CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: intan_mahsuri

- SEKOLAH DI ZAMAN SEKARANG -

[Copy link]
Post time 14-9-2006 06:03 AM | Show all posts
hehe.. kelmarin dah siap hampir 80 buah buku diap disusun. ad adlm 20 buah lagi siap la.... dengan bantuan 10 orang pengawas sekolah.. tebal sebuah majalah sekolah aku adalah 140 muka surat..

aku panggil 10 orang pengawas ni.. dari awal pagi hingga jam 2 ptg baru berhenti susun.. rasa cam nak patah jari n pinggang. haha..

kerja susun majalah akan disambung semula hari isnin ni.. sbb ari ni aku akan gi berkhemah.. makmal komp. aku siap tampal... jadi kawasan larangan kepada semua guru dan murid... tak dibenarkan masuk langsung.. sbb berterabur ski ngan majalah sekolah.. hehe..

kelmarin yang ak tahan tu. ada sorang cikgu tu dia dah tgk aku duk sibuk susun majalah.. leh lagi cam paksa juga aku tolong dia ambik gambar kemudian edit n print utk dihantar ke pejabat.. aku bagitau dia.. selagi tak siap susun majalah ni.. aku tak nak tolong sesiapa lagi.. nak ambik gambar.. aku leh tolong bagi dia pinjam kamera.. tak nak gak. nak suruh aku gak..

last2.. aku kata minggu dpn baru leh.. lepas siap..


//ps.. ak tanya.. sesiapa yang tahu camne nak masuk pertandingan majaalh sekolah terbaik.. leh tolong tak.. aku nak try masuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 11:59 AM | Show all posts
tuah ayam,

anak mac yang dilantik dalam sidang redaksi pun dok kena kuarantin dalam computer room..... around 10 of them jugak..... tapi mereka masih typing and designing..... sejak habis UPSR sampai la ni, tak pernah masuk kelas lagi...heheh

pertandingan majalah sekolah.... ha..... mac pun nak suruh Guru BEsar submit la..... ada ke such pertandingan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2006 08:19 PM | Show all posts
letih lagi rasanya.. 3 hari  berkhemah di pusat ko-kurikulum..

seramai 120 org pelajar tahun 4,5 dan 6 menyertai perkhemahan ini.. hari pertama aktiviti adalah jungle tracking.. paling mencabar kerana ketika aktiviti dijalankan.. hujan lebat turun.. nak turun bukit curam yang licin amat mencabar.. dan hasilnya seorag pelajar terpaksa dihantar pulang pada hari pertama kerana digigit lipan..

hari kedua. alhamdulillah. aktiviti berjalan denagn lancar.. antara kativiti yang dijalankan adalah. wall climbing, flying foc, berkayak, merentas halangan dan kembara malam serta malam persembahan..

dan hari ini sekolah cuti peristiwa.. namum aku takleh cuti gak. terpaksa bawa budak bertanding bola sepak bawah 10 org.. alhamdullilah.. letih gile rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 02:15 PM | Show all posts
tuah,
Aku doakan ko dapat banyak ganjaran daripada Allah hasil drpd kerja keras ko mendidik murid-murid dengan hati yg ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 02:31 PM | Show all posts
BkN kT sEKOLh ..Kt CoLLeGe...LeC x De..InGT lEH lIK...hEmPeH...aDe LeC lAIn GanTi!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 10:41 PM | Show all posts
liza,
amende yg ko tulis tu, tulisan bercampur aduk. tak penat ke menaip macam tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 18-9-2006 02:15 PM
tuah,
Aku doakan ko dapat banyak ganjaran daripada Allah hasil drpd kerja keras ko mendidik murid-murid dengan hati yg ikhlas



Yela Sherrina...... untung sekolah yang dapat cikgu macam Tuahayam ni kan......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 08:17 PM | Show all posts
tak perlu untuk memuji.. .. sbb aku rasa masih banyak lagi yang perlu aku belajar...

dan masih banyak lagi kekurangan dalam proses mendidik anak2 murid aku.. ila sibuk dengan aktiviti luar.. kekadang kelas sendiri terpaksa ditinggalkan... kesian lak dgn budak2 kelas aku.. selalu ditinggalkan..

dah lama tak tengok posting dari guru2 lain seperti pakcik, intan mahsuri dan mamailya... mana diorg pergi agaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 08:20 PM | Show all posts
Ada ni haaaa.... Sorry ler geng, lately rasa malas nak masuk bod ni... esp. bila sibel ada.... Sibel, no hard feeling eh?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2006 08:23 PM | Show all posts
Actually 2-3 menjak ni, banyak perkara yg berlaku.. semua berkenaan sahsiah dan kebajikan pelajar. I wanted to share my experiences, but something always stop me when my fingers were about to hit the keyboard... Why eh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 08:34 AM | Show all posts
sambung cerita saya pasal aktiviti kem motivasi kepimpinan...

kalau dah nama kem motivasi, kalau tak da night walking dan sesi burung hantu, tak sah...maka samalah dengan kem motivasi ini. sekarang dah lebih kurang jam 12 tghmlm. bebudak pun dah mula kuyu mata tapi tak kurang juga yang masih macam gasing. sebab depa dah biasa tidur awal. jam 9 atau 10 dah tido. lani jam 12 tak tido lagi... memula macam biasa tutup mata. jalan by group dan dibantu oleh fasilitator.


duduk dulu. tutup mata nak bagi sesuaikan dengan keadaan sambil bagi peluang baca doa apa apa yang patut...


ikut jer la mana abang fasilitator tu bawa. ni kononnya naik bukit ada banyak pokok. semua kena merangkak.


yang ni pula dah terpisah dari group. so pepandaila nak cari group balik. ada kata laluannya. walaupun mata tertutup dan budak ni meraba-raba, tapi faktor keselamatan tetap diambil kira. salah seorang fasi mengikuti pergerakan budak tu sambil bawa first aid. dia pun suka nyakat bebudak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 17-9-2006 08:19 PM
letih lagi rasanya.. 3 hari  berkhemah di pusat ko-kurikulum..

seramai 120 org pelajar tahun 4,5 dan 6 menyertai perkhemahan ini.. hari pertama aktiviti adalah jungle tracking.. paling mencabar  ...



asalamualaikum sumer...

apa kabar? wah banyak aktiviti dkt2 hujung tahun ni ek? im semalam baru balik dari kursus pendidikan luar, asas snokeling dan scuba kat pulau tioman. im dah jadik jurulatih pusat ko negeri.
2 minggu lepas im dan jurulatih lain handle kem jatidiri i.e kem utk budak2 hard core yang dah kena buang sekolah. seronok jugak dgn budak2 ni. im rasa next year im nak wat projek daki gunung kinabalu dgn bdk2 sekolah. saper ada pengalaman, kongsi ngan im. im nak tahu camner kertas kerja, sumbangan dll perancangan sebelum pendakian tu. im tahu mesti banyak yang perlu dibuat persediaan...
kalau sesaper ada pengalamn, citer sket eh...

p.s tuah bawak bdk2 bercamping kat pusat ko mana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 11:50 AM | Show all posts
Mama,
alah citer ajelah...pedulikan apa sahaja halangan. Kita disini nak berkongsi ilmu dan pengalaman kan

Charlie,
wahh...nak pulak budak2 KL tu main burung hantu bagai....bestnyaaa....

IM,
amboi, snorkeling scuba gitu..best sungguh. Boleh lagi ek ke Pulau Tioman. Ingat tutup dah sebab dah dekat musim tengkujuh (ye ke?)

Bulan puasa ni relaks lah sikit bagi sherrina sebab satu tadika dah habis lesson bulan 9 ni. Dorang nak abiskan cepat sebab bulan 10 nak focus utk concert training. Tinggal 1 skolah lagi lah bawah jagaan sherrina. Skolah yg sherrina ajar robotik tu pun habis bulan ni. Tapi bulan puasa ni banyak le kene gi melawat skolah2 yg dah request computer camp dr kompeni sherrina. So, sibuk tu tetap ada.

Di pusat tuisyen pulak, budak2 UPSR dah tak nampak dah. Paham ajelah, exam dah habis..mak ayah tak hantar ke kelas lagi lah. So skrg sherrina focus utk math and english bagi budak2 form 2. Banyak jugak silibus form 2 ni, jenuh jugak nak kejar. nak kejar laju2 pun, kesian plak kat student yg amik masa utk pick up lesson tu. udah le math, in english pulak..lama le sikit nak digest ilmu tu. Lepas raya nanti nak start program utk persediaan ke Form 1. Disamping tu sherrina ngan member2 tgh plan utk buat program2 komputer sempena cuti skolah spt kem animation, web designing, multimedia dll...alamak, lawatan pun kene buat lah...sudah janji dengan student. Itu semua kene masuk lepas raya lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2006 03:00 PM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 20-9-2006 11:50 AM
Mama,
alah citer ajelah...pedulikan apa sahaja halangan. Kita disini nak berkongsi ilmu dan pengalaman kan

Charlie,
wahh...nak pulak budak2 KL tu main burung hantu bagai....bestnyaaa....

...


hehehe..memang seronok...dapat belajau menyelam. laut agak gelora jugak tapi takler teruk sangat. tapi dapatlah jugak mabuk free. sebelah petang, im ikut the veteran gi ngail kat tengah laut. terumbang ambing boat im. sempat muntah sekali....lepas muntah ikan banyak datang...hehehehe....uweeeekkkk....
koyan im asyik tak mengena ikan jerrr...tapi it was quite an experience...lepas tu im dapat jugak blajar bawak boat...yang seronoknya im kat depan bawak tak ingat dunia. rupanya oang kat blakang kocut porut dan pening kepala....
besttt....memnag best....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 03:10 PM | Show all posts
im*
pusat ko-kurikulum kuala berang, terengganu...

Mula2.. cam nak apply gak kot2 bernasib baik dapat jadi jurulatih pusat ko.. tp bila2 difikirkan kembali.. niat tu terpaksa dipendamkan.. kerana mmg akan sentiasa kuar masuk sekolah..


esok ramai gile cikgu kat sekolah akan keluar.. 7 orang termasuk aku ke pertandingan olahraga daerah bawah 10 tahun.. dan semua ustaz dan ustazah bawak budak thn 6 ke masjid .. program ibadah.. arap2 tak hancurla sekolah esok.. hehe


//alhamdulillah.. majalah sekolah dah siap disusun dan telah dihantar ke pusat percetakan.. arap2 dpt cepat la..
lepas ni nak concentrate edit video yang aku ambik lak.. dah penuh hard disk... tak sempat nak edit dan dimasukkan lagu... salah satu punca pendapatan makmal sek aku.. aku biasa jual Rm1.50 je sekeping..

[ Last edited by  tuahayam at 20-9-2006 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2006 08:18 PM | Show all posts
tuah,
bestlah student skolah Tuah tahun ni ada CD ada buku tahunan...seronoknya..tak jumpa lagi skolah2 lain di area ni yg sherrina dengar siap bagi CD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2006 08:53 AM | Show all posts
wow.... ada CD la tuah ayam..... i wonder sekolah anak mac will aceept my idea to sell CDs.... kat handycam mac sendiri pun, banyak performance budak2, pertandingan yang sekolah take part yang mac ambil.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2006 08:43 PM | Show all posts
cikgu-cikgu dan forumner2 sekalian,

sherrina nak ajak kalian sama2 kongsi cara menangani masalah disiplin pelajar skolah. Sherrina pasti topik ni banyak kali dibincangkan tapi tak salah kalau kita bincang lagi kerana ia sentiasa berubah setiap waktu. semakin hari semakin banyak perkara baru yg kita perlu lihat dan pelajari.

sherrina nak tanya bagaimana anda menangani masalah disiplin pelajar di sekolah anda? adakah anda lepaskan sahaja pada guru disiplin biar guru disiplin dan guru kaunseling handle atau anda sendiri terlibat dalam proses pendendaan, penghukuman atau pengadilan pelajar itu. Adakah anda lempang pelajar itu, lapor pada ibu bapanya, lapor pada polis atau biar sahaja lantaklah sebab ia bukan anak anda dan ramai lagi murid lain yang nak belajar dari anda...

harap kita dapat bincang sama-sama...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 04:24 PM | Show all posts
bercakap soal displin.. tingat perkara yang berlaku kat sekolah tadi..

ari ni sabtu ketiga sekolah diganti utk cuti raya.. dan sekolah telah rancang pelbagai aktiviti khas utk hari ini.. antaranya.. acara senamrobik, sukaneka dan pertandingan mewarna..

tp masa senamrobik.. 2-3 org bagitau ke aku.. ada sorang budak kelas aku curi basikal... so aku tangkap n bersama guru displin kami soal siasat dia..

mulanya tak nak mengaku.. tp bile diugut nak dihantar ke balai polis baru mengaku mencuri sebiji basikal...  terus suruh 4-5 org budak lain ikut dia balik rumah ambik basikal yang dicuri tu.. dan terkejut tgk mak dia  datang sama lepas tu..  

tgk dari gaya. cam anak terbiar je.. mak ayah pun tak hirau dan tak tanay pun.. anak wak balik basikal org.. tp bila disoal siasat lagi.. nak cari elajar lain yang terlibat. mak dia asyik menyampuk.. guru displin tu siapa suruh mak dia tutup mulut dan balik.. hehe

dan bile ditekan-tekan.. dia mengaku lagi curi 4 buah basikal.. terkejut sungguh.. dan dapat la nama 2-3 org yang terlibat sama...

berjaya juga berjumpa balik 4 buah basikal yang dicuri tu.. tp dlm keadaan tak lengkap dah.. takpela.. esok dah suruh budak2 yang hilang basikal tu datang bersama ayah.. ambik balik basikal yang hilang tu..

tp yang terkejut tu.. sbb budak ni pendiam gak.. dan sebagai guru kelas dia.. tak sangka dia wak perkara camtu... tahla.. cam2 hal..

budak2 ni.. kalu tanya lembut2 mmg takkan mengaku.. tp bile digertak baru mengaku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:42 PM | Show all posts
Tuah,
adakah itu akan dijadikan kes polis? Sebab ia mencuri kan. Boleh dikira mcm kes juvenil ke? apa yg skolah bleh buat bila murid ditangkap mencuri? I mean kementerian ada bagi guideline ke kalau kes ini....buat mcm ini.....something like that...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.824273 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list