|
Konsert Fantasia Mawi [merge dtec, dexa & biezie_slalu]
[Copy link]
|
|
Originally posted by greyrose at 7-8-2006 01:51 PM
ni mesti tido masa kelas bm
:nyorok::nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
cik bz,
baling batu sembunyi tangan ....ramalan ku tak benar belaka ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 7-8-2006 10:00 AM
well --
rasanya cik biezie tak boleh jadi
tukang tilik lagi la.....
kena tunggu konsert lain la pulak
kalau nak buat tilikan --
semua prediction - out aje --
mawi - tak ada suara pecah ...
:setuju:
jgn mudah menilai org kn??? ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
Hatta This user has been deleted
|
Mawi dah banyak improvement. Tahniah utk dia. Really enjoy the concert walaupun tgk kat TV aje. |
|
|
|
|
|
|
|
bz tengah pk tu aper dia nak cari alasan pulak ni, tengah cari kelemahan mawilah tu. pk dulu bz tak aper ambik masa lama pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert Fantasia Mawi: Konsert syok sendiri?
Melihat kpd bbrp pengisian dlm konsert ini, jelas ternampak bhw pihak Maestro cuba melonjakkan nama Mawi dlm arena seni negara setelah jatuh merudum kesan pembongkaran salahlaku Mawi oleh para wartawan yg "PHD" kpd Mawi.
antaranya ialah penganugerahan yg entah apa2 kpd Mawi. maestro mempergunakan pak menteri utk anugerah ciptaan sendiri! ( memang taktahu malu)
jemputan kpd artis2 besar spt MNasir Raihan,dan Jamal: cuba meletakkan Mawi setaraf dgn seniman2 hebat itu, sedangkan realitinya Mawi cuma besar dlm "kepompong" fanatiknya!
gandingan Mawi dgn Farhan, sengaja diada2kan! maestro menjangkakan Farhan akan menang AF4, dan selayak Farhan digandingkan dgn Mawi! sayangnya Farhan kalah. lebih buruk lagi, persembahan cemerlang Farhan musnah dgn persembahan hambar Mawi dlm lagu tuh!
kasihan mereka yg dlm "kepompong" itu!.................terpedaya............... |
|
|
|
|
|
|
|
ketawa aku pabila menteri dipergunakan!
bijak juga FF, ya!
ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
tertawa aku, bila ada lagu nasyid kat tengah2 konsert tuh! konon2 islamik ler! prfftthhh
mcm kisah lebai masuk disco! |
|
|
|
|
|
|
|
KONSERT FANTASIA BUKTI KEHEBATAN MAWI
Konsert Fantasia bukti kehebatan Mawi
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
![](http://www.utusan.com.my/pix/2006/0808/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01_big.jpg)
Mawi, M. Nasir dan Jamal yang mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah
mendapat pekikan gemuruh daripada penonton di Stadium Putra Bukit Jalil,
Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.
PADA masa ini tidak dapat dinafikan Mawi merupakan seorang penyanyi yang cukup bertuah. Baru setahun bertapak dalam industri, pelbagai kejayaan yang diraih olehnya selain muncul dengan tiga album antaranya Best Of Mawi dan Yang Tercinta. Dia juga dipilih menjadi duta beberapa produk.
Bagi meraikan ulang tahunnya yang pertama dalam industri, Mawi diberi kesempatan mengadakan konsert solo pertama yang merupakan konsert besar-besaran bagi dirinya.
Belum pernah lagi juara Akademi Fantasia diberi peluang sebegitu dan Mawi satu-satunya juara AF yang bertuah.
Selain itu, keistimewaan Konsert Fantasia Mawi yang dianjurkan oleh Maestro dengan Alliance Cosmetics Sdn. Bhd. itu merupakan penampilan Mawi yang pertama selepas bercuti selama hampir sebulan.
Mawi memperlihatkan kematangan pada persembahan tersebut. Biarpun pelbagai kontroversi yang menimpanya, konsert itu membuktikan Mawi masih gah dan world!
Sambutan peminat terhadap konsert tersebut tidak menghampakan. Nyata Mawi masih diminati biarpun kontroversi putus tunang dengan Nurdiana Mohd. Naim atau Ina dikatakan sedikit sebanyak mengganggu popularitinya.
Sikap Mawi sendiri jauh berubah daripada dulu. Jika dulu dia agak sukar berinteraksi bersama peminat ternyata pengalaman yang dikutipnya selama setahun sebagai artis telah mengajarnya berdikari dan matang di pentas.
Berinteraksi bersama peminatnya dengan penuh yakin, bergurau dan berlawak membuatkan penonton yang menonton konsert itu tidak bosan dan mampu bertahan selama hampir dua jam lebih.
Tidak cukup dengan itu, apabila Mawi baru menggerakkan tangan dan kakinya sahaja, sorakan dan pekikan peminat mengiringinya.
Nampak sangat peminatnya begitu teruja melihat perubahan Mawi yang dulunya tidak mahir menari tetapi kini sudah mampu menari.
Dalam pada itu, pada konsert tersebut Mawi turut menerima anugerah medalion. Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin.
Anugerah itu diberikan kepada Mawi sempena ulang tahunnya yang pertama dan dia dipilih kerana memperoleh pelbagai kejayaan dalam masa setahun.
Impak maksimum konsert tersebut ialah persembahan duet Mawi bersama Jamal (Kekasih Awal dan Akhir dan Terharu) dan bersama M. Nasir dalam lagu Lagu Jiwa, Lagu Cinta, diikuti lagu Ghazal Untuk Rabiah yang dinyanyikan oleh mereka bertiga.
Bukan setakat itu sahaja, malah anak kampung dari Felda ini sudah berani mengusik sifunya, M. Nasir dan Raja Pop, Jamal Abdillah ketika sama-sama di pentas. Usikan spontan dan gurauan Mawi bukan sahaja menghiburkan malah yang lebih nyata Mawi sememangnya sudah pandai bergaya di pentas nyanyian.
Konsert tersebut dimulakan dengan nyanyian daripada Mawi menerusi empat buah lagu iaitu Aduh Saliha, Kian, Perempuan dan Al-Jannah.
Raihan tampil dengan lagu Nabi Anak Yatim dan berduet menerusi lagu Iqra.
Dua bintang AF4 baru, Salima dan Farhan turut diberi peluang untuk memeriahkan konsert Mawi itu.
Lagu Arab, Tamally Maakk menjadi lagu pilihan Mawi dan Salima untuk berduet, dan Fly Me To The Moon menyaksikan Mawi dan Farhan pula mengambil pentas menghiburkan peminat. Selepas itu Farhan diberi peluang untuk menyanyikan lagu solonya iaitu Aku Saja Yang Tahu
- petikan dari Utusan - |
|
|
|
|
|
|
|
WTG mawi!..
memang hebat konsert dia --
and you will only get better.... |
|
|
|
|
|
|
|
:solute:
Hats off to mawi!! You can only get better!! |
|
|
|
|
|
|
|
my sister pegi konsert tuh... she said memang bagus... tak sempat lagi bertanya lebih2... sebab malam tadi baru sampai JB... nanti I tanya macam mana... sepintas lalu, my sister kata puashati... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 nuha's post
nuha - nanti komen la apa yang sister you cakap
put kat thread 'komen' tu....
wud be interesting to read sebab
tengok live... - different sikit ambience dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila ulangan??
tak dapat tengok lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 choice's post
tak tau la bila ulangan dia -
shud ada -- nanti mungkin akan
ada ads pasal ulangan tu --- |
|
|
|
|
|
|
|
MEMANG BEST SGT...BETUL2 NAMPAK SATU PERKEMBANGANA YG BAGUS PADA MAWI....TAHNIAH MAWI |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by biezie_slalu at 8-8-2006 02:30 AM
tertawa aku, bila ada lagu nasyid kat tengah2 konsert tuh! konon2 islamik ler! prfftthhh
mcm kisah lebai masuk disco!
SEKURANG2NYA TAK LAH KITA NIE BUAT KONSERT TAK BOLEH NAK BUAT AMAL JARIAH SIKIT....SEKURANG2 NIE ADER NASYID BOLEH LAH MENYEDARKAN ORG RAMAI....
KENAPA LAK NAK KETAWA...NASYID TU KAN BAGUS... |
|
|
|
|
|
|
|
puas hati dgn perubahan mawi...kite pun tak sabar nak tunggu ulangannya...harap2 betullah meastro akan keluarkan vcd konsert tu... pasti malatops! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 8-8-2006 08:19 AM
nuha - nanti komen la apa yang sister you cakap
put kat thread 'komen' tu....
wud be interesting to read sebab
tengok live... - different sikit ambience dia..
dexa... malam nie I tanya lagi dgn my sister... pagi nie dia gie keje dah... my aunt plak... rite after the konsert tepon my mom... comment pasal konsert... kata dia best! |
|
|
|
|
|
|
| |
|