CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 28-12-2005 07:30 AM | Show all posts
Originally posted by sizuka at 27-12-2005 07:41 PM


ff: eyka... tajuk penuh lagu tu ialah Sekai Ni Hitotsu Dake No Hana... ahem.. ko maybe tak perasan tp lagu tu ada dalam CD yg aku pasang hari tu...:lol

Aku ada klip video lagu tu dlm macam ...


Post ler ...adess leh kasi adds thread Kimu Taku tu tak???...malas nak cari hehee..onegaishimasu..

Sekai ni hitotsu dake no hana; The one and only flower in the world

hanaya no misesaki ni naranda
iron'na hana wo mite ita
hito sorezore konomi wa aru kedo
dore mo min'na kirei da ne

kono naka de dare ga ichiban da nante
arasou koto mo shinai de
baketsu no naka hokorashige ni
shan to mune wo hatte iru

sore nanoni bokura ningen wa
doo****e koo mo kurabetagaru?
hitori hitori chigau no ni sono naka de
ichiban ni naritagaru?

soo sa bokura wa
sekai ni hitotsu dake no hana
hitori hitori chigau tane wo motsu
sono hana wo sakaseru koto dake ni
isshookenmei ni nareba ii

chiisai hana ya ookina hana
hitotsu to ****e onaji mono wa nai kara
NO.1 ni naranakute mo ii
motomoto tokubetsu na ONLY ONE

No.1に
ならなくてもいい
もともと特別な
ONLY ONE

花屋の店先に並んだ
いろんな花を見ていた
ひとそれぞれ
好みはあるけど
どれもみんな
きれいだね
この中で
誰が一番だなんて
争う事もしないで
バケツの中誇らしげに
しゃんと
胸を張っている

それなのに僕ら人間は
どうして
こうも比べたがる?
一人一人違うのに
その中で
一番になりたがる?

そうさ 僕らは
世界に一つだけの花
一人一人違う種を持つ
その花を
咲かせることだけに
一生懸命になればいい

困ったように
笑いながら
ずっと
迷ってる人がいる
頑張って咲いた花は
どれもきれいだから
仕方ないね
やっと店から出てきた
その人が抱えていた
色とりどりの花束と
うれしそうな横顔

名前も
知らなかったけれど
あの日
僕に笑顔をくれた
誰も気づかないような
場所で咲いてた
花の様に

そうさ 僕らは
世界に一つだけの花
一人一人違う種を持つ
その花を
咲かせることだけに
一生懸命になればいい

小さい花や大きな花
一つとして
同じものはないから
No.1に
ならなくてもいい
もともと特別な
ONLY ONE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2005 07:45 AM | Show all posts
ff:Ade tak sapa2 leh tolong upload MV BUMP from M a.k.a Lee Min Woo Shinhwa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 07:48 AM | Show all posts
Originally posted by sizuka at 27-12-2005 07:41 PM


ff: eyka... tajuk penuh lagu tu ialah Sekai Ni Hitotsu Dake No Hana... ahem.. ko maybe tak perasan tp lagu tu ada dalam CD yg aku pasang hari tu...:lol

Aku ada klip video lagu tu dlm macam ...


ff:Hana dah jumpa thread tu tp sume dah expired maaa sian ler kat aku ni....:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 09:29 AM | Show all posts
sibuk je hagaki tu nak kacau aoi....... ingatkan budak kecik tu betul lah anak hero..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 09:43 AM | Show all posts
haha...
kelakar masdiorg terpaksa jaga baby tu kan...
mmg x tido la jawabnye...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by Hana_Hirokawa at 28-12-2005 07:30 AM


Post ler ...adess leh kasi adds thread Kimu Taku tu tak???...malas nak cari hehee..onegaishimasu..

Sekai ni hitotsu dake no hana; The one and only flower in the world[/ ...


ff:Bleh.. nanti aku post,tp lambat sikit ek.. upload bandwidth aku dah ada org booked... hehehe nak upload dulu klip dari Japan Music Station Super live.. lepas tu nak upload manga HYD utk Hangpc2 lak... lepas tu baru aku upload lagu tu ye.. Tak leh wat banyak2 nanti donlot file aku lak yg stuck..

Hana, tak semua link tu expired. YSI link mmg dah dah expired tp kalau selak sikit dari belakang yg mana rapidshare dgn Megaupload link ada yg bleh pakai lagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2005 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by sizuka at 28-12-2005 01:36 PM


ff:Bleh.. nanti aku post,tp lambat sikit ek.. upload bandwidth aku dah ada org booked... hehehe nak upload dulu klip dari Japan Music Station Super live.. lepas tu nak upload manga HYD utk Ha ...


Ai ai kapten..roger and out...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:29 PM | Show all posts

Last Christmas Episode 6 (24 Disember 2005)

Guest star:
Sachiko Sakurai as HITOMI

esok paginya, Haruki (Yuji Oda) terkejut dari tidur bila dengar Aoi (Akiko Yada) menjerit...Aoi ucap selamat pagi kat Haruki dan lepas tu tanya Haruki sama ada dia pernah tak gunakan pemadam api...bila Haruki kata tak pernah, Aoi tanya Haruki nak tak cuba guna pemadam api yg dia tengah pegang tu...masa tu barulah Haruki perasan yg dapur dia berasap kuat...Haruki bergegas ke dapur dan nampak yg periuk dah hangus...Aoi cakap dia nak cuba buat sup tapi tiba2 dah jadi macam tu...Haruki letak periuk tu dalam sink dan kemudian tanya Aoi apa yg dia buat kat rumah orang lain...Aoi cakap peti sejuk dia dah kosong...pagi2 dia kena makan nasi, sup dan natto...Haruki cakap ambik jelah bahan2 tu dan masak kat rumah sendiri, tapi Aoi cakap dia nak buatkan untuk Haruki sekali...tapi Haruki cakap dia biasa makan roti je untuk sarapan...lepas tu Haruki suruh Aoi jangan sesuka hati masuk rumah orang lain, jadi Aoi cakap dia takkan masuk lagi...Aoi cakap dia akan kunci pintu sebab tak nak orang mengintai masa dia mandi...Haruki pun cakap dia akan kunci pintu sebab tak nak orang mengintai masa dia mandi...lepas tu diorang tutup pintu dan masing2 kunci pintu...Haruki nampak peta dunia kat pintu dan teringat janji dia pada Aoi nak pergi tengok aurora sama2...Haruki tersenyum sendiri...

kat hospital, mak Haruki beritahu diorang yg firasat dia memang betul bila dah tahu Haruki dan Aoi dah bercinta...mak Haruki nak hadiri perjumpaan pelajar2 lama, katanya cinta pertamanya pun akan hadir sama...mak Haruki cakap nama orang tu Kenji dan nama Haruki pun asalnya dari orang tu...Haruki cakap lebih baik tak jumpa sebab tu hal 50 tahun lepas...mak Haruki cakap walaupun dah tak ingat muka, tapi dia masih ingat masa menari dengan orang tu kat majlis tarian sekolah...mak Haruki cakap memang dia tak dapat lupakan hal tu...Aoi cadangkan pergi je jumpa orang tu...lepas keluar dari wad, Haruki cakap mesti kena bincang dengan doktor dulu...lepas tu Haruki ternampak risalah kat dinding hospital, disuruh berhati2 dengan penipuan tentang perjumpaan pelajar2 lama...

Ritsuko (Nana Katase) pulak sibuk buat persediaan untuk Christmas Festival bila dia terambil surat dari cikgu dia...bila Higaki (Hiroshi Tamaki) datang, dia cepat2 sembunyikan surat tu...Haruki pulak terserempak dengan Aoi dalam lif kat syarikat...Haruki beritahu yg dia akan beritahu mak dia pasal penipuan tu malam tu...Aoi cakap mak Haruki memang menantikan perjumpaan tu, tapi Haruki cakap tak apa2 sebab 50 tahun dah separuh abad hayat manusia...Aoi cakap perasaan sukakan seseorang adalah kuat...Haruki setuju dan cakap yg setiap orang pun mesti ada seseorang yg tak dapat dilupakan...Aoi tanya siapa yg Haruki tengah fikirkan sekarang, Haruki pulak tanya siapa yg Aoi tengah fikirkan...Aoi sengaja buat kiraan depan Haruki...lepas tu Hayama (Mirai Moriyama) tanya Haruki siapa orangnya yg tak dapat dilupakan tapi Haruki buat tak tahu je...Aoi pulak ternampak Higaki berbual dengan Ritsuko...

kat studio, Haruki dan Hayama berbual pasal superstar sukan dari Itali yg akhirnya dah menang pertandingan...masa tu Hitomi (Sachiko Sakurai) ternampak Haruki dan air muka dia dah berubah...Hayama pulak masih lagi tanya Haruki siapa orangnya yg Haruki tak dapat lupa tapi Haruki tak layan dia...

kat Desperado, Ayaka (MEGUMI) asyik bercakap pasal Shintani dan refer Shintani sebagai 'beruang koala' tapi Hayama buat2 tak dengar cakap dia dan cakap pasal hal lain...Hayama nak cakap sesuatu kat Ayaka tapi masa tu tiba2 Haruki dan Shintani datang, jadi Hayama dan Ayaka pindah meja sebab tak nak dilihat Shintani...Shintani tanya khbar Ayaka...Shintani beritahu Haruki yg ayah dia suruh dia pergi perjumpaan jodoh...masa tu Hayama dan Ayaka boleh dengar pasal tu...Shintani cakap dia tak boleh beritahu ayah dia yg dia nak kawin dengan 'love terrorist'...jodoh yg dia akan jumpa nanti adalah anak orang kaya yg suci, memang banyak beza dengan Ayaka...Ayaka beritahu Hayama yg dia nak gagalkan pertemuan jodoh tu...lepas Ayaka dah pergi dan Shintani pulak pergi toilet, Hayama tunjukkan muka depan Haruki...Hayama beria2 pertahankan Ayaka, lepas tu dia cakap dia nak jadi 'singa' dan takkan kalah pada 'beruang koala'...

kat syarikat, Higaki nampak sorang receptionist menangis...Kyoko beritahu dia yg semuanya salah Higaki sebab nak kawin dengan Ritsuko...lepas tu, Higaki mengadu kat Aoi...katanya khabar2 angin memang cepat tersebar, Higaki takut dia ditolak nanti...Aoi cakap Higaki ni kat mana2 pun nampak tabah tapi kalau pasal Ritsuko, Higaki boleh jadi lemah...Higaki cakap dia dan Ritsuko belajar kat universiti yg sama dan mempunyai impian yg sama, tapi sekarang Ritsuko dah jadi designer tapi dia cuma pekerja pejabat...tapi kalau Ritsuko boleh tunaikan impian dia, dia dah rasa gembira...Aoi cakap sekarang kan Ritsuko dan Higaki tengah lukis pokok Krismas macam kat rumah datuk dia...Higaki pelik sebab Aoi tahu pasal tu, tapi Aoi cakap Higaki pernah beritahu dia hal tu dulu...Higaki pertama kali dipuji masa dia kecik bila melukis pokok Krismas...bagi Higaki, masa tulah impian dia bermula...Aoi ajak Higaki dan Ritsuko datang ke rumah, dia dan Haruki akan jodohkan diorang...masa tu barulah Higaki tahu Haruki dan Aoi dah mula bercinta...

Haruki dan Aoi pergi jumpa Dr. Sawaguchi dan minta dia menyamar jadi Kenji, cinta pertama bagi mak Haruki...Dr. Sawaguchi mula2 macam keberatan, tapi tiba2 dia tanya sama ada mak Haruki tu cantik...akhirnya Haruki dan Aoi bawak mak Haruki keluar jumpa 'Kenji' kat satu restoran...mak Haruki cakap tak tahulah kalau 'Kenji' suka penampilan dia kali ni, Haruki suruh mak dia jangan panggil 'Kenji' lagi sebab dia rasa kekok...mula2 perjumpaan tu macam berjalan lancar, tapi lama2 ada banyak benda tak kena...bila sampai hal menari masa kat sekolah, mak Haruki cakap sebenarnya 'Kenji' tak menari dengan dia...'Kenji' lepaskan tangan dia dan cakap perempuan berbau busuk...lepas tu Haruki dan Aoi duduk jauh sikit dan berbincang nak bersurai sebelum hal sebenar terbongkar...lepas ucapkan terima kasih, mak Haruki sendiri yg nak balik tapi 'Kenji' tiba2 minta maaf...kata 'Kenji', dia malu dengan pandangan kawan2 sebab tulah dia lepaskan tangan...'Kenji' cakap dia takut orang tahu yg dia sukakan mak Haruki, dan lepas tu 'Kenji' ajak mak Haruki menari...

Haruki dan Aoi perhatikan diorang menari dengan gembira...lepas tu diorang hantar 'Kenji' pergi...mak Haruki beri hadiah champagne pada diorang dan ucapkan terima kasih untuk penipuan hari ni...mak Haruki cakap itu memang penipuan yg romantik, lepas tu dia tanya sama ada boleh jumpa lagi Dr. Sawaguchi...Haruki tanya bukan ke mak dia tak boleh lupakan cinta pertama, tapi mak dia cakap sebenarnya dia dah lupa...

Haruki dan Aoi minum champagne tu kat rumah Haruki...Aoi cakap walaupun dah berusia, bagus juga kalau ada percintaan yg macam ni...dulu Aoi fikir cinta macam bunyi muzik piano yg semakin lama makin lemah...tapi ada juga cinta yg makin lama makin dalam walaupun mengikut perubahan musim...kata Aoi, hidup adalah sesuatu yg sangat menggembirakan, seperti membuka pintu dan dapati jantung berdegup dengan pantas...selama ni dia rasa takut, tapi sekarang hidup dia bersinar2...sebelum membuka pintu tu, dia memang tak sangka inilah perasaan dia untuk menyambut Krismas pada tahun ke-5 selepas pembedahan...Aoi keluarkan organizer dia dan tunjukkan tarikh pemeriksaan terakhir...pada hari tu, dia akan ambil semula hidupnya yg selama ni dijaga oleh Tuhan...Haruki pulak ambil organizer dia dan tandakan bintang pada hari Krismas...Haruki nak tengok aurora bersama Aoi pada hari tu...Aoi cakap tak mungkin sebab Haruki mesti sibuk pada hujung tahun, tapi Haruki cakap dia akan cari jalan...Aoi senyum dan tandakan bintang pada hari Krismas kat organizer dia jugak...

[ Last edited by whitedove at 29-12-2005 01:36 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-12-2005 01:32 PM | Show all posts

sambungan Episode 6...

kat balkoni, Aoi tanya kenapa Haruki tak pernah tanya apa penyakit dia...Haruki cakap tak kira apa pun penyakit tu, dia bukannya doktor dan tak dapat merawat penyakit Aoi...tak kira apa pun penyakit tu, Haruki bukannya Aoi dan tak dapat rasai kesengsaraan Aoi...jadi apa yg boleh dia lakukan untuk Aoi adalah menemani Aoi menyambut hari esok...lepas tu Haruki tanya Aoi sama ada Aoi boleh berikan hidup dia pada Haruki...Aoi cakap dia dah pun berikannya pada Haruki...Aoi bersandar pada Haruki dan cakap yg dia tak nak apa2 dan tak ada cita2, dia cuma nak teruskan hidup yg sekarang...Haruki yakin yg Aoi akan dapat teruskan...

pagi esoknya bila bangun, Haruki tengok Aoi dah takde...Haruki bangun dari katil dan nampak nota atas meja...Aoi dah keluar dulu sebab ada mesyuarat pagi...Haruki nampak kat bawah nota tu ada sekeping roti bakar dengan simbol hati...Haruki senyum je...kat syarikat, Haruki nampak Aoi hantar Shintani ke kereta...diorang terserempak kat depan lif...Haruki ucapkan terima kasih atas sarapan tu tapi Aoi cakap dia tak faham apa yg Haruki cakap...kata Haruki, Aoi memang jadi orang lain bila kat syarikat...diorang masing2 senyum dan masuk lif lain2...

Ayaka pergi ke pejabat Shintani dan berborak dengan sorang setiausaha kat situ...Hayama ambil kesempatan tu tukarkan sesuatu kat atas meja setiausaha...rupa2nya yg ditukar tu adalah gambar jodoh Shintani...Aoi serahkan gambar tu pada Shintani...Shintani terkejut bila tengok gambar tu dan cakap muka orang tu memang mirip ketam...dia terus suruh Aoi batalkan perjumpaan jodoh...Ayaka yg tengok dari luar dah senyum tapi Hayama tak suka...

Higaki datang jumpa Ritsuko yg tengah melukis pokok Krismas kat studio...masa Ritsuko pergi tukar baju, Higaki terjatuhkan beg Ritsuko...masa nak kemaskan beg Ritsuko, Higaki terjumpa sepucuk surat...Higaki dah terkejut dan terus baca surat tu tanpa pengetahuan Ritsuko...surat tu adalah dari kawan cikgu yg buka galeri kat New York...cikgu tu beritahu dia masa kat hospital, kalau dalam masa 3 tahun Fujisawa Ritsuko tak jadi terkenal, bawalah dia ke New York...surat dari cikgu pun ada sekali dan Higaki baca jugak surat tu...cikgu cakap dia tak sempat bawa Ritsuko masuk ke dunia dia, tapi dia harap Ritsuko tak lupakan dia sebab dia akan sentiasa bersama Ritsuko dan Ritsuko takkan keseorangan...lepas baca, Higaki cepat2 masukkan balik surat tu dalam beg Ritsuko...bila Ritsuko dah siap, Higaki tunjukkan muka senyum pada Ritsuko...

Haruki pulak tengah memasak kat rumah...bila Aoi kata nak tolong dia, Haruki cakap tak payahlah sambil tunjukkan periuk yg dah hangus tu kat Aoi...Aoi beritahu Haruki yg Dr. Sawaguchi nak melawat mak Haruki kat hospital...Haruki tak sangka hal tu boleh berkembang sampai macam tu...masa tu Higaki dan Ritsuko sampai...masa makan kat balkoni, Higaki tanya bila Haruki dan Aoi mula bercinta...Ritsuko tanya apa yg Aoi suka pasal Haruki...Aoi bergurau cakap sebab kat situ tak boleh bela binatang peliharaan...Higaki pulak tanya Haruki apa yg Haruki suka pasal Aoi...Aoi cakap sebab dia seksilah, dia jujurlah, dia cantiklah, tapi Haruki cakap semua pun tak betul...Ritsuko tergelak je tengok Haruki dan Aoi yg suka main2, tapi dia pelik bila tengok Higaki lain macam je hari tu...

masa Aoi dan Ritsuko basuh pinggan kat dapur, Haruki beritahu Higaki pasal rancangan baru dia dan niat dia nak Higaki jadi designer...tapi Haruki belum maklumkan lagi pada pihak atasan...lepas tu Haruki tanya Higaki pasal lamaran dia pada Ritsuko, tapi air muka Higaki nampak semacam je...masa tu Aoi dan Ritsuko balik ke balkoni...Aoi tanya Ritsuko kenapa Ritsuko belum setuju dengan lamaran Higaki...Haruki yg dah perasan perangai pelik Higaki tu beritahu Aoi yg hal tu adalah hal Higaki dan Ritsuko, tapi Higaki tiba2 cakap dia nak tahu jawapannya malam tu juga...Ritsuko minta Higaki tunggu setahun sebab dia nak ke New York...Aoi cakap Higaki mesti boleh tunggu setahun lagi sebab dah tunggu 4 tahun pun bukannya apa2...Higaki cakap kalau macam tu, anggaplah takde apa2 yg berlaku...Higaki minta maaf sebab dah baca surat tu...Higaki cakap sebenarnya Ritsuko memang belum boleh lupakan hal dulu dan dia adalah beban bagi Ritsuko...Higaki dengan marahnya suruh Ritsuko pergi je New York bersama orang yg dah mati tu...

Ritsuko dah sedih dan lari keluar dari rumah Haruki...Aoi kejar dia sampai ke jalan raya...Ritsuko dengan sedih cakap yg Higaki mesti dah bencikan dia...Aoi cakap Higaki takkan bencikan Ritsuko sebab selama ni, Higaki sangat cintakan Ritsuko walaupun dalam diam...Ritsuko cakap dia pun tak tahu nak buat macam mana...Higaki pulak tolong Haruki bersihkan gelas yg dia pecahkan masa tengah marah tadi...Haruki cakap Ritsuko pun mesti susah hati...apa yg Higaki boleh buat sekarang cuma menunggunya dan menolongnya...Higaki minta maaf sebab dah buat Haruki bimbang dan cakap yg dia akan bincang sekali lagi dengan Ritsuko...lepas Higaki dah balik, Aoi minta maaf pada Haruki sebab tak sangka keadaan jadi makin teruk, tapi Haruki tak kisah pun...

Ayaka pulak beritahu Shintani yg dia tak nak balik malam tu...Ayaka tanya Shintani sama ada parents Shintani tak desak dia untuk kawin...Shintani terus ajak Ayaka ke rumah dia...masa tu tiba2 Hayama datang...Hayama cuba tarik Ayaka pergi tapi Ayaka beritahu Shintani yg Hayamalah orangnya yg selalu kacau Ayaka...Shintani dah naik marah tapi Hayama dengan berat hati cuma minta Shintani kawin dengan Ayaka...Ayaka pun terkejut dengan permintaan Hayama tu...Hayama cakap walaupun Shintani mungkin cuma main2, tapi Ayaka betul2 ikhlas...Hayama cakap Ayaka sebenarnya berhati lembut, pandai memasak dan layan keluarga dengan baik...

esoknya Haruki telefon seseorang nak batalkan sesuatu sebab dia nak guna bonus untuk benda lain...lepas tu Haruki ke agensi pelancongan dan tempah 2 tiket ke Kanada...bila balik ke syarikat, Haruki terjumpa Aoi dalam lif...Haruki tanya sama ada Aoi ada hal malam tu, tapi Aoi cakap dia sibuk...Haruki cakap kalau sibuk tak apalah, tapi akhirnya dia cakap akan ketuk pintu bila balik nanti...lepas tu Haruki tiba2 dipanggil ke bilik Shintani...rupa2nya Ritsuko dah tak nak teruskan kerja, jadi Shintani suruh Higaki pergi pujuk Ritsuko...Aoi nampak Higaki keluar dari bilik Shintani dengan marah...

Higaki pergi ke studio Ritsuko dan tenung pokok Krismas yg belum siap tu...lepas tu Aoi tiba2 datang...Higaki cuma gelengkan kepala menandakan Ritsuko dah takde kat situ...Haruki masa tu tengah buat perbincangan dengan Sally (Ryou)...lepas perbincangan, Sally tanyakan hal Higaki...bila Higaki cakap dia akan cuba tolong Higaki dan Ritsuko, Sally cakap dia sebenarnya bercakap pasal Aoi...Sally cakap seseorang tu takkan mudah lupa orang yg pernah disukainya...Sally suruh Haruki berhati2 sikit...

kat studio, Higaki beritahu Aoi yg Ritsuko sign 'RN' kat lukisan tu sebab katanya itu adalah karya diorang berdua iaitu 'Ritsuko dan Naoya'...Higaki cuba nak baling berus lukisan ke arah lukisan tu tapi sempat dihalang Aoi...kata Higaki, bila dah cintakan seseorang, dia takkan kisah di mana orang tu berada, dan walaupun dah mati, dia tetap tak dapat lupakan orang tu...Aoi cakap demi Ritsuko, Higaki tak boleh berputus asa...Higaki cakap dia tak pernah pun putus asa dalam 4 tahun ni, tapi dia dah sampai hadnya...masa tu Aoi tiba2 je lukis bintang kat atas pokok Krismas dan cakap yg lukisan dia memang teruk...Aoi suruh Higaki ubah dan habiskan lukisan tu...

bila Haruki keluar dari syarikat, dia dengar Hitomi panggil dia...Haruki terkejut bila nampak Hitomi...Hitomi cakap dia kebetulan lalu situ dan terserempak dengan Haruki...Hitomi nak bercakap sekejap dengan Haruki...Higaki pulak habiskan lukisan pokok Krismas tu sambil diperhatikan Aoi...lepas habis melukis, Aoi puji pokok Krismas tu cantik...Aoi usap kepala Higaki dan puji dia sebab dah berusaha gigih...Higaki dah berperasaan lain pada Aoi masa tu sebab dia teringatkan masa datuk dia usap kepala dia dan puji dia dulu...

Haruki berbual dengan Hitomi sambil minum2, tapi Haruki asyik tengok jam...Hitomi tanya sama ada ais glasier ada lagi ke tak sebab diorang pernah janji nak minum sama2, jadi Haruki beritahu Hitomi yg dia dah minum dengan ais tu...Hitomi cakap memang salah dia dulu dah buat perkara yg melampau pada Haruki...Haruki teringatkan malam Hitomi berpisah dengan dia dan beritahu yg Hitomi dah jatuh cinta pada orang lain...Aoi pulak baru teringat yg dia kena balik cepat...Aoi beritahu Higaki yg Haruki tengah tunggu dia...Higaki tiba2 ucapkan terima kasih pada Aoi...Aoi suruh Higaki berbincang baik2 dengan Ritsuko...Higaki cakap dia tak pernah pun beritahu Ritsuko hal datuk dia dan pokok Krismas...Aoi tengok jam dan berlari pergi, tapi tiba2 Higaki panggil dia...

Hitomi pulak cakap yg bukan kebetulan diorang terjumpa...sebenarnya Hitomi dah 3 kali berulang-alik depan syarikat Haruki semata2 nak jumpa Haruki...Hitomi nak minta Haruki tolong dia sebab dia tak tahu nak buat apa sekarang...Hitomi minta maaf sebab memang silap dia berpisah dengan Haruki dulu...tapi Haruki cakap sekarang bukan soal betul atau salah, tapi hubungan diorang sememangnya dah berakhir...Haruki cakap dia akan berusaha dalam kerja, jadi Hitomi pun kenalah berusaha juga...Hitomi dah nampak sedih bila Haruki tinggalkan dia...

Higaki pulak tiba2 peluk Aoi dan tanya betul ke Aoi dah lupakan dia...kat rumah, Haruki ketuk pintu tengah tapi Aoi belum balik lagi...bila Haruki tengok peta dunia, kedua2 bendera dia dan Aoi dah dicucuk kat Yellowknife...Haruki keluarkan 2 tiket ke Kanada dan tersenyum sendiri...Aoi pulak nampak terkejut dengan soalan Higaki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:37 PM | Show all posts

Screencaps from Episode 6...











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:44 PM | Show all posts

more from Episode 6...











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:47 PM | Show all posts

Last Christmas Episode 7 (25 Disember 2005)

Guest star:
Sachiko Sakurai as HITOMI

lepas mesyuarat pasal Christmas Festival, Hayama (Mirai Moriyama) tunjukkan pada Haruki (Yuji Oda) gambar 'Kenji dan Yuki' yg dia lukis pada model tempat meluncur salji...Higaki (Hiroshi Tamaki) pulak datang jumpa Aoi (Akiko Yada) kat office Shintani...Higaki tanya Aoi betul ke marah dia, Aoi cakap mestilah sebab kuih dorayaki dia dah penyek...flashback malam tadi, Aoi tolak Higaki sebab kuih dorayaki dia dah terpenyek...Aoi cakap teruklah kalau tabiat Higaki yg masih tak berubah tu terbongkar dan diketahui Ritsuko (Nana Katase)...Aoi suruh Higaki cepat2 berbaik dengan Ritsuko, lagipun hal diorang dah lama berlalu...

Haruki pulak masih kat office sebab kerja overtime dan tengok tiket ke Kanada yg dia belum dapat bagi pada Aoi...Hitomi tiba2 telefon dia seolah2 nak cakap sesuatu...tapi akhirnya Hitomi cakap takde apa2 dan letak telefon...Haruki teringatkan masa Hitomi minta dia tolong Hitomi...Hitomi pulak tengok 'one day ticket' yg disimpannya sejak tahun 1990...

bila balik ke rumah, Haruki ketuk pintu tengah dan hulurkan tiket ke Kanada melalui bawah pintu...masa tu Aoi tengah gosok gigi...Aoi nampak tiket tu tulis Calgary, Canada dan nak ambik tiket tu tapi Haruki tarik balik...Aoi terus bukak pintu sebab nak tahu apa bendanya tu...masa tu loceng pintu rumah Haruki berbunyi...Haruki suruh Aoi habiskan gosok gigi dulu...rupa2nya yg datang tu mak ayah Hitomi...diorang bawak sorang baby dan cakap yg tu adalah anak Haruki dan Hitomi...mak Hitomi bagi baby tu kat Haruki sambil Aoi tengok kat belakang dengan air muka terkejut...

diorang bagi Aoi pegang baby tu...mak Hitomi cakap rumah tu memang bagus untuk didiami oleh 2 orang dan sorang baby...mak Hitomi tanya sapa Aoi...Aoi cakap dia adalah setiausaha Haruki dan dia dah datang bawak barang yg Haruki lupa ambil...mak Hitomi cakap Haruki memang dah banyak berubah, masa kat universiti dulu asyik fikir pasal ski tapi sekarang dah jadi elit...mak Hitomi beritahu yg nama baby tu Yuta...ayah Hitomi tak cakap apa2 pun...Haruki memang tak percaya Yuta anak dia sebab dia tahu Hitomi kahwin dengan orang lain lepas tu...mak Hitomi cakap perkahwinan Hitomi tu memang dah silap...ayah Hitomi cuba nak cakap sesuatu tapi selalu dipotong mak Hitomi...mak Hitomi cakap lelaki tu selalu pukul Hitomi...mak Hitomi cakap baby tu lahir dengan cepat lepas Hitomi kahwin, sebab tulah dia rasa pelik...lagipun sekarang Hitomi dah bercerai...mak Hitomi rayu Haruki kahwin dengan Hitomi dan jadi ayah pada Yuta...katanya Hitomi memang kesian sebab sambil cari duit sambil jaga Yuta...mak ayah Hitomi minta Haruki jaga Yuta untuk 2 hari...

lepas mak ayah Hitomi dah balik, Haruki cakap Yuta memang bukan anak dia sebab masa dia masih bersama Hitomi, Hitomi dah ada affair dengan orang lain...Aoi cakap kenapa tak cakap macam tu tadi tapi Haruki cakap takkanlah nak beritahu perkara tu pada mak ayah Hitomi...Aoi bagi Yuta pada Haruki tapi Haruki memang tak reti nak pegang budak tu...Aoi cari susu untuk Yuta tapi takde, jadi dia suruh Haruki pergi beli...lepas Haruki dah beli, Aoi cakap Haruki dah salah beli sebab susu tu untuk baby 9 bulan ke atas, jadi Haruki tepaksa pergi kedai lagi sekali...tapi kali ni Aoi cakap susunya dah ada tapi botol susu pulak takde...Haruki geram Aoi tak cakap awal2...kenalah Haruki pergi kedai lagi...

Aoi beri Yuta minum susu tapi Haruki dah berbaring kepenatan...Aoi beri jugak Haruki pegang Yuta...Aoi cakap Haruki tak boleh marah2, kalau tak nanti Yuta takut...Haruki bagi Yuta minum susu dan tanya sedap ke tak...Aoi cakap tak boleh macam tu, kena gunakan bahasa budak2...jadi Aoi tunjukkan macam mana bahasa budak2 pada Haruki...lepas tu Yuta dah tertidur dan Aoi cakap mungkin akan terbangun pada tengah malam...Aoi nak balik rumah dia dan cakap lagipun tu bukan anak dia...Haruki cakap Yuta bukan anak dia juga, tapi Aoi cakap budak tu tetap anak pada orang yg pernah Haruki suka satu masa dulu...Aoi berbisik pada Haruki dan cakap tak apa sebab dia percayakan Haruki...Haruki berikan sekeping tiket ke Kanada pada Aoi...lepas tu Aoi masuk balik rumah dia tapi tertutup pintu dengan kuat hinggakan Yuta terbangun dan menangis...Haruki dah panik dan cakap yg dia memang tak boleh...lepas tu Yuta asyik terbangun je sampailah ke pagi...

Aoi datang pagi tu dan tengok Haruki yg tak dapat tidur sebab Yuta akhirnya baru dapat tidur...Aoi tanya pasal Hitomi dan Haruki beritahu yg Hitomi dah ke Hong Kong dan cuma akan balik hari Isnin...lepas tu ada orang ketuk pintu dan Yuta terbangun dan menangis lagi...

Hayama (Mirai Moriyama) dan Kyoko datang ke sebuah restoran nak makan tapi Hayama ternampak Ayaka (MEGUMI) tengah makan dengan Shintani, jadi dia ajak Kyoko ke restoran lain...tapi Shintani dah nampak diorang dan ajak diorang makan sekali...Shintani cakap anggaplah tu hadiah dia pada Hayama kerana dah sedarkan dia...Shintani cakap yg dia akan bercinta dengan Ayaka secara serius...Kyoko puji Hayama memang ada sifat kelelakian macam tu...Ayaka pun setuju dan cakap Hayama mungkin adalah lelaki yg paling baik untuk dikahwini...tapi masa tu tiba2 ayah Shintani datang dan bawak sorang perempuan cantik...orang tu adalah yg sepatutnya Shintani jumpa dalam pertemuan jodoh...

Haruki dan Aoi pulak bawak Yuta shopping...Haruki suruh diorang cepat2 beredar sebab teruklah nanti kalau ada orang dari syarikat nampak...masa tu diorang terserempak dengan Dr. Sawaguchi...kebetulan sorang setiausaha pun dah ternampak diorang...Dr. Sawaguchi beritahu perempuan tu supaya jangan beritahu sesiapa hal ni...Aoi cuma gelak je tengok reaksi Haruki...malam tu Yuta menangis lagi hingga ke pagi dan menyebabkan kedua2nya pun tak dapat tidur...disebabkan diorang nak ke office, jadi diorang minta tolong Sally (Ryou) jaga Yuta...Haruki dan Aoi pergi ke office dengan keletihan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:49 PM | Show all posts

sambungan Episode 7...

Haruki ke office Shintani...rupa2nya Hitomi dah ada kat situ atas urusan bisnes...lepas tu setiausaha dia masuk dan beritahu yg pengerusi telefon Shintani nak cakap pasal pertemuan jodoh, jadi Shintani keluar dari office...lepas Shintani dah keluar, Hitomi minta maaf kat Haruki pasal mak dia...lepas tu Aoi masuk bawakkan kopi...Haruki cakap Aoilah yg tolong dia jaga Yuta...Hitomi minta maaf lagi dan tanya sama ada mak dia ada cakap apa2 pasal ayah kandung Yuta...Hitomi cakap ayah kandung Yuta memang bukan Haruki...masa tu kedua2 Haruki dan Aoi dah tarik nafas lega...mak Hitomi rasa bimbang sebab tulah fikir yg bukan2...Shintani masuk balik dengan wajah muram...tiba2 dia cakap nak kumpulkan semua orang pergi rumah Haruki...

Ayaka pulak berborak dengan Aoi masa lunch...Ayaka mengadu yg perempuan tu nampak macam ada hati dengan Shintani...Aoi cakap Shintani memang tak boleh bantah ayah dia...masa tu tiba2 Ritsuko datang nak bercakap dengan Aoi pasal Higaki...Haruki pulak tengah bincang kerja dengan Higaki...masa tu tiba2 Higaki cakap Aoi pernah sukakan dia...Haruki pelik sebab Higaki tiba2 cakap pasal tu...Higaki tanya Haruki tak risau ke Aoi akan balik pada dia...tapi lepas tu Higaki cakap dia cuma bergurau...

Ritsuko cakap dia dah nampak hal malam tu...lepas tengok lukisan yg Higaki siapkan, Ritsuko kejar Higaki tapi nampak Higaki tengah peluk Aoi...Ritsuko cakap boleh ke percayakan Aoi...Aoi cakap sekarang dia cuma sukakan Haruki dan tiada lagi orang lain...Ritsuko akhirnya minta maaf pada Aoi...

Hayama dan Ayaka datang ke rumah Haruki bawak pokok Krismas...Shintani dah ada kat rumah Haruki...Hitomi letak Yuta dalam rumah Aoi...Hitomi minta maaf sebab dah menyusahkan Sally...lepas parti dah mula, Shintani pasang video lama...Shintani pasang video masa Haruki menang pertandingan ski...masa tu Haruki serahkan piala pada Hitomi...kata Shintani, masa tu Hitomi bagaikan bunga antara diorang...lepas tu adalah video masa birthday Hitomi...masa tu Haruki berikan hadiah 'one day ticket' tu pada Hitomi...kat tiket tu tertulis 'saya akan sentiasa bersama kamu, tiada tarikh luput'...Haruki dah rasa tak selesa sebab Aoi pun tengah tonton video tu...Sally yg dah perasan ketakselesaan kedua2 orang terus tutup video lepas tu...Hayama tanya sama ada Hitomi masih simpan tiket tu tapi Hitomi cakap dah takde...kedua2 Aoi dan Haruki pun nampak lega lepas tu...

kat balkoni, Ayaka beritahu Hayama yg mungkin lepas ni dia kena cari syarikat lain...Hayama cakap duit bukanlah segala2nya, tapi Ayaka cakap Hayama takkan tahu kesusahan takde duit...Hayama cakap walaupun cuma ada 10,000 yen dan tak dapat belikan baju baru, tapi masih boleh pergi tengok wayang dan main bowling...Ayaka tanya macam mana kalau cuma ada 1000 yen, jadi Hayama cakap masih boleh beli bento dan jus lepas tu makan kat taman...masa tu Hayama cuba sekali lagi nak luahkan perasaan dia pada Ayaka, tapi tiba2 Shintani yg dah mabuk datang kacau...Shintani cakap dia pun rasa susah sekarang...

Aoi dan Sally tolong kemaskan rumah Haruki lepas tu...Hitomi pulak pergi tolong Haruki kat dapur...Aoi nampak diorang kat dapur dan mula rasa jeles...Hitomi cakap kat Haruki yg dia dah kahwin dengan orang yg salah...lepas Hitomi cakap macam tu, Haruki cuba nak beritahu sesuatu pada Hitomi tapi masa tu tiba2 Hayama pegang Shintani dengan kuat...Hayama dah naik geram masa tu...Hayama cakap dia dah suruh Shintani pertimbangkan hal Ayaka baik2...masa nak leraikan Hayama dan Shintani, Shintani terjatuh dan tertidur dengan sendiri...

masa hantar Hayama dan Ayaka naik teksi, Haruki suruh Hayama bertenang...lepas tu turn Hitomi pulak naik teksi...masa tu akhirnya Haruki dapat beritahu Hitomi yg dia sekarang tengah bercinta dengan Aoi...lepas tu Hitomi dah nampak sedih...kat rumah Haruki, Aoi tengok gambar lama Haruki dan Hitomi...Shintani dah tertidur lagi kat rumah Haruki...Aoi cakap kat Haruki yg dia rasa elok juga kalau Haruki tolong membesarkan Yuta...tapi Haruki cakap tak mungkin...Haruki ajak Aoi minum...masa tu tiba2 diorang dengar Shintani panggil Hayama dan Ayaka...dalam tidurnya Shintani mita maaf pada diorang...

kat lobi syarikat, Haruki beritahu Hayama yg Shintani pun sebenarnya nak pilih jodoh sendiri...masa tu tiba2 mak ayah Hitomi panggil dia, diorang bawak Yuta sekali...mak Hitomi tanya apa yg dah jadi, bukan ke Haruki dah janji nak jadi ayah Yuta dan sekarang ni, Hitomi tengah bersedih...masa tu tiba2 ayah Hitomi naik marah dan suruh mak Hitomi diam...ayah Hitomi cakap yg salah adalah Hitomi, Hitomi yg ada affair dengan lelaki lain...Haruki takde kaitan dengan diorang...ayah Hitomi minta maaf pada Haruki...katanya mak Hitomi cuma fikirkan demi Hitomi, lagipun Hitomi sebenarnya belum bercerai...

Higaki datang jumpa Aoi dan cakap yg dia akan tunggu Aoi kat Central Garden...Aoi cakap dia takkan pergi...kat studio, Haruki perhatikan je Hitomi yg tengah uruskan shooting hari tu...lepas tu, Shintani dan Aoi sampai...masa tu Hayama pun ada...Shintani tengok je Hayama, jadi Haruki sengaja berdiri kat tengah2 untuk mengelakkan apa2 berlaku...masa tu ada orang beritahu Hitomi yg diorang dah tukar cameraman sebab cameraman asal tak sihat...Hitomi nampak macam kenal cameraman baru tu...cameraman baru tu macam jenis lelaki yg teruk dan suka memerintah...Hitomi dengan tegas suruh lelaki tu teruskan shooting...akhirnya Hitomi beritahu Haruki yg lelaki tu adalah suami dia...

Hitomi jawab telefon kat luar dan terjatuhkan barang2 dia...Aoi nampak dan tolong kutip barang2 Hitomi...masa tengah kutip tu, Aoi ternampak 'one day ticket' yg Haruki pernah bagi pada Hitomi...tahulah Aoi yg selama ni Hitomi masih lagi simpan tiket tu...lepas beri barang2 tu pada Hitomi, Aoi tengok Haruki kat dalam studio...

lepas shooting, cameraman tu suruh Hitomi cepat2 serahkan borang cerai...Hitomi cakap dia belum serahkan borang cerai sebab dia nak lelaki tu janji dengan dia akan selalu jumpa Yuta...perceraian diorang takde kena-mengena dengan anak...lelaki tu cakap Hitomi memang jenis perempuan yg mudah dipikat...Haruki tiba2 datang dan cakap yg dia nak berbincang sikit dengan Hitomi...masa tu cameraman tu tanya sama ada Haruki kekasih Hitomi...dia cakap Haruki tak payah segan2 sebab dia tak kisah Haruki gunakan barang yg dia dah guna...Haruki tengok je lelaki tu dan cakap yg Hitomi tak mungkin akan jatuh cinta pada lelaki yg teruk...lelaki tu naik marah dan pukul Haruki...Haruki bangun balik tapi dia tak balas perbuatan lelaki tu...Haruki terus pergi dari situ dengan Hitomi...Aoi yg dah tengok semua kejadian tu rasa semacam...

Aoi naik teksi dengan Shintani...dalam teksi, Aoi asyik pandang je Haruki dan Hitomi yg ditinggalkan...Hitomi pulak tanya Haruki sama ada 'one day ticket' tu masih boleh digunakan...Aoi pulak dah mula bersedih dalam teksi...masa tu Higaki telefon dia...

Haruki bawak Hitomi makan kat gerai...masa tu Haruki cakap yg 'one day ticket' tu dah tak boleh guna...Hitomi cakap tiket tu kan takde tarikh luput, tapi Haruki cakap dah tak boleh...Haruki cakap pemain ski yg dia suka tu pernah cakap yg orang yg meluncur hingga ke akhir barulah berpeluang menang dalam pertandingan yg seterusnya...Haruki cakap dia dan Hitomi dah 'meluncur' hingga ke titik akhir...diorang pernah saling mencintai, 'meluncur' dengan sepenuh hati dan mencintai dengan sepenuh hati...diorang dah ada kenangan dan Haruki langsung tak kesal dengan cinta diorang...jadi sekarang, dia pun nak cintai Aoi dengan sepenuh hati dan tanpa sesal...

Aoi telefon Higaki balik dan cakap yg dia takkan pergi...Higaki cakap Aoi belum jawab soalan dia sebelum ni, sama ada Aoi betul2 dah lupakan dia...Aoi beritahu Higaki yg Haruki mungkin cuma bertahan dengan dia...Haruki orangnya baik hati, jadi tentu tak tahan tengok dia dalam kesusahan...kalau Haruki tak bertemu dengan dia, mungkin Haruki akan balik ke sisi Hitomi...kalaulah dia tak pindah ke sebelah rumah Haruki masa tu, mungkin Haruki dah peluk Hitomi dan buat keputusan untuk hidup bersama Hitomi dan Yuta...mungkin diorang pun cuma akan jadi rakan sekerja...diorang pun takkan sama2 minum ais glasier, takkan buat gaya 'Titanic', dan dia pun takkan bawak kereta cari Haruki...Aoi cakap kalaulah dia tak bertemu Haruki, dia pun takkan rasa bahagia seperti sekarang...tapi kalaulah Haruki tak bertemu dengan dia, Haruki tetap boleh jadi bahagia...Higaki rasa terkejut dengan luahan hati Aoi...masa tu Aoi dah sampai ke tempat Higaki tunggu dia...

kat rumah, Haruki dah ketuk pintu tengah tapi Aoi masih belum balik...Haruki repair skiboard sambil tunggu Aoi...lepas Aoi dah balik, Haruki ketuk pintu tengah dan minta maaf pasal hal kat studio tadi...Aoi cakap tak apa2 tapi bunyinya lain macam, jadi Haruki terus buka pintu tu...Aoi pandang dia dan tiba2 cakap nak berpisah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:52 PM | Show all posts

Screencaps from Episode 7...













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 01:54 PM | Show all posts

more from Episode 7...













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2005 02:14 PM | Show all posts
Originally posted by Hana_Hirokawa at 27-12-2005 04:17 PM


Hidoi ne omae...wahahah jgn mare...tak sume tau KIMU TAKU ko tu penyanyi coz beseler jarang kuar tv ngan group dia....aku pun suke SMAP... WD, ko ade tak lagu SEKai .... No HAna...kalau a ...


ff: oklah, sementara sizuka tengah busy ni, aku post la dulu lagu Sekai ni Hitotsu Dake no Hana tu... takpe ye sizuka...

SMAP - Sekai ni Hitotsu Dake no Hana
http://www.megaupload.com/?d=NDFJ5ZYF
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2005 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 29-12-2005 02:14 PM


ff: oklah, sementara sizuka tengah busy ni, aku post la dulu lagu Sekai ni Hitotsu Dake no Hana tu... takpe ye sizuka...

SMAP - Sekai ni Hitotsu Dake no Hana
[url ...


IRO2 ARIGATO SIZUKA CAN..AHAK;S LAP U...ff:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 03:09 PM | Show all posts
ff:

Mainichi Daily News December 29, 2005

Actor Naohito Fujiki marries

Popular male actor Naohito Fujiki has married, he said on his fan Web site.

Fujiki said he has married a woman he had been dating.

They registered their marriage with a local government on Dec. 27. (Mainichi)

ff:
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 29-12-2005 02:14 PM


ff: oklah, sementara sizuka tengah busy ni, aku post la dulu lagu Sekai ni Hitotsu Dake no Hana tu... takpe ye sizuka...

SMAP - Sekai ni Hitotsu Dake no Hana
[url ...


takpeee... bagus2... sama2 lah kita tolong menolong...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by Hana_Hirokawa at 29-12-2005 02:41 PM

IRO2 ARIGATO SIZUKA CAN..AHAK;S LAP U...ff:


sizuka? bukan whitedove ke yg postkan tu hana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.226891 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list