|
Ipo posted on 4-6-2014 11:09 PM
ada...bila detik tengah malam nanti..
seram bunyinya..........
|
|
|
|
|
|
|
|
warghhh best gila citer ni...nak lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo posted on 4-6-2014 11:13 PM
sampai citer habis..sudahnya tak ada sapa pun yg bernikah..
geng poreber alone dari kg pinang patah la kekdah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
CHAD memandu laju ke sebuah rumah di pinggir bandar KL. Dia perlu jumpa seseorang. Tiba di destinasi, Chad segera mencari kelibat Karim. Dia perlu tahu dari lelaki itu apa yang telah berlaku. Senah dan Anum sudah seminggu hilang tanpa jejak. Apa yang dirancang selama ini nampaknya sudah dihidu oleh orang lain. Kes Hanim dan Suzy mungkin akan disiasat kembali oleh pihak polis seandainya Senah dan Anum dijumpai dan orang yang akan mendedahkan semua maklumat itu sudah tentu Johan.
Chad merapati daun pintu rumah Karim. Sebelum meninggalkan kawasan belukar tadi, dia sudah menghubungi Karim dan mengharapkan lelaki itu tidak berpaling tadah! Pintu rumah Karim diketuk beberapa kali.
"Siapa?" Laung Karim dari dalam.
"Aku! Chad! Buka pintu ni!" Suara Chad sudah tinggi. Sudah hampir setengah jam dia berdiri di luar.
Pintu dikuak perlahan. Kelihatan Karim sudah pucat melihat Chad berdiri di situ dengan riak merengus. Pintu ditendang kuat sehingga jelas kedengaran daun pintu terkena dinding rumah. Chad segera menapak masuk ke dalam rumah Karim. Dia masih berdiri di ruang tamu sambil bercekak pinggang. Karim dilihat dengan pandangan tajam.
"Macam mana Jo boleh tahu tempat tu?" Soalan pertama Chad pada Karim.
"Tempat apa?" Karim bingung. Chad tiba-tiba marah menyinga.
"Tempat Senah dan Anum dikurung!" Chad sudah geram.
"Err...Jo yang call aku malam tu. Mulanya aku ingat nak kurung perempuan tu kat tempat lain." Karim pula tersekat-sekat menjawab.
"Kau jangan nak berpaling tadah. Aku bersusah payah pujuk Senah ke KL. Anum, aku dah suruh kau larikan dia dan kurung di tempat lain. Apa kau nak bolot dua kerja sekali gus ke apa???" Chad berkerut kening. Memang dia tahu selama ini Karim menjadi talibarut Johan dalam sindiket haram itu tapi Karim juga menjadi orang suruhannya dalam merealisasikan dendamnya selama ini.
"Aku keliru.." Karim tunduk. Memang dia takut menatap mata Chad yang sudah merah. Lelaki itu kalau sudah marah, rona wajahnya akan berubah serius dan menakutkan. Seolah ada ilmu yang Chad pelajari. Ilmu yang dia sendiri tidak tahu. Kadang-kadang dia melihat Chad akan melakukan upacara mengasap kemenyan pada malam jumaat di sebuah rumah yang agak jauh dari bandar.
"Jo sudah tahu rumah aku! Kau yang bocorkan rahsia tu kan?" Kolar baju Karim digenggam kuat. Dia perasan malam dia mengasap kemenyan itu, dia tahu kelibat Johan yang datang ke rumahnya pada malam itu. namun dia dapat merasakan ada sesuatu di atas bumbung rumahnya.
"Bukan aku! Sumpah! Aku tak tahu menahu pasal tu!" Karim sudah ketakutan. Dia menelan liur berkali-kali. Chad dilihat seperti hendak menerkam dan membahamnya bila-bila masa. Pernah dia melihat Chad berubah wajah bila dalam keadaan marah dan bertukar menjadi orang lain.
Karim dilepaskan dan ditolak dengan kuat sehingga terduduk di sofa. Dia mundar mandir di ruang tamu rumah Karim. Dia perlu lakukan sesuatu. Selama ini pihak polis dan Kudin mengesyaki Hetty dan Kusha dalam kes pembunuhan Hanim dan Suzy. Bermakna dia telah selamat dari tuduhan membunuh tapi dengan kehilangan Senah dan Anum di tangan Johan, kes itu akan menjadi semakin rumit. Rancangannya akan terganggu. Tengku Muzafar sudah mati. Saksi pembunuhan itu juga sudah mati. Kini dia perlu meneruskan rancangannya yang sudah lama dirancang rapi. Pihak polis tidak akan dapat mengesyakinya tanpa bukti kukuh. Ilmu hitam yang sempat dipelajarinya dulu akan digunakan untuk menghancurkan sesiapa saja yang terlibat dalam kehidupan maknya.
"Sekarang ni, Jo, Kudin dan Jai sedang mencari Senah dan Anum. Aku pasti, kalau mereka berjumpa mereka, aku dalam bahaya. Aku kena pastikan Senah dan Anum tidak ditemui mereka dan aku berharap aku yang jumpa mereka dulu. Aku rasa Senah dan Anum sudah masuk ke alam bunian." Chad mula duduk. Dia cuba mencari akal untuk bertindak.
"Tapi aku tak faham. Mengapa kau libatkan Senah dan Anum dalam hal ni? Mereka berdua tak terlibat langsung dalam kes mak kau tu. Dari apa yang kau cerita kat aku dulu, mak kau jadi gila kerana Tengku Muzafar dan keluarganya." Karim mula berani berbicara lanjut.
"Kau tak tahu cerita sebenar. Mak aku telah bernikah dengan Tengku Muzafar, jadi isteri ketiga tapi haknya tidak ada dalam keluarga mewah tu. Mak Kusha, dia yang sebenarnya dalang dalam hal ni. Dia yang upah orang untuk menyuntik mak aku dengan sejenis dadah setiap hari sampai mak aku jadi biul dan gila. Dadah tu boleh menyebabkan orang tu jadi berhalusinasi. Mak aku jadi tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Kau pernah dengar Dextrometorphan atau Nospan?" Chad pandang Karim sekilas.
Karim menggeleng.
"Itu sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal-gatal hidung dan semua yang berkaitan dengan tekak dan sinusiti. Jika diambil berlebihan, ubat tu boleh mengubah deria dan keadaan sedar seseorang. Ubat ni juga akan mengubah keadaan emosi dan fikiran. Kesan dari penyalahgunaan dadah ni, orang tu akan jadi kurang selera makan, kurus,mulut kering, dada sakit, kurang denyutan jantung. Akhir sekali, orang tu akan mengalami kerosakan saraf otak yang menyebabkan sakit mental dan gila. itulah yang berlaku pada mak aku. Mak aku hampir mati. Aku masa tu berada di Kuantan. Bila aku dapat tahu mak aku dimasukkan ke hospital gila, aku tak percaya! Aku siasat tentang tu. Memang benar sangkaan aku, mak aku dianiaya. Tengku Muzafar pula percaya yang mak aku sudah gila dan ditempatkan di wad gila. Sekarang ni, aku dapat tahu, Tengku Muzafar tu adalah ayah Kudin dan Kudin adalah anak dari isteri pertama Tengku Muzafar. Huh! Orang tua tu hanya tahu nak berbini tapi tak pandai jaga bini! Hanya seorang saja dia percaya! Kata-kata isteri keduanya, mak Kusha! Aku dapat tahu juga mak Kusha yang sebenarnya mengarahkan orang untuk menyihir suaminya sendiri dan menyingkirkan mak Kudin demi nak bolot harta. Kesian Kudin...dia tidak tahu yang sebenarnya Tengku Muzafar meninggalkan banyak harta di luar negara yang sudah ditukar nama kepada mak Kusha." Chad mengetap bibir. Sesekali dia senyum sinis mengenangkan yang dia adalah adik beradik tiri dengan Kudin sebenarnya!
"Rancangan aku mesti diteruskan. Orang tua tu sudah mampus, Hanim dan Suzy pun dah ikut orang tua tu ke neraka. Sekarang ni, tinggal Kusha dan mak Kusha. Hanya dengan cara halus ini sajalah aku dapat melepaskan diri dari dituduh. Polis tak akan percaya pada benda tahyul ni. Apa lagi kalau dikaitkan kematian seseorang dengan ilmu sihir. Pihak polis hanya berdasarkan bukti nyata dan saintifik semata-mata." Chad ketawa besar.
"Jadi apa kaitan dengan Senah dan Anum?" Karim garu kepala.
"Kau tak faham? Senah tu tergila-gilakan Kudin. Anum tu cinta hati Kudin sejak dulu. Kalau keduanya dapat aku tawan, senanglah kerja aku. Aku akan gunakan Senah dan Anum untuk mengheret Kudin dalam rancangan aku. Cuma..." Kata-kata Chad terhenti.
"Cuma apa?"
"Ada masalah sikit..." Chad berkerut kening.
"Masalah apa?" Karim pandang Chad yang sudah tunduk. Berkerut dahi dan kening. Tentu dia sedang berfikir sesuatu.
"Mayat Hanim sudah dipuja oleh Mak Jemah dari kampung Pinang Patah tu. Rosak semua rancangan aku! Hanim tu berupa gadis kebaya merah yang menjelma dari kepulan asap. Sekarang ni jelmaan dia selalu mengganggu penduduk kampung dan dia juga sudah berani kacau aku!"
Karim sudah pucat lesi mendengar kata-kata Chad. Matanya meliar melihat kiri kanan. Mana tahu jelmaan yang dikatakan oleh Chad tadi tiba-tiba muncul di rumahnya. Dia semakin rapat dengan Chad.
"Ma...ma..macam mana kau tahu gadis kebaya merah tu adalah Hanim?" Karim sekali lagi mengensot dekat dengan Chad.
"Malam yang dia diculik dari hospital tu, dia pakai kebaya merah. Aku yang mengarahkan Somtam dan Samdol humban mayatnya ke dalam sungai di dalam hutan. Entah kenapa malaun biul dua ekor tu pergi campak ke dalam kolam kumbahan di kampung aku! Sudahnya, Mak Jemah tu ambil dan puja mayat tu untuk tujuan kecantikan dan awet muda!" Chad mengetap bibir. Masih teringat pada malam kejadian, dia sengaja mengejar Hanim yang berlari ke arah sebuah rumah. Hanim dilihat menghulurkan sesuatu kepada seorang gadis dan terus meninggalkan tempat itu. Dan pada malam itu juga, Hanim dilanggar oleh seseorang.
"Macam mana kau bunuh dia?" Karim semakin takut. Dia pandang Chad tak berkelip.
Chad pantas berpaling. Karim direnung tajam dengan mata bulat dan merah menyala. Lama dia memerhati riak Karim yang sudah pucat dan ketakutan. Kemudian ketawanya pecah. Berdekah-dekah Chad ketawa.
"Apa..lucu ke soalan aku?" Sekali lagi Karim menelan liur. Chad dilihat sudah berubah sikap. Seperti orang hilang kewarasan akalnya.
"Aku hanya guna ilmu yang aku pelajari. Aku puja patung yang dipakaikan kebaya merah dan aku toreh-toreh muka patung tu dan juga badan dia." Chad tersenyum puas. Hanim sudah terima balasannya. Dia bukan suka-suka untuk menyeksa gadis itu tapi gadis itulah yang telah menjadi talibarut mak Kusha untuk menyuntik ubat tidur ke dalam saluran darah maknya. Bila dia dapat tahu tentang hal itu, Hanim disiasat dan ternyata gadis itu bekas jururawat. Hanim sudah menerima sejumlah wang yang besar dari mak Kusha.
"Suzy?"Karim bertanya pula hal Suzy.
"Dia nampak apa yang aku buat pada Hanim. Jadi dia pun patut dihapuskan!" Chad ketawa kuat!
Karim menelan liur. Chad yang dikenali sekarang ini sudah dirasuk syaitan dan berkawan dengan jin dan syaitan!
"Tapi..apa yang aku dengar, Hetyy dituduh membunuh Hanim dan Suzy." Karim teringat berita yang dibaca dalam suratkhabar dulu.
"Kebetulan Hetty pun ada skandal di TM Holdings tu. Dah tu Hanim ni dah tahu rahsia Hetty yang menyeleweng duit syarikat. Memang patutlah Hetty yang dituduh!" Senyuman lebar meniti di bibir Chad. Hetty seolah sudah menjadi kambing hitam!
"Sekarang ni..sementara Senah dan Anum hilang, aku akan ajar mak Kusha! Dia yang paling aku benci!" Chad menumbuk sofa dengan wajah bengis.
Karim terkedu.
"Kalau Jo tahu rahsia aku, aku juga akan bocorkan rahsianya yang selama ini mempergunakan perempuan untuk dijual ke luar negara melalui sindiket haram. Biar dia merengkok dalam penjara. Kalau dia tak kacau rancangan aku, aku juga tak akan kacau kerjanya." Chad ketawa lagi sambil beredar dari situ.
Tinggal Karim seorang diri di situ sambil melihat sekitar rumah. Apa yang diberitahu Chad tadi sungguh mengerikan dan menakutkan. Meremang bulu roma tiba-tiba. Dia segera masuk ke bilik. Ternyata sekarang ini dia sudah terperangkap dengan Chad yang sudah berkawan dengan jin dan syaitan!
"Aku mesti beritahu Jo! Atau..Kudin..kawan Chad. Lepas tu aku hilangkan diri dari sini." Karim terus selimut lingkup di atas katil. Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 5-6-2014 09:26 AM
Kalau susah nak decide, buat macam eden ni haaa.... tengok vote sapa paling tinggi...
...
Jejaka tu namanya Arshad..glamerkan sikit..jadi Chad..hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 20
PAGI lagi Karim bangun dan menaiki keretanya menuju ke pejabat Kudin. Kudin harus tahu semua tentang Chad yang sudah dirasuk syaitan. Pedal minyak ditekan semakin kuat, menderum laju ke arah bangunan TM Holdings.
Sebaik tiba di situ, Karim masih diam di dalam kereta. Dia mula merasa serba salah. Chad sudah beri amaran padanya semalam. Tambah lagi Chad ada ilmu hitam. Bila-bila masa Chad boleh balas dendam. Teringat pada Hanim yang ditoreh-toreh badannya dengan hanya menggunakan patung. Terus Karim merasa seram sejuk.
"Haish! Apa aku nak buat ni?" Karim hentak tapak tangannya pada stereng kereta. Jiwanya mula kacau.
Telefon bimbitnya diseluk dari poket seluar dan mula menghubungi Johan. Tiada jawapan. Sekali lagi dia menghubungi Johan, masih tidak ada jawapan. Karim sudah buntu. Kalau dia beritahu pada Kudin, bila Chad dapat tahu, tentu Chad akan mengamuk. Entah-entah hantu mana yang diseru Chad nanti datang untuk mencekik dan menghisap darahnya!
"Aduh! Macam mana ni?" Karim menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Lama dia termenung di dalam kereta. Sesekali dia melihat ke arah bangunan TM Holdings.
"Ah! Lantaklah kau Chad! Aku tak takut dengan ilmu hitam kau tu! Aku mesti beritahu Kudin!" Karim mula keluar dari perut kereta dan melangkah laju menuju ke pintu utama bangunan pejabat itu.
Selepas mendaftar dan menyatakan tujuannya ke situ di kaunter penyambut tetamu, Karim mula menaiki lif ke tingkat pejabat Kudin. Tiba di pejabat Kudin, dia disuruh oleh Sofea, setiausaha Kudin untuk menunggu Kudin di sofa tetamu. Karim hanya mengangguk. Dia jeling pada bilik Kudin. Masih gelap. Jam di pergelangan tangan dilihat seketika.
"Patut la!" Karim tepuk dahi. Baru pukul lapan pagi. Pagi gila dia sampai di pejabat Kudin. Mengalahkan orang yang datang kerja!
Seketika kemudian, Kudin mula menapak masuk ke ruang pejabatnya. Dia sudah diberitahu tentang kehadiran Karim tadi oleh Sofea. Karim diajak masuk ke bilik pejabatnya. Pintu ditutup rapat dan mereka berdua mula melabuhkan punggung di sofa.
"Ada apa kau datang cari aku?" Kudin pandang Karim yang sudah seperti orang gelisah.
"Aku ada hal penting nak beritahu kau." Karim berkata serius.
"Hal apa?"
"Ni ada kaitan dengan Chad." Karim mula berani bersuara dan menyebut nama Chad.
"Kenapa dengan dia?" Kudin pandang Karim tidak berkelip. Dia tahu dulu Chad dan Karimlah yang membawa Senah ke KL dan Senah hilang selepas itu.
"Dia..dia.." Belum habis Karim berbicara, telefon bimbit Kudin mula berdering.
Kudin meminta diri untuk menjawab panggilan itu jauh sedikit dari Karim. Agak lama Kudin berbual dengan seseorang. Dia kemudian kembali ke tempat sofa tadi dan memandang Karim yang masih menunggunya di situ.
"Sambung.." Kudin senyum.
"Chad...dia mengamalkan sihir sama macam Mak Jemah kat kampung Pinang Patah tu!" Akhirnya Karim terpaksa beritahu hal sebenar mengenai Chad.
"Apa? Kau biar betul Karim. Aku kenal siapa Chad. Takkan dia nak buat benda tahyul dan syirik tu!" Kudin ketawa mengekek. Kata-kata Karim tadi seperti cerita lawak baginya.
"Betul! Sumpah! Chad sendiri yang mengaku. Dia yang bunuh Hanim dan Suzy, bekas pekerja TM Holdings ni." Karim mula merasa diperlekehkan.
"Kau ada bukti?" Kudin jeling Karim.
"Ni yang leceh ni..macam mana aku nak tunjuk bukti. Kan dia pakai ilmu sihir! Buat dari jauh pun boleh! Boleh mati kojol orang yang disihir tu." Karim mula merasa kecewa dengan pertanyaan Kudin. Tepat seperti apa yang Chad katakan semalam, jika tiada bukti nyata, pihak polis tidak boleh sebarangan menuduh dan mendakwa orang tanp sebab yang kukuh.
"Habis tu, macam mana kau tahu dia ada ilmu sihir?" Kudin sengih.
Karim semakin resah. Sukar baginya untuk menyakinkan orang lain tanpa bukti yang nyata. Dia pandang Kudin yang masih menunggu jawapan darinya.
"Kau pernah tengok mayat Hanim macam mana?" Karim cuba mencari idea.
"Tak pernah tapi aku dengar masa di kampung dulu, Senah ada beritahu yang badan dan wajah perempuan tu seperti ditoreh-toreh dan kesan cakar di seluruh badan." Kudin cuba mengingati semula kata-kata Senah dulu.
"Ha! Tulah yang aku nak beritahu kau! Kesan toreh dan cakar tu adalah hasil kerja Chad yang menggunakan patung yang pakai baju kebaya merah!" Karim mula bersemangat.
"Aku tak percaya. Macam mana orang macam Chad tu buat semua kerja gila tu? Untuk apa? Hanim tu musuh dia ke?" Kudin beriak tidak percaya. Karim ditenung tajam.
"Hanim tu pun tamakkan duit. Dia sanggup lakukan apa saja asalkan dapat hidup mewah. Chad ada beritahu aku, mak Kusha tu yang upah Hanim untuk sihirkan ayah kau dan juga mak Chad." Karim menjelaskan lebih lanjut.
"Hmm...kes ni dah makin pelik. Hetty yang dituduh atas kesalahan membunuh Hanim dan Suzy kerana cuba membocorkan rahsia penyelewengan duit syarikat." Kudin mula mengusap dagu.
Karim terus bercerita bila melihat Kudin sudah mula percaya sedikit demi sedikit dari cerita yang disampaikannya tadi. Dia melihat reaksi Kudin yang sesekali berkerut kening dan terbeliak dan membuntang mendengar kata-katanya tadi.
"Jadi..selama ni arwah ayah aku kahwin tiga?? Mak Chad tu isteri nombor tiga??" Kudin menelan liur. Sungguh tidak sangka apa yang berlaku sekarang ini. Ternyata Chad sudah menyimpan dendam sejak maknya disahkan gila! Mungkin sebelum kematian arwah ayah lagi. Soalnya kenapa Chad begitu dendam?
"Kau adalah adik beradik tiri dengan Chad. Bapa lain-lain." Karim mengangguk.
"Bermakna kes kematian Hanim dan Suzy masih belum selesai la ni? Apa kau pasti dalang semua ni adalah mak Kusha?" Kudin semakin teruja. Dari dulu lagi dia syak Kusha dan mak Kushalah yang menjadi dalang semua ni. Semuanya kerana tamakkan harta! Akibatnya orang lain yang menjadi mangsa dan mati katak!
"Satu lagi..pasal Senah dan Anum. Mereka hilang sudah seminggu. Aku yang bersalah. Aku ikut arahan Chad pada mulanya tapi lepas tu aku ubah fikiran. Aku ikut pula kata Jo." Karim mula buka rahsia.
"Jo? Apa kaitan Jo dengan kehilangan Senah dan Anum?" Kudin terkejut.
Karim terdiam seketika. Dia sudah terlepas bicara. Tidak boleh diundur lagi. Ah! Biarlah! Lagipun, Johan sendiri yang hendak menyerah diri pada pihak polis.
"Sebenarnya aku dan Jo terlibat dengan sindiket haram penjualan perempuan muda ke luar negara. Tokey Chong adalah ketua kami. Sekarang ni Tokey Chong sedang mencari Johan. Tempoh yang diberikan untuk mendapat semula Senah dan Anum sudah tamat. Orang-orang Tokey Chong sekarang ni sedang giat mencari Johan. Jadi, aku pun turut terpalit sama. Aku harap kau dapat tolong aku keluar dari masalah ni." Karim terpaksa buka rahsia sindiket itu.
Kudin meraup muka. Sungguh dia tidak sangka semua ini akan terjadi. Jo dan Chad, kawan satu sekolah dulu dan sekampung kini sudah menjadi orang lain. Penyangak!! Dulu, dia sendiri pun hampir-hampir terjerumus ke dalam dunia haram ini. Cepat-cepat dia sedar dan kembali ke kampung dan jadi petani. Kini, dia terpaksa kembali ke KL semula kerana wasiat dari ayah yang tidak pernah dikenalinya.
"Aku minta maaf Kudin. Aku terpaksa cerita semua ni." Karim turut tunduk.
"Aku boleh tolong kau tapi kau kena tolong aku dulu. Kita jumpa kawan aku dulu sebelum ke balai buat laporan polis. Macam mana?" Usul Kudin.
Karim mendongak dan melihat Kudin seketika. Dia kemudian mengangguk lemah. Mereka berdua mula meninggalkan pejabat dan menuju ke satu tempat yang telah dijanjikan. Panggilan yang diterima dari Ana Dahlia tadi juga untuk bertemu janji di sebuah restoran.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
DI RESTORAN CINTA SAYANG, Kudin dan Karim menapak perlahan ke arah Ana Dahlia yang sudah menunggu mereka di sebuah meja. Mereka mula melabuhkan punggung di situ. Ana Dahlia dilihat sudah tersenyum namun ada sedikit riak sugul. Bercampur-campur.
"Dah lama tunggu?" Kudin melemparkan senyuman manis. Sudah lama dia tidak bersua dengan gadis itu.
"Tak juga. Siapa ni?" Ana Dahlia menjeling ke arah Karim yang duduk sebelah Kudin.
"Oh ya, ni Karim, kawan Chad dan Jo." Kudin pandang Karim dengan senyuman dan beralih pula pada Ana Dahlia.
Ana Dahlia hanya mengangguk. Dia pandang Karim dengan pandangan yang meragukan. Riak lelaki itu seperti ada sesuatu yang ingin diluahkan. Dia kemudian melihat Kudin yang segak dengan suit pakaian pejabat. Nampak begitu maskulin di matanya.
"Kenapa pandang saya macam tu?" Kudin sengih. Dia perasan gadis itu dari tadi melihat ke arahnya tidak berkelip.
"Tak ada apa. So, apa hal penting yang awak nak beritahu saya?" Ana Dahlia kembali ke topik asal.
"Begini..ni ada kaitan dengan kawan saya. Johan dan Jai.." Kudin mula buka bicara.
"Wait.." Ana Dahlia pandang Karim dan kemudian pandangannya menala ke arah Kudin semula.
"Tak apa. Dia juga ada hal penting berkaitan dengan Chad dan Jo." Kudin pandang Ana Dahlia yang kelihatan tidak selesa bila Karim ada sekali di situ.
"Ok.."
"Saya ada maklumat pasal Senah dan Anum. Mereka berdua mungkin hilang di perkampungan orang bunian." Kudin menutur berhati-hati. Dia melihat riak Ana Dahlia. Gadis itu dilihat tidak beriak.
"Kenapa tak percaya?" Kudin bertanya lagi.
"Tak ada la. Dulu di kampung awak, gadis kebaya merah. Lepas tu, hantu raya belaan Mak Jemah, kali ni pulak, kampung bunian?" Ana Dahlia hampir nak tergelak. Dia cuba menahan dari ketawa.
"Terpulang! Apa yang saya nak beritahu pada awak, Senah dan Anum sudah berada di alam lain sama seperti Jo dan Jai." Kudin menambah.
"Apa? Maksud awak..Johan dan Jailani?" Ana Dahlia mula terkejut.
Kudin mengangguk tetapi dalam masa yang sama dia melihat riak Ana Dahlia sudah berubah. Kali ini riak gadis itu sudah bertukar serius. Lama dia perhatikan wajah Ana Dahlia yang sudah berubah rona. Mungkinkah dua jejaka itu yang diminati gadis tinggi lampai ini? Atau mungkin, Jailani yang dicintai gadis manis ini?
"Ya..semalam kami bertiga ke tempat Senah dan Anum melarikan diri dalam hutan. Jo yang tunjuk tempat tu. Ianya berdekatan dengan sungai." Terang Kudin.
"Ya, memang betul. Tempat itulah Senah dan Anum melarikan diri dan kemudian hilang tanpa jejak." Karim menyokong kata-kata Kudin.
"Tapi...macam mana awak kenal Jailani?" Ana Dahlia pula merasa bingung. Memang dia tahu Senah sekampung dengan Detektif Jailani tetapi dia tidak pernah tahu Kudin kenal dengan lelaki itu.
"Dia sekampung dengan saya dan kami sudah lama berkawan, sejak sekolah lagi. Kenapa?" Kudin pandang Ana Dahlia dengan ekor mata.
"Err..tak..tak ada apa.." Ana Dahlia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Pandangan mata Kudin dirasakan begitu tajam menusuk.
"Sekarang ni kita kena selamatkan mereka di kampung bunian tu." Kudin menambah lagi. Dia pandang Karim di sebelah dan mula beri isyarat.
"Sebenarnya...Senah dan Anum hilang sebab saya dan Jo yang culik mereka. Saya nak menyerah diri dan bekerjasama dengan pihak polis." Karim mula berterus terang.
"Maksud awak? Awak terlibat dalam kumpulan sindiket haram penjualan perempuan tu?" Ana Dahlia mula terkejut dengan pengakuan Karim.
Karim mengangguk. "Saya akan beri kerjasama dan beri maklumat mana yang saya tahu."
"Kalau macam tu, mari kita ke balai sekarang." Ana Dahlia bingkas bangun.
"Eh, takkan tak minum dulu. Makan ke? Yang awak teruja sangat nak ke balai polis ni kenapa? Kawan polis awak dah tunggu kat sana ke?" Tegur Kudin. Ana Dahlia dilihat sudah bangun dan ingin beredar dari situ.
Ana Dahlia sengih. Dia mula tersedar yang dia terlalu teruja dengan maklumat terbaru yang diterima tadi. Perlahan dia duduk semula dan tunduk.
"Maaf..saya teruja tadi. Kawan saya tentu suka dengan maklumat ni. Tak sabar saya nak beritahu dia.." Ana Dahlia cuba berlagak selamba semula.
"Hmm...tentu dia istimewa kan?" Kudin mula merasa cemburu.
Ana Dahlia diam. Dia pandang Kudin yang tidak pernah putus asa menduga hatinya dan ingin memilik hatinya yang sudah diberi kepada kepada Detektif Jailani. Entah kenapa hatinya kini lebih terpaut pada detektif muda itu dari Kudin. Dulu semasa berlakon jadi kekasih Kudin di Kampung Pinang Patah, dia ada juga terdetik rasa pelik pada Kudin tetapi tidak mendalam sebagaimana rasa hatinya pada Detektif Jailani. Teringat nek Tom yang beria ingin masuk meminang.
Mereka bertiga mula menikmati makanan dan minuman yang sudah sampai di meja sebaik membuat pesanan tadi. Kudin tidak lepas dari memandang Ana Dahlia yang lebih banyak diam. Kalau gadis itu bersuara, hanya cerita gadis kebaya merah dan kes kehilangan Senah dan Anum sahaja yang menajdi topik perbualan. Sekali sekali topik Jai yang menjadi perbualan.
Usai makan, mereka bertiga mula menuju ke balai polis tempatnya bertugas. Mudah baginya menangani kes itu kelak. Ana Dahlia hanya menemani Kudin dan Karim ke situ. Dia hanya melihat Karim membuat laporan polis tentang kegiatan sindiket haram dan sempat memberi isyarat pada pegawai polis yang lain agar tidak menegurnya sebagai 'Puan'.
Selesai membuat laporan, Karim mula pulang ke rumah. Kudin pula masih di balai polis. Ada hal penting yang perlu dibicarakan dengan gadis itu. Dia perlu tahu hati gadis itu padanya. Seminggu lepas, nenek asyik bertanyakan Ana Dahlia.
"Kenapa awak tak balik sekali dengan Karim?" Ana Dahlia perasan Kudin masih tercegat di muka pintu balai polis.
"Saya nak bercakap hal penting sikit dengan awak. Boleh kita ke sana sekejap?" Kudin tunjuk pada kerusi batu yang terletak di depan balai polis di dalam taman rekreasi dan bunga yang ditanam cantik di situ.
"Apa dia?" Ana Dahlia mula bertanya setelah mereka berdua mula duduk di situ.
Kudin menghela nafas seketika sebelum bersuara. Dia pandang gadis itu yang masih memandangnya tidak berkelip. Dia masih berfikir apakah mukadimmah yang paling sesuai untuk memulakan bicara.
"Saya nak berterus terang. Saya sukakan awak dan saya serius tentang hal ni. Jadi, saya nak tahu, adakah awak juga ada rasa yang sama pada saya?Maaf..saya seorang yang suka berterus terang. Saya sedia terima apa jua kemungkinan jawapan awak." Helaan nafas lega dilepaskan. Terasa sarat beban yang dibawa selama ini sudah terlepas.
Ana Dahlia terkedu seketika. Bukan luahan Kudin yang membuatnya terkedu kerana dia sudah tahu sejak pertama kali berjumpa, lelaki itu seperti suka padanya tetapi apa yang membuatnya rasa terkedu dan terpaku, Kudin inginkan jawapan darinya saat itu juga. Apa yang harus dia jawab??
"Saya faham jika awak menolak. Saya juga faham jika saya bukan pilihan awak." Kudin tunduk. Jemarinya diketuk-ketuk pada meja batu.
"Beri saya masa. Kalau awak tanya sekarang ni, memang saya tak boleh beri jawapan." Ana Dahlia cuba mengambil hati Kudin.
"Maafkan saya kerana terlalu mendesak. Mungkin saya yang tergesa-gesa." Kudin bingkas bangun. Terasa malu pada gadis itu yang nyata begitu profesional bila berbicara soal hati.
"Saya akan beritahu jawapannya nanti." Ana Dahlia turut bangun dari situ.
Kudin mula minta diri. Ana Dahlia hanya memerhati Kudin berlalu pergi. Dia perasan, muka lelaki itu sudah kemerahan tadi. Dia kembali duduk di situ. Kata-kata Kudin tadi sedikit sebanyak membuatnya dalam dilema. Kini dia sudah jelas hati dan perasaan Kudin dan apa yang membuatnya masih sangsi adalah tentang hati dan perasaan Jailani.
"Ya Allah...buntu aku.." Ana Dahlia meraup muka.
Ana Dahlia mendongak. Detektif Razif memanggil namanya. Dia segera menapak ke arah lelaki itu. Sebaik tiba di situ, Detektif Razif memberi arahan baru kepadanya. Dua hari lagi, operasi membenteras dan menghapuskan sindiket penjualan perempuan itu akan bermula. Segala maklumat termasuk maklumat yang baru diterima dari Karim tadi sudah dikemaskini. Hanya tunggu masa untuk bertindak.
SEMENTARA itu, Karim sudah sampai di rumah. Dia mula merasa lega bila semuanya sudah dijelaskan dan dibuat laporan polis. Dia berharap sangat segalanya berjalan lancar dan dia sendiri dijanjikan dengan hukuman ringan jika bekerjasama dengan pihak polis. Karim senyum sendiri. Kali ini dia berharap pihak polis dapat menangkap Tokey Chong dan juga kuncu-kuncunya.
Karim bersandar di sofa. Dia merasa bebannya selama ini sudah ringan. Dia sanggup terima hukuman dari terus menjadi hamba Chad dan Tokey Chong. Johan juga sudah lama ingin berhenti dari menjadi talibarut Tokey Chong.
"Mana Jo ni pergi? Dari semalam aku call tak dapat-dapat.." Karim cuba menghubungi Johan sekali lagi. Masih tidak ada jawapan. Dia bingkas bangun ke ruang dapur bila terasa haus.
Peti sejuk dibuka dan dituang air sejuk ke dalam gelas. Dia meneguk sehingga habis. Karim menapak pula ke ruang tamu semula. Matanya membuntang melihat Chad sudah tercegat di situ.
"Macam mana kau masuk rumah aku?" Karim mula menelan liur. Dia tahu dari riak lelaki itu, Chad mungkin sudah tahu tentang hal tadi.
"Pintu rumah kau tak berkunci. Aku nampak kau jumpa Kudin. Kau beritahu apa pada dia?" Chad mula merasa sangsi dengan tindak tanduk Karim.
"Aku kebetulan jumpa tadi. Dia ajak aku minum." Karim cuba mengawal kata-katanya.
"Hmm...aku rasa tidak. Kau yang nak jumpa Kudin kan? Kau dah bongkar semua rahsia aku??" Chad sudah menyinga. Dia cengkam leher Karim dengan kuat sehingga lelaki itu tertahan-tahan nafasnya.
"Aku...aku tak buat apa-apa pun. Sumpah!" Karim bersuara tersekat-sekat.
"Kalau aku dapat tahu kau bocorkan rahsia aku, nahas kau aku kerjakan! Kau akan jadi mangsa seterusnya macam Hanim tu!" Ugut Chad sambil mengetap bibir. Tangannya dilepaskan dari leher Karim.
Karim terbatuk-batuk. Dia menggososk lehernya yang terasa tercekik tadi.
"Sekarang ni aku nak kau ikut aku. Aku ada rancangan hari ni." Chad ajak Karim ke satu tempat.
"Ke mana?" Karim mula gelisah.
"Ikut saja!"
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:31 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
CHAD berhentikan keretanya di kawasan perumahan Puan Karina, mak Kusha. Dia tahu perempuan itu masih tinggal di situ bersama Kusha. Rumah yang ditinggalkan Tengku Muzafar kini sudah menjadi milik Puan Karina sepenuhnya. Begitu bijak Puan Karina mengatur rancangan. Mak Kudin juga sudah disingkir dari hidup Tengku Muzafar. Bila teringat kembali penyeksaan yang ditanggung ibunya dulu, dia mula merasa geram dan marah. Lama dia memerhati sekitar laman rumah Puan Karina.
"Apa kita nak buat sekarang ni?" karim pandang Chad yang tidak lepas dari memandang ke arah rumah Puan Karina.
"Kita tunggu mereka keluar dari rumah. Aku dah siasat. Masa macam ni, perempuan tu akan keluar dari rumah dan pergi ke spa. Kita tunggu dan lihat sekejap lagi dia akan keluar." Chad masih memerhati tepat ke arah pintu pagar rumah Puan Karina.
Karim pula merasa gelisah. Dia keluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar. Sengaja dia main 'games' depan Chad. Bila melihat Chad leka memandang rumah Puan Karina, dia curi-curi menghantar mesej pada Kudin.
"Ok, dia sudah keluar. Kau pergi ke sana dan buat-buat terlanggar bahu dia. Aku akan menyusul." Chad beri arahan.
Karim terpaksa keluar dari perut kereta dan melangkah perlahan ke arah pintu pagar.Kelihatan pintu pagar sudah terbuka luas. Puan Karina masih lagi berdiri di tepi kereta. Karim berhenti seketika di muka pintu pagar. Dia masih berfikir cara untuk merealisasikan apa yang diajar Chad tadi.
"Haih...gila Chad ni. Macam mana aku nak masuk ke dalam? Nanti dihalaunya aku macam kucing kurap macam mana?" Karim garu kepala. Dia masih memandang ke arah Puan Karina yang sudah bersiap untuk menaiki kereta dengan pemandunya yang sudah bersedia di dalam kereta.
"Assalamualaikum! Puan!" Karim terpaksa melaung nama Puan Karina.
Puan Karina berpaling. Lelaki yang memberi salam tadi begitu asing baginya. Dia mengamati wajah lelaki yang menegurnya tadi.
"Awak siapa?"
"Saya Ali, nak minta sedekah untuk rumah anak yatim." Karim sengih. Lantaklah!
Puan Karina menapak perlahan ke arah Karim dengan sebelah tangannya membawa beg jenama LV. Dia mendekati Karim yang masih tercegat di muka pintu pagar yang terbuka luas.
"Awak nak minta derma la ni?" Puan Karina bertanya Karim yang sudah terkebil-kebil di situ.
Karim mengangguk. Matanya menjeling Chad yang sudah mula keluar dari perut kereta.
"Ya puan."
"Mana dokumen awak?" Puan Karina melihat Karim atas bawah. Lelaki itu datang dengan tangan kosong.
Tidak semena-mena Chad meluru ke arah Puan Karina dan merampas beg tangan perempuan. Dia terus berlari pergi. Karim yang terpinga-pinga terdiam seketika.
"Awak ni kenapa? Beg saya diragut, awak boleh buat bodoh kat sini?? Bodoh!!!" Puan Karina mengetap bibir dan marah-marah pada Karim.
Karim segera mengejar Chad yang sudah membelok ke kiri kawasan perumahan. Dia melihat Chad menunggunya di situ.
"Kau ni bengap la! Kenapa baru sekarang ni kejar aku??" Chad luku kepala Karim. Dia hulur beg tangan Puan Karina kepada Karim dan menyuruhnya kembalikan kepada perempuan itu.
"Err...nak kasi semula pada dia ke?" Karim sudah bingung.
"Yalah! Aku dah dapat apa yanga ku nak! Ingat, kau telah selamatkan beg tangan perempuan tu. Jadi ada kemungkinan dia akan terhutang budi pada kau. Jadi kau mungkin akan jadi orang kepercayaan dia nanti. Kau kena ambil peluang ni." Chad menjelaskan perkara yang sebenar.
"Aku nak buat apa nanti?" Karim sekali lagi jadi bingung.
"Kau ikut arahan perempuan tu. Aku nak dia percaya pada kau." Chad senyum.
Karim segera berlari ke arah rumah Puan Karina semula dan menyerahkan semula beg tangan perempuan itu. Puan Karina cepat-cepat memeriksa kandungan begnya. Dia tidak kisah jika wangnya dicuri tetapi fotonya yang diletak dalam beg itu sudah hilang!
"Nampaknya dia ambil foto saya sekali." Puan Karina sudah gelisah.
"Err..saya pergi dulu puan." Karim mula ingin beredar dari situ tetapi dihalang oleh Puan Karina. Dia menghulurkan sejumlah wang kepada Karim kerana menolongnya tadi.
Karim mula beredar dari situ. Dia berhenti seketika di tepi pagar setelah melihat Puan Karina sudah menaiki kereta dan mula meninggalkan kawasan perumahan itu. Karim menapak ke arah kereta Chad semula.
"Bagus! macam tulah kawan aku!" Chad senyum lebar. Keretanya dipecut laju ke rumah Karim semula. Karim dihantar pulang.
"Ingat! Jangan beritahu sesiapa tentang hal ni." Chad memberi amaran pada Karim.
Karim hanya mengangguk. Sekarang dia perlu mengikut apa jua kata Chad. Dia hanya menunggu masa saja untuk melihat Chad ditangkap polis dan merengkok dalam penjara. Kereta Chad sudah hilang dari pandangannya.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 21
MALAM itu, Chad mula mengasap kemenyan. Foto Puan Karina yang dicuri tadi mula diasap dengan kemenyan dan dia mula membaca sesuatu dalam bahasa siam. Apa yang dipelajari dari bomoh siam dulu dipraktikkan sepenuhnya. Dulu, selepas dia tahu ibunya menjadi gila kerana angkara Puan Karina dan tengku Muzafar, dia nekad untuk membalas dendam. Dia sanggup mencari bomoh siam yang paling handal. Dengan bergurukan bomoh itu, dia kini sudah mahir melakukan pemujaan dan penyihiran hanya dengan menggunakan foto sahaja.
"Hmm...aku harap perempuan tu akan terima balasannya nanti." Chad ketawa berdekah-dekah.
Dia meneruskan amalan sihirnya dan mula mengasap foto Puan Karina dengan mentera yang sudah dihafal. Beberapa batang jarum dicucuk pada patung yang dibuat menyerupai bentuk tubuh Puan Karina dan ditampal foto perempuan itu di patung itu. Air dari najis khinzir disembur ke arah patung dan diperah limau nipis. Sebatang lagi jarum dicucuk pada bahagian kepala.
"Aku nak kau rasa seksa sebelum kau mampus!" Chad sudah semakin hanyut dihasut syaitan. Dia seolah kemaruk membalas dendam dengan menggunakan sihir. Dulu dia masih teragak-agak menggunakan sihir itu tetapi setelah melihat Hanim terseksa begitu, dia mula yakin dengan ilmunya.
DI RUMAH PUAN KARINA, Kusha semakin gelisah. Ibunya dilihat sudah mengerang kesakitan. Sekejap sakit di bahagian pinggang, sekejap pula di kepala. Selepas itu di seluruh badan. Ibunya dilihat meraung dan menangis menahan sakit.
"Mama...mengucap mama.." Kusha mula menangis. Dia sendiri tidak tahu macam mana lagi hendak menenangkan ibunya yang sudah kesakitan begitu. Dia pasti, itu mesti kerja syaitan. Ilmu sihir yang dihantar untuk menyeksa dan membunuh ibunya dengan senyap tanpa ada bukti nyata.
"Apa aku nak buat ni??" Kusha cengkam rambutnya yang sudah kusut. Dia sudah buntu. Takkan dia nak hubungi Kudin. Ah! persetankan semua tu. Aku kena selamatkan mama aku!!
Kusha segera menghubungi Kudin walaupun egonya dirasakan sudah jatuh ke tahap paling rendah. Selama ini dia bersikap bongkak dengan Kudin dan Kuyah serta isteri papa yang lain. Mungkin sebab itu jugalah dia dan mama diapa-apakan. Kusha melihat semula ibunya yang masih berguling-guling atas katil dan memekik terlolong sambil meraung kesakitan.
"Mama...cuba zikir mama..sebut nama Allah.." Kali ini baru Kusha sedar yang selama ini dia dan ibunya tidak pernah ingat pada tuhan. Bila terjadi perkara begini, dia mula merasa berdosa. Terasa selama ini kehidupannya jauh dari agama. Bila keadaan seperti ini terjadi, senang saja syaitan dan jin merasuk.
"Aku harap Kudin sudi tolong aku." Kusha meraup muka. Dia sudah tidak sanggup melihat ibunya meraung kesakitan. Tiba-tiba ibunya dilihat sudah diam.
Kusha merapati ibunya yang masih terlentang atas katil. Wajah ibunya sudah pucat. Apa yang membuatnya rasa sedih, seluruh tubuh ibunya terdapat kesan calar dan seolah dicucuk. Darah keluar dari lubang kecil melalui liang bulu roma.
"Mama...bertahan mama...mari kita ambil wudhuk.." Kusha menangis teresak-esak. Dia cuba papah ibunya ke bilik air. Dengan kudrat yang ada, dia memapah ibunya ke sinki dan menolong mengambil wudhuk untuk ibunya. Ibunya dipapah semula ke katil.
Tubuh Puan Karina diselimutkan. Lama Kusha memerhati wajah ibunya yang sudah pucat lesi. Dia menapak keluar dari bilik ibunya dan menjenguk ke ruang tamu. Dia tersenyum. Kudin dilihat sudah mula masuk ke dalam rumah.
"Abang.." Kusha pantas memeluk Kudin sambil menangis teresak-esak.
Kudin kaget dengan tindakan Kusha. Pertama kali mendengar Kusha memanggilnya abang. Perlahan dia leraikan pelukan Kusha. Kedua bahu Kusha disentuh lembut.
"Kenapa ni? Ada masalah?" Kudin cuba bertanya. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah besar itu.
"Mama...Kusha rasa mama disihir. Abang, tolong selamatkan mama.." Kusha merayu.
"Mana mama?" Kudin pandang ke tingkat atas. Matanya beralih semula ke arah Kusha yang masih tercegat di depannya.
"Mama ada kat dalam bilik.." Kusha tuding ke arah bilik ibunya.
Seketika itu juga terdengar suara Puan Karina meraung kesakitan dan menjerit-jerit meminta tolong. Kudin dan Kusha berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik Puan Karina. Sebaik pintu dibuka, Puan Karina dilihat sudah terapung-apung dari atas katil. Rambutnya sudah menggerbang. Ada suara hilai dari kotak suara Puan Karina.
Kusha pegang kuat lengan Kudin. Dia mula merasa takut melihat ibunya sudah dirasuk sama seperti cerita The Last Exorcisme yang pernah ditontonnya dulu. Memang menakutkan!
Kudin masih tercegat di situ sambil kumat kamit membaca ayat-ayat suci al Quran yang dimulakan dengan Auzubillahiminasyaitanirrajim. Bermula dengan surah al fatihah, disusuli dengan al Mu'awwizat iaitu tiga Qul, ayat kursi dan surah yassin ayat 1 hingga 9. Selesai membaca, Kudin terus melaungkan azan sekuat mungkin. Habis sahaja dia azan dilaungkan, tubuh Puan Karina sudah terjelepuk jatuh atas katil. Darah bersembur dari mulut perempuan itu. Kudin segera mendekati Puan Karina dan menyapu air yang sudah dibaca dengan surah al fatihah dan ayat pembatal sihir, surah Yunus ayat 81 dan 83 kepada wajah Puan Karina.
Kudin calit pula minyak wangi kasturi ke tapak kaki, tapak tangan, telinga dan ubun-ubun Puan Karina sambil membaca ayat-ayat manzil. Puan Karina dilihat sudah tenang semula. Dia berpaling pada Kusha yang berada di sisi puan Karina.
"Kusha...mama sudah tenang sekarang tetapi mungkin rasukan dan rasa cucukan itu akan datang lagi nanti. Orang tu nampaknya akan bertindak lagi. Jaga-jaga. Selalu ingat pada Allah dan jangan pernah lalai dari mengerjakan suruhan Allah. Solat dan zikir adalah pendinding dari jin dan syaitan." Pesan Kudin.
Kudin mula minta diri. Dia menolak pelawaan kusha untuk bermalam di rumah itu.
"Kalau ada apa-apa nanti, call abang. InsyaAllah abang akan datang. Esok, kita akan bawa mama ke kampung. Tok Imam Ngah lebih arif tentang ni." Usul Kudin. Dia tahu, Puan Karina akan sembuh jika berubat dengan Tok Imam Ngah.
Kusha mengangguk perlahan. "Abang...maafkan Kusha. Kusha dan mama bersalah pada abang. Nanti Kusha cerita kat abang apa yang berlaku selama ini.."
Tubuh Kudin dipeluk seketika. Mengalir air mata penyesalan dari kelopak matanya. Sungguh dia sudah jauh dari agama sendiri. Kudin dipandang penuh sayang. Sayang seorang adik kepada abang.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... Kusha dh insaf... |
|
|
|
|
|
|
|
TT... Sambung sampai habis ya...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Chaiyokkkkk.... Go kudin... Go kudin... |
|
|
|
|
|
|
|
SEKALI lagi Kudin menjejakkan kaki ke kampung Pinang Patah. Kali ini dia bersama Puan Karina dan Kusha. Kudin mempelawa mereka berdua bermalam di rumah neneknya sementara berubat dengan Tok Imam Ngah. Nek Tom pula nampak tidak berapa senang dengan kehadiran Karina yang menjadi penyebab anaknya Sarimah disingkir oleh Tengku Muzafar. Karina begitu tega menfitnah Sarimah dan tanpa siasat, Tengku Muzafar menceraikan Sarimah.
"Nek..buanglah semua tu. Sekarang ni kita kena bantu Puan Karina berubat. Ada orang yang inginkan dia sakit dan mati. Dari apa yang saya lihat, ada orang yang cuba menyihirnya." Pujuk Kudin. Nek Tom dilihat masih seperti dulu.
"Abang..abang tak tahu perasaan Kuyah dan mak. Kerana dia nilah mak hidup menderita. Lebih parah bila mak bernikah dengan Pak Ali Jambul tu. Sekarang ni abang nak tolong perempuan yang tamakkan harta ni?" Kuyah turut menyokong tindakan Nek Tom yang tidak setuju Puan Karina dan Kusha tinggal di rumah mereka.
"Kuyah...tak baik berdendam. Ingat pada Allah. Apa yang berlaku dulu tu, hanya Allah yang mampu membalas. Serahkan pada Allah. Apa yang kita boleh buat sebagai hamba, kita berusaha dan memaafkan. Itu sebaiknya." Kudin pandang Kuyah dan Nek Tom silih berganti. Dia faham perasaan mereka yang telah lama menderita angkara Puan Karina dulu.
Puan Karina tunduk membisu. Memang salahnya. Sarimah yang sepatutnya berhak ke atas harta Tengku Muzafar tetapi kerana tamakkan harta dan kasih sayang, dia seolah tidak rela Tengku Muzafar dikongsi dengan orang lain termasuk isteri ketiga, Zaidah yang kini sudah menjadi gila, juga angkaranya dulu.
"Nek..maafkan mama saya. Kalau nenek nak hukum, biarlah lepas mama habis berubat. Sekarang ni pun mama saya dah terima balasannya." Rayu Kusha setelah melihat Nek Tom begitu keras hati menerimanya dan mama di rumah itu.
"Apa korang dah insaf? Rumah ni tak sesuai untuk korang yang kaya raya. Tak penghawa dingin, mandi pun pakai air perigi saja. Kalau korang boleh tahan hidup macam ni, silakan." Nek Tom masih tidak senang dengan kedatangan orang bandar itu.
"Maafkan saya..saya yang bersalah dalam hal ni. Saya akan tebus kesalahan saya. Cakaplah apa saja yang makcik nak." Puan Karina pula bersuara. Dia faham perasaan Nek Tom yang sudah kehilangan anak perempuannya, Sarimah. Dia yang menfitnah dan membuatkan Tengku Muzafar menceraikan Sarimah dulu.
"Sudahlah nek. Sekarang ni, biar mereka tinggal di sini buat sementara. Kejap lagi saya nak ke rumah Tok Imam Ngah." Kudin membawa beg pakaian Puan Karina ke dalam bilik yang dihuni oleh Ana Dahlia dulu.
MALAM itu, Tok Imam Ngah segera ke rumah Kudin atas permintaan Kudin. Dia tahu, apa yang diberitahu Kudin siang tadi adalah perkara serius. Perempuan bandar itu harus diubati dan dihindarkan dari terkena sihir yang kemungkinan besar akan meragut nyawa nanti. Ilmu hitam yang semakin menjadi-jadi di zaman dunia sekarang ini perlu dibendung segera.
"Assalamualaikum!" Tok Imam Ngah memberi salam sebaiki tiba di laman rumah Nek Tom.
"Wa'alaikumussalam!" Kudin menjenguk. Tok Imam Ngah sudah tercegat di tepi tangga. Dia persilakan imam itu naik ke rumah.
Tok Imam Ngah duduk bersila di atas tikar mengkuang di ruang tamu. Dia melihat pada Kudin yang turut melabuhkan punggung di sebelahnya. Matanya beralih pula pada seorang perempuan yang agak berumur dan seorang perempuan muda yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Wajah perempuan yang agak berumur itu agak pucat. Ada kesan lebam di lengan.
"Tok, ni mak tiri saya, Puan Karina dan ini adik tiri saya, Kusha." Kudin perkenalkan kepada Tok Imam Ngah yang dari tadi masih merenung kedua perempuan itu.
Kuyah dan Nek Tom yang berada di sebelah Kudin hanya mendengar perbualan Kudin dan Tok Imam Ngah. Seketika kemudian, Nek Tom bingkas bangun dan menuju ke ruang dapur menyediakan juadah ringan untuk tetamu. Kuyah turut membuntuti Nek Tom ke dapur.
Kudin menyambung bicara semula. Dia menceritakan apa yang sebenarnya berlaku pada Puan Karina. Kusha pula dilihat mengangguk-angguk, mengiakan kata-kata Kudin tadi.
"Hmm...nampaknya memang ada orang dendam dengan puan ni. Orang ni cuba menghantar sihir melalui syaitan dan iblis yang bersekongkol dengannya." Tok Imam Ngah mengusap dagu.
"Di dunia ni, bukan kita saja yang hidup di alam ni, jin juga adalah makhluk Allah. Firman Allah s.w.t dalam surah Az Dzariyat, ayat 56 'Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanyalah untuk beribadah kepadaKu.' Jin ada yang baik dan ada yang jahat, kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Perkataan jin itu sendiri membawa maksud terhalang, tersembunyi dan tertutup. Syaitan dan iblis pula adalah sejenis jin yang tidak menurut perintah Allah. Makna syaitan ni adalah sesuai dengan tugasnya iaitu menjauhkan manusia dari kebenaran. Kita manusia dilarang dari mengikut telunjuk syaitan. Sudah jelas Allah menerangkan dalam al Quran, dalam surah yasin, ayat 60 'Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.'" Terang Tok Imam Ngah lagi.
"Tok, mama saya ni meraung kesakitan bila benda tu datang mengganggunya. Darah akan keluar dari liang roma dan selepas itu ada kesan lebam di seluruh tubuhnya. Tolong kami Tok. Saya dah buntu. Abang Kudin kata, mungkin orang itu akan hantar lagi selagi dendamnya belum terbalas." Rayu Kusha sambil mengesat air mata. Dia jeling ibunya yang masih tunduk.
"Hmm...tok cuma boleh membantu merawat. Apa yang penting tuan badan sendiri yang kena berusaha menyingkirkan benda tu semua. Bila kita dekat dengan Allah, insyaAllah, kita akan terhindar dari semua itu dengan izinNya. Kita kena ingat, syaitan akan cuba sedaya mungkin menyesatkan manusia dan mengheret manusia sama-sama masuk ke neraka. Jadi, hanya iman dan amalan soleh saja yang boleh menghindarkan diri dari hasutan dan gangguan syaitan. Jin pun ada kelemahannya. Kitalah yang perlu beramal dan sentiasa ingat pada Allah dengan beribadah kepadaNya." Tok Imam Ngah memandang Kusha yang kelihatan sugul dari tadi.
"Kami menyesal tok. Hidup kami sekeluarga jauh dari ajaran agama Islam." Puan Karina tunduk malu.
"Mungkin itu juga antara sebab mengapa syaitan mudah merasuk kerana kita kurang berzikir pada Allah dan tidak mengamalkan suruhanNya. Tak apa..sekarang ni kita sudah tahu apa yang menjadi pendinding dari sihir ni. Solat jangan tinggal dan amalkan zikir seharian. Khusus untuk sihir, amalkan ayat ruqyah dan al fatihan. Selain dari ayat Kursi dan yasiin." Jelas Tok Imam Ngah.
Tok Imam Ngah mula minta segelas air kosong dan dia mula membaca ayat suci al Quran dan air itu diberi minum kepada Puan Karina.
"Lepas ni, banyakkan ibadah." Pesan Tok Imam Ngah lagi.
"Kalau ada apa-apa, panggil tok. Tok minta diri dulu.." Tok Imam Ngah mula minta diri untuk pulang. Puan Karina dilihat masih sihat.
"Baiklah tok." Kudin menghantar Tok Imam Ngah sehingga ke laman rumah.
KUSHA hanya memandang Tok Imam Ngah berlalu pergi dari rumah Kudin. Dia pandang pula ibunya yang sudah kelihatan segar sedikit. Ibunya dibawa masuk ke dalam bilik. Kusha kembali ke ruang tamu setelah ibunya mengambil wudhuk dan solat taubat sebelum tidur.
"Mama dah tidur?" Kudin melabuhkan punggung sebelah Kusha yang bersimpuh di atas tikar mengkuang semula.
"Ya..harap-harap malam ni tak ada apa-apa yang berlaku." Kusha melepaskan keluhan seketika.
"Hmm..harap macam tulah. Kusha tinggallah di sini sehingga mama benar-benar sembuh." Kudin menyalakan sebatang rokok. Rokok itu dihisap dan dihembus asapnya sehingga berkepul-kepul.
"Abang...sebenarnya mama banyak dosa pada mak abang dan juga makcik Zaidah. Kerana tamakkan harta, mama lupa pada tuhan tapi percayalah mama tak akan bunuh ayah. Mama sayang pada ayah. Apa yang berlaku pada Hanim dan Suzy dulu kerana mereka cuba bongkarkan rahsia mama yang menipu ayah dalam pemindahan hakmilik harta ayah di luar negara. Tapi percayalah, kematian Hanim dan Suzy tak ada kaitan dengan mama. Hetty yang menyeleweng duit syarikat yang sebenarnya mengupah orang untuk membunuh Hanim dan Suzy kerana mereka juga sudah tahu kegiatan Hetty selama ini. Tak sangka, Hetty sanggup membunuh demi menutup kegiatannya itu dan mayat Hanim dan Suzy dibuang ke dalam kolam kumbahan di kampung Pinang Patah." Kusha mula membuka cerita sebenar.
"Abang dah tahu hal itu.." Kudin pandang Kusha. Dia sudah tahu dari Ana Dahlia yang turut sama menyiasat hal itu.
"Hetty juga yang mengupah Mak Jemah tu menyihir arwah ayah kerana dulu dia suka pada ayah tapi ayah tak layan dia." Kusha sekali lagi membongkar kisah di pejabatnya.
"Jadi, Hetty yang bertanggungjawab membunuh arwah ayah?" Kudin mula serius.
Kusha mengangguk.
"Sekarang ni Hetty sudah berada dalam lokap bersama teman lelakinya yang turut sama bersubahat. Apa yang pening sekarang, macam mana mama dirasuk?" Kusha mula bingung.
"Bermakna ada lagi orang yang masih bebas di luar sana yang ingin membalas dendam pada mama." Tambah Kusha dengan wajah sugul.
"Siapa?" Kudin turut bingung.
"Makcik Zaidah, dia ada seorang anak lelaki. Mungkin anak lelaki makcik Zaidah yang cuba membalas dendam pada mama kerana mamalah yang menyebabkan makcik Zaidah jadi gila dan dimasukkan ke wad gila. Hanim yang menjadi orang suruhan mama. Hanim tu sebenarnya bekas jururawat. Dia yang mencadangkan ubat apa yang perlu disuntik ke tubuh makcik Zaidah supaya makcik Zaidah jadi gila." Kusha mendongak melihat reaksi Kudin yang semakin keliru.
"Kusha kenal siapa anak makcik Zaidah tu?" tanya Kudin. Sengaja dia tanya. Sekiranya jawapan Kusha adalah Chad, bermakna memang benar cerita yang dibawa oleh Karim.
"Tak..Kusha pun tak kenal siapa dia tapi Kusha dapat rasa dia akan balas dendam satu nanti. Apa yang berlaku pada Hanim tu, mungkin juga perbuatan dia. Mana tahu? Mungkin Hetty juga terlibat dengan kematian Hanim." Tambah Kusha.
"Hanim?" Kudin agak terkejut. Dari siasatannya dulu,Hanim dilihat sebagai gadis yang baik yang cuba membongkar kegiatan Hetty kepada Tengku Muzafar.
"Ya..dia sebenarnya bukan baik sangat pun. Dia juga macam mama. Gilakan duit. Bila mama janjikan duit berkepuk, dia setuju saja dengan arahan mama. Dan kematian Hanim tu memang misteri. Dia cuba melarikan diri dan lepas tu hilang sehinggalah Kusha dapat tahu yang dia sudah dibunuh dan mayatnya dicampak di kolam kumbahan tu. Kusha upah Zarina untuk mencari mayat Hanim dan buang ditempat lain. Tak sangka mayat tu dicuri oleh Mak Jemah untuk tujuan pemujaan. Zarina menyamar masa tu. Dia berpura-pura mencari rumah sewa dan dia memakai kebaya merah." Kusha melepaskan keluhan lagi.
"Jadi..gadis yang abang jumpa dulu tu..Zarina la?" Kudin terkejut.
"Maksud abang?" Kusha berkerut kening.
"Abang pernah jumpa beberapa kali dengan gadis kebaya merah tu. Dia yang tanya abang pasal rumah sewa tu. Mula-mula abang ingat dia hantu tapi bila berjalan dia jejak kaki ke tanah." Kudin tergelak kecil.
"Hish! Abang ni! Ada ke hantu? Mana ada hantu zaman moden ni?" Kusha tepuk bahu Kudin.
"Betul..lepas tu, kampung ni diganggu dengan jelmaan gadis kebaya merah yang muncul dari kepulan asap. Gadis tu selalu mengganggu Kuyah dan merayu pada Kuyah supaya menolongnya." Terang Kudin. Kusha dilihat sudah mula pucat muka.
"Abang tahu tak...malam Hanim hilang tu, dia pakai baju kebaya merah, ada sulam di hujung lengan dan hujung baju." Kusha menelan liur.
"Nampaknya jelmaan tu memang Hanim yang tidak tenteram rohnya.." Kudin juga turut mengeluh.
"Sekarang ni macam mana? Ada lagi ke jelmaan tu?" Kusha memerhati sekeliling. Dia mula merasa seram sejuk. Dia rapatkan tubuhnya ke arah Kudin.
"Entah tapi abang dengar ada lagi. Bermakna rohnya masih tak tenteram." Kudin menjawab ringkas. Kusha dilihat sudah memaut lengannya.
"Kuyah mana?" kudin alih topik.
"Tadi dia dengan Nek Tom kat dapur. Dah masuk bilik kut.." Kusha semakin rapat.
"Tidaakkk!! Pergi!! Jangan ganggu aku!!"
Kusha dan Kudin saling berpandangan. Suara kuat Puan Karina dari dalam bilik jelas di telinga mereka.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
KUSHA meluru ke bilik ibunya. Kudin turut mengikut Kusha dari belakang. Pintu bilik Puan Karina dibuka luas. Terbuntang Kusha melihat keadaan ibunya yang sudah menggerbang rambutnya. Baju yang dipakai pula sudah sedikit koyak di bahagian bahu seolah ada sesuatu yang mengoyaknya. Perlahan dia cuba menghampiri ibunya yang sudah duduk mencangkung atas katil sambil merenung tajam ke arah Kusha dan Kudin.
Kuyah dan Nek Tom yang baru sahaja hendak melelapkan mata turut meluru ke bilik Puan Karina.
"Abang..apa yang harus kita lakukan sekarang?" Kusha mula menangis. Tidak sanggup melihat ibunya dirasuk begitu.
Kudin mula membaca al fatihah, ayat kursi dan tiga Qul dan dihembus ke arah Puan Karina. Menjerit-jerit Puan Karina di atas katil sambil menarik rambut. Sekali lagi Kudin mengulangi membaca ayat-ayat tadi tapi kali ini ditambah pula ayat ruqyah pendek dan dihembus ke arah Puan Karina. Serentak itu juga Puan Karina menjerit kuat dan melolong. Kudin segera melaungkan azan dengan kuat. Puan Karina dilihat sudah meracau dan mencakar-cakar badan sendiri. Darah mula mengalir dari kesan cakaran tadi.
"Abang...mama cakar tubuhnya sendiri.." Kusha mula panik. Ibunya dilihat semakin agresif mencederakan diri sendiri. Bukan setakat cakar tetapi turut digigit dengan kuat sehingga berdarah.
"Abang, baik panggil Tok Imam Ngah lagi sekali." Kuyah cuit lengan Kudin yang masih memerhati ke arah Puan Karina yang sudah meracau-racau.
"Baiklah. Tolong tengokkan Puan Karina. Abang akan cepat balik." Kudin segera mengilas kain pelekat yang dipakainya dan mengayuh basikal menuju ke rumah Tok Imam Ngah sekali lagi.
Sementara menunggu Kudin sampai bersama Tok Imam Ngah, Kuyah dan Kusha cuba menenangkan Puan Karina dan membaca surah Yasiin sekerap mungkin. Puan Karina dilihat sudah reda sedikit. Terbaring melentang sambil mata bulat memandang siling.
"Nek, Kuyah rasa elok kita pagar rumah kita ni. Tadi Kuyah bermimpi, gadis kebaya merah tu datang lagi dan dia seperti marah pada Puan Karina juga." Kuyah pandang Nek Tom yang turut sama membaca surah Yasiin.
Kusha mula gelisah mendengar kata-kata Kuyah tadi. Jelas ibunya mempunyai ramai musuh di luar sana termasuk yang sudah meninggal dunia. Air mata mengalir deras ke pipi.
KUDIN menaiki anak tangga ke ruang tamu. Tok Imam Ngah sudah bersamanya. Mereka berdua mula menuju ke bilik Puan Karina yang kelihatan terlentang di atas katil. Mata terbeliak ke atas. Darah pula terus mengalir dari liang bulu roma.
"Hmm..nampaknya orang yang menyihirkan puan Karina ni begitu inginkan puan Karina mati. tengok tu! Darah tidak henti mengalir dari liang romanya." tok Imam Ngah menuding ke arah Puan Karina yang sudah seperti orang kaku.
"Apa yang kita perlu buat tok?" Kudin menggeleng melihat keadaan Puan Karina yang sudah terseksa begitu.
Tok Imam Ngah meminta air kosong dalam mangkuk putih. Dia kemudian membaca sebelas kali ayat Qursi dan merenjis air yang dibaca tadi ke muka Puan Karina. Puan Karina mula meraung. Tiba-tiba Puan Karina bersuara kasar.
"Siapa kau?" Tanya Tok Imam Ngah.
"Aku adalah orang yang dendam pada Karina!!" Suara Puan Karina sudah berubah. Matanya terbeliak dan merah.
"Kenapa kau dendam?" Tanya Tok Imam Ngah lagi.
"Kerana Karina perempuan jahat! Dia yang menyebabkan orang lain hidup menderita!" Jerit suara garau dari Puan Karina.
"Kalau kau nak dendam, bukan cara ni! Biar Allah yang membalasnya. Ini sudah jelas kau sudah sesat dengan mengikut telunjuk syaitan! Nyah kau dari badan perempuan ni!" Tok Imam Ngah melempar pula garam kasar yang telah dibaca surah la fatihah, tiga Qul dan ayat ke 9 Qursi ke arah Puan Karina.
Menjerit melolong Puan Karina dan berguling-guling atas katil. Dia kemudian tercegat bangun dan ingin menerkam Tok Imam Ngah tapi sempat dihalang oleh Tok Imam Ngah yang mula kumat-kamit membaca ayat-ayat Allah terutama ayat ruqyah. Sekali lagi Puan Karina menjerit dan mecakar-cakar tubuhnya sendiri sehingga berdarah banyak. Kali ini semakin banyak.
"Kau adalah makhluk Allah yang sesat! Ingat! Kau tidak boleh menyesatkan manusia! Kau tak dapat menandingi ilmu Allah! Nyah kau dari tubuh perempuan tu!" Sekali lagi Tok Imam Ngah melempar garam kasar ke arah tubuh Puan Karina.
Kali ini Puan Karina dilihat sudah bangun dan menerpa ke arah Tok Imam Ngah yang masih kumat kamit membaca ayat-ayat Allah. Kedua tangan Puan Karina sudah melekat di leher Tok Imam Ngah. Kudin pula cuba meleraikan tangan Puan Karina yang melekat kuat di leher Tok Imam Ngah. Tok Imam Ngah dilihat masih kumat kamit membaca sesuatu. Satu hembusan yang kuat dilepaskan pada muka Puan Karina yang hanya seinci dari mukanya.
Kudin yang dari tadi cuba meleraikan tangan Puan Karina dari mencekik leher Tok Imam Ngah terpelanting bersama Puan Karina ke dinding setelah dihembus kuat oleh Tok Imam Ngah tadi.
"Cepat sapu air ni ke muka Puan Karina!" Tok Imam Ngah menghulurkan mangkuk putih tadi kepada Kusha.
Kusha meluru ke arah ibunya dan menyapu air ke seluruh muka ibunya.
Puan Karina sudah pengsan di tepi dinding.
SEMENTARA ITU, Chad turut terpelanting ke dinding. Mentera yang dibacanya tadi seolah sudah ditepis oleh seseorang yang handal. Bara kemenyan segera diasapkan lagi. Kali ini dia nekad, tiada lagi cucukan jarum ke atas patung. Patung itu terus diasapkan dengan kemenyan dan dibaca menetera lagi.
"Aku nak kau terima padahnya!!" patung itu dilepaskan ke dalam bara kemenyan.
Chad ketawa berdekah-dekah! Dengan patung yang sedikit demi sedikit terbakar itu, badan Puan Karina akan turut terbakar sedikit demi sedikit. Biar perempuan itu merasa seksa sebagaimana dia menyeksa ibunya yang diberi suntikan dadah sehingga menjadi gila! Ketawa Chad semakin kuat dan bergema di bilik pemujaan itu.
Tiba-tiba menjelma gadis kebaya merah di depannya dengan riak bengis. Chad hanya pandang dengan riak serius. Dia tahu gadis itu ingin menuntut bela atas kematiannya.
"Kau nak apa?" Jerkah Chad.
"Aku nak nyawa kau!" Gadis kebaya merah itu merenung tajam ke arah Chad yang masih bersila di depan bara kemenyan yang sedang berasap. Asap kemenyan memenuhi ruang bilik itu.
"Hahahaha!!! Kau silap! Aku tak takut dengan kau! Nyah kau dari sini!!" Chad lempar segenggam lada hitam yang telah dijampi ke arah jelmaan itu.
Kali ini jelmaan gadis kebaya merah itu tidak berganjak. "Ilmu kau sudah dipatahkan oleh seseorang!" Hilai ketawa dari gadis kebaya merah itu jelas kuat bergema.
Chad tidak puas hati. Apa yang dilakukan tadi tidak sedikit pun menakutkan jelmaan gadis kebaya merah itu. Dia cuba sekali lagi tapi tetap sama.
"Ingat! Mayat kau dipuja Mak Jemah dan kau sendiri yang kata, orng tua itu yang bersalah dan membunuh kau!!" Chad teringat pada hari dia, Jai dan Kudin pergi ke rumah Mak Jemah dan melihat sendiri jelmaan gadis kebaya merah itu terawang-awang di atas bumbung rumah Mak Jemah.
"Dia puja aku kerana aku mati dalam keadaan hina! Kau yang sihir aku! Kau yang buat tubuh aku dicakar-cakar dan ditoreh-toreh!!" Gadis kebaya merah itu mengilai dengan suara nyaring.
"Itu kerana kau yang cuba bongkarkan rahsia aku! Kau tamakkan duit Tengku Muzafar dan kau cuba ugut aku untuk menutup rahsia tu! Aku lagi bijak dari kau! Aku bunuh kau dengan senyap, dengan cara sihir!" Chad merenung tajam jelmaan gadis kebaya merah yang sedang berdiri di depannya kini.
"Kau yang jahat sebenarnya! Kau nak sihirkan perempuan tu kan??" Gadis kebaya merah itu berkata dengan lantang.
"Ya! Sekarang ni dia sedang mengerang kesakitan! Padan muka! Dan kau, kau sepatutnya hilang dari hidup aku!! Nyah kau dari sini!!" Lantas Chad lempar lada hitam ke arah gadis kebaya merah itu.
Jelmaan gadis kebaya merah itu mula bengis. Dia menerpa ke arah Chad dan tidak semena-mena, Chad mengambil sendiri sebilah keris lama yang telah diasapkan dengan kemenyan dan keris itu dilihat dihunus ke dadanya sendiri.
"Sekarang ni kau rasa pembalasan dari aku!!" Jelmaan gadis kebaya merah itu mengilai kuat melihat Chad menikam dadanya sendiri dengan keris lama itu. Dia kemudian bertukar menjadi asap dan hilang.
Chad mengerang kesakitan. Keris itu cuba dicabut dari dadanya yang sudah berdarah. Sekali lagi tubuhnya terpelanting ke dinding. Dia tahu, ada seseorang yang melawannya ketika ini dan dia tahu tentu Puan Karina sedang dirawat seseorang.
"Arghhh!!!" Chad menjerit sekuat hati. Kali ini ilmunya dirasakan tidak menjadi. Tubuhnya semakin lama semakin lemah dan rebah tidak sedarkan diri.
TOK IMAM NGAH mengelap peluh di dahi. Dia bangun perlahan. Terasa badannya sudah rasa sakit dan sengal akibat terpelanting dan menghentam dinding tadi. Ternyata ilmu orang yang cuba menyihir Puan Karina begitu kuat. Kudin menolong Tok Imam Ngah bangun dan memapah tubuh orang tua itu ke ruang tamu. Puan Karina dilihat sudah lemah dan pengsan.
"Tok..ni air.." Kudin menghulurkan segelas air kepada Tok Imam Ngah yang sudah keletihan berlawan tadi. Jelas dia melihat langkah Tok Imam Ngah pantas menepis sesuatu yang cuba mencekiknya tadi. Bayang hitam itu dilihat cuba merasuk Tok Imam Ngah tapi berjaya dihalang oleh Tok Imam Ngah sendiri.
"Terima kasih..Puan Karina sudah ok tu. Sedar dari pengsan nanti, beri dia minum air ni." Tok Imam Ngah hulur pula mangkuk putih tadi yang mengandungi air yang telah dibaca dengan ayat Quran.
Kudin mengangguk tanda faham.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:34 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
fuh! seram gila part ni... jaht betul si chad... TT... sambung lg... |
|
|
|
|
|
|
|
TOK IMAM NGAH mula minta diri. Sebelum dia beredar, sempat dia berpesan pada Kudin dan Kusha supaya memberitahu Puan Karina agar meminta ampun pada Allah dan bertaubat nasuha. Dia sempat berbisik sesuatu ke telinga Kudin sebelum melangkah pergi. Kudin hanya menghantar Tok Imam Ngah dari muka pintu rumanhnya.
"Abang..apa yang tok imam tu bisik?" Kuyah mendekati Kudin yang masih tercegat di situ.
"Tak ada apa. Dah, masuk tidur. Tengok tu dah pukul 2 pagi." Kudin tutup pintu dan menyuruh Kuyah dan Kusha ke bilik masing-masing.
"Kudin, kamu pasti Karina tu betul-betul dah sembuh? Macam mana kalau dia menjerit lagi nanti?" Nek Tom pandang Kudin yang juga kelihatan keletihan.
"InsyaAllah nek. Tok imam dah rawat tadi dan sekarang ni, kita kena rawat luka dan kesan cakar tu."Kudin menjawab penuh yakin.
"Baguslah. Karina tu kena bawa pergi hospital." Nek Tom menggeleng. Kerana dendam, manusia sanggup lakukan apa saja demi membalas semua dendam kesumat tanpa menghiraukan soal akidah dan agama.
"InsyaAllah nek. Esok, Kudin ingat nak bawa dia ke hospital. Boleh tak Puan Karina tinggal lama sikit di sini nek? Bila dah sembuh nanti, dia akan kembali semula ke KL." Kudin mengharapkan ehsan dari neneknya yang dari semalam tidak begitu senang dengan kehadiran Puan Karina dan Kusha di rumah itu.
"Nenek tak kisah." Nek Tom mula lembut hati.
"Terima kasih nek. Nanti nenek ajarlah Puan Karina tu ilmu agama ya." Kudin senyum. Nek Tom dilihat sudah mula tersenyum. Bukan payah untuk memujuk orang tua itu, dia sudah kenal luar dalam. Yalah..sejak kecil dia tinggal dengan nenek.
"InsyaAllah..nenek akan ajar mana yang termampu." Nek Tom senyum dan mula berlalu ke bilik.
Kudin pula mula baring di atas tikar mengkuang di ruang tamu. Lengan tangan kanannya diletak atas dahi. Mata masih menala ke siling rumah. Segala apa yang berlaku tadi sungguh tidak masuk akal. Puan Karina seolah dirasuk dan cuba mencederakan diri sendiri. Ngeri melihat keadaan Puan Karina yang sudah berdarah di sana sini akibat dari kesan cakar.
"Siapa agaknya yang cuba nak rasuk dan bunuh Puan Karina? Takkan Chad..." Kudin masih mencari-cari jawapan. Dia cuba kaitkan kata-kata Karim dengan kata-kata Kusha. Mungkin juga Chad sudah lama menyimpan dendam pada Puan Karina. Bagaimana dengan Hanim? Takkan Hanim juga menjadi mangsa Chad??
"Ah! Bingung aku fikir hal ni." Kudin mula mengiring dan pejamkan mata.
PAGI lagi, Kudin membawa Puan Karina ke klinik kesihatan berdekatan. Kusha juga turut sama ke situ. Setelah mengambil ubat dan menjalani pemeriksaan sedikit, Kudin segera pulang ke rumah semula. Puan Karina disuruh berehat saja di rumah dan tidak boleh ke mana-mana. Kusha hanya menurut kata-kata Kudin. Kuyah pula mula lembut hati dengan Kusha.
"Sekarang baru kau tahu kan?" Kuyah sindir Kusha yang sebaya dengannya.
"Maafkan aku Kuyah. Tak sangka, sampai begitu sekali mereka nak mama menderita." Kusha tunduk.
"Itulah balasannya bila menganiaya orang lain. Allah maha Adil. Di dunia lagi, Allah balas. Balasan tu datang dalam pelbagai cara. Aku rasa, elok sekarang ni kau dan mama kau tu bertaubat dan ikut suruhan Allah." Kuyah jeling Kusha yang masih tunduk. Sejak berada di kampung, Kusha sudah pandai mengenakan baju kurung. Kalau tak, asyik skirt pendek dan baju tanpa lengan saja memanjang. Dia senyum.
"Kenapa kau senyum?" Kusha mendongak. Pelik melihat Kuyah yang tiba-tiba senyum.
"Padan juga baju kurung aku dengan kau ya?" Kuyah perhatikan Kusha atas bawah.
Kusha turut melihat baju kurung biru yang tersarung di tubuhnya. Dia turut melemparkan senyuman. Malu pada Kuyah. Matanya beralih pada Kuyah yang sudah mula menutup aurat dengan sempurna. Tudung merah jambu yang dipakai Kuyah memang padan dengan kulit putih milik gadis itu.
"Kuyah..aku ingat aku nak berhijrah dan dekatkan diri pada Allah. Boleh kau bantu aku?" Kusha pegang tangan Kuyah yang duduk di sebelahnya di ruang tamu.
"Alhamdulillah..aku sedia membantu. Aku pun banyak belajar dari nenek. Dia yang banyak ajar aku selama aku tinggal di sini." Kuyah membalas senyuman Kusha yang ternyata sudah mula terbuka hati untuk berubah.
"Hmm..adik-adik abang ni borak apa?" Kudin turut melabuhkan punggung di sebelah Kuyah.
"Tak ada apa la bang.." Kusha tunduk. Malu pada Kudin yang sebelum ini dicemuh dan dikutuk, kini menjadi seorang abang yang sungguh bertanggungjawab.
"Esok abang kena ke KL semula. Banyak kerja pejabat yang perlu dibereskan. Lagipun, Senah dan Anum masih belum ditemui. Abang kena cari mereka tu sampai dapat. Ana Dahlia ada hubungi abang semalam. Abang kena bantunya." Kudin berkata perlahan.
"Senah belum jumpa lagi ke bang?" Kuyah terkejut.
Kudin menggeleng.
"Kesian Senah. Sebelum dia pergi ke KL, dia ada datang rumah ni jumpa nenek. Dia kecewa sebab nenek cakap, nenek nak masuk meminang Ana Dahlia untuk abang. Jadi, dia terima pelawaan Chad untuk ke KL cari abang." Kuyah menjelaskan perkara sebenar.
"Abang nak nikah dengan kerani tu?" Kusha pula terkejut. Tak sangka, Kudin terpikat dengan kerani macam Ana Dahlia dan sekarang ini pula gadis itu adalah seorang pegawai polis.
Kudin diam seketika. Dia melepaskan helaan nafas yang panjang. Matanya beralih pada laman rumah yang menghijau melalui jendela yang terbuka luas. Lama dia dia melihat ke arah itu.
"Abang rasa abang hanya bertepuk sebelah tangan. Abang boleh rasa, Ana Dahlia tu suka pada orang lain. Tak apalah.." Kudin tunduk.
"Kenapa abang tak berterus terang saja dengan kak Ana tu?" Kuyah pula yang teruja.
"Dah..abang dah berterus terang. Dia nak masa untuk beri jawapan. Itu maknanya dia ada orang lain. Kalau dia pun suka abang, dia akan diam saja atau mungkin terus beri jawapan masa abang tanya hari tu." Kudin melepaskan keluhan.
"Oh...abang nikah je la dengan Senah. Walaupun Senah tu macam tu tapi hati dia baik. Kuyah rasa Senah tu ok juga dengan abang tapi sayang dia sudah hilang entah ke mana.." Kuyah turut mengeluh.
Kusha juga turut tunduk.
"Dahlah..abang tak kisah pun kalau dia tolak cinta abang. Allah lebih tahu siapa jodoh kita." Kudin bingkas bangun dan melangkah keluar dari rumah.
Kuyah dan Kusha hanya melihat abang mereka yang kelihatan sugul. Kudin dilihat sudah menuju ke sawah padi. Mungkin ingin mengambil ketenangan di situ.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 22
SUDAH dua hari Kudin berada di kampung. Kini dia perlu bekerjasama dengan Ana Dahlia mencari Senah dan Anum yang sudah hilang hampir dua minggu. Sebaik menerima panggilan dari Ana Dahlia, Kudin terus ke tempat yang dijanjikan. Dia tahu ada sesuatu yang penting gadis itu ingin sampaikan.
Sebaik tiba di sebuah restoran, Kudin meninjau sekitar restoran. Ana Dahlia sudah tersenyum kepadanya dari sebuah meja di sudut hujung restoran itu. Dia mengatur langkah laju ke tempat Ana Dahlia.
"Maaf, saya terlambat sikit." Kudin melabuhkan punggung di kerusi. Helmet diletakkan atas meja. Dengan keadaan jalan yang sesak begitu, dia lebih suka menunggang motorsikal.
"Tak apa..minum dulu." Ana Dahlia sua segelas jus oren kepada Kudin.
Kudin senyum. Nampaknya gadis itu sudah tahu minuman kegemarannya. Dia meneguk jus oren seketika.
"Hmm..ada hal penting apa awak nak jumpa ni? Nak balas cinta saya ke?" Kudin senyum nakal. Sengaja dia buat lawak tapi dalam hati yang tuhan yang tahu betapa dia inginkan jawapan 'ya' dari gadis itu.
"Awak ni..bukan hal tu la. Kawan saya dah hilang ni. Dah tiga hari." Ana Dahlia mula berterus terang.
"Siapa?" Kudin cuba kawal diri. Dia sudah tahu siapa yang dimaksudkan oleh Ana Dahlia tadi.
"Dia kawan polis saya. Awak boleh tolong saya tak?" Ana Dahlia mula rasa serba salah. Dia tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan Kudin tentang kerjayanya.
"Tolong macam mana?"
"Kawan saya tu sepatutnya ada operasi esok. Sekarang ni dia hilang. Saya rasa awak kenal dia..sebab dia sekampung dengan awak.." Ana Dahlia berkata berhati-hati.
"Hmm..ramai yang sekampung dengan saya.." Kudin senyum. Jus oren diteguk lagi.
"Nama dia Jailani..awak kenal kan?" Ana Dahlia pandang Kudin.
"Oh Jai..." Kudin cuba mengawal riak. Dia senyum lagi. Bermakna Jai adalah seorang pegawai polis. Begitu cekap Jai menyimpan rahsia selama ni. Bila ditanya, Jai hanya menjawab kerja sebagai kuli.
Wajah Ana Dahlia ditatap seketika. Jelas di wajah gadis itu ada riak gelisah. Mungkin risau dan bimbang tentang kehilangan lelaki idamannya. Macam mana gadis itu kenal Jai? Sehingga hari ini, dia sendiri tidak tahu ke mana Jai menghilang selepas dia, Jai dan Jo berada di tebing sungai dulu. Tiba-tiba saja Jai dan Jo lenyap.
"Awak tahu dia ke mana?" Ana Dahlia mula teruja.
"Sebenarnya...saya pun tak tahu dia hilang ke mana. Tiga hari lepas, kami ke satu tempat mencari Senah dan Anum. Kawasan tu dekat dengan sebatang sungai. Jo yang tunjuk kawasan tu. Entah kenapa, tiba-tiba Jo dan Jai hilang. Saya rasa mereka mungkin sudah masuk ke alam lain.." Kudin cuba meneka.
"Alam lain? Maksud awak?" Ana Dahlia sudah tercengang.
"Alam bunian. Mereka hilang tiba-tiba." Kudin mula pandang Ana Dahlia yang sudah membuntang memandangnya dari tadi.
"Jadi..Senah dan Anum tu juga masuk ke alam bunian?" Ana Dahlia menelan liur. Wajahnya sudah pucat.
Kudin mengangguk perlahan.
"Habis tu macam mana ni?" Ana Dahlia sudah menggelabah. Apa yang dia perlu beritahu kepada Detektif Razif nanti? Takkan lelaki itu percaya dengan perkara macam tu??
"Sekarang ni kita kena usahakan mereka tu dapat keluar dari alam tu. Macam mana, saya pun tak tahu. Mereka tidak boleh dibiarkan berada di situ. Alam kita dengan alam bunian lain." Kudin menghela nafas seketika.
Ana Dahlia terdiam. Dalam benaknya penuh dengan persoalan. Tentang operasi esoknya, tentang Senah dan Jailani lagi yang kini sudah sama-sama berada di alam bunian.
"Kita kena cepat." Kudin bersuara lagi setelah melihat Ana Dahlia diam dari tadi. Mungkin gadis itu cemburu bila Jai dan Senah bersama-sama berada di alam bunian itu.
"Hmm..baiklah. Bila kita nak cari? Nak minta bantuan siapa?" Ana Dahlia pandang Kudin yang asyik memandangnya dari tadi.
"Saya kenal seseorang yang arif tentang alam bunian ni. Petang ni kita jumpa orang tu." Kudin mengusul cadangan.
"Ok!"
Kudin dan Ana Dahlia mula menikmati makanan bersama. Kudin pula masih menunggu jawapan dari gadis itu. Perbualan mereka lebih berkisar hal kerja dan kehilangan Senah dan Anum. Kudin tidak berani bertanya lebih soal hati dan perasaan ketika ini.
Last edited by Ipo on 8-8-2014 12:36 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks TT... sambungan yg sgt menarik... nanti ada masa boleh sambung lg ya... love this cerita.... 2 thumps up for u TT... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi...
TT kalo sy nak simpan citer TT ni boleh x?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|