CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] AMARAN BANJIR TERMENUNG : UPDATE banjir #403 di m/s 21 : Angin sistem taufan Nesat dan Sitrang telah bersatu , elok berpindah segera sebelum banjir LEBIH dalam berlaku !!

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by blastoff at 23-10-2022 08:27 PM
NurAlia14 replied at 23-10-2022 07:03 PM
Skng ni kt setellite kenapa mcm ade 2 ekor kt kiri and kanan? Skng yg active obet je kn?


ada 3 pusaran semuanya,

obet dah tak kuat pusarannya sebab ia lalu area lautan yg suhu rendah so haba tak cukup utk jana energi pusarannya tu,

yg satu lagi pusaran sebelah kiri obet yg lokasinya dekat dgn Myanmar dah jadi makin kuat sebab lalu area lautan suhu tinggi dan di jangka akan jadi cyclone dlm beberapa hari lagi menuju ke arah bangladesh

yg pusaran belah kanan obet tu kelajuan statik je tak meningkat , hanya berpusar kat satu area  je for now

so yg aktif adalah obet dan invest92b
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 23-10-2022 07:54 PM
yup... aku salah baca, yg kurang sejam tu masa yg di ambil air banjir utk naik ke paras pinggang,  ...

Sebab aku duduk area dekat situ tapi atas bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 08:31 PM | Show all posts
semoga kita semua selamat hendaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 08:51 PM | Show all posts
Samerosie replied at 23-10-2022 08:27 PM
Sebab aku duduk area dekat situ tapi atas bukit.

so waktu tu kau dah trap tak leh pi mana kerana dikelilingi air banjir kat bawah bukit ke atau kau ada bot getah yg boleh di guna utk kayuh ke sana sini kat area banjir tu ? Row row row your boat   
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 23-10-2022 08:51 PM
so waktu tu kau dah trap tak leh pi mana kerana dikelilingi air banjir kat bawah bukit ke atau kau ...

Tak de la bro.  Machiam aku mentioned area dengkil yg banjir tu mcm bawah bukit, lembah camtu.  Pasar dengkil belakang tu hujan sikit je memang akan flash flood.  Aku pun x tau la camne derang boleh buat housing development bawah tu.  Kitarang masa banjir teruk salak tinggi bukit changgang banting dengkil tenggelam,tapi kitarang boleh keluar sbb ada overpass terus ke cyber putrajaya.  Lalu dengkil nampak air teh tarik je dgn bumbung rumah.  Bila bukit changgang banjir haritu, power kena shutdown sebb power station kat situ kami start keta pi duduk hotel kat putrajaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 09:21 PM | Show all posts
Samerosie replied at 23-10-2022 09:01 PM
Tak de la bro.  Machiam aku mentioned area dengkil yg banjir tu mcm bawah bukit, lembah camtu.  Pa ...

berapa hari kena dok hotel baru elektrik kat rumah kau ok ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2022 09:29 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 23-10-2022 09:46 PM
tenggilingpink replied at 23-10-2022 08:31 PM
semoga kita semua selamat hendaknya

invest92b putarannya besar ya amat diameter nya tuh, selama ia wujud dah pi bertembung dgn sistem nesat, lalu telah menyebabkan kat indonesia dan thailand banjir teruk kaw kaw sampai ala2 tsunami laju airnya berhari2 tak surut ada yg jadi balik banjir lepas surut ....

Makna semenanjung kita nih kiri kanan atas bawah selama berhari2 di asak oleh sistem angin berpusar2 tu ,

yg akhirnya banjir besar kaw kaw lah yg akan berlaku,
bila nak jadi exactly aku tak boleh nak jangka tapi dalam jangkamasa lebih dari 3 minggu lah boleh banjir sebab di tambah dgn sistem angin invest92b tu lah selain dari peninggalan dari sistem nesat

so kita berdepan dgn combination kedua2 sistem angin tu lah yg berturut2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 09:42 PM | Show all posts
Korang tengok imej satelite bawah ni, pusaran angin dari invest92b tu amat cepat naik kelajuannya lani dah jadi 65km/h ,

seluruh lautan kat situ jadi tempat pusarannya , Bay of Bengal tu sebesar putarannya ler

punya besar ya amat saiz nya tuh ,

impaknya pada negara kita cukup dahsyat ler nanti,

sebab pusarannya tu menyebabkan air laut tertolak ke arah barat dan utara semenanjung msia ler, yg akan tunjukkan kesannya waktu invest92b tu dah kiok nanti ler



















This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa area asia tenggara ni cam ada sampai 2 3 taufan dalam satu2 masa contohnya cam baru ni ada nesat, pastu follow dengan obet then sekarang datang taufan invest92b tu pulak adakah suhu sekitar lautan tu yang mempengaruhi kekerapan taufan ni. Iols maksudkan suhu makin lama makin meningkat sebab pengaruh perubahan iklim. Dekat lautan lain ada terjadi jugak tak kekerapan taufan cam belah kita dok ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 09:55 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 23-10-2022 09:57 PM
kotakbaju replied at 23-10-2022 09:46 PM
Kenapa area asia tenggara ni cam ada sampai 2 3 taufan dalam satu2 masa contohnya cam baru ni ada ne ...

kau gi kat bulat2 warna ungu di sepanjang laluan taufan tuu kemudian kau simply click dgn cursor kat lautan berdekatan dgn bulat2 ungu tu ler maka akan tertera suhu laut kat situ berapa degree celsius ......

sepanjang garisan laluan angin tuu kita boleh tahu berapa degree celcius ler dgn buat camtu .

ada area suhu rendah ada suhu tinggi , camtu lah lautan , kat cetek sket suhu rendah, kat lautan dalam suhu tinggi , depend kat kedalaman laut tu lah, kat laut lain pungg sama je jadi gak berturut2 hurricane ada ketikanya,
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols perasan kat map thailand ada beberapa titik merah bila klik situ tulis 'heat'. Maksudnya  kawasan situ tengah alami suhu tinggi ke even waktu malam sekalipun, dalam keadaan musim hujan banjir ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 23-10-2022 09:55 PM
kau gi kat bulat2 warna ungu di sepanjang laluan taufan tuu kemudian kau simply click dgn cursor ka ...

Nape iols klik dia naik jumlah kelajuan angin je per km/h. Taknaik suhu pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 10:07 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 23-10-2022 10:08 PM
kotakbaju replied at 23-10-2022 09:55 PM
Iols perasan kat map thailand ada beberapa titik merah bila klik situ tulis 'heat'. Maksudnya  kawas ...


Nak tau temperature memana area di satelite simply click kat perkataan temperature yg aku dah boh dalam kotak warna biru kat bawah ni , lepas tu bila kluar imej warna oren terang benderang tu kau simply click je mana2 area pung akan kluar lah suhu kat tempat kau click tu berapa degree celcius




















This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 10:10 PM | Show all posts
kotakbaju replied at 23-10-2022 09:59 PM
Nape iols klik dia naik jumlah kelajuan angin je per km/h. Taknaik suhu pun

sebab kau click betul2 di bulatan tuuu akan kluar berapa kelajuannya lah,  kau perlu click kat area lautan berdekatan dgn bulatan tu dan bukannya click di bulatan tu sundrik
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana hujan banjir nyeeeeee.. kitorang tengah BBQ 2 hari berturot turottttt neh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 10:35 PM | Show all posts

Baru di upload sejam yg lalu banjir di wangsa maju aras buku lali


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


https://www.facebook.com/photo/? ... t=a.227054766115288

LAPORAN BANJIR KILAT
23 oktober 2022 (ahad)

Daerah : WANGSA MAJU

Lokasi : jln padang tembak
Masa : 2005hrs

Paras Air : buku lali
Ulasan : banjir, jalan basah, lalulintas lancar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2022 10:36 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 23-10-2022 10:38 PM
green~tea replied at 23-10-2022 10:13 PM
Mana hujan banjir nyeeeeee.. kitorang tengah BBQ 2 hari berturot turottttt neh    :lo ...

kau jgn dok kira apa yg kau alami, sebaliknya kau perlu search kat facebook utk tahu area mana banjir ler,  what other ppl going thru yg kau perlu dapatkan info utk tahu banjir ke idak di sesatu area
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2022 10:39 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 23-10-2022 10:43 PM

Dah kali ke 8 banjir dalam tahun nih....sampai para penduduk harap dapat di pindahkan ke kawasan lain !


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]



https://www.astroawani.com/berit ... rian-tunggal-387435




Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal





Shuhada Abdul Kadir
Oktober 23, 2022 19:20 MYT





Berikut imej semasa banjir yang melanda sekitar Kampung Belimbing Dalam dekat Durian Tunggal, sekitar 3 Januari lalu. - fotoBERNAMA


ALOR GAJAH: Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti.
Namun, masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.


Kini apa yang dinantikan mereka bukan hanya bantuan, tetapi janji manis yang boleh ditawarkan oleh calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Sebagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November tahun lalu, ujar mereka, pelbagai janji jangka pendek dan panjang dikemukakan calon bertanding untuk mengatasi masalah banjir di Durian Tunggal.

Mangsa banjir berulang di kawasan itu ketika ditemui Astro AWANI berkata, janji berkenaan hanya tinggal di atas kertas apabila penduduk terus dilanda banjir yang tidak berpenghujung sehinggakan mereka mula berasa muak untuk membuat pilihan pada 19 November ini.
Lebih-lebih lagi, apabila musibah itu melanda lagi, rentetan hujan lebat berterusan selama beberapa jam bermula lewat petang semalam yang mengakibatkan lebih 50 rumah ditenggelami air.

Bencana itu menyebabkan 57 keluarga terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing untuk bermalam di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal di sini.
Mangsa terbabit adalah penduduk dari lima kampung yang terjejas iaitu Kampung Pulau, Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai dan Kampung Punggur.
Menurut penduduk, ini adalah kali kelapan banjir melanda penempatan mereka sepanjang tahun ini.

Bagi penduduk Kampung Pulau, Nasir Ahmad, 59, dia mengakui sudah muak dengan janji pemimpin politik berhubung isu banjir di kawasannya memandangkan mereka sudah menanggung derita itu sejak lebih 15 tahun lalu.
“Bukan janji yang baru-baru ini sahaja, pemimpin dulu-dulu pun sama dan kita sudah hilang kepercayaan kepada wakil rakyat yang akan memimpin di sini nanti.
“Saya sudah tidak yakin pada mereka kerana semua janji hanya janji kosong. Apabila berkempen kata mereka akan buat macam-macam tetapi habuk pun tidak ada, jadi kalau boleh calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen nanti buatlah pembaharuan di tempat saya,” katanya.
Seorang suri rumah, Mashitah Jantan, 40, yang turut menyuarakan kekesalan sama berkata, pengalaman sebanyak lapan kali berulang alik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir sejak awal tahun lalu, amat memeritkan.
Ibu kepada enam anak itu mendakwa, dia tidak nampak sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk menyelesaikan isu yang berlarutan sejak berbelas tahun lalu itu.
“Masuk sekarang ini sahaja dah lapan kali dah pindah, yelah setiap kali kena banjir tu nak kena basuh rumah dengan anak sekolah lagi, bukan barang rumah sahaja rosak tetapi barangan persekolahan anak-anak juga pun ranap.
“Jangan janji sahaja, tolong kotakan dan selesaikan masalah ini dan kami harap sangat adalah perubahan selepas PRU nanti,”ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan dan Komuniti (JPKK) Kampung Pulau, Mohsin Abdul Rashid berharap cadangan memindahkan penduduk yang terjejas banjir di kampung itu dan kawasan berhampiran dapat direalisasi segera.
Katanya, langkah jangka panjang itu jelasnya, dilihat mampu mengatasi masalah yang selama ini dihadapi penduduk.

“Kita harap sangat pemimpin akan datang nanti dengar suara rakyat, beri tumpuan kepada kawasan Durian Tunggal ini kerana kalau banjir memang teruk, adakala sampai paras tingkap.
“Setiap kali hujan kita semua berada dalam kebimbangan dan kalau boleh berikan perhatian khusus dan buat tindakan secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu, menurut rekod Laporan Khas Impak Banjir Malaysia 2021, Jabatan Perangkaan, negeri Melaka merupakan negeri ketiga yang merekodkan nilai kerugian tertinggi banjir selepas Selangor dan Pahang.
Di Melaka, Durian Tunggal merupakan antara kawasan yang paling kerap dilanda banjir di daerah Alor Gajah terutama apabila berlaku hujan lebat yang berterusan.


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 23-10-2022 10:07 PM
Nak tau temperature memana area di satelite simply click kat perkataan temperature yg aku dah boh  ...

Okeh iols dah tengok pun. Thanks blastoff
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 23-10-2022 10:10 PM
sebab kau click betul2 di bulatan tuuu akan kluar berapa kelajuannya lah,  kau perlu click kat are ...

Okeh tadi iols klik kat bhgn temperature dah boleh tengok suhu kat area taufan tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.395392 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list