jaza..... hati yang kau sakiti tu kisah benar ke? pastu apa jadi kat umah tangga diorang ek
emme Post at 12-4-2011 23:59
menurut penulisnya mmg kisah benar lah.. tak tahulah skrng ni camner.. apa2 pun kita doakan yg terbaik tuk dia sekeluarga... maybe dia hnya nak berkongsi kisah saja kat sini...
Tarikh yang tak mungkin kulupa sampai bila-bila.Mengenali dan bersabahat dengan si Dia hanya di talian telefon.
Lima belas tahun lalu, ketika itu aku berusia 20 tahun.Aku menerima panggilan misteri.Entah siapa empunya diri.Aku juga tak tahu bagaimana sahabat ini mendapat nombor telefon rumahku.
Ketika pertama kali panggilan dibuat,dengan berani dia perkenalkan diri dan tujuan menelefonku.Niatnya hanya ingin berkawan.Formal sungguh perbualan kami.Dari gaya suara dan perbualan ringkas, aku agak dia bukan orang sebarangan.Aku agak terkejut kerana sebelum menelefon ku ,semua perihal peribadiku telah diselidiki.Entah apa yang menarik minatnya ingin berkawan dengan aku.Dia menetapkan syarat, bila aku telah dimiliki oleh orang lain secara otomatik persahabatan kami terputus.Tidak akan ada sebarang hubungan perasaan yang akan terjalin.Kenangan ini hanya milik kami berdua.
Aku menerima syarat pelik itu dengan terbuka.Pada aku musuh jangan dicari ,
bersahabat pada yang sudi. Pada awal-awal perkenalan kami, perbualan kami amat membosankan.Terasa seperti berbual dengan pengetua di sekolah.Aku cuba untuk menukarkan rentak perbualan kami ,mencari keserasian.
Berusia dalam lingkungan 25 tahun, anak ke dua dari tiga orang adik beradik.Tinggal di 12km dari bandar Kuantan dan bekerja dengan kerajaan Malaysia.Dia akan selalu ke luar negara atas urusan rasmi.Itu saja perihal dirinya aku tahu.
Aku juga seperti remaja lain , mempunyai beberapa orang sahabat sejati.Kewujudan jejaka misteri ini pernah juga aku ceritakan kepada mereka.Namun tiada seorang pun yang mahu aku terus berkawan dengan sahabat ini.Bagi mereka , jika ingin berkawan tidak perlu menetapkan apa jua syarat dan munculkan diri agar nyata ikhlas.
Dalam setahun perkenalan kami, tidak pernah pun aku sekali menghubunginya.Aku akan dihubungi bila dia perlu teman berbicara dan bercerita.Lama-kelamaan aku selesa dengan kehadirannya sebagai sahabat.Perbualan kami yang dulunya amat formal kini bertukar menjadi ceria.Dia boleh membiasakan diri dengan perubahan ini.Apa juga hal boleh menjadi topik perbualan kami.Bagi dia ,aku pandai menghiburkan hatinya,Dia jarang gelak besar , tetapi aku mampu ceriakan harinya.Aku tidak menipu diri,aku menjadi diriku sebenar dan dia berjaya mengikut rentakku.
Aku juga pernah menerima hadiah yang cukup bermakna buat diriku.Adik angkatku yang menjadi orang tengah, menerima pemberian darinya .Menurut adik, jejaka ini seorang yang berperwatakan amat menarik ,putih dan mengenakan pakaian yang berjenama.Ibarat langit dengan bumi berbezaan antara kami.
Aku memujuk untuk dia tampilkan diri, walau hanya sekali.aku ingin sangat menatap wajah sahabat ini.Pernah satu kali dia bersetuju tapi dengan syarat, aku perlu pergi menemuinya seorang diri ketika itu dia berada di salah sebuah hotel lima bintang di bandar Kuantan.jika bersetuju drivernya akan datang ambil. Mana mungkin aku akan bersetuju .Sah-sah aku perlu berhati-hati dengan orang begini.Jangan cari pasal beb..
Dia pernah bersuara untuk menampung perbelanjaan persekolahan aku. Aku menolak dengan baik.tak mahu termakan budi, aku sudah biasa dengan susah..tidak perlu orang susahkan diri untuk aku.Dia seorang yang amat menepati janji, apa jua janji yang dibuat akan ditunaikan mengikut masa.tidak pernah sekali dia langgar janji.suka dengan peribadi mulianya.tidak pernah dia membezakan darjat antara kami.kerdil sangat diri ini jika dibandingkan dengan si jelita yang sering mengajaknya kahwin itu.
Aku sedar , aku suka dia, aku rindu bila lama dia tidak menelefonku.mungkin dia juga sama atau aku yang perasan sendiri ?.Aku mesti pegang pada janji .Astagfirullah…akhirnya aku sedar diri.Dia tidak perlu untuk mencari susah dengan bersamaku.Dia akan temui insan yang jauh lebih baik atau sekufu dengannya.
Tapi pada aku, itu memang niat dia berkawan dengan aku.Dia memang akan cuba membahagiakan orang lain mengikut caranya tersendiri.Apabila aku telah temui jalan hidup sendiri ,dia akan pergi.Masa itu tiba juga, aku temui insan yang menyanyangi diriku dan sanggup bersama menempuhi susah senang bersama.Walau pun tidak sehebatmu sahabat.Aku tidak pandang rupa dan harta kerana diri ini juga sama serba kekurangan.
Tarikh tersebut merupakan tarikh lahir sahabatku. Pastinya tiapkali bertemu tarikh keramat itu aku merinduimu .Tak kira dimana berada dalam apajua keadaan , ingatlah daku dalam doa mu.Terima kasih kerana pernah mewarnai hidup ini satu masa dulu.
1st time nk berkarya kt cni
sedikit cebisan kisah benar
Hari ini hari khamis, mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan bil. 1 Tahun 2008, semua penjawat awam diwajibkan memakai baju batik. Entah kenapa kenangan dua tahun lepas tiba-tiba terimbau di fikiran. Mungkin kerana baju batik tiruan yang tersarung di badan pada hari ini. (Aku menggelarnya baju batik tiruan kerana motifnya sahaja bercorak batik, tapi materialnya bukanlah diperbuat dari sutera. Baju ini menjadi kegemaran kerana tidak perlu di gosok.)
Kejadian ini berlaku di pejabat lamaku, hampir dua tahun lepas. Hari Jumaat itu, rakan pejabatku, biarlah aku gelar dia I sahaja, mengeluarkan satu buntil plastik berwarna merah yang berisikan kain pasang. Tanpa segan silu, aku dan rakan-rakan lain mencuri waktu bekerja untuk menolong I melariskan jualannya. Pandanganku cepat sahaja tertangkap pada sepasang kain bermotifkan batik berwarna hitam putih. Setelah sekian lama aku mencari kain pasang kombinasi warna hitam putih, kini ianya sudah terbentang di depan mata.
Namun, belum sempat tangan ini menarik kain tersebut keluar dari plastik, sudah ada tangan lain yang berjaya mendapatkan kain tersebut. Aku terpana. Pantas sahaja aku melarikan pandangan ke arah tuan punya tangan yang telah berjaya menggenggam kain tersebut. Biarlah aku gelarkan pemilik tangan itu dengan Z sahaja. Alangkah hampanya hati, dan lebih membuatkan aku merasa terkilan kain itu berjaya dimiliki oleh Z, musuh dalam diamku.
Aku akhirnya melarikan diri dari kelompok manusia yang masih meninjau-ninjau ke dalam plastik merah itu. Rasa mendongkol di dalam hati membuatkan aku merasa lemas untuk terus berada di situ. Bukan rezeki aku agaknya untuk mendapatkan kain yang diidamkan sekian lama.
Dan pada hujung minggu berikutnya, aku mengikut kawan ke Jalan TAR bagi membeli persiapan perkahwinannya. Alangkah terujanya hati bila melihat kain yang berjaya dimiliki oleh Z tergantung di salah satu kedai yang berderet di Jalan TAR. Tanpa berfikir panjang, kain dan duit terus bertukar tangan. Dan pada saat itu, terdetik kesumat di hati.
Pulang sahaja dari Jalan TAR, aku terus memulakan misi yang penuh dengan perasaan hasad dengki. Dengan kemahiran menjahit yang tidak seberapa, aku mula menggunting kain tersebut. Usai mengguntingnya kepada potongan yang dikehendaki, terus sahaja aku berkejar ke kedai jahit untuk proses mengelim sebelum memulakan proses jahitan. Dan malam itu, aku bersengkang mata menyudahkan jahitan.
Nah, akhirnya aku berjaya menyiapkan sepasang baju kurung dalam masa kurang dari 24 jam. Begitu kuat perasaan dendam yang bersarang dalam dada, membuatkan aku nekad untuk memakai baju kurung tersebut pada hari Isnin. Setelah merapikan jahitan, memasukkan dalam mesin basuh, mengeringkannya dan akhir sekali menggosok baju itu, aku akhirnya berjaya melaram ke pejabat dengan baju baru.
Seperti yang diduga, Z terkedu bila melihat aku pada pagi Isnin itu. Sementelah workastation kami berhadapan, maka tidak sukar untuk dia melihat aku bergaya dengan kain yang berjaya dimilikinya Jumaat lepas. Namun, perasaan bangga mula menujah dada kerana akhirnya aku yang berjaya melaram dengan baju itu terlebih dahulu. Puaslah sekeping hati yang sarat dengan dendam. Kasihan Z, dia begitu teruja memiliki kain yang menjadi rebutan antara aku dan dia. Tapi aku merupakan orang pertama yang menyarungkan baju itu.
Dan hari ini, setelah hampir dua tahun meninggalkan pejabat lama, kenangan kembali terimbau bila pagi tadi aku terus sahaja menyambar baju ini lantaran malam tadi bersengkang mata menyiapkan book fair favors. Kenangan itu membuatkan aku terfikir betapa tidak matangnya aku pada ketika itu. Sedikit sebanyak rasa bersalah menghuni jiwa. Tapi, aku jadikan itu sebagai satu iktibar. Walaupun aku berpuas hati pada awalnya kerana dapat melampiaskan dendam yang terkumpul dari hari pertama kami berjiran, namun lama kelamaan rasa menyesal pula yang menghimpit dada.
Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa-dosaku. Semoga ALLAH menjauhkan aku dari terus bersifat dendam......
“Weh, comelnya kan muka Danny tu tadi” kataku sambil mengerdip2kan mata memandang Dira dan Fatin. Sengihan ku turut lebar. Gatal betul.
“Betul tu…mmg cute.Tapi aku dah cop ek”Fatin pula menambah.
“Argh..mana boleh.Siapa cepat, dia dapat”kataku takmo mengalah. Tak boleh jadi nih. Kena cepat2 buka langkah. Huhu…
Dira hanya ketawa melihat telatah kitorg berdua. Dira memanglah tak kisah pasal semua ni sebab dia cantik. Pergi la mana2 pun, sure ada lelaki nak ngorat. Lain la aku ni, muka pun ala kadar je. Kena touch-up lebih2 sikit kasi naik seri muka nih. Jangan kata lelaki nak toleh 2 kali, pandang pun belum tentu. Hurm…
“Weh Jim, ada orang tu kan, dia minat kat Danny” kata Dira sambil tersenyum sumbing tengok aku.
Cis betul la dia nih. Jatuhkan saham aku je depan Jim ni tau. Ada pulak dia kata nanti perigi cari timba. Aku pun buat muka blur tak bersalah sambil pandang Jim.
“Sapa weh?”Tanya Jim bersemangat.
“Amboi-amboi..kau pulak yang lebih2 kan, Jim”sambungku dengan lenggok ala-ala Azwana Alia sambil buat2 baca buku kat tangan. Al-maklum, sekarang ni tengah exam week. Terpaksalah konon2 rajin study. Padahal sekarang ni kitorang tengah melepak kat mamak bawah rumah. Study la sangat aku ni. Macam masuk dalam otak je. Hampeh sangat perangai.
“Ni hah…orang sebelah aku ni lah. Sape lagi” sambung Dira tanpa tapis.
Isk..dia nih kan...Aku jeling Dira..
“Tu lah..Danny tu cute sangat la Jim. Ko bagi no tepon dia kat aku. Boleh buat kawan2” aku sambung dengan lagak selamba.
Konon2 nak cover macam aku ni tak kisah je dengan Danny tu. Takut kena kutuk pulak sebab terhegeh2 kan. Yelah, aku ni kan tak lawa. Eh, bukan tak lawa, kurang sikittt je. Hihi..
"Kau serius ke? Kau jangan main2. Aku tanya dia betul2 ni nanti”kata Jim.
Pulak…serius benor aku tengok mamat ni. Aku mintak no telefon je kot. Bukan mintak nak kahwin. Over betul la Jim ni.
“Serius la..apa pulak main2 nya”aku sambung lagi sambil pandang Dira dengan sengihan kerang busuk aku. Dira ketawa je tengok aku. Sikit2 ketawa..sikit2 ketawa. Benci aku tau. Dahlah dia pandai2 bukak cerita kat Jim pasal Danny. Sikit pun taknak cover aku. Sabor jelah.
“We are now proud to present the best student of a year with a Degree and 1st class honours in Business to Ms Raudah Bte Ashraff.” Disaat nama anakku dipanggil untuk kepentas dan menerima ijazahnya, tak dapat dibayangkan bertapa aku bersyukur sekali kehadrat Allah. Walaupun aku hanyalah ibu tunggal namun aku berbangga anak2 semuanya berjaya. Anak yang kedua sedang belajar ditahun akhir dan yang bongsu di tahun pertama di universiti yang sama. Kejadian setahun yang lalu mengimbas kembali.
“Ibu, tadi staff dekat universiti cakap, Raudah kena bayar tunai, sebab account you tak ada duit nak potong for this semester”. Aku cuba menutup keresahanku dengan mengatakan “oh ok, nanti ibu kasi duit untuk bayar, ibu ingat dah potong dah”. Begitulah setiap kali anak2 meminta wang, bila dah tak ada terpaksa aku berbohong untuk tidak diketahui oleh anak2 tentang masaalah kewanganku. Aku tak mahu masaalah ini jadi fikiran mereka. Aku akan cuba mengadakan duit untuk membayarnya dengan apa cara pun walaupun harus memasukkan barang kemasku ke pajak gadai. Namun selagi ada jalan keluar tidak mungkin aku meminjam dari sesiapa demi membesarkan anak2ku. Cukuplah dengan wang gajiku. Aku mahu membesarkan mereka dengan wang halal dan dari titik peluhku sendiri. Cukuplah anak2ku bekerja sambilan untuk belanja harian mereka, namun wang sekolah adalah tanggung jawab dan amanah yang telah Allah beri kepadaku.
Itu adalah salah satu peristiwa yang masih menjadi ingatan sepanjang aku membesarkan anak2ku. Walaupun kadang kala ada terfikir untuk berhenti bekerja, namun kerana ingin melihat mereka berjaya, aku rela mengharungi setiap rintangan. Aku teringat akan kata2 seorang novelis didalam buku beliau “Hidup ini cabaran tetapi hasilnya menggembirakan”. Dengan kata2 itulah aku membesarkan anak2ku.