|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #2726 Sweetmama's post
salam sweetmama...... lama tak nampak.
insyallah lepas solat magrib esok 27hb.. kak bay akan ke kelana jaya. report kat k jaya 9.30 malam.
now tengah tengok2 bag... dan pilih buku2 yang mahu di bawa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 26-11-2008 09:25 AM
http://www.informasihaji.com/images/kaligrafi2.gif
Selasa, 25 Nopember 2008 8:25:18 AM
Transportasi Bus Jemaah Terkendala
Jakarta (MCH). Angkutan bus jemaah haji dari pemondokannya di Meka ...
Jemaah pesen tu siap berkampong kat masjid siang malam. ada baik dan buruknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 26-11-2008 02:44 PM
salam sweetmama...... lama tak nampak.
insyallah lepas solat magrib esok 27hb.. kak bay akan ke kelana jaya. report kat k jaya 9.30 malam.
now tengah tengok2 bag... dan pilih buku2 yang mahu d ...
eeeiii bestnye...
terkenang genap setahun yang lalu.
terus masuk mekah..dan buat haji ifrad....
begitu cepat masa berlalu... |
|
|
|
|
|
|
|
My number 1 boss pun pegi haji tahun ini...katanya ini haji beliau kali kedua...beliau bertolak hari Jumaat...baru farewell ramai-ramai kat beliau sekejap tadi...walaupun selalu kena marah tapi bila berpisah terasa dekat di hati dan nak mengalir air mata..semoga beliau mendapat haji mabrur dan diampuni dosa-dosa beliau selama ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2755 IDB's post
i pun bertolak hari jumaat pukul 1.30 pagi naik saudia. sapa boss u.. orang bank ke |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2755 IDB\ catat
Amin, ya rabbal alamin.
Insya ALLAH turn kita akan sampai one day. CUma kicap tengah bayangkan kalau time kicap nanti waktu summer dalam suhu 45 celcius. mesti kesabaran tu teruji sepenuhnya. kicap pernah dengar sorang ustaz cakap, Ali b Abi Talib r.a mmg suka buat umrah/ haji musim panas terik. Harapnya, kita yang naik nama waktu summer akan dikurniakan ALLAH kesabaran n semangat macam saidina Ali. Amin.
Kicap pernah buat umrah pada musim panas bulan 7 - 8. Mmg panas terik yang nak buka mata pun silau. Suhu paling panas masa tu dalam 45 darjah. Sampai pernah demam lah kiranya , tp tu semua pengalaman. TP buat musim panas ni seronok jugak sbb orang tak ramai, org benua arab pergi bercuti ke tempat lebih dingin kot lgpun tu musim cuti sekolah dorang. Kalau buat tawaf sunat sebelum zohor, mmg clear lah sbb tak sampai 50 orang yg tawaf n time ni lah senang nak kucup hajar aswad. Tak silap kicap, seingat kicap lah, musim ni, kalau keluar hotel dalam pukul 6.45 am, pi miqat kat tanaim, boleh lah habis kerjakan umrah dalam pukul 10.30 am macam tu.
Satu lagi, masa musim panas ni juga lah barang semua murah dijual. Kalau luggage masa bulan ramadhan depa jual 120 riyal, waktu ni boleh tawar sampai 20 riyal.
RINDU NYA NAK JEJAK KAKI KE MAKKAH n MADINAH LAGI |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam saya berkesempatan.....alhamdulillah, menghantar seorang lagi sahabat yg menunaikan Haji. Beliau bertolak dgn KT82. Semalam suasana agak sesak sbb ader 3 KT yg bakal bertolak iaitu KT82, 83 & 84. Selepas Maghrib saya menuju ke sana. Sampai kesana saya telefon sahabat tersebut dan cari lokasi beliau. Wajah beliau menggambarkan kegembiraan sbb bakal menjadi Tetamu Allah dlm menjalani suatu ibadah agung. Kami berbual panjang sbb beliau dijangka mendaftar jam 8.45. Setelah lebih kurang 1/2 jam berbual waktu Isyak pon menjelma. Saya mohon diri dulu dari sahabat saya utk menunai solat Isyak di Masjid Komplek Tabung Haji KJ. Sebelum berpisah kami sempat berdakapan sambil memohon maaf sekiranya ada kesalahan yg telah kami lakukan antara satu sama lain. Waktu tuh saya mula sebak tapi tak seteruk waktu menghantar sahabat saya saudara Abdul Ghani. Saya ucapkan selamat jalan dan doakan agar beliau dan isteri dikurniakan Allah haji yg Mabrur. Saya mintak juga sekira berkesempatan agar beliau sampaikan salam saya pada Rasulullah. Ya Allah, selamatkan sahabatku Hafiz Rahimi dan isteri beliau Bahiyah dalam perjalanan haji mereka. Kurniakanlah mereka dgn kesihatan, kekuatan dan ketenangan dlm menjalani ibadah haji mereka. Moga mereka mendapat Haji yg Mabrur. Ampunkanlah dosa mereka dan ahli keluarga mereka.....Amin |
|
|
|
|
|
|
|
salam......
buat semua sahabat2 dan rakan rakan seperjuangan di sini.......
doakanlah saya dan suami dipermudahkan segala amal ibadah mengerjakan haji di tanah suci nanti. Insyallah jika Allah melanjutkan usia.......... saya akan berforum kembali selepas 8 januari 09 nanti.
will b missing all of u here..
salam sayang dari ..
me,
bayangan_rindu. (bay, bayang, bayangan, kak bay etc )
reporting di kelana jaya: 9.30 mlm ini
dpture: 1.30 pagi /saudia KT86
[ Last edited by bayangan_rindu at 27-11-2008 10:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 26-11-2008 02:44 PM
salam sweetmama...... lama tak nampak.
insyallah lepas solat magrib esok 27hb.. kak bay akan ke kelana jaya. report kat k jaya 9.30 malam.
now tengah tengok2 bag... dan pilih buku2 yang mahu d ...
Selamat berangkat semuga dia anugerahkan Haji Mabrur..seru2lah nama benang2 ni agar ke sana lagi insyaALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayahjoe at 27-11-2008 10:22 AM
Semalam saya berkesempatan.....alhamdulillah, menghantar seorang lagi sahabat yg menunaikan Haji. Beliau bertolak dgn KT82. Semalam suasana agak sesak sbb ader 3 KT yg bakal bertolak iaitu KT82 ...
semalan ada jiran yang pergi..satu family saya menghantar..tapi saya tak pergi hujan...sebab baru balik dari pejaabt...
walaupun dalam hujan..ramai tetamu yang menghantar jemaah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 27-11-2008 10:33 AM
salam......
buat semua sahabat2 dan rakan rakan seperjuangan di sini.......
doakanlah saya dan suami dipermudahkan segala amal ibadah mengerjakan haji di tanah suci nanti. Insyallah jika Alla ...
selamat pergi dan semoga beroleh haji mabrur |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2760 bayangan_rindu's post
Selamat berangkat Kak Bay....selamat menjalani ibadah haji dan moga mendapat haji yg mabrur |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2760 bayangan_rindu\ catat
Selamat Berangkat dan Moga mendapat Haji Mabrur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rabu, 26 Nopember 2008 10:20:28 AM
97 Jemaah Haji Tercatat Wafat di Madinah
Jakarta (MCH). Jumlah jemaah haji yang wafat di wilayah Madinah tercatat 97 jemaah. Hal ini dikemukakan Direktur Kementerian Haji Kerajaan Arab Saudi untuk wilayah Madinah, Hasan bin Hamid Al-Bakri, seperti dikutip harian Al-Watan edisi Rabo, 26 November hari ini.
Menurut Al-Bakri, kini masih ada 241 jemaah haji yang dirawat di sejumlah rumah sakit di Madinah yang nantinya akan dibawa semua ke Mekah dengan sejumlah ambulan. Menurut Bakri, ia dan pelayan kesehatan siap membawa jemaah sakit sesuai dengan jadwal pengosongan kota Madinah menjelang haji.
Menurut Bakri, jumlah jemaah haji yang melaksanakan ziarah di Madinah adalah 625.210 jemaah, sementara yang telah meninggalkan kota suci Madinah mencapai 402.934 jemaah. Sejak saat ini kota Madinah tak lagi menerima jemaah haji sebab konsentrasi jemaah haji telah tertumpu di Mekah. Madinah tinggal menunggu pengosongan jemaah. (Musthafa Helmy) |
|
|
|
|
|
|
|
Rabu, 26 Nopember 2008 10:02:27 AM
Saudi Siagakan Kemungkinan Banjir di Mina dan Arafah
Jakarta (MCH).
Aparat Keamanan Kerajaan Atrab Saudi dalam penjelasannya kepada Muassasah Asia Tenggara menyebutkan
kemungkinan hujan deras dan kemungkinan terjadi banjir di wilayah Arafah dan Mina seperti empat tahun yang lalu,
musim haji 13425 Hijriyah.
Namun, menurut Brigjen Sulaiman Al-Amr, Komandan Keamanan Kota Mekah, Kerajaan Arab Saudi
telah membangun saluran air yang memadai setelah musibah banjir empat tahun silam tersebutk sehingga
jika turun hujan sederas tahun 1425 Hijriyah lalu, banjir tak seluas dan sebesar itu.
Menurut Sulaiman, dalam acara yang dihadiri Ketua Muassasdah Asia Tenggara Dr. Adnan Katib dan
Pelaksanan harian Risyad Hasyim, ada 10 titiik rawan banjir di wilayah Masyair. Lima di Arafah, sebuah di Muzdalifah,
dan empat di Mina. Empat titik banjir di Mina itu antara lain di Majr Al-Kibasyh, Jalan Raja Fahd,
terowongan Raja Khalid, dan wilayah jamarat sendiri. (Musthafa Helmy) |
|
|
|
|
|
|
|
Rabu, 26 Nopember 2008 10:06:23 AM
Mahkamah Agung Saudi Perintahkan Rukyat Zulhijjah Besok
Jakarta (MCH). Mahkamah Agung Kerajaan Arab Saudi memerintah seluruh warga Arab Saudi untuk melakukan rukyat hilal pada hari Kamis, 27 November besok yang bertepatran dengan tanggal 29 Zulkaidah dan kemduian melaporkannya kepada kantor penghadilan setempat pada malam hari itu juga.
Hal ini dikemukakan juru bicara Mahkamah Agung Kerajaan Arab Saudi untuk memutuskan awal bulan Zulhijjah tahun 1429 Hijriyah. Pemerintah Arab Saudi sepenuhnya menggantungkan penentuan awal bulan pada rukyat, bukan hisab. Demikian seperti dikutip harian Ukad edisi Rabo, 26 November hari ini.
Jika besok malam tak seorang pun melaporkan adanya hilal, maka awal bulan akan jatuh hari Sabtu, 29 November, dan bulan Zulkaidah belaku istikmal 30 hari. Maka, Idul Adha akan jatuh hari Senin dan wukuf hari Abad, 7 Desember, seperti yang ada pada kelender kita.
Namun, jika besok ada yang berhasil merukyat, maka awal Zulhijjah akan jatuh hari Jumat, 28 November, dan hari wukuf di Arafah akan jatuh hari Sabtu, 6 Desember dan Idul Adha akan jatuh hari Ahad, 7 Desember 2008.
Namun menurut sejumlah ahli hisab, tak mungkin besok hilal bisa dirukyat mengingat ijtima` (konjungsi) baru terjadi usai salat Isyak di Arab Saudi yaitu pada pukul 19.55 Waktu Arab Saudi. (Musthafa Helmy |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Semua
Untuk Bay - Selamat berangkat dan selamat menjalani ibadah Haji, semoga diberkati segala amalan dan mendapat Haji Mabrur. Juga diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di sana.
Ambil sikit petikan dari blog cikgumat.umisakinah.com
SESIAPAPUN boleh berkata bahawa mereka sudah mengunjungi suatu tempat paling cantik di dunia, namun cantik pada mata, belum tentu hati setuju. Jika hati akur pada pandangan mata sehingga boleh menggetarkan sukma paling halus barulah boleh dikatakan tempat itu memang membawa kedamaian.
Seperti ketika memandang Kaabah al-Musyarrafah yang berdiri dengan mesranya, seolah ia memanggil tetamu Allah SWT dengan panggilan dari syurga. Maka hati yang datang dengan susah payah itu berusaha masuk ke pintu rahmat-Nya. Tenggelam dalam suasana syurga dijanjikan, gambaran kenikmatan syurga itu boleh dirasai dengan cara menyerahkan hati di bawah naungan Kaabah.
Bukankah Baginda SAW mengungkapkan keindahan syurga dalam perjalanan haji melalui sabda yang bermaksud: “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Syurga di akhirat yang belum pernah dirasai tetapi di dunia seolah-olah sudah merasai nikmatnya iaitu saat memandang Kaabah dalam kekhusyukan ibadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2769 aily\ catat
Lama tak nampak Kak Aily...
Thanks 4 the photo..
Terasa tersentuh apabila membaca kata kata di atas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika memandang Kaabah al-Musyarrafah yang berdiri dengan mesranya,
seolah ia memanggil tetamu Allah SWT dengan panggilan dari syurga.
Maka hati yang datang dengan susah payah itu berusaha masuk ke pintu rahmat-Nya.
Tenggelam dalam suasana syurga dijanjikan, gambaran kenikmatan syurga itu boleh dirasai
dengan cara menyerahkan hati di bawah naungan Kaabah.
Subhanallah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|