|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
Aikkk tahu pulan nak sekat hanim tapi dok buat maksiat dgn perempuan lain x ape......
lawan lagi anim jgn jadi lemah go anim go go |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg dera si linda tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 231# bukulali
eh mek buku pun hade kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 266# jingga007
hahahahaha, a'ah, mek duk sini je mek jing.... |
|
|
|
|
|
|
|
pendek pun pendek lah jnji ad n3.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow... byk rahsia.. makin suspens la nih.. xsabar nk tunggu sambungan. good job!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ai rasa tengku lukman yg pukul linda
Lelaki itu membaling gelas ditangannya. Geram. Perempuan itu degil betul. Maklumat dari orang suruhannya benar-benar membuatkan dia bengang. Kalaulah perempuan itu dihadapannya saat ini, teruk dia kerjakan. Tangannya meraup kasar rambutnya. Ketukan di pintu mengejutkannya.
“Ku OK?” soal Salina setiausahanya. Dia hanya mengangguk. Matanya memandang wajah setiausahanya yang masih berdiri di pintu.
“Saya ok Sally. Suruh cleaner datang bersihkan kaca sekejap lagi,” jawabnya tenang. Tidak mahu pergolakan dalam dirinya di baca oleh setiausahanya. Akhirnya Salina akur. Wanita itu meninggalkan dia bersendirian.
Dia mengambil kunci kereta di laci dan melangkah keluar. Saat ini dia perlu bersendirian. Tanpa pamitan dia terus keluar. Pandai-pandailah Sally nanti. Tangannya mendail handset. Memberi arahan pada orang suruhannya. Dia akan pastikan perempuan itu menerima akibat dari perbuatannya. Perempuan itu tak akan terlepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hanim tersenyum melihat Amar yang riang bermain buaian bersama-sama Zahir. Kebetulan Zahir datang tadi, lalu lelaki itu menawarkan diri menemani mereka ke taman permainan berdekatan. Mulanya Hanim enggan namun gesaan Puan Nora dan opah, akhirnya Hanim akur. Mujur juga Kak Tipah menemani mereka.
“Hanim ok?” Tanya Latipah. Perasan sejak beberapa hari ini Hanim nampak muram. Malah hubungan dengan Aizad juga nampak dingin.
“Ok jer. Kenapa?” Tanya Hanim. Tersenyum, tahu Latipah selalu mengambil berat padanya. Selalu ada disisi. Teringat sewaktu mula-mula menjadi menantu keluarga Tuan Faruk, hanya Latifah yang tidak membencinya. Hanya Latipah tempat dia meluah rasa. Sentiasa menyokong dan memintanya bersabar. Alhamdulilah, berkat kesabarannya Puan Nora dan opah menerima juga Hanim seadanya.
“Kak Pah tengok Hanim sedih je. Muka tu macam orang bermasaalah. Hanim ada masaalah dengan Aizadke? Kak Pah tengok Hanim dengan dia dingin jer,”
Hanim tersenyum. Tidak sangka Kak Pah perasan pergolakan dalam hubungannya dengan Aizad. Senyumannya mati bila memikirkan kemungkinan opah dan mama juga perasan kedinginan antara mereka. Hanim risau jika opah sakit. Tambahan pula opah tidak boleh menerima sebarang tekanan. Tidak boleh stress.
“Jangan lah bimbang. Hanim dan abang ok jer. Takkanlah nak bermesra sepanjang masa. Malulah nak mesra-mesra depan orang,” jawab Hanim. Latipah tersenyum apatah lagi melihat wajah Hanim yang memerah. Tersipu-sipu. Mungkin dia yang salah pandang agaknya. Latipah lega.
“Kalau macam tu tak apalah. Kak Pah nak temankan Amar. Kesian Encik Zahir. Dari tadi layan Amar,” Latipah bersuara. Langkahnya pantas mendapatkan Amar dan Zahir. Hanim tersenyum. Gembira melihat Amar yang riang. Senyuman Amar mendamaikan hatinya. Menenangkan jiwanya.
“Hai.. sihat? Kenapa sedih jer?” Tanya Zahir sebaik melabuhkan punggung di sisi Hanim. Hanim menjauh sedikit. Agak tidak senang dengan jarak antara mereka.
“Hanim sihat jer. Mana ada Hanim sedih. Pandai-pandai je abang Z ni,” Hanim ketawa kecil. Menutup segala rasa hati dari dibaca Zahir.
“Ye ke? Mungkin pada orang lain Hanim nampak ok tapi tidak pada abang. Hanim boleh tipu semua orang tapi mata tu tak dapat tipu abang,” jawab Zahir bersahaja. Hanim mengeluh.
“Hanim ada masalah? Aizad buat halke?” soal Zahir lagi. Hanim angguk. Zahir mengeluh. Sudah diduga. Hanya inginkan kepastian.
“Hal apa pulak ni? Abang tengok Hanim bahagia dengan dia. Sebab itu abang yakin untuk ke UK. Abang juga lihat dia mula belajar mencintai hanim apatah lagi setelah kehadiran Amar. Abang lihat Hanim dan dia bahagia sekali,”
“pada pandangan kasar, ya kami bahagia. Namun itu semua hanya palsu. Penuh kepura-puraan. Semuanya hanya lakonan. Lakonan terbaik dia hingga kita semua tertipu. Cinta dan kebahagian itu hanya palsu. Semuanya rancangan dia…” hanim mengesat air mata yang mengalir. Terasa perit jiwa bila mengingati segalanya hanya satu pertaruhan.
“Maksud Hanim?” Zahir bertanya ingin tahu. Entah mengapa ada rasa resah dijiwa. Ada sesuatu yang dia terlepas pandangkah?
“Kes kami kena tangkap khalwat tu dan semua yang berlaku lepas tu semuanya rancangan dia….”luah Hanim. Zahir terkedu. Benarkah???
……………………………………………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
oh!!..... aizad ko ni pedaya hanim mcm ni.. patutlah hanim marah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 273# redsentra
itu baru permulaan... ada lg sebab yg boleh buat anda semua x suka Aizad |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat dah sambung tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply redsentra
itu baru permulaan... ada lg sebab yg boleh buat anda semua x suka Aizad: ...
shana85 Post at 28-4-2011 16:11
banyak lagi ka... mcm nak kasi hanim & zahir je huhuhuhu.. ke aizad ni benar2 dah insap |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak dah..kes tangkap basah tu Aizad punya keja tapi kan dia bertaruh ngan sapa? Misteri ni. N yg pukul Linda tu yg pasti bukan Kaer tp someone else yg rapat ngan Hanim. Betul x cik writer? |
|
|
|
|
|
|
|
kot2 aizad dah insaf kot..cian gak kat aizad ngan amar kalau derang bercerai..tapi suka gak kat zahir... |
|
|
|
|
|
|
|
go Hanim..go..biar Aizad putih mata...dh didlm genggaman pun masih x dihargai... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|