CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Chef Wan Tak Tengok AJL29 Kerana Menyampah Dengan Qu Puteh

[Copy link]
Post time 21-1-2015 09:00 AM | Show all posts
voiletiris replied at 20-1-2015 11:30 AM
q putih tu buat org hitam jadi putih ke? maaf aku tak tgk iklan or baca dari front page..napa org  ...

entah lah aku pun lum cuba... produk dah lah mahal... dah tu.. kalu tak makan aku gerenti lepas tu mesti kulit kembali pada asal.... takkan kita nak minum minuman tu sampai hujung nyawa.. .ahahahah... mcm tak der kerja lain lak.. hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 09:14 AM | Show all posts
tahniah chef wan sebab tak beralah dengan jenny maggi tu..mereka ingat kalau bayar kita..boleh buat sesuka hati macam pelacur ke?
mentaliti bukit jinjang memang mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 09:17 AM | Show all posts
seriously memang annoying gile buat iklan kat anugerah so called berprestij macam tu
kalau gegarvaganza takpelah lagi..mmg rancangan baru naik...belum ada nama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:16 AM | Show all posts
rosevelvet replied at 21-1-2015 08:17 AM
NabilaHuda yg tanned tu jauh lg cantik dari dato vida

setuju.. Nabila, Vanida Imran... cantik je hitam manis.
Kebanyakan owner yg Jual product kecantikan semua mekap sikit punya tebal.
Tak paham tul...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:32 AM | Show all posts
que putih iklan over sangat.. jgn kata chefwan, ramai lagi yg tengok pun menyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:51 AM | Show all posts
everyone is different. bukan semua orang nak jd putih. kalau korg xnak jd putih, then fine la. you're not their target market.

die jual produk tu sbb die tau kat malaysia ni there's BIG demand for it.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2015 11:35 AM | Show all posts
helmeita replied at 21-1-2015 09:00 AM
entah lah aku pun lum cuba... produk dah lah mahal... dah tu.. kalu tak makan aku gerenti lepas tu ...

kalau mcmtu lebih baik aku hitam mcmni daripada mkn produk tu selama nya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 11:44 AM | Show all posts
voiletiris replied at 21-1-2015 11:35 AM
kalau mcmtu lebih baik aku hitam mcmni daripada mkn produk tu selama nya.

hitam hitam pun cantik.... haahah hahah haha... kulit bersih licin... ada yg terpikat... .kwn aku hitam manis... tapi lawa... pi mana mana ada jer yg ngorat..... aku yg putih tak der pun gorat... hahahahahahahahha

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 12:56 PM | Show all posts
Edited by alahai at 21-1-2015 12:59 PM

ramai yg mmengeji qu puteh, tapi tok ram pulak yg membekapnya...

Ramli MS Pertahankan Qu Puteh Daripada Kutukan Orang Ramai19:53Selebriti                                ,                              Terkini1 comment                    :


Terlalau banyak tohmahan yang diterima penaja utama Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29), Qu Puteh terutama sekali kepada pengasasnya, Dato Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida.

Macam-macam posting pasal Dato' Vida dan Qu Puteh yang dimuatnaik di sosial media. Ada yang berunsur lawak, dan tapi yang lebih kepada mengutuk

Selain daripada itu ada tu pulak punyalah kreatif sampai sanggup mengedit posting gambar Dato Vida. Malah, ada yang sampai sanggup tukar lirik lagu Apa Khabar untuk mengaitkan ianya dengan Dato' Vida serta Qu Puteh

Bermacam-macam kutukan yang dilemparkan terhadap Qu Puteh yang dikatakan terlalu over promote sehingga overshadow anugerah muzik berprestij tersebut.



Walaubagaimanapun dalam ramai-ramai yang duk mencerca, ada juga yang tampil membela nasib Dato Vida dan produk kebanggaannya.

Iaitu konduktur muzik terkenal, Dato Ramli MS yang sanggup mempertahankan Dato Vida serta Qu Puteh daripada terus dimaki oleh masyarakat umum.

Menerusi posting yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Ramli menegur sikap sebahagian masyarakat yang sehingga kini tak sudah-sudah mempertikaikan penglibatan Qu Puteh dalam AJL 29.

Tulisnya, “kesian Qu Puteh korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh AJL29. Juta-juta duit dia keluar. Korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang meniaga macam tu la. Apa pun cara dia tu kan dia. Tahun hadapan siapa-siapa yang berani keluar RM3 juta nak lawan dia saya alu-alukan. Sebab produksi TV3 mesti buat parti lonjak-lonjak suka. Kalau yang berani mati keluar 100 juta lagi best AJL30 buat kat Paris bawa 10 ribu penonton Malaysia sekali. Hahahaha”.

Pergh, RM3 juta tu Qu Puteh sponsor, tak hairanlah setiap detik dan masa mereka perlu sebut Qu Puteh sentiasa!











Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:18 PM | Show all posts
i like this statment "

PEMBELAAN UNTUK QU PUTEH

I
Baik, sebelum saya dituduh pencacai Qu Puteh dan penyokong tegar Dato’ Vida; let’s make few things clear. Supaya tiada yang salah faham dengan entri ini.

Saya tidak berminat mahu putihkan kulit sebab saya memang sudah semulajadi putih. Maklum saja, anak jati pergunungan Nabalu yang bercuaca dingin. Saya juga menyanggah falsafah dasar kecantikan produk Vida; yang seolah-olah mahu mengindoktrinasi manusia supaya percaya totok-totok bahawa – cantik itu putih; putih itu cantik.

Physical beauty is a natural quality. It comes in many different colours, shapes and forms. Jangan termakan propaganda massa. Kita berhak mendefinisikan sendiri di mana dan apa cantiknya seorang manusia.

II
Saya juga setuju bahawa iklan Qu Puteh dalam AJL 2015 memang melampau-lampau. Sebelum itu, lebih baik saya mengaku. Kali terakhir saya menonton AJL adalah 16 tahun dulu, bila Siti menang buat pertama kali dengan lagu Jerat Percintaan.

Itulah yang terakhir, sebelum minat muzik saya mula tumbuh di ranah yang lain. Bukan saya anti muzik Malaysia. But I just don’t feel like wanting to watch AJL. Sebab citarasa personal saya tidak lagi ditawarkan dalam genre-genre yang dilambakkan di situ.

Hebat strategi pemasaran Qu Puteh, kan. Yang tidak tonton AJL pun boleh tahu! Sebab sudah terlalu kecoh di media sosial. Sampai kita pun naik curious; dan mula menerawang dalam Google dan YouTube. Itulah kelebihan teknologi digital pada zaman siber. Segala peristiwa yang telah berlalu, akan terawet di hujung jari. Dan boleh diulang semula bila-bila.

III
Saya tidak tau salah siapa; TV3 atau Dato’ Vida. Tapi sepatutnya iklan tajaan Qu Puteh itu boleh diadun secara organik dalam AJL. TV3 could have made it more natural and blending well with the performances. Bukan ditempek-tempek semberono begitu, macam anak teruna tua tak laku-laku yang terlalu desperado mau menjual diri.

Dari segi ini, saya memang setuju kalau Qu Puteh dan produksi AJL dibelasah secara bergotong royong. For many, AJL is one of the most anticipated musical events of the year. Sadly, TV3 destroyed ‘the good feeling’ mercilessly with all those over-dosed lousy and tasteless commercials. Kemaruk sangat dengan duit sponsor, sampai citra infotainment sekeluarga diracun tanpa sikit pun simpati. Menerusi belitan propaganda paling beronar i.e. ‘putih-itu-cantik-abadi’.

TETAPI. Ya, saya ada tapi juga.

Begini. Berpada-padalah juga bila mengutuk Primadona Vida a.k.a Dato’ Dr. Hajjah Hasmiza Othman. If you hate her products because of the annoying image portrayal; that is your right and choice. But please, draw the line. Jangan sampai setiap hal jadi sasaran. Don’t judge Dato’ Vida as a person. Hingga rupa fizikal dan mekap dia pun dijadikan bahan cemuh yang laris.

IV
Nobody is perfect. Ya, tiada siapa yang maksum dari cacat-cela. Bila meluat, memang kita mengutuk. Itu tabii biasa seorang manusia. Saya pun selalu juga begitu. Tapi kita perlu saling ingat mengingatkan untuk buat refleksi. Janganlah buruk yang satu, ditokoktambah bertele-tele. Where credit is due, be generous enough to give.

Ramai yang mengutuk sakan itu: kamu tahukah siapa sebenarnya Dato’ Vida? Dia seorang usahawan wanita Melayu yang berstatus jutawan. Empat katakunci di situ: ‘usahawan’, ‘jutawan’, ‘wanita’ dan ‘Melayu’ – ini sangat-sangat jarang boleh berpadu dalam satu frasa. That alone implies that she is one special and extraordinary lady!

Dia juga wanita yang pernah jadi ibu tunggal bertahun-tahun (sebelum berkahwin semula). Begitu gigih membesarkan anak-anak tanpa keluh kesah. In August 2013, two of her sons were killed in a tragic fire at her very own home. Bayangkan dugaan yang begitu berat! But she faced the tragedy with her typical iron-lady heart. Tabah, redha dan terus berjuang ke hadapan. Isn’t that inspiring?

Syarikat dia, Vida Beauty Sdn Bhd beroperasi pada skala mega. Bukan saja online, tetapi juga on the real ground. Dia menggaji hampir seratus pekerja, merangkumi pelbagai hierarki jawatan. Dari kolar putih (pegawai pemasaran, penyelidik di makmal, etc) sampailah ke kolar biru (pekerja kilang, pemandu lori, etc). Bayangkan jumlah orang yang berjaya membina kerjaya hasil dayausaha seorang wanita bernama Dato’ Vida ini!

Itu baru pekerja sendiri. Bagaimana pula dengan ratusan (mungkin ribuan?) orang lagi pada rangkai hiliran yang secara tidak langsung mendapat pekerjaan kerana produk Vida Beauty? Para stokis, pengedar, penjual sambilan, pereka iklan, model, etc. Kamu yang mengutuk Dato’ Vida siang dan malam: berapa ramai umat manusia lain yang kamu telah tolong dengan memberi mereka sumber rezeki? Berapa banyak kitar fiskal yang telah kamu suntik ke dalam aliran ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan tabungan negara?

V
Chef Wan pun bukan main tumpang sepiring. Mengutuk Qu Puteh sampai tak ingat dunia. Ok, itu memang hak peribadi dia atas nama kebebasan bersuara.

Tapi isu saya, kalau berahi sangat mau kutuk pun, jangan lupa tengok cermin. Kau meluat tengok Dato’ Vida ‘menjual diri’ dengan berlebih-lebihan di AJL. Tapi kau juga menjual perkahwinan anak sendiri untuk ditonton oleh manusia seluruh dunia. Sampai momen-momen yang sangat personal pun kau jaja untuk tayangan komersial.

Honestly, I have nothing against his decision. In fact, I did watch the wedding on ASTRO and quite enjoyed it (Nota: walaupun ada beberapa part yang saya rasa agak hei-itu-pun-kau-nak-kongsi-dengan-dunia?). Tapi poin saya, kenapa Chef Wan jengkel propah gila-gila bila tengok Dato' Vida dengan Qu Putehnya? At least Dato’ Vida hanya buat promosi arusperdana di TV untuk produk awam yang diusahakan di kilang. Bukan macam Dato’ Wan; mengkomersialkan dalam siaran media untuk produk peribadi yang dihasilkan oleh kelamin sendiri.

VI
Ok, enough of the let-bash-qu-puteh extravaganza. Each one of us has one life of our own. Let’s live it to the fullest. For now, we should leave Dato’ Dr. Hajjah Hasmiza Othman alone – and let her doing what she is best at. So that we also can focus on doing our own thing.

Pernah dengar atau tahu pasal ‘mentaliti ketam’? Ini tentang sekumpulan ketam di dalam sebuah bekas; saling menarik kaki ketam lain yang mahu memanjat keluar. Hingga akhirnya tidak ada seekor pun yang berjaya lepas dan bebas.

Itulah mentaliti bumiputera dalam perniagaan; kata seorang kawan yang mengkaji bidang keusahawanan komparatif. BUKAN saya yang kata ya! Sebab itu ramai bumiputera tidak reti-reti maju dalam meniaga. Kalau ada pun yang maju, majoriti terpaksa bergantung pada intervensi gomen. Sebab mau mengharapkan sokongan sesama sendiri, haram sampai papa kedana pun tiada siapa mau tolong.

VII
Think of this. Kalau Dato’ Vida itu beretnik Cina; kamu rasa masyarakat sebangsanya akan mengutuk dia bertalu-talu, siang dan malam, hanya kerana iklan produk yang geli-geleman itu? I don’t know. This is purely hypothetical.

But what I know, I have never seen Malaysian Chinese form a collective force trying to pull down (with severe mocking) one of their millionaires for petty reasons. At least not in public, with this kind of magnitude and intensity. Ini hanya berlaku dalam kalangan bumiputera. Dulu Kak Ton Comel-Tak kena bertali-tali. Lepas itu, Alif Terlajak-Laris diuli-giling. Sekarang ini pula giliran Datuk Vida Qu-Puteh ditubi tak henti-henti.

Tipikal sangat.

Bumiputera yang mampu maju dalam industri komersial terlalu sedikit, relatif kepada pencapaian bangsa lain. Sebab ranjau di depan tersangat gadang. Berapa kerat yang benar-benar berhati kuat dan berkulit tebal; serta mampu melawan serangan mentaliti ketam yang sangat brutal dari bangsanya sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 01:59 PM | Show all posts
fahmein replied at 21-1-2015 01:18 PM
i like this statment "

PEMBELAAN UNTUK QU PUTEH

well said. tq for sharing.


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sy sokong dia sbg bumiptra bjaya. Tp advertisemnt tetap annoying. Please comes out with a classy advert. What she has done was sooo yesterday
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:11 PM | Show all posts
fahmein replied at 21-1-2015 01:18 PM
i like this statment "

PEMBELAAN UNTUK QU PUTEH

Sebab ada sebut nama chef wan kan, so ai nyelit citer chef wan kat sini. heheheh




KL, 22 JAN 2015:
Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan kini ditahan di wad sebuah hospital akibat Jangkitan Bronkial.
Berita itu disahkan sendiri oleh anaknnya, Serina Redzuawan menerusi akuan Instagram miliknya sebentar tadi.
Serina yang memminta peminat dan orang ramai mendoakan ayahnya iyu berkata buat sementara waktu Chef Wan tidak boleh menerima tetamu termasuk keluarga kerana dinasihati untuk berehat sahaja.
Berikut merupakan foto dan kapsyen yang dimuat naik Serina:
Kami seluruh warga murai.com.my mendoakan semoga Chef Wan segera sembuh seperti sedia kala.


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 22-1-2015 01:31 AM
Sy sokong dia sbg bumiptra bjaya. Tp advertisemnt tetap annoying. Please comes out with a classy adv ...

yea setuju
org bukan dengki kejayaan dia
tp nyampah cara dia promo time ajl tu jeee
selama ni pn dia mmg dok kuar tv org x kisah pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:21 PM | Show all posts
selepas alyah nyanyi,wana terus tutup tb. xsanggu nak dengan qu puteh setiap masa.. annoying habes
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 01:48 PM | Show all posts
Dato Vida nk jumpa chef wan

Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Pada AJL 29
[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 12:32 AM

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida mempersoalkan sikap segelintir pihak yang menyelarnya gara-gara terlibat sebagai penaja dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Beliau berkata, sebagai penaja yang melaburkan wang RM3 juta untuk rancangan tersebut, beliau mempunyai hak untuk mempromosikan produk berkenaan selepas mencapai persetujuan dengan pihak TV3.

“Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada.

“Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk,” katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Rabu.

[size=0.938em]


[size=0.938em][size=0.75em]Chef Wan memuat naik gambarnya dengan bedak putih sambil mengkritik iklan Qu Puteh dalam Instagram miliknya. Bagimanapun status ini telah dipadamkan.


[size=0.938em]Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman-laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh kerana dianggap berlebih-lebihan.

[size=0.938em]Kritikan terhadapnya turut diluahkan oleh Datuk Chef Wan dalam Instagram apabila beliau menceritakan terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan semasa menonton pertandingan itu.

[size=0.938em]Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sambil menikmati mi segera dengan kapsyen mengkritik iklan berkenaan.

[size=0.938em]Selain siaran langsung AJL 29, Dr Vida turut menaja pertandingan Gegar Vaganza[size=0.938em] siaran Astro Ria pada 4 Januari lalu.

[size=0.938em]Kata Dr Vida, 44, banyak wang dikeluarkan untuk TV3 termasuklah membeli iklan menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

[size=0.938em]Ujarnya, tidak semua usahawan kecil dan sederhana (SME) sepertinya yang berani mengeluarkan wang untuk mempromsosikan produk masing-masing apatah lagi jika melibatkan jutaan ringgit.

[size=0.938em]Oleh sebab itu ujarnya, selepas rancangan tersebut beliau harus melihat kesan terhadap promosi yang dijalankan sama ada ia berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas AJL 29, penjualan produk-produk saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu merancang perkara lain pula tahun ini. Perlu diingat, produk saya untuk orang kampung dan cara promosinya haruslah sesuai untuk golongan itu," katanya[size=0.938em].

Tambah Dr Vida, dengan pelaburan sebanyak RM3 juta itu, beliau berjaya mendapat peluang mempromosikan produknya tanpa berkongsi dengan mana-mana produk lain dalam AJl 29 itu.

[size=0.938em][size=0.75em]Datuk Vida (tengah) semasa sidang media selepas acara Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.


[size=0.938em]Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat Dr Vida memberitahu terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka.

[size=0.938em]Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.

Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula Dr Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.


Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.

"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2015 02:40 PM | Show all posts
rosevelvet replied at 22-1-2015 01:31 AM
Sy sokong dia sbg bumiptra bjaya. Tp advertisemnt tetap annoying. Please comes out with a classy adv ...

kenapa orang malaysia iingat klu komen tentang sesuatu tindakan yg tidak berapa classy/betul (macam iklan qu puteh yg overkill di AJL), orang kata dengki dgn melayu etc...
kita komen sebab kita care! bukan dengki.   we want things coming from a BUMI business is associated with good product of high quality, backed by a business owner who is truly responsible and proffesional on the overall image of the said product.  
bukan diingati kerana tindak tanduk sebegini. banyak cara utk memasarkan produk, kenapa pilih cara begini?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosevelvet at 22-1-2015 06:16 PM
animcute replied at 22-1-2015 02:40 PM
kenapa orang malaysia iingat klu komen tentang sesuatu tindakan yg tidak berapa classy/betul (maca ...


Maybe she was inspired by terlajak laris. Cara yg annoying tu buat org ingt. Same goes to analogy for commercial artist that bad publicity also known as publicity for them as well. They chose to be known in a wrong way. Certainly this is how to differentiate lower class minded and educated people.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 06:19 PM | Show all posts
rosevelvet replied at 22-1-2015 06:15 PM
Maybe she was inspired by terlajak laris. Cara yg annoying tu buat org ingt. Same goes to analog ...

too bad a lot of malay business owners are known for annoying tactics in advertizing....kesian
bujur lalu melintang patah, apa cara sekali pun...
no ethics over sangat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
animcute replied at 22-1-2015 06:19 PM
too bad a lot of malay business owners are known for annoying tactics in advertizing....kesian
bu ...

Dia dh ckp productnye utk org kampung,sbb tulah cara promosi ikut cara pemikiran pembeli. So, indirectly ajl tu mmg rncgn kampung.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.070167 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list