CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sang_Pencinta

Debat Doula Dengan Prof.Dr Imelda Balchin Jumaat Ini Di TV Alhijrah

[Copy link]
Post time 23-2-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengar kata Zaki yang rejek utk join tu datang ke studio mlm tadi..

source : Fb Rusyainie Ramli -part of the team yg temankan Prof Imelda mlm tadi..

6. Semasa rancangan dihentikan sebentar untuk iklan, suami seorang doula duli cikebum yang menolak untuk hadir ke Analisis, secara tidak semena-mena telah naik ke pentas dan cuba membisikkan sesuatu ke telinga panel doula duli cikebum. Tanpa diundang. Tanpa diduga. Tanpa mendapat kebenaran penerbit. Tu adalah satu pencabulan dari segi etika rancangan di televisyen. Dia diminta turun dengan segera kerana rancangan tu mahu disambung semula dalam masa 20 saat. Bayangkan! Tindakannya yang meluru begitu menunjukkan betapa dia tak mempunyai budi bahasa. Sakai sungguh kelakuannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2019 06:15 AM | Show all posts
Ulasan ringkas Euforia Is buat yang terlepas tadi

Euforia Is is with Abdul Rahim Md Isa and 5 others.
2 hrs ·
Analisis Al Hijrah TV
Topik - Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?

Note : Dari pihak team produksi memberitahu bahawa kedua dua panel tidak memperoleh sebarang soalan daripada team produksi. Tiada soalan bocor seperti yang dikata.

Panel :
Prof Dr Imelda Balchin ( Pakar Perunding Obstetrik dan Gynaecology)
Hayati Muzaffar (Freelance Doula ) sebagai wakil Doula

1.Soalan pertama pada Prof Imelda.
Isu doula hangat diperkatakan kini namun apakah sebenarnya perbezaan doula dan bidan terlatih?


Doula adalah peneman. Istilah doula sebagai peneman seperti suami, ibu kakak. Zaman sekarang doula adalah seorang yang professional yang menerima bayaran untuk meneman ibu mengandung. Hanya sebagai PENEMAN.

Bidan terlatih adalah pengamal kesihatan terlatih, berdaftar dan professional dalam mengendalikan kesejahteraan dan kesihatan ibu semasa mengandung, semasa kelahiran bayi bagi ibu mengandung dan selepas kelahiran bayi. Bidan terlatih tertakluk di bawah Akta bidan 1966 – iaitu pengamal kesihatan yang berdaftar dan terlatih juga dibenarkan menyambut kelahiran bayi,dan mengendalikan bayi baru lahir, dimana Doula TIDAK BOLEH langsung melakukan tugas bidan terlatih.

2.Bagaimana pandangan Puan Hayati pula, apa yg membuatkan puan menjadi Doula.

Kita amalkan konsep tabbayun (definisi Tabbayun : perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian) di mana di amalkan bahawa kita berikan mereka yang ahli akan menjawab perihal bidang tertentu yang dipersoalkan.

Hayati bukan mewakili Doula 1 Malaysia. Title freelance doula, adalah memberi khidmat sebagai peneman, TANPA BAYARAN. Doula berkhidmat pada komuniti tempatan secara sukarela dan mengikut jemputan permintaan ibu bapa yang menghendaki Doula.

Doula Yatt bekerja doula bukan profesi sebab TIDAK TERIMA BAYARAN dan terjebak dalam perihal Doula bermula pada konvensyen di Jakarta, seorang doctor juga pelatih Yoga yang memberi sinar Doula pada beliau.

Doula Yatt memberitahu Tarikh 22 Mac World Doula Week dimana minggu 22 Mac adalah waktu spring equinox (simbol musim bunga) dimana dikatakan mampu mengembalikan kesuburan wanita. Doula Yatt telah mengikuti World Doula Week pada tahun 2011, di mana Doula Yatt sendiri menjadi ibu yang mengandung. Seperti yang Doula Yatt katakan, daun yang gugur juga ditentukan dimana dan bila, jadi beliau terpanggil untuk berkhidmat menjadi seorang Doula. Doula Yatt lahirkan anak secara SVD

2.1 Berapa ramai ibu yang telah memanggil Doula Yatt untuk jadi peneman.

Jawapan yang diberikan : Jumlah ibu saya tak kira.
Kerja sebagai Doula bermula pada tahun 2012, dimana Doula Yatt sedang hamil anak kedua dalam tempoh lapan bulan. Kebanyakan klien adalah dijemput oleh kawan sendiri, menemankan kawan-kawan dan aktiviti ini di lakukan di hospital swasta dan dikatakan mendapat persetujuan doktor dan pakar obstetric dan gynaekologi sebagai PENEMAN.

Di rumah pernah meneman? Pernah tapi saya tak pernah kira.
Saya tak kira berapa banyak ibu bapa – jawapan SIMPLE.

3. Media sosial melabel : Doula ekstremis. Bagaimana pendapat Doula Yatt ini boleh muncul ?

Yatt : Oh kita ajarkan doa Afiyyah untuk semua, dan kita mengajar supaya ibu serta pasangan cara kelahiran bayi agar dipermudahkan kelahiran secara mudah di mana mana namun kita tau hampir 99 peratus bayi kini dilahirkan di fasiliti kesihatan kerajaan di Malaysia. 1 peratus sahaja di fasiliti swasta.

3.1 Apa pandangan Doula Yatt mengenai tanggapan doula ekstermis, wujud ke di Malaysia?


Oh, tiada doula ekstremis di Malaysia, itu hanya tanggapan di berikan oleh netizen/masyarakat/rakyat sendiri.

(Hello, orang tak label kalau kau tak bersifat ekstremis kot?)

Kita jumpa Doula tu sendiri baru kita tahu.(Ekstremis)

Jawapan : Ada tu ha tengah duduk kat ruang tetamu tengah tengok kau. Huhu.

4. Prof Imelda, bagaimana pula ibu ibu yang menyuarakan perasaan dukacita untuk melahirkan bayi di hospital – seperti kerana mereka mahu melahirkan secara alami, tiada Pitocin, di urut suami sepanjang kontraksi, tidak dapat memilih posisi pilihan ibu, tidak mesra graviti, tiada bidan atau doctor yang menjerit suruh meneran, tiada mesin CTG dipasangkan di perut yang merimaskan, tiada seluk menyeluk dan ujian Vaginal Examination ,ketuban tidak dipecahkan dan dapat delayed cord clamping?

Prof Imelda nak komen mengenai Doula ekstremis.

Perkembangan kemajuan kesihatan menunjukkan bahawa peneman memberi kesan pada ibu, dimana apabila ibu hamil, 84 peratus ibu akan mengalami psikososial stress akibat kehamilan (sumberk kajian). Ibu hamil menjadi gelisah, bimbang selain berlaku perubahan anatomi dan fisiologi terutama ibu pertama. Disinilah peranan peneman itu sangat penting dalam membantu mengurangkan stress ibu semasa kelahiran di samping doktor dan bidan terlatih dan sekaligus memberi kesan baik daripada kesihatan ibu dan bayi. Dapat mengalami proses kelahiran dan membantu mengawal kesakitan dan ketenangan ibu.

Kajian luar negara – Doula di negara maju mempunyai pertubuhan dan persatuan doula yang berdaftar dan di iktiraf. Di iktiraf dan berdaftar berdasarkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Doula mestilah berdaftar dan mengikuti kursus sebagai Doula sebelum di beri pengesahan (validation) yang di iktiraf oleh pihak kesihatan.

Contoh : DoulaUk.org. @ australiandoula.com.

Kursus doula awal 6 hari baru dapat Lesen L (pelatih), kemudian jadi pelatih doula mesti di bawah penyeliaan Doula Senior, dan perlu melepasi 3 kali pemberian perkhidmatan yang memuaskan baru boleh melepasi kriteria sebagai Doula, dan dilakukan di bawah penyeliaan Doula senior selain mengikut garis panduan dan Standard Of Procedure (SOP). Ada termaktub yang Doula boleh buat, dan ada Doula tidak boleh buat dan perlu berdaftar.

Doula tidak boleh memberi apa juga nasihat perubatan (samada natural atau Caesar), tidak boleh membuat birth plan sendiri tanpa persetujuan kakitangan kesihatan. Doula perlu memastikan ibu bekerjasama dengan doktor dan tidak boleh menakutkan ibu - fear mongering mengenai perkhidmatan kesihatan sedia ada.

(Bukannya kursus 21 jam secara online, dah iktiraf diri sebagai Doula!)

Doula Yatt : Macam mana dapat statistik ibu stress tersebut? (Mencelah) Di USA, negara maju – Oh, bukan ibu-ibu di Malaysia ye?

(Dah start mencelah ni, kena lah balik kan?)

Penjelasan Prof Imelda adalah jitu dan tepat, beza Doula di Malaysia, label Doula esktremis yang ada di Malaysia kerana tiada pemantauan, tidak berdaftar, tiada kursus khas daripada KKM. Stop.

5.Commercial Break – Ada tetamu kurang ajar dan tidak beradab naik ke pentas,dan membisikkan sesuatu pada Doula Yatt. Hello, kau ingat ni apa? Selamber kau sesuka hati naik pentas? Takde Adab! Boleh teka la siapa kan? Jemput jadi panel bagi pelbagai alasan, tapi muka tak malu naik pentas macam masuk kolam dalam rumah. Teruk betul.

6. Kembali pada persoalan tadi. Mengapa perlunya Doula ini?

Prof Imelda menjawab :

Demi keselesaan dan birth experience yang baik untuk ibu mengandung dan melahirkan bayi.Tahun 1930, kebanyakkan ibu tak pergi ke hospital, dimana perkhidmatan kesihatan agak susah di dapati. Pada masa ini ibu ibu mendapat pengalaman Gentle Births melalui peneman peneman masa lalu.

Namun begitu, nisbah kematian ibu yang bersalin di rumah adalah 20x ganda risikonya berbanding bersalin di hospital. Perubahan perlu bagi menyelamatkan ibu bersalin, terutamanya dalam mengurangkan kejadian tumpahan darah selepas bersalin masa kini. Lebih ramai kakitangan diperlukan bagi memastikan keselesaan ibu ibu. Ibu mengadung perlu pemantauan bayiu atau Fetal Heart Rate Monitoring. Bagi keselesaan maksimum pada ibu, memerlukan nisbah seorang ibu : seorang bidan. Memerlukan 1 to 1 care, namun begitu ada kekangan dari kekurangan kakitangan kesihatan masa kini.

Tidak kira jika ibu ingin posisi bersalin bagaimana, merangkak, semasa berjalan, menungeng sekalipun, boleh jika ada pemerhatian seorang bidan terlatih khas bagi seorang ibu mengandung. Masalah kekangan berlaku apabila contohnya seorang bidan perlu menjaga 4 orang ibu mengandung, tidak dapat menjaga 3 orang ibu yang lain semasa berlakunya proses bersalin seorang ibu. Contoh mudah, boleh faham.

(Memang masalah logistik Doula Yatt, dari fear mongering yang kau dah buat termasuk juga ibu ibu yang tak memahami. Kadang kadang kakitangan sekarang tak menang tangan nak melayan setiap permintaan, lebih lagi bila satu wad 30 orang ibu mengandung hendak dijaga dengan kekuatan 4 orang bidan + 1 doktor setiap shif.
Ye memang tak cukup kakitangan. Kadang kadang muka yang sama setiap hari kan?)

7. Puan Hayati buka kelas kelahiran, selain buka kelas kelahiran, adakah ada nasihatkan ibu untuk mendapatkan bidan bertauliah untuk menyambut kelahiran bayi?

(TAK JAWAB SOALAN)

Doula Yatt nak berkongsi ilmu iaitu pada tahun 2020, WHO telah memberitahu bahawa tahun 2020 adalah tahun bidan dan jururawat. Merekalah Wira yang tidak di dendang yang boleh memberi 1 to 1 care.

Di Malaysia setahu Doula Yatt tiada bidan direct entry. 90 % ibu memilih hospital kerajaan jadi siapa teman ibu semasa bukaan OS dari 1cm ke OS fully dilated.
Masyarakat kurang membaca, kekangan fahaman?
Doula ni peneman sahaja, Childbirth Educator yang buat kelas. Kalau nak cerita pasal medical jumpa doctor lah.

(Prof tak kacau pun kau pun. Rileks je dia mendengar.)

Apa Doula Yatt akan buat kalau ibu taknak jumpa doctor masa lahir. Saya nk lahir sendiri kat rumah. Apa nasihat puan ?
Faham konteks, di Malaysia. Sy dah buat analisis sendiri. Dilatih .

Sekejap saya nak mencelah. (Prof Imelda)

Apa training doula dah buat? Adakah di iktiraf KKM?


Saya dilatih jadi doula tahun 2012, melalui kepimpinan seorang doktor yang bekerja di Jakarta sebagai pakar kecemasan yang juga sebagai trainer yoga.

Tak Jawab, adakah di iktiraf KKM?

Training ni dan training Amani birth – dipanggil aisah al hajar, bla bla bla.

Ada di iktiraf tak KKM, di daftar?

Di Malaysia tiada keperluan, tapi adakah dipantau?

Ada dipantau, di pantau oleh IBU BAPA!

Jika ada aduan, nak adu pada biro aduan mana?
Biro aduan KKM lah..

(Konfius jap)

8. Doula Yatt akan berada di mana semasa ibu melahirkan?


Dimana-dimana sahaja ibu perlukan. Doula dilatih untuk tidak memegang bayi, tidak membuat kerja bidan.
Macamana kalau berlaku bayi songsang dan tiada bidan?
Doula kongsikan ilmu, mereka hands off jika bayi songsang.
Sekarang Doula Yatt nak tunjuk posisi mesra solat, mesra graviti.

Adakah dihadiri bidan ketika itu?

Tak, ni situasi di hospital swasta.

Kalau di rumah, apa nak buat kalau ada komplikasi?

Situasi kecemasan secara rasionalnya akan suruh pergi ke hospital.

Prof Imelda nak mencelah di sini.

Doula tiada training kecemasan. Tiada training, akan terlambat. Lambat boleh menyebabkan kematian.

Posisi mesra solat Doula Yatt selamat.
Anak kembar songsang. Di sambut sendiri oleh ibu. Tau tau baby dah keluar.

Commercial Break
Gosh perlu ke tunjuk posisi tu uolls?

9. Kebanyakan ibu lahir secara alami percaya uri boleh lahir secara semulajadi, mereka tak mahu controlled cord traction dilakukan.

Kematian ibu bersalin banyak disebabkan pendarahan yang berlebihan. Kita akan memberi suntikan sintometrin yang akan mengecutkan rahim – placenta dpt dr ibu 800ml//minit. Lepas bayi lahir, placenta mula tanggal dari permukaan rahim, jika tak tanggal seluruhnya akan berlaku pendarahan yang banyak.

Kedua Clamp cord – tak semestinya serta merta/immediately.
Ketiga keluarkan uri – controlled cord traction mengurangkan pertumpahan darah sebanyak 50 percent. Informed consent di dapati dari ibu. Ibu tau dan ibu faham. Ini gentle birthing – pilihan ibu sendiri bagaimana nak melahirkan.

Patient centered care di luar negara dapat memberi kepuasan pada ibu tapi ada akibat dan komplikasi - perlu tindakan segera jika berlaku komplikasi.

Pada tahun 2015, pihak kerajaan UK telah mengeluarkan satu report (report of Morecambe bay Investigation) Link https://www.gov.uk/…/organisati…/morecambe-bay-investigation

Report mengenai satu hospital yang terlampau memberi Gentle Birth supaya ibu dapat melahirkan secara alami secara all cost – dan mengabaikan keselamatan ibu dan anak. Tidak panggil doktor- lambat. Bidan bidan mendapat kritikan teruk dimana berlaku 3 kematian ibu,16 kematian bayi. Lebih 200 muka surat terpampang laporan tersebut supaya pengajaran agar tidak terlampau GB dan tidak mengambil tindakan pada ibu yang melahirkan.

Doula Yatt –

10. Apa Doula Yatt akan lakukan sekiranya dalam tempoh masa 30 minit hingga 1 jam selepas bayi lahir, uri tak keluar? Jika uri dah keluar, macammana Doula Yatt pastikan tiada sisa uri di dalam Rahim.

( Jawapan yang bukan jawapan pada persoalan ).

Kalau ikutkan polisi KKM , polisi penjagaan mesra ibu dan breastfeeding friendly iniciative KKM - dalam garis panduan ini memberitahu apabila bayi lahir, bayi akan terus mendapat sentuhan skin to skin (ke dada ibu)iaitu kontek bayi terus pada ibu. Kontek ini akan menyebabkan Oksitosin mencanak di kelenjar pituitary ibu, jadi ibu dapat terus lahirkan placenta ibu. Bla bla bla terus hantar signal pada ibu, sebelum cord dipotong scara paksa.

10.1
Jika 30 minit hingga 1 jam tak berlaku (uri tak keluar), adakah akan telefon ambulan ataupun tunggu sahaja?

Lihat keadaan ibu, ibu akan interested pada bayi.

10.1 - Jika uri tidak keluar? Apa Doula Yatt akan buat?

Maaflah Prof Imelda mencelah. Puan Finaz bertanya pada Doula Yatt macam Yatt tu reti pulak nak buat apa, dan sepatutnya Doula tak buat keputusan bila berlaku sebegini. Patutnya panggil bidan.

Memandangkan Doula Yatt selalu bersama ibu, itu yang Finaz tanya tu Prof Imelda. (Soalan menarik sebenarnya)

Lain kali kita panggil bidan sepatutnya. Yatt tak tahu cara nk handle, bidan yang patut handle.

Berlaku pertumpahan darah – telefon kecemasan (Doula Yat, 2019)

11. Prof, apa berlaku jika pertumpahan darah berlaku?

Kematian ibu boleh terjadi disebabkan oleh retain placenta (uri tertinggal). Darah tak dihentikan. Uri perlu dikeluakran sebelum berlakunya pertumpahan darah. Bila mana lagi tiada bantuan doctor, bukan kat tempat yang ada kelengkapan lagilah kena cepat ambil tindakan.

(Nak buat tindakan macam mana kalau dalam kolam kat rumah ye tak?)

12. AMTSL – Active management of Third Stage Of Labour
Kajian AMTSL membuktikan kadar kejayaan 60 hingga70 peratus pengurangan pertumpahan darah. Adakah itu satu jaminan keselamatan pada ibu dan bayi?

Komen Doula Yatt?

Saya banyak belajar daripada penulisan prof Imelda, mengenai Obstrestrik embolism. Penerangan dalam artikel memberitahu di Malaysia, daripada 100 ibu yang meninggal semasa kelahiran, 60 orang adalah daripada embotic embolism. 90 peratus ibu di bedah caesarean, dimana peratusan caesarean mencapai 30 peratus bagi kelahiran berisiko.Pembedahan Caesarean ini menyebabkan embolisme.

12.1 - Adakah sebab peratusan yang tinggi ini, Doula Yatt nak menolak bidan dan segala teknologi canggih daripada KKM?

Tidak, tahun 98 , garis panduan Baby Friendly Hospital Initiative (BFHI bukan AEFI) dan penjagaan mesra ibu sepatutnya dapat menurunkan kadar caesaraeran pada ibu mengandung. Selain Iatrogenik PPH berlaku di hospital kerajaan juga

(Tak jawab soalan pun. Hak aduh)

Oh yeke? Tak faham ke jawapan saya. Minta maaf minta maaf~

Commercial Break

Prof Imelda
13. - Jika seorang ibu memilih untuk VBAC (Vaginal Delibery after Caesarean) ,namun tak mahu ke hospital, nak bersalin secara alami, apa risiko yang boleh berlaku?

5 faktor harus menjalani pembedahan caesaran.
1- Jika placenta uri di bahagian bawah, jika bersalin normal akan berlaku pendarahan
2- Bagaimana mendapat pembedahan LSCS sebelum ini? Pembedahan di atas rahim dilakuakan jadi risiko mendapat rahim pecah boleh berlaku . Jgn cuba natural
3- Jika ada obstruction – fibroid/ketumbuhan
4- Anak melintang – tak boleh alami
5- Lebih dari 2 LSCS

Seeloknya bersalin di hospital. 1000 ibu yang pernah mendapat satu 1 LSCS , 4 orang ibu boleh alami rahim pecah.
Jika di hospital ada transfusi darah, boleh di masukkan ke dewan bedah segera bagi menyelamatkan nyawa ibu dan bayi pula boleh di selamatkan dengan adanya pasukan perubatan Paedatrik.

14. Doula Yatt apa pendapat sesetengah doula yang menasihati ibu untuk bersalin seperti Maryam AS, melahirkan anak di rumah secara alami.

Tentang nasihat, jika kita lihat white ribbon alliance ada meletakkan 7 hak asasi ibu iaitu 1- ibu ada hak autonomi pilihan/keputusan, ibu berhak dapat pilihan tanpa paksaan dan dorongan.

Guna BRAIN :
B – brain ,guna otak untuk fikir
R – Menimbang tara jika ada risiko
A – Alternatif di beri kepada ibu.
I – Istiqarah/ Instinct
N – Pilihan lain/boleh ke pakar lain.
Jangan paksa ibu,pandu pada o&g. Tak patut patuh pada pengaruh, ibu kena buat kajian sendiri.

15. - Doula tak sepatutnya nasihatkan ibu agar mengikuti Maryam AS.

Takde kene mengena dengan Maryam AS ni (Yeke Yatt..)
Itu orang, orang tak berinteraksi dengan Doula, orang yang tak kenal Doula dia akan cakap macam macam. Itu saya tak tahu, itu peribadi – saya tak sentuh

Mufti WP pun dah sentuh mengenai perihal itu, dimana berlaku atas kehendak ALLAH swt.
Harap tiada lagi doula gunakan istilah contohi Maryam AS

16. Apa akan berlaku pada negara jika kes kematian ibu dan bayi meningkat akibat kelahiran tidak selamat?

Kena bagi awareness dan kesedaran pada ibu ibu - melahirkan anak tanpa pengawasan bidan terlatih atau doctor adalah merbahaya.

Satu kematian tidak masuk statistik di Malaysia iaitu Doula Malaysia sendiri yang melahirkan anak sendiri di rumah tanpa pengawasan bidan semasa berada di negara UK.
Tahun 2014 – nama Doula tersebut telah masuk statsitik – siasatan telah dibuat,apakah yang terjadi dan bagaimana boleh mencegah daripada berlaku semula . Pakar di UK bertanya pada Prof Imelda, adakah ini Doula Malaysia? Bagaimana saya nak jawab?

Doula di UK tidak suka nama di cemarkan, jadi mereka bertanyakan , adakah ini doula dari Malaysia?
Jawapan Prof Imelda : Doula ini tidak berdaftar dengan mana mana pertubuhan dengan KKM

Nasihat – kalau nak gunakan perkhidmatan doula, Doula mestilah berdaftar dan di iktiraf KKM, aktiviti di pantau dengan penyelian, di bolehkan membuat aduan (pada pihak yang betul bukan biro aduan ibu bapa). Doula mesti berkualiti , seiring dengan perkhidmatan diberikan. Kita tak mahu kematian ibu dan bayi berlaku akibat doula.

17. - Mengikut statistik BPKK KKM ada 2 kematian ibu bersalin (2013), 2 bayi 2016 dan 2018 akibat kelahiran tak selamat. Akta 436 memberitahu, selain doctor, hanya anggota terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dgn lembaga bidan sahaja boleh mengendalikan kelahiran. Adakah ibu ibu yang mengikuti kelas Doula Yatt cakna tentang akta ini dimana sewaktu kelahiran perlu ada bidan terlatih dan doktor?.

Doula Yatt : Mereka tahu dan mereka akan ke hospital.

17.1 - Kalau ada yang nak lahirkan bayi di rumah, Doula Yatt ada bagi nasihat?
Kita tak bagi nasihat, kita cuma berkongsi tentang proses fisiologi, bagaimana kawal emosi ,pernafasan.
Terpulang pada ibu, tak boleh bagi birth plan semua kan

17.2 - Macam Doula Yatt ada pernah melebihi batas seorang Doula?

TAK ADA

17.3 - Doula Yatt jika berlaku kematian atau tragedi dalam proses kelahiran alami, walaupun mengikut persetujuan ibu dan bapa, apakah tindakan yang akan Doula Yatt lakukan dlm keadaan kecemasan itu??

Akan terus hubungi hospital atau talian kecemasan, atau kalau boleh pergi ke fasiliti kesihatan terdekat dengan cepat.

Prof pesan pada para ibu –
Keselamatan ibu dan anak itu kami diutamakan, dan kami nak ibu dapat birth experience yang indah. Kita cuba nak memuaskan hati semua ibu, namun jika kecemasan walaupun risiko rendah , mesti di bantu secara kecemaasan juga. Perlu ada bidan terlatih utk sambut kelahiran sebab bidan terlatih telah dilatih cara kenalpasti masalah sebelum menjadi kecemasan. Kita tak boleh jangka apa yang berlaku semasa kelahiran.

18 . - Doula Yatt minta ibu belajar cara penjagaan mesra ibu minta daripada nurse o&g kerana sepatutnya dapat menurunkan sebarang risiko dan sebab itu dijadikan garis panduan para ibu. Kita akan kongsi panduan ini, dan minta staff KKM kerjasama utk jalankan garis panduan itu sepenuhnya.

19 . - Konklusi Finaz.
Doula tak boleh dipersalahkan

Kewujudan doula ekstrem yang telah mencemarkan peranan pembantu ini. Sekiranya seorang Doula itu menjalankan tugasnya sahaja sebagai penyokong emosi semasa kehamilan, ilmu kehamilan, sokongan fizikal melalui urutan dan sentuhan pada para ibu tanpa menasihatkan ibu agar bersalin di rumah, tanpa tidak mengabaikan sebarang ubatan dan rawatan sepanjang tempoh kehamilan, selagi itu jasa Doula patut dihargai.

Pegang Ayat Isra 36, janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran , penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.

Khidmat doula tidak boleh di lakukan tanpa pemerhatian doctor atau bidan terlatih – Mufti WP

Sekian Ringkasan
Euforia Is
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:18 AM | Show all posts
Syahira Hozami
3 hrs ·
Debat tentang doula malam ini memang rancak. Alhamdulillah dan tahniah TV AlHijrah semoga terus merancakkan lagi ruang perbincangan ilmiah ini.

Mengikuti perkembangan debat tentang doula malam ini, saya ingin menuliskan beberapa hal dari sudut pandang saya sebagai pelajar Pengajian Islam & Sains.

Awas, tulisan ini panjang. Sila bersedia.

1. Isu kelahiran ini kalau mengikut timbang tara maqasid syariatullah (objektif syariah Allah), akan berkait rapat dengan soal nyawa.

Nyawa ialah nilai yang dijaga tinggi dalam Islam. Apa sahaja yang menggugat nyawa insan, boleh jadi pemberat, malah penghalang daripada ianya dibenarkan dalam Islam

Sebab itu timbang tara yang digunakan dalam isu doula dan kelahiran ini misalannya, nyawa ialah subjek yang penting

Yang mana satu lebih rendah risiko kematiannya. Kalau nak kira, semuanya ada risiko. Tetapi Islam melihat dalam isu yang melibatkan nyawa dan option yang ada semuanya ada risiko, maka mana yang lebih menyelamatkan, menjaga nyawa, atau lebih rendah risiko kematiannya.

Risiko, semua ada risiko. Soalnya, kita mahu menempuh yang ada risiko lebih tinggi atau yang lebih rendah?

2. Selesa tak selesa, alami tak alami, ia tidak jatuh dalam pertimbangan yang disebut "dharuriyat" (necessity) dalam objektif syariah.

Ia jatuh dalam kategori sama ada "hajiyat" (keperluan tapi tak sampai level dharuiyat, jika tiada hanya sebabkan kesulitan sahaja), atau "tahsiniyat" (untuk kesenangan, keselesaan. jika tiada, tidak timbulkan kesulitan pun).

Nak tentukan antara kedua kategori ini pun mesti ada kajian mendalam, setakat status saya ini saya tulis sampai sini sahaja dulu.

3. Ada beberapa kaedah fiqh (qawaid fiqh) yang kita perlu beri perhatian dalam isu berhubung doula yang didebatkan sebentar tadi. antaranya:

I) "Al-yaqin la yuzal bi al-Syak"

Sesuatu yang berada di tahap "al-yaqin" (conformed, legit, no doubt) tidak boleh dihilangkan, atau disanggah hanya dengan sesuatu yang berada di tahap "al-syak" (doubt, sesuatu yang tidak diyakini 100% betul, tidak didasari fakta) - kecuali disanggah dengan fakta yang membuktikan sebaliknya

Dalam erti kata lain, fakta (yang sudah dikaji, diteliti, dibuktikan) tidak boleh disanggah hanya dengan persepsi, keraguan, melainkan didatangkan dengan hujahan fakta yang sama tara yang boleh membuktikan sebaliknya.

II) "La dharar wa la dhirar"

Islam melarang apa-apa yang akan menyebabkan kemudaratan (dharar), bahkan membalas mudarat dengan kemudaratan (dhirar) yang lain juga dilarang.

Kaedah ini juga membawa konotasi yang sama dengan kaedah di bawah iaitu:

(a) "Al dharar yudfau qadira al imkaan"
Sebarang kemudaratan mestilah sedaya boleh untuk dihindar, dikurangkan. Dalam hal ini, mana-mana kaedah yang melibatkan risiko nyawa, kaedah yang manakah lebih rendah risikonya?

(b) "Al-dharar la yuzaal bi mithlihi"
Kemudaratan tidak boleh diganti dengan option lain yang punya kemudaratan yang sama timbang taranya. Kembali kepada kaedah di atas, mesti mengambil pilihan yang lebih rendah risikonya.

(c) "Al-dharar al-ashadd yuzaal bi al-dharar al-akhaff"
Jika ada dua pilihan yang punya risiko mudarat, kita dibenarkan untuk pilih mudarat yang lebih rendah. Bermakna, memilih option yang lebih rendah risikonya.

(d) "dar’u al-mafasid awla min jalbi al-masalih"
Menghindari mudarat pada sesuatu lebih aula (penting) berbanding menerima maslahah (kebaikan) yang boleh diperolehi daripada sesuatu itu

Seperti contoh, home birth yang mengabaikan segala kelengkapan yang boleh membantu dan memantau ibu-ibu agar dapat melahirkan dengan selamat. Walaupun ada maslahah seperti lebih selesa, lebih mudah, natural, tetapi yang LEBIH PENTING ialah keselamatan dan nyawa ibu dan anak yang dilahirkan. Pendek kata, lebih baik nyawa selamat walaupun tidak selesa.

(*dialu-alukan menegur jika saya salah atau menambah yang saya kurang/tertinggal)

4. Berbalik pada debat antara freelance doula Hayati Muzaffar dan Prof Dr Imelda, macam mana nak tahu siapa yang betul?

Sebagai seorang yang tidak mengambil bidang perubatan, dan tidak mendalami bidang obstetrics dan gynecology (O&G), maka kita sebagai pendengar kena peka dengan fakta yang dibentangkan.

Fakta dalam hal ini termasuklah data seperti statistik.

Fakta yang mana pakar dan ahli akademik telah uji datanya signifikan atau tidak, corelation variable yang ada, kemudian perbandingan antara dua kaedah yang ada.

Mestilah fakta itu merupakan fakta yang sahih, sumber yang ada autoriti, dan paling penting, orang yang membentangkan fakta itu ialah mereka yang melakukan kajian tersebut dengan disiplin ilmu yang betul.

Contohnya dalam ilmu tafsir Al-Quran dan Hadith, ada disiplin ilmunya ketika kita mahu melihat teks wahyu dan ekstrak maksudnya.

Samalah seperti bidang ilmu yang lain. Mana-mana bidang ilmu jika disiplinnya dilanggar, tentulah kucar-kacir kefahamannya.

5. Merujuklah yang ahli (pakar)

Siapakah yang dimaksudkan dengan 'yang ahli' atau pakar ini?

Mereka yang telah mendalami bidang pada isu yang dibincangkan dengan disiplin ilmu yang betul, memahami dan menguasai kefahaman tentangnya.

Itulah peranan mereka yang pakar dalam bidang mereka. Pakar ialah mereka yang lebih patut kita rujuk, tanpa menafikan kepentingan melakukan bacaan sendiri.

Boleh nak google, tapi jangan lupa rujuk di sumber yang betul. Saya nak tulis tesis pun google juga maklumatnya, cuma saya cari di google scholar. Tetapi tetap, saya kena tunjuk kepada yang ahli dalam kajian tesis saya, iaitu pensyarah saya yang menjadi supervisor saya. Begitu juga dalam hal-hal yang lain, kita boleh cari sendiri dan baca baik buku, jurnal, atau carian di internet, tetapi kita perlu rujuk kepada yang pakar.

Supaya kita jelas adakah apa yang kita faham itu betul. Supaya kita lebih sandarkan pegangan kita pada fakta dan bukannya persepsi dan paranoia.

KESIMPULAN
Dalam apa sahaja isu, ringkasnya;

1. Kaji fakta yang ada. Seperti debat tentang isu doula dan kelahiran di hospital tadi, kaji fakta yang dibentangkan oleh setiap panel. Sumber fakta yang kita cari mestilah dari sumber yang dipercayai autoritinya (senang kata, rujukan tu kalau nak masuk dalam tesis diterima)

2. Rujuklah mereka yang pakar dalam bidang ini. Dari segi bidang perubatan, rujuklah mereka yang pakar dalam disiplin ilmu ini. Dari segi agama, rujuklah mereka yang pakar dalam disiplin ilmu agama.

Dan terakhir,
Semoga perbincangan ilmiah semakin mekar dan membuah dalam kalangan masyarakat kita.

Masyarakat yang semakin berfikir dan kritis, akan lebih bijak ketika berbicara. Masyarakat yang semakin membaca dan membudayakan ilmu, akan lebih berhati-hati sebelum menerima hal-hal yang tidak berasaskan fakta.

Dan semoga Prof Dr Imelda Balchin terus giat berkongsi ilmu Prof dalam bidang O&G kepada semua di media sosial.

Wallahua'lam.

Syahira Hozami
Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Genetik),
Universiti Malaya.

---------------------------------
Rujukan:

1. Dr Ab. Latif Muda & Dr Rosmawati Ali. (2000) Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh. Selangor, Malaysia: Ilham Abati Enterprise.

2. Mohd. Salleh Haji Ahmad. (1999). “Pengantar Syari’at Islam”. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

3. Abdul Manan Ismail (2005). Kaedah-Kaedah Fiqh: Satu Pengenalan Asas. Kaiian Syariah dan Undang-Undang. Dirujuk pada 23/2/2019, dari: http://ddms.usim.edu.my/…/Kajian%20Syariah%20Dan%20Undang-U…

4. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Sobri Ellias. (2010). Aspek-Aspek Pemikiran Kritis Dalam Al-Qawa‘id Al-Fiqhiyyah. Jurnal Syariah, Jilid (18),Bil.(3). 527-564. Dirujuk pada 23/2/2019, dari: https://umexpert.um.edu.my/…/publication/00002849_132421.pdf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:25 AM | Show all posts
Dari page penyokong Doula, Kak Yatt penuh dengan fakta katanya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:33 AM | Show all posts
Menipu je kata free


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2019 06:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 06:41 AM | Show all posts
Lagi ulasan penonton



Liyana Nazli

6 hrs ·
Mari membuat rumusan daripada sesi forum Doula: Peneman atau Pengganti Doktor di TV Al-Hijrah malam ini.

1. Masalah doula di Malaysia ini ialah tiada badan atau kesatuan yang boleh regulate kelayakan atau aktiviti doula-doula ini.

Doula Yatt kata ibu bapalah yang pantau perkhidmatan mereka. That can't be, sebab mereka ialah klien. Macam mana klien nak pantau pemberi perkhidmatan? Kalau klien tak puas hati, klien nak mengadu pada siapa?

Doula Yatt kata aduan boleh disampaikan pada biro aduan KKM. That can't be too. Sebab kalau pun ada aduan, KKM pun tiada ada kuasa nak siasat aduan tu sebab doula tidak berdaftar dengan mana-mana regulatory board, hence they don't held accountable.

Berbeza dengan doula di negara-negara maju yang ada persatuan mewakili mereka. They take charge for any report or issue arised regarding service given by their doula.

Di Malaysia, siapa yang akan mengenakan tindakan undang-undang pada doula ini kalau mereka tak ikut garis panduan? Is there any regulation atau SOP yang mereka perlu ikut, at the first place? Tak ada.

2. Apabila tiada persatuan yang boleh regulate aktiviti mereka atau mewakili suara mereka, bagaimana mereka nak bekerjasama dengan KKM? Bagaimana KKM nak mengiktiraf kewujudan mereka? Kerana akhirnya accountability tentang keselamatan dan nyawa ibu yang melahirkan ini akan berbalik kepada KKM juga. They have to answer if there is any issue arise regarding birth, especially when it involves death. Sebab doula-doula ini tiada dalam radar undang-undang. Prof Imelda Balchin tanya Doula Yatt soalan sama ada mereka berdaftar dengan KKM atau tidak. Tiada jawapan.

3. Mengapa semakin ramai ibu-ibu menjauhi fasiliti kesihatan kerajaan dan mencari alternatif lain untuk melahirkan adalah kerana kualiti perkhidmatan yang diberikan. Prof Imelda mengakui tentang kekurangan kakitangan di hospital kerajaan. Hence, tak boleh nak favour keinginan ibu-ibu untuk kelahiran yang diingini. Prioriti utama ialah kelahiran SELAMAT.

4. Doula hanya peneman. Beberapa kali ditegaskan oleh Prof Imelda sebagaimana mereka berfungsi di negara maju. Diakui oleh Doula Yatt. Mereka tak boleh bagi nasihat perubatan. Titik. Jadi soalan moderator tentang kemampuan doula mengendalikan masalah-masalah melibatkan kelahiran seperti uri tak keluar habis, bayi songsang dan sebagainya tak valid. Sebab itu Prof Imelda sound moderator, kenapa tanya Doula Yatt as if dia perlu tahu tentang hal ini? Jadi, kalau tak ada ilmu yang cukup tentangnya, jangan memandai-mandai untuk bercakap seolah-olah anda tahu. Apatah lagi membuka kelas untuk mengajar dan memberi saranan yang boleh mempengaruhi keputusan ibu-ibu. Tak boleh.

5. Apakah bentuk latihan yang diterima oleh Doula Yatt yang melayakkan dia untuk menjadi doula atau child birth educator (CBE)? Doula Yatt menjawab dari pengalamannya berguru dengan doktor pakar kecemasan di sebuah studio yoga di Jakarta. Adakah ia latihan formal seperti mana yang diterima oleh doula-doula di negara maju? Tidak. Bagaimana bentuk latihan yang diterima oleh doula-doula ini sebelum melayakkan mereka menjadi doula? Prof Imelda berkongsi bagaimana mereka perlu menghadiri kursus latihan selama 6 hari (betulkan saya kalau tersilap) dan perlu attend sekurang-kurangnya 3 kelahiran di bawah pantauan doula senior sebelum layak praktis sebagai doula. Doula Malaysia bagaimana? Doula Yatt tak bagi info lanjut kepada kita tentang ini.

6. Doula Yatt beri penerangan sedikit sebanyak tentang apa bentuk servis yang mereka berikan kepada klien. Antaranya ialah kelas tentang fisiologi kelahiran (tanpa sebarang saranan perubatan sepatutnyalah), mengajarkan doa untuk memudahkan kelahiran, mengajarkan posisi kelahiran yang baik mengikut posisi solat (siap dengan demonstrasi) dan menemankan ibu untuk memberi sokongan emosi. Jika benar inilah sahaja yang dilakukan maka tiada yang salah. Dan wajarlah kalau Doula Yatt kata servisnya percuma sahaja sebab suami atau ahli keluarga terdekat pun mampu melakukannya tanpa sebarang bayaran. Saya pun baru tahu servis doula ini PERCUMA sebenarnya. Hihi!

7. Prof Imelda kata, doula kalau betul menjalankan tugas mengikut fungsinya sahaja dan tidak melampau batas (ekstrimis) memang sepatutnya membantu proses kelahiran dan mengurangkan stress di kalangan ibu yang bakal melahirkan. Ini ialah kenyataan berdasarkan kajian yang dijalankan di Barat. Ibu-ibu yang bakal melahirkan memang ada anxiety kerana 'fear of the unknown' dan tugas doula ialah menenangkan ibu-ibu ini supaya tak stress sepanjang proses kelahiran. Khalass. Itu saja. Not more than that.

Okay itu saja yang akak boleh recall. Kalau ada point lain bolehlah dinyatakan nanti kita tambah lagi ya.

Kesimpulannya tugas doula ini sepatutnya complement perkhidmatan kesihatan negara kita. Masalah terjadi apabila tiada regulasi dan apabila ada antara doula yang melakukan tugas lebih daripada apa yang sepatutnya. KKM juga ada usaha untuk memenuhi keinginan ibu-ibu untuk birth experience yang lebih bagus, cuma mungkin usaha itu perlu lebih dipergiat. That would involve resources and money too as limiting factor.

Sekian, ulasan akak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 22-2-2019 11:53 PM
awat tak pernah..siap ade kes kematian lg..terkesan sungguh i dgn kes tu..

kalau bkn die yg s ...

Ooo. ada upanyee.. patut glabah semacam..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 23-2-2019 02:17 AM
Sebenarnya bukan dia konar sbb tak reti  jawab tp tak berani nak jawab takut kena kecam sbb mmg ta ...

Klu ikut logik ,soalan layak le tak tu dh tutup semua perbincangan.xlayak,tak diktiraf,shut up.

Tp gaya kena ada.mukanmesti konfiden.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:03 AM | Show all posts
lain ditanya
lain dijawab
dengan muka menggelabah
tone suara da lain
posisi duduk sume da berubah2
nampak sangat dah takut n penipu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 09:33 AM | Show all posts
Imelda Balchin
4 hrs ·
Today, I am sad, and today I grief.

The greatest challenge throughout the show, was to keep my tears back, and not show my emotions.

Minutes before the show went live, I was seated on stage. Then I spotted a lady smiling at me, from behind the cameras. She asked for permission to approach the stage, and walked towards me. She said “Prof, this is for you, thank you.”

I said, “Oh hello, what is this gift for?”

She said, “Prof, Amy Karmila was my best friend. I just want to say thank you.”

I was so touched, I almost broke down into tears.

I said, “I am sorry. I am sorry. I am so so sorry...” We hugged, but only briefly, as the show was about to start.

Her best friend, Amy Karmila, died in chilbirth 5 years ago, when she birthed at home, with a self-certified doula who claimed she is a ‘Childbirth educator’, with a self-certified doula who claimed that all birth is just a physiological process, with a self-certified doula who is not medically trained to recognise an emergency, until it was too late.

Then she disappeared into the crowd, and I turned to face the doula sitting next to me. The same self-certified doula who was there with Amy Karmila, on the day she birthed, the day she died, during a lotus birth, without the presence of any skilled-birth-attendant.

Suddenly I found myself in grief throughout the show. It was obvious, the doula who sat next to me still has no insight what she had done. It was obvious, the doula who sat next to me has not learned from pass mistakes.

On the labour ward, we work with a whole team of experts to save one life. Even with a lifetime of medical training and experience, we do not work alone in isolation. We work in a team.

Over confidence kills.


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
acikhan replied at 22-2-2019 04:10 PM
Aku ank no.2 taun 2015 lahir kt umah sbb time ngandung yg sulung n no.2 mmg x da Tanda sakit bersali ...

Sama kes mcm kakak. Dah plan nak gi spital tp contraction kuat dtg tiba2.  Ambulans lambat dan sesat. Nasib baik jiran 2 org doktor.. depa la tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde rasa bersalah pun kak yatt tu smlm.. walaupun dah pernah ada rekod sebabkan kematian.. memalukan siap buat aksi ala bertinggung (sorry le tak tau position apa benda tu) depan kamera..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh tahan tgk gaya dia smlm.. siap buat demo..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Cekgushilla replied at 22-2-2019 07:34 AM
Skrg dh tak ada bidan gov dah kot semua dh pencen
Zaman dulu je mak2 besalin kt umah bidan gov d ...

Nenek meols yg beranak tahun hujung 60an dan tahun 70an pun bersalin kat hospital kat kampung.. anak 8 org.. yg awal 4 org lahir rumah..4 lagi lahir hospital. Tapi mcm u cakap.. yg kat rumah semua ada bidan yg sambut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kkm sendiri kene ambik tindakan utk buka dan daftarkan kegiatan dola doli ni.. buat kursus dan pentauliahan.. kalu tak selamanye la depa berleluasa siap bukak spa mobile pulak nnti sambut baby kat umah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2019 09:58 AM | Show all posts
lemak_masin replied at 23-2-2019 09:48 AM
Takde rasa bersalah pun kak yatt tu smlm.. walaupun dah pernah ada rekod sebabkan kematian.. memaluk ...

Siap buat aksi ultraman lagik
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 23-2-2019 09:33 AM
Imelda Balchin
4 hrs ·
Today, I am sad, and today I grief.

Iols sedih baca benda ni.. And seriously doula tu mmg takde regret pun. Siap buat aksi otromen. I can imagine prof imelda mesti sgt emosi masa duduk sebelah doula yg mengatakan buat servis freelance for the sake of community for FREE! Yg paling sedih ramai makhluk2 kat malaysia ni menyokong doula, menyalahkan kkm, hospital, dan org yg tak sama pendapat dgn diorang ni. Yatt tu pon katanya dilahirkan di ppum. Mak ko pun pi beranakkan ko kat hospital, ko pulak sibuk nak suh org lain beranak posisi mesra solat secara alami.

Mak iols pernah je beranak kat umah. Sbb masa tu duduk kg, hospital paling dekat pun dalam 45mins perjalanan. Masa tu dah tahun 80an pun, yet takde la pulak dia kemaruk suruh adik adik iols beranak kat umah! Yatt pun ckp yg doula ni berperanan hanya utk bagi support, bkn menyambut bayi a.k.a jadi bidan. Setakat jadi support pastu nak kena bayar, baik g hosp. Confirm mmg selamat.

Yg penting, geng2 depa ni takde rasa bersalah langsung...mcm benda yg diorang buat ni halal di sisi agama.. Ko bunuh org tapi tetap menyalahkan hospital dan kkm. Senang kan idup diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Betara_Indera replied at 22-2-2019 11:00 PM
tak ambik ke?.. mane dtg income

Class dia up to 600 per couple.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.145557 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list