CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] 6 Bomba Maut di Puchong sebab sorang remaja

[Copy link]
Post time 4-10-2018 12:22 PM | Show all posts
miznieda replied at 4-10-2018 12:12 PM
mmg 5 je yg berikat kat tali...bile dorang dah tenggelam bole nmpak ade lg sorang kat belakang dtg ...

baru nak tanya ttg mangsa ke enam . ada dlm dlm video sorang anggota dtg dr blkg dan pengakhirannya dia juga turut terkorban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 12:23 PM | Show all posts
b_n_c replied at 4-10-2018 12:03 PM
ohhhh patut lah tali tu org xleh tarik n diorang xleh kuar dr pusaran air tu sebab tali tu diikat  ...

cuma nak tau pusaran air tu mmg mcm tu sedia ada atau tetiba terjadi bila anggota yg terkorban tu ke situ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
lanesra replied at 4-10-2018 09:23 AM

Besarnya lombong ni.. kelilingnya kebanyakan kawasan perumahan.. So mmg ni kawasan terbuka ke apa? Government kena consider pagarkan kawasan ni dgn pagar yg org x blh access. Bkn setakat pagar kawat yg tebal tu. Kalau dah berpagar, kena upgrade la pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:32 PM | Show all posts
b_n_c replied at 4-10-2018 11:43 AM
serius arrr xdpt elaun kritikal???

bodohnyer lah..

serius babe aku dah banjir  tadi pagi baca berita ni..biarpun takde sorang ahli kuarga aku..sedih tu sampai jantung aku babe kemurungan smpai skrg
dah mmg team bomba ni jer yang kerajaan tak luluskan lagi elaun kritikal dorang, pasukan uniform lain dah ada
tp aku tgk banyak kes asyik bomba ni jer yang turun
ular dorang terjah
tebuan
lipan
api
banjir
kucing tsangkut pokok
org acah2 nak bunuh diri
even sekecil2 kes mcm padam api kecil yg org bakar sampah tu pun pggil bomba satu team turun kauuuu
tp elaun kritikal tak dapat
klu tkorban sia2 mcm tu jer
harap menteri dorang ni fight sikit la utk elaun  kritikal dorang ni..bukan byk pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:32 PM | Show all posts
segelintir budak remaja mmg payah nk dengar cakap mak pak.


Saya dah pesan jangan pergi lombong'

PUCHONG - "Saya dah pesan kat anak jangan pergi tempat tu sebab tengok keadaan cuaca tak menentu sejak semalam," kata bapa kepada remaja 17 tahun yang dipercayai lemas di lombong Taman Putra Perdana, di sini, petang semalam.

Mohd Azzam Naim, 46, berkata, dia tidak tahu anaknya, Mohd Ilham Fahmy ke kawasan lombong itu hinggalah dimaklumkan insiden yang meragut nyawa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana tersebut kira-kira jam 4.45 petang.

"Saya tak tahu dia ke situ sebab masa kejadian masih kat tempat kerja. Sebelum itu anak saya hanya bagitahu ada rakannya akan datang ke rumah.

"Sebelum ni memang dia ada memancing di situ tapi masa kejadian dia bukannya nak memancing kerana tak ada siapa antara mereka bertiga termasuk dua rakannya yang ke lombong itu membawa joran,"katanya.

Azam berkata, menerusi perbualan dengan dua rakan Ilham yang terselamat, anaknya tergelincir berhampiran pintu kunci air dan gagal diselamatkan ketika arus deras.

Katanya, rakan Ilham cuba menariknya keluar namun usaha itu tidak berjaya.

"Rakan Ilham kemudian beritahu kejadian kepada anak sulung saya yang kebetulan berada di kawasan berhampiran.


"Memang air laju hingga anggota penyelamat yang biasa pun boleh kemalangan," katanya yang masih bersedih berikutan anaknya masih belum ditemui hingga jam 2.45 pagi tadi.

Terdahulu, enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat remaja yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.

Keenam-enam anggota berkenaan berjaya dinaikkan ke darat namun disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, mayat remaja yang dipercayai lemas masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat akan disambung pagi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
miznieda replied at 4-10-2018 12:12 PM
mmg 5 je yg berikat kat tali...bile dorang dah tenggelam bole nmpak ade lg sorang kat belakang dtg ...

Tgk kat mana yg ni? Ada link video tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 12:33 PM | Show all posts
Sempat raikan ulang tahun ibu bapa



SHAH ALAM - Anggota bomba yang lemas ketika mencari remaja terjatuh di sebuah lombong di Puchong malam tadi, Adnan Othman, sempat meraikan ulang tahun perkahwinan ibu bapanya, Sabtu lalu.

Ibunya, Ronani Abdullah, 58, berkata, arwah pulang ke kampungnya di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama isterinya, Shamiza Salleh, namun tidak bermalam.

"Arwah balik sini pada hari jadinya. Dia balik sekejap sahaja, jam 3 petang sampai dan malam dia terus balik Sungai Buloh.

"Itu kali terakhir makcik tengok dia. Selepas itu, makcik tidak berhubung dengannya," katanya ketika ditemui selepas majlis bacaan tahlil dan solat jenazah di Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, di sini, hari ini.

Adnan, 33, anggota bomba Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam lemas ketika mencari remaja yang dilaporkan terjatuh ke sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, semalam.

Operasi menyelamat itu turut mengorbankan lima lagi anggota PPDA melibatkan Mohd Fatah Hashim, 34; Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, manakala seorang lagi, Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam.

Selain itu, Ronani berkata, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum pergi buat selama-lamanya.

"Cuma dia cakap; 'mak dah sakit lutut, tak payahlah masak-masak'. Masa itu, saya masak rendang dengan ketupat," katanya.

Tragedi itu dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras akibat hujan lebat mengalir ke kawasan tumpuan operasi, malam tadi, menyebabkan semua mangsa terbelit tali yang dipasang antara satu sama lain.

Detik cemas itu disedari beberapa anggota bertugas di tebing dan berusaha menarik tali yang mengikat semua mangsa, namun gagal kerana berdepan tekanan arus terlalu kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 4-10-2018 09:49 AM
kat sini kan...besar lombong nih.... mcm tasik. sayup je tgk bangunan sebelah sana

Di pintu air rupanya.. Mmg diketahui pintu air time hujan mmg deras & bahaya, kan.. And time ni la banyak ikan utk ditangkap.. Apapun, blh la dikaji dan buat penambahbaikan dlm SOP utk kes2 di akwasan2 gini. Moga semua urusan pengkebumian  berjalan dgn lancar dan keluarga anggota2 yg terbunuh dlm tugasan ni kebajikan mereka terbela.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 12:36 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-10-2018 12:28 PM
Besarnya lombong ni.. kelilingnya kebanyakan kawasan perumahan.. So mmg ni kawasan terbuka ke apa? ...

blm berpagar sepenuhnya tu, ada tempat blh akses.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lanesra replied at 4-10-2018 12:32 PM
segelintir budak remaja mmg payah nk dengar cakap mak pak.



Ralat tak terkata.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:39 PM | Show all posts
serius berita ni buat aku nangis sedih sgt..
perasaan huba sgt terkesan dlm hati..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 4-10-2018 10:06 AM
kat kpg aku di daerah kinta ipoh memang byk sgt lombong bijeh terbiar ni.tiap tahun ada je yg ma ...

Dulu mungkin boleh. Skrg ni sikit2 viral. Nnt dikatakan bomba & pasukan penyelamat  x buat kerja pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:43 PM | Show all posts
sebab satu budak bodoh yang tak dengar cakap mak bapak, 6 unsung heroes meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
moonela replied at 4-10-2018 10:26 AM
"Keadaan di tempat kejadian tidak boleh dimanipulasikan orang awam...
Scuba  ppda bomba terlatih da ...

Betul. Tlg stop bashing jabatan atau anggota yg telah terkorban dlm tugasan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
tenderfly replied at 4-10-2018 10:49 AM
Setuju sangat, hampir semua bentuk kecemasan, smuanya bomba kena p dl..

Termasuk bila ada yg takutkan biawak kecil yg masuk rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang maknya pulak cakap anak pergi lepak dengan kawannya tapi dia tak cakap pulak lokasi lepak
Lama tak dengar perkataan lepak.bahasa rempit betul maknya pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
intnjuliet replied at 4-10-2018 10:54 AM
bukan jatuh.. the boy pegi mandi sbb ada gambar bdk tu n kawan dia posing nak mandi situ
wallahua ...

Kalau benarlah... Very ignorant nya budak2 ni! Dia ingat ni anak sungai tinggi sampai lutut kat belakang rumah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 4-10-2018 12:48 PM
Kalau benarlah... Very ignorant nya budak2 ni! Dia ingat ni anak sungai tinggi sampai lutut kat be ...

Bapaknya sendiri mengaku anaknya bukan pergi nak memancing, tiga-tiga tak bawak joran pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:55 PM | Show all posts
Sedih dan pilu.

Ahli keluarga anggota bomba yang menjadi mangsa lemas ketika misi menyelamat tidak dapat menahan kesedihan di hadapan Jabatan Forensik Hospital Serdang awal pagi tadi. #bomba #puchong #kosmo #albumkosmo . Foto oleh AMIN FARIJ HASAN











Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 4-10-2018 10:08 AM
haha..mana ada mistik la. rumah aku dulu betul-betul belakang lombong tu. masuk je rumah, terus na ...

Lombong ni yg kita leh nampak dr skve tu ke? Yg besar tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.115105 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list