CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Hudud PAS - Potong tangan guna pakar bedah.

[Copy link]
 Author| Post time 1-5-2014 06:34 PM | Show all posts
Pas diminta jelaskan niat laksana hudud

Zulkifli Noordin

KUALA LUMPUR 30 April - Pas diminta memberi penjelasan tentang kenyataan seorang pemimpin DAP yang mendakwa parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana ingin menyaingi UMNO dalam meraih undi pada pilihan raya.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sekiranya dakwaan itu benar, tindakan tersebut hanya akan membuka pekung Pas yang sebenarnya mempunyai niat politik untuk melaksanakan hukum hudud.

Menurut beliau, tindakan Pas itu amat mengecewakan kerana seolah-olah mempermainkan hukum Allah SWT bagi tujuan politik kepartian.

“Ini juga satu penghinaan kepada kebijaksanaan orang Melayu yang meletakkan kepercayaan kepada keikhlasan Pas yang kononnya mahu melaksaksanakan hukum hudud.

“Jika dakwaan itu benar, UMNO wajar menjauhkan diri daripada dakyah Pas yang kononnya mahu sokongan UMNO untuk membolehkan rang undang-undang persendirian tersebut diluluskan di Dewan Rakyat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli mengulas dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang disiarkan oleh portal media hari ini bahawa kepimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dimaklumkan oleh Pas dalam taklimat semalam bahawa tujuan parti itu membentangkan usul hudud adalah bagi menyaingi UMNO untuk meraih undi Melayu dalam pilihan raya.

Beliau menambah, Pas juga mesti mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin DAP terbabit sekiranya dakwaan itu tidak benar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... hudud#ixzz30SVsIZZg
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai plak macai umngok hudud kehulu hudud kehilir
Kalu nak sgt hudud just bantu sesama islam.
Hudud bukan tugas pas je.

Laksana solat jumaat tanggungjawab parti mana plak ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.072851 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list