CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-11-2009 12:36 PM | Show all posts
“Kenapa?” soal Aril hairan. Alisya terdiam seketika.

        “Aku kesiankan anak2 dia….Kalau apa2 terjadi pada dia..apa akan jadi pada anak2 dia nanti..” sambung Alisya sambil tunduk.

        “Kau  dan dia…macammana boleh jadi macam ni?Takkan sampai hati dia nak bunuh kawan sendiri. Setahu aku..kau kawan yang baik..” kata Aril sambil menyilangkan kakinya memandang Alisya.

        “Kau tanya aku macam tu…Aku lagi hairan kenapa dia boleh berubah macam tu. Lagipun, aku rasa, tak payahlah susah2 buat report police. Aku dah jatuhkan dia…mungkin ini pembalasan bagi aku..” kata Alisya lemah sambil tunduk.

        Aril terdiam sambil merenung Alisya. Aril bangun sambil menarik sofa yang agak jauh di hujung bilik merapati katil Alisya. Aril menyandarkan badannya ke sofa sambil tersenyum.

        “Haa..macam ni baru sedap sikit duduk..” melihat Aril tersenyum2, Alisya mendengus.

        “Kau bukannya menjatuhkan dia Alis..kau menegakkan perkara yang betul..” kata Aril menyokong.

        “Itu kata kau. Tapi pada mata aku…aku mengkhianati kawan aku sendiri Aril..” keluh Alisya.

        “Macammana kau boleh ada kat depan rumah aku pagi tu?” soal Alisya pula. Aril senyum.

        “Well..macam biasa. Hero selalu ada bila heroin dalam kesusahan…” Aril ketawa lucu, menambah sakit hati di dada Alisya.

        “Aku bunuh kau sekarang Aril!!!” marah Alisya sambil disambut derai tawa Aril.

        “Aku sebenarnya nak jumpa kau pagi tu. Pukul 6 lagi aku dah terpacak kat depan rumah kau…tapi, baru aku nak lintas jalan, tiba2 aku tengok kau dah tersungkur..”cerita Aril. Barulah Alisya tersenyum, membuatkan Aril tidak senang duduk.

        “Kenapa kau nak jumpa aku?” soal Alisya pula.

        “Aku nak bagitau kau…Carol mintak maaf kat kau sebab dia hantar mesej yang bukan2 kat kau dulu. Actually, kami kawan saja…” kata Aril. Alisya terdiam merenung Aril di depannya. Carol kawan Aril???

        “Dia sukakan kau agaknya Aril..sebab tu dia hantar mesej macam tu kat aku. Dia takut bersaing dengan aku..” luah Alisya perlahan. Aril terdiam sejenak.

        “Tapi aku sukakan kau…”mata Aril dan mata Alisya bersatu.Dada Alisya berdebar2.

        “Habis, macammana dengan kereta aku?” cepat2 Alisya menyoal agar topic perbualan bertukar. Aril senyum.

        “Aku hantar bengkel. Lagi 4 hari baru siap…” balas Aril lagi.

        “Terima kasih Aril..aku dah banyak berhutang dengan kau..” kata Alisya tulus. Aril senyum manis.

        “Ini kali kedua kau berhutang dengan aku..Kau ingat lagi tak?” soal Aril tiba2.Alisya terpana. Masakan aku lupa Aril!!!!

        “Kau diam, aku anggap kau masih ingat…” sahut Aril bila melihat Alisya terdiam lama. Alisya diserang serba salah.

        “Bila kau nak bayar hutang aku tu?” soalan Aril benar2 memeranjatkan Alisya. Aril direnung mencari pengertian. Aril tersenyum cuma.

        “Bayar??Maksud kau?” soal Alisya gugup.

        “Bayar dengan harga sebuah cinta…” kata2 Aril terus menusuk ke hati Alisya.Kedua2nya saling berpandangan. Cepat2 Alisya mengalihkan pandangannya.

        “Aku tahu…kau anggap aku sekadar kawan. Aku tak ubah macam kawan2 kau yang lain…tapi Alis, aku nak kau tahu, aku tak boleh melupakan kau…Walau ingatan aku hilang selepas kemalangan 10 tahun dulu pun…aku masih termimpikan kau…aku masih sayangkan kau..” Aril merenung Alisya.

        Alisya terkedu apabila Aril menyebut ayat ‘hilang ingatan’. Aril ditatapnya.

        “Kau hilang ingatan?” soal Alisya enggan percaya. Aril angguk.

        “Aku tahu, kau susah nak percaya. So..aku bawak laporan perubatan aku masa kat Australia dulu. Kau nak tengok?” soal Aril yang berkira2 mahu bangun menuju ke almari. Alisya cepat2 menggeleng. Dia percayakan kata2 Aril.

        Alisya tunduk, merenung balutan luka dikakinya. Jadi..selama 10 tahun itu…Aril hilang ingatan? Maka sebab itu dia tidak pernah mencari aku? Oh Tuhan…Alisya mengangkat mukanya merenung Aril.

        “Aku harap…kita boleh bermula semula…” Aril memandang Alisya. Alisya terkedu.

        “Aku..” baru Alisya hendak membuka mulut, jururawat sudah mengetuk pintu bilik hendak menghantar makanan tengahari. Kata2 Alisya terus hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 01:51 PM | Show all posts
thanks fizzi.....mmmmmm bestnyer tak sabar nak tunggu another n3
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 02:49 PM | Show all posts

alis pun

Post Last Edit by chengkeh at 9-11-2009 14:50

hehehehhe...best3x...aku suka n3 neh.....
alis ko jangan keras kepala sangat.....terima jekla si aril tuh....
takde depan mata ko carik..dah ada depan mata ko jual mahal plak....

aku rasa si alis neh sbb dia anak sulong...salu jek memberi kasih sayang n bekorban
n mengalah untuk orang lain untuk  sampai tahap dia tak reti nak terima kasih orang wpun sbenaya dia sayang...

comeon alis...respond positive sket.....seb bek si aril neh macho n selamba....
kekekeke....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 03:25 PM | Show all posts
bestnya bila nk ada lg n3 nie...n3n3n3
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 08:26 PM | Show all posts
semakin best nie...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 09:45 PM | Show all posts
bestnye... mintak2 alis terima aril..
thx fizzy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2009 10:52 PM | Show all posts
ish.. fizz saje je berenti kat tempat kemuncak.. adeh... ni yg tak sabar nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 11:03 PM | Show all posts
makin best....jgn lupa sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2009 11:07 PM | Show all posts
makin best....jgn lupa sambung
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 07:56 AM | Show all posts
n3 bila nk sambung nie.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 09:17 AM | Show all posts
thanks fizi...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 09:29 AM | Show all posts
TAK SABARNYA NAK TAU N3 SETERUSNYA..., DAH TIBA BAB YANG BEST NIE....,
CEPAT2 SAMBUNG YER................
TAK SABAR NIE.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 09:40 AM | Show all posts
Fizi uda suka sungguh, jd letak n3 eik.  Xsabo nunggu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 10:33 AM | Show all posts
harap2 Alis pun akan menyemai benih cintanya balik tuk Aril...
kalau Aril pandai memujuk pastinya Alis akan cair balik...
sbbnya cinta dah ada dlm hati cuma ego Alis je yg menggunung...
biasalah pompuan takan nak mengaku terang2 ttg cinta separuh mati dia tu....
dari lirik mata dan gundah hati dah tau cinta itu makin bersemi dihati Alis...
Harap positif le hubungan meraka ya Fizzi... jgn hampakan aku n the gang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:28 PM | Show all posts
“Bila kau balik ke sini?” soal Alisya. Aril sedang membukakan balutan di tray makanan Alisya.

        “Dah dekat 2 bulan…”perlahan suara Aril menjawab. Sudu ditangannya dilap dengan tisu bersih.

        “Apa kau buat kat balai polis hari tu?” soal Alisya kembali. Aril senyum simpul. Berat mulutnya hendak menjawab.

        “Aku…sebenarnya kena cekup dengan polis dekat kelab malam..” balas Aril malu. Sup sayur dicedok lalu digaul dengan nasi.Alisya ketawa lucu.

        “Kau ? Pergi kelab malam? Cari apa?” tawanya masih belum mati. Aril turut senyum malu. Nasi bercampur sup direnungnya.

        “Susah aku nak cakap Alis. Tapi, bila otak dah buntu, bila akal dah tak boleh berfikir dengan waras…itulah jadinya…” kata Aril lemah.

        “Kau ada masalah ke?” soal Alisya lagi. Aril terdiam. Masalah apa lagi Alis…selain dari memikirkan hal kau…Aril mengeluh.

        “Nah..buka mulut kau…” sudu sudah berada di depan mulut Alisya. Alisya kaget merenung sudu di depannya.Dalam serba salah, mulutnya dibuka juga.

        “Tangan kiri aku ni okay…kau tolong bukakan balutan ni. Aku nak makan sendiri..”pinta Alisya.

        “Tak payah mengada lah…” kata Aril lagi sambil menyuap makanan ke mulut Alisya.

        “Bukalah..”pinta Alisya lagi sambil menghulurkan tangan kirinya. Aril merenung Alisya tajam.

        “Kau ni betul2 degillah…” Aril meletakkan sudu. Aril duduk di atas katil Alisya.

Tangan kiri Alisya diambil, dibawa ke pehanya. Balutan dipergelangan tangan dibuka dengan hati2. Alisya merenung Aril silih berganti dengan tangan kirinya. Lambat2 Aril membuka balutan itu. Dadanya berdebar. Kalah nurse bukak balutan! Lembutnya!

        “Err..kau tak payah terlalu hati2. Aku tak rasa sakit pun…” kata Alisya. Dia mahu Aril segera menyudahkan kerjanya. Lagi lama tangannya berada di tangan Aril, makin longlai pulak lututnya dirasakan.

        Aril senyum. Balutan dibuka hati2.Entah dari mana, tiba2 pintu bilik diketuk dari luar. Segera Aril meletakkan tangan Alisya ke peha Alisya. Aril turun dari katil Alisya. Sama2 melihat pintu dibuka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:31 PM | Show all posts
insya-Allah...
segala dugaan atau ujian yang Tuhan bagi...
biasanya akan berakhir dengan kegembiraan bagi orang sentiasa Sabarrrrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2009 12:32 PM | Show all posts
Wajah Pak Mad tersembul sebaik pintu dibuka. Merona pucat wajah Aril ketika itu. Alamak!!!

        “Abah…” Alisya benar2 terkejut dengan kehadiran abahnya. Isyam menyusul dari belakang. Pak Mad dan Aril bersalaman.

        “Isyam pun ada..” lama Alisya tidak menemui adik bongsunya itu. Isyam senyum sambil bersalaman dengan Aril.

        “Macammana keadaan kamu?” soal Pak Mad sambil duduk di sofa di hujung katil. Iyam meletakkan begnya sambil membuka jendela, meninjau2 pemandangan dari tingkap bilik itu. Aril duduk dikerusi hujung.

        “Hmm..okey sikit. Insya-Allah..kalau tak ada apa2..esok lusa dah boleh keluar hospital..” kata Alisya senyum. Pak Mad senyum lantas angguk. Pandangannya tertumpah pada tray makanan dimeja.

        “Tengah makan ke?” soal Pak Mad. Alisya angguk. Pak Mad merenung ke dua belah tangan Alisya yang berbalut. Macammana dia makan…??Aril dihujung bilik dilirik. Hmm..mesti si Aril yang tolong suapkan. Hmm..Pak Mad mengulum senyum.

        “Aniah mana?” soal Alisya.

        “Dia tak dapat datang. “ pendek jawapan Pak Mad.

        “Terima kasih ya Aril..sebab tolong jagakan Alis sehari dua ni…Pak cik tak dapat datang sebelum ni. Ada hal..” kata Pak Mad sambil tersenyum.

        “Err..tak ada apalah pak cik. Saya ikhlas tolong..” kalau pak cik nak suruh saya jaga Alisya sepanjang hayat pun saya sedia! Aril senyum lagi. Isyam yang mendengar memandang Aril sambil tersenyum. Aril pandang Isyam. Kau dengar ke aku bercakap dalam hati? Aril senyum lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:33 PM | Show all posts
Alisya Cuma mampu merenung langkah Aril yang mahu beredar dari hospital itu. Aril sudah pun bersalaman dengan abah dan adiknya. Beg dijinjing ditangan. Aril mengeluarkan sesuatu dari kocek bajunya. Sekeping kertas dihulur kepada Pak Mad.

        “Apa ni Aril?” Pak Mad meneliti kertas ditangannya.

        “Emm..ini resit hospital ni. Saya dah jelaskan bill hospital. Jadi, kalau nak keluar esok, tak payah susah2 pergi kaunter bayaran..” kata Aril sambil tersenyum. Dalam masa yang sama, Alisya dijeling.

        “Masya-Allah..buat apalah susah2 ni Aril…” Pak Mad serba salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:33 PM | Show all posts
“Takpe pak cik…saya balik dulu..” Aril sudah membuka pintu bilik hospital itu. Alisya Cuma mampu merenung. Lidahnya kelu. Entah mengapa, dia merasakan terlalu berat melepaskan Aril pergi.

        Langkah Aril terhenti seketika dipintu. Alisya direnung. Senyuman diukir seikhlas hati buat Alisya yang merenungnya dari katil.

“Aku balik dulu..Alis..Jaga diri kau baik2..” Aril senyum kelat. Berat kakinya hendak meninggalkan hospital itu.Alisya mengukir senyum kelat. Dia Cuma mengangguk. Terima kasih Aril…tapi itu hanya dalam hati.

Aril sudah berlalu. Alisya menarik nafas lemah. Balutan yang separuh jalan terbuka direnung lama. Alisya tunduk. Pilu hatinya tiba2. Dia tidak ingin Aril pergi…tapi..

Aduhh..susahnya. Wajah si abah dan si adik direnung. Mereka sedang berborak sesuatu tentang hospital itu. Alisya menahan rasa gelora di dalam hatinya. Aril..aku perlu minta maaf dengan kau!!Tapi..macammana???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2009 12:35 PM | Show all posts
Selepas dua hari keluar dari hospital, Alisya sudah kembali bekerja. Kecederaannya masih berbaki, namun beransur pulih. Cuma menanti luka di kaki sembuh sepenuhnya. Alisya merenung telefon bimbitnya yang baru dibeli. Nombor telefon Aril gagal dicari! Argghh..kalau saja telefon lamanya masih ada!Nota dari Aril tempohari entah kemana perginya. Alisya sendiri buntu, mengapa dia begitu cuai menyimpan barang2 seperti itu.

        Agaknya aku terbuang waktu aku tengah marahkan Aril…Aduss..Bagaimana dia harus mencari Aril? Dia tidak tahu di mana Aril tinggal..tidak tahu juga dimana tempat kerja Aril..Realitinya, mereka tidak pernah berbual tentang perkara itu.

        Alisya merenung telefon bimbitnya lagi. Sungguh, sejak peristiwa di hospital itu, rindunya pada Aril menggunung tinggi. Tapi..bagaimana? Sedang Alisya menatap telefonnya, tiba2 telefonnya berdering Segera Alisya meneliti nombor telefon yang terpapar di skrin telefonnya.Abah??? Cepat2 talian dijawab.

        “Hello bah..” Alisya bersuara  kelam kabut.

        “Baru bangun tidur ke?” soal Pak Mad di hujung talian sebaik terdengar suara Alisya yang serak serak basah.

        “A? Err..takdelah..” cepat2 Alisya membetulkan suaranya.

        “Hmm..kamu sibuk tak minggu ni?” soal Pak Mad. Alisya terdiam sejenak, mengingati jadualnya.

        “Sibuk tu..tak jugak. Kenapa bah?” soal Alisya lemah.

        “Kamu boleh ambil cuti tak dalam 2-3 hari?” soal Pak Mad lagi. Kenapa pulak suruh aku ambik cuti ni???Alisya mula gusar. Cuti tahunannya masih banyak berbaki, satu pun belum diambil. Sepanjang tahun ini dia asyik bekerja sahaja. Cuti gantinya pun masih ada.

        “Emmm…boleh. Seminggu pun boleh. Ada hal penting ke bah?” soal Alisya hairan. Alisya duduk di sofa kembali.

        “Hmm..Nek Kiah..dia nampak macam dah nazak. Kamu baliklah…Walaupun dia bukan nenek kamu yang sebenar, tapi, dia dah banyak berjasa dengan keluarga kita. Dia pun dah anggap kamu macam cucu dia jugak. Jadi, abah rasa…kamu baliklah. Jenguk dia..Ya..” kata Pak Mad lembut.

        Nek Kiah nazak????Alisya terdiam. Kelu lidahnya untuk bersuara. Matanya mula bergenang.

        “Okay bah…nanti esok Alis minta cuti…” Alisya meletakkan telefonnya ke ribanya. Matanya bergenang. Wajah Nek Kiah yang lebih separuh abad muncul di depannya. Memang Nek Kiah orang yang paling banyak berjasa pada keluarganya. Terutama dalam hal kewangan. Maklum sajalah, semasa dia kecil dulu, keluarganya susah. Nek Kiahlah orang yang selalu menghulur bantuan kewangan kepada abah tak kira waktu.

        Airmata Alisya jatuh lagi. Tuhan…apakah semua ini????Alisya mula tersedu2. Sebak hatinya bukan kepalang. Mengapa Tuhan mengujinya sedemikian rupa. Kalaulah aku ni tidak tabah…aku meraung sekarang jugakkkkk!!!!!Alisya membenamkan mukanya ke bantal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054477 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list