CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ib-instaforex

[Jenayah] Sirul pertimbang dedah semua kes Altantuya

[Copy link]
Post time 19-2-2015 09:24 AM | Show all posts
Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar kini sugul kerana dijatuhkan hukuman mati, hanya kerana mengikut arahan.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bahawa kenyatana itu adalah pengakuan bersalah.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesannya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi “kambing hitam” dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa “polis jahat” bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape dalang sbnr ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI posted on 19-2-2015 08:44 AM
UTK = Unit Tindakan Khas PDRM

Musa Safri tuh Deputi Superintendan Polis (DSP) masa tuh, kalau t ...

Oooo dsp musa safri tu bos sirul ni ye? Musa ni yg kasi arahan ye? Musa ni ADC tpm masa tu ye?

ADC tu apa? Apa kerja dia? Bawa beg baju tpm ke? driver? Tukang masak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama2 famous ni disebut... Jeng4x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 11:56 AM | Show all posts
Najib: Dakwaan Sirul merepek

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa dia diarah membunuh ALtantuya Shaariibuu adalah merepek.

-malaysiakini-
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:21 PM | Show all posts
highcastle replied at 19-2-2015 11:56 AM
Najib: Dakwaan Sirul merepek

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan Sirul Azhar U ...

ehhh...adakah Ah Jib Gor ingin menyatakan yg 2 orang polis ni saja-saja je pergi letupkan altantuya atas bukit tu

Si azilah yg yg ready nak fly jadi bodyguard pak lah kat hong kong pun patah balik cancelled trip semata-mata nak letupkan altantuya??? without motif???
Why DSP yg arahkan tak pernah dipanggil masa pendakwaaan??


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2015 12:24 PM | Show all posts
bit replied at 19-2-2015 12:21 PM
ehhh...adakah Ah Jib Gor ingin menyatakan yg 2 orang polis ni saja-saja je pergi letupkan altantuy ...

So, yg mana merepek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 19-2-2015 09:24 AM
Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azh ...

Padan muka...hidup hanya jadi orang suruhan...pi matila...hidup x de maruah...pengecut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 12:27 PM | Show all posts

Si Sirul tak sebut pun sapa arah...kenapa Jibby terlebih advance cakap merepek??

Sepupu dia si Hishamuddin pun kata itu hak sirul nak cakap apa, Jibby lak over..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:33 PM | Show all posts
bit replied at 19-2-2015 12:27 PM
Si Sirul tak sebut pun sapa arah...kenapa Jibby terlebih advance cakap merepek??

Sepupu dia si  ...

Maksudnya begini bro, Sirul membunuh atas "arahan" adalah merepek.. So kalau dia org bunuh suka2 tanpa arahan tu tak merepek agaknya............
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:38 PM | Show all posts
bijan ni, kalau kes meliwat je yang tak merepek....yang lain, semuanya merepek...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:45 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 19-2-2015 12:48 PM
bit replied at 19-2-2015 12:27 PM
Si Sirul tak sebut pun sapa arah...kenapa Jibby terlebih advance cakap merepek??

Sepupu dia si  ...


Tu la pasal......si sirul cuma cakap:
"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini dalam satu perbualan telefon dari Australia.


Si sirul tak mentioned pun nama saper pun yg arah untuk bunuh altantuya, nape bijan nak sentap menggeletar tulur plakkkkkkkkkkk....

kehkehkehkehkeh.............kak mah jugak yg cool...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:47 PM | Show all posts
Ramai orang awam tak paham...

Salah satu kekuatan sebuah pasukan polis dan tentera ni ialah.. Kesetiaan , menurut perintah ketua tanpa banyak soal.   

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti org yg Ada skandal dgn altantuya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
HOHA replied at 19-2-2015 12:47 PM
Ramai orang awam tak paham...

Salah satu kekuatan sebuah pasukan polis dan tentera ni ialah.. Ke ...

Kebodohan kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:50 PM | Show all posts
Aku rasa ada kaitan dengan Scandal sebab nama mangsa Shaariibuugiin Altantuyaa.

Ada bunyik burit disitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2015 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 replied at 18-2-2015 10:00 PM
Keep politic aside la... ini straight forward case.. razak baginda dah tak tahan kena harassed by tu ...

Whose the somebody
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 01:05 PM | Show all posts

Mereka ni dah melalui proses brainwashed yang extreme pada otak mereka. hingga rasionalliti dah hilang. Suka atau tidak itulah kenyataan.  Baik dalam kumpulan elit tentera atau pon militan. Mereka ini lah yg duduk barisan hadapan. tak takut mati.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
bit replied at 19-2-2015 12:27 PM
Si Sirul tak sebut pun sapa arah...kenapa Jibby terlebih advance cakap merepek??

Sepupu dia si  ...

Bijan & Sesetengah menteri2 gomen memang kuat sentap........kehkehkeh...

Kalau tak bagi arahan membunuh, perlu ke nak sentap bagai? Kalau bijan terus menerus bagi statement sentap ala2 sakai nih, lagik la rakyat marhean akan kuat berspekulasi........
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 02:43 PM | Show all posts
macai mana nak komen sini

macai tengah layan komen kejayaan bontot sepol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057357 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list