CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syabee

PERMOHONAN UTK KPLI/DPLI 2008

 Close [Copy link]
Post time 31-7-2007 12:19 PM | Show all posts

Balas #2667 cikniza785

tq....info yg bagus & berguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 12:20 PM | Show all posts

Balas #2668 hujan_rintik

tq....info yg bagus & berguna...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:21 PM | Show all posts

Reply #2678 zailoas's post

tips mengingat...tampal segala keyword di segenap bilik...kalau yang pompuan kat meja solek...sambil makeup tu boleh la hafal mana2 yang patut :re:
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:23 PM | Show all posts
Sukan merosot kerana alpa

TABIB setuju 100 peratus dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan kemerosotan sukan negara disebabkan tiada budaya sukan di kalangan atlit yang membabitkan semangat, jati diri dan perwatakan.
Pendapat itu diluahkan kerana beliau sedar betapa tenatnya pencapaian sukan negara sejak sekian lama, seolah-olah tiada ubat boleh menyembuhkannya.

Oleh itu, sampai masanya kita kembali ke akar umbi iaitu sekolah seperti diperkatakan Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, baru-baru ini yang berhasrat memberi penekanan serius kepada mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ).

Kementerian juga menimbang PJ sebagai mata pelajaran untuk peperiksaan. Tabib berpendapat, ia jangan hanya tinggal cadangan semata-mata, malah wajar dikuatkuasakan supaya
sukan negara mencapai tahap membanggakan di persada antarabangsa.

Bagi Tabib,
kemerosotan sukan negara kerana kealpaan kita. Sistem pendidikan kita yang mengutamakan kecemerlangan akademik adalah punca permasalahan ini.

Atas sebab ini, ibu bapa tidak menganggap
sukan penting atau dapat menjamin masa depan anak mereka. Bagi mereka, lebih baik membeli buku daripada sebiji bola atau raket.

Jika PJ dijadikan mata pelajaran untuk peperiksaan, pasti pemikiran ibu bapa berubah terhadap kepentingan
sukan. Ini saja cara untuk menarik mereka supaya mempengaruhi anak meminati sukan.

Selagi PJ bukan mata pelajaran wajib untuk peperiksaan, Tabib tidak nampak berlaku perubahan terhadap mutu
sukan negara. Ia akan tetap di takuk lama.

Dalam hal ini, sekolah juga secara automatik akan memberi penekanan kepada
sukan. Sukan di sekolah pasti kembali ceria dengan adanya komitmen guru yang mendapat sokongan ibu bapa yang selama ini dingin terhadap kepentingan sukan.

Sekarang boleh dibilang dengan jari ibu bapa yang berminat dengan
sukan hingga sanggup mengorbankan wang ringgit untuk anak mereka supaya berjaya di bidang itu.

Sudah terbukti, kebanyakan atlit yang berjaya dalam
sukan bermula sejak kecil. Ibu bapa memainkan fungsi penting untuk membentuk anak mereka dan kemudian digilap di peringkat sekolah dan seterusnya. Sebagai contoh, anak-anak Datuk Sidek Kamar yang berjaya dalam sukan badminton.

Begitu juga Shalin Zulkifli dalam
sukan bowling dan Nicol David menerusi skuasy. Keluarga atlit ini sanggup bekorban wang ringgit untuk memastikan anak mereka maju dalam sukan sebelum mendapat tajaan kerajaan dan swasta.

Yang menyedihkan, belia kita sekarang kurang meminati
sukan kerana selain terikat dengan sistem pendidikan, mereka selesa dengan kehidupan dinikmati. Walaupun berbakat, tetapi tidak dikembangkan kerana lebih minat bermain komputer atau melepak di kompleks beli-belah.

Mereka yang meminati
sukan dan mewakili negara pula berpuas hati dengan pencapaian yang ada. Tiada usaha memajukan diri, walaupun pelbagai kemudahan canggih disediakan.

Lebih malang, apabila sudah ada teman wanita, prestasi mereka semakin merosot berbanding atlit Barat yang menjadikan kekasih sebagai pendorong untuk mengejar kecemerlangan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #2670 deentaro's post

hmmm.. bagus gak deentaro bgtau awal2.. kina pun rasa nak jawab minat je..
mmg sterotaip.. mesti penemuduga tu agak muak dgn jawapan yang sama dari semua.. takde reason yang lain..
tapi kalau org tu dah mmg betul2 minat gler2 nak buat camne kan??
takkan dia nak reka jawapan lain.. tu menipu diri...
rasa kina la..  boleh jawap minat.. tapi sertakan dengan hujah yg bernas menyokong kenyataan kita tu.. nilaa bezanya antara setiap individu...
point yang sama tetapi huraian yang berbeza... ikut kebijaksanaan msg2....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #2680 awadanish's post

kalau combine dgn jawapan awa ni bertambah best..proses pembelajaran sepanjang hayat dalam profesional perguruan menyebabkan saya cenderung memilih kpli sebagai kerjaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2007 12:28 PM | Show all posts

Reply #2683 awadanish's post

awa.. awa.. bagusnye...
tak dapat bayangkan camne keadaan bilik awa skrg..
mesti penuh dgn nota2 utk KPLI... nilah semgt waja yg perlu dicontohi oleh suma... chaiyooook!!! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:29 PM | Show all posts
SEMUA DAH MAKAN KER
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 12:30 PM | Show all posts

Reply #2688 aniaz's post

aniaz..baik ko pose dapat juga beli kasut hitam bertutuo..hehehe just kidding
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:32 PM | Show all posts

Reply #2687 nur_kiena's post

hahahaha...memang tak dapat nak bayangkan..
hubby awa kata tu belum jd cikgu dah jd cikgu agaknya segala ikrar diframekan ganti bunga2 kat umah...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:32 PM | Show all posts
sakinna


tq2!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:36 PM | Show all posts
kiranya kita mmg xleh letak minat la as reason kita yek???
ala... eden da set mind nih..
kene ubah lik la nampak gaya...
huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:37 PM | Show all posts

Reply #2686 zailoas's post

ok jugak gabungan ayat zailoas + awa......agak2 la yg nak ditanya kat krisz nanti.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:40 PM | Show all posts

sukan oh sukan..

Perubahan radikal atasi kelemahan sukan
Oleh Aziz Ishak

Malaysia mengakhiri cabaran Sukan Olimpik di Athens dengan prestasi yang hambar sebagaimana temasya sukan itu pada tahun 2000.

Tiada sebarang pingat yang dibawa pulang oleh kontinjen negara termasuk acara yang diberi harapan besar iaitu badminton untuk hadiah Hari Kebangsaan Ke-47.

Sudah banyak yang diperkatakan tentang kelemahan sukan Malaysia dalam konteks persaingan antarabangsa tetapi setakat ini belum nampak hasil yang positif.

Sebaliknya arena sukan negara kita yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel - satu lagi temasya bertaraf dunia - tetap pada takuk lama.

Dengan kemudahan sukan termoden untuk hampir semua jenis sukan di Malaysia yang diakui lebih baik berbanding beberapa negara maju serta banyak ganjaran untuk atlet yang `berjaya', ia belum mampu melonjakkan pencapaian di peringkat antarabangsa.

Nampaknya itu semua belum cukup untuk memecah tembok psikologi yang terus mengekang negara ini dalam melahirkan ramai jaguh sukan bertaraf Asia, jika pun tidak mendapat pingat Olimpik.

Persoalannya, apa lagi yang tidak kena dengan sukan kita termasuk bola sepak, hoki dan badminton yang suatu ketika Malaysia pernah dianggap gergasi Asia, kini menjadi pasukan yang kerap diwarnai kekalahan.

Dalam hubungan ini, atlet adalah cerminan kepada nilai masyarakat yang diwakili. Jika bersandarkan kepada ukuran tersebut, kelemahan atlit Malaysia adalah juga mencerminkan kelemahan masyarakat dan negaranya.

Masalah utama dengan atlet-atlet Malaysia ialah kurang daya juang, daya saing serta skil, walaupun dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Masalah lebih besar ialah semua peringkat kepimpinan sukan kita lebih banyak bercakap daripada bekerja untuk menjayakan misi kecemerlangan.

Sudah sampai masanya kegagalan di Athens dijadikan titik tolak baru dalam melonjakkan pencapaian sukan merangkumi sukan untuk massa dan sukan (elit) untuk persaingan antarabangsa.

Ia menuntut bukan setakat post mortem bahkan langkah-langkah drastik dan menyeluruh untuk melahirkan lebih ramai jaguh bertaraf antarabangsa sebagaimana yang dilahirkan oleh tiga bangsa Asia - China, Jepun dan Korea Selatan.

Mana-mana pengurusan persatuan sukan yang tidak berkesan wajar dirombak, kepimpinannya perlu berundur, sementara Kementerian Belia dan Sukan hendaklah lebih berani dan proaktif supaya berorientasikan kecemerlangan.

Menterinya, Datuk Azalina Othman perlu melancarkan program khas bermula sekarang sebagai persiapan melahirkan bintang-bintang hebat untuk Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Namakanlah apa sahaja program khas itu, yang penting pengurusan, latihan dan pendedahan untuk atlet remaja yang ada, mesti terbaik.

Jika Azalina tidak menggerakkannya, beliau juga seperti yang lain akan hilang kesempatan untuk membawa kebangkitan kepada sukan negara.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:41 PM | Show all posts

Reply #2692 pwincess83's post

boleh..minat tu fakto utama...
tapi kalau kena tanya kenapa nak jd cikgu?
sebab saya minat dan cita2 sejak kecil dan dapat galakan dari keluarga.( jawapan mcm tak meyakinkan penemuduga)

kena jawab saya berminat kerana....(kaitkan dengan fasafah pendidikan kebangsaan dan kriteria yang ada pada diri kita yang sesuai denga jiwa seorang pendidik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:42 PM | Show all posts

Reply #2690 awadanish's post

theheee hee hee heee.... lucunya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by zailoas at 31-7-2007 12:30 PM
aniaz..baik ko pose dapat juga beli kasut hitam bertutuo..hehehe just kidding



APLO iingat lagi..ker..
tak boleh la lapar....nanti kalau tak makan takut tak sempat intv...kalau posa takp er..da sahur..hehehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:44 PM | Show all posts
nampak cam soalan hot interview kali adelah ttg SUKAN..erm..sape ada artikel paste la kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:49 PM | Show all posts
Abdullah tegur mutu sukan terus merosotKUALA LUMPUR 15 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur kegagalan pencapaian ahli sukan negara dalam mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa sehingga terus ketinggalan berbanding negara-negara lain.
Berikutan itu Perdana Menteri menggesa agar pelbagai usaha diambil oleh semua pihak bagi mengembalikan semula kecemerlangan mutu sukan negara seperti sebelum ini.
Beliau memberi contoh pencapaian cemerlang negara dalam badminton dan bola sepak sebelum ini yang sukar ditandingi tetapi kini semakin jauh ketinggalan berbanding negara Asia lain.
``Menjadi ahli sukan yang hebat dan bertaraf dunia juga akan memasyhurkan negara, jadi apabila menjadi ahli sukan, maka berlatihlah dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi cemerlang,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan Hari Belia Negara 2004 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, negara mahu melihat ahli sukan menjadi jaguh dan seterusnya menjuarai kejohanan peringkat lebih tinggi seperti di kejohanan dunia mahupun Olimpik.
``Bukan setakat menjadi juara kampung, daerah, kebangsaan atau ASEAN sahaja,'' katanya.
Abdullah mengambil contoh kemerosotan berterusan badminton dan bola sepak negara berbanding dengan pencapaian cemerlang kedua-dua sukan itu pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an.
``Malaysia telah lama menjadi jaguh dalam kejohanan badminton Piala Thomas tetapi kini kita tewas kepada Indonesia sedangkan dahulu Indonesia tidak ada apa-apa pun.
``Bola sepak pula, kita jaguh dalam Piala Pesta Bola Merdeka dan kita sentiasa berjaya menewaskan Jepun dan Korea Selatan.
``Tetapi hari ini Korea Selatan dan Jepun sudah menjadi terbaik di kalangan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia, tetapi di mana kedudukan kita,'' katanya.
Sementara itu bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Abdullah berkata, beliau mahu usaha mencapai kemajuan itu membabitkan semua perkara dan bukan hanya terhadap bola sepak dan badminton sahaja.
Mengenai kemungkinan ganjaran berlebihan menjadi faktor melemahkan ahli sukan negara, Abdullah berkata bahawa beliau tidak mengetahui punca sebenarnya.
``Mungkin banyak masalah kenapa menjadi begitu tetapi ia bergantung kepada faktor manusia juga,'' katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan tahap latihan ahli sukan negara tidak mencukupi berbanding dengan ahli sukan negara lain yang lebih cemerlang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:50 PM | Show all posts

Reply #2667 cikniza785's post

cik niza.. thanks sudi share info...
kina nak tany skit bleh?? cik niza jawap ape bla dia tanya "knp nak benti keje skang dh elok2, pastu dia tanya dh best2 dok kl sanggup ke g pedalaman?"

harap sudi share ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041651 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list