CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] Di mana Ustazah Nur Farhana?.

[Copy link]
Post time 17-1-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak pindah duk dekat dgn tempat keje?suami bisnes kan,so baik suami yg berulang alik,sbb tak terikat dgn masa kerja...atau kenapa x sewa kat tengah2,adil suami isteri sama2 berulang...atau kenapa tak sewa je dekat sek,wiken balik duk ngan suami,jd wiken wife jek,dari merana duk ulang alik beratus km ni...

Apa2 pon,alhamdulillah ustazah selamat..semoga ada hikmah di segalik kejadian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 17-1-2019 06:57 PM
Nurul8001 replied at 17-1-2019 05:49 PM
Kerja government ni kan, masa interview tu tak bolehka amik staf ikut tempat tinggal dia. Contoh, ko ...


Boleh je if cikgu.

Masa ai posting, majoriti weols yang hadir taklimat penempatan tu dapat tempat pilihan @ tempat sundri.

Sesapa yang dah nikoh/husband and wife siap dibagitau jika tempat tugas berlainan, maklumkan supaya JPN boleh usaha pasangan tu dok berdekatan.

Yang guru2 Semenanjung dibuang pi Sabah tu biasanya kerana option depa dah full kat nugri pilihan depa, so dibuang ke nugri yang memerlukan.

If keje bahagian pertahanan memang no choice lah. Takyah mengada if posting tempat pelik2 if ngko kerja ATM.

Bahagian perubatan pula, ai rasa sama dengan pendidikan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2019 06:50 PM
Nah.

Lain ni.

Laki bisnes.....

Bila laki bisnes....memang wife kena top up lah....salah gaya kena amik loan utk tlg bisnes laki.....

Tak pe ...asal berlaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-1-2019 09:35 AM
kesian ustazah ni dpt laki mcm ni. patutla lari. kire nasib baik gak la bini tak kelar leher anak  ...

Kan bodoh punya jantan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:12 PM | Show all posts
tak habis2 nak speku rumahtangga orang, pangai cam setan sekor sekor

-400 tak pun card warning

bahahaha





Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya dah jumpa..skejapnya sis..xsuspen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2019 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2019 06:42 PM
Yeeessssss tu pon betol! Tapi ai tableh cut off karna if masuk kelas memang ai selalu jumpa manusi ...

Kalau kita ignore org mcm tu lama2 deyols akan perasan n sedar dorg salah. So uols ignore je nti student tu pelik n rasa bersalah nape cikgu ni tak layan aku sgt hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 17-1-2019 07:06 PM
Laki bisnes.....

Bila laki bisnes....memang wife kena top up lah....salah gaya kena amik loan u ...

mmg asal berlaki
mcm kawan aku la
ujung2 tersontot dgn AKPK bagai
takpe...demi suami...asalkan berlaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2019 06:47 PM
Benefits tu nok...Dan memang rugi if berhenti awal jika laki pon struggle income sikit tak boleh n ...

Apa lg benefits cikgu eh? Gaji besar ek? Selain tu? Iols nampak rugi kt pencen je sbb dah keje bertahun2 xde simpanan kwsp mcm swasta kan. Kalau berhenti takde simpanan hari tua apa2 mmg ada pencen tu je. Atleast kalau keje swasta ada gk kwsp tu. Tp kalau iols mcm lagi sanggup benti keje sorg and if laki tak mampu tanggung blh cari kerja dkt tempat yg dkt duduk sekali dgn laki.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgu tu posting 2016 rupanya
dpt rawatan dri thun 2014
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
zach2008 replied at 17-1-2019 10:09 AM
Ramainya kondem suami.
Kita tak tau pun masalah dia org...
Mintak la ustazah ni ditemui dengan sel ...

Kasut hitam2 dah kurangkan beban ibu2 basuh kasut anak2 setiap mggu..
Semoga ustazah ditemui dgn selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:30 PM | Show all posts
dulu pernah ulang alik...30 minit pergi dan 30 minit balik (25km pergi - 25km balik). tol + minyak kereta 1.4cc. RM550/bulan.

tadi saja buka google map. cari berapa KM sebenar....rasanya lebih dari 100km sehala tu. diorg agak2..aku pun agak2 juga la hahaha. Langgar, Kedah - Bayan Lepas (147km) itu belum masuk jem tu rasanya...mau lama betui nak sampai.

korg bayangkan la...50km vs 294km(mcm Sg Petani-KL dah tu)..berapa ustazah ni perhabis duit gaji dia? sy simpati. kena cari bilik sewa la ustazah. weken baru balik. gitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I teringat kawan i ni pjj dgn husband..
Husband kerja di penang, dia di melaka.
2mggu sekali dia blk utara. Sungguh2 mintak tukar kerja ke perlis ( lecturer ), nak dekat dgn suami.
Dah tukar ke perlis, husband still taknak cari rumah sewa, nak duduk dgn parents laki tu di kedah.
Kawan i mula2 naik la train ke perlis.
Pastu penat cari rumah sewa kat perlis.
Laki tu pulak still duduk kedah.
Kesian betul i dengan kawan i tu.
I hrp skrg dah ada anak laki dia sedar lah pengorbanan bini tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 17-1-2019 12:24 PM
kalau saya jadi bini beliau, saya quit kerja duk mengangkang sahaja di rumah

gila apa duk berulan ...

Mungkin juga dia pelajar tajaan KPM yg masih ada bond dgn KPM..
Biasa sponsored student bond 7 tahun kot..
Kalau tak serve kena bayar ganti rugi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ustazah ni dijumpai dalam keadaan selamat. Jauh tu 200km pergi balik
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:40 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-1-2019 03:04 PM
Boleh if dia 'benarkan' diri dia jadik gituh. Maksudnya, bila kita terlalu layan perasaan negati ...

minum susu dugro sis nanti sel2 otak akan tiktok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 17-1-2019 12:29 PM
balik pulau jauh.. penah skolah situ dulu.. naik bas dr komtar pegi stesen bas balik pulau, pastu na ...

I selalu rasa rumah kena dekat dgn tmpt kerja isteri sbb kebiasaannya isteri yg uruskan anak2 dan rumahtangga..
Boleh balik rumah awal tak buang masa di jalan..
Kecuali suami boleh handle so ok lah tengah2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua Polis Sahkan Ustazah Farhana Ditemui Selamat..
January 17, 2019admin

Alhamdulillah, Ustazah Nur Farhana ditemui selamat. Ini Kenyataan Awal Ketua Polis Daerah Barat Daya
USTAZAH Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Malam tadi, portal berita Harian Metro melaporkan Ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara pada 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab.

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya. Sumber harian metro

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan meneliti laporan daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

“Dalam kes ini kita perlu melihat laporan JPN terlebih dahulu dan tidak boleh menilai berdasarkan kenyataan-kenyataan dikeluarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Maszlee berkata, beliau sentiasa memberikan perhatian khusus terutama berkaitan isu dan masalah pertukaran guru.

“Saya beri perhatian kepada semua, semua guru-guru dekat di hati saya. Mereka adalah adiwira dan sentiasa ada di hati saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Singgah Cakna di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Farhana Ibrahim, 27, dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah. Insiden itu disedari suaminya selepas guru terbabit tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Langgar, Kedah pada petang Isnin lalu. Menurut suaminya, mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan pada 2014.

Katanya, ia disebabkan akibat masalah kemurungan dan dipercayai tertekan kerana terpaksa berulang sejauh kira-kira 100km perjalanan dari rumah ke sekolah. Sinar

“Dia menangis ketika tidurkan anak kami’ – Isteri Masih Hilang, Suami Buka Cerita.
BALIK PULAU- Suami kepada guru Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Genting yang hilang masuk hari ketiga hari ini menceritakan keadaan isterinya, Nur Farhana Ibrahim, 27, sehari sebelum kejadian.

Muhammad Naim Mahayadin berkata, isterinya didapati menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.

“Saya ada tanya dia kenapa menangis tetapi dia hanya jawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa lalu terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar bagi ditumpangkan oleh rakannya untuk ke tol Sungai Dua, Butterworth.

“Isteri saya menumpang rakannya untuk ke tempat kerja dan meletakkan keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada hubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.

“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri saya ada di atas almari di bilik. Saya kemudiannya menghubungi rakan isteri saya dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.

“Mereka hanya nampak kereta isteri yang diletakkan di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.



Operasi pencarian yang dibantu Unit K9 dijalankan sekitar sekolah tempat mangsa mengajar dan kawasan berhampiran.

Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.

“Saya bersama guru dan guru besar mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya.

“Saya mengesyaki kehilangan isteri saya ini ada hubung kait dengan kegagalan permohonannya untuk menukar tempat kerja berikutan dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan polis dengan bantuan Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.

Menurutnya, operasi dilakukan di sekitar sekolah dan kampung berdekatan.

“Operasi dihentikan jam 6 petang tadi (semalam) berikutan tiada petunjuk mengenai mangsa di kawasan sekitar.

“Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.

Nur Farhana didiagnosis mengalami simptom tekanan serius (‘reactive depression with marked anxiety symptoms’) sejak beberapa tahun lalu.

Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya setiap hari.



Sumber gpsbestari.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
walava replied at 17-1-2019 07:12 PM
tak habis2 nak speku rumahtangga orang, pangai cam setan sekor sekor

-400 tak pun card warning

Motif tolak kedit sendiri. Aku kan ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 17-1-2019 09:35 AM
kesian ustazah ni dpt laki mcm ni. patutla lari. kire nasib baik gak la bini tak kelar leher anak  ...

I pun kalau ada masalah atau apa2 yg tak puas hati memang cerita direct kat tok laki. Sebab laki ni bendul.. Bila cakap kita ok walaupun wajah mendung, dia tetap tak faham. So baik luahkan je semua. Weolz pun pjj. Hujung bulan atau 2 bulan sekali baru jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077404 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list