CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
Post time 19-8-2013 04:58 PM | Show all posts
TT TQVM  coz bagi banyak entri ari ni.....
Best sgt2 cerita .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2013 05:02 PM | Show all posts
MsIda posted on 19-8-2013 04:58 PM
TT TQVM  coz bagi banyak entri ari ni.....
Best sgt2 cerita .....

sama2 MsIda....hadiah untuk pembaca karya saya. terima kasih atas sokongan semua


Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 05:10 PM | Show all posts
Jangan lah buat sedih2 sgt ye sbb sian kat lily diyana @ adik
Dah banyak dugaan & penderitaan yang dia dah lalui..
Baru nak happy2 lepas kawen dh si iman ni buat onar...
Hantu betul lah iman ni, jgnlah buat adik & kakak gaduh...
Minta2 ammar pun janganlah kasar sgt dengan yana ni ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 05:16 PM | Show all posts
MsIda posted on 19-8-2013 05:10 PM
Jangan lah buat sedih2 sgt ye sbb sian kat lily diyana @ adik
Dah banyak dugaan & penderitaan yang  ...

xpe MsIda....tunggu je. nak tanya juga, sedih sgt ke cerita saya....ramai gaklah yang komen kata sedih. sampai basah lencun tisu.....sedih ke????

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 05:45 PM | Show all posts
Bagi diri saya memang sedih...

Lily Dayana seorg gadis tabah yang telah menempuh berbagai onak dan duri..

Yatim Piatu, bukan cucu kesayangan sebab kurang cantik banding dengan kakak kembarnya , mula2 maklong pun tak suka , mak mertua mula2 benci ( nasib baik dah sayang ). Paling sedih bila dia diperangkap  berdua2an dlm kereta.. tak ada sape percaya pada dia ...sedihnya masa tu..dahlah ibu baru meninggal... sekarang ni jadi macam ni pulak... jgnlah nanti semua org benci dia pulak

Apa2 pun satu penceritaan yang sangat menarik...
Simply Awesome !!!!!

Thumbs Up for the writer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2013 09:10 PM | Show all posts
MsIda posted on 19-8-2013 05:45 PM
Bagi diri saya memang sedih...

Lily Dayana seorg gadis tabah yang telah menempuh berbagai onak da ...

Terima Kasih MsIda....sokongan dari anda amat saya hargai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-8-2013 02:33 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


BAB 23


             Mak Uda sudah terduduk di tangga kerana terkejut. Atuk aku yang sedang duduk dikerusi, mengurut dadanya. Pak Uda berdiri di sisi Liana, cuba memujuk dia yang sedang teresak-esak. Manakala abang Iman dan Ammar saling berpandangan antara satu sama lain dengan pandangan yang sarat dengan dendam. Merah mata mereka berdua. Mata yang mengandungi kemarahan yang amat sangat. Kedua-duanya ku lihat sedang mengepal tangan masing-masing.

            “ Jangan kau nak beri alasan bodoh!! Takkan aku pun kau tak kenal. Aku tak sangka Dayana, kau perempuan yang jijik. Patutlah masa dia cium kau tadi, kau diam saja langsung tak melawan. Dasar perempuan murahan!! Cakaplah, memang kau ada hubungan dengan sepupu kau ni. Nampak sangat memang kau nak goda dia. Aku nak tahu, ke mana tudung kau? Kan aku dah cakap, rambut kau hanya untuk tatapan aku sahaja. Kau memang perempuan tak guna Dayana!!”

             Ammar bertindak menarik rambutku. Pedihnya ku rasakan kulit kepalaku. Berhempas pulas aku meronta cuba melepaskan cengkamannya itu dan akhirnya aku berjaya juga. Aku menggosok kepalaku bagi mengurangkan sedikit kesakitan. Air mataku mengalir laju.

             Ya Allah, sampai hati suamiku memperlakukan aku sebegini rupa.

            “ Kau jangan nak tunjuk kuasa suami kau dekat sini! Aku kenal dia terlebih dahulu sebelum kau. Kalau aku nak, lebih dari itu aku boleh buat pada dia. Jangan harap kau dapat memiliki dia masa tu. Aku bukan macam kaulah lelaki dayus. Kau ingat, aku tak tahu apa yang kau dah buat pada sepupu aku ni? Kau tu yang jijik sebenarnya..”

               Iman mula hilang sabar sebaik melihat gadis pujaannya diperlakukan sedemikian. Lalu, Iman memegang tangan Ammar kemudian Ammar merentap kasar tangannya.
Last edited by wipers81 on 20-8-2013 02:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 02:44 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Akhirnya malam ini, Iman melepaskan amarah yang terbuku di dalam hatinya sejak kejadian yang menimpa ke atas gadis yang amat disayanginya itu hingga memaksa dia berkahwin. Sehingga kini, dia masih sukar menerima hakikat itu. Lantas dia memeluk gadis itu…..

            “ Apa yang abang Iman buat ni? Tolonglah jangan nak rumitkan keadaan. Syaitan mana yang sudah merasuk abang ni? Kenapa abang Iman jadi macam ni?”

             Aku menolak tubuhnya menjauhi aku. Sudahlah salah faham tadi belum dijelaskan. Mengapa harus dia menambah lagi? Aku tak sangka bahawa abang Iman benar-benar kecewa dengan perkahwinanku. Sedangkan aku tidak pernah memberi harapan apatah lagi membalas cintanya walaupun dia acapkali merayu padaku. Sanggup dia buat aku macam ni.

            “ Kau jangan nak berlakon baik dengan aku, perempuan!! Janganlah nak berpura-pura macam kau tu tak tahu apa. Kau dengan sepupu kau ni sama sahaja. Kenapalah aku tak nak percaya dengan kata-kata Liana dulu?”

             Ammar menumbuk meja!!!!

             Terkejut semua yang ada di situ. Dia rasa menyesal kerana tidak mempercayai kata-kata Liana dahulu. Liana pernah menceritakan bagaimana layanan luar biasa sepupu lelaki mereka itu pada isterinya dahulu. Sangkanya, dengan lamaran Iman terhadap Liana, semuanya akan selesai tapi sebaliknya pula.

            “Apa yang kau cakap pada Ammar kak? Apa semua ni?”

            Aku mula keliru. Pipiku terasa sangat pedih dan kebas. Aku mengesat cecair yang mengalir dari tepi bibirku. Merah pekat warnanya.

            “Aku tahu dik, apa yang kau dengan abang Iman pernah buat dulu. Aku bukannya buta. Memang aku ada cerita pada Ammar tentang hubungan korang berdua.  Ammar memang tidak percaya kata dia kau orang baik. Sekarang semuanya dah jelas. Dia dah tahu siapa kau sebenarnya.”

            “Aku sakit hati bila tiap kali abang Iman hanya beri perhatian pada kau. Sikit pun kau tak pernah hirau macam mana perasaan aku dik bila tiap kali korang berjumpa dan apa yang korang buat. Aku nampak semuanya dari dulu lagi dan aku sangka ianya dah berakhir bila kau dah kahwin. Ternyata, tanggapan aku semuanya salah dik.” Luah Liana.

Last edited by wipers81 on 20-8-2013 02:48 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2013 02:51 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


                  Rupa-rupanya,selama ini dia tidak berpuas hati dengan perhatian abang Iman terhadap adikkembarnya. Dia cemburu dengan Dayana.

              “ Kak, nampaknya kau dah salahfaham. Aku dengan abang Iman memang tiada apa-apa hubungan. Tak pernah ada apayang terjadi antara kami. Kalau dari dulu kau kata yang kau sukakan dia,sungguh kak, aku sanggup jauhkan diri dari dia. Aku sanggup buat apa sahajauntuk kau kak. Malah kalau kau suruh putuskan hubungan saudara dengan dia punaku sanggup kak!”

     Barulahaku tahu isi hati kembarku ini. Kalaulah dari dulu dia katakan padaku, sudahtentu aku lakukan apa sahaja walaupun kau suruh aku jangan langsung bercakapdengan abang Iman. Aku sanggup kak demi kau.

            “ Abang, Yanaminta maaf pada abang. Semuanya hanyalah salah faham.  Sumpah demi Allah abang. Saya tak tahu yangtadi tu adalah abang Iman. Mati-mati saya ingatkan abang tadi. Yana bukannya sengaja tidak memakai tudung. Yana keluar dari bilik tadi hanya untuk minum. Manalah Yana tahu abang Iman ada di situ. Tolonglah, jangan buat Yana macam ni bang. Abang, tolonglah percayakan Dayanabang…”

   Akucuba merayu padanya lalu akubangun cubamendapatkannya.

            “ Senang sahaja kau minta maaf. Dasarperempuan murahan!! Dulu dengan budak yang di JB tu, sekarang dengan sepupu kaupula. Berapa ramai lelaki yang kau dah goda ni hah? Dah berapa ramai lelakiyang kau serahkan tubuh kau….pang…..!!”

  Senyapsemuanya. Semua mata beertumpu ke arahku.

            “ Maruah saya tidak semurah itu!!Awak tiada hak untuk memijak harga diri saya seperti ini. Awak ingat awak orangyang mulia sangat ke………?”

    Namuntidak sempat aku menghabiskan ayat-ayatku…

            “ Dayana, jaga sikit mulut kamu tu!!Walaupun Ammar pernah buat silap tapi dia dah tebus kesilapan dia dengan mengambilkamu sebagai isterinya. Macam mana kami mahu percayakan kamu sedangkan Lianadan suami kamu menjadi saksi perbuatan sumbang kamu malam ni. Pak Uda taksangka sanggup kamu memalukan kami.” Marah Zaki.

Lepassatu, satu hal lain pula ditimbulkan oleh anak saudaranya itu. Andai kakaknyaZakiah masih hidup, bagaimana agaknya dia akan hadapi semua ini?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 02:53 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “ Ooo...senangkan jadi lelaki macamdia ni Pak Uda? Kiranya, kalau seorang lelaki cuba merogol seorang gadis, kahwinsaja dengan gadis itu untuk tebus kesalahan. Undang-undang mana yang semua orang pakai ni?”

Akubenar-benar tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Pak Uda. Anaknyayang membuat onar, aku yang dipersalahkan pula.

            “ Kau jangan nak biadap dengan PakUda kau dik. Mak Uda tak sangka perangai kau teruk sampai macam ni. Memang daridulu lagi Mak Uda tak berkenankan kamu. Selalu bagi orang sakit hati. Orang kata, biarlah rupa buruk asalkanperangai tak buruk. Tapi kau, dua-dua buruk..”

Sampainyahati Mak Uda aku  kata begitu…..

            “ Apa semua ni Mak Uda?!! Taksangka, sampai ke tahap itu semua orang membenci adik. Apa salah adik selamaini? Apa yang adik dah buat? Ya, memang adik ni buruk tapi adik juga adamaruah. Janganlah semuanya hukum adik macam ni. Seolah-olah adik yang bersalahdalam hal ini. Orang buruk macam adik ni, tiada hak ke untuk hidup bahagia? AbangIman, janganlah jadi lelaki yang dayus. Tolonglah terangkan  pada mereka yang semua ini hanyalah salahfaham. Tolonglah abang Iman.”

Akucubauntuk mendekatinya. Meraih simpati darinya supaya menjelaskan duduk perkarayang sebenar. Tapi, dia masih begitu hanya diam membisu.

            “ Sudahlah dik. Kalau kita terangkanpun, bukan mereka nak percaya. Abang tak nak cakap apa-apa lagi. Terserah padasemua untuk buat keputusan. Macam yang Iman katakan, sampai bila-bila Imanhanya sayang dan cintakan Lily Dayana Binti Hamid sahaja. Tiada wanita lain.”

Imanmeluahkan perasaannya. Biarlah, apa yang akan terjadi selepas ini dia akanmenanggung segalanya demi cintanya terhadap gadis ini.

Bulatmataku terbeliak memandangnya. Gila punya jawapan!! Nampaknya, sepupu aku nimemang betul-betul dah gila!! Aku mengetap gigiku…

            “ Iman, ko jangan nak jagi gila. Diadah jadi bini orang. Kau jangan nak malukan mak dengan abah. Kalau makberkenan, dah lama mak satukan ko dengan Yanani.  Kenapa ko tak boleh nak menerimaLiana? Apa kurangnya dia dan apa lebihnya si Dayana ni hah?!!!”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 02:55 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


              Kuat tempikan Mak Uda. Sudah jelas hari ini, sememangnya Mak Udaku memang tidak berkenan dengan aku selama ini.

            “ Sudah semua!!! Aku tak kira, selesaikan cepat perkara ni. Iman, ko jangan nak naikkan darah aku. Yang tadi ko melamar si Liana buat apa? Apa pun yang terjadi, atuk nak ko kahwin dengan Liana juga. Kalau ko nak aku mati cepat, ko buatlah perangai. Atuk tak kira, ko jangan nak ikut kepala ko saja.”

            Atuk sudah mula naik angin. Mendidih darah tuanya dengan perlakuan cucunya itu. Malu dia dengan cucu menantunya.

            “ Tidak!! Sesiapa pun tidak boleh memaksa Iman atuk!! Keputusan Iman muktamad. Iman berpegang pada kata-kata Iman tadi. Dalam hati Iman hanya ada Lily Dayana sahaja.”

            Bentak Amzar Shahiman. Sudah macam orang hilang akal lagaknya.  Dia sudah nekad. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting, dia boleh bersatu dengan gadis idamannya walau dengan apa cara sekalipun. Masha Allah, Iman benar-benar hilang kewarasannya.

            “ Abang Iman….!!!! Jangan jadi macam orang gila boleh tak? Cara abang ni, macam orang tak siuman. Dari dulu lagi adik katakan, yang adik hanya anggap abang Iman seperti abang adik sendiri. Tidak lebih dari itu!!....”

             Kemudian Liana mencelah….

             “Abang Iman, sampai hati buat Liana macam ni. Kenapa abang Iman? Selama ni, Liana memang sukakan abang Iman. Kenapa abang tak nampak semua tu? Kenapa bang…?”

             Liana menyembamkan mukanya ke bahu Mak Uda.

            “ Abang takkan ulang kembali apa yang abang cakapkan tadi Liana. Tiada siapa yang dapat megubah hakikat ini. Abang tetap dengan pendirian abang, Liana.”

            Jawapan yang diberikan oleh abang Iman itu ibarat sebutir peluru yang dilepaskan tepat mengenai kepalaku. Terasa bagai nak meletup kepalaku ini ditambah pula dengan rasa pedih yang sedang menjalar ke seluruh mukaku.

            “ Abang Iman memang betul-betul dah gila. Apa yang abang tak puas hati lagi hah?!! Ammar, tolonglah jangan macamni. Semua ni hanya salah faham. Kenapalah susah sangat awak nak percayakan saya. Insiden tadi terjadi secara tidak sengaja.”

Last edited by wipers81 on 20-8-2013 02:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 03:03 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


             Aku kemudiannya berpaling pada Ammar yang hanya diam membatukan diri.

            “ Sudahlah dik, orang dah tak percayakan kau lagi. Untuk apa kau terhegeh-hegeh pada dia. Mari, ikut abang. Kita keluar dari sini. Kita mulakan hidup baru. Hanya kita sahaja. Mari…”

            Abang Iman mendekati lantas memaut bahuku. Aku menepis tangannya.

            “ Berani kau sentuh isteri aku…”

             Ammar tiba-tiba menerpa ke arah kami. Mereka kembali bertumbuk.

              Aku cuba meleraikan mereka tetapi tanpa disangka Ammar telah tertumbuk perutku. Aku jatuh terduduk!! Senak ku rasakan perutku. Terasa pandanganku kabur. Sudahlah sakit dipipiku yang ditamparnya tadi belum reda. Ditambah pula dengan tumbukannya di perutku. Abang Iman mendapatkanku sementara ku lihat Ammar diam terkaku.

            “ Ya Allah, apa kau dah buat pada Yana Ammar!! Kau memang jantan tak guna!!  Kau memang tak layak jadi suami dia!!!”

             Iman menjerit pada Ammar. Lantas, dia memeluk tubuh gadis itu yang sedang terbaring kelesuan. Luluh hatinya tatkala melihat gadis itu diperlakukan seperti itu.  

            “ Iman, berani kau ya! Depan kami pun kau masih nak buat tak senonoh pada dia. Ke tepi kau, jauh dari dia. Kerana dia, habis porak peranda keluarga kita ni. Kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang saja. Ke tepi Iman!!..”

              Mak Uda meluru ke arah kami lalu menolak ku dengan kasar. Aku kembali jatuh terlentang. Aku memang sudah tidak berdaya lagi. Kesakitan mula menjalar ke seluruh tubuhku. Sungguh senak rasa perutku. Nafasku juga terasa semput menahan sakit.

              Sampai hati kau Ammar….

            “ Mak, jangan buat adik macam tu. Apa mak buat ni?”

              Iman menepis lembut tangan emaknya. Tidak sanggup dia melihat keadaan Dayana yang semakin lemah itu. Iman tidak menyangka sama sekali, keadaan menjadi bertambah buruk sekarang.

              Sampai hati mereka memperlakukan gadis kesayangannya ini. Dia dibelenggu rasa bersalah kerana memulakan semua ini. Inilah akibatnya kerana terlalu menurut hawa nafsu…..

Last edited by wipers81 on 20-8-2013 03:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 03:07 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia...


            “Abang, tengok!! Kerana anak saudara awak yang tak kenang budi ni, anak saya sekarang dah pandai melawan saya. Apa yang kau dah buat pada anak aku hah?!!!”  

             Dijerkahnya aku dengan kuat. Mengalir air mataku. Sampai hati mereka.

            “ Kau dengar sini Lily Dayana Binti Hamid, bersaksikan semua yang ada di sini, aku ceraikan kau dengan talak satu malam ini. Mulai esok, kita bukan lagi suami isteri!!!”  

             Laju sahaja mulut Ammar melafazkan cerai terhadap gadis itu. Dia tidak mahu lagi meneruskan hubungan ini. Pada Ammar, Dayana bukanlah perempuan yang baik.

            “ Astaghfirullahal’azim…Ammar kenapa kamu tak nak fikir dahulu sebelum kamu buat keputusan. Ingat Ammar, kamu tidak boleh berpatah balik selepas ini. Bawa mengucap Ammar.”

             Atuk cubameredakan keadaan yang semakin tegang. Dia terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh cucu menantunya itu. Walaupun dia marah dengan perbuatan cucu-cucunya, namun padanya perkara masih lagi boleh dibawa berbincang.

            “ Sampai hati abang buat saya begini. Saya dah tak tahu nak terang bagaimana lagi abang. Kalau itu keputusan abang, saya rela. Saya akan pergi. Kepada  semua yang ada di sini, terima kasih kerana banyak ‘membantu’ Yana. Terima kasih abang Iman untuk semua ini. Yana akan kenang ‘jasa’ semua orang sampai bila-bila.”  

            “Ampunkanlah segala dosa Yana dan halalkan makan minum Yana selama ini. Yana doakan semoga sinar kebahagiaan akan muncul kembali dalam keluarga ini selepas pemergian Yana nanti.Liana, kau jagalah diri kau elok-elok. Aku minta ampun pada kau. Aku doakan moga kau akan mendapat jodoh yang baik kelak.”

            Aku terus berlalu dengan juraian air mata tanpa menghiraukan kesakitan yang kian mengasak ke seluruh tubuhku. Nampaknya, aku sudah tidak diperlukan dalam rumah ini lagi. Jadi, untuk apa lagi untukaku terus berada di sini.  

            Biarlah aku pergi membawa diri. Semoga rumah ini akan memperoleh ketenangan yang telah aku ragut selepas pemergian ku ini.

            Berbahagialah semua….




Last edited by wipers81 on 20-8-2013 03:11 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 03:15 PM | Show all posts

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia)...


          “ Mari, abang hantarkan kau. Dah siap kemas ke baju kau dik?”

           Nampaknya abang sepupu aku ni masih belum mengalah. Sengal rasa seluruh tubuhku. Terasa malas pula nak menjawab pertanyaannya itu. Sibuk saja tanya aku. Bukan ada kaitan apa pun dengan dia.

            “ Tak payahlah nak bersusah payah kerana adik lagi. Biarlah adik pergi sendiri.”

             Malas sebenarnya aku nak melayan manusia ni. Aku bangun. Selepas mengenakan tudung, aku membawa sebuah beg keluar dari bilik. Kelihatan, semua orang yang aku sayangi masih duduk di dapur rumah atuk.

            Aku menghampiri atuk, menghulurkan tanganku untuk menyalaminya.  Walaupun dia menyambut huluran tanganku tetapi dengan pantas dia menariknya kembali. Begitu juga dengan Liana. Mak Uda, langsung tidak mahu memandang mukaku. Aku bersyukur kerana Pak Uda masih sudi menyambut huluran tanganku. Aku menghampiri Ammar.

            “ Abang, saya minta maaf atas segala silap dan salah saya. Halalkan makan dan minum saya selama kita menjadi suami isteri. Walaupun hanya seketika saya menjadi isteri awak, itulah kenangan manis yang takkan saya lupakan sampai bila-bila.”

             Aku cubameraih tangannya namun dia menarik dengan kasar tangannya. Benci sungguh dia dengan aku.

            “ Pak Uda minta maaf atas apa yang terjadi. Maafkan Pak Uda di atas kata-kata Pak Uda tadi. Pak Uda harap kau pandai-pandailah jaga diri nanti. Maafkan Pak uda sebab tak dapat menjaga kau lagi.”

             Hanya itu sahaja kata-kata Pak Uda padaku.

             “Pak Uda tak bersalah begitu juga dengan yang lain. Adik salahkan diri adik kerana tidak pandai menjaga diri selama ini. Tak guna adik ke sekolah agama, tapi adik tidak mengamalkan apa yang telah diajar di sana tentang batasan dalam pergaulan. Adik akan jadikan semua ini sebagai pengajaran.”

              Hanya itu yang mampu aku katakan buat masa ini. Aku kemudiannya  melangkah menuju ke pintu dapur rumah atuk. Sempat ku kerling ke jam dinding rumah atuk, pukul enam pagi. Pagi masih muda, kelam suasana di luar rumah atuk. Ke mana aku perlu pergi di awal pagi seperti ini? Bas pun belum mulakan perkhidmatan lagi.

            “ Mari kita pergi bersama!! Apa pun yang terjadi selepas ini abang akan selalu ada di sisi kau dik.”

            Aku tak mampu menghalang. Abang Iman menarik tanganku supaya mengikutinya. Aku mengikutinya hingga ke keretanya. Dia kemudiannya meletakkan beg pakaianku dalam bonet keretanya.

            “ Iman, kau nak ke mana tu? Masuk Iman!! Mmak tak nak kau tolong dia. Dia yang nak keluar dari rumah ini. Takde sapa yang halau dia. Masuk Iman…!!!”

            Pekik Mak Uda. Iman tidak mengendahkan jeritan ibunya.  

            “ Mak, abah...maafkan Iman. Selagi Dayana tidak diterima kembali dalam rumah ini, selagi itulah Iman takkan balik. Iman pergi dulu mak. Maafkan Iman sekali lagi dan halalkanlah makan minum Iman.”

            Lalu, terus sahaja dia menarik tanganku dan menyuruhku masuk ke keretanya. Aku hanya menurut sahaja. Aku terpaksa mengikutnya kerana aku sudah tidak betah untuk berada di rumah atuk walau untuk seketika. Tidak lama kemudian, keretanya berlalu pergi meninggalkan rumah atuk. Selamat tinggal semua. Semoga suatu hari nanti, kebenaran akan terbukti dan semoga kalian semua akan berbahagia.

            Liana, jagalah diri kau dan jagalah atuk…………



Last edited by wipers81 on 20-8-2013 03:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2013 05:33 PM | Show all posts
Kan dah cakap mesti yana dibenci kembali oleh semua org....
Sedihnya     siannya yana kena seksa....
Ammar memang lelaki x guna, harap muka je hensem
Baguslah dah bercerai pun
Muga2 yana tabah menghadapi segala2nya ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 05:35 PM | Show all posts
MsIda posted on 20-8-2013 05:33 PM
Kan dah cakap mesti yana dibenci kembali oleh semua org....
Sedihnya     siannya yana kena se ...

huhuhu....tulah MsIda.....sabar...nantikan bab yang seterusnya lagi sedih....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2013 09:26 PM | Show all posts
bila kawin usia muda.. mcm tu laa.. masing2 tak matang lagi..
jgn samakan org dulu2 ngan muda mudi sekarang.. tak samaaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2013 09:31 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 20-8-2013 09:26 PM
bila kawin usia muda.. mcm tu laa.. masing2 tak matang lagi..
jgn samakan org dulu2 ngan muda mudi  ...

betul tu cmf_conan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 11:43 AM | Show all posts
kijamnya....

harp2 yana dpt jalani idup ngan tabh....jgn ler seksa sgt watk yana ni ya penulis...akak x sanggup... akak jenis hati layu & rapuh bak kelopak ros yg gugur dr tangkainya...uhuhuhukkk...tu pasl akak lambt baca karya ko nik dik...harp2 ada sinar menanti...sokong yana ngan fahim...berjodohn hendknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 11:48 AM | Show all posts
sellie003 posted on 21-8-2013 11:43 AM
kijamnya....

harp2 yana dpt jalani idup ngan tabh....jgn ler seksa sgt watk yana ni ya pe ...

huhuhuhu....itulah kehidupan yana akak......akan ada juga sinar kebahagiaan menanti dia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.371479 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list