CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Tempatan] UPDATE: KSU Kementerian dan Anak KSU dibebaskan!#273

[Copy link]
Post time 6-1-2017 06:06 PM | Show all posts
badaksumbu replied at 6-1-2017 03:59 PM
'fabricated case' katanya. rosli dahlan didapati tak bersalah dan dia saman sprm. baru je sprm men ...




hmmm .... possible jugak la fabricated case .... tapi itu laa .. banyak pulak bahan bukti SPRM dapat dari pelbagai tempat simpanan. kalau dia dapt justify mana dia cekau benda2 tu semua .. OK lah ...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-1-2017 09:30 PM
lofattah -> sydfattah

Kosserrr.

Muntah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2017 05:59 PM | Show all posts
harap2 ramai lagi kakitangan awam di tangkap sprm
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2017 10:25 PM | Show all posts
Banyaknya duit di rumah

http://www.hmetro.com.my/node/195149

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 9:30 PM

Hayati Ibrahim
[email protected]



Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas kira-kira RM550,000 lagi daripada rumah Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), semalam.

Menurut sumber-sumber, wang tunai termasuk British Pound Sterling, Euro dan Singapore Dollar itu dipercayai disembunyikan anak suspek di kediaman mereka.

"Kita sudah merakamkan percakapan anak suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, tiada tangkapan baru dilakukan,"katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan rampasan wang tunai itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes itu.

Rabu lalu, KSU berusia 59 itu ditahan di kediamannya, manakala dua anak lelakinya masing-masing berusia 29 dan 34 yang juga pengurus di dua syarikat berbeza ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan.

Berikutan penahahan itu, SPRM merampas jongkong emas, beg tangan berjenama dan jam tangan mewah bernilai lebih RM3 juta dalam pemeriksaan lebih 12 jam di rumah suspek.

Sementara kelmarin, SPRM merampas dan menyita beberapa aset lain termasuk jongkong emas seberat lapan kilogram (kg) bernilai RM1.6 juta.

Selain itu, RM1 juta tunai termasuk mata wang AU$80,000 (RM264,000) dari peti simpanan suspek di dua bank di ibu negara turut dirampas.

Turut dirampas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima milik anak lelaki suspek.

Selain itu, suspek juga dipercayai memiliki lebih 10 lot tanah bernilai jutaan ringgit di sekitar Lembah Klang.

Suspek dan dua anak lelakinya kini ditahan reman tujuh hari sehingga 11 Januari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah menghancurkan golongan penyeleweng-penyeleweng kuasa yg mkn duit haram sampai boroi. Dan gantikan dgn pekerja yg telus beramanah lagi tawadhuk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 7-1-2017 10:25 PM
Banyaknya duit di rumah

http://www.hmetro.com.my/node/195149

Kaya gila2 mereka ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2017 05:34 PM | Show all posts

macam mana kehidupan orang kaya dengan duit bersepah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedulu....pernah praktikal kat satu jabatan gomen.

Ingat lagik bila staff gomen nak ambik sample kat kilang, dorang boleh gelak2 buat lawak sambil cakap, sekali tepuk bahu kat boss kilang tuh boleh la dapat '5 sen'.

'5 sen' tuh tak tahu la berapa harganya....mungkin RM50? RM500? RM5000? Dah jadi macam perkara biasa rasuah nih, siap boleh buat lawak lagik...Macam sial pangai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2017 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 6-1-2017 10:11 AM
Bukan. Tak silap usj 3/1a (tak pasti) tapi dulu2 I selalu ke padang depan rumah dia untuk jogging  ...

Ooo betullah rmh yg i syak tu. Dekat dgn rmh la
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dok ikut ismail sabri. Nampak sangat dia jd ksu pd semua kementrian yg ismail jaga. Rasa mmg ada org umno nak kenakan ismail sabri ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
ronapink replied at 8-1-2017 05:34 PM
macam mana kehidupan orang kaya dengan duit bersepah

Tu dah dibuktikan mereka membazir membeli banyak hbag jam semua . Orang2 yg susah nak dpt 100 sebulan pun sukar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 12:31 PM | Show all posts
immi replied at 6-1-2017 05:23 PM
Betul..ms tahun 1989 tu berborak dgn iols ko aku je...baik sgt en.arif ms tu bantu kami 3 org berp ...

Aah.. kalau gi kenduri tu... main cucuk pinggang ajer... pastu ajak makan sekali sebab dia x da teman... kenduri kahwin aku dia datang... rasa terharu tau.. sbb dia akan penuhi semua jemputan staff kawin... sebab tu bila kena camni.. no komen... sbb nya kenapa masa dia di kerajaan negeri dulu x ambush...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2017 11:24 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 15-1-2017 11:27 AM

KSU, anak dibebaskan pagi ini                                                                                                               
Wartawan Sinar Harian                                                                             
15 Januari 2017                                
                        
                                                              
Ketua setiausaha kementerian berusia 59 tahun dan seorang anak lelakinya berusia 34 tahun (belakang) disambung reman empat hari untuk membantu siasatan penyalahgunaan kuasa jawatan dan kedudukannya, manakala seorang lagi anaknya berusia 29 tahun dibebaskan dengan ikat jamin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dan anaknya yang ditahan reman sebelum ini akan dibebaskan pagi ini di mahkamah majistret Putrajaya.

Mereka berdua akan dibebaskan selepas pasukan penyiasat dikatakan berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan selama 11 hari tempoh reman dikeluarkan mahkamah.

Difahamkan, pendakwaan akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan SPRM perlu menyelesaikan siasatan.

Sebelum ini KSU yang bergelar Datuk itu bersama dua anaknya lagi ditahan reman selama tujuh hari dan tempoh reman dilanjutkan empat hari lagi kepada beliau dan salah seorang yang berusia 34 tahun.

Difahamkan, kedua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 10.30 pagi ini.

Penahanan KSU itu dibuat bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Sepanjang siasatan dilakukan, SPRM juga menjumpai sejumlah wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dan jongkong emas yang bernilai keseluruhan rampasan melebihi RM5 juta.

Pada 4 Januari lepas, KSU itu ditahan di rumahnya di USJ, Subang pada 8 pagi manakala dua anaknya ditahan selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, hari yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib berkata siasatan kes terhadap ketiga-tiga individu itu dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena-mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.
                           

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 12:07 PM | Show all posts
ok dibebaskan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 8-1-2017 05:51 PM
Dedulu....pernah praktikal kat satu jabatan gomen.

Ingat lagik bila staff gomen nak ambik sample ...

apa nk buat,, sllunya dorang xmintak pun tp org yg nak sgt2 bg :zz  biasaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
penggubahan wang haram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So pemggubahan wang haram kira bukan jenayah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
@lkick2113 kata gubah wang haram tu halal. Maka bebaskan je lah diorang ni semua. Syukur mereka suchi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu replied at 15-1-2017 12:20 PM
So pemggubahan wang haram kira bukan jenayah?

Ye,  bukan satu jenayah. Gubah duit haram tu jatuh dalam kategori 'kebodohan' yg mana bodoh bukan satu jenayah. Mentri pasola ckp  
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua penggubahan wang haram... tp persoalannya dr mana wang wang haram tu semua??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070294 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list