|
2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?
[Copy link]
|
|
magpie5672 posted on 3-8-2014 11:35 AM
Tan coway, mohon berkongsimcerita dengan kami.
Oh satu lagi, boleh jugak bagitahu, yang diganggu ...
Insya-Allah jika saya berpeluang pada masa hadapan. Saya akan cuba selitkan cerita-cerita yang sesuai pada tempatnya nanti. Jin berkemampuan mengesan potensi "berbahaya" pada diri setiap manusia. Ada cara tertentu yang khusus, kemudian saya jelaskan. Apabila manusia itu dikategorikan sebagai "bahaya" terutama kepada perancangan dan rencana kerajaan Iblis, maka dia akan diserang melalui pelbagai cara, dari pelbagai sudut sehinggalah seboleh-bolehnya imannya tergadai dan dia berputus harap daripada rahmat Allah s.w.t. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 3-8-2014 05:14 PM
Klaim2 yg melibatkan jin ni saya memang skeptikal, tapi saya berminat nak neutralise pendirian say ...
Saya menganggap komen panjang lebar Tuan lebih kepada pandangan peribadi berdasarkan pengalaman hidup dan pembacaan yang luas. Saya tidak berniat mahu menyangkal mana-mana bahagian biarpun wujud ruang untuk saya memberi maklumbalas. Setakat ini, saya biarkan dahulu persoalan tersebut dibaca, dinilai dan turut dibincangkan oleh forumer lain. Kemudian nanti, saya tetap akan kembali untuk memberi respons penuh sebagai tanda tanggungjawab dan amanah kepada ilmu ini. Last edited by coway_daddy on 5-8-2014 10:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
fakhzanis posted on 3-8-2014 11:34 PM
Kan best kalau kita boleh dapat tanya pasal sejarah yang sesetengahnya menjadi misteri.... Tanya p ...
Pada kita, mungkin best. Tapi tidak kepada mereka. Sejarah manusia bukan sesuatu yang menarik untuk diperkatakan di alam jin, kita dianggap makhluk baru yang begitu mentah dalam sepak terajang dunia yang penuh pancaroba ini. |
|
|
|
|
|
|
|
ilahkhatibrani posted on 4-8-2014 01:52 PM
saya terkejut sedara faham mengenai keunikan "darah" keturunan.hurmmmm alhamdullilah akhirnya ada ...
Ada ramai lagi yang begitu faham dan mendalami ilmu ini, cuma mereka tidak muncul di media massa termasuk di media elektronik seperti ini. Saya sendiripun hadir hanya selepas 15 tahun. Saya berasa terpanggil untuk berkongsi di sini kerana dibimbangi usia yang berbaki sudah tidak panjang lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
magpie5672 posted on 4-8-2014 01:56 PM
Kak ilah cerita kanlah, apa maksudnya dengan darah keturunan?
Ya, silakan. Gunakan thread saya ini untuk kita sama-sama berkongsi segala kebaikan daripada ilmu Allah yang begitu unik dan "rare" ini. |
|
|
|
|
|
|
|
salam ya tuan,
selama ni, saya cuma sr dalam ruangan ini, saya cuma nak bertanya adakah keluarga saya menghadapi gangguan jin kerana, banyak kejadian pelik yang berlaku dalam hidup kami.
Semasa saya masih kecil, ibu saya pernah mengalami sakit yang teruk. Ia akan berulang setiap 10 tahun sekali. Bila dirujuk ke hospital, tiada penyakit dapat dikesan, jadi ibu hanya dimasukkan air, kemudian, dibenarkan keluar. Namun, sakitnya tidak berubah, hanya terlantar. badannya tersangat berat untuk diangkat oleh nenek dan bapa saya walaupun hanya untuk didudukkan. Waktu tu umur saya 10 tahun. Tetapi, saya merasa pelik kenapa saya boleh mendudukkan ibu saya tanpa bantuan sesiapa sedangkan sebelumnya, ayah dan nenek telah berusaha.
Pernah juga ibu dirawat oleh seorang makcik dengan upacara main puteri tetapi tidak berhasil. Bahkan, ibu saya mempersendakan makcik terbabit. Lama kelamaan, ibu sembuh sendiri tetapi, sakitnya berulang kembali semasa saya berumur 20 tahun. Ibu berjumpa dengan seorang perawat tradisional, dia menyatakan sebenarnya ibu kene belajar ilmu daripada orang yang pandai, sebenarnya dia terpilih, tetapi badannya tidak dapat menerimanya.
saya diberitahu, arwah moyang saya seorang penari makyong dan pernah jadi inang istana, selepas berkahwin, arwah moyang lelaki tak suka moyang saya terlibat dalam makyong lagi, jadi, dia telah jadikan moyang saya seorang bidan kampung. Arwah moyang lelaki, seorang guru silat dan juga alim.
saya ingin bertanya, adakah keluarga saya mempunyai saka? saya pernah diberitahu, saya mewarisi saka, tetapi, saya telah membuangnya. Dan saya berharap ia tidak akan menghantui saya lagi.
Mohon bantuan penjelasan dari tuan.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 4-8-2014 11:48 PM
Insya-Allah jika saya berpeluang pada masa hadapan. Saya akan cuba selitkan cerita-cerita yang ses ...
Menarik kes dita85 , harap ada huraian terperinci .
Menarik juga kisah drah keturunan .. minta ulasan porumer.
|
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 25-7-2014 11:47 PM
Rujuk jawapan di atas. Sebenarnya ada banyak lagi sebab. Cadangan saya, sama-sama kita bongkar rah ...
Pendapat saya, kelatan ramai alim ulama, sama ada yg dikenali di media arus pedana , dan ada juga yg tidak dikenali. Juga ramai wali2 Allah yg kelihatan mcm org2 biasa saje.
|
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 4-8-2014 11:48 PM
Insya-Allah jika saya berpeluang pada masa hadapan. Saya akan cuba selitkan cerita-cerita yang ses ...
Bila tuan cakap, jin beruapay mengesan "bahaya" manusia pada mereka , tiba2 saya teringat pada kisah manusia yg diculik ufo utk dibuat experimen , termasuk haiwan2 ternakan mcm yg keluar dlm dokumentari di tv.
Manusia diculik utk tujuan ketenteraan
Haiwan pula utk apa? crossbreed? Hybrid?? Mutasi peringkattertinggi? Pencemaran sumber makanan manusia?? Atau ada agenda yglebih besaryg manusia tak terfikir?
Apa pula pendapat forumer semua , termasuk tt tentang kes shapeshifter? Kerana kes ni ibarat "syaitan/jin bertopeng manusia" berasimilasi tanpa dikesan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca pasal jin.... teringat zmn duduk hostel di SMSS, Kg Conggo, K. Lumpur
kisah bermula, bila kawan sama batch aku main silat gaduh2 nk cucuk2 rumpun pokok buluh (kat kawasan blok sekolah dkt padang) akibat terpengaruh dengan cerita Pendekar (Raja Azura/Wak Ruzaidi/Musang Siguntang) yg femes dulu di kaca TV.
Esk pagi nya masa nk mandi di pagi yg hening dia tersungkur & tak sedarkan diri.
Bermula la episod dia dirasuk jin.... berlari pantas... lompat tangga turun bukit yg tinggi cuma 3 langkah jer.
lepas tu duk merenung air tasik berhampiran rumpun buluh. Kadang-kadang bersilat dalam kelas. habis berterabur kerusi meja n bunyi kawan2 bertempiaran lari.
Dipendekkan cerita..... dia sebenarnya telah terbunuh anak jin semasa aktiviti kependekaran dia n sorang lg kawan mencucuk & menetak rumpun buluh.
Dipendekkan lagi cerita...... lepas dia dah ok sikit2. Hobi dia adalah tido selepas Asar dan masuk ke alam jin untuk menuntut bela dengan mengejar & membunuh anak-anak jin yg dia jumpa.
Opss.. lupa nk cerita. kerajaan jin dlm sekolah aku tu dlm bentuk 3 segi yg ditandakan dengan rumpun2 buluh(Untuk gambaran... 1 rumpun buluh berhampiran blok sekolah, 1 lagi tak silap berhampiran blok puteri, 1 lagi berhampiran blok lelaki).
dlm masa setahun tu byk la episod..... senior kitorg (ketua dorm) tertido lps asar... tak segaja termasuk alam jin & ditikam dengan tombak. Esk pagi nampak dia mcm sakit kat bahagian dada.. tombak masuk tercucuk or tak dah lupa pulak.
kawan dia (senior & ketua dorm jugak) pi masuk alam jin n jumpa jin islam mintak ubat. jin islam tu bagi jalan & kunci gudang ubat lupa pulak dia bagi ke kena cari sendiri.... jin islam cakap masuk n amik ubat jer... jgn amik benda lain (aku lupa la gudang ni di bwh penguasaan jin kapir kot..tahun 1994 pnya cerita laa). dlm gudang tu penuh emas... tapi dia amik ubat jer..
|
|
|
|
|
|
|
|
coway_daddy posted on 4-8-2014 11:55 PM
Saya menganggap komen panjang lebar Tuan lebih kepada pandangan peribadi berdasarkan pengalaman hi ...
Alhamdulillah. Saya menantikan lebih pencerahan dari tuan.
Saya harap tuan tidak seperti pencerita yg lain iaitu hanya menjadi promoter kepada ketakutan dan kehebatan jin, atau, pendakwah kepada kepercayaan kekuasaan jin.
Saya percaya tentang jin seperti yg termaktub dlm Al-Quran khusus kejadian di zaman Nabi Sulaiman AS yg menyatakan 2 sifat jin yg obvious, dan, kisah dakwah Nabi SAW pada golongan tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 5-8-2014 01:34 PM
Alhamdulillah. Saya menantikan lebih pencerahan dari tuan.
Saya harap tuan tidak seperti pencerit ...
Insya-Allah, tidak begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan coway_daddy
'Penjaga' ni apa pulak?
Apsal golongan yg dikatakan ulamak zmn inggeris/jepun pun ada 'penjaga'. |
|
|
|
|
|
|
|
Deff_Lepak posted on 5-8-2014 02:33 PM
Tuan coway_daddy
'Penjaga' ni apa pulak?
Tuan merujuk post mana? Harap dapat quote post berkenaan supaya mudah saya dan pembaca-pembaca lain buat rujukan silang. |
|
|
|
|
|
|
|
ilahkhatibrani posted on 4-8-2014 01:52 PM
saya terkejut sedara faham mengenai keunikan "darah" keturunan.hurmmmm alhamdullilah akhirnya ada ...
salam,
berabad dah org tahu mengenai ini. non sense klu budak sekolah menengah pun tak tahu!
zuriat keturunan semua dari tu, Al-quran dah lama sebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
MANSTIR posted on 7-8-2014 09:53 AM
salam,
berabad dah org tahu mengenai ini. non sense klu budak sekolah menengah pun tak tahu!
Waalaikumussalam..
Maafkan saya....saya tidak tahu ada yg arif mengenai perkara yg saya sebut....maklumlah ilmu tidak penuh di dada.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam Tuan Rumah...
Penangkapan jin yg suka bermukah. dgn manusia .pernah tak ada pengalaman dengan mengunci jin tersebut dengan lingkaran cahaya kalimah Allah.... |
|
|
|
|
|
|
|
ilahkhatibrani posted on 7-8-2014 10:40 AM
Waalaikumussalam..
Maafkan saya....saya tidak tahu ada yg arif mengenai perkara yg saya sebut.. ...
alhamdullilah. :-) |
|
|
|
|
|
|
|
ilahkhatibrani posted on 7-8-2014 10:42 AM
Salam Tuan Rumah...
Penangkapan jin yg suka bermukah. dgn manusia .pernah tak ada pengalaman deng ...
Ilah, selain pengalaman dgn gangguan makhluk halus ala samseng, rasukan, saka, penampakan dan yg sejenisnya, apa lagi gangguan yg lebih ekstrim dari yg tersebut?
Contoh ekstrim yg popular: Seorang ahli ibadah yg tiada taranya telah diganggu oleh makhluk halus yg menjelma di hadapannya dlm bentuk manusia. Gangguan tidak dgn rasukan atau sihir atau berumah dlm badan tetapi dgn perbuatan beribadat lebih hebat dari ahli ibadah dlm keadaan zahir nyata berhadapan. Cut story short: ahli ibadah tu ended dgn meminum arak, berzina, membunuh & mati dlm keadaan berpaling dari tuhannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ilahkhatibrani posted on 7-8-2014 10:42 AM
Salam Tuan Rumah...
Penangkapan jin yg suka bermukah. dgn manusia .pernah tak ada pengalaman deng ...
Wa'alaikumussalam. Ada, dan saya tidak akan berhenti setakat di situ. Semua kes akan cuba diselesaikan sehingga ke peringkat jin tersebut perlu memilih secara muktamad haluannya selepas tewas atau berjaya dijinakkan; Islam atau kekal kafir tapi tunduk kepada kebenaran Islam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|