CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2014 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan la pulak malam ni... baik aku update citer... baru lepas tengok citer Penanggal so mood dah datang...

Kisah 20 : Tetamu malam... (tak menahan tajuk... hehe)

Kisah ni berlaku kat aku masa aku sedang
dalam rawatan kes gangguan jin tu la...

Aku penah citer, sejak gangguan tu jika aku gi tempat yg sesuatu aku boleh rasa kehadiran dia sama ada aku rasa diperhatikan atau ada penampakkan atau aku mimpi....

satu hari tu aku lepak rumah Nurul di Putrajaya bersama Yan... Nurul ni sewa kat situ bersama sorang lagi rakan dia...  masa tu tak ramai orang duduk blok dia tu... banyak rumah yg masih kosong...

aku plan nak tido umah Nurul malamnya sebab nak bersembang... Malam tu kami berempat rancak bersembang... dari cerita peribadi ke cerita isu semasa.. dekat pukul 11 malam, seme dah pakat gantuk. So decide tido je kat ruang tamu... lapang sket...

tepi sana rakan Nurul, kemudian Nurul, Yan dan aku...

Tiga tiga dah lena aku nampak... lampu seme dah tutup... aku pulak letih sket so terus lelap...

Dalam tidur aku bermimpi didatangi 4 orang... dua lelaki dua perempuan... nampak macam satu keluarga... si ayah, mak dan dua orang anak...

Tapi yg agak peliknya,  muka depa tu lain sket dari manusia... susah aku nak cakap... nak kata scary tak jugak tapi lainlah muka dia dari kita manusia ni...

Yang paling tua sekali aku agak si ayah berkata sesuatu kat aku tapi butir bicara dia tu aku tak berapa nak faham sangat... cuma aku pasti dia macam cakap yg rumah tu tempat dia... dah lama dia duk situ...dia macam sesaje nak bgtau aku pasal kehadiran depa... haaa cenggitu la...

aku terjaga.... aku usha jam enset aku, pukul 2 pagi... aku terkebil kebil macam pelik pun ada dgn mimpi aku...

aku bangun dan duduk di tilam sambil raup muka... tiba tiba Nurul tegur aku

Nurul : ko tak tidur lagi ke Mai

Aku : (sedikit terkejut sbb ingat dia dah tido...) Aha... dah tido tadi tapi terjaga...

Nurul : Ko mimpi ek.... (nurul meneka)

Aku : (sedikit kaget sbb pandai pulak dia meneka).... haah... ko mimpi gak ke?

Nurul : (nurul tak jawab soalan aku)... empat orang kan? Sekeluarga?

Lagi la aku terkejut sebab macam mana dia tau mimpi aku nih... aku angguk

Nurul sengih (rasa scary pulak tengok Nurul sengih mcm tu dalam gelap jam 2 pagi)

Aku cakap "tido ah.... sok story"

Esoknya.... pagi pagi aku mendekati Nurul... Aku tanya dia "apa benda sebenarnya yg berlaku... cer citer"

Nurul termenung kejap dan menjawab "sebenarnya... aku kerap alami gangguan sejak duk rumah ni... kalau aku tido sorang sorang dalam bilik dan lampu tutup aku nampak kelibat lembaga sedang merenung aku... ada jugak aku rasa seram dan mimpi mcm yg ko mimpi malam tadi... tapi just gitu la.."

Aku memang tahu sket yg Nurul macam alami mistik sebab dia penah citer kat aku kias kias pasal masalah dia tp aku tak amik port sgt sbb dia macam tak bersungguh pun nak cerita... aku ingat dah x de apa...

aku termenung sambil berfikir tentang mimpi aku malam tadi...

Nurul tepuk bahu aku "ko rasa apa benda sebenarnya yg ada kat rumah aku ni?"

Aku menjawab "eh... ko ni... aku ni bukan bomoh... manala aku tahu... cuma aku yakin rumah ko ni memang tempat tinggal depa tu. Aku rasa depa tu tak niat nak kacau ko pun cuma yelah... kadang kadang dah 'duk' serumah kan, bertembung la"....

Nurul diam sambil tekun mendengar... aku menyambung lagi "aku nasihatkan ko, klu ko rasa takut baik ko pindah... kalau ko rasa ok maka duk je lah sini tapi klu aku jdi ko memang aku pindah"...

Nurul mengangguk.... beberapa bulan selepas tu nurul dan rakannya pindah rumah.... dia takut la kot... sape yg berani duk serumah dgn makhluk lain... heh

Last edited by Syumaimah on 10-1-2014 10:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2014 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt nak story lgi...syu..aku nak tnya ko la kan..petang tdi aku tido mimpi hantu apa ntah aku tak ingat n mimpi baby..aku anggap mainan tido je..tp yg aku musykilnya kat peha aku ada lebam..kecik je..pandai lak buat love bite comel2...aku jarang tido petng tp skrg ni aku tgh cuti solat..hari ni memang aku rsa mengantuk sgt...normal ke mimpi2 mcam tu n ada lebam kat badan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
@yong posted on 10-1-2014 10:56 PM
Tt nak story lgi...syu..aku nak tnya ko la kan..petang tdi aku tido mimpi hantu apa ntah aku tak ing ...

Hmmm... aku tak reti gak nak jawab nih... selalunya lebam lebam ni ada dua je penyebab dia... satu : memang angkara benda tu... dua : ko tido ganas sgt sampai langgar dinding. .. hehe... sbb aku penah kena camni...

Aku pernah la dengar ceramah ustaz apa dah nama dia... pompuan tak elok mandi tanpa kain basahan, tak elok mandi waktu senja dan tak elok tido petang sbb jin boleh jatuh chenta. ... ha cenggitu la...

Kalau salah tolong betulkan ek...

cuba pasni jgn tido petang... tengok cane. .. sbb aku sejak sembuh ni memang dah x de lebam lebam cenggitu klu ada pun sbb masa tido aku langgar dinding jer...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2014 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Syumaimah posted on 10-1-2014 11:02 PM
Hmmm... aku tak reti gak nak jawab nih... selalunya lebam lebam ni ada dua je penyebab dia... satu ...

Kalau nak kta tido buas..memang tak la..aku tido elok xda ganas2.tido buas lebam mst besar..yg ni lebam kecik je.lgi kecik dr duit 5 sen tu..mandi memang aku pakai kain basahan..tido petang baru semalam dgn hari ni..sbb aku tak sihat skit..badan plak kotor...rsanya tak da apa la kot noo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2014 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
@yong posted on 10-1-2014 11:07 PM
Kalau nak kta tido buas..memang tak la..aku tido elok xda ganas2.tido buas lebam mst besar..yg ni  ...

Try tengok beberapa hari lg... insyaALLAH x de pape tu...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni banyak masa so boleh update citer ni...

kisah 21 : Kakak ku disihir

Cerita ni berlaku pada kakak aku ketika dia baru mendaftar matrik di Perlis... Aku pulak masa tu bersekolah di sekolah berasrama yg tak berapa nak penuh di luar negeri kelahiran aku...

Kakak aku ni aku bagi nama dia Nora sebab badan dia kecik macam Nora Danish tapi muka dia jauh la mcm Nora Danish yg comel itu... cuma dari segi kecomelan mungkin sama... kot.. hehe

kak Nora ni boleh dikategorikan lawa la... muka dia ada iras iras Siti Nurhaliza tu... zaman tu kan Siti tengah naik so dia ni pun dapatla tempias sama... nak nak lagi dia ni pandai bercakap dan pandai berkawan aka peramah... so ramai la lelaki lelaki yg nak usha dia...

sampaikan salesman yg dtg menjual kat rumah aku pun tangkap syok dgn dia... tapi jangan harap la nak dapat sebab mak ayah aku ni tegas kalau bab bab berkawan dgn lelaki... sekolah mesti abih, mesti masuk U dan kerja dlu baru fikir nak kawin... seme la kami kena train macam tu...

Kalau kawan lelaki satu kelas nak datang beraya pun aku dah cuak giler... memang tak bagi la... so ramai la lelaki yg hanya mampu gigit jari dgn kakak aku ni...

Dekat kampung sebelah adala sedara jauh mak aku yg tinggal situ... dia ada la anak lelaki dua tiga orang... so kerap jugak lah anak abak lelaki dia datang rumah.... ada sorang tu nama hisham... hisham ni ensem jugak orangnya... baik pun baik cuma tak sekolah tinggi... so kakak aku ni memang rejek la klu tak sekolah tinggi (maklumlah dia bercita cita nak jadi doktor)... kakak aku layan dia as a kawan je la...

Permulaan kejadian tu berlaku aku ada kat asrama... aku kan duk jauh so jarang la balik... nak call mak aku pun zaman tu mana la ada telefon rumah mak aku ni... cuma aku call kakak aku yg sulung yg rumah dia jaih la jugak dari rumah mak jika nak tahu khabar famili aku... aku lak jarang call sbb mana la berduit sgt... dah la berlainan negeri... buh 50 sen dapat cakap berapa minit jer... zaman tu mana ada lagi curi curi line ni... hehehe...

aku ingat lagi masa tu aku tengah bercuti semester so aku balik rumah kakak sulung aku sebelum bertolak balik je rumah mak sbb rumah kakak ni kat bandar so jd transit aku la nak gi asrama...

Masa sampai tu kakak aku ada bgtau aku yg Kak Nora sakit kuat... tapi dia tak cakap pulak sakit apa... malam nnt kak Nora akan sampai umah kak long aku bersama mak dan ayah aku...

malam tu kak nora sampai... aku tengok diri dia tak terurus... muka dia yg dlu lawa nampak kusut masai... blur dan nampak seperti ketakutan..asyik pandang kat luar rumah yg gelap pekat dan sesekali membebel dalam butir bicara yg aku tak faham... dia seolah olah hilang ingatan... bukan lg diri dia yg dlu.... aku pergi dekat dia, dia pandang aku... dia panggil nama aku (mujur dia ingat lg nama aku)...

aku usap muka dia... rasa sebak bila lihat dia dalam keadaan macam tu... dia tenung aku sambil cakap "Mai... aku takut... dia ada kat luar tu".... sambil sesekali dia jenguk beranda... aku jenguk je luar... gelap...

Aku cuba ingatkan diri dia semula "kak.... nape sampai jd macam ni?... kak ingat tak sekolah lama kita... kak ingat tak Fatin, Sue, Fendi... kak ingat tak yg akak penah naik pentas amik hadiah pelajar terbaik?"... aku cuba mengingatkan dia kembali kenangan paling indah dlm hidup dia... mudahan mudahan dia sedar balik...

Kak Nora menjawab "ha... Fatin? Sue? Fendi? Siapa tu?.. aku tak kenal... aku tak penah amik hadiah. .. aku duk jauh... nu kat hutan kat sana nu... aku nak balik la... ni.bukan tempat aku... tempat aku dlm hutan sana"... dia sedikit meracau sambil menunding jari keluar....

aku tak dpt nak menahan sebak lalu air mata aku mengalir jugak... macam tak percaya. .. kakak aku yg lawa, baik, bijak bolej jadi macam ni... akan beginikah kesudahan hidup dia? Aku mula risau dan takut... macam mana jika dia jadi gila... macam macam persoalan yg aku fikirkan masa tu

mak pegang bahu aku "bagi dia masa.... dia sedang berlawan antara diri dia dengan gangguan tu"... aku pandang mak..

"Mak... masa mak gi amik Kak Nora macam mana keadaan dia? Cikgu dia cakap apa mak?"... aku tanya mak utk tahu apa sebenarnya yg berlaku...

mak pun bercerita la....

Ada cikgu matrik  kak Nora call mak bgtau kak Nora sakit tenat... dia minta mak aku datang amik kak nora sebab pihak matrikulasi tak dapat nak handle kes ni... katanya kak Nora teruk mengganas... mak aku tak berapa faham tapi dia terus pergi dgn ayah aku ke Perlis...

Sesampai di Pusat Matrikulasi, mak n ayah aku dibawa ke hospital berdekatan... di sana mak aku lihat kak Nora tengah meracau racau dan terjerit jerit atas katil... kaki tangan dia di ikat... pihak hospital bgtau mereka terpaksa ikat sebab kak nora nak lari... yang peliknya, berulang kali dia sebut nak gi ke hutan belakang pusat matrikulasi dia tu...

Melihatkan keadaan kak Nora yg teruk tu mak aku kena jugak bawak balik.. tapi satu masalah pulak sebab bila dalam kereta, kak nora berkali kali menjerit jerit dan nak terjun dari kereta... bayangkanlah bertapa seksanya mak ayah aku nak handle dia dgn perjalanan yg amat jauh, 8 jam... syukurlah mak ayah aku dtg dgn sedara kami so dialah yg memandu... dalam perjalanan pulang hampir hampir kereta mereka terbabas kerana kak Nora mengganas... alhamdulillah tak de pape...

Mak n ayah aku decide nak bawak kak nora berubat... biarla berhabis duit pun janji dia pulih macam dlu...

malam tu kak Nora tak teruk meracau dan dia nampak sedikit tenang... mungkin kerana berada di kampung dia... kak nora minta nak tidur dgn aku memandangkan aku memang rapat dgn dia...

kami berdua tidur dalam bilik... mak ayah tidur diluar... pintu bilik aku buka sedikit, senang jika terjadi apa apa boleh la aku jerit... lampu ruang tamu tutup cuma lampu bilik aku je buka sbb kak nora takut...

Malam tu aku tak boleh nak tidur, bila kak nora kerap kejutkan aku mengadu yg dia nampak perempuan berambut panjang dang berpakai putih sedang memandang dia di ruang tamu... puas aku pujuk dia dgn bgtau tak de apa apa pun... dia tak puashati sampai aku terpaksa bangun gi duduk dalam gelap tu nak bgtau dia tak de pape... tapi dia diam sekejap je la... kemudian dia kejutkan aku lagi bgtau nampak tanga memanggil manggil dia...

aku rasa macam nak lempang je dia supaya dia sedar yg memang tak de pape... tapi kesian pulak... dia dah la tak sihat... last last aku bangun dan duk layan dia membebel bebel sampai ke pagi... mengantuk tak yah cakap la tapi bukan boleh tidur pun kan...

esoknya... mak n ayah aku berserta aku n kak nora balik ke rumah kami... dalam kereta kak nora tak banyak meragam... mungkin dia letih dengan perjalanan yg jauh semalam dan malam tadi dia sekejap pun tak tido... aku pulak curi curi tidur tapi tangan
aku menggengam tangan kak Nora kemas... risau kot kot dia terjun dari kereta wp sebelahnya mak aku...

Bersambung.... Last edited by Syumaimah on 12-1-2014 09:10 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-1-2014 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan... aku taip guna smartphone so terbatas sket nak taip panjang sekaligus...

Sampai je kat rumah, Kak Nora mulanya tak banyak meragam cuma dia banyak termenung dan sesekali dia membebel bebel... Dia kerap ulang yg dia nak balik ke hutan di Perlis tu... aku heran apa sebenarnya yg berlaku sebelum dia jatuh sakit... aku tanya mak aku pun dia tak tau... seminggu aku bercuti di kampung memang aku bantu mak jaga dia... Nak mandi, kami yg kena mandikan.. Nak makan pun kami yg suap... dia dah tak ingat dah pasal diri dia...

Cuma seingat aku ada ketikanya kak Nora mengadu lapar.... tapi bila aku suapkan dia makanan, dia akan muntahkan balik makanan tu... dan tak nak makan...

sesekali dia meracau racau, cakap kenapa muka kami nih hitam dan berbulu... adakalanya dia nampak orang sekeliling dia ni berwajah buruk, tu dia menjerit jerit...

Pernah satu petang tu, dia mengadu panas dan nak mandi... Tak sempat kami bawak dia ke bilik air pun, dia buka seme baju dia hingga tanpa seurat benang (maaf jika ni dah melampau yer cuma nak citer) dan berlari nak keluar rumah sambil terjerit jerit...

nasib baik mak aku sempat tangkap dia dan peluk dia kejap... dan aku pulak cepat cepat kunci pintu dan tingkap... aku amik selimut dan tutup badan dia... dan naseb baik jugak masa kejadian tu hanya aku dan mak ada kat rumah...

mujurlah sekali tu je dia buat macam tu... rasa nak luruh jantung aku masa tengok dia lari nak keluar rumah dalam keadaan macam tu... kesian dia...

Pernah juga satu malam tu masa kami nak tidur, kak nora dah lena tapi gitu la dia lena kejap je pastu terjaga dan meracau racau balik... aku baring sebelah kak nora sambil usap rambut dia... kesian dia, terpaksa lalui perkara yg sukar di usia semuda ini..... sedang aku melayan perasaan... aku terdengar suara lelaki memanggil kakak aku "Nora...Nora" di tepi tingkap bilik aku... aku bangkit... mata melilau... cuba amati suara tu...

sekali lagi suara tu kedengaran... aku bingkas bangun dan pergi ke bilik mak... aku ketuk pintu bilik mak... mak keluar... aku tanya "mak dengar tak suara tu?".... mak aku angguk...

tiba tiba aku dengar kak nora menjerit jerit
dalam bilik... kami bergegas ke bilik aku dan kelihatan kak Nora sedang menepis nepis sesuatu yg aku tak nampak. ... dia menepis sambil menjerit jerit....

Mak aku pegang dia... masih lagi menjerit dan menepis nepis... ayah aku datang dan melaungkan azan.... myngkin klu org dengar org akan pelik, azan apa malam malam buta... alhamdulillah kak Nora sesikit tenang... mak aku bg dia minum air... bila dah ok dia cerita yg dia nampak tangan hitam nak cekik leher dia...

Keadaan kak nora berterusan macam tu hinggalah aku balik semula ke asrama... berat sgt nak tinggalkan dia tp aku terpaksa jugak pergi....

Mak ayah aku ada bawak kak Nora pergi berubat tapi itulah belum nampak tanda tanda nak pulih.... jiran tetangga ramai yg tahu pasal ni dan ramai ramai datang ziarah... setiap orang yg datang mesti melahirkan rasa simpati pada kak nora...

Cuma yg aku pelik... hisham langsung tak datang... bukan nak menuduh kan tapi mungkin jugak sebab dia malu lepas kakak aku rejek cinta dia tu...

hampir setahun jugak kak nora sakit macam tu... macam orang tak betul dah dia time tu cuma mak ayah aku tak nak bawak ke hospital sbb depa yakin kakak aku ni terkena... pengajian kakak aku terpaksa tangguh...

satu hari, mak aku rasa tergerak hati nak usap usap leher kakak aku... kan akpenah citer yg mak aku ni pandai sket sket la bab mistik ni... bila mak aku usap leher kak Nora, tiba tiba mak aku muntah. ...

Mak aku dah agak yg kakak aku ni termakan.... hari tu jugak mak aku bawak kakak aku jumpa sorang perawat ni... mak aku cerita yg bila dia pegang leher kakak aku dia muntah so mak suspek kak nora termakan....

Perawat tu cuba pulihkan kak nora... Masa proses rawatan tu, kak Nora muntah... muntah yg mengandungi darah hitam dan macam lumpur gitu le... ni mak aku yg citer.... Teruk jugak dia muntah... sampai keluat abih darah hitam dan lumpur tu baru la kak nora berhenti muntah... dia sesikit pulih. Patutla kak nora tak berapa selera nak makan...

Settle merawat kak nora, perawat tu ada cakap yg ni kerja bomoh siam... dia tak nak cakap tapi sebab mak aku desak tanya so dia terpaksa cakap...

Mak aku dah syak sape punya kerja.... dia jumpa hisham (bukan nama sebenar ek) dan tekan tanya... mula dia tak ngaku tapi bila mak aku siap ugut dan tekan tekan... akhirnya dia mengaku yg dia upah bmoh siam utk kenakan kakak aku sbb rejek dia... mak aku masa tu hilang sabar sebab dia yg tengok macam mana menderitanya kakak aku kan... mak aku sempat gak la bagi pelempang sebijik kat muka dia....

sejak tu keluarga hisham macam malu nak datang rumah aku... hisham pun dah keluar dari kampung dan tak balik balik dah...

alhamdulillah sikit demi sikit kak nora makin pulih dan akhirnya kak Nora pulih sepenuhnya.... kak nora menyambung pengajiannya semula utk jadi doktor tapi sayang mungkin otak kak Nora tak berapa
bijak utk jadi doktor dan dia tak lepas syarat nak jadi doktor... hehehe

kini dia bahagia dgn suami dia dan anak anak dia...

bila dah pulih, kak nora ada cerita kat aku macam mana dia boleh kena dan sepanjang dia kena apa yg dia rasa....

ada masa aku update... moga terhibur dgn citer aku yg x seberapa nih... Last edited by Syumaimah on 12-1-2014 09:19 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyy dapat tacang dari Momod medangmru.... momod medangmru je yg rajin bagi aku tacang...

tengkiu Momod medangmru.... (macam budak budak pulak aku ni.... heheeee)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2014 09:08 PM | Show all posts
Wah...makin nest citer ni.....teruskan sb  nak tahu pasal pengalaman nora masa kene sihir tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2014 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
medangmru posted on 11-1-2014 09:08 PM
Wah...makin nest citer ni.....teruskan sb  nak tahu pasal pengalaman nora masa kene sihir tu


InsyaALLAH. ...

tapi esok la kot aku citer pengalaman kak Nora sendiri masa dia mula nak kena sihir dan sepanjang dia kena sihir... sebab hari ni tapak kaki kiri aku sakit sgt... nak tido tak lena... macam ada benda menyucuk nyucuk...

dah start bernanah pulak... puas berubat cara modern tak jugak jalan... maybe kena berubat kampung ni kot... Last edited by Syumaimah on 12-1-2014 09:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 12:26 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 11-1-2014 02:37 PM
Sambungan... aku taip guna smartphone so terbatas sket nak taip panjang sekaligus...

Sampai je ka ...



best cerite. kipidap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 02:03 PM | Show all posts
selayaknya TT dapat krdit sbb citernyer mmg best2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
greantea posted on 12-1-2014 12:26 PM
best cerite. kipidap.

Hehe tengkiu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2014 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kodokbawang posted on 12-1-2014 02:03 PM
selayaknya TT dapat krdit sbb citernyer mmg best2...

Biasa biasa jer... share utk panduan seme...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 04:07 PM | Show all posts
best2
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2014 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt...sambungan plesss...lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2014 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru malam tadi kak Nora mesej mengadu  tak sihat... dia ni kerap pengsan... kalau dia tau aku tulis kisah dia kat forum cari ni apa yek respon dia.... hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
@yong posted on 12-1-2014 09:05 PM
Tt...sambungan plesss...lol

On the way. ... masih mengarang... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 10:15 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 10-1-2014 09:02 PM
Hmmm... aku tak reti gak nak jawab nih... selalunya lebam lebam ni ada dua je penyebab dia... satu ...

dedulu aku ada gak lebam2 kt area peha...jin gigit ke...
biasanya aku tdo sblm or lps zuhur...
sblm asar aku dh bgn...kekadang terlajak gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 10:42 AM | Show all posts
Syumaimah posted on 13-1-2014 07:20 AM
Baru malam tadi kak Nora mesej mengadu  tak sihat... dia ni kerap pengsan... kalau dia tau aku tulis ...

Kak Nora tu dah pulih sepenuhnya ke dari gangguan yg dulu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.343774 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list