|
~Cahaya Islam Penenang Jiwa [Ingat mengingati sesama kita]~
[Copy link]
|
|
Senjata yang dimaksudkan adalah idea-idea Barat yang hingga kini terus menerus dipaksakan kepada generasi muda muslim, seperti idea kebebasan, hak asasi manusia, nasionalisma, sekularisma (pemisahan agama dari kehidupan), demokrasi, dan idea-idea busuk lainnya.
Ketika kaum Muslim tidak lagi berada dalam pangkuan Khilafah, satu demi satu negeri kaum Muslim terpecah belah, yang disekat-sekat oleh ikatan nasionalisma. Dengan ini kuasa barat berleluasa menjajah dan menjarah negeri-negeri kaum Muslim bahkan hingga ke hari ini. Saudara-saudara kita di Palestin, Afghanistan, Pakistan, Kashmir, dan negeri-negeri lainnya menjerit meminta pertolongan.
Mereka dibunuhi, tanahnya dirampas, sumber daya alamnya dijarah dan dijajah oleh kaum kafir penjajah tanpa ada pembelaan. Makanya serupa tak dengan cerita Avatar?. Jika di dalam filem Avatar, yang jahatnya adalah si Raja Api, maka hari ini, raja Api itu adalah ibarat Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya yang terus menerus hingga kini menjajah negeri-negeri kaum Muslim.
Lantas Jom Kita Jadikan Avatar Ini Sebuah Yang Episod Nyata, nak tak?
Seperti halnya di filem Avatar, kejahatan akan segera musnah , dan dengan itu kejahatan dan kemunduran yang menimpa umat Islam pun akan segera berakhir, setelah sang islamic avatar atau the caliphate alias Khalifah yang akan kembali hadir memimpin dunia dalam system pemerintahannya Al Khilafah Islamiyah. Seperti halnya Aang, dia masih muda dan terus berjuang menimba ilmu untuk menjadi sosok avatar.
Begitu juga, hari ini jutaan para pemuda Muslim di seluruh penjuru dunia bahu-membahu untuk kembali mewujudkan sang pembebas dunia dari penjajahan. Mereka bersatu di bawah panji Rasulullah dan menginginkan Khilafah kembali. Kalian tak percaya? Kaji nih kata-kata dalam sebuah lirik rap anak muda Amerika sana yang dibawakan oleh SOA. Dia menyatakan, "Its time to take a STAND! Follow ONLY Allah's Commands! Put Khilafah back on the MAP. IT'S TIME TO BRING ISLAM BACK". Anak muda Muslim Britain juga tidak ketinggalan, mereka menyerukan "Bring Back Islam, Bring Back The Khilafah" dalam sebuah lirik hiphop nya.
Bagaimana dengan para pemuda Muslim di negeri ini? Jadi, pasti harus lebih dari itu. Di negeri David Backham sahaja, para pemuda muslimnya menyerukan Khilafah. Masakan di negeri kita tidak. Malulah saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian! Jom mulai hari ini kita pelajari Islam sebagai agama yang lengkap, fahami, amalkan dan dakwahkan.
Seperti halnya Avatar, masih muda tapi terus belajar sekalipun dia adalah orang yang hebat untuk menghentikan segala kejahatan. Kalau ada yang ingin bertanya bila? Ya jawapannya, saat ini juga, sebelum ajal menjemput, hingga Islam berjaya kembali di bawah naungan KHILAFAH! Insya'allah sedikit waktu lagi.
iluvislam.com |
|
|
|
|
|
|
|
JGN BERSEDIH...JGN PUTUS ASA...
"Ah!! Tensionnya!" "Banyaknya masalah" "Ada tak orang yang hidup tiada masalah?" Satu demi satu persoalan mengetuk gegendang telinga saya, jikapersoalan-persoalan itu mampu memberi kesan kepada gegendang telinga,pastinya gegendang telinga saya sudah berlubang sekarang!  Adakah manusia yang tidak punya masalah?
Bertanya persoalan yang seperti itu, seolah-olah kita bertanya: Adakah manusia hidup yang tidak bernafas? Benar. Masalah sudah amat sinonim dengan diri seorang insan kerdillagi hina bergelar manusia. Sedangkan Nabi dan para sahabat jugadicubit sayang oleh Allah, inikan pula kita manusia biasa...
Persoalannya bukan adakah manusia yang tidak ada masalah tapi lebih kepada bagaimana kita menghadapi permasalahan yang ada. Jika kita cuba lari dari masalah percayalah masalah itu tidak akan pergi. Berhadapanlah dengannya.
"Sebenarnya... Hidup bila tidak ada masalah jadi mendatar, jaditidak ada kenangan yang hendak dikenang.. Jadi hambar." Sahabat yangsaya kasihi melontarkan nasihat. "Tapi kan bila ada masalah jadi susah hati, jadi sedih..." Saya menyambung. "Memanglah, mana ada orang ada masalah suka hati je..."
Saya ketawa. Benar, masalah itu menjadikan hati menjadi murung tapi di sebalik kemurungan itu akan terselit pula kebahagiaan. Apabila masalah itu telah selesai, percayalah kita pasti mampu tersenyum malah tertawa sewaktu mengenangkannya. Maka,jangan sesekati berkata: "Oh Allah! Aku ada masalah yang besar!" Tapi berkatalah: "Oh Masalah, Aku ada Allah yang Maha Besar!" Allah Pasti Akan Membantu
"Macam mana ni..." Matanya berair, berserta esakan yang perlahan.Hujung tudungnya diambil sedikit buat mengesat air mata yang kianmengalir. Saya gusar. Melihatnya mengalirkan air mata membuat sayatidak keruan. "Sabar..Sabar.."
Sergahan ustaz tentang hafazan kami membuatkan hati sahabat-sahabatsekelas menjadi kecut. Ah, takut ujian yang diberi tak dapat dijawabdengan baik, takut hafazan tersekat di tengah-tengah.
Memandang sahabat yang sedang menangis itu, entah kenapa secaratiba-tiba saya berasa sedikit tenang, seolah-olah terdengar-dengarjanji Allah ; "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj:22) "Ok, cepat cepat!" Ustaz memanggil.
Sahabat saya nan satu itu ke hadapan, bersedia dengan sebarang kemungkinan. Beberapa minit berlalu.... Surah An-Naba' dan An-Naziat berjaya dilepasi. Berjaya pula dia mendapat 10/10. Oh Allah, betapa Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu yang berusaha! Jangan berputus asa "Saya rasa masalah saya ni dah tak ada jalan penyelesaian dah. Buntu."
Ingatkah kita pada firmanNya ; "jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87) Jangan sesekali berputus asa. Masakan Allah menimpakan ujian dengansia-sia, masakan Allah sengaja membuat kita sakit dan bersedih. Sedangkan setiap penyakit itu ada ubatnya melainkan mati, masakanmasalah yang kita hadapi langsung tidak punya jalan penyelesaian.
"Saya dah puas cuba macam-macam, tapi...tapi..begini juga." Nah, lihat kembali dalam diri.. Segala keputusan yang diambil,adakah dikembalikan kepada Allah. Maksud saya, adakah kita redha,adakah segala keputusan dan tindakan yang kita ambil kita bertawakalkepada Allah atau kita merasa yakin dengan diri kita sendiri? Hakikatnya...Allah timpakan ujian agar kita memuhasabah diri. Allahberi sakit untuk kita menghapus dosa, Allah beri kesusahan agar kitakembali padaNya. Jika kita menyombong diri...termasuklah kita dalam kalangan orang yang rugi. Jika kita tidak kembali pada Allah... Terbengkalailah masalah kita dengan seribu persoalan.
Kembalilah... Allah menantimu. Berusaha dan kemudian serahkan urusanmu pada Allah. Sungguh, Dia lebih Mengetahui! Bangunlah, Bangkitlah, Berdirilah..Walau kamu terasa payah, walaukamu terasa seksa.. Kerana hakikatnya Allah akan membantumu. Pasti!Jangan diragui. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallahkepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkalkepada-Nya. (Al-Imran : 159) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 262# fiqrah
tq 4 sharing;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply fiqrah
tq 4 sharing
adabintang Post at 27-1-2011 16:27 
no problem Adah ................u know what ....
my post no. 262 ........mcm kebetulan sbb 262 is my car no. ..............hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 264# fiqrah
ya meh?.. sgt kebetulan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 265# adabintang
khennn ......................hihihihi  |
|
|
|
|
|
|
|
KALKULATOR CINTA
Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri.
Berulangkali.
Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin menambah kekuatan saya berimaginasi.
Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yangberfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untukaktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjekyang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta.
'Kalkulator cinta'.
Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya.
Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang,disertai ucapan, 'I love you my dear', maka aktiviti tambah akanberlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cintamenambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai.
'Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia.'
Saya berangan-angan lagi.
Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluarmembeli di pasar tani dengan kata-kata : 'Cantiknya awak hari ni! Macamnak pergi mengurat mamat benggali!'.
Maka aktiviti tolak akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Inikerana, kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupunteguran yang diberi adalah benar demi kasih dan cinta suami kepadaisteri.
'Suami, sindir, perli – CINTA = isteri terasa hati = masam mencuka wajahnya sehari.'
HATI SEORANG ISTERI
Saya sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan keperluan wujudatau tidak alat sedemikian. Sekadar berfikir separa santai dalammenanggapi sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini.
Salah satu darinya diutarakan melalui ruangan komentar pada artikelsaya seblum ini : Renungan buat suami dan isteri. Beliau yang menamakandiri sebagai Lynn meluahkan isi hati :
"Saya suka membaca perkongsian ini. Saya sedang menghadapikemelut rumahtangga. Sudah sekian lama berkahwin (hampir 5 tahun),suami tidak pernah memujuk, berbual, berkomunikasi (hanya bila mahukanhubungan intim) malah tidak pernah memberitahu apa yang disukai atauapa yang tidak disukai."
Saya bagai hidup dengan 'stranger' setiap hari saya menangismengenangkan hal ini. Saya tidak mahu 'selfish', anak saya sudah 3orang walau saya masih muda (belum menjangkau 30 tahun). Saya sayangkanrumahtangga ini dan anak-anak, cuma sedih kerana rasa langsung tidakdihargai kecuali bila suami mahukan hubungan intim. Saya bukan wanitaberkerja, saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh perhatiankepada suami dan anak-anak. Dunia saya hanya suami dan anak-anak. Bilajadi begini, saya rasa amat tertekan dan rasa 'useless'. Apa yg patutsaya buat/fikirkan?
Banyak kali saya berbincang dengan suami namun jawapan yang diberikan hanya 1 :
"Maaf abang tak tahu nak cakap apa."
Saya sangat kecewa. Saya tak pernah berhenti berdoa dengan harapan suami akan menyayangi saya.
Saya pernah suarakan, jika suami mempunyai kekasih hati/pilihanlain saya izinkan dia berkahwin. Mungkin suami akan berubah kepada yanglebih baik dengan cara ini tapi tiada jawapan dari suami dan hubungankami berterusan hambar beku seperti ini.
Harap ustazah sudi memberikan pandangan.
WANITA DAN KATA-KATA CINTA
Saya bersimpati dengan kemelut perasaan yang sedang dihadapi olehPuan Lynn. Sebagai seorang wanita, saya maklum, belaian jiwa dariseorang suami yang dijelmakan melalui kata-kata seperti ucapan sayang,bicara yang lembut, mahupun sekadar lafaz terima kasih, banyak memberikesan dan ransangan yang positif terhadap keutuhan rumahtangga yangdibina.
Isteri mana yang tidak bahagia dengan kata-kata yang menggambarkanpenghargaan dari suami tercinta. Sesaat lafaz sayang diperdengarkan,sudah cukup meredakan keletihan isteri berbakti untuk anak-anak dansuami. Sepatah ucapan terima kasih diberikan, sudah cukup menjadipenawar yang meredakan resah isteri berdepan rutin yang sama dikebanyakan hari.
Hanya semudah itu, seorang suami dapat mengungguli emosi isteri yangdikasihi. Ia tidak banyak memakan masa, menagih kudrat dan tenaga dantidak juga menelan belanja yang tidak terjangka nilainya.
Cukup hanya sekadar kata-kata mesra.
Namun begitu, sebagaimana kata-kata yang saya titipkan di laman fb,sebagai peringatan kepada teman-teman, juga untuk tatapan dan renungandiri sendiri, saya menukilkan :
"ALLAH SWT tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan."
Saya akur, bukan semua wanita, bertuah dapat menikahi jejaka yang'cukup' serba serbi. Seorang yang soleh dan bertaqwa, pandai pulaberlawak jenaka, mahir memikat dengan aksi dan gaya yang menambatsukma, juga bertanggungjawab terhadap anak dan isteri di bawahseliaannya.
Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap sebegini!
Kerana itu, saya melontarkan satu persoalan :
"...antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?"
IF MAN COULD TALK
Demikian satu judul buku yang dikarang oleh Dr Alon Gratch, seorangpakar psikologi klinikal dan juga seorang pensyarah di dalam bidangnya.Beliau banyak menulis untuk pelbagai penerbitan termasuk New York Timesdan Wall Street Journal.
Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya sajamereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidaksebagaimana kaum perempuan, yang umumnya terbuka dengan perasaanmereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit untuk 'membuka' diriuntuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya, kaum lelaki seringterlihat jauh dan terasing serta sukar difahami, atau dalam banyakkeadaan, agak keras dan menjengkelkan.
Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnyamelalui sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekepingkad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supayaruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.
Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasamenginginkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pastiakan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri bahawatanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri ada pelbagai sudut dansegi.
Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengankata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata (verbal), akan tetapilebih penting dari itu ia harus dibuktikan melalui perbuatan dantingkahlaku (non-verbal).
Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimahindah dan menyejuk jiwa, ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yangbaik, pandangan yang mendamaikan, juga sentuhan dan belas ihsan. Danyang paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telahdilaksana sebaik-baiknya.
Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannyayang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahayamatanya dengan cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkinkelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetapbernilai secara makna, lebih-lebih lagi kepada sebuah institusikeluarga.
Justeru itu, pandanglah keadaan 'tanpa suaranya' ini sebagai satukelebihan, kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalahseorang suami yang punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnyaseorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpabicara, tidak melalui kata-kata. |
|
|
|
|
|
|
|
BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN
Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :
* Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu, baginda keluar dan bersabda : "Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." (Hadis riwayat Tirmidzi)
* Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)
Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan komunikasi non-verbalini, kerana sememangnya bahasa tubuh, dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.
PRO-AKTIF
Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris :
'What you give, you get back'.
Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.
Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa. Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.
Ini sifir yang saya yakini ketepatannya.
Selebihnya, mungkin perkongsian pengalaman dari dua wanita ini, dapat membuka mata dan hati wanita lain yang membaca.
Itu harapan saya.
KALKULATOR CINTA
Akhirnya, buat Puan Lynn dan para isteri di luar sana, saya suka berkongsi beberapa ayat yang sangat memberi kesan kepada diri ini untuk terus memuhasabah sikap, tindakan dan perlakuan saya sehari-hari, terutama dalam menunaikan hak suami dan pelaksanaan tanggungjawab sebagai isteri.
Firman ALLAH SWT :
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
Maksudnya : "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." ( Surah al Anbiya' ayat 47 )
Dan firman-Nya lagi :
كُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَآئِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنشُورًا
Maksudnya : "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." (Surah al-Israa ayat 13)
اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا
Maksudnya : "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu." (Surah al-Israa ayat 14)
Saya mengakhiri coretan di ruang fb dengan komen balas berisi sedikit renungan buat diri sendiri dan teman-teman :
"Dalam mempersoalkan tentang hak, adalah lebih baik kita (isteri) bertanyakan diri tentang tanggungjawab yang kita telah, sedang dan akan berikan buat yang berhak (suami).
Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai seorang isteri dari menumpukan kepada apa yang kita patut dapat dari seorang suami.
Bimbangnya diri ini, andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini."
Realitinya, kalkulator cinta suami isteri di dalam Islam tidak berkisar sekadar luahan cinta dan kata-kata yang indah membelai jiwa semata. Ia tidak terhenti hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi yang diperakui Ilahi. Keredhaan ALLAH, matlamat utama cinta mereka. Walau sekecil apa pun usaha yang dilakukan demi menjamin ikatan yang ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.
Sedikit doa :
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalamberdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu."
Ameen ya rabbal alamin.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Ustazah Noraslina Jusin |
|
|
|
|
|
|
|
BAGAIMANA MENGHADAPI KRITIKAN
Kritikan biasanya negatif semata-mata untuk menegur kesalahan anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan anda
Dalam situasi lain, seseorang mengkritik anda dengan kata-kata kesat semata-mata untuk memalukan anda di khalayak ramai.
Jika anda dikritik, apa yang sepatutnya dibuat supaya anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif terhadap kritikan - kritikan negatif.
01.Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafaan adalah cara paling penting untuk membuat anda bersemangat pada tahap tinggi walaupun di kritik hebat.
Lupakan kata-kata yang mengkritik anda, ambil ia sebagai satu pengajaran sahaja. Jadikan kritikan sebagai cara anda mempelajari sesuatu.
Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar anda membuat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah terhadapnya hanya akan membuat anda tidak bermotivasi.
02.Diam Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu hati anda membara, panas sebab dikritik dan telinga anda pedas mendengar suara si pengkritik.
Turunkan ego anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang masa untuk menjadi insan lebih baik.
Untuk anda kekal bermotivasi, anda juga perlu berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan adalah salah satu cara untuk memberitahu anda bahawa tindakan anda salah, sehingga tidak memenuhi sesetengah 'standard'.
Bertekadlah untuk membuat yang lebih baik di lain kali sekiranya anda mempunyai peluang.
03.Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Untuk Berubah dan Perbaiki Diri.
Sehebat manapun anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri anda lebih bagus dari orang lain.
Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui perubahan berterusan.
Bentuk diri anda agar menjadi semakin baik dari sehari ke sehari!
Pelajari cara yang betul, kemudian lakukanlah. Jangan memajukan diri semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya anda berpuas hati dengan apa yang anda berjaya capai.
Dengan itu, anda akan bersemangat mencapai satu tahap pencapaian yang lebih tinggi. Jika anda mahu berjaya semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, anda hanya akan kecewa apabila dia semakin maju.
Lantas anda tidak akan bersemangat disebabkan oleh rasa iri hati, dengki dan tidak berpuas hati dengan kemajuannya.
Cara terbaik yang dapat dilakukan adalah menyembunyikan kehebatan dan pamerkan kesanggupan untuk terus berubah dan memperbaiki diri. Setkan matlamat untuk diri sendiri kemudian capai matlamat itu!
Ingatlah bahawa Mindset persaingan membunuh semangat, manakala mindset yang berusaha mencapai matlamat akan menyuburkan lagi semangat. Dengan ini, anda akan sentiasa bermotivasi! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
--- CANTIK ITU SUBJEKTIF ----
Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, sayaselalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama sayacantik. Cantik itu adalah mama saya.
Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliautajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mamapakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah ciptasebegitu.
Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakanseorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengarpelajar-pelajar mama puji mama cantik.
Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.
Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbezadaripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar.Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yangkecil.
Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra denganorang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai danmeminatinya.
Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalandengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata inginmendekati kakak saya.
Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapatpujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olahmembandingkan saya dengan mama dan kakak.
Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak danadik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.
Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Sayajuga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapatdengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu sayamembesar menjadi seorang perempuan yang tegas.
Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadicantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadicantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.
Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.
Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan sayacakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semuaorang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orangsahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.
Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa.Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mamadan kakak.
Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.
Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawandan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantumereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memilikiapa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikanrupa paras seperti mereka.
Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, sayabukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong danberperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya,tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.
Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun da
n lemah lembut.
Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadilemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya,dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upayauntuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanitamuslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapimembentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa sayaberdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..
Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembutseperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemahlembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yangmembentuk peribadi kami berbeza.
Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telahterguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telahmembentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampumengharunginya.
Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagikata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar denganpemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.
Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya denganmama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkankenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanparasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti ituwalaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahamiperasaan saya.
Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.
Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.
Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjayakerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menangkerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.
Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihandari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihanyang tidak semua orang miliki.
Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta danmengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yangkreatif untuk mereka sesuatu yang baru.
Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif.Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namunkecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yangberguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenalikecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untukmenjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untukjadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.
Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni.Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produkkecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripadamana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya sayamenemui insan yang mencintai saya seadanya.
Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untukmenjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusiabukanlah apa-apa.
Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejarkecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.
Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak.
Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
--- SALAM MAULIDUR ---
--- KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH ---
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah : "Wahai manusia, dengarlahbaik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah akudapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itudengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepadaorang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamumenganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa danharta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yangdiamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamusakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlahbahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuatperhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demikeselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamudalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidakmengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamumempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di ataskamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, makamereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasihsayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlahterhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantukamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekalitidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamudan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlahbersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlahsembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dantunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Hajisekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudarakepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yanglebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadapAllah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apayang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kalikamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atauRasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-katakuyang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkankepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh danmengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesatselama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengarucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhirlebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengardariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMukepada hamba-hambaMU. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~~~ TITIPAN BUAT WANITA ~~
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasaterhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisadimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yangdikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat akuberikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yangperlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghiasperibadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlumenjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuanyang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untukmenyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiapkali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaanitu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamikuuntuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadilabuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seoranglelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagaimacam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampasdariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Akuberistigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik SegalaRasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu.Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin padagerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadisyang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untukmemilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memilikiwajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaanNabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi MuhammadShallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pastiakan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagiitu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyaihak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takutperbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baikdalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yangditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmuberpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allahdengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Ituimpianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkanseluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena denganmencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadidaripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kitakembali di syurga.
Seorang gadis yangmembiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yangbukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapanAllah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri danjagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi danmemberkati perjalanan hidup ini.
BUDI HERFIAN |
|
|
|
|
|
|
|
8 PEMBOHONGAN IBU KEPADAKU
Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!
01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Sayamenangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".
02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA- Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktusenggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami danmemakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisaikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikanikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata:"Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA- Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedaidengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyarapersekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita dihadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk keranaterlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula."Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuklagi."
04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT- Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapatmenemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoakepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengansegera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalambotol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA- Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya barubeberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayahkepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yangbaik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar adaseorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kamisekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."
06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidakpayahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit,tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkanwang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetapberkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."
07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerjadengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luarnegara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalauhari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."
08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amatsangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapitidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak,sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualikum tuan rumah,
ke mana menghilang .......jom ramai2 meriahkan rumah yg
dah makin les ...
fiqrah Post at 25-1-2011 10:26 
tuan rumah jenguk2 jew baca apa yg patut.... hehehehe byk yg firqah bagi...
ada yg ku rompak masuk blog ku bha... huhuhu
aku kasi kredit name kat ko dlm tu huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 274# hyun
OIC .........................nak jenguk jugak la
dalam blog hyun ....mintak link ek ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply hyun
OIC .........................nak jenguk jugak la
dalam blog hyun ....mint ...
fiqrah Post at 18-2-2011 11:29 
hyun tepek kat sini xpe yek momod dada
http://tintahmk.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
~~ JAGALAH HATIMU ~~
Bila bicara soal hati..
pasti semua akan berkata mengenai perasaan...
apa yang ingin dikongsikan di sini
adalah soal perasaan dan hubungan antara manusia dengan manusia yang lain...
siapa kata menjaga hubungan antara manusia itu mudah?
lagi-lagi apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita
sebagai contoh kawan baik kita sendiri
ahli keluarga
dan tak ketinggalan juga orang disekeliling kita
sejauh manakah kita menjaga hubungan dengan mereka?
memastikan pergaulan yang baik
antara diri kita dengan mereka
bukanlah satu perkara yang mudah
sehingga sampai satu tahap
rasa sangat sukar
untuk menjaga hati orang disekeliling kita
sehingga mengabaikan kepentingan diri
sehingga berkata pada diri
"mengapa aku perlu menjaga hati mereka?sedangkan hati aku ini tiada siapa yang peduli?"
ingatlah wahai diri
katakanlah pada diri kita
kita kena beringat...
bahawa kita bukan sendirian
berjalan menempuh hari-hari
di dunia yang menjadi persinggahan sementara kita ini
kita masih ada orang lain disekelililing kita
orang yang masih perlukan kita
dan ingat
kita juga masih perlukan pertolongan orang lain
jika kita rasa sukar untuk menjaga hati orang disekeliling kita
cukuplah kita jaga hati kita ini
bersihkan hati kita dari
segala noda-noda hitam
apabila hati kita bersih
maka insya allah
ketenangan hati itu pasti akan hadir
dan segala masalah itu pasti akan hilang..
apabila hati kita terjaga maka terjagalah hati2 orang disekeliling kita.....
Credit to blog shariah law
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 277# fiqrah
wahh.. sgt tersuntik dgn post ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 279# fiqrah
layan sat..
Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam 'kan berakhir, hari 'kan berganti
Takdir hidup 'kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|