CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

Dari Heathrow ke Batang Ai @ Jika Kutulis Di Sini (antologi novella Jemari Seni

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2015 01:05 PM | Show all posts
Itu yg aku suke tulis kat sini, sebab ada ramai pembaca pruf ekekee

okay dah ubah... tq tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2015 08:11 AM | Show all posts
tak lama lagi cikgu melah bertemu lah 'suamiku abang dia'
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 06:03 PM | Show all posts
sambung cepat..

please la.. tak mo heliza mata terbeliak terbeliak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 04:47 PM | Show all posts

mana chegu melah ni...hari guru dah habis dah chegu oii...

ke tersesat ke heathrow....salah flights...hiks..



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 02:53 PM | Show all posts
adoi TT lma dah x masok cni...ari ni masok igt dah ade update nyer..tpi saya hammpa...uwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2015 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya kutunggu sambungannya. Ke mana kah tuan tanah kedaung ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan tak ada lg ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 08:59 AM | Show all posts
memang x sambung lagi ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 12:24 PM | Show all posts
Tuan Tanah naik bot pergi Heathrow. Tu yang tak sampai-sampai....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2015 05:04 AM | Show all posts
Nak sambung tapi err.... penat arr berkayuh dr Batang Ai ke Heathrow...

gedik ko Nicki

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 11:51 AM | Show all posts
aylanins replied at 3-7-2015 05:04 AM
Nak sambung tapi err.... penat arr berkayuh dr Batang Ai ke Heathrow...

gedik ko Nicki

aik?..sekadar balas komen sajok kah cik Ayla?..
tak yah kayuh..pakai je jet ski..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:02 PM | Show all posts
anisania replied at 24-3-2015 10:51 AM
cik ayla.... i love u...
baru nak sedih sebab thread ni banyak citer tergantung tgh jalan.. citer  ...

gitu sekli mu ni.muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 03:02 PM | Show all posts
batang ai tu pe wey?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 08:57 AM | Show all posts

Batang Ai satu nama tempat di Sarawak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 09:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua

Nak sambung balik cerita ni, harap mod dapat bagi tacang banyak-banyak

Sebelum sambung mari kita tengok dulu watak-watak yang 'berlakon' dalam cerita ni:

Kamilah @ Cikgu Melah @ Ila
Azhari : sudah bertunang dengan Diyanah
Diyanah : tunang Azhari, bakal doktor gigi
Tajuddin : bakal ustaz, KPLI j-QAF
Kamarul ; kawan Azhari, kawan abang Atiqah
Atiqah : kawan Kamilah
Suriyaty : cikgu serumah dengan Kamilah
Encik Mahmud : pensyarah, Ketua Jabatan Pengajian Melayu


Kenapa hari tu cerita ni tergantung di tengah jalan?

Masa saya submit Suri Hati Abang, masa tu juga semangat tulis cerita ini. Lepas itu, sebab hati tak tentu arah tunggu Suri Hati Abang itu diterima ke tak oleh pihak penerbit, jadi saya susah hati, lepas itu bila saya susah hati saya makan banyak. Bila saya makan banyak, mata saya mengantuk, bila dah mengantuk, saya jadi malas lalu saya habiskan masa dengan tidur saja

Sekarang sebab Suri Hati Abang dah terbit, Alhamdulillah hehe... makanya nak sambung baliklah kisah ni

Ok... here we go.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 09:02 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 29-9-2015 09:04 AM

Bab 8:



Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz
Jeddah, Arab Saudi.



KAMILAH MENGATUR NIQAB yang menutupi wajahnya. Keluar saja dari perut kapal terbang tadi, dia masuk ke tandas sebentar untuk memakai niqab. Sebab ini baru kali pertama dia memakai purdah menutupi separuh wajahnya, jadi terasa agak rimas.

“Aku malaslah nak pakai niqab… pening. Dah cuba, tapi memang tak boleh masuk,” kata Atiqah bila melihat Kamilah sudah lengkap berniqab sebaik saja keluar dari tandas.

“Cantik tak mata aku?” tanya Kamilah sambil tersengih-sengih padahal bukan dia tidak tahu, kalau sudah berniqab begitu, manalah Atiqah nampak sengihannya. Tak tahu kenapa tiba-tiba datang angin dia hendak berniqab di Jeddah ini. Beli niqab pun sebab butik tempat dia beli jubah yang dia pakai ini ada buat promosi. Beli dua pasang jubah, dapat percuma sehelai niqab. Sudah terbeli, pakai sajalah.

“Cantik jubah…” tegur Atiqah, matanya ke atas ke bawah menilai jubah berseluar yang Kamilah pakai.

“Sale… murah je, beli dua, percuma niqab.”

“Beli kat mana?” tanya Atiqah, berminat juga dia dengan jubah begitu. Kalau pakai jubah berseluar macam yang Kamilah pakai itu bukankah senang hendak melangkah. Jubah yang dia sendiri pakai ini cuma jubah biasa yang labuh sampai kaki itu, tapi dia ada pakai seluar jean di bahagian dalam. Rimas juga pakai berlapis-lapis begini.

“SACC, Shah Alam. Kena rajin belek-belek, ini pun stok lama yang butik tu jual,” jawab Kamilah sedikit suka sebab Atiqah macam berminat dengan jubah yang dia pakai. Berbaloi penat lelah dia tawaf segenap kedai di PKNS, kemudian beralih ke Plaza Alam Sentral dan selepas itu SACC Mall pula. Kalau pasal berjalan, Kamilah inilah juara.

“Abang kau mana? Jadi tak datang nak ambil kita ni?” tanya Kamilah kemudiannya. Risau juga dia. Ini Jeddah, bukannya Shah Alam tahu.

“Jangan risau… takkan abang aku nak biarkan adik kesayangan dia terkontang-kanting kat airport ni,” jawab Atiqah, walhal dalam hati, risua juga dia. Bimbang juga sebenarnya sebab buat rancangan gila begini.

Yalah, mana tak rancangan gila.

Umrah ala-ala backpacker, kalau ibu dan ayahnya di rumah tahu, matilah dia.
“Hah… itu pun abang aku…” Atiqah sudah tersenyum simpul memandang tiga orang lelaki sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua.

Leher Kamilah sudah panjang mencari wajah yang Atiqah maksudkan. Oh, si galah panjang dengan janggut sejemput itu dia kenal. Itu abang Atiqah. Masakan tidak kenal, dia kan pernah juga saja-saja bermalam di rumah Atiqah dua tiga kali. Atiqah itu bukankah kawan baiknya.

Tapi, siapa yang dua orang lagi itu? Seorang bercermin mata kurus tinggi, seorang lagi gempal sedikit, tapi sebab agak tinggi juga maka gempalnya itu tidak ketara sangat.

Atiqah sudah tersenyum riang melihat abangnya di hujung sana. Oh, kenapa abang Kamarul itu makin gempal pula, haha dia sudah tersengih-sengih. Yang kurus tinggi bercermin mata itu mesti Azhari, bakal ‘suami sementara’ Kamilah, gelak di dalam hati Atiqah tahan-tahan.

Fuh… minta-minta semuanya selamat dan baik-baik saja, cuak juga Atiqah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2015 02:29 PM | Show all posts

arab pun nk berperang..seme pkt nk berperang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 02:31 PM | Show all posts
aylanins replied at 29-9-2015 08:57 AM
Batang Ai satu nama tempat di Sarawak

para lelaki ,please jgn sebut nma tempt ni dpn awek korang.dpn bini xpe.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 02:44 PM | Show all posts
satu je ke sambungannya?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
bila nk smbg tt..

iols pn ada apply gstt n guru ganti.. sbbnya klu tak dpt kerja ingat nk jd cikgu smentara..iols pandi mngajar tp xminat jd cikgu..
btul ke gstt ni kna dok pndlmn..cm x sanggup jer..

btw iols trbaca pasal citer gokusen..iols suka gokusen fist je..yg second bdk2 junior.. try la nonton tt.. dulu zaman blaja je iols marathon tonton citer cmni..skrg ni dh kurg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.078577 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list