CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: winter

Novel / Cerpen : Kau Aku dan Dia

[Copy link]
Post time 7-7-2006 01:08 AM | Show all posts
nf: geram ngan hani tu ek...busuk ati tul

:cry: sian kat akma tu...jadik mangsa keAdaan jer la...

ape pun,chaiyok2!!!sambung lagi winter..
mmg best la cerpen nih...sonok baca..
really enjoy it!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 11:24 PM | Show all posts
wahh, lame tunggu winter sambung..
smpi dah terlupa dah sbb setiap kali masuk je takde perkembangan..
thanks winter!!! :love:
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 01:07 PM | Show all posts
winter..bila nak sambung nie..kalau sambung nanti panjang2 la sikit ye..baru syok nak baca...

tak sabar nak tunggu sambungan novel nie...cptlah sambung ye....
Reply

Use magic Report

jajadanial02 This user has been deleted
Post time 18-7-2006 02:27 PM | Show all posts
Winter cepatlah sambung...sampai dah nak lupa sampai maner citer nyer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 04:19 PM | Show all posts
Salam semua..sekali lagi winter kembali membawa sambungan bab 9. Walaupun tak berapa panjang, harap korang berpuas hati dengan chapter ni. Lepas ni banyak lagi perkara yang akan berlaku pada watak-watak ni. Stay tooned ok? Pada yang nak mengembangkan watak Farid..akan muncul selepas ini..pada bab yang seterusnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 04:29 PM | Show all posts
Bab 9
       
        Bermula daripada malam itu, Akma meneruskan hidupnya seperti dahulu. Pergi ke kelas seperti biasa, belajar seperti biasa. Kadang-kadang, wajah Nuar menggamit fikirannya, tetapi dengan cepat juga Akma menghilangkan bayang itu daripada memorinya. Jika dilayan, alamat tidak belajarlah dia seharian.

        Awal-awal pagi dia sudah ke kuliah. Seperti biasa, Akma akan duduk dibahagian hadapan. Walaupun hatinya seringkali menggesa untuk menoleh ke belakang melihat wajah yang dirindui, tetapi fikirannya menegah hasrat hati. Dia jugalah yang paling awal keluar daripada dewan kuliah, sedangkan dahulunya dialah antara orang terakhir melangkah keluar. Itupun mengikut pintu hadapan bukannya pintu belakang seperti selalunya. Dia tidak mahu pandangannya nanti ternoktah kepada Nuar. Akma seringkali mengeluh. Mengapa sudah sekian lama dia menjauhkan diri daripada Anuar, semakin kuat rasa hatinya untuk memandang wajah jejaka tampan itu?

        Kadangkala dia terfikir. Sudah lupakah Nuar kepadanya? Walaupun dia cuba mengelak, kadangkala terdetik juga mengapa Nuar tidak pernah menghubungi? Mungkinkah masih ada peluang untuk diri ini walaupun sekelumit cuma di dalam hati jejaka itu? Tetapi entahlah. Dia sendiri tidak pasti dengan diri sendiri. Tidak mungkin, Anuar terlalu menyintai Natasya. Tidak mungkin perasaan lelaki itu akan berubah. Mengingatkan perkara itu, hatinya robek semula.

        Minggu peperiksaan yang bermula membuatkan Akma semakin sibuk. Masanya dihabiskan mentelaah dan membuat kajian tentang apa yang dipelajarinya di perpustakaan. Seperti biasa, Akma tekun menghambakan diri pada buku-buku yang tersusun disekelilingnya. Meja yang boleh memuatkan 4 orang itu hanya boleh digunakan oleh Akma seorang sahaja. Nasib baiklah tempat duduk diperpustakaan itu masih banyak yang kosong lagi.

        Akma tidak sedar dari jauh, ada mata yang sedang memerhatikannya sedari tadi. Bukan setakat hari ini, malahan hari-hari sebelumnya juga. Akma memang begitu, kalau sudah mula melakukan aktiviti yang diminatinya, hantu di depan pun dia buat tak tahu sahaja.

        Mata Anuar tidak lepas memandang Akma. Kedudukannya memang tersorok sedikit berdekatan dinding dan rak-rak buku, tetapi cukup jelas untuk melihat Akma. Dia memang suka melihat wajah Akma apabila dia serius dengan kerjanya. Teringat kembali peristiwa dimana dia dan Akma ketika membuat tugasan di perpustakaan tidak berapa lama dahulu. Alangkah baiknya jikalau mereka masih baik seperti itu.

        Anuar masih lagi tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah Akma masih lagi tidak mahu berbicara dengannya selepas kejadian hari itu? Dia tidak tahu mengapa Akma bersikap sebegitu rupa, dia masih lagi tercari-cari apakah silapnya. Seringkali juga dia menunggu masa untuk menegur Akma, tetapi Akma seolah-olah mengelak daripada berjumpa dan bertembung dengannya. Mengapa Akma? Adakah disebabkan kata-kata-katanya yang mengguris hati Akma malam tersebut? Atau sebab lain yang dia sendiri belum dapat meneka?

        Telefon bimbit direnungnya. Anuar menghembus nafas kesal. Akibat perbuatan menghempas telefon tempoh hari dia terpaksa membeli telefon baru. Nombor telefon Akma yang disimpannya didalam telefon tersebut turut hilang. Pernah juga dia membuat keputusan untuk meminta nombor telefon Akma daripada Hani, tetapi fikirannya menegah apabila memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi sekiranya Tasya mendapat tahu perkara itu.

        Anuar melangkah keluar daripada perpustakaan tidak berapa lama kemudian. Matanya masih melirik pada Akma yang masih tidak sedar akan kehadirannya. Bertubi-tubi soalan keluar daripada mindanya. Akma, Sekiranya aku bersalah, apakah yang perlu aku lakukan? Bagaimanakah caranya untuk aku meminta maaf, Akma?

        Lamunannya terganggu apabila dengan tiba-tiba telefonnya bergetar. Dia menjawab panggilan tersebut dengan kedutan didahinya.

        揌ello Tasya. I抣l be right there. Don抰 worry.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2006 04:57 PM | Show all posts
*        *        *

        揂t last!
Reply

Use magic Report

kek_keladi This user has been deleted
Post time 18-7-2006 05:43 PM | Show all posts
yeye... da sambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lady_arviena This user has been deleted
Post time 18-7-2006 08:47 PM | Show all posts
fuhh... winter ni bikin suspen lah. hehe..

tak sia2 jenguk bod nih hari2.. thamx vewy much winter!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:41 PM | Show all posts
yeah...winter....

go winter go... :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 12:22 AM | Show all posts
waaaaaaaa sambung lah lagi.......................
lama dah tunggu.....
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:03 AM | Show all posts
nasib baik laa aku bukan akma..kalau tak akan aku rampas kembali nuar..wakakaka.. sian watak anuar tuh...hati dia sebenarnya kat akma tuh....hehehhee..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:52 PM | Show all posts
best..thanks winter...kalo ader sambung lah lagi..tapi jgan buat kami tertunggu lelama ekk...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:18 PM | Show all posts
winter.... cepat ahhh sambung....
bestlaa... tak sabo rasernyerr....

nasib baik akak tak pandai menulis... kalo tak mau aku tolong sambungkan citer ni... ahakss...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 01:36 AM | Show all posts

@>~~

sonok nyer da ada smbungan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 08:57 AM | Show all posts
akhirnyer... perghhh....
tetiap hari aku jenguk sini-dgn harapan winter dah up date...
thanks... winter :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 10:53 AM | Show all posts
:pompom::bodek::bodek::bodek::pompom:winter
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 03:11 PM | Show all posts
ingatkan winter dah lupe yang dia ade post cerpen kat sini...
anyway...gud luck winter...:pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 11:09 PM | Show all posts

winter timakasih....sambung cepat yer.

tak sia2 jenguk bod nih hari2......nak lagiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2006 12:12 PM | Show all posts
ubat before final exam start.... huhuhu.. cik winter pas saye abes exam tulis byk2 ek....hehehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062697 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list