|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 06:00 AM
Yang pakai baju putih tu lah, Awie. Amacam? Ensem?
Menjawab bagi pihak....
kih kih kih .. boleh la.. tp awie versi ni ke?..
ermm.. bagi yang muda sikit lah..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 07:30 AM
Nak Awi hok muda sikit, yang ini....
alaaa,, tempat keje ni xdpt tgk pulak pic ni.. ni format ape? JPEG? Bitmap..? teringin nak tgk..huhu
huhu.. x boleh jugak la @Nicki_Meow Last edited by ISTRIMITHALI on 4-11-2014 08:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 07:30 AM
Nak Awi hok muda sikit, yang ini....
@ISTRIMITHALI Dah edit...nampak tak?
xleh jugak la.. xper.. abaikan jer.. sob sob..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 27 ~~
Hani termenung jauh memikirkan Awie yang hadir di dalam hidupnya. Apa yang difikirkan Awie? Ingat senang nak pinang orang macam tu ja? Hani perlu berjumpa Awie. Dia nekad untuk tahu isi hati Awie dan menerangkan yang dia perlukan lebih masa untuk memikirkan hal itu. Tidak pun, dia terus menolak lamaran itu, kerana dia sendiri tidak mempunyai hati terhadap Awie. Hati tidak boleh dipaksa, dia perlu menegakkan hak nya. Dia tidak mahu kecewa lagi, dia ingin bahagia.
"Assalamualaikum", Hani memberi salam setelah mendengar suara Awie mengangkat telefon bimbitnya.
"Waalaikummussalam", jawab Awie.
"Hani ni", kata Hani ringkas.
"Hani, tak sangka Hani akan call saya. Hani dah tau ke pinangan yang saya buat hari tu?", kata Awie.
"Ye, saya rasa kita patut berjumpa", cadang Hani.
"Ha, lebih elok macam tu Hani", kata Awie.
"Kita jumpa waktu makan tengah hari esok boleh?", cadang Hani.
"Boleh, nanti saya ambil awak kat pejabat ye", jawab Awie riang.
Hani melepaskan keluhan setelah meletakkan panggilan. Apa yang difikirkan oleh Awie ni? Adakah dia tahu hati tidak boleh dipaksa, sepatutnya dia patut berbincang sebelum masuk meminang.
~~~
Jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Hani tergesa-gesa mengemas tempatnya kerana telah berjanji dengan Awie untuk makan tengah hari. Tentu Awie sedang menunggunya di bawah.
"Hani, dah macam lipas kudung dah saya tengok", tegur Afiq.
"Eeer, maaf ye Encik Afiq, saya nak cepat", kata Hani Hani terus berlalu pergi dan menekan butang lif di tingkat bangunan mereka. Mujurlah lif tersebut menghantar signal terus ke tingkatnya. Afiq hanya memandang Hani dari jauh.
Dari jauh Hani terlihat Awie menunggu di perkarangan depan bangunan pejabatnya. 'Dah agak dah, punctual betul lah Awie ni", ngomel Hani dalam hati. Terlihat kuntuman bunga berwarna kuning yang dibawa Awie, tidak hairanlah Awie membawa bunga kerana Awie menyukai bunga disebabkan itulah dia pernah membuka kedai bunga dahulu.
'Aduh, dia tak tau ke aku tak suka bunga, hish, malu lah', bebel Hani dalam hati. Tidak pasti mengapa Hani tidak sukakan bunga sedangkan dia adalah seorang perempuan. Hani adalah seorang yang tomboi sebelum dia berkahwin, kemungkinan disebabkan itu juga dia tidak menyukai bunga.
Afiq hanya memandang dari jauh semasa melihat Awie sedang menghulurkan bunga itu kepada Hani.
"Awak, susah-susah je, lain kali jangan bagi bunga tau" pesan Hani.
"Eh, takpe lah, saya tahu semua perempuan suka bunga, tentu awak suka kan?", kata Awie meneka.
"Emmm", jawab Hani endah tak endah. Tidak tahu bagaimana lagi ingin menerangkan yang Hani tidak suka bunga.
Awie terus membukakan pintu kenderaannya untuk Hani.
"Terima kasih", kata Hani sambil masuk ke dalam kenderaan Awie. Mereka terus menuju ke restoran yang sudah ditempah Awie. Awie sedar Hani hanya mempunyai masa sejam untuk rehat, disebabkan itu lah dia hanya menempah meja restoran yang berdekatan dengan pejabat Hani.
"Awak nak pesan apa ye?", tanya Awie.
"Apa-apa je, sama dengan awak", kata Hani tidak mahu memanjangkan perjumpaan mereka.
Awie terus memesan dua set 'chicken chop' dan dua gelas teh o ais limau. Tidak sampai sepuluh minit, makanan telah siap dihidang. 'Lain kali boleh la bawak Qina datang sini', kata Hani dalam hati. Setelah menghabiskan makanan, Hani terus memulakan perbualan.
"Ok, straight to the point, Awie", kata Hani.
"Saya tak faham", kata Awie.
"Ok, kenapa ya awak melamar saya tanpa bincang dengan saya dulu?", kata Hani tidak puas hati.
"Eeer, sebab saya suka awak", kata Awie berterus terang.
"Mana awak tahu saya tak ada kaitan dengan sapa-sapa lagi?", kata Hani berterus terang.
"Saya memang selalu ikuti perkembangan awak, maaf saya bersimpati dengan perceraian awak, tapi saya taknak bersedih, pasti awak perlukan teman", kata Awie membuat andaian.
"Awie, saya tak faham, awak patut faham perasaan saya. Saya patut bersedirian buat masa sekarang, lagipun saya tak suka awak, macam mana saya nak terima lamaran awak?, Awie, perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main", kata Hani berterus terang.
"Saya tau, tapi..", Awie, terus mengerutkan dahinya, dan memegang kepalanya yang teramat sakit. Dia tidak lagi dapat menahan kesakitan, lalu berdiri, dan dirasakan alam yang nyata semakin kabur dan terus rebah.
"Awie, Awie!, aduh pengsan pulak. Apa yang aku dah buat ni?", kata Hani.
Hani terus meminta pertolongan orang yang berdekatan dengannya dan membuat panggilan kecemasan.
~~~
Hani terpaksa mengambil cuti setengah hari dari Afiq, puas Afiq bertanya mengapa dia perlu mengambil cuti tergesa-gesa. Susah untuk Hani menerangkan perkara yang sebenarnya, namun dia hanya membisu apabila Afiq bertanyakan hal itu.
Dari jauh, seorang lelaki dan perempuan dalam lingkungan 50-an menuju kepada Hani dengan keadaan tergesa-gesa.
"Anak ni Hani kan?", tanya perempuan itu.
Hani mengangguk,
"Ye, saya ni mama Awie", kata perempuan itu.
"Eeerr", tidak tahu apakah panggilan yang patut dipanggil.
"Panggil je Cik Kamaliah", kata perempuan itu.
"Ye, Cik Kamaliah" jawab Hani
"Ni suami makcik, panggil je Encik Saiful, macam mana anak makcik Hani?", tanya Datin Kamaliah.
"Dia ok, tadi saya jumpa dia, tiba-tiba je dia sakit kepala dan terus pengsan", terang Hani.
"Maafkan anak makcik tu ye, dia memang ada sakit, dia tak boleh stress walaupun sikit. Kami sangat risau dengan keadaannya tu", terang Datin Kamaliah.
"Oh", Hani mula rasa serba salah. Adakah disebabkan keadaannya ibu dan bapa Awie menurut kehendaknya? Datin Kamaliah dan Dato' Saiful tergesa-gesa menuju ke arah doktor yang baru keluar dari bilik pemeriksaan Awie dihantar tadi.
"Macam mana keadaan anak saya ya, Doktor Hasan?", tanya Dato' Saiful seperti sudah mengenali doktor itu.
"Saya kan dah pesan bagi makan ubat, dia tak makan ubat ke?", tanya Doktor Hasan.
"Saya yang monitor ubat dia, dan saya yang beri dia makan ubat", kata Datin Kamaliah.
"Mungkin dia tertekan, saya akan tambah lagi ubat dia, kalau boleh monitor dia dekat rumah ya" kata Doktor Hasan yang sebenarnya adalah specialist doktor yang merawat penyakit Awie. Awie merupakan salah seorang pesakit yang dirawat ole Doktor Hasan secara peribadi.
"Nanti saya akan tulis senarai ubat, bawa ke farmasi ya", kata Doktor Hasan. Doktor Hasan terus berlalu dari situ.
"Eeerr, maaf, Awie sakit apa ya Cik Kamaliah", tanya Hani.
"Susah makcik nak terangkan, tapi kesimpulannya, Awie ada sakit di bahagian otak. Kami perlu tatang dia bagai minyak yang penuh. Kami tak boleh bagi dia tertekan, itu saja", kata Datin Kamaliah.
Hani hanya terdiam membisu selepas mendengar penjelasan Datin Kamaliah itu. Namun hatinyagundah gulana, adakah dia akan menjadi mangsa keadaan?, Tidak!, dia akan menuntut haknya. Dia masih dengan pendiriannya yang hati tidak boleh dipaksa.
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi silent reader je ke? , @AisyDani13 @Zamzam2013 , mana semangat korang ni?
semangat korang semangatku jua..huhu
Last edited by ISTRIMITHALI on 5-11-2014 03:50 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-11-2014 11:39 AM
Hani termenung jauh memikirkan Awie yang hadir di dalam hidupnya. Apa yang difikirkan Awie? Ingat se ...
ala... mesti hani kahwin dengan awie ni sebab kesian... tak naklah TT... biarlah dia kahwin dengan afiq... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 5-11-2014 04:34 AM
ala... mesti hani kahwin dengan awie ni sebab kesian... tak naklah TT... biarlah dia kahwin dengan ...
yeeaayyy!!. akhirnye.. dh keluar pun die.. hehe
kehkehkehkeh... mesti rase x best kan.. hehe
spoil je Awie ni.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-11-2014 12:43 PM
yeeaayyy!!. akhirnye.. dh keluar pun die.. hehe
kehkehkehkeh... mesti rase x best kan.. hehe :l ...
busy ma... awal2 bulan ni... u knowlah boss... |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 5-11-2014 04:49 AM
busy ma... awal2 bulan ni... u knowlah boss...
ha... boss la sgt... kehkehkeh..
perli ke ape tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
AisyDani13 posted on 5-11-2014 04:50 AM
TT
ai ada jer kat sini..
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-11-2014 02:01 PM
ha... boss la sgt... kehkehkeh..
perli ke ape tu..
coming soonlah tu boss... nanti sambung ya... nak tau apa jd pada awie tu... |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 28 ~~
Dari jauh terlihat Hani berpakaian kurung pengantin yang sangat cantik. Manisnya kau Hani. Hani kelihatan sangat ayu di dalam busana pengantin itu. Putih warnanya menyerlahkan warna kulitnya yang licin dan gebu. Awie berjalan bersama mama dan daddy nya menuju ke rumah kampung Hani untuk melangsungkan pernikahannya. Semakin dekat Awie memasuki rumah itu, semakin jelas kecantikan Hani menusuk ke dalam jiwanya. Namun, tiba-tiba, wajah Hani semakin menghilang.
"Hani, Hani, Hani", panggil Awie lemah sambil membuka mata.
Kelihatan di suatu sudut bilik itu, Datin Kamaliah dan Dato' Saiful setia menunggu. Datin Kamaliah terus berlari lari anak menuju ke arah anaknya itu.
"Awie, jangan cakap banyak-banyak ye", nasihat Datin Kamaliah.
"Hani", ringkas Awie mengeluarkan nama itu tanda dia ingin berjumpa dengan Hani. Dia ingin menjelaskan hal mengapa dia masuk meminang, namun tidak sempat dia untuk berkata apa-apa, dunia menjadi kelam pada masa itu.
"Ok, takpa, nanti mama panggil Hani datang sini ya", kata Datin Kamaliah.
"Terima kasih mama", jawab Awie tenang.
Datin Kamaliah gelisah dengan kesihatan Awie. Sebelum ini Datin Kamaliah berfikir banyak kali untuk meminang Hani, tetapi atas kehendak anaknya itu, Datin Kamaliah turutkan saja. Sudah dinasihat Awie untuk bertanyakan Hani dahulu sebelum meminang, namun Awie mendesak untuk menjadikan Hani isterinya. Sudah empat hari Awie terlantar di hospital. Hasil semangat dan ubat yang dijaga oleh Datin Kamaliah, Awie bertambah sihat dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun, masih tiada kelibat Hani menjenguknya. Hani tidak mahu memberi harapan kepada Awie, kerana dia tidak mempunyai hati langsung terhadap Awie. Hani tidak mengerti, Awie memang hebat orangnya, cukup kekacakannya, tegap orangnya, jika petik jari berkerumun wanita akan mengelilinginya. Tetapi mengapa masih mengidam beristerikan seorang janda?.
"Hani, macam mana dengan Awie?", tanya Maya.
"Tak tahu lah apa khabar dia. Last, aku hantar dia ke hospital, tu je" kata Hani selamba.
"Eh, kau ni lah. Pergi la lawat dia. Kesian dia. Kau kena bagi semangat sikit kat dia", kata Maya
"Hish, kau ni. Kalau aku ter lebih ambil berat nanti dia mengharap pulak. Tak nak lah aku bagi harapan palsu", kata Hani.
"Betul jugak tu", kata Maya.
"Ha, apa kata kau je pikat dia, lagipun macam test kau je", cadang Hani.
Hani tahu Maya menyukai bunga, mana tak nya Maya selalu singgah ke kedai Awie dahulu. Disebabkan itulah Awie selalu bertanyakan hal Hani kepada Maya. Bunga yang diberi oleh Awie kepada Hani pun, Maya lah orangnya yang menjaga bunga itu. Dia selalu menyiram bunga itu, kerana dia seorang yang menyukai bunga yang segar. Tidak lupa juga, Maya membelikan sebuah balang untuk meletakkan bunga itu beserta air. Jika tidak, sudah lama bunga itu mati dalam jagaan Hani.
"Eh, kau ni. Macam kau cakap lah, hati tak boleh dipaksa", kata Maya.
"Ha, tau pun", kata Hani.
Hani berasa lega dengan pemahaman Maya. Maya harus faham keadaannya. Tiada lagi tempat mengadunya selain Maya dan ibunya. Namun, tidak semua perkara akan diceritakan kepada ibunya, Puan Mariam. Hanya Maya yang lebih memahami keadaan dirinya. Kemungkinan juga disebabkan oleh Maya merupakan rakan sepejabatnya yang bersua muka setiap hari. Mana mungkin Maya tidak mengenalinya.
~~~
"Hani, masuk bilik saya", kata Afiq menggunakan talian tetap pejabat mereka.
"Baiklah", jawab Maya dan terus menuju ke bilik Afiq.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu Encik Afiq?", kata Maya sambil mengangkat buku notanya serta pen untuk menulis tugasan yang akan diberikan bossnya itu.
"Tak ada apa-apa, saya cuma nak tanya hal peribadi awak", kata Afiq berani.
"Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab", jawab Hani.
"Saya cuma nak penjelasan, awak dah ada orang dalam hati ke?", tanya Afiq. Hani terkelu mendengar soalan Afiq itu. Mengapa perlu bertanya hal itu. Itu betul-betul peribadi. Apakah motif Afiq?
"Kenapa Encik Afiq tanya macam ni?", kata Hani kehairanan.
"Saya cuma nak tau", kata Afiq berterus terang. Dia tidak mahu terlepas peluang lagi. Adakah dia terlambat untuk memikat hati perempuan itu?
"Memang dah ada orang di dalam hati saya ni", kata Hani berterus terang.
"Oh", kata Afiq ringkas. Betul sangkaannya bahawa lelaki yang kacak itu merupakan lelaki yang sudah bertakhta di dalam hati Hani. Tidak syak lagi dengan keromantikan lelaki itu memberi sejambak bunga kepada Hani, seperti Hani sudah lama mengenali lelaki itu. Terlepas lagi.
'Adakah dia tahu di dalam hati aku ada dia', kata Hani dalam hati.
"Oh, saya nak tahu tentatif program yang awak dah buat untuk Hari Keluarga nanti", kata Afiq melarikan topik itu.
"Baiklah, nanti saya akan buat satu salinan untuk Encik Afiq", kata Hani.
Afiq hanya mengangguk.
"Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?", kata Hani.
"Tak ada, terima kasih", kata Afiq.
Hani berlalu dari situ dengan tanda tanya. Kenapa Afiq bertanyakan hal itu? Namun diabaikan perasaan itu. Mungkin Afiq hanya mengambil berat tentangnya.
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 5-11-2014 06:04 AM
coming soonlah tu boss... nanti sambung ya... nak tau apa jd pada awie tu...
orait... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 5-11-2014 02:02 PM
hehehehe
Hehehe janganlah terharu TT..
auuuu cak !!! haha |
|
|
|
|
|
|
|
La hari nak nikah gan awie ke.. Afiq mcm mn.. |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 6-11-2014 11:17 AM
La hari nak nikah gan awie ke.. Afiq mcm mn..
@poyohabis nak mcm mane?..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 7-11-2014 03:27 PM
@poyohabis nak mcm mane?..hehe
Kita ikut penulis citer je.. Kalo ikut kita ni mesti la happy ending afiq n hani...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 29 ~~
'Perlu ke aku nak panggil dia?, takpa lah, demi kebahagiaan anakku', ngomel Datin Kamaliah. Datin Kamaliah terus mengambil telefon bimbitnya dan men dail satu nombor.
"Assalamualaikum", Datin Kamaliah memberi salam.
"Waalaikummussalam", jawab Hani.
"Cik Kamaliah ni", kata Datin Kamaliah. Dia sudah mengambil awal-awal nombor telefon Hani sejak dari hari pinangan tempoh hari. Cuma tidak berapa yakin untuk beramah mesra dengan Hani, Datin Kamaliah menangguhkan dahulu untuk memanggil Hani.
"Oh, Datin", kata Hani. Dia malu kerana baru mengetahui dari Maya yang Cik Kamaliah, mama kepada Awie ialah seorang Datin. Malu juga kerana Datin Kamaliah adalah orang besar tapi masih merendah diri.
"Kenapa panggil Datin ni? Panggil Cik Kamaliah je", kata Datin Kamaliah.
"Hari tu, saya tak tahu, maaf. Its ok, saya lebih selesa panggil Datin", kata Hani.
"Jika Hani dah bertegas", jawab Datin Kamaliah.
"Hani, saya nak mengajak Hani datang ke rumah makan malam , malam ni", ajak Datin Kamaliah bersungguh-sungguh. Puas Hani memikir apa yang harus dijawab kepada Datin Kamaliah. Apakah jalan terbaik untuknya? Dia tidak boleh lari lagi. dia harus menemui keluarga itu. Jika terpaksa, dia akan meluahkan isi hatinya. Dia tetap dengan pendirian yang hati tidak boleh dipaksa.
"Baiklah, tapi boleh tak saya bawa anak saya bersama dengan seorang kawan dan anak saya?", kata Hani bersungguh-sungguh juga ingin menghadiri pelawaaan itu dan sebenarnya ingin mendapatkan kekuatan menghadapi keluarga itu.
"Boleh. Datang la, di alu-alu kan", kata Datin Kamaliah.
"Terima kasih Datin", kata Hani.
Setelah menamatkan panggilan, Datin Kamaliah hanya menghantar alamat dan masa melalui pesanan ringkas.
~~~
Sedang Hani bersiap, terdengar deruman enjin sebuah kereta di bawah. Tentu Maya. Dijenguknya di luar tingkap, 'awal pulak si Maya ni, ok jugak ni, boleh pergi awal sikit' ngomel Hani dalam hati.
"Qina, jom turun bawah. Dah lapar kan?, nanti kita makan kat sana ye", kata Hani. Qina hanya menuruti kata Hani.
"Aunty, best nya aunty ada sekali", kata Qina sambil berlari ke arah Maya.
"Kalau dapat makan, memang aunty selalu on je", kata Maya sambil menjeling senyum ke arah Hani. Tanpa berlengah, mereka terus ke destinasi rumah Datin Kamaliah dan Dato' Saiful. Setibanya mereka di sana, Datin Kamaliah sudah pun menunggu di perkarangan rumah mereka. Rumah banglo tiga tingkat dengan sedikit landskap taman di sebelah kiri itu betul-betul membuatkan mereka terpegun.
'Kenapa lah Awie tak cari wanita yang sesuai dengan dia, aku ni tak layak pun nak berkahwin dengannya. Siapalah aku', kata Hani dalam hati.
"Terima kasih la sudi datang ke rumah aunty ni", kata Datin Kamaliah menghulur salam serta senyum yang manis.
"Sama-sama. Terima kasih jugak sebab sudi jemput", kata Hani penuh sopan sambil menyambut salam.
"Masuk masuk, semua dah siap dihidang. Tunggu kamu orang ja", kata Datin Kamaliah setelah bersalaman dengan Maya dan juga Qina.
Mereka masuk ke dalam rumah yang tersergam indah itu. Bau hidangan yang dihidang benar benar menarik sesiapa sahaja yang berdekatan untuk makan sepuasnya.
"Datin masak sendiri ke semua ni? Sedap", kata Maya.
"Kamu ni tak makan pun lagi dah tau sedap ye, Saya masak dengan pembantu rumah saya. Mak Mah memang pandai masak, kalau yang sedap tu dia lah yang masak.", kata Datin Kamaliah sambil melemparkan senyum manis.
"Tengok pun dah tau sedap, Datin", kata Maya.
Hani hanya tersenyum mendengar perbualan Datin Kamaliah bersama Maya. Memang kesukaan Maya cinta kepada makanan yang nampak sedap di matanya. Tetapi Maya cukup segan jika ingin menambah makanan di rumah orang.
"Sekejap ye, saya panggilkan Awie dengan Dato', kamu duduk dulu ye", kata Datin Kamaliah dan terus menuju ke atas memanggil mereka.
~~~
Dari atas, dilihat Awie tergesa-gesa turun menuju ke ruang tamu rumah itu bertemu Hani, Maya dan Qina. "Maaf, saya baru lepas solat. Lewat sikit solat hari ni", kata Awie kepada Hani dan hanya mengangguk melihat Maya.
Tanpa segan silu, Awie terus menghulurkan sekuntum ros kepada Hani dan sekuntum bunga matahari buat Qina dan Maya masing-masing. Mereka menerima dengan hati terbuka memandangkan Awie merupakan tuan rumah. Hani juga menerima ros itu dengan hati terbuka kerana tidak mahu menjatuhkan air muka Awie.
"Terima kasih sebab sudi terima", kata Awie.
"Mari makan", ajak Datin Kamaliah selepas turun bersama dengan Dato' Saiful.
Mereka hanya mengangguk apabila melihat Dato' Saiful melemparkan senyum kepada mereka.
~~~
Setelah selesai makan, Qina meminta izin Hani untuk bersantai di tepi rumah mereka. Qina tertarik dengan landskap halaman rumah Datin Kamaliah dan Dato' Saiful itu kerana halaman itu berasaskan taman. Terdapat pondok di suatu sudut, dan kolam di sudut penjuru halaman rumah itu. Tidak lupa juga sedikit permainan kanak-kanak di hadapan pondok. Masakan tidak Qina begitu tertarik untuk ke halaman itu.
"Hani, aku teman Qina ye", kata Maya dan terus mendukung Qina ke halaman itu.
"Hani", panggil Awie.
"Ya", jawab Hani sambil memandang Awie. Dia menoleh kiri dan kanan mencari Datin Kamaliah dan Dato' Saiful. Tiada. Ah, Hani tidak dapat lari lagi dari bercakap dengan Awie. "Hani, saya mahukan penjelasan sahaja. Saya tak faham kenapa tiba-tiba awak tak suka saya" kata Awie.
Hani menghembus nafasnya sebelum bercakap, tidak tahu bagaimana lagi mahu menerangkan hal hati itu kepadanya "Awie patut faham saya, dan saya rasa semua orang juga faham yang hati tidak boleh dipaksa. Kenapa Awie bertanyakan pasal ni lagi? Tiba-tiba saya tak suka Awie?"
"Saya dapat tahu Hani sukakan saya, sebab tu saya berani hantar pinangan", kata Awie
"Apa??", Hani terkejut dengan pernyataan itu. Siapa yang berani memainkan perasaan orang lain?
"Ya, bekas suami Hani", kata Awie memberi penjelasan. Hani terkelu tidak terkata apa. Adam betul-betul ingin mencari pasal dengannya, tetapi ini sudah semakin melampau kerana membabitkan hati orang lain. Memang sebelum ini, Adam tahu berkenaan Awie ketika dahulu kerana Awie sering menyampaikan bunga dan kadang kala Hani membawa pulang, mana taknya, sudah terlampau banyak bunga yang telah diberikan oleh Awie. Apa motif Adam sehingga sanggup memainkan hati orang lain?
"Adam jumpa saya, dia bagitahu saya yang dia sudah bercerai dengan Hani. Tapi bila saya tanya kenapa kamu orang bercerai, dia tak jawab, so saya andaikan yang Hani bercerai disebabkan saya, Saya rasa serba salah. Katanya dia ambil berat pasal Hani, jadi dia tak mahu Hani bersendirian. Disebabkan Hani sukakan saya, dia minta saya masuk meminang Hani", sambung Awie.
"Awie, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak mahu jadi mangsa keadaan sebab tu saya tak terima pinangan Awie. Apa yang Adam cakap tu semua direka. Saya minta maaf sangat. Saya faham Awie sakit, tapi itu tak bermakna akan buatkan hati saya boleh menerima Awie. maaf", kata Hani lembut yang masih mempertahankan hak nya. Dia tak mahu menjadi seperti drama yang terpaksa menerima lelaki yang tidak dikenali dalam hidup.
Namun, dia mengerti yang jodoh itu di tangan Allah. Dia mengharap Awie akan faham keadaan dirinya.
"Takpa Hani, saya faham. Tapi saya tak faham kenapa Adam sanggup buat perkara macam ni?", kata Awie.
"Sekarang ni dia sanggup buat apa saja, Awie. Saya pun tak faham kenapa dia mahu menganggu ketenteraman saya" kata Hani.
"Saya dah faham sekarang Hani, saya minta maaf juga sebab percayakan kata Adam tanpa soal siasat dahulu", kata Awie.
"Takpa", kata Hani lemah.
~~~
"Hmm.. cantik nya bunga ros ni. Kan best kalau aku yang dapat", ngomel Maya sendirian di satu sudut sambil memerhatikan Qina bermain di halaman itu dan membelai belai bunga itu. Dia sengaja mengambil kesemua bunga yang diberikan oleh Awie tadi. Dia tahu Hani tidak sukakan bunga, disebabkan itulah dia berani meminta bunga itu daripada Hani.
Tanpa disedari, Awie asyik memerhatikan gelagat Maya dar dalam rumah.
"Kalau awak nak, saya boleh bagi sejambak ros", kata Awie yang keluar dari balik sliding door rumahnya yang menghubungkannya ke halaman rumah itu.
"Eh", kata Maya terkejut dengan sapaan Awie. Merah padam mukanya apabila mengetahui Awie mendengar ngomelannya. Maya hanya membalas dengan senyuman.
"Aunty aunty, jom la main sama sama dengan Qina", jerit Qina yang bosan bermain seorang diri. Maya terus menuju ke arah Qina dan Awie hanya memerhati dari jauh sambil tersenyum. Hani juga perasan kejadian itu dan mampu tersenyum sahaja. Nampaknya, Maya sudah menemui jodohnya tanpa disangka.
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:21 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|