CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-1-2009 04:41 PM | Show all posts
" I tak  suka makan di kedai macam ni. You tau kan, I tak makan nasi, tak makan pedas, tak makan fried food. Jomlah kita pergi tempat lain. Sini aircond pun tak ada. " rengek Natasha.

" Kalau you tak suka, tak usah makan. I dah lama teringin nak makan di sini. Semua orang kata nasi Padang ni sedap." helah Uzir. Nasib tak baik... dia terserempak dengan Natasha dalam perjalanan ke tempat parkir. Arghhh.. terlupa pula mereka ada lunch date hari itu.

Natasha memuncungkan mulut yang  di oles lipstick merah menghelit.  Sebatang rokok di nyalakan.

" Maaf , cik. Sini tak boleh merokok." Tegur pelayan yang membawa pesanan air. Teh o Ais limau tanpa gula untuk Natasha dan mineral water untuk Uzir. Tegurannya tidak di hiraukan.

" Kalau Cik nak merokok, boleh duduk kat luar" Pelayan itu menjuih bibir ke arah meja kosong di kaki lima kedai.

" Duduk kat luar? Panas! Tau tak?" selar Natasha dengan muka mencuka . Dalam hati dia menyumpah Uzir, ada ke bawa aku kat tempat tak kelas macam ni. Tak tahu ke yang aku ni model terkenal. Tengok tu, habis satu kedai dok terteleng kepala tengok aku.

" Tasha, listen to him. Put out your cigarette. I pun tak tahan. Busuk baju I nanti" rungut Uzir. Matanya mengerling ke meja di sudut kedai bersebelahan cashier. Siapa yang dengan Fauziah tu? Dari ofis tadi, sengaja dia mengikut kereta Proton Wira yang menjemput Fauziah. Tengok tengok sampai ke kedai Nasi Padang Istimewa di Kampung Pandan. Alahai... dah sampai tahap stalker pula aku.

Natasha mendegus kasar. Nak kena ajar sikit si Uzir ni! Sudahlah bawa aku makan di tempat kokak macam ini, berani marah aku pula tu. Tengok tu, mata asyik merayap ke tempat lain. Tak berbaloi aku bersiap lawa lawa hari ni.

" Uzir, let's go somewhere else. I seganlah, orang asyik pandang I." Natasha menukar taktik. Merayu dengan manja sambil bermain dengan rambutnya. Tubuhnya yang langsing di lentuk. Lelaki mana tak cair.

" What's wrong with this place? Janganlah cerewet. Sekarang economy dah gawat, kena jimat. I dah tak boleh berbelanja macam dulu." Tutur  Uzir dengan wajah tak beriak. Tak di endahkan  langsung pujukan Natasha. Dah ulangtayang banyak kali sampai basi.

Mata Natasha terbeliak." You mean.... you tak ada duit? " katanya separa berbisik. Jantungnya merudum.  No money, no honey...

Ha... strategi aku berjaya. Minah ni mesti nak break up. Selamat aku, desis Uzir dalam hati. Tapi jangan pula yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Siapa lelaki dengan Fauziah tu? Mesra nampak. Tapi lagak mereka macam member kamceng bukan macam couple, Uzir cuba menyedapkan hatinya. Fauziah tetap dengan gelak tawa sampai terhinggut bahu, takde control ayu. Makan  penuh selera sampai lengan baju kurung di sinsing ke siku. Tak pandang kiri kanan pun.
.........................................................................

" Sedaplah makanan kat sini. Kau selalu datang sini?" tanya Fauziah sambil mengutil daging dendeng.

"  Dalam sebulan adalah dua tiga kali. Tempat ni jam, parking pun susah. Tapi sebab sedap, aku redah juga lah. Ambil lah lagi lauk. Jangan segan segan, Fuyah"  

" Bila aku pernah segan dengan kau Acap? Kalau aku tau kau nak belanja hari ni, aku bawa si'a. Boleh tapau." kata Fauziah dengan tawa kecil. " Apa mimpi kau nak belanja aku harini?"

" Alaaa... nak belanja pun kena ada sebab ke? Macamlah aku ni bakhil sangat. Tapi kalau kau nak tahu, aku mimpi kahwin dengan kau.   " Ashraf memandang tunak wajah Fauziah yang sedang mengunyah perlahan. Hatinya sudah lama berbolak balik. Makin dia cuba menyahkan bisikan naluri yang tak sepatutnya, makin menguntum perasaan nya pada Fauziah. Bila dia menjauhkan diri, rindu mula berselirat. Bila berjumpa , waktu sentiasa mencemburui mereka. Terasa begitu pantas masa berjalan. Hatinya terbuai mendengar celoteh Fauziah, canda dan tawanya.

" Aku simbah kau dengan gulai ni kang! Nasib baiklah kau ni nak jadi adik ipar aku. Kalau tak dah kemek muka kau." Dengus Fauziah. Si Acap ni tak boleh layan, nanti menjadi jadi. " Eh.. lupa nak cakap. Minggu depani Wani , Mak dengan Abah aku datang. Dia orang tumpang rumah pakcik aku di Bukit Indah. Hari Sabtu kita semua pergi shopping, okay? Mak aku nak beli perkakas kahwin dengan barang hantaran kau dengan Wani. Senanglah kalau kau ada sekali"

Selera Ashraf terus tertutup. Spoil betul!  Nasi dalam pinggan di gaul gaul tanpa menyuap. Silap aku juga; aku patut berterus terang dengan  mak. Lagi aku tangguh, lagi parah.

" Kenapa  Cap? Tercekik tulang kah?  Nah, kau habiskan  yang last ni" Fauziah meletakkan  seketul puyuh goreng ke pinggan Ashraf. Pinggannya sendiri sudah licin. Dia menyedut air limau nipis.

" I.. I am not ready to get married. I don't know if Wani is the right girl" luah Ashraf. Mata Fauziah membuntang. Nasib baik tak tersedak.

" WHAT?! Kau dah jumpa orang lain? Kau jangan buat hal Acap. Kesian Wani"  Fauziah merendahkan suara bila pelanggan di meja sebelah mula memerhati.  Hatinya sebal.Tak sanggup melihat adiknya di kecewakan. Punah harapan kedua ibubapanya dan Makcik Zaidah. Sesi sidang dapur  Kampung Bidara mesti gempak.

Ashraf melepaskan keluhan panjang. " Kau tak kesian kat aku? Kalau kau kena kahwin dengan lelaki yang kau tak cinta.. macam mana?"

Eee... mangkuk ni. Dulu siapa suruh gatal nak tunang ? dengus Fauziah dalam hati. Tapi tak sampai hati pula nak marah bila melihat muka Acap yang kelam macam ikan puyu. Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula hati orang... betul ke peribahasa aku ni? Aku pun bukan pandai  nak jadi Cik Sri Siantan kalau bab bab cinta ni.

" Kau fikir betul betul dulu Acap. Pastu discuss lah dengan keluarga  kau. Aku malas nak masuk campur".  Bukan Fauziah tak tahu, adiknya sering memandang serong persahabatan dia dengan Acap. Nanti tak pasal pasal aku di kambing hitamkan. Macamlah aku kemaruk sangat sampai nak rampas tunang adik sendiri.... Bengong betul  si Wani!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2009 04:54 PM | Show all posts
" Tahun lepas Datuk Shahrin dengan Datin Mahani buat anniversary dinner  kat Shangri La. Very grand! Ramai VVIP yang datang. Penyanyi jemputan Sheila Majid.  " cerita CC dalam perjalanan ke rumah Datuk Shahrin " Temanya Hollywood Glam."

" Wow!" suara Fauziah penuh kagum. Mesti  berpuluh ribu ringgit habis  tuh! Tapi bagi jutawan seperti mereka tak jadi hal; macam beli aiskrim  tepi jalan jer kot. Terkilan pula bila teringatkan Mak dan Abah yang tak pernah sekali pun merayakan anniversary walaupun sudah 30 tahun berkahwin. Alaa..... baik lagi simpan duit untuk fardhu haji.

" Tapi tahun ni Datuk kena jimat agaknya. It seems his business is not doing well. " sambung CC. " But don't tell anyone. I dengar ni pun dari kawan I yang handle Datuk's account kat Maybank."

" Really? " Terkejut Fauziah. Hakikatnya rezeki di tangan Tuhan. Hidup ni berpusing bagai roda. Adakala di atas, ada masa di bawah. Padan muka Datin sombong tu... he he! Jahatnya aku, nak pergi makan dinner kat rumah orang , sempat pula kutuk. Kena sakit perut nanti baru padan muka.

Fauziah leka  mengamati keindahan malam di kawasan elit itu. Tenang dan sunyi; terlindung dari hiruk pikuk kota.
"Adoyaiii... ni rumah ke haper" detik hati Fauziah bila tiba di Jalan Setiabudi 7, Bukit Damansara. Ternganga mulutnya melihat deretan rumah agam. Lima enam biji rumah di kampung  aku boleh muat dalam satu rumah di sini.

Deretan kereta mewah terpakir di pinggir jalan. Dua tiga kereta yang tak berapa mewah  pun ada - kereta  staf Tapis lah itu. Perkarangan rumah No 22 di limpahi cahaya macam Malam Tujuh Likur. Bau barbeku yang mengecurkan airliur menusuk hidung. Mereka terus menurut deria bau yang membawa mereka  ke belakang rumah.

Matanya terbeliak melihat laman yang di hias cantik. Berpuluh lilin berbentuk bunga teratai terapung dalam swimming pool.  Meja bulat beralas kain putih di atur di sekitar halaman. Haruman bunga segar bersaing dengan bau makanan memenuhi ruang malam. Gerai gerai yang menyajikan pelbagai hidangan berderet di kiri kanan laman. Suasana riuh dengan perbualan dan gelak tawa jemputan.

" I dah lapar lah. Jom kita ambil makanan" CC  menarik tangannya. " Pastu kita duduk kat meja belakang sana dengan Pak Lan" .
Fauziah berjalan dari satu gerai ke gerai lain. Mak oii... macam macam ada. Akhirnya dia mengambil  beberapa cucuk satay.  

"Hi, how are you? Thanks for coming" Suara lelaki mencecah cuping telinga Fauziah.

" Oh mak !" Fauziah melatah. Hampir terpelanting pinggan di tangannya.  Bossnya nampak kacak dengan kemeja linen putih dan seluar khaki.

Senyuman tersungging di bibir Uzir. " Thanks for coming. Datang dengan siapa?"

"  I datang dengan CC.  Er...Apa khabar? Dah lama sampai?" tergagap gagap Fauziah. Kepalanya di tampar . Bodoh punya soalan.

" Lama jugalah, dah lebih dua puluh tahun.  " Usikan Uzir menambahkan lagi gelabah Fauziah. Mukanya mula terasa pijar lebih lagi bila mata Uzir merenung dadanya. Apa pandang pandang.. aku cucuk biji mata dengan lidi satay kang.

" Loket yang you pakai tu... macam I pernah nampak" tutur Uzir . Wajahnya sarat dengan tanda tanya.

" Memanglah you pernah nampak. Sebab I selalu pakai pergi ofis " jawab Fauziah. Eeii.. geramnya! Kenapa dengan BBC ni? Orang pakai baju sikit punya sopan, nak juga tengok kat situ. Ramai lagi tetamu yang pakai sexy seksa.

" Jomlah duduk" pelawa Uzir sambil menunjuk ke arah meja berdekatan. Ada dua kerusi kosong, yang lainnnya di penuhi tetamu yang sedang berbual rancak dengan Bahasa Inggeris " berhabuk".

" I dah janji dengan CC nak duduk dengan Pak Lan dengan family dia. Excuse me."  Fauziah meminta diri. No way aku nak duduk dengan kawan kawan dia. Hilang selera makan aku.... rugi!

"Talk to you later then" Uzir bersuara, agak kecewa. Hajat di hati nak meluangkan masa dengan Fauziah. Matanya mengekori gadis berbaju pic dengan jeans warna putih. So sweet!

Menu malam itu memang istimewa. Ada pelbagai gerai menyediakan makanan Jepun, nasi ayam, roast lamb, ais kacang. Fuhh... memang mengenyangkan.  Selesai makan Fauziah menghantar pinggan kotor ke dapur.  Matanya melingas sekitar dapur yang hampir sama besar dengan  apartmen sewanya. Alamak! Salah timing plak aku.  Uzir sedang berbual dengan seorang wanita yang agak berumur  di meja dapur. Dia terus berpaling.

" Tunggu kejap Fauziah."  Uzir memanggil.

Oh..oh.. detik hatinya. Takkan nak suruh aku tolong basuh pinggan pula. Sinki dapur yang bersih berkilat  penuh dengan pinggan mangkuk kotor.

"Ini nenek I , Datin Siti Zainab " Mata Fauziah beralih pada wanita tua di sisinya. Raut wajahnya ada iras  Arab dengan hidung yang mancung dan mata berkening lebat. Masih jelita walaupun di usia senja.  Renungan mata wanita yang berbaju kurung Johor kain kasa rubia itu membuat Fauziah tak selesa. Wajah Fauziah di telitinya, kemudian matanya turun ke dada. Apa kena nenek ni? Sama tabiat dengan cucu dia juga? Atau mata mereka memang " kerok"?  Tengok arah dada tapi nampak muka.

" Apa khabar Datin?" Fauziah menyuakan tangan untuk bersalaman. Lembut nya tangan nenek ni. Orang kaya yang di kelilingi orang gaji , pastinya jarang  di bebani kerja berat.

"  Zaharah...  Zaharah... awak... " suara Datin Siti Zainab tersekat sekat. Tangan Fauziah di genggamnya.

Fauziah menggeleng kepala." Bukan...  saya bukan Zaharah. Nama saya Fauziah." Ucapnya. Dia menelan airliur. Rasa resah dan cuak berselirat. Dia confiuskan aku dengan Zaharah mana pula ni?

" Muka awak serupa dengan adik saya  Zaharah. " Airmata bergenang di mata Datin Siti Zainab. Dia menarik tubuh Fauziah dan mencium kedua belah pipinya. Fauziah mematungkan diri.   Siapa pula  Zaharah? Aku ni ada darah keturunan Arab ker? Tak mungkin.

" Loket ini... mana  Fauziah dapat?" tanya Uzir tiba tiba

" Mak saya bagi. Pusaka dari arwah nenek" Fauziah menyentuh loket kesayangan nya.  Datin Siti Zainab turut membelek loket batu nilam itu. Matanya tak berkedip.

Datin Mahani  tiba tiba muncul dari ruang hadapan. Baju kaftan dari kain batik sutera dan chiffon menyaluti tubuhnya. Rantai berlian di leher berkerlipan di sinari lampu kalimantang .

" Siapa nama mak dan bapa  awak? Asal dari mana?" tanya  Datin Mahani dengan angkuh. Takkan budak kampung ni ada kena mengena dengan keluarga aku. Tapi loket yang di pakainya sama dengan loket Umi.

" Nama mak saya Azian, bapa saya Fadzil. Datuk sebelah Mak orang Johor, nama dia Haji Sulaiman. Bapak saya orang....." Belum sempat Fauziah habis bercakap, Siti Zainab memeluknya erat.

" Subhanallah!Masyaallah! Fauziah cucu Zaharah. Mak awak anak Zaharah, adik nenek. Dia meninggal masa mak awak masih kecil dan datuk awak berkahwin lain. Nenek tak silap . Muka awak seiras muka adik nenek masa muda. Sudah lama nenek mencari waris Zaharah, akhirnya berjumpa juga. Syukur pada Allah" Airmata Siti Zainab mengalir lebih deras. Cahaya kegembiraan terpancar di mata tuanya.

Mata Uzir memanah wajah Fauziah. Tiada siapa berani bersuara seketika. Senario berubah menjadi adegan filem Bollywood bila saudara  yang lama terpisah bertemu kembali ... JENG! Close up muka Shah Rukh Khan. JENG! Close up muka Hrithik Roshan. JENG!... JENG!...

Makin mengejutkan, Datin Mahani juga memeluknya" Tak sangka, akhirnya jumpa juga orang yang Umi cari selama ini. Alhamdulillah"

Fauziah ternganga... aku ada talian darah dengan keluarga Datuk Shahrin yang kaya raya? Aku bermimpi kah? Ya Habibi Ya Maulana...

" I pun nak peluk juga? Boleh?" suara nakal Uzir memecah keheningan. Lelaki itu mendepangkan tangan.

Fauziah pantas melangkah ke belakang. Gatal! Cittt... podahhh! Dengus Fauziah dalam hati. Kaki ampu. Tiba tiba nak baik dengan aku konon.... boleh blah laaa.

[ Last edited by  sang_arjuna at 13-1-2009 04:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:31 PM | Show all posts

Balas #262 sang_arjuna\ catat

yes..yes.. org pertama baca... tapi nak komen dulu baru sambung baca..hehehe....  Uzir tengah angau tu.... nnti sambung lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:44 PM | Show all posts
kiranya fuyah ngn uzir ni xleh kawin ke?...aku bab nenek uzir kakak kepada nenek fuyah emak kepada emak fuyah...lambat paham daa.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:45 PM | Show all posts
  ulat bulu dah naik daun....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 05:46 PM | Show all posts
kiranya Fuyah ngan Uzir nie dua pupu lah yek..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2009 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by sweetazie at 13-1-2009 05:44 PM
kiranya fuyah ngn uzir ni xleh kawin ke?...aku bab nenek uzir kakak kepada nenek fuyah emak kepada emak fuyah...lambat paham daa.......



diaorg boleh kawin...nenek uzir adik beradik ngan nenek fuyah.. so diaorg ni kira second cousin ler..betul tak??
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:04 AM | Show all posts
argh...

nak uzir dgn fuyah gak..

ske uzir..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 09:08 AM | Show all posts
boleh kahwin le... sbb dia ni ada pertalian darah melalui nenek sama nenek uzir... bukan datuk sebelah lelaki... Kalau sepupu belah ayah  baru x leh kahwin kot... sbb kalau kita x de adik-beradik lelaki ... bapa saudara, sepupu sebelah ayah or datuk (bapa kepada ayah kita) boleh jadi wali kita..... itu yg Jaza tau sbb dulu my father salah seorang kadi gak at MUIK wallah'uallam.... tanya pada pakar nikah kahwin lah....hehe..next.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:23 AM | Show all posts
wahhh uzir angau gila dah kat fuyah tu kan......

acap plak nak buat kputusan gila nmpaknye.....


adessss mesti tsepit fuyah dbuatnye nanti tu......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:28 AM | Show all posts
yes!!! best2.. hrp2 cepat2 laa si uzir masuk meminang si fuyah tu,,, syokknyeeee..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:40 AM | Show all posts
Hahaha...nie semua boleh membuatkan Datin Mahani bagi
'green light' kat Uzir dgn Fuyah....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:06 AM | Show all posts
sambung lagik iye...besh nya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:12 AM | Show all posts

Balas #270 juliet80\ catat

Ju...sian Fuyah...kena sepit ngan ketam ker?..sepit baju?..sepit rambut?.. ..lama aku x mai singgah sini..cuma sempat masuk jer.. ...wah uzir..senang ler lagi nak kepit si Fuyah ni...

Smiley...kalo x tau mana satu hero...ko buat hero baru...tapi yg pasti x mau la acap ngan fuyah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:37 PM | Show all posts
smiley...sambung laa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 01:10 PM | Show all posts

Balas #269 Jaza2008\ catat

oooo...thanks...
ye3...boley tawen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 01:46 PM | Show all posts
wah... best sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:16 PM | Show all posts

Balas #274 kaypo\ catat

kay... lama x nampak?... gi bertapa kat ne?... hehehe...

Fuyah tersepit bila nanti Si Acap luahkan perasaan dia... tapi ni belum sampai bab situ lagi.... dan si Uzir dgn seriusnya melamar dia... dan si Firdaus sibuk ajak gi dating.... masa tu baru le Fuyah tersepit diantara 3 jejaka... tapi harap Uzir yg diberi keutamaan sbb pastinya Fuyah x nak kecikkan hati nenek saudara dia dan Mak Datin dia tu.... bila dpt tau si farah dah kahwin senyap2 kat oversea... frust Datin Mahani nak bermenantukan Farah tapi dapat bermenantukan  anak sepupu sendiri.... keturunan sendiri....hehehehe.... pening cik smiley kita nak perah idea ni.... sory ya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:22 PM | Show all posts
nak lagi...nak lagi...nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:24 PM | Show all posts

Balas #278 Jaza2008\ catat

aku betapa kat gunung batu...
wah lom smiley sempat pikior cite ni what happen next...ko dah tolong  buat summary tuk dia...
mana kroni yg lelain...ari mana?..gi betapa gak ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.221578 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list