|
TJ2 posted on 28-2-2013 10:00 AM
Accident tu cume berlaku dlm mimpi Dzariff...bukan realiti.
Delia sbnrnya sihat walafiat
Kesian Ir ...
Ha ha ha ingat ada sbg lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
uh...lega..ingatkan betul2 kejadian delia eksiden....
bila mau sambung lagi???
|
|
|
|
|
|
|
|
next n3 pliss! rasa mcm nak meroyan tunggu n3 Tj2 ni..ekeke! |
|
|
|
|
|
|
|
Ala ye keeee...mimpi semata...aduhaiiii leh sakit jantung den nih.....tapi ye keee...
|
|
|
|
|
|
|
|
ptg2 skit br post n3 baru ek... |
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 28-2-2013 10:00 AM
Accident tu cume berlaku dlm mimpi Dzariff...bukan realiti.
Delia sbnrnya sihat walafiat
Kesian Ir ...
Ooo... dah agak dah masa baca semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sori n3 pndk...
tak cukup masa nak taip panjang2...
Bab19
Telefon bimbit yang berdering-dering mengganggu konsentrasi Delia yang sedang leka menyiapkan minit mesyuarat untuk ‘family day’ Akram. Mentang-mentang dia setiausaha, dalam family day committee pun dia terpaksa rela untuk jadi setiausaha juga. Tak mencabar betul! Lain kali bagilah jawatan Chairman ke. Eh! Silap-silap, Chair women sebab dia kan perempuan. Ayu lagi hehehe…
Dahi berkerut seribu bila nama Kak Ila, si pengasuh Dani dan Dania terpampang di skrin telefon. Tak pernah-pernah Kak Ila telefon. Selalunya dia yang akan hubungi Kak Ila untuk bertanyakan karenah Dani dan Dania.
Serta merta dadanya berdegup kencang. Janganlah ada perkara buruk berlaku pada anak-anaknya! Boleh kena heart attack dia nanti!
“Assalamu’alaikum, Kak.”
“Wa’alaikumussalam. Lia, budak-budak hilang…”
“Hilang???”
Darah terus naik ke kepala. Suara cemas Kak Ila di hujung talian benar-benar menakutkan Delia. Tanpa sedar Delia bangun dan melangkah laju ke bilik Ameer. Hani yang pelik dengan gelagatnya dijeling sekilas.
“Tadi budak-budak tu ada main dekat depan dengan akak. Lepas tu akak masuk dalam nak ambik baju. Bila keluar, diorang dah takde.” KakIla kedengaran termengah-mengah. “ Lia ada suruh orang ambil diorang macam hari tu ke?”
“Takde, Kak. Ya Allah, kemana pulak diorang pergi ni?”
Last edited by TJ2 on 1-3-2013 11:44 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Tak tau. Akak dah cari merata. Kat taman permainan depan ni pun takde, Lia. Dah jenuh akak cari.”
Lutut terasa longgar. Langkahnya terasa goyah. Lantai yang dipijak terasa beralun seperti ombak. Jangan tergolek sudah.
“Akak tunggu. Kejap lagi saya balik.”
Pintu bilik Ameer ditolak tanpa mampu diketuk. Ameer yang sedang berbincang dengan Mr Chua dari bahagian pemasaran angkat dan pamer wajah tidak senang. Jelas lelaki itu marah dengan tindakan Delia memasuki biliknya tanpa sebarang arahan.
“Don’t you how to knock the door, Delia?”
“I nak balik. Dani dengan Dania hilang.” Ucap Delia tanpa menjawab soalan tadi. Tidak mahu menunggu jawapan Ameer, dia terus berpaling dan melangkah keluar. Perasaannya ketika itu tidak mampu untuk diterjemah dengan sebarang perkataan.
Meja yang berserabut dengan pelbagai kertas dikemas ala kadar sementara menanti monitor komputernya padam. Hani memandangnya pelik.
“Yang kau kemas-kemas bagai nak rak ni kenapa?”
“Aku ambil emergency leave. Anak-anak aku hilang.”
Mulut Hani sudah ternganga besar. Dia pasti Delia tidak bergurau kerana riak wajah temannya itu tampak keruh. Lagipun mana ada orang nak main-main isu anak hilang! Buang tabiat ke hape!
“Macamana boleh hilang ni, Dell?”
Delia angkat bahu. Dia sendiri belum ada jawapan untuk itu.
“Aku gerak dulu. Nanti aku update kau!”
Langkah diatur pantas. Delia Cuma mampu tersenyum tipis bila berselisihan dengan staff-staff Akram yang lain. Pasti ada yang pelik melihatnya berjalan seperti tidak cukup tanah. Mujur hari ini dia memakai seluar panjang. Kalau pakai baju kurung, mau dia angkat kain bagi membolehkannya melangkah luas.
Last edited by TJ2 on 1-3-2013 11:46 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Dell…”
Jeritan itu memaksa Delia untuk menoleh. Ameer kelihatan sedang berjalan laju ke tempat di mana dia sedang berdiri.
“Kenapa?”
“Nak ikut you.”
“Bukan you tengah ada meeting dengan Mr Chua?”
Ameer senyum. Mana mungkin dia mampu untuk meneruskan perbincangan bila tahu Dani dan Dania hilang. Lagipun duit sentiasa boleh dicari.Tapi kalau anak-anak?
“That’s can wait. Lagi pun,I tak rasa I boleh lepas you drive sendiri dalam situasi macam ni. You tu bukan boleh percaya sangat.”
Lelaki itu membuka langkah dan menarik Delia untuk melangkah bersama. Delia Cuma akur tanpa banyak soal. Di waktu ini dia lebih memikirkan soal anak-anaknya yang hilang dari rumah pengasuh.
Berdiri di ruangan menunggu lif ini amat merimaskan. Butang lif ditekan berkali-kali namun lif yang dinanti masih tidak kunjung tiba. Delia mendengus. Masa nak cepatlah lif ni buat hal. Selalu laju je!
Hampir tiga minit berdiri akhirnya pintu lif terbuka.Tidak berfikir panjang Delia terus masuk dan tekan butang G. Lantaklah kalau ada orang lain nak masuk pun! Yang pasti dia mahu cepat tiba di rumah Kak Ila.
“You ada suruh Pak Latiff ambil budak-budak ke?” Tanya Delia pada Ameer sewaktu mereka di dalam lif. Ameer menggeleng pantas.
“Kan Pak Latiff takde. Bawak baba dengan Ummi balik Melaka.” Ameer longgarkan tali leher yang terasa seolah menjerutnya. “Lagipun, mesti I bagitau you kalau I buat macam tu.”
Delia terangguk-angguk. Ada betulnya kata-kata Ameer. Jadi, kemana budak-budak itu pergi? Dan tiba-tiba terlintas di fikiran Delia apa yang pernah di ucapkan oleh lelaki yang berkumis halus sewaktu menyerangnya dulu. Sesuatu yang lebih buruk akan berlaku jika dia masih merapati keluargaTan Sri Rashdan. Apakah?
“Jangan-jangan orang jahat hari tu culik budak-budak sebab I tak ikut cakap diorang.”
“Maksud you?” Tanya Ameer pada Delia yang tampak amat resah.
“Kan diorang cakap jangan rapat dengan you atau family you lagi. Tapi I tak ikut. I masih datang rumah you, kerja dekat sini. Siap nak kahwin dengan you lagi. Ya Allah!”
“Tak payah nak percaya benda tu semua la…”
“Kalau betul macamana?”
Dia tidak boleh kehilangan Dani dan Dania. Cukuplah kehilangan-kehilangan yang dia lalui selama ini. Andai kehilangan lagi, Delia tidak pasti samada dia mampu untuk meneruskan hidup atau pun tidak.
“Listen…” Ameer pegang pipi Delia kiri dan kanan. Dia mahu perempuan muda ini memandang matanya. “Kalau betul…I akan pastikan Dani dan Dania kembali pada kita walau dengan apa cara sekali pun dan I janji bendan i tidak akan berulang lagi.”
“Kalau tak jumpa diorang macamana?”
“Jangan fikir negative boleh tak? Just pray for the best,ok!”
Ameer gosok kepala Delia. Pertama kali dia nampak Delia lemah sebegini. Ini membuktikan Delia sebenarnya tidak sekuat mana. Masih seperti perempuan-perempuan lain di luar sana walau pun Delia berusaha kuat untuk tidak kelihatan begitu. Hakikatnya dia masih perlukan seseorang untuk menjadi pelindung dan menjadi tempat untuk mengadu.
Pintu lif terbuka dan mereka terus melangkah beriringan ke kereta. Delia tidak putus-putus berdoa agar Dani dan Dania selamat kerana saat ini cuma itu yang mampu dia lakukan…
Last edited by TJ2 on 1-3-2013 11:48 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hukhuhkhuk....su plak yg terlebih debar nih....aduhaiiiii anak2 lak hilang......semoga semua selamat.......pleasee.........
|
|
|
|
|
|
|
|
btimpa2 masalah dtg mganggu delia..kesian nye... |
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi Dzariff...bukan realiti.....
hampir menjadi realiti dah ni dgn kehilangan Dani & Dania.....
He he he he naluri hati seorang "ayah"
Last edited by qimi08 on 28-2-2013 05:35 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
stars83 posted on 28-2-2013 05:32 PM
btimpa2 masalah dtg mganggu delia..kesian nye...
Jangan risau...
lps ni dh xde masalah lagi.
leh fokus pd wedding Delia |
|
|
|
|
|
|
|
bukan abang kamal pernah adam contact time nak risik pasal delia kt sydney.. ke salah cerpen aku ni.. hahahaha... tp tapiii tapiiiiiiiiiiiiiiiii nak delia dgn adammmmmmmmmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
alamak mimpi je ke.ingat betul2 accident..sori la datin aina dgn irina,hari tu i tuduh u all punya keja
|
|
|
|
|
|
|
|
tp kan,kehilangan anak2 delia mesti irina dgn datin aina punye keje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan mimpi lagi sudah.....suspen gila.... |
|
|
|
|
|
|
|
stars83 posted on 1-3-2013 08:16 AM
tp kan,kehilangan anak2 delia mesti irina dgn datin aina punye keje..
Ramalan ku juga begitu...huhuhuh...apepun kite tgk ape nk ditulis oleh tt lg...huhuh... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|