CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Novel] Jangan Biarkan Dia Pergi

[Copy link]
 Author| Post time 14-8-2014 02:20 AM | Show all posts
Bab 32

Deringan lagu “Lelaki ini” nyanyian Anuar Zain daripada telefon Rania agak membingitkan telinga. Panggilan dari seseorang yang amat dirindui dan ditungu-tunggu. Betapa dia mengharapkan lelaki itu datang memujuknya semula. Tapi setelah seminggu berlalu baru hari ini Ariff menghubunginya.

“Assalamualaikum….” Suara Ariff kedengaran di talian sebelah.

“Waalaikumsalam.”

“B nak jumpa sayang. B rindu sangat-sangat dengan sayang.”

“En. Ariff, untuk apa lagi hendak berjumpa dengan saya? Tak cukup lagi ke dengan luka yang tergores ni?”

“Lah tergores jer? Ingatkan dah koyak rabak.”

“Bukan takat rabak dah lunyai dah.” Balas Rania geram.

“Lunyai? Mana boleh lunyai. Tak sentuh lagi tau. Pegang sipi-sipi kat tangan jer tau.”

“B?????”

Rania merengus. Merajuk pada lelaki ini memang tak berguna. Bukan hendak dipujuk lagi tambah menyakitkan hati Rania sahaja. Tapi sebenarnya gurauan seperti itulah yang menambat hati Rania. Bukan senang Ariff nak jatuh cinta dengannya kalau dia tidak berusaha untuk memikat hati lelaki batu seperti Ariff. Dia terkenang kembali ketika dia memikat Ariff.

“Boss, nak jadi boyfriend saya tak?”

Rania menjongketkan kening memandang Ariff di hadapannya.  Wajah Ariff yang persis pelakon Rosham Nor memang membuatkan dia cair. Dengan lesung pipit Jericho pelakon Pangako Sa Yo, bibir yang seksi macam Angelina Jolie, wajah itu memang digilai oleh mana-mana wanita yang memandangnya. Cuma, lelaki itu mempunyai ais yang perlu dicairkan.

“Awak ni dah kenapa? Dah kemaruk jantan sangat ke sampai nak pelawa saya jadi boyfriend awak?” Ariff membalas sinis.

“Memang saya kemaruk boss. Tengok wayang saya nampak muka boss, nak makan saya nampak muka boss, nak tidur sampai masuk bilik air pun saya nampak boss. Agaknya boss dah mandrem kan saya ni?”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2014 02:22 AM | Show all posts
Ariff bagai tak percaya setiap butir bicara Rania. Memang dia perasan dari hari pertama Rania berkerja lagi cara renungan dan pandangan Rania agak berbeza dengan pekerja-pekerja perempuan yang ada di situ. Malah setiap temu janji dengan pelanggan Rania yang menawarkan diri untuk menemankannya. Walaupun dia cuba untuk menolak tapi hatinya sedikit terusik dengan tingkah Rania yang manja dan bersahaja. Malah dengan kejelitaan yang ada pada Rania memang menjadi satu pakej untuk membuatkan lelaki-lelaki jatuh cinta.

“Merepek lah awak ni Rania. Dah awak pergi buat kerja awak. Saya tak ada masa nak layan awak.”

“Boss, tak jatuh cinta dengan saya ke? Hari-hari boss keluar dengan saya takkan tak ada perasaan walaupun seinci?”

“Memang tak ada.”

Rania melangkah keluar dengan longlai. Hatinya menangis kesedihan. Sampai hati Ariff tidak mahu membalas perasaan cintanya. Serasa merah pipinya menahan malu. Kali pertama approach dan ditolak seperti itu sangat memalukan. Apatah lagi kalau rakan sekerja yang lain mengetahui kisah penolakan cintanya.

Ariff hanya memandang Rania berlalu. Bukan dia tidak cinta tetapi sebagai lelaki takkan nak perempuan yang memulakan langkah. Belum  sampai masanya lagi untuk dia melafazkan kata cinta.

“Sayang ni mesti berangan kan… ?” suara Ariff memecahkan lamunan Rania.

“Tak lah. Teringat macam mana kita boleh bercinta dulu. Tapi siapa sangka rupanya masa tu B dah ada Baby.”

“Sayang lah suka sangat percayakan orang. Kalau sayang nak tahu Baby tu dua pupu B belah mak.”

“Tapi dia cakap B……”

“Apa yang B dah main dengan dia macam tu? Dengan sayang yang memang B cinta sangat-sangat pun B tak pernah usik. Inikan pula perempuan yang B anggap macam adik.”

“Ye ke B tak usik? Masa birthday sayang tu….. tu bukan usik ke?”

“Amboi sayang ni mesti terkenang kan hadiah kucupan dari B.”

Masa Rania menyambut hari lahirnya yang lalu, Ariff mengucupnya di pipi di hadapan semua rakan sekerjanya. Mahu seminggu dia dicemuh oleh Safura n the geng. Mereka mengutuk dia perempuan murahan walaupun dia sendiri tidak menjangka tindakan Ariff.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:25 AM | Show all posts
Bab 33

Denial tersenyum gembira. Umpan yang dipasang sudah bersambut. Bukan susah hendak membeli hati wanita yang bernama Afizah itu. Walaupu dia terpaksa berhabis beribu ringgit untuk mendekati Afizah dia sanggup. Asalkan apa yang dihajatinya bakal berada dalam genggaman.

‘Senyum seorang diri nampak?’ suara ghaib itu memunculkan diri.

‘Aku dah berjaya buat perempuan tu jatuh cinta kat aku. Tak lama lagi aku akan bersatu dengan Rania.’

‘Kau yakin akan berjaya?’

‘Hahahahahahaha…. Kau ragui kemampuan aku kan?’

‘Aku ragui keupayaan Danial. Tapi aku pasti Fareez tak akan menghampakan.’

Danial senyum sinis. Denial dan Fareez adalah orang yang sama dengan tujuan yang berbeza. Fareez hanya wujud untuk mengaburi mata Afizah. Denial adalah pemilik mutlak dirinya. Dua orang yang sama dengan karekter yang berbeza. Menjadi Fareez dia perlu berlakon sebagai lelaki yang macho, dan menggoda.

“Dean”

Denial mengerutkan dahi. Isabella? Bagaimana wanita itu boleh berada di rumahnya. Bukankah wanita itu berada di luar negara? Kenapa dia tidak tahu mengenai kepulangan Isabella. Kepulangan Isabella hanya akan merosakkan rancangannya.

“Bella? What a surprise?”

“I miss you. Sebab tu bila papa suruh I balik cuti summer ke Malaysia I turutkan saja. Because I miss you.”

Isabella memeluk Danial dari belakang. Di curahkan kerinduan yang tak terbendung dalam dakapannya. Setiap inci tubuh Danial di jelajahi. Betapa tubuh sasa Danial membuatkan dia jadi seperti tanaman yang tandus. Memerlukan siraman baja yang boleh menyegarkan dan memberinya udara untuk bernafas. Seketika mereka hanyut dalam gelora asmara yang tersimpan.

“You masih hebat Dean. Kehebatan you memang luar biasa. Sampai I rasa tak nak lepaskan you.”

“You pun apa kurangnya masih macam dulu. Keganasan you selalu buat I tercungap.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:27 AM | Show all posts
“Haha…. Dean, I duduk dengan you sampai cuti summer I habis. Please.”

Denial menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Kalau Isebella sentiasa bersamanya pasti semua rancangannya hancur. Dia tidak kisah sekiranya Isabella memerlukan dirinya untuk melakukan aktiviti seperti tadi tapi untuk tinggal bersama memang tidak mungkin akan berlaku. Bila-bila masa saja Rania akan kembali pasti kehadiran Isebella akan membuatkan Rania tertanya-tanya.

Isebella hanyalah wanita tempelan yang diperlukan ketika nafsu merajai hati. Bukan dia yang meminta tapi Isebella yang dengan rela hati menyerahkan diri kepadanya. Bodoh lah dia kalau menolak rezeki yang datang bergolek. Kali pertama dia terjadinya perbuatan terkutuk itu apabila Isebella lari dari rumah kerana bertengkar dengan ayahnya yang tidak bersetuju dengan keputusan Isebella untuk berhenti belajar.

“Abang Dean, I need you help.”

Isebella datang kepadanya dalam kebasahan hujan. Tipulah kalau dia tidak tergoda dengan pandangan matanya yang di hamparkan pemandangan yang cukup indah. Setiap lekuk di tubuh Isebella di ratah dengan pandangan mata. Dengan pakaian yang agak nipis membuatkan apa yang tertutup dapat dilihat akibat basah.

“Dean, kenapa you termenung?” panggilan Isebella melenyapkan semua kenangan yang baru tiba.

Isebella sudah berpakaian lengkap. Dia melangkah mendekati Danial. Satu kucupan di berikan kepada Danial.

“You kata nak duduk dengan I?”

“I gurau jer. Lagipun kita cuma nak have fun kan. Kalau dah duduk sekali tu bukan berseronok tapi dah berkomitmen pulak.”

“You dah berubah Bella. You bukan lagi budak perempuan yang berumur 17 tahun yang I kenali dulu.”

“Well, masa mengajar kita untuk lebih dewasa. And you, always be my teacher.”

“Teacher?”

“You teach me making love. Pengalaman tu sangat berharga buat I.” Isebella berbisik.

Selepas menuturkan kata Isebella bangun dan meninggalkan Danial. Walaupun hanya beberapa jam meluangkan masa itu sudah memadai buat Isebella. Pasti akan ada waktu lagi untuk mereka melepaskan rindu dendam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:29 AM | Show all posts

Bab 34

Isebella pandang pasangan di hadapannya. Meskipun dia tahu yang antara dia dengan lelaki itu tidak boleh punya perasaan tapi kenapa dia rasa cemburu melihat kemesraan pasangan tersebut. Hatinya jengkel melihat sang arjuna mengambil sesudu aiskrim dan menyuapkan kepada kekasihnya. Perasaannya meluap-luap.

“Ice apasal?”

“Mamat tu.”

Baby memandang ke arah yang ditunjuk oleh Isebella. Terbuntang matanya melihat Afizah bersama dengan lelaki yang agak kacak. Malah mereka agak kelihatan mesra pada pandangan Baby.

“Kenapa dengan mamat tu?”

“Dean.”

Bulat mata Baby mendengar sebaris nama itu. Nama yang selalu meniti dibibir Isebella sejak dari peristiwa hitam yang menimpa Isebella. Siapa sangka Isebella boleh jatuh cinta pada lelaki yang boleh dipanggil abang. Beza 7 tahun seperti tidak ada beza pada Isebella. Peristiwa beberapa tahun lalu menggamit memori Baby.

“Aku dah tak ada dara.”

“Siapa lebah yang menyedut madu kau tu?”

Isebella hanya tersenyum meleret. Tanda dia sangat gembira. Baby pelik kalau remaja lain pasti sudah meraung tapi melihat dari cara Isebella pasti perkara itu berlaku dengan kerelaan Isebella. Baby hanya memerhatikan tingkah Isebella yang bagai tenggelam dalam dunianya.

“Abang Dean.”

“Maksud kau ex student ayah kau yang selalu datang rumah kau tu ke?” soalan Baby di balas dengan anggukan.

“Sebenarnya dia rogol aku.”
“Rogol? Kau tak beritahu ayah kau ke? Boleh kena penjara tau sebab kita ni masih budak bawah umur.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 02:30 AM | Show all posts
“Kalau aku beritahu ayah aku….. macam mana aku nak rasa lagi kenikmatan tu? Abang Dean kata kalau aku dah gian boleh datang cari dia. Sedap weiii…. Menggelupur aku masa mula-mula tu.”

Gelagat Baby yang asyik menggelangkan kepala menarik perhatian Isebella. Dia penat bercakap dengan Baby rupanya Baby sedang asyik mengelamun. Entah teringat jantan yang bagi bunting agaknya. Isebella tersenyum sinis. Dia pun berfoya-foya juga tapi tidak pernah lagi permukahannya membuahkan hasil. Dia sentiasa berhati-hati dalam hal itu.

“Kau apahal? Mengelamun ingatkan Hilman lah tu.”

“Eh mana ada. Aku dah lama pangkah nama jantan keparat tu. Aku dah ada target baru.”

Terbuntang mata Isebella mendengar pengakuan dari Baby. Tak padan dengan perut yang semakin nak membesar tapi masih mahu mencari target baru. Sudah berkali-kali dia nasihatkan Baby cari lelaki lain. Pada hematnya, Hilman hanya mahu menggunakan tubuh Baby sewenang-wenangnya. Sedangkan dia pun Hilman sanggup usung ke bilik hotel inikan pulak Baby tunang sendiri.

Kisah dia dan Hilman sudah berlaku sebelum Baby dan Hilman mengikat tali pertunangan lagi. Tapi semua itu disimpan dengan rapi daripada pengetahuan Baby. Kalaulah Baby tahu perselingkuhan mereka berdua pasti Baby mengamuk besar. Memang silap dia juga yang menggoda Hilman ketika itu sedang bersedih kerana bergaduh dengan Baby. Walaupun niatnya hanya hendak menolong tetapi batinnya bergelora saat bertentang mata dengan Hilman.

“Hilman….” Isebella memandang arah pandangan Baby. Kelihatan Hilman sedang bertengkar dengan Danial dan kekasihnya. Pasti wanita itu kekasih baru Hilman. Isebella menggigit jarinya. Satu perlakuan yang menjadi tabiat apabila dia sedang memikirkan sesuatu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2014 02:32 AM | Show all posts
Okay dah hupdate

@fatehana  @chit_ana @anna-zara @bianglala @novelloverzz @ciksurie

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 07:36 AM | Show all posts
panjangnya update Nay... tp saya suka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2014 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-8-2014 07:36 AM
panjangnya update Nay... tp saya suka...

Thanx Zam setia menunggu entry ...  sbnrnya nay cadang nak update bila dah sampai page 40 tapi rasa x sampai ati pulak huhu...

btw nay tak tahu nak stop haha asyik kuar watak baru padahal nay dah ada guidelines
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:09 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-8-2014 08:05 AM
Thanx Zam setia menunggu entry ...  sbnrnya nay cadang nak update bila dah sampai page 40 tapi ras ...

takpe Nay... lg panjang lg syok... setia menanti entry... jgn tak habis sudah.. hihihihihihihihi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-8-2014 08:09 AM
takpe Nay... lg panjang lg syok... setia menanti entry... jgn tak habis sudah.. hihihihihihihihi.. ...

masalahnya mcm x nk abis asyik ada jer watak baru yg muncul
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:16 AM | Show all posts
Thank you....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:17 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-8-2014 08:15 AM
masalahnya mcm x nk abis asyik ada jer watak baru yg muncul

it will come to u... bak kata si nabil raja lawak... hihihihihi... keep it up Nay... we support u... yeah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 14-8-2014 08:16 AM
Thank you....

welkam... nnt ada masa nay update lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-8-2014 08:17 AM
it will come to u... bak kata si nabil raja lawak... hihihihihi... keep it up Nay... we support u. ...

thanx... sbnrnya cerita ni dah 2 tahun nay simpan... bila dah share kat sini baru jalan cerita nak berkembang...

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 08:22 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-8-2014 08:20 AM
welkam... nnt ada masa nay update lg

yeah! itulah semangat yg kita perlukan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2014 08:24 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-8-2014 08:21 AM
thanx... sbnrnya cerita ni dah 2 tahun nay simpan... bila dah share kat sini baru jalan cerita nak ...

barang antik ni Nay... makin disimpan makin mahal... dh betul dh tu sejarah novel ni... mahal jgklah jalan ceritanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 09:38 AM | Show all posts
bab last tu memeningkan.....nanti baca balik.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2014 09:44 AM | Show all posts
anna-zara posted on 14-8-2014 09:38 AM
bab last tu memeningkan.....nanti baca balik.....

bab last? cuba fahami sendiri.. kang kata nay spoiler pulak

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 10:57 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-8-2014 02:32 AM
Okay dah hupdate

@fatehana  @chit_ana @anna-zara @bianglala @novelloverzz @ciksurie

hah mcm nielah panjang entrynya
tp still x cukup

next next next
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075279 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list