|
cantiknya TZ... cutenya mia ni.
hijau88 Post at 23-7-2010 20:55 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
kan? sgt adorable.. |
|
|
|
|
|
|
|
oohh khabir aku memang gile dengan file ko!!! sangat2 best...... tak rugi aku bayar rm10 ke berapa ke sebab tgok filem arahan kabir ni |
|
|
|
|
|
|
|
bile nk kuor panggung neh? ker iolsss ketinggalan ketapi? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabor...NKTM...
![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagus....
pengarah mcm ni lah kita kenal
very careful in directing
cth: die tunggu time "padi ...
dauswq Post at 25-7-2010 03:05 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
sabar2 ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
semua paper kluar citer nktm hr ni...tiz n remy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiz, Remy sudah penat layan gosip Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
KEHEBATAN cinta Laila & Majnun atau Romeo & Juliet diperkatakan orang sejak dulu lagi. Kini pada alaf baru, muncul sepasang kekasih, Adam dan Nur Amina melalui siri Nur Kasih yang mencetus fenomena hingga mencatat 4.3 juta penonton ketika ditayangkan di TV3 dari 29 Mei hingga 27 November tahun lalu.![](http://www.hmetro.com.my/articles/Tiz_Remysudahpenatlayangosip/pix_middle)
Jika dua pasangan itu tidak dapat hidup bersama kerana dipisahkan maut, Adam dan Nur Amina pula berhadapan satu demi satu cabaran dan dugaan hidup. Walaupun penghujung siri itu Adam dan Nur Amina dipertemukan kembali, bagaimana agaknya perjalanan hidup mereka selepas itu apabila dipertemukan di layar perak melalui filem Nur Kasih?
Apakah filem arahan Kabir Bhatia yang diangkat daripada drama bersiri 26 episod itu menyaksikan mereka hidup bahagia hingga akhir hayat atau terus berhadapan cabaran lebih besar? Ini kerana jalan ceritanya adalah kesinambungan perjalanan hidup mereka, lapan tahun selepas penamat drama bersiri.
Apakah Adam dan Nur Amina mampu hidup bahagia selepas melalui pelbagai dugaan sebelum ini? Walaupun pengarahnya cuba merahsiakan jalan cerita filem ini sebagai tarikan kepada penonton ke panggung apabila ia ditayangkan di pawagam awal tahun depan, terpacul juga 'rahsia besar' apabila dikatakan ada babak kemalangan kereta api ketika di Jordan.
Apakah Adam dan Nur Amina mengalami kecederaan teruk seperti hilang ingatan hingga mereka 'berpisah' lagi? Ini ditambah pula kehidupan Aidil (Fizz Fairuz) bahagia bersama dua anak, Ilyas dan Mariam sedangkan Adam dan Nur Amina tidak ada anak. Apabila ditanya mengapa pasangan itu tiada anak, Kabir sekadar tersenyum.
Ketika bertemu dua bintang utama filem ini, Remy Ishak, 28, dan Tiz Zaqyah, 21, di lokasi filem ini di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Khamis lalu, mereka turut ditanya bagaimana perjalanan hidup mereka dalam filem Nur Kasih. Kedua-duanya meminta maaf kerana tidak boleh bercerita lebih lanjut mengenai jalan ceritanya.
Kata Remy, dia sememangnya ingin sangat berkongsi jalan cerita Nur Kasih yang disifatkannya cukup menarik. Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan berbuat demikian.
"Pengalaman berlakon filem dan drama bersiri memang jauh berbeza kerana kali ini dengan skala lebih besar dan watak lebih berat. Begitu juga penggambaran di Jordan cukup mencabar bukan saja kerana bekerja di negara orang malah masalah cuaca."Ketika penggambaran di padang pasir, kami berhadapan ribut pasir hingga sukar menjalani penggambaran. Ramai kru jatuh sakit. Selain masalah cuaca, cabaran lain bekerja di negara orang yang berbeza budaya. Lebih-lebih lagi Jordan yang tidak mempunyai industri filem hingga sukar untuk mereka memenuhi keperluan kerja di lokasi.
"Kalau boleh, memang saya seronok sangat berkongsi jalan ceritanya. Apa yang boleh saya katakan, saya seronok sangat dapat berlakon dalam filem ini kerana jalan ceritanya yang menarik. Ia dijangka merentap emosi penonton dari awal hingga akhir cerita," katanya.
Filem Nur Kasih memulakan penggambaran 20 Jun lalu di lokasi sama selama empat hari sebelum berlepas ke Jordan selama 10 hari. Selepas kembali ke tanah air 5 Julai lalu, penggambaran diteruskan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kembali ke Tanjung Karang. Babak akhir dilakukan di Kuala Lumpur.
Remy dan Tiz juga menjadi tumpuan kerana kontroversi membabitkan cerita peribadi mereka sebelum ini. Jika Tiz menggemparkan peminat dengan dakwaan Fasha Sandha menuduhnya cuba merampas kekasihnya, Rizal Ashram atau Jejai, Remy pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hidup Maya Karin dan suami.
Pasangan itu berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan pernikahan mereka 7 Julai lalu kemudian bercerai pada 16 Julai. Mereka pernah digandingkan bersama dalam filem Anak Halal dan teater Natrah dan terbaru, dipertemukan lagi dalam filem Cun.
Tidak cukup dengan itu, bintang Anak Halal dan Arjuna ini dikatakan mula 'demand' sejak dikenali dan menang anugerah Pelakon Drama Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009,
Kata Tiz, sebolehnya dia tidak mahu bercerita lagi perkara itu kerana segalanya sudah selesai sebelum memulakan penggambaran Nur Kasih. Tiz juga sekadar tersenyum mengenai kemunculan dirinya dan Fasha dalam satu iklan pelangsingan badan sebaik saja tercetusnya kontroversi itu.
"Segala-galanya sudah selesai dan tidak perlu diungkit lagi. Saya juga tidak bertemu atau bercakap dengan Fasha selepas isu itu kerana sibuk dengan penggambaran filem ini.
"Apa yang boleh saya katakan ialah kejadian itu membuatkan saya serik dan lebih berhati-hati berkawan. Bukan bermakna saya serik berkawan dengan artis tapi seperti nasihat bapa saya, berhati-hati apabila berkawan," katanya.
Apabila ditanya apakah Tiz sedia berlakon dengan Fasha dalam filem atau drama, gadis kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Oktober 1988 itu sekadar memberi jawapan selamat, bergantung kepada cerita. Fasha dan Tiz pernah digandingkan dalam siri Spa Qistina dan mereka berkawan selepas itu hinggalah tercetus kontroversi berkenaan.
Anak bongsu daripada dua beradik dan tinggal bersama keluarga ini mengakui keluarga sering memberi nasihat dan mengingatkan dirinya supaya berhati-hati dalam pergerakan. Katanya, mereka juga tidak menghalangnya terus berlakon kerana itu minatnya sejak dulu.
Kata Tiz, penampilan bertudung dan watak baik sebagai Nur Amina tidak pernah membuat dirinya tertekan sebaliknya menganggap ia sesuatu yang baik. Cuma buat masa ini dia belum bersedia tampil begitu, tetapi cuba berubah menjadi lebih baik.
"Penampilan saya kali ini dengan gaya tudung berbeza sesuai dengan perjalanan hidup Nur Amina selepas lapan tahun. Kali ini Nur Amina lebih tabah dan kuat kerana berhadapan cabaran lebih besar dalam hidupnya. Tidak banyak babak menangis, tetapi penonton bakal bersimpati dengan nasibnya," katanya.
Remy juga enggan mengulas lanjut gosip dirinya dengan Maya apatah lagi selepas perceraian Maya. Katanya, dia tidak bertemu atau berhubung dengan Maya selepas perceraiannya kerana sibuk berlakon.
"Saya juga kesal kalau dikatakan mula jual mahal. Saya sedih sangat kerana saya tidak begitu. Bayaran yang saya minta sebelum dan selepas menang anugerah juga sama. Cerita itu tidak benar dan ia tidak baik untuk kerjaya saya kerana boleh menjejaskan periuk nasi saya.
"Saya ingin memberi sepenuh tumpuan kepada kerja sekarang kerana mahu menyara keluarga. Saya dari keluarga susah dan tiada kelulusan tinggi. Dulu saya hanya kerja hotel sebagai waiter dan kini saya melihat lakonan memberi peluang besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehebatan lokasi terpancar di filem Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/07/26
APABILA berada di lokasi penggambaran filem atau drama, tentulah memberi kenangan lebih manis apabila menontonnya di panggung atau kaca televisyen. Itulah yang saya rasai sebaik saja tiba di lokasi filem Nur Kasih di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Khamis lalu. Rumah kampung dua tingkat di tengah sawah padi itu masih segar lagi dalam ingatan ketika menonton siri Nur Kasih yang disiarkan di TV3 dari 29 Mei hingga 27 November tahun lalu. Ia adalah rumah Datuk Jalaluddin Hassan dan Liza Othman bersama anak-anaknya, Remy Ishak dan Fizz Fairuz kemudian turut dihuni Tiz Zaqyah.
Kini apabila drama yang mencetuskan fenomena mencatat jumlah penonton paling tinggi (4.3 juta) diangkat pula ke filem, rumah milik Juri Tumijan itu sekali lagi menjadi tumpuan lokasi. Ia menjadi lokasi pembukaan pada 20 Jun dan juga diakhiri di sini pada 24 Julai lalu manakala selebihnya di Kuala Lumpur untuk beberapa babak membabitkan kesan khas seperti kemalangan kereta api.
Selain Tanjung Karang, filem ini turut menjalani penggambaran di Jordan selama 10 hari. Ingatkan dapatlah melihat penggambaran filem di Jordan seperti janji produsernya sebelum ini kepada Harian Metro, namun kerana kekangan bajet, nampaknya sekadar meninjau ke lokasi di sini saja.
Sebelum ini saya berpeluang mengikuti penggambaran filem Mendam Berahi di Manila, Filipina dan Mr Cinderella 2 Di Chrischurch, New Zealand tetapi nampaknya melopong sajalah hendak ikut kru filem ini ke Jordan. Sekadar mendengar cerita pengalaman mereka sepanjang berada di sana dari 25 Jun hingga 5 Julai. Antara lokasi menarik, pemandangan indah di Petra yang pernah dipaparkan dalam banyak filem Hollywood seperti Indiana Jones.
Khabarnya, bukan mudah untuk kru sampai ke sana kerana perlu berjalan kaki sejauh empat kilometer kerana kenderaan tidak boleh menghampiri kawasan yang menjadi tarikan pelancong itu untuk mengekalkan keasliannya. Selama tiga hari di padang pasir, mereka juga mengalami cabaran ribut pasir dan keadaan kering hingga ramai kru jatuh sakit.
Baru-baru ini, saya menyaksikan filem Angels & Damon di Astro. Sebelum ini, saya tidak melepaskan peluang menyaksikan filem lakonan Tom Hanks ini di panggung tetapi ketika itu tidak cukup menghayati jalan ceritanya kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke Rom, Itali yang menjadi lokasi filem itu. Tapi selepas berpeluang ke sana pada Jun lalu, segalanya kembali terbentang di depan mata apabila jalan ceritanya banyak berkisar mengenai tempat menarik di Rom seperti The Vatican City bersama gereja St Peter, Piazza del Popolo, Trevi Fountain dan Castel Sant' Angelo.
Filem sebelumnya, Da Vinci Code juga lebih seronok ditonton bagi mereka yang sudah berpeluang ke Paris kerana dipaparkan tempat menarik di sana. Walaupun jalan ceritanya agak sukar difahami, dapat juga mengimbau semula kenangan manis ketika berkunjung ke sana.
Itulah kehebatan filem, kalau tidak pernah menjejakkan kaki ke lokasi itu, dapat juga melihat kehebatannya di layar perak. Banyak lagi kehebatan tempat penting dipaparkan dalam filem seperti Taj Mahal di India, piramid di Mesir, Tembok Besar China dan kota romantik Venice.
Rasa tidak sabar pula menonton Nur Kasih kerana sentuhan Kabir Bhatia tidak pernah mengecewakan seperti Cinta, Sepi dan Love. Tapi saya tidak berkesempatan menyaksikan Setem. Nur Kasih pula diangkat daripada drama bersiri yang mencetuskan fenomena dengan jumlah penonton tertinggi. Bagaimana agaknya kehebatan cinta Adam dan Nur Amina lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah yang sebelum ini menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan hingga membuatkan penonton menitiskan air mata? Seperti dapat menduga keinginan penonton mahu tahu bagaimana jalan cerita filem ini, Kabir mengambil tindakan untuk merahsiakannya. Mungkin sebagai langkah berjaga-jaga apabila sebelum ini ada pihak menyebarkan jalan cerita bersirinya episod demi episod di Internet, hingga ramai yang tahu penamat cerita. Ramai juga mengeluh tidak berminat untuk terus menonton sirinya.
Filem diterbitkan Primeworks Studios bersama Filmscape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd ini dijangka untuk tayangan Februari atau Mac tahun depan. Pada mulanya, ia disasarkan untuk tayangan Disember tetapi nampaknya produser perlu akur dengan giliran kerana banyak filem sudah siap berbaris menanti tayangan. Daripada mengejar waktu tayangan pada Disember, agaknya lebih baik Kabir fokus dengan pembikinannya bagi memastikan filemnya ini hebat. Lebih baik begitu daripada berkobar-kobar hendak menyiapkan filem untuk ditayangkan segera di panggung tetapi akhirnya tidak tayang-tayang juga kerana macam-macam langkah perlu diambil sebelum filemnya boleh ditonton. Ada filem itu dikatakan ulang-ulang babak sama untuk memanjangkan cerita. Ada juga yang bimbang filemnya tidak mendapat sambutan hingga diperap sekian lama walaupun sudah lama siap. Contoh terbaik, filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang ditayangkan tahun lalu selepas empat tahun siap. Tapi sayangnya hanya mencatat kutipan RM29,000.
Ada filem sudah lama siap atau mendapat publisiti besar-besaran ketika memulakan pembikinannya dulu tetapi hingga kini belum lagi ditayangkan. Tidak semuanya indah mengenai dunia filem ini tapi masih ramai yang berminat memasuki industri ini kerana kerlipan glamornya. |
|
|
|
|
|
|
|
cutenya Mia...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
credit to: kosmo online.
Remy tidak berhubung dengan Maya
Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
BUKAN sahaja kerana bakat serta tuah mempopularkan aktor Remy Ishak, bahkan gosip hubungan rapatnya dengan aktres jelita Maya Karin turut menjadi bualan.
Justeru, apabila aktres itu sah bercerai dengan suaminya pada 16 Julai lalu, gosip antara Remy dan Maya kembali hangat.
Bertemu dengan Remy baru-baru ini di lokasi penggambaran filem Nur Kasih di Kampung Gulang Gulang, Tanjung Karang, Selangor, Remy tidak mahu gosip itu dipanjangkan.
Malah, Remy juga menegaskan meskipun Maya telah bercerai hubungannya dengan Maya masih kekal sebagai rakan tidak lebih daripada itu, malah, sejak itu mereka tidak berjumpa atau berhubung melalui telefon kerana terlalu sibuk.
"Saya tidak hubungi atau jumpa dengan dia selepas dia bercerai. Sebelum ini kami rapat sebab terlibat dengan produksi yang sama tetapi sekarang saya sibuk dengan kerja saya dan tidak ada masa nak ambil tahu hal orang lain.
"Kalau tengok jadual saya, sebelum ini tiga bulan saya terperap dalam hutan kerana penggambaran drama Arjuna, sekarang sibuk dengan filem Nur Kasih pula," katanya yang bekerja dengan Maya dalam filem Cun, Anak Halal dan teater Natrah.
Tambah Remy, cukup-cukuplah gosip yang mengaitkan mereka berdua sebelum ini kerana fokusnya kini hanya pada kerjaya sahaja.
"Sudah-sudahlah, saya tidak mahu komen mengenai kes penceraian Maya kerana saya tidak terlibat dalam urusan peribadi dia," akuinya sedih dengan gosip yang mengaitkan dirinya.
REMY ISHAK memohon jasa baik khalayak agar menghentikan spekulasi kurang baik tentang hubungannya dengan Maya Karin. Mereka hanya sahabat dalam industri.
Ditebak lagi, tidakkah Remy menghubungiMaya untuk memberi kata semangat tambahan pula mereka diuruskan oleh syarikat pengurusan yang sama iaitu Satu Entertainment.
"Memang kami tidak berjumpa langsung, walaupun berada di bawah pengurusan yang sama. Saya jarang ke pejabat pengurusan. Kalau berurusan pun melalui pengurus saya sahaja.
"Mengenai beri kata semangat itu, tidaklah. Sebabnya saya tidak lagi berhubung dengan dia. Saya tidak mahu komen panjang-panjang, hanya doa yang terbaik untuknya," tutur jejaka berkulit sawo matang itu lagi.
Jadi rebutan
Jika dibandingkan kejayaan dan populariti yang dimiliki aktor berusia 28 tahun itu dengan aktor seangkatan dengannya, langkah Remy dilihat lebih jauh dan lebih lincah.
Masa yang diambil untuk mengumpul kejayaan juga tidak lama. Tahun ini, genap empat tahun usia penglibatannya dalam industri seni.
Seiring dengan waktu ramai aktor senior dan penerbit meletakkan Remy di tangga teratas dalam senarai pilihan mereka sebagai pelapis baru hero filem dan televisyen tempatan.
Berwajah Melayu klasik, berbadan sasa dan penuh karisma antara ciri yang melayakkan Remy berada di tangga teratas populariti dan kualiti seseorang aktor.
Hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas pujian yang diberi, terpikul di bahunya satu beban yang cukup berat untuk ditanggung.
"Saya tidak tahu nak cakap macam mana kerana itu pilihan mereka bukan saya. Terima kasih banyak-banyak tetapi dalam pujian itu saya masih perlu banyak belajar supaya menjadi lebih baik.
"Rasa terbeban pun ada juga kerana apabila orang meletakkan harapan yang tinggi saya perlu memaksa diri supaya tidak gagal.
"Bagi saya ramai aktor yang lain juga bagus tetapi mungkin sudah rezeki saya sekarang ini, jadi bila peluang sudah diberikan saya harus gunakan sebaik mungkin," ucapnya dalam senyuman.
REMY dan Fizz Fairuz turut terbabit dengan babak menunggang unta sewaktu penggambaran dijalankan di Jordan.
Luah Remy lagi, kerana kehidupan yang sukar sebelum dia bergelar pelakon dan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung daripada empat adik-beradik membuatkannya bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.
"Sebelum jadi pelakon, saya bekerja sebagai pelayan di hotel. Gaji pun tidak besar mana, jadi apabila rezeki saya ada dalam dunia lakonan, saya ingin kumpul duit sebanyak mungkin untuk menanggung keluarga dan mengumpul aset untuk masa depan.
"Walaupun nak cari duit, saya tetap amalkan ambil satu kerja dalam satu-satu masa supaya tidak kelam-kabut," katanya jujur.
Larut dalam emosi Adam
Watak Adam yang dilakonkan dalam drama bersiri Nur Kasih benar-benar memberi impak yang cukup besar buat Remy dan watak-watak yang lain dalam drama itu seperti Fizz Fairuz sebagai Aidil, Sharifah Sofea (Katrina), Tiz Zaqyah (Nur Amina) dan Ayu Raudah (Alia) apabila ia ditonton sebanyak 4.3 juta penonton setiap minggu.
Kini, ramai yang menantikan filem Nur Kasih yang masih dalam pembikinan dan dijangka masuk pawagam sekitar Mac tahun hadapan.
Bercerita lanjut mengenai watak Adam dalam filem Nur Kasih, perasaan teruja mula dilontarkan Remy dan menyifatkan watak Adam antara watak yang banyak bermain dengan emosi.
"Cabarannya lebih besar dan konfliknya lebih rumit. Bab watak tiada beza kerana filem ini kesinambungan daripada drama, cuma apa yang boleh cakap penonton akan menangis bila menonton.
"Saya sendiri bila baca skrip pun sudah tersentuh, memang hasil tangan penulis skrip Mira Mustafa dan pengarah Kabir Bhatia cukup baik," katanya yang mengunci mulut mengenai jalan cerita dan pengakhiran filem Nur Kasih.
Disoal tentang cabaran, Remy menjelaskan penggambaran filem Nur Kasih selama 10 hari di Jordan benar-benar menguji daya ketahanan dirinya. Meskipun itu kali kedua dia berada di Jordan, bekerja di luar negara cukup berbeza dengan negara sendiri.
KESUDAHAN cinta Nur Amina (Tiz Zaqyah) dengan Adam (Remy Ishak) masih enggan diumumkan.
"Cuaca di sana panas terik tetapi angin sejuk, siangnya lebih lama tetapi bila malam kami menggigil kesejukkan. Ada krew yang sakit teruk sebab tidak biasa dengan cuaca.
"Bab makan pun saya tidak biasa jadi saya hanya banyak makan roti sahaja. Kulit kering dan bertambah gelap walaupun saya pakai losen pelindung matahari yang paling tinggi pelindungannya," katanya dalam tawa.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0726/Kosmo/Hiburan/hi_01.4.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
credit to: utusan online.
Enggan dikait dengan Maya
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
[email protected]
Gambar MOHD. IZWAN ZAINAL
SIBUK... Remy (kanan) dan Tis Zaqiyah kini giat menjalani penggambaran filem Nur Kasih.
KEINTIMAN pelakon kacak, Remy Ishak, 28, dengan aktres popular, Maya Karin sebelum ini dikatakan menjadi punca penceraian aktres tersebut dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah.
Keakraban mereka itu sering diperkatakan pihak media mahupun para peminatnya.
Setelah penceraian Maya dan suaminya disahkan pada 16 Julai lalu, penggiat media mula mendapatkan komen Remy namun dia gagal dihubungi.
Ketika mengunjungi lokasi penggambaran filem Nur Kasih baru-baru ini di Tanjung Karang, Kuala Selangor, media menemui Remy untuk mendapatkan reaksi pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular itu.
Menurut Remy, sikapnya yang berhati-hati tatkala menjawab soalan wartawan ketika diajukan hal berkaitan Maya menyebabkan isu itu dipanjangkan oleh sesetengah pihak.
Katanya, dia bukannya ingin mengelak, cuma itu menunjukkan dia tidak tahu menahu atau terlibat dengan isu keretakan rumah tangga bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu.
"Kami rapat pun disebabkan kami diuruskan oleh pengurusan artis yang sama.
"Hubungan kami hanya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Kami berjumpa pun jika ada majlis yang melibatkan kami berdua.
"Selain itu, kami memang jarang berjumpa. Malahan selepas penceraiannya disahkan, khabar Maya pun saya tidak berkesempatan untuk tahu apatah lagi untuk bertemu dengannya," jelasnya yang sibuk dengan penggambaran filem Nur Kasih.
Remy dan Maya kini diuruskan oleh Satu Management Sdn. Bhd. Namun, menurutnya, ia tidak bermakna mereka berpeluang untuk selalu berjumpa.
"Sudahlah, saya tak mahu diri saya dikaitkan dengan Maya lagi. Saya berlakon hanya untuk mencari rezeki untuk diri dan keluarga saya," jawab Remy tegas.
Walaupun ada cerita kurang enak yang sampai di telinganya, jujur dia menjawab, semua itu adalah di luar jangkaan.
"Memang saya tidak boleh menjangkakan apa yang bakal berlaku dalam kehidupan saya.
"Tujuan saya berlakon hanyalah untuk cari makan. Saya tidak pernah bersedia untuk menghadapi gosip sebegini.
"Melainkan kalau saya benar-benar melakukan kesilapan. Barulah saya tahu nak jawab," luahnya.
Hubungan Remy dan Maya dikatakan telah mula akrab sejak sama-sama terbabit dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima, November tahun lalu.
Ia ditambah pula apabila kemesraan mereka dilihat ketika hadir memeriahkan Anugerah Bintang Popular di Genting Highlands April lalu.
Pengganti Rosyam Nor?
Adat menjadi pelakon popular dan diminati ramai, aktor tampan itu ketika ini tidak menang tangan menerima tawaran berlakon.
Terbaru, dia akan membintangi sebuah telemovie sempena Aidilfitri yang bakal diarahkan oleh sutradara Erma Fatima.
Tidak ketinggalan, Remy juga sedang mengadakan perbincangan lanjut berhubung tawaran membintangi sebuah filem epik.
Biarpun enggan menjelas lanjut mengenai tawaran yang sudah lama dinantikannya, Remy akan mengumumkannya andai keputusan dicapai.
Beruntungnya Remy pada usia 28 tahun, dia membina kemasyhuran yang bukan sedikit.
Apatah lagi dalam iklim industri perfileman tanah air yang ketandusan pelakon lelaki yang memiliki karisma, kemampuannya diyakini ramai.
Pendek kata, Remy boleh ditabal sebagai aktor muda yang berjaya dalam waktu singkat.
Namun, apa yang membuatkan dia bimbang dan gusar apabila ada yang berpendapat, dia sudah berada di kemuncak kerjaya.
"Saya tidak mahu dianggap berada di kemuncak kerjaya. Sebaliknya, saya harus mengakui, kehidupan saya hari ini amat stabil. Tidak ada sebarang rungutan.
"Apa yang penting saya mahu bekerja keras untuk mencapai banyak lagi keinginan saya dalam bidang seni," tegas Remy.
Remy pada perbualan itu juga hanya mampu terdiam seketika kala ditanya reaksinya mengenai pandangan sesetengah pihak yang dia bakal pengganti Rosyam Nor.
"Saya tidak tahu untuk memberi reaksi yang bagaimana pada pandangan itu. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih yang bercakap begitu. Pada saya, itu satu tanggungjawab yang besar, bukan satu perkara yang perlu dibanggakan," jelasnya mengakhir perbualan.
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/0726/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by hijau88 at 26-7-2010 20:35
credit to: bharian online.
Cukuplah!
Oleh Hanisah Selamat
2010/07/26
![](http://www.bharian.com.my/articles/Cukuplah_/pix_gal0)
Tiz Zaqyah tidak mahu panjangkan cerita kontroversi dengan Fasha
SESEKALI tawa kecil Tiz Zaqyah kedengaran tatkala diusik kontroversi yang dikaitkan dengannya, baru-baru ini.
Cukup-cukuplah..., ujar gadis yang baru menginjak 21 tahun itu lagi sambil tersenyum apabila terus diasak dengan soalan nakal.
Baginya, baik isu Fasha Sandha mahu pun Rizal Ashram Ramli, tiada yang perlu dijelaskan lagi kerana tidak mahu memanjangkan isu berkenaan apatah lagi di kala ini tumpuannya lebih terarah kepada penggambaran filem Nur Kasih yang diangkat ke layar perak.
Manis mengenakan persalinan merah jambu dan putih dengan padanan tudung rona senada, Tiz yang ditemui di set penggambaran filem Nur Kasih di Kampung Sawah Sempadan Tanjung Karang, seakan-akan sudah maklum persoalan yang mahu diajukan media.
Saya bukan mahu mengelak, tetapi janganlah panjangkan lagi isu berkenaan. Lagi pun semuanya sudah saya jawab sebelum bertolak ke Jordan tempoh hari. Cuma yang boleh saya katakan, kehidupan saya masih seperti biasa - bekerja dan bekerja, katanya dengan terus senyum saja.
Dijolok sama ada rentetan isu itu menyebabkannya serik berkawan rapat dengan rakan artis, Tiz yang tetap tenang melerai setiap persoalan menganggap tiada sebab untuknya skeptikal terhadap orang lain termasuk teman sealiran hanya disebabkan isu sebegitu.
Katanya, perkara sama mungkin berlaku kepada orang lain cuma disebabkan dirinya figura masyarakat, cerita seperti itu mengundang perhatian ramai malah akuinya lagi, perkara yang berlalu menjadi pengajaran paling berharga.
Tidak guna melatah tak tentu hala. Lebih baik saya tumpukan pada kerja dan kerjaya. Namun jika saya perlu bergandingan dengan Fasha (Sandha) dalam sesebuah produksi dan kebetulan skripnya bagus, saya tidak akan menolak tawaran itu.
Saya tiada masalah bekerjasama dengannya, itu pun jika tawaran memerlukan gandingan kami. Apa pun soal dia bersedia atau sebaliknya, terpulanglah kepada yang empunya diri, jelas Tiz lagi apabila ditanya sekiranya ditawarkan bergandingan dengan Fasha Sandha.
Ungkap gadis bermata bundar itu yang kelihatan tenang saja melayan pertanyaan media, kesibukan di lokasi penggambaran filem Nur Kasih di bawah garapan Khabir Bhatia yang turut dilakukan di Jordan membuatkan dia lupa terhadap perkara lain, apatah lagi perlu memenuhi tuntutan watak Nur Amina yang perlu bermain emosi.
Nur Amina ajar erti kesabaran
Berbeza dengan versi drama, Tiz menganggap Nur Amina yang bakal muncul di layar perak pada Mac 2011 dikatakan lebih tabah menghadapi dugaan biar berdepan segala macam rintangan.
Nur Amina mengajar saya erti kesabaran malah syukur sepanjang penggambaran, kesihatan saya terjaga walaupun ramai dikalangan krew dan pelakon kurang sihat disebabkan keadaan cuaca panas kering tidak menentu.
Cuma pengalaman yang agak menakutkan mungkin disebabkan petugas keselamatan yang menjaga produksi sentiasa memegang senjata selain berdepan dengan ribut pasir hingga semua terpaksa berkurung dalam kenderaan lebih daripada tiga jam, imbasnya.
Banyak mengambil air kosong antara rahsia penjagaan kesihatannya sepanjang berada di Aman, Wadiram dan Petra tambahan pula tiga hari terakhir rombongan mereka perlu bermalam di dalam khemah di tengah padang pasir.
Semua pengalaman ini mahal harganya dan cukup manis apabila dikenang semula.
Saya bertuah bekerja lagi dengan Khabir yang sedia mendengar pandangan kami, begitu juga dengan barisan pelakon lain.
Mungkin kali ini senario sedikit berbeza kerana kami menerima dua ahli keluarga baru, dua kanak-kanak yang memegang watak anak Aidil. Seronok melihat telatah mereka kerana tatkala kamera di hala, masing-masing sudah sedia beraksi, katanya.
Tidak mampu menahan debaran menanti tayangan filem Nur Kasih di pawagam, Tiz mahu memastikan kemunculan pertamanya di layar perak tidak menghampakan dengan menumpukan sepenuh perhatian sepanjang penggambaran dan saling berbincang bagi mendapatkan hasil terbaik.
Selain Tiz yang masih digandingkan dengan Remy Ishak sebagai Adam dan Fizz Fairuz (Aidil), filem yang mengambil masa kira-kira 36 hari penggambaran termasuk di Lembah Kelang itu turut menampilkan Liza Othman sebagai ibu.
Mengambil peralihan masa selepas lapan tahun Nur Amina dan Adam melayari rumah tangga , Tizz menjangkakan penonton bakal dikejutkan dengan plot kisah yang lebih dramatik dan tragik hingga mengundang syahdu.
Ditanya andai kata selepas ini menyusul lagi tawaran beraksi di layar perak, katanya biarlah satu persatu tanggungjawab diselesaikan memandangkan ada beberapa tawaran drama lain yang sudah singgah menyapa.
Katanya, dalam bekerja dirinya sentiasa memastikan setiap tawaran tidak bertembung dengan jadual sedia ada bagi mengelakkan pihak lain menanggung kerugian sekali gus memalit cela terhadap kerjaya seninya.
Saya mahu bertapak lama dalam bidang ini. Langkah saya baru bermula dan tidak mungkin berpatah balik hanya disebabkan kata yang tidak menyenangkan hati. Tidak perlu tamak mengaut tawaran jika di bahu sudah sedia tergalas tanggungjawab lain, ujarnya lagi yang pernah menerima tawaran merakam lagu ketika Nur Kasih mula-mula meletup. |
|
|
|
|
|
|
|
credit to: hmetro online.
Tiz, Remy sudah penat layan gosip
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]
2010/07/26
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEHEBATAN cinta Laila & Majnun atau Romeo & Juliet diperkatakan orang sejak dulu lagi. Kini pada alaf baru, muncul sepasang kekasih, Adam dan Nur Amina melalui siri Nur Kasih yang mencetus fenomena hingga mencatat 4.3 juta penonton ketika ditayangkan di TV3 dari 29 Mei hingga 27 November tahun lalu.
![](http://www.hmetro.com.my/articles/Tiz_Remysudahpenatlayangosip/pix_middle)
Jika dua pasangan itu tidak dapat hidup bersama kerana dipisahkan maut, Adam dan Nur Amina pula berhadapan satu demi satu cabaran dan dugaan hidup. Walaupun penghujung siri itu Adam dan Nur Amina dipertemukan kembali, bagaimana agaknya perjalanan hidup mereka selepas itu apabila dipertemukan di layar perak melalui filem Nur Kasih?
Apakah filem arahan Kabir Bhatia yang diangkat daripada drama bersiri 26 episod itu menyaksikan mereka hidup bahagia hingga akhir hayat atau terus berhadapan cabaran lebih besar? Ini kerana jalan ceritanya adalah kesinambungan perjalanan hidup mereka, lapan tahun selepas penamat drama bersiri.
Apakah Adam dan Nur Amina mampu hidup bahagia selepas melalui pelbagai dugaan sebelum ini? Walaupun pengarahnya cuba merahsiakan jalan cerita filem ini sebagai tarikan kepada penonton ke panggung apabila ia ditayangkan di pawagam awal tahun depan, terpacul juga 'rahsia besar' apabila dikatakan ada babak kemalangan kereta api ketika di Jordan.
Apakah Adam dan Nur Amina mengalami kecederaan teruk seperti hilang ingatan hingga mereka 'berpisah' lagi? Ini ditambah pula kehidupan Aidil (Fizz Fairuz) bahagia bersama dua anak, Ilyas dan Mariam sedangkan Adam dan Nur Amina tidak ada anak. Apabila ditanya mengapa pasangan itu tiada anak, Kabir sekadar tersenyum.
Ketika bertemu dua bintang utama filem ini, Remy Ishak, 28, dan Tiz Zaqyah, 21, di lokasi filem ini di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Khamis lalu, mereka turut ditanya bagaimana perjalanan hidup mereka dalam filem Nur Kasih. Kedua-duanya meminta maaf kerana tidak boleh bercerita lebih lanjut mengenai jalan ceritanya.
Kata Remy, dia sememangnya ingin sangat berkongsi jalan cerita Nur Kasih yang disifatkannya cukup menarik. Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan berbuat demikian.
"Pengalaman berlakon filem dan drama bersiri memang jauh berbeza kerana kali ini dengan skala lebih besar dan watak lebih berat. Begitu juga penggambaran di Jordan cukup mencabar bukan saja kerana bekerja di negara orang malah masalah cuaca.
"Ketika penggambaran di padang pasir, kami berhadapan ribut pasir hingga sukar menjalani penggambaran. Ramai kru jatuh sakit. Selain masalah cuaca, cabaran lain bekerja di negara orang yang berbeza budaya. Lebih-lebih lagi Jordan yang tidak mempunyai industri filem hingga sukar untuk mereka memenuhi keperluan kerja di lokasi.
"Kalau boleh, memang saya seronok sangat berkongsi jalan ceritanya. Apa yang boleh saya katakan, saya seronok sangat dapat berlakon dalam filem ini kerana jalan ceritanya yang menarik. Ia dijangka merentap emosi penonton dari awal hingga akhir cerita," katanya.
Filem Nur Kasih memulakan penggambaran 20 Jun lalu di lokasi sama selama empat hari sebelum berlepas ke Jordan selama 10 hari. Selepas kembali ke tanah air 5 Julai lalu, penggambaran diteruskan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kembali ke Tanjung Karang. Babak akhir dilakukan di Kuala Lumpur.
Remy dan Tiz juga menjadi tumpuan kerana kontroversi membabitkan cerita peribadi mereka sebelum ini. Jika Tiz menggemparkan peminat dengan dakwaan Fasha Sandha menuduhnya cuba merampas kekasihnya, Rizal Ashram atau Jejai, Remy pula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hidup Maya Karin dan suami.
Pasangan itu berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengesahkan pernikahan mereka 7 Julai lalu kemudian bercerai pada 16 Julai. Mereka pernah digandingkan bersama dalam filem Anak Halal dan teater Natrah dan terbaru, dipertemukan lagi dalam filem Cun.
Tidak cukup dengan itu, bintang Anak Halal dan Arjuna ini dikatakan mula 'demand' sejak dikenali dan menang anugerah Pelakon Drama Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009,
Kata Tiz, sebolehnya dia tidak mahu bercerita lagi perkara itu kerana segalanya sudah selesai sebelum memulakan penggambaran Nur Kasih. Tiz juga sekadar tersenyum mengenai kemunculan dirinya dan Fasha dalam satu iklan pelangsingan badan sebaik saja tercetusnya kontroversi itu.
"Segala-galanya sudah selesai dan tidak perlu diungkit lagi. Saya juga tidak bertemu atau bercakap dengan Fasha selepas isu itu kerana sibuk dengan penggambaran filem ini.
"Apa yang boleh saya katakan ialah kejadian itu membuatkan saya serik dan lebih berhati-hati berkawan. Bukan bermakna saya serik berkawan dengan artis tapi seperti nasihat bapa saya, berhati-hati apabila berkawan," katanya.
Apabila ditanya apakah Tiz sedia berlakon dengan Fasha dalam filem atau drama, gadis kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Oktober 1988 itu sekadar memberi jawapan selamat, bergantung kepada cerita. Fasha dan Tiz pernah digandingkan dalam siri Spa Qistina dan mereka berkawan selepas itu hinggalah tercetus kontroversi berkenaan.
Anak bongsu daripada dua beradik dan tinggal bersama keluarga ini mengakui keluarga sering memberi nasihat dan mengingatkan dirinya supaya berhati-hati dalam pergerakan. Katanya, mereka juga tidak menghalangnya terus berlakon kerana itu minatnya sejak dulu.
Kata Tiz, penampilan bertudung dan watak baik sebagai Nur Amina tidak pernah membuat dirinya tertekan sebaliknya menganggap ia sesuatu yang baik. Cuma buat masa ini dia belum bersedia tampil begitu, tetapi cuba berubah menjadi lebih baik.
"Penampilan saya kali ini dengan gaya tudung berbeza sesuai dengan perjalanan hidup Nur Amina selepas lapan tahun. Kali ini Nur Amina lebih tabah dan kuat kerana berhadapan cabaran lebih besar dalam hidupnya. Tidak banyak babak menangis, tetapi penonton bakal bersimpati dengan nasibnya," katanya.
Remy juga enggan mengulas lanjut gosip dirinya dengan Maya apatah lagi selepas perceraian Maya. Katanya, dia tidak bertemu atau berhubung dengan Maya selepas perceraiannya kerana sibuk berlakon.
"Saya juga kesal kalau dikatakan mula jual mahal. Saya sedih sangat kerana saya tidak begitu. Bayaran yang saya minta sebelum dan selepas menang anugerah juga sama. Cerita itu tidak benar dan ia tidak baik untuk kerjaya saya kerana boleh menjejaskan periuk nasi saya.
"Saya ingin memberi sepenuh tumpuan kepada kerja sekarang kerana mahu menyara keluarga. Saya dari keluarga susah dan tiada kelulusan tinggi. Dulu saya hanya kerja hotel sebagai waiter dan kini saya melihat lakonan memberi peluang besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga," katanya.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Tiz Zaqyah Abdul Razak
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
PERWATAKAN DIRI: Mesra dan ceria
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KARIER: Pelakon
MULA BERLAKON: 2006
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana & Nur Kasih
TELEFILEM: Bernafas Dalam Lumpur & Puaka Topeng Putih
FILEM: Nur Kasih
WATAK IMPIAN: Seram, psiko dan gila
NAMA SEBENAR: Mohammad Zalimei Ishak
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
ASAL: Masjid Tanah, Melaka
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KERJAYA: Pelakon
DRAMA: Nur Kasih, Arjuna
FILEM: Anak Halal, Evolusi KL Drift 2, Cun, Nur Kasih The Movie
TEATER: Natrah |
|
|
|
|
|
|
|
drp gambar2 shooting yg aku tgok tu, aku dpt membuat beberapa speku mengenai nktm ni...di awal crita penonton akan dikejutkan dgn kematian alia, n then aidil menjadi bapa tunggal kpd 2 org anak, di akhir crita aku rs adam yg meninggal, lebih tragis adam meninggal ketika nur sedang mengandung (sebab tu gmbar nur pegang baby tu adam xde, ada aidil n mak dia jer)...akhirnya aidil berkawen ngn nur amina....kiranya sudah tertulis jodoh aidil ngn nur amina, setelah berkorban segalanya akhirnya jodoh mereka bertemu juga, (memang aidil menyukai nur amina dr awal lg tp terpaksa berkorban atas kehendak ayahnya)
just my speku... what do u think?? |
|
|
|
|
|
|
|
drp gambar2 shooting yg aku tgok tu, aku dpt membuat beberapa speku mengenai nktm ni...di awal crita ...
kerill Post at 26-7-2010 23:47 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
macam setujuk![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
drp gambar2 shooting yg aku tgok tu, aku dpt membuat beberapa speku mengenai nktm ni...di awal crita ...
kerill Post at 26-7-2010 23:47 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
80% betul he he he |
|
|
|
|
|
|
|
drp gambar2 shooting yg aku tgok tu, aku dpt membuat beberapa speku mengenai nktm ni...di awal crita ...
kerill Post at 26-7-2010 23:47 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
Lebih kurang sama dgn speculation aku ..
Ada scene kemalangan keretapi di Jordan melibatkan Adam & Nur ..
Tengok photo2 pun dah rasa tak sabar .. Antara movie yang aku tungggu .. NKTM & HMM |
|
|
|
|
|
|
| |
|