US$5 trilion pada 2030.
Malaysia tampil sebagai peneraju dalam industri halal global, menetapkan standard kecemerlangan dan inovasi yang menjadi penanda aras.
"Kepimpinan Malaysia dalam sektor ini sukar dipertikaikan, sentiasa menjangkau batas baharu dan meningkatkan piawaian di peringkat antarabangsa," katanya dalam catatan di laman Facebook, semalam.
Beliau mengulas kenyataan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilapor menyatakan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan.
"Sebagai perintis, Malaysia bukan sahaja memperkukuh kedudukannya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ekonomi halal global," kata Reezal.
Kerjasama rapat antara MATRADE dan Halal Development Corporation (HDC) memastikan produk halal Malaysia dikenali dan diterima di peringkat antarabangsa seterusnya memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju utama dalam industri halal global.
"Menerusi pensijilan halal, peniaga Malaysia diberikan akses kepada pasaran global yang luas, merangkumi lebih daripada 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh atau mewakili 24 peratus jumlah penduduk dunia.
"Ini adalah peluang signifikan bagi peniaga untuk meningkatkan jualan dan memperluaskan jenama mereka," katanya.
Selain itu, beliau berkata pensijilan itu membina kepercayaan dan keyakinan pengguna, ia penting dalam memacu peningkatan jualan.
"Kerajaan melalui JAKIM sentiasa berusaha memastikan proses pensijilan halal adalah cekap dan mesra peniaga.
"Langkah-langkah sudah diambil untuk memperbaiki proses ini supaya tidak membebankan dari segi masa dan kos," katanya.
Pada masa sama, Reezal berkata, banyak Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia menghasilkan produk halal untuk tujuan eksport, membuka peluang pekerjaan dan menambah nilai ekonomi negara.
"Pensijilan ini mempermudah produk tempatan untuk diterima di pasaran antarabangsa, yang menyumbang kepada peningkatan eksport negara," katanya.
Malaysia telah menarik pelaburan asing sebagai pusat pengeluaran produk halal, mengukuhkan lagi kedudukan negara sebagai hab halal global.
"Selain daripada limpahan ekonomi di peringkat negara, industri halal negara juga berhasil membawa masuk syarikat multinasional untuk melabur seperti Coca-Cola, F&N, Nestle, Kelogg's dan Hershey's," katanya.
Lebih signifikan, menurut beliau, industri halal telah menyumbang sebanyak 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022 (RM108.5 bilion) dan dijangka meningkat kepada 10.8 peratus menjelang 2030 (RM231.1 bilion).
"Secara keseluruhannya, statistik dan perkembangan terkini ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin dalam menerajui industri halal global," katanya.
Sehubungan itu, Reezal berkata, MATRADE memahami kebimbangan syarikat Malaysia dan akan kekal komited untuk terus memberikan sokongan diperlukan bagi memastikan pensijilan halal adalah proses yang memberikan faedah dan bukan bebanan kepada syarikat Malaysia, terutamanya pengeksport.
"Komitmen teguh Malaysia terhadap amalan halal terus memberi inspirasi dan membina keyakinan di peringkat global sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri yang pesat berkembang ini," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... aedah-bukan-bebanan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki cedera parah dipercayai diserang beruang
GUA MUSANG: Seorang lelaki cedera parah dipercayai diserang beruang ketika keluar memikat burung di kawasan kebun di Kampung Dalam Senduk, Jerek, di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa, Muhamad Zaki Che Mohamed, 33, cedera dengan kesan koyakan di kepala dan kaki serta mata akibat cakaran haiwan liar itu.
Menurut ayah mangsa, Che Mohamed Konok, 70, dia dimaklumkan kejadian yang menimpa anak kelima daripada sembilan beradik itu pada jam 4 petang ketika Muhamad Zaki menerima rawatan di Klinik Kesihatan Jerek.
Katanya, dengan bantuan penduduk kampung dia bergegas membawa mangsa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan seterusnya di rujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Kira-kira jam 4 petang saya menerima panggilan daripada adik mangsa yang memaklumkan abangnya berada di Klinik Kesihatan Jerek, ketika itu saya belum dimaklumkan keadaan sebenar.
"Apabila sampai di klinik saya terkejut apabila melihat anak dalam keadaan berlumuran darah dan berada dalam keadaan lemah serta mengalami cedera parah di bahagian kepala dan kaki.
"Melihat keadaannya yang cedera parah dan tidak boleh bercakap, kami bergegas membawa ke Hospital Gua Musang dan kira-kira jam 3 pagi tadi hantar ke HUSM," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang, di sini.
Sementara itu, menurut adik mangsa, Siti Jamilah Che Mohamed, 22, berkata dia dimaklumkan oleh seorang penduduk mengenao kejadian menimpa abangnya itu.
Katanya, abangnya itu tinggal bersendirian di rumah lama yang juga terletak di kawasan kebun namun tidak pernah dimaklumkan mengenai kewujudan haiwan liar itu.
"Mengikut apa yang diceritakan rakannya, dia diserang beruang dan keluar dari kebun seorang diri sebelum mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.
"Kejadian ini sangat mengejutkan kami sekeluarga dan berharap abang akan sihat sepenuhnya. Abang sudah dihantar ke HUSM dan kami dimaklumkan doktor akan melakukan pembedahan pada kepala dan kakinya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan kejadian yang berlaku.
Katanya, laporan polis sudah dibuat tentang kejadian pada jam 9.57 malam tadi oleh bapa mangsa.
Sementara itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berharap penduduk di kawasan itu sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri ketika berada di kawasan kebun atau keluar mencari hasil hutan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|