CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amansiara11

nak tambah air susu badan , susu lebih berkhasiat

  [Copy link]
Post time 13-4-2012 06:15 PM | Show all posts
Reply 260# kevler


    saya pernah cuba macam-macam pil penggalak susu..mula2 ok..meriah jugaklah susu..tapi lelama merudum jugak production..mungkin sebab kandungan pil tu dah immune dengan badan saya..aper yang saya pegang dari dulu lagi ialah supply and demand..kena kuatkan semangat utk pump..8 minit pun jadilah..yang penting usaha untuk banyakkan production..skrg nie saya maintain more on supplement untuk kesihatan sebab saya percaya ibu yang sihat insyaallah boleh maintainkan production susu..;-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2012 09:25 PM | Show all posts
my baby pun fully Bf lagi..dah 1 tahun 2 bulan...erm,saya tak pernah ambik apa2 produk..cuma saya pastikan saya makan makanan yg berkhasiat,minum susu 2 gelas setiap hari dan juga saya minum collagen untuk kulit saya....setakat ni susu alhamdulillah tak pernah kering..cuma bila kurang minum air susu pun akan kurang...so kena minum air secukupnya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 11:40 AM | Show all posts
NeBuLa posted on 15-4-2012 09:25 PM
my baby pun fully Bf lagi..dah 1 tahun 2 bulan...erm,saya tak pernah ambik apa2 produk..cuma saya pa ...

bula mnum susu brand apa eh? mnum air masak bape liter sehari? nadia bru pas bersalin. ada kadang tu pam susu dpt 2oz je. sedih rasa. tp selalu gak dpt 6-9oz. opah xbg num air byk2 dlm pantang huhu

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2012 02:40 PM | Show all posts
nadia204 posted on 18-10-2012 11:40 AM
bula mnum susu brand apa eh? mnum air masak bape liter sehari? nadia bru pas bersalin. ada kadang  ...

masa dalam pantang dulu saya minum susu kotak dutch lady ja..yg packing biru 250ml tu...sehari 2 kotak..senang sb tak perlu bancuh..lg pun tak simpan peti sejuk pun susu tu..anytime bila nak boleh terus minum..kekadang minum anmum...now anak dah 1 tahun 8 bulan masih bf dan alhamdulillah susu masih banyak...skrg ni saya tetap minum susu hari2,tak kisah susu segar HL ker..anlene ker...minum ja...janji berkhasiat untuk baby...avoid cofffee..kadang jika teringin bolehlaa...erm,awak banyakkan makan sayur juga ok...air 2 liter totally everyday...jika lebih pun takpa..

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2012 10:42 AM | Show all posts
NeBuLa posted on 19-10-2012 02:40 PM
masa dalam pantang dulu saya minum susu kotak dutch lady ja..yg packing biru 250ml tu...sehari 2 k ...

still bf?? waaa congratz!! Erm now nadia mnum susu anmum yg lacta tu. org tua2 ckp mkn sawi byk2 kasi susu kua byk. tp air masak xnum byk sgt sbb tgh pantang kan. opah xbg mnum byk2 huhu. tp kdg2 tu sy mnum gak byk2 ekeke.

any tips bf till now?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 07:49 AM | Show all posts


Khasiat Susu Ibu

Entri kali ini saya akan berkongsi kebaikan susu ibu, di mana kita sedia maklum susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi baru lahir. Berikut antara kebaikan susu ibu.

1. Susu ibu adalah bahan hidup yang mengandungi banyak jenis antibodi.

2. Memberi perlindungan daripada penyakit dan alahan serta menstimulasi sistem imunisasi bayi.

3. Bayi yang meminum susu ibu jarang-jarang terkena jangkitan telinga, penyakit usus.

4. Setiap kuman yang ada dalam badan ibu akan meransang penghasilan antibodi spesifik yang disampaikan kepada bayi melalui susu ibu. Jadi, walaupun ibu sakit, anak jarang-jarang mengalami sakit yang sama atau hanya jangkitan ringan sahaja.

5. Susu ibu mengandungi fragmen virus yang tidak boleh direplikasi . Ianya memberi ransangan antibodi dalam bayi yang memberi perlindungan sebelum bayi tersebut terdedah kepada agen aktif sekaligus meningkatkan tahap tindak balasnya kepada virus berkenaan.

Ibu juga harus menjaga pemakanan dan kesihatan untuk memberi makanan yang terbaik untuk bayi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2013 07:58 AM | Show all posts
Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Berikut adalah nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein

Bayi memerlukan protein yang banya untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat setiap hari.

Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusu bayi dan mengambil Vitamin C menunjukkan khasiat Vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusu bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit , gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Complex

Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk hormon pengeluaran hormon, pembentukkan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan Vitamin B Complex untuk menberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak.

Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti Vitamin K, A, B1, B6, C, Kalsium, Zinc dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 01:26 PM | Show all posts
malas nak beklog thread...

mcm mana mummies menyusu badan dalam keadaan berpuasa?keluaran susu mcm seperti biasa atau kurang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2013 08:27 AM | Show all posts
salam mommies

anak saya ad g6pd. nak banyakkan susu so terigin la nak beli shaklee tu. tp shaklee tu contain soya kan? so xjd nak beli. sebab g6pd xleh mnum soya, tempe tauhu sume kekacang pun. so skg sy tgh try longan and red dates mintak2 bertambah susu. ada sesape anak dia g6pd x? camne korang bykkan susu eh? share plissss. thnkss..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 12:29 PM | Show all posts
alhamdulillah, short term target nak bf baby exclusive sampai 6 months dah 99% tercapai. less than a week anak akan masuk 6 months and akan start dgn solid food pula.

i jumper my trigger foods utk tambahkan air susu....makan alfalfa mcm ulam dgn nasiik panas. air susu meriah boleh sampai 150z - 20oz per session. dulu 7-8oz ajek.

lelain....minom air kosong 3l per day, minom susu and makan makanan seimbang. nasik, ikan, sayur mesti cukup. i dont skip meals breakfast, lunch & dinner. i found, salmon pon kasik susu meriah. lps makan, bila pump sure lebat.

and then, every 3-4 hours kalau tak direct feeding, i akan pump out milk. breastfeeding mmg tak mudah dan memenatkan. but the moment u have establish the routine and get into the system, insya allah....the rest will follow thru..and its soooo worthy! mcm self victory gitewww.....

empty your breast often, nanti susu makin byk. and besides makan makanan berkhasiat, hati kena gembira dan tenang...dont stress stress....kalau output sket pon, bersyukur dan bertekad to do better next time.....i pnh susu 2oz, sedih....tp berjanji dlm hati utk jaga diri lebe baik so i can produce better milk for my baby....

caiyok all mommies!

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 12:16 PM | Show all posts
kalo tak lalu mkn alfalfa cam tu aje, buat sandwich telur, letak sekali ganti salad, tak la terasa sangat ke'rumput'an dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2013 12:19 PM | Show all posts
milk maid tea brand earth mama angle baby pun boleh ransangkan susu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2013 04:49 PM | Show all posts
minumlah susu halib s..in sha Allah air susu akan lbh berkhasiat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2013 05:11 PM | Show all posts
tina^^ posted on 17-2-2013 12:29 PM
alhamdulillah, short term target nak bf baby exclusive sampai 6 months dah 99% tercapai. less than a ...
makan alfalfa mcm ulam dgn nasiik panas. air susu meriah boleh sampai 150z - 20oz per session. dulu 7-8oz ajek.
mana dapat alfalfa nie??

ai dah pusing satu bandar carik alfalfa tak jumpa

tapi tadi ai pegi kedai jamu, beli ASI produk Atika beauty..manis nya Ya Allah

baru try ari nie..harap2 bertambahlah susu...baby baru nak masuk 6 bulan..tu pun selang seli dgn FM..sekali pump dapat 2 oz jer..

lagi satu, nak tnya, tgh kita BF nie, leh diet ker??adakah ai try nak exercise and diet menyebabkan production susu ibu merudum??
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:23 PM | Show all posts
leylapple posted on 10-3-2013 05:11 PM
mana dapat alfalfa nie??

ai dah pusing satu bandar carik alfalfa tak jumpa

bukan ke bf salah satu kebaikannya dpt turunkan berat bdn?

adc mkn habbatus sauda je apple. alhamdulillah..sekali pump dptla 7-8oz


Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2013 04:39 PM | Show all posts
akudancinta posted on 12-3-2013 04:23 PM
bukan ke bf salah satu kebaikannya dpt turunkan berat bdn?

adc mkn habbatus sauda je apple. alh ...

habbatus sauda nie sejenis makanan berbotol ker mcm mna?

ai tgh amalkan atika beauty ASI..dalam nya ada kandungan habbatus sauda...tapi mcm tak bertambah jer susu...tadi pam tak sampai pun 1oz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 09:49 AM | Show all posts
leylapple posted on 12-3-2013 04:39 PM
habbatus sauda nie sejenis makanan berbotol ker mcm mna?

ai tgh amalkan atika beauty ASI..dalam ...

bukan makanan apple..dia dlm bentuk kapsul..berbotol jugak
adc beli yg habbatus sauda campur dgn minyak zaiton skali. beli kt kedai arab
apple kerap pump x?

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:00 AM | Show all posts
akudancinta posted on 13-3-2013 09:49 AM
bukan makanan apple..dia dlm bentuk kapsul..berbotol jugak
adc beli yg habbatus sauda campur dgn  ...

kalo weekday, 2 kali pump..kol 10am dgn kol 2pm....sebab sebelum antar baby ke rumah penjaga dah siap2 bf dia....

tapi skrg nie betul2 merudum...

nanti nak try gak carik habbatus sauda nie kat kedai jual jamu kat sini....selalu bila tnya2 diorang kata tak da supplement utk tambah susu ibu..yang ASI atika beauty nie pun sebab baca dalam forum nie jugak....

lagi satu, kalo mommy yang bf baby, blh berpuasa tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 11:28 AM | Show all posts
leylapple posted on 13-3-2013 10:00 AM
kalo weekday, 2 kali pump..kol 10am dgn kol 2pm....sebab sebelum antar baby ke rumah penjaga dah s ...

cik apple.....try cari fenugreek pill. for me alhamdullilah......dr 0 stock, dah boleh buat stock le sekarang. even suggested kt opis mate yg betul2 susu merundum pun,dia dah boleh menyusukan baby dia balik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 11:37 AM | Show all posts
edaz72 posted on 13-3-2013 11:28 AM
cik apple.....try cari fenugreek pill. for me alhamdullilah......dr 0 stock, dah boleh buat stock  ...
fenugreek pill
nie blh dapat kat mana2 farmasi ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058901 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list