CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

Sejarah Kesultanan Melayu Terengganu

[Copy link]
Post time 8-10-2011 10:25 PM | Show all posts
Reply  kismis


   Pondok ke? ade orang bilang baginda anak murid MB Tuan Guru Dato' Seri Haji H ...
Percival Post at 8-10-2011 18:00


ada dengar gak tu percival.. mmg di anaka murid Haji Hadi kan.. tpai yg pondok tu zaman dia belasan tahun lagi rasnaya.. or early twenties.. tgh rebel.. org kata dia tak sebulu sgt dgn ayahandanya.. Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply  Percival

legenda amuk tok kaya..
kat muzium negeri ada potret ilustrasi tok kaya tengah  ...
iscol_klang Post at 8-10-2011 19:14


haa itulah bila sebut2 tok kaya ni rasa2 ada nama kg. tok kaya..tapi tak ingat kat mana..check2 kat google map, aaa betul pun ada, sekali dekat2 Wakaf Beruas daa.. hehe..sebelum ni tak pernah tau pun siapa tok kaya dan sejarah amukan nya..
Thanks Percival dan Iscol_Klang bagi info dan share sejarah sejarah Tok Kaya.. Menarik jugak asal usul nama kampung kat Ganu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:57 PM | Show all posts
salam..
boleh tak tolong carikan salasilah keturunan sultan mahmud..yakni ayahanda kepada sultan mizan sekarang ni..

sebab...mak saya pernah cakap yang family saya ni dari keturunan sultan mahmud..tp jauh la..
dia tau paun sebab dia pergi cari sedara mara yang jauh2...
dan kebanyakkan yang dia jumpa semuanya dah tua...

bukan apa...saya just nk tolong mak saya...dia diberi amanah untuk mencari susur galur family kami dari arwah nenek...

saya berharap sangat ad forumer kat sini boleh tolobg carikan...
thanks...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 03:35 AM | Show all posts
salam..
boleh tak tolong carikan salasilah keturunan sultan mahmud..yakni ayahanda kepada sultan mi ...
chaemin Post at 12-10-2011 22:57


Chaemin.. cuba tengok n check nama yang nak dicari tu kat link royalark.net ni ada tak nama.. emm ni aje lah yg sy leh bagi, ada satu lagi link tu lupa dah cuba belek page depan2... Kalau salah minta maaf lah.. mungkin forumer benang ni yg lg experience leh tolong.. ok..selamat mencari salasilah anda..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 11:58 AM | Show all posts
Reply 242# missbeyond

atuk shiri bekas ketua kampung situ ... xtau missbeyong kenal x
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 01:25 PM | Show all posts
Reply 264# missbeyond


   owh...ok2...nanti chaemin try cari..trimas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2011 11:38 PM | Show all posts
Reply  missbeyond

atuk shiri bekas ketua kampung situ ... xtau missbeyong kenal x
shiri Post at 13-10-2011 11:58


kenal... arwah nenek Shiri pun iolls pernah tengok.. kenal la jugak family atuk Shiri ni.. tah2 Shiri pun iolls pernah tengok  masa uolls kecik2 kot..heheh tah berapa lama dah x g ziarah umah atuk Shiri.. balik kampung jarang2..raya baru ni singgah kampung sekejap je...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 11:43 PM | Show all posts
Reply 266# chaemin

sama2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 10:12 AM | Show all posts
Reply 267# missbeyond


hehehe kenal ke ... mungkin la sbb dulu ms kecik slalu duk umah atuk
ooo skrg miss katne ... shiri pon sm raya pon baru blik skrg bkerja di KL ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 269# shiri iolls pm uolls lah.. x sedap lak borak2 hal personal dlm benang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 04:35 PM | Show all posts
ok bley je
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 01:58 AM | Show all posts
Reply 271# shiri

jejak kaseyyy lg sekali.. sellok doh missbeyond suka. tah2 ramai ag sedare mare iolls dlm ni.. mari ramai2 mendaptar masuk benang nih.. heheh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 10:58 AM | Show all posts
wahh baru shiri tau ramai keluarga kite dlm ni ... bley nnti kenal2 sume
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2011 11:19 PM | Show all posts
Reply 273# shiri
lama iolls x masuk sini.. bz.. emm ada ag kot shiri..yg trlindung identiti.. cuma kiter x tau kan.. x apelah nanti ada rezeki berjumpalah semua.. tapi one day iolls hrp dpt berjumpa shiri scra live.. insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 01:57 AM | Show all posts
Assalamualaikum... clan iolls ada wat group private utk kerabat jauh (terengganu sahaja) kat pesbuk.. kerabat dekat pun boleyyy..... tujuan nak merapatkan silaturahim, kaji salasilah dll kira baru  jer.. x de organize apa2 xtvt apa pun ag... n x ramai lagi ahli...so dengan segala hormatnya saya jemput tengku-tengku dan waris2 join sekali...  lg ramai lg meriah..

Shiri, IRzeeBUk, aiskrimvanilla, AadiGoth dan sesapa ag yg berkenaan lau berminat pm sy... nnti sy bgtau detail..

....to others please understand yg niat kami nk menyambung silaturahim jer.. bkn nk bangga2 ke apa kan...peace...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 01:07 PM | Show all posts
Salam semua.
Berdasorkan pengetahuan ambe, secare ringkasnye, institusi kerajaan di bumi terengganu sangat panjang.

Sejaroh kesultanan melayu terengganu ni memang panjang, bermule kira-kira abad ke 16masihi. tapi sejaroh kerajaan islam terengganu, sudoh bermula kira-kira 700 tahun yg lepas. Kalu kite tengok pada batu bersurat, sudoh ditulis penubuhan kerajaan islam pada tahun 1303 masihi. Catatan paling lama adalah kerajaan Primula (kuala terengganu) dan Kole ( dungun). Semua ni dicatat dan ada dalam peta purba Ptolemy kira-kira abad ke 4 sebelum masihi. Sebelum Melaka wujud, negeri terengganu sudoh jadi kerajaan yang besor. Sebab tu dalam batu bersurat bertarikh 1303M sudah ada ditulis 'BENUA TERENGGANU'. Benua ni kecik ke besor?

Kerajaan terengganu bukan mari daripada kesultanan johor, ini fakta yang kite kene perbetulkan. Kerajaan terengganu bermula dengan kehadiran keturunan asal Nabi Muhammad SAW, Syarif Muhammad Al Baghdadi (Raja Mandalika) ke kuala berang di kg Temir, dan menubuhkan kota temir dengan keluasan 300 ekar. Dalam catata lama, pada abad 13M kawasan kuala berang,jenagor,temir sudoh mempunyai hampir 100,000 orang penduduk. kemudiannye melaksanakan hukum hudud pertama di tanah melayu. Hasilnye, terengganu menjadi tempat utama dan pusat kepada penyebaran agama islam di tanah melayu. antara tempat utama yang diislamkan adalah kedah tua,perak, dan melaka.

pada abad ke 15, terengganu mempunyai satu generasi Megat yang sangat digeruni oleh pahlawan-pahlawan nusantara. Dalam hikayat hang tuah, ada menyebut kekuatan Megat Panji Alam bertarung dengan Hang Tuah. Sebab ilmu silat Megat ni xdok orang buleh lawang, nok xmboh terpakselah Hang Tuah sembunyi belakang pintu, pahtu tikam curi dari belakang, akhirnye Megat Panji Alam mati.
Keturunan org yg bergelaran megat ni memang jadi nadi kepada kekuatan negeri terengganu, dan sehingga ari ni, masih lekat lagi nama megat pada orang2 teranung.

Abad 16, Persahabatan terengganu & johor bermule bile Syeikh Abdul Malik (sultan terengganu) atau Tokku Pulau Manis (cucu kepada syarif muhammad al baghdadi) mengahwinkan anoknye siti zubaidah dengan sultan johor. mengikut adat kawin dan resam melayu lama, seorang putera raja akan dikahwinkan dengan anok raja negeri lain utk bergantung kuase dan bersahabat. Kerajaan terengganu mase tu sangat besor, dan kerajaan johor jauh kecil. Johor masa tu menghadapi perang segi tiga dan hampir kaloh dalam perang. untuk menguatkan kembali kerajaan, raja johor mari ke terengganu utk berkahwin dan memohon bantuan. FYI, terengganu dulu dok paka pun sultan2, bila masuk Johor je baru lah paka sultan.
Doh dulu ketua kerajaan terengganu paka mende??
Kalu deme mari ke teranung, deme akan jupe banyok nama2 syeikh di merate2 tempat. Sebab dulu kite paka Syeikh, dan lebih dikenali dengan insitusi Khalifah Islam.

abih se kare.




Emm.....
Peret tulis gining ork?

1708-1733: Tun Zainal Abidin
1733-1794: Sultan Mansur I
1794
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2012 05:31 PM | Show all posts
Ada orang Ganu bagitahu dari 1942-1945, Sultan Ali (bukan title Tengku) memerintah Ganu. Sultan Ismail masa tu jadi ADC Sultan Ali.

Kata dia lagi, yg patut memerintah Ganu keturunan Sultan Ali.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2012 05:52 PM | Show all posts
hor. Betul doh tuh. tapi kalu ambe nok terang satu persatu, banyok la pulok.

semoleknya baca buku sultan ali tulis. tajuk dia 'Kenapa saya turun dari takhta'. warna kuning.

Sejaroh terengganu memang perlu banyok diteroka, sebab hampir keseluruhan kerajaan-kerajaan melayu jamang dulu berkait dengan terengganu. sorang celik ilmu pernoh kate, bahasa melayu tanah melayu datang dari terengganu. tapi sebab asimilasi dari indonesia,dia berubah mengikut zaman.

Hidden states 200 tahun? dok kot. 500 tahun kot.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 08:05 PM | Show all posts
Salam semua.
Ambe ade kitab manaqib ringkas yang susur galurkan dari Sultan Mizan Zainal Abidin sapa ke Nabi Muhammad SAW Dok dang mase lagi nok taip ser2, kalu dang ambe upload gambor.
hitammalaya Post at 8-7-2012 13:07



    Keturunan nenek moyang ambe sapa ke Nabi Muhammad?

Kalu dop keberatan sila lah letak kat sini...ambe nok tau gop ni...jgn dari sumber mengarut buku Tun Suzana dah ler...


Puisi pujian Sheikh Ahmad Al-Fathani kepada Sultan Zainal Abidin III

1. Taman harapan, dibasahi oleh embun pertolongan,
Lalu ia bertambah segar, bersih dan berseri-seri
2. Embun penyegar datang
membasahi seluruh permukaan taman,
Maka jangan kau heran !
Embun penyegar memang berpasangan dengan taman harapan
3. Diiringi dengan tiupan
angin lembut datang membelai
syahdu meng'asyiqkan
Tiada tara, luar dugaan
4. Lalu ia mengorak dan memekarkan
bunga-bungaan harum mewangi
Indah, tiada bandingan
5. Dahan berayun
dan daun pun melambai
kegirangan
Burung berkicau
kegembiraan
6. Diiringi oleh pujian
dengan pelbagai lagu dan nada
tanda kesyukuran kepada Allah
Pemberi nikmat, pemberi bahagia
7. Bagaikan mentari, penuh megah
Bagaikan bulan, penuh sinaran damai,
cahaya suci
harapan jiwa, penawar hati
8. Bagaikan laut, pemurah tiada tepi
Bagaikan hujan, penolong tiada beza
Memberi sebelum diminta.
9. Pengasih kepada rakyat
Jasa ditabur tiada putus
10. Hiasan negeri
Kebanggaan rakyat
Tempat tumpahan hati
Nurani rakyat
11. Itulah Sultan Terengganu
Raja yang berani, bermaruah
dan bertuah
12. Raja yang agung lagi bijaksana
Pandai mentadbir
Banyak berilmu
Petunjuk jalan bahagia
13. Kemuncak usahanya ialah
menggali ilmu, menyelami ma'rifah
menunjukkan jalan hidayah
14. Dunia Melayu belum pernah menzhahirkan
Raja agung seperti baginda
Raja memiliki akhlak yang mulia
15. Baginda ialah cermin agama
wadah amanah
neraca keadilan
Maka jangan engkau ragukan
16. Jauh berbeza daripada raja-raja yang lain
di segi akhlak, pangkat,
kemuliaan dan keturunan
17. Baginda, di kalangan raja-raja Melayu,
laksana bulan
apabila ia timbul mengambang
maka hilanglah segala cahaya bintang
18. Baginda adalah orang yang mulia,
bahkan kemuliaan itu warisan daripada
datuk neneknya
keturunan mulia
dari dahulu sampai sekarang
19. Memang raja putera raja
Keturunan yang mempunyai rantai kemuliaan
yang tak pernah putusnya
20. Keturunan Saiyidina 'Ali
Saiyid anak Saiyid
Keturunan yang tak menzhahirkan,
kecuali hanya kemuliaan
21. Himmahnya yang tinggi,
melebihi penghuni maya persada ini
bahkan lebih tinggi,
daripada bintang Suraya dan Farqad
22. Aku berharap,
semoga bangsa Melayu dapat maju dengan pimpinannya
Dan dapat mencapai kemuncak peradaban
dan kesejahteraannya.
23. Aku berharap,
semoga baginda berkenan menyebarkan ilmu,
ma'rifah dan petunjuk
Lalu baginda menjadi kebanggaan
dan rakyat mendapat kejayaan
24. Dan yang lebih besar lagi, aku berharap,
semoga baginda berkenan menyuruh 'ulama',
dan cendekiawan yang memahami petunjuk
25. Agar mereka dapat membukukan bahasa Melayu
Kerana aku bimbang ia akan hilang,
atau dirusak oleh perubahan
yang berlaku dari masa ke masa
26. Begitu pula hendaklah mereka itu mengarang se-jarah Melayu,
yang meliputi segala perihal orang Melayu
Kalau tidak, mereka nanti akan hilang, dalam lipatan sejarah
27. Ayuhai segala cerdik pandai !
Hidupkan sejarah bangsamu !
Dengan itu, kamu akan disebut dalam sejarah
dan namamu akan harum sepanjang masa
28. Dalam menulis sejarah
hendaklah ambil perhatian !
Tampilkan kebaikan raja-raja Melayu,
sebutan baik dikekalkan
29. Dengan itu, kamu akan jadi gembira
dan bernilai di mata lain bangsa
Kerana kamu telah dipimpin oleh raja yang bijak, berilmu, dan berwibawa
30. Inilah Qashidah atau Syair
yang dipersembahkan ke pangkuannya
Baginda, laksana Ka'bah,
sangat beruntung orang yang datang ke sisinya
31. Qashidah ini datang berharap,
supaya ia berkenan di hati baginda sultan
walau ia lemah dan taqshir
32. Ia bersembah dengan doanya,
"Semoga Allah memelihara baginda
dan mengekalkan kebahagiaan baginya"
33. Kemudian, maka ditutup syair ini dengan
Shalawat dan Salam yang diaturkan
untuk junjungan tercinta dan untuk keluarganya
selama taman harapan
masih dibasahi oleh embun pertolongan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 03:22 AM | Show all posts
Salam semua.
Berdasorkan pengetahuan ambe, secare ringkasnye, institusi kerajaan di bumi terenggan ...
hitammalaya Post at 8-7-2012 13:07


sedap dibaca.. dlm bahasa tranung... santai...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043435 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list