CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: solstice

4 terbaik Piala Malaysia 2013: TRW, ATM, Sarawak & Pahang

[Copy link]
Post time 23-9-2013 03:43 PM | Show all posts
Sehingga kini FAM masih belum buat SOP utk jual/beli pemain

Liga profesional la sangat kononnya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2013 03:45 PM | Show all posts
benzo33 posted on 23-9-2013 03:37 PM
silap2 FAM takde peraturan/klausa yang menghalang mana2 pasukan memancing pemain dari pasukan lain ...

Perangai caprut Tim since 2013 tu pon dah mula jadi budaya
Ye lah, FAM wat dono jahs
Harus lah tim lain pon nak wat camtu jugak

Tak heran lah kalu tahap bola msia ni setaraf bola kampung
x profesenel langsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 03:46 PM | Show all posts
toksira posted on 23-9-2013 03:43 PM
Sehingga kini FAM masih belum buat SOP utk jual/beli pemain

Liga profesional la sangat kononnya.. ...

Camno nak sampai tahap antarabangsa kalu minda pemain/FAM pon tahap bola kampung
Peraturan/undang2 pro ntah ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tempur posted on 23-9-2013 01:52 PM
pemain top ni dipancing ke JDT untuk memastikan pasukan lain tiada player bagus je....kebanyakkan pa ...

blaja dari chelsi nga citi..player star yang kat bench panaih bontot sebab pikir country coach x select untuk euro,world cup..kat mesia,ilek jer janji gaji jalan,kalo S&S dah terjamin tempat oleh king gopal
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:48 PM | Show all posts
Draw utk perlawanan suku-akhir Piala Malaysia
(1st leg)

Jumaat 27/9
Lions XII  v  ATM
Pahang  v  PKNS

Sabtu 28/9
Johor DT  v  Kelantan
Sime Darby  v  Sarawak

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:11 PM | Show all posts
toksira posted on 23-9-2013 03:48 PM
Draw utk perlawanan suku-akhir Piala Malaysia
(1st leg)

Dalam jadual berita hairan tulis pahang vs pkns ari sabtu jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2013 04:17 PM | Show all posts
tensic~ posted on 23-9-2013 01:54 PM
baca kat pesbuk tadi cakap persatuan bola sepak perak gantung semua pegawai dan pemain selama 2 ming ...

Azraii khor bengang giler ngan rafael tu
Berlagak & keras kepala katanya
Dia antara yg di blame
Dah kena halau balik kampung tanam jagung

Dalam sinar harian kecoh citer pasal bookie sebab perak/kedah kalah

Sinar harian http://www.sinarharian.com.my/sukan/isu-rasuah-pafa-gantung-pegawai-1.204722

Isu Rasuah: Pafa gantung pegawai

23 September 2013



PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) hari ini menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.
   
Timbalan Presiden Pafa, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari ini untuk menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.
   
"Kami juga menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai pengerusi jawatankuasa disiplin Pafa Datuk Ismail Saffian untuk menyiasat secara terperinci apa yang kami syaki ini.
   
"Siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata elemen sabotaj dan rasuah bola sepak itu disyaki berlaku dalam skuad kendalian jurulatih Azraai Khor Abdullah itu sejak empat perlawanan Piala Malaysia lepas dan kemuncaknya apabila Perak tewas 1-6 kepada Sarawak di Kuching, Sabtu lepas.
   
Beliau berkata sepanjang tempoh digantung itu, semua pegawai dan petugas terlibat wajib melapor diri setiap hari di pejabat Pafa di sini mulai Rabu ini manakala pemain juga diminta berbuat demikian pada tarikh sama selain menjalani latihan seperti biasa.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:22 PM | Show all posts
toksira posted on 23-9-2013 03:48 PM
Draw utk perlawanan suku-akhir Piala Malaysia
(1st leg)

Lions spesel kes
Sehari awal

Lions XII kekal 'anak emas' FAMOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
[email protected]

JUARA Liga Super, Lions XII sekali lagi menerima ‘layanan istimewa’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada kempen Piala Malaysia kali ini.

Selepas aksi Kumpulan D berdepan Sarawak diadakan sehari lewat berbanding perlawanan lain pada 18 September lalu gara-gara menyertai kejohanan Pestabola Merdeka, kelebihan yang dimiliki skuad kendalian V. Sundramoorthy pada kempen kali ini juga dilihat tidak terhenti setakat itu.

Ini kerana, aksi suku akhir pertama Piala Malaysia antara Lions XII berdepan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 26 September depan.

Ia diadakan sehari lebih awal berbanding perlawanan lain bagi memberikan laluan kepada Sang Singa menyertai Piala Sultan Selangor yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 28 September depan.

Ternyata, ‘layanan istimewa’ yang diterima Lions XII sepanjang kempen Piala Malaysia kali ini jelas tidak disenangi majoriti peminat bola sepak tempatan yang mahu FAM bersikap lebih adil.

Namun pengendali ATM, B. Sathianathan enggan mensensasikan perkara itu.

“Tiada masalah buat kami, saya yakin fokus pemain saya tidak terjejas meskipun beraksi sehari lebih awal berbanding perlawanan lain pada peringkat suku akhir nanti,” katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Selepas mendapat ‘lampu hijau’ untuk menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun ketika kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim lalu, Lions XII juga seakan-akan ‘kebal’ apabila tidak akan ‘diturunkan pangkat’ ke saingan Liga Premier sehingga 2015 meskipun menduduki tangga tercorot Liga Super.

Ia berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini.

Pada kempen Piala Malaysia kali ini, Lions XII mara ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan D apabila berkongsi 10 mata dengan Sarawak namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz2fhaomxeO
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 04:23 PM | Show all posts
cupu posted on 23-9-2013 01:47 PM
da comfirmn ke piya gi johor..smlm aku borak ngan ank pengerusi klb peminat rw..aku ckp piya nk gi ...

piya pergi johor jadi chopot kena campak mana


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:24 PM | Show all posts
tensic~ posted on 23-9-2013 01:54 PM
baca kat pesbuk tadi cakap persatuan bola sepak perak gantung semua pegawai dan pemain selama 2 ming ...

kenapa kena gantung... ada kaitan dgn rasuah ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 04:25 PM | Show all posts
HUHA posted on 23-9-2013 04:23 PM
piya pergi johor jadi chopot kena campak mana

Safee sali pon ada gosip ura2 nak di campak main utk johor dlm liga premiere
Copot pon sama kut
Tp kontrak depa ni 1 tahun jer kut
Mebi bole berambus main utk tim lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:29 PM | Show all posts
axl_bach posted on 23-9-2013 02:23 PM
perrghhhh,dahsyat btol nilai Amri Yahyah,RM85 sebulan dollllll.....baru dgr semalam dlm berita di  ...

ingat lagi aku amri ludah pemain lawan masa lawan kat luar negara dulu2...
waktu tu nilai amri satu sen pun takda  tapi sekarang...





Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:31 PM | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 04:11 PM
Dalam jadual berita hairan tulis pahang vs pkns ari sabtu jugak

I dapat sumber dari nst...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:33 PM | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 04:25 PM
Safee sali pon ada gosip ura2 nak di campak main utk johor dlm liga premiere
Copot pon sama kut
...

aku rasa lagi baik chopot dgn safee sali ni balik main dgn team lama dorang lagi bagus
masa dkt selangor yg dorang perform sgt2

safee amri chopot baru ngam...




Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:34 PM | Show all posts
solstice posted on 23-9-2013 04:25 PM
Safee sali pon ada gosip ura2 nak di campak main utk johor dlm liga premiere
Copot pon sama kut
...

Maybe kalau safee sali nak terus bermain utk mana2 team johor, dia kena terima potongan gaji la

He's not worth his current salary, anyhow...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:35 PM | Show all posts
HUHA posted on 23-9-2013 04:23 PM
piya pergi johor jadi chopot kena campak mana

Chopot pepandai dia laa nak idup.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 04:36 PM | Show all posts
HUHA posted on 23-9-2013 04:29 PM
ingat lagi aku amri ludah pemain lawan masa lawan kat luar negara dulu2...
waktu tu nilai amri s ...

tp Amri nih bagus btol kalo main dgn national team rajin cover padang....padahal dia yg paling tua dlm pasukan...si Chopot laa berat nau bontot nak buka permainan balik2 passing kat defender jer keje

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Haramkan jek liga bola tempatan...buang duit je bayar gaji pegawai2 FAM..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:40 PM | Show all posts
toksira posted on 23-9-2013 04:34 PM
Maybe kalau safee sali nak terus bermain utk mana2 team johor, dia kena terima potongan gaji la

...

for sure kena slash punya salary dorg...main pun cam hampeh xkan JDT nak bayo current payment yg handsome tuh...silap2 dibiarkan terkontang kanting jer

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 04:58 PM | Show all posts
yang piala sultan selangor tu pun bangang time2 orang nak piala malaysia ni jugak la nak buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.157436 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list