|
[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)
[Copy link]
|
|
same goes to me.
yurizawa memang karya masterpiece from dammerung.
baca cerita tu seolah2 kita pun ada sekali dalam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
billionman78 replied at 25-9-2017 11:07 AM
same goes to me.
yurizawa memang karya masterpiece from dammerung.
Dekat 3 hari baru move on..meolss jd cm lost kejap baca cerita tu..mcm meolls pulak terperangkap dlm kampung tu..mcm jasad meolss je kt sini..otak masih dlm kampung tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar menunggu citer seterusnya kalau ada
|
|
|
|
|
|
|
|
billionman78 replied at 25-9-2017 11:07 AM
same goes to me.
yurizawa memang karya masterpiece from dammerung.
Tau xpe chuols Kisah Yurizawa tu berganda2 lagi best drpd filem The Forest. kalau diadaptasi jadi movie & dapat director yg bagus konpem meletop!! |
|
|
|
|
|
|
|
follower setia dammerung . sll masuk sini nak tgk update. kot2 ada cerita baru. |
|
|
|
|
|
|
|
orang dulu2 kalu anak lelaki kemanjaan..dia akn gelar buyong..kalu pompuan Upik..selalunya org Tolu,minang and so on
|
|
|
|
|
|
|
|
sama lah kita iols punya warden masa SBP dulu..mulut dia..lahaiii selamba je carut..padahal muka cantik sangat..cikgu tu bekas ratu Penang 1970's
|
|
|
|
|
|
|
|
baru dapat baca
Buyong, bunyi macam manja ja
terima kasih dam
ada masa, cerita lagi naa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah
Sudah 2 bulan tanpa update
Huhu kempunan belaka kitak orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 36: Cerita Bersiri - Bisnes Baru Ayah (Bahagian I)
Avanza hijau berhenti di depan laluan masuk kompleks rumah pangsa terletak di pinggiran ibukota. Pakcik Noor keluar dari kereta untuk memastikan blok-blok pangsapuri uzur dan tidak terjaga merupakan destinasi kepada alamat yang tertera di kertas kecil. Diana yang duduk di belakang melihat ayahnya menghampiri gerai makan berhampiran. Dia mengibas-ngibas kolar t-shirtnya yang kuyup dek peluh. Kerana mahu save duit, Pakcik Noor tidak menghidupkan air-cond jadi terpaksalah isteri dan 5 orang anaknya berpanasan dalam kereta Avanza yang sarat dengan barang-barang.
Ini bukan kali pertama buat Diana. Masalah ayahnya membuatkan mereka sekeluarga sering berpindah-randah untuk melarikan diri dari pengutip hutang. Disebabkan masalah ini juga, untuk tahun itu sahaja sudah 4 kali Diana dan adik-beradik bertukar sekolah. Walaupun sudah lali dengan kehidupan sebegitu, Diana mengharapkan perpindahan mereka kali ini merupakan buat kali terakhir, bukan kerana kesukaran menyesuaikan diri dengan tempat baru tetapi kerana dah penat terpaksa bertungkus-lumus packing barang secara tiba-tiba kerana samseng-samseng along berjaya mengesan mereka.
Pakcik Noor kembali ke kereta dan memandu masuk ke perkarangan blok-blok rumah pangsa. Avanza diparkir ke sebuah slot. Dia tak perlu mengetahui sama ada lot parking tersebut kepunyaan siapa kerana di tempat parkir itu hanya ada beberapa kenderaan yang sudah lama ditinggalkan. Kelihatan beberapa penghuni unit rumah di tingkat bawah mendongak-dongak kepala dari dalam rumah cuba melihat jiran baru mereka. Tanpa disuruh, Diana dan adik-beradiknya yang lain keluar dari kereta dan berkumpul di belakang bonet. Setiap seorang cuba menggendong seberapa banyak yang boleh naik ke rumah baru mereka di tingkat 4.
Kalau sebelumnya mereka membawa barang-barang rumah tapi kali ini merupakan kotak-kotak untuk pekerjaan baru ayah. Pakcik Noor menurut kata Diana, bercita-cita mempunyai perniagaan berjaya. Bunyi macam optimistik tapi masalahnya Pakcik Noor ni tak nak bersusah payah, tahu nak jalan singkat je. End up sering kena tipu dan juga ditipu. Pada zaman itu, perniagaan MLM baru diperkenalkan dan ayah Diana merupakan antara yang ingin merebut peluang menjadi kaya melalui cara perniagaan baru itu. Dari satu skim MLM ke satu skim MLM lain, Pakcik Noor dah berhabis berbelas ribu ringgit, tapi usahanya tak pernah berbuah, lagi menambah hutang adalah. Satu lagi masalah Pakcik Noor ni, dia tak pernah serik dengan bisnes MLM yang tak menjadi dan hutang yang semakin membelit.
Ketika ayahnya mengumumkan bahawa dia terlibat dengan satu lagi bisnes MLM, Diana hanya mampu mengeluh. Biarlah berkali-kali Pakcik Noor mengatakan yang perusahaan MLM kali ini lain dari lain dan pasti akan berjaya, Diana tahu semua ini akan berakhir dalam masa beberapa bulan, kata Diana dia hanya bagi 3 bulan sahaja sebelum MLM yang baru ini melingkup dan mereka akan mengulangi proses perpindahan seperti biasa.
Pakcik Noor keluar semula dan pulang dengan membawa lagi kotak-kotak. Berulang-ulang bawa tak tahu berapa, mungkin beratus kotak tidak berlabel dan disusun hingga memenuhi kedua-dua bilik dalam rumah baru mereka. Ruang balkoni kecil di dapur pun penuh berisi kotak-kotak MLM ayah. Demi bisnes baru ayah, seluruh keluarga terpaksa berkorban sedikit keselesaan yang mereka ada itu untuk tidur bersesak-sesak di ruang tamu yang kecil.
Untuk venture terbaru ayahnya, Diana tidak pasti apa yang mahu dijual. Kalau dulu boleh tahu dari label kotak atau ayah sendiri akan mengguna pakai produk-produk MLM untuk kegunaan keluarga tapi yang baru ini, dari awal lagi dah nampak keanehannya.
Pada satu pagi tiga minggu lalu, kotak-kotak tiba-tiba muncul di laman rumah teres sewa mereka. Ayah pula tak cakap apa-apa tentang kotak-kotak itu, hanya cuma mengarahkan anak-anaknya membawa masuk ke dalam rumah.
Diana sebagai anak sulung diserang pelbagai soalan dari adik-adiknya tentang isi kandungan kotak-kotak tersebut. Amaran keras ayah menyuruh dia memastikan kotak-kotak tidak dibuka berulang-ulang di kepalanya. Diana tak sanggup nak berdepan dengan bahana panas baran ayahnya, antara sifat Pakcik Noor yang banyak menyusahkan mereka sekeluarga kerana sering bertengkar dengan jiran tetangga sehingga dipulaukan.
Keesokan pagi, ayah bersiap dengan kemeja, seluar slack dan sedang memutar-mutar tie di kolar baju. Bukan main lagi. Diana hanya mendengus. Sebagai ketua keluarga, pagi itu Pakcik Noor sepatutnya menguruskan kemasukan anak-anaknya ke sekolah baru, ini tak, sibuk dengan 'bisnes'nya. Diana terpaksa menguruskan kemasukan sekolah adik-adiknya dan juga dirinya sendirian kerana mak jenis lurus bendul, nak bagi signature pun tak tahu.
"Nanti masuk sekolah, ade dapat barang-barang tak?" Tanya Pakcik Noor pada Diana. Ada beberapa kali sewaktu masuk sekolah baru, adik-adik yang masih bersekolah rendah menerima peralatan sekolah secara percuma. Ayah biasanya akan ambil semua itu buat kegunaan sendiri dan menyuruh anak-anak meminjam dari rakan-rakan. Katanya, kalau begitu nampak macam keluarga miskin dan banyaklah dapat bantuan.
"Tak tahu ayah" Balas Diana.
"Nanti bawak sekali tupperware, kalau dapat rancangan makan tambahan, kau tapau semua" Kata Pakcik Noor lagi di muka pintu sambil mengimbangkan diri cuba menyarung kaki ke kasut kulit hitam yang dicuri dari jiran sebelah sebelum mereka berpindah.
Di bawah Diana ada tiga yang masih bersekolah rendah dan setelah menguruskan ketiga-tiga adiknya, dia dan Budin, adik nombor dua mendaftarkan diri sendiri di sekolah menengah berhampiran. Sudah tentulah pelajar-pelajar baru yang mendaftarkan diri tanpa ibubapa akan mengundang pelbagai persoalan dari pihak sekolah tapi Pakcik Noor dah melatih anak-anaknya untuk buat cerita sedih supaya dapat mengeksploitasi segala kemudahan yang disediakan untuk para pelajar yang memerlukan bantuan.
Dan seperti biasa juga, untuk hari pertama persekolahan, Diana cuma bertahan untuk sejam dua sebelum membuat alasan untuk pulang ke rumah. Dipendekkan cerita, Diana tiba di rumah bersama Budin. Berkat bimbingan ayah, kedua beradik itu berjaya membuat alasan, bukan sahaja dapat pulang ke rumah awal, malah siap dihantar pula oleh sekolah.
Tiba di rumah, Budin menukar pakaian dan keluar merayau. Diana pula hanya melepak di rumah. Zaman itu sumber hiburan bukan macam sekarang ada smartphone, internet dan sebagainya, kalau ada pun bukannya keluarganya mampu, apatah lagi dengan TV pun tak ada. Diana mati kutu dan terbaring di tilam yang terbentang di ruang tamu.
Sambil baring dia melihat kotak-kotak di depan mata yang disusun menggunung hampir ke siling. Sifat ingin tahu membuak-buak. Mak tak tahu dimana, mungkin keluar bergosip dengan jiran-jiran. Ayah pula tak tahu bila pulang, tapi dia amat tahu bahawa ayah akan pulang untuk makan tengahari. Jam loceng menunjukkan pukul 11 lebih pagi.
Tengok jam, tengok kotak, tengok jam, tengok pintu.
Akhirnya Diana nekad untuk buka satu kotak bisnes MLM ayah. Alah, bukannya dia tahu pun satu kotaknya hilang, orang tua itu bukan ada buat sistem inventori ke apa.
Dengan penuh berhati-hati, Diana melangkah masuk ke bilik tidur utama dan mengambil secara rawak salah satu kotak yang tersusun.
Pisau dapur yang siap di tangan memotong tape kotak seperti pisau membelah mentega. Sebaik penutup di buka, Diana berkerut. Tangannya mengeluarkan sebuah arca diperbuat dari kayu.
Kata Diana, arca tersebut berbentuk seperti makhluk seperti manusia yang di stacked menegak. Kalau zaman sekarang ni, arca itu mengingatkannya pada ukiran-ukiran dari penduduk asli Afrika yang sering digunakan sebagai objek sembahan seperti ditonton dalam dokumentari NatGeo.
Permukaan depan arca terdapat tiga wajah seperti manusia, lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut berlubang. Di tepi pula ada apa kelihatan seperti tangan dan kaki bagi setiap wajah tersebut. Belakangnya ada lubang-lubang ditebuk secara rawak.
"Apa bende orang tua tu cuba jual ni?" Kata Diana sendirian sambil memutar-mutar arca, pelik dengan produk baru MLM ayahnya.
Diana tahu kalau dia cuba letak balik, mesti ayahnya tahu dan dia akan terima balanya, jadi untuk menghapus bukti, kotak dan arca itu mesti dibuang. Dengan kotak memenuhi rumah, sudah pasti ayah tak akan sedar salah satu dah hilang.
Seperti ninja, Diana curi-curi keluar rumah dengan kotak di tangan. Tiba di tempat pelupusan sampah untuk kawasan itu, Diana melemparkan sekuat hati kotak hingga melayang keluar arca dan hilang di tengah rimbunan sampah.
Angin kencang melalui kawasan dan Diana terdengar seperti bunyi berdengung nyaring.
"Kakakk...Kakakkk" Suara yang amat dikenali kedengaran sayup-sayup di telinga. Terkejut Diana, panik dia memutar kepala mencari dari mana arah suara.
"Kakakk...Kakakk" Panggilan manja Diana hanya beberapa orang sahaja yang memanggilnya begitu, Ayah, Mak dan...
Tak semena-mena air mata Diana berlinangan dan tersenguk-senguk menangis.
"Alonggg Farahh" Panggil Diana dengan suara terketar-ketar cuba menahan tangisan. Along Farah merupakan satu-satunya orang yang paling disayangi. Kakak sepupu dari sebelah mak itu sahaja yang melayan dan menerima Diana dengan baik, tidak seperti ayah yang tak habis-habis menyuruh dia mengeksploit sana sini, dengan mak yang tak peduli langsung dengan anak-anak begitu juga sanak-saudara yang memulaukan mereka sekeluarga kerana boleh dikatakan setiap dari mereka telah ditipu ayah beribu-ribu ringgit dengan janji palsu skim cepat kaya.
Suara Along Farah membuatkan Diana tidak dapat menahan kesedihan. Sepupunya itu sudah hampir setahun lebih meninggal dunia akibat leukemia dan penyisihan keluarga membuatkan dia tidak dapat menemui Along Farah di saat akhir arwah.
"Kakakk..Kakakk" Suara Along Farah memanggilnya lagi.
"Alooongg...Alonng kat manaa??" Meraung-raung Diana cuba mencari dari mana datangnya suara itu.
"Alongg kat tepi tasik niii, Mehh laa kite mandi-mandi kat sini nak?" Diana henti berputar dan menghadap sebuah tasik lombong tinggal.
Diana bergegas ke tebing lombong dan melihat jelas Along Farah sedang berenang-renang dalam air hijau-kehijauan.
"Besstt tau..macam mandi kat jerammm" Kata Along Farah lagi mengimbau kembali Diana kepada memori mereka mandi-manda beramai-ramai di jeram dekat kampung pada hari kedua lebaran.
Kata Diana dia dah siap nak terjun tapi belum sempat nak tiruk, dia ternampak ada bayang dalam air belakang Along Farah. Bayang tersebut seperti badan ular yang besar meliang-liuk dalam air.
"Along Farah!!! Kat belakang!!" Jerit Diana sambil menunjuk ke arah bayang di belakang sepupunya.
Along Farah berputar ke belakang untuk melihat apa yang Diana maksudkan. Nak terhenti jantung Diana apabila mendapati badan ular gergasi dalam air itu turut berputar mengikut pergerakan sepupunya, seolah-olah sebahagian dari tubuh Along Farah.
Sepupu Diana yang sepatutnya dah arwah itu menoleh perlahan-lahan ke belakang, menjeling kepadanya. Lidah panjang seperti ular terjelir dari mulut. Diana tak tunggu lama untuk cuba memastikan kebenaran apa yang dilihatnya, sebaik 'Along Farah' menjelir lidah, Diana dah pecut lari.
"WOIII!! KO JANGAN INGAT KO BOLEH LARIII!!" Suara dari lombong menghambat telinga Diana. Jelas bukan lagi suara Along Farah, tapi suara memetir ayah ketika mengamuk. Dan Diana pasti, suara itu bukan milik ayah.
(Bersambung)
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada org post cite rishi pak guard kat fiksyen shasha |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan..apala yg ayah si diana letak dlm kotak tu.n
syabas damm..menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Entah puaka apalah agaknya dlm kotak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aaahhhh seramnye... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Dam.. never fail to impress us!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bak mai link
Dia ada claim cerita dia sendiri ke dia creditkan kat damerung balik?
|
|
|
|
|
|
|
|
dia creditkn pada bratha dammerung...
|
|
|
|
|
|
|
|
Waaaa....makhluk apa yang menyerupai Along Farah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|