|
[quote]
Sepanyol lakar rekod 15 aksi tanpa kalah
BLOEMFONTEIN (Afrika Selatan): Selepas merakamkan rekod baru dunia dengan melakar kemenangan ke-15 berturut-turut, Sepanyol masih perlu melalui satu lagi perlawanan sebelum ia dapat mengatasi catatan rentetan tanpa kalah paling lama sepanjang zaman.
Juara Eropah itu muncul juara Kumpulan A selepas kemenangan 2-0 ke atas tuan rumah Piala Konfederasi, Afrika Selatan menerusi jaringan David Villa minit ke-52 dan Fernando Llorente (minit ke-72). Mereka boleh mencatat satu lagi rentetan tanpa kalah andai mara ke final kejohanan lapan negara, Ahad ini.
Kejayaan di Stadium Free State itu membantu Sepanyol, yang belum tewas sejak November 2006, untuk menyertai pasukan Brazil抯 1993-96 sebagai antara negara yang sudah melalui 35 perlawanan tanpa kalah.
揔ami menyedari bahawa kami sudah mencipta sejarah, |
|