CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MAL

'Kalau PH Tak Batalkan Canal City Dulu...' - Najib

[Copy link]
Post time 28-12-2021 12:03 AM | Show all posts
macam biasalah

features lain contohnya kolam besar takungan banjir tu diabaikan

setan penghasut cuma fokus dekat 30% hahahaha

asal boleh hasut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 12:05 AM | Show all posts
lurkingaround replied at 27-12-2021 10:30 PM
.
Biasanya, di Selangor di Pantai Barat, kerap kali akan mengalami hujan lebat 3-6 jam dari ribut p ...

padu bro
terkedu setan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 09:42 AM | Show all posts
xy_daen replied at 27-12-2021 08:19 PM
Projek smart tunnel Mahafiraun jugak la jadi modal UMNGOK nak me ratib skang...

start 2003 siap 2007 mahathir dah tak ada dalam kerajaan

Canal city start 2007 dalam perancangan 2011 kene cancel dengan PH

2021 selangor banjir besar
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 09:43 AM | Show all posts
lurkingaround replied at 27-12-2021 10:30 PM
.
Biasanya, di Selangor di Pantai Barat, kerap kali akan mengalami hujan lebat 3-6 jam dari ribut p ...

dia mana pernah duduk negeri pantai timur

musim tengkujuh seminggu gerimis non stop pagi petang siang mlm
shah alam kene hujan non stop beberapa jam pun dah banjir teruk.



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:13 AM | Show all posts
Edited by sam1528 at 28-12-2021 11:14 AM

He he he he ... tengok aje lah macai2 totok party assobiyyah dok pujuk memujuk antara satu sama lain

Sorang dok cakap pasal SMART tunnel dimana the variables are completely different dari the so called City Canal yang tak buat tu

Sorang lagi dok bebel hasut lah , setan lah (walhal mengaku diri tu atheist & siap kecam Quran 86:6-7) , satu forumn nampak lah , konon2 nak nampak cerdik tapi ciplak catatan forumner lain yang pada awalnya diperlekehkan

Sorang lagi ... tak tau lah apa dia dok bebel

Langsung tak address the issue , soalan asas pon takmo jawab

Dulu sampai sekarang , sama aje
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:19 AM | Show all posts
Edited by axl_bach at 28-12-2021 11:34 AM

Bekas Setiausaha Politik Khalid bidas Najib isu Canal City Selangor

MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
27 Disember 2021 |

Faekah membidas kenyataan Najib yang menyalahkan pentadbiran Khalid sehingga terjadinya banjir di Selangor baru-baru ini.

  
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Projek Canal City atau Bandar Terusan yang diilhamkan pada zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor dibatalkan kerajaan negeri pada 2009 kerana merugikan rakyat dan hanya akan menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, beliau terpanggil untuk memberikan penjelasan bagi menjawab kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya mengenai pembatalan projek terbabit.

Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata, Najib mendakwa projek Canal City yang diilhamkan kerajaan negeri Selangor BN pada 2004 tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (pada ketika itu) pada 2009 adalah punca kepada banjir besar yang kini melanda negeri Selangor.

Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh mantan Abdul Khalid, namun Faekah menegaskan, Ahli Parlimen gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut.

"Beliau (Najib) gagal menghitung 'kerugian' yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. Tidak juga disebut keuntungan besar yang bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan.

"Saya tidak mengharapkan beliau mempunyai maklumat terperinci projek tersebut kerana ia adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri tapi tidak molek bagi YB Pekan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan salah sedemikian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Faekah berkata, Najib memberikan kenyataan palsu kononnya kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM3 bilion bagi melaksanakan projek berkenaan sedangkan ia adalah projek usaha sama antara syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Bagi mengelak YB Pekan serta mereka yang cuba menggunakankan isu ini sebagai sampan ketika mahu menangguk di air banjir dan agar rakyat tidak terus dikelirukan, saya telah menyediakan ringkasan sejarah Projek Canal City berdasarkan maklumat serta fakta di dalam pengetahuan saya," katanya.

Faekah berkata, sejarah Projek Canal City bermula pada 26 Februari 2003 kerajaan BN Selangor telah meluluskan permohonan anak syarikat kerajaan negeri PNSB untuk memajukan Projek Tebatan Banjir (PTB) yang merangkumi keluasan tanah 5,270.72 ekar di Mukim Tanjung Dua Belas dan Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat.

Bagaimanapun, Faekah berkata, berdasarkan kepada kajian yang lebih terperinci, keluasan kawasan PTB yang baharu adalah seluas 4,907.56 ekar selaras dengan Pelan Konsep yang diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor (JPBD).

Beliau berkata, projek tersebut berteraskan ‘Inland Water City’ yang membangunkan terusan air sepanjang 18 km dan Sub-Canal yang menghubungkan Sungai Klang dan Muara Sungai Langat.

"Justeru, pada 23 Jun 2004, kerajaan BN telah meluluskan dua hak milik tanah secara blok kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) iaitu masing-masing seluas 2,176.8 ekar dan 417.5 ekar. Tanah selebihnya seluas 2,301 ekar akan melibatkan pengambilan tanah ke atas lot-lot persendirian dan pemindahan orang asal di kawasan2 terlibat.

"Satu perjanjian ‘Shareholders Agreement’ di antara PNSB dan Radiant Pillar Sdn Bhd telah ditandatangani pada 15 Januari 2004 dengan antara lain satu syarikat usaha sama iaitu Canal City Constructian Sdn Bhd diwujudkan dan mempunyai obligasi seperti termasuklah merekabentuk, membina dan menyiapkan terusan tebatan banjir sepanjang 18 km dengan kos RM 530 juta.

"Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor melakukan pengambilan tanah dengan kos RM430 juta dan memindahkan orang asal Bukit Kemandol dan Tanjung Rabok dengan kos RM180 juta, selain memindahkan setinggan dengan kos RM4.87 juta," katanya.

Sementara itu, obligasi Radiant Pillar Sdn Bhd adalah pertama membangunkan perbandaran baru sekitar terusan seluas 4,907.56 ekar dan membayar pulangan sejumlah RM1.345 billion secara berperingkat dalam tempuh 20 tahun kepada Canal City Construction Sdn Bhd untuk membiayai obligasi syarikat tersebut berjumlah RM 1.28 billion.

"Syarikat berkenaan juga menjamin keuntungan minima berjumlah RM74 juta kepada Canal City Construction Sdn Bhd manakala PNSB akan memperolehi pulangan RM 22.2 juta.

"Melihat kepada terma perjanjian yang tempang dan jelas menunjukkan bahawa projek ini adalah alasan untuk menganugerahkan tanah seluas 5,000 ekar kepada syarikat swasta dengan keuntungan picisan untuk rakyat Selangor maka Tan Sri Khalid telah mengarahkan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS ) melihat semula projek tersebut, mengkhusus kepada penyelidikan sama ada terusan yang mahu dibina akan mampu mengatasi masalah banjir," katanya.

KAJIAN OLEH JPS

Faekah berkata, JPS telah melakukan “Desktop Study” dan hasil laporan telah diserahkan kepada Menteri Besar pada 24 Disember 2008 mendapati takungan air sedia ada yang siap dibina oleh kerajaan adalah mencukupi, tambahan pula peningkatan paras air di Lembangan Sungai Langat akan berlaku berhampiran Jeti Sritamas, Bandar Banting di antara 3cm hingga 5cm.

Tambah Faekah, dapatan daripada kajian merumuskan pembinaan terusan bukan penyelesaian kepada masalah banjir.

"Berpandukan kepada kaji selidik oleh JPS tersebut maka Lembaga Pengarah PNSB pada 1 Jun 2009 telah memutuskan untuk membatalkan Pembinaan Terusan di dalam Projek Tebatan Banjir dan satu Task Force PNSB diwujudkan untuk mengkaji semula keseluruhan cadangan projek dan pembangunan ke atas tanah seluas 5000 ekar tersebut.

"Akhirnya pada 13 Ogos 2010 PNSB telah memutuskan untuk membatalkan projek secara keseluruhan dan menandatangani ‘Termination Agreement’ dengan Radiant Pillar Sdn Bhd dan Canal City Construction Sdn Bhd," katanya.

Justeru, kata Faekah adalah amat jelas, keputusan pembatalan tidak dibuat dengan sembrono, malah telah didokong oleh kajian daripada jabatan kerajaan yang berkenaan.

"Kerajaan negeri juga telah menyediakan pelan jangka panjang untuk menangani masalah air di Selangor iaitu masalah kekurangan bekalan air dan juga masalah banjir.

"Hasil dari pembatalan projek tersebut kerajaan negeri telah mendapatkan semula tanah seluas hampir 2,000 ekar dari syarikat berkenaan yang sebahagiannya merupakan penyelesaian kepada hutang lapuk syarikat berkenaan kepada kerajaan negeri yang gagal dikutip oleh kerajaan BN berjumlah hampir RM400 juta.

"Tidak benar apa yang dikatakan YB Pekan bahawa tanah yang dirampas tersebut telah dijual murah kepada syarikat lain," katanya.

HENTI TUDING JARI, CARI SOLUSI

Sebaliknya, Faekah berkata, PNSB telah mengeluarkan notis 'Request for Proposal' bagi mendapatkan pembida tertinggi bagi membangunkan tanah tersebut dan Syarikat DiJaya telah terpilih.

"Rancangan tersebut dijangka memberi pulangan sejumlah RM1,297 bilion kepada kerajaan negeri berbanding rancangan BN pada 2004 sebanyak RM22 juta (dalam tempuh 20 tahun). Ini bermakna keuntungan lebih seribu kali ganda.

"Berkenaan isu banjir, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid telah memulakan perancangan mitigasi banjir bagi jangka masa 50 tahun bermula dengan pembinaan Horas 600 yang bukan sahaja membantu mengurangkan banjir tetapi juga membekalkan air mentah ketika musim kemarau.

"Seluruh kawasan persisiran sungai telah digazet dan menjadi rizab sungai, tiada sebarang bentuk pembangunan boleh dilakukan," katanya.

Faekah berkata, Selangor juga telah melancarkan River of Life yang antara lain memelihara, memulih dan memastikan bekalan air mentah yang mencukupi dan pada masa yang sama mengelak kejadian banjir.

"Saya meninggalkan pejabat SUK pada September 2014 justeru saya tidak pasti sekiranya semua perancangan oleh Tan Sri Khalid telah diteruskan oleh pucuk pimpinan negeri selepas beliau hingga ke hari ini.

"Akan tetapi, adalah terlalu simplistik dan spekulatif untuk menyatakan bahawa pembatalan Canal City telah menyebabkan banjir besar di Selangor. Apatah lagi tuduhan dibuat tidak berdasarkan kepada laporan jabatan kerajaan yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Faekah berkata, pemimpin masyarakat, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak perlu membuang masa berhujah, menuding jari mahupun mempamerkan aksi-aksi hebat mencuci banjir tetapi hendaklah dengan segera mencari formula jangka panjang mitigasi banjir.

"Doa saya agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi musibah yang amat besar ini," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2021 11:41 AM | Show all posts
HORAS 600 mampu tampung bekalan air mentah musim kemarau
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 27 November 2019


Amirudin (tiga dari kiri) meninjau kawasan projek HORAS 600 di HORAS 600 Jalan Rawang, Kampung Sungai Darah.
A
A
BESTARI JAYA - Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) 600 yang siap sepenuhnya 31 Oktober lalu mampu menampung bekalan air mentah selama 100 hari pada musim kemarau atau jika berlaku pencemaran yang menjejaskan sumber air di Sungai Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, idea pembinaan HORAS itu tercetus apabila Selangor berdepan cuaca panas luar biasa dan pengurangan kadar hujan ketara pada April 2014.



"Keadaan ini menyebabkan paras simpanan air mentah di Empangan Sungai Selangor menurun ke paras 37.88 peratus," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Pembangunan HORAS 600 di HORAS 600, Jalan Rawang, Kampung Sungai Darah di sini.


Amirudin berkata, bagi menangani krisis air di Selangor, kerajaan negeri membuat ketetapan membangunkan HORAS yang menelan belanja RM250 juta bagi kerja pengorekan kolam takungan.

"Sebanyak RM30 juta lagi diperuntukkan bagi kos kerja sampingan perlindungan cerun dan RM26 juta bagi rumah pam," katanya.

Menurutnya, kolam takungan itu dibina di kawasan seluas 211.39 hektar dengan kolam takungan seluas 147 hektar dan kedalaman 23.5 meter mempunyai kapisiti 300 Juta Liter Sehari (JLH).

"HORAS 600 merupakan kolam dwi-fungsi bertujuan menakung aliran air banjir dari Sungai Selangor dan air dari kolam dialirkan keluar ketika aliran rendah bagi menampung keperluan muka sauk," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... entah-musim-kemarau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:52 AM | Show all posts
Harap YB Pekan dpt usulkan perkara Canal City ni di Parlimen...baru menarik nk tgk hujah dari PKR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 11:56 AM | Show all posts
Edited by pasa at 28-12-2021 12:17 PM
axl_bach replied at 28-12-2021 11:52 AM
Harap YB Pekan dpt usulkan perkara Canal City ni di Parlimen...baru menarik nk tgk hujah dari PKR

dah ada duit jual tanah canal city

gi la buat projek canal city yg lain or projek tebatan banjir

benda simple pun tak blh pikir

apa punya JPBD la under PH ni

mahacai dah develop kawasan tanah lepas tu tak ada usaha nak bina infra or fasilitis nak kurangkan impact or risiko pada pembangunan.
sama la macam isu langat dua dengan syabas

zaman PKR tak dapat beli syabas bila air tak ada salah syabas salah UMNO

skg ni PKR dah take over semua syarikat-syarikat air dalam negeri selangor puncak niaga pun dah dapat

tapi sampai skg Selangor ada gangguan bekalan air



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:58 AM | Show all posts
axl_bach replied at 28-12-2021 11:19 AM
Bekas Setiausaha Politik Khalid bidas Najib isu Canal City Selangor

MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI

Dari laporan tersebut :
Mengulas lanjut, Faekah berkata, Najib memberikan kenyataan palsu kononnya kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM3 bilion bagi melaksanakan projek berkenaan sedangkan ia adalah projek usaha sama antara syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri.
Tapi dari post #7
As part of the deal inked earlier with the previous state government, the 1,960ha Canal City involves the flood mitigation project in the form of an 18km-canal linking Sungai Klang and Sungai Langat, estimated to cost around RM745 million. In return, K-Euro gets the land.

Biar betul , Pok Jib (yang kalah rayuan tu) klaim RM3 billion manakala IJM kata RM745 million

Patut lah Pok Jib (yang kalah rayuan tu) & geng dia dari party assobiyyah melompat bila projek tersebut kene kensel

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:01 PM | Show all posts
mahacai kan bodoh sebelum nak buat projek mesti ada modal.

tak ada modal nak bayar projek pakai apa.

waterjet pun beli bila ada modal...lepas tu baru cakap RM 1000 punya rege waterjet mahacai beli
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:04 PM | Show all posts
pasa replied at 28-12-2021 11:56 AM
dah ada duit jual tanah canal city

gi la buat projek canal city yg lain or projek tebatan banjir : ...

Aku seronok jer folo hujah kedua2 pihak...harap Najib (yakni yang kalah rayuan itu) dapat buat gempar di Parlimen berbahas isu Canal City biar berselerak PKR dlm dewan....aku sokong Najib ( yakni yang kalah rayuan itu) dalam isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:05 PM | Show all posts
Edited by axl_bach at 28-12-2021 12:09 PM
sam1528 replied at 28-12-2021 11:58 AM
Dari laporan tersebut :
Tapi dari post #7

Kita tgu plak hujah balas Najib (yakni yang kalah rayuan itu) selepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:09 PM | Show all posts
axl_bach replied at 28-12-2021 12:04 PM
Aku seronok jer folo hujah kedua2 pihak...harap Najib (yakni yang kalah rayuan itu) dapat buat gem ...

betul tu


dah batal tu mengaku je la




Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:13 PM | Show all posts
Maaf soklan nubis, kalau dari sudut research, DESKTOP STUDY ni level kajian yg ke berapa? reliable ka dapatan kajian DESKTOP STUDY nih

Aku kalau medical research aku tau la level dia,ahahahahaha

Ni maklumat gugel pasal DESKTOP STUDY

A study that is carried out purely through research, rather than physical investigations, that is, it can be done sitting at a desk. This may be a preliminary study carried out before more detailed physical investigations are carried out, or it may be a standalone study carried out instead of a physical investigation.

In very general terms, a desk study is likely to be less time consuming and less expensive than a physical investigation. Desk studies can provide an initial understanding of a subject or situation, identify potential risks and inform the detail, scope and methodology of subsequent investigations.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:15 PM | Show all posts
axl_bach replied at 28-12-2021 12:05 PM
Kita tgu plak hujah balas Najib (yakni yang kalah rayuan itu) selepas ni

best tak PRN sarawak PKR hilang semua kerusi DAP tinggal 2

jual lagi project forest city tu bermasalah time nak PRN hari tu



atok sendiri cakap good project kenapa atok rasmikan project bermasalah kasi batal la kalau berani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 12:15 PM | Show all posts
axl_bach replied at 28-12-2021 12:13 PM
Maaf soklan nubis, kalau dari sudut research, DESKTOP STUDY ni level kajian yg ke berapa? reliable k ...

PH dah batal project

tak perlu nak medical research bagai
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:18 PM | Show all posts
pasa replied at 28-12-2021 12:15 PM
best tak PRN sarawak PKR hilang semua kerusi DAP tinggal 2

jual lagi project forest city tu berma ...

Padanlah muka PKR dgn DAp, dah x reti berpolitik..aku kisah apa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:20 PM | Show all posts

Ada sesiapa yg nafi ke projek nih dah batal?

org cuma nk tau data mcm yg ada porumer dok tanya berapa kapasiti air yg sistem terusan nih bleh handle, baru bleh nilai btol ke x dapatan dan tindakan kerajaan PR Selangor dulu tu btol ke x at that time
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:20 PM | Show all posts
kwsn dia sndiri pekan pun skrg banjir..cmno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.332295 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list