CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 1-5-2012 11:04 PM | Show all posts
Ok.. cukuplah sini dulu.

Good nite...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2012 11:12 PM | Show all posts
ok, c u tomorrow...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 12:21 AM | Show all posts
Reply 241# Nicki_Meow

Thanks Nicki for the entry....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 01:43 PM | Show all posts
faiz jelous....slow sgt la faiz ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 02:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 14:53

Part 2 - Episode 33

Faiz masih lagi melayari internet, mencari hotel atau chalet yang sesuai di Pulau Pangkor. Tapi, tumpuannya tidak di situ. Otaknya masih memikirkan kata-kata Mariam.

“Kau jangan tiba-tiba si Ad tu dah kena sambar dengan orang lain, baru kau nak ternganga” Mejanya di ketuk dengan pen berulang-ulang kali. Hatinya di serang rasa cemburu.

Pandai pula kau nak cemburu ya….

Tangannya mencapai telefon tapi dia terhenti sebentar.

Kau telefon dia, nak cakap apa?

I Love you...

Mangkuk! Mestilah dia ingat kau main-main kalau tiba-tiba buat macam tu.

Telefon di letakkan kembali. Faiz menggaru-garu dagunya, berfikir agak lama. Kemudian, jarinya kembali menekan tetikus.

“Encik Faiz, you dah check quotation yang I buat?” Di depan pintu, Aznim bertanya.

“Belum lagi. Sebelum lunch saya confirm” Faiz menjawab. Aznim mengangguk lalu mula melangkah untuk kembali ke mejanya.

“Kak Nim, sekejap” Faiz menahan. “Duduk dulu” Aznim menurut.

“Yes?” Aznim bertanya.

“Tolong call Jacklyn, boleh?” Kening Aznim berkerut tapi mengangguk kemudiannya.

"Then?"

“Two Sea Villas on this date.” Faiz  menulis sesuatu di atas kertas lalu menunjukkan kepada Aznim.

“Use my privilege card. Then, minta tolong Jacklyn arrange sekali boat transfer” Aznim mengangguk.

“Anything else?” Faiz terfikir-fikir.

“Candle light dinner for two on this date” Nombor lima yang bertulis di atas kertas, dibulatkan. Aznim tersenyum. Kertas bertukar tangan.

“Okay, no problem” Aznim tersenyum lagi.

“Kenapa special sangat kali ni?” Walaupun sudah dapat mengagak jawapannya, Aznim sengaja bertanya. Faiz hanya tersenyum, tidak menjawab soalan.

“Thanks, Kak Nim”
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:26 PM | Show all posts
aha...faiz x gugup ke nk candle light dinner tu?

ok, next
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-5-2012 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 3-5-2012 21:00

Part 2 - Episode 34

‘‘Dah lama aku tak nampak laut secara live’’ Mariam berkata apabila turun dari kereta. Lea ketawa. Ayat Mariam macam seumur hidup tak pernah nampak laut.Mereka baru sahaja tiba di Jeti Marina Bay, setelah melakukan perjalanan selama hampir empat jam dari Kuala Lumpur ke Lumut.

“Jom, ambil gambar” Dani mengajak. Lalu mereka pun membuat bermacam-macam gaya untuk gambar kenangan.

“Ambil gambar Ad dengan Faiz” Suruh Mariam.

“Cepatlah Ad” Dia menggesa pula setelah melihat Lea sengaja melambat-lambatkan pergerakan. Faiz hanya tersenyum.

“Rapatlah sikit. Macam laki bini bergaduh je ambil gambar macam tu” Mariam membebel lagi. Lea memutarkan mata ke atas.

“Susahlah dapat director cerewet macam ni” Faiz ketawa mendengar ayat Lea.

“Layankan je’’ Lea pula tertawa kecil mendengar ayat Faiz. Gambar di ambil lagi. Tiba-tiba Lea terasa ada tangan yang memegang bahunya. Serentak dengan itu, dia menoleh ke arah Faiz tapi Faiz tidak memandangnya, hanya memandang ke depan. Rentak jantungnya mula menjadi tidak teratur.

“Ad, tengok kamera” Bagai di pukau, Lea memandang ke depan.

“Okay.. dah. Korang tunggu sini, aku pergi beli ticket feri” Dani berkata.

“Tak payah. Kita naik private boat” Kata-kata Faiz membuatkan mereka terdiam.

“Jom”

***********************************************************

“Sini bukan Teluk Nipah, kan?” Lea bertanya. Walaupun dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor, dia yakin ini bukanlah kawasan Teluk Nipah. Gambar dalam internet tak sama dengan apa yang ada di depannya sekarang. Lea memandang Mariam yang sedang memandang Dani, yang sedang memandang Faiz. Tapi Faiz buat tak endah.

“Memanglah bukan” Faiz membalas. Memang sengaja dia memilih Pangkor Laut Resort. Tidak sesak seperti di kawasan lain. Dan tempatnya… lebih romantik…

“Hello Mr. Faiz” Mereka di sapa oleh seseorang.

“Hi Jac…and please stop calling me Mister” Jacklyn ketawa dan mereka bersalaman.

“Aznim told me you will arrive today” Faiz mengangguk.

“This is my friend, Dani and his fiancée, Mariam. This is Adalea” Mereka tersenyum.

“Oh, so this is your girlfriend…” Muka Lea merah tiba-tiba. Semakin merah bila Faiz mengangguk sahaja sambil tersenyum memandangnya.

“Hello. I’m Jacklyn Raj. Please call me Jac” Jacklyn menyapa mereka. Dia adalah Ketua Pengurus dibahagian pemasaran di Pangkor Laut Resort. Dia dan Faiz sudah saling mengenali agak lama dan sering berurusan.

“So Faiz, have you check in?”

“Not yet”

“Come, let me assist you” Jacklyn membawa Faiz ke kaunter Front Office untuk urusan daftar masuk.Manakala Dani, Mariam dan Lea masih berdiri, tercengang.

“Awak cakap, kita stay kat Teluk Nipah?” Mariam bertanya pada Dani.

“Tulah pasal. Si Faiz ni, tiba-tiba tukar plan” Dani menjawab. Mereka berdua serentak memandang Lea.

“Kenapa tengok aku?” Lea pula seperti serba salah.

“Thanks for everything, Jac” Faiz sudah kembali.

“No worries. Hope you and your friends will have an enjoyable moment here” Jac berkata kepada mereka berempat, tersenyum dan meminta diri untuk pergi.

“Yang korang tercegat depan ni kenapa?” Barang-barang mereka telah diangkat ke dalam troli. Seorang bellboy telah sedia berkhidmat.

“Huh, lantak.Kalau korang nak tidur kat lobby, korang punya pasal” Kata Faiz apabila mereka masih tercengang di hadapannya.

**************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 03:39 PM | Show all posts
Reply 246# sarizu

Gugup kak...(Tolong jawab bagi pihak Faiz )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2012 03:50 PM | Show all posts
“So, esok apa plan?” Tanya Dani. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pangkor agak meletihkan. Jadi malam ini mereka mengambil keputusan untuk berehat saja dulu. Esok baru segala aktiviti di mulakan.

“Lompat pulau, lepas tu kita snorkelling. Aku dah sewa bot” Kata Faiz. Sambil berbual mengadap laut, gitar di tangannya di petik walaupun tiada lagu yang di mainkan.

“Next day?”   

“Jungle tracking” Faiz menjawab lagi.   

‘‘Bro, kenapa lu tak cakap awal-awal kita check in kat Pangkor Laut?’’

‘‘Saja. Kalau aku cakap awal-awal, mesti lu tolak punya kan?” Jawab Faiz.

“Tapi, tempat ni mahal beb. Aku tak...”

“Kau jangan risau pasal tu lah” Pantas Faiz memotong kata Dani

“Lagipun, entry kali ni aku nak buat special sikit, Heaven on Earth’’ Tambahnya lagi.

‘‘Heaven on Earth ke, Heaven dengan Ad?” Tempelak Dani.

“Mana-mana ajalah” Kata Faiz. Dia tersenyum lagi. Pandangannya di arahkan kepada chalet yang terletak beberapa meter di sebelah kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:53 PM | Show all posts
kaka sarizu bleh temankan...
(smbil dlm hati nk goda faiz sebab anak org kaya :@ )
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 03:59 PM | Show all posts
yeah...fariz ada kemajuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:04 PM | Show all posts
Reply 251# sejuk

Err.. kaka.. salah hero tu.

Fariz hero kat rumah PLK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:11 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 35

Bot yang di sewa sudah berada di tengah Laut. Lea memandang ke bawah melihat air laut yang jernih. Terdapat banyak ikan yang berwarna-warni berenang-renang ke sana ke mari. Lea menjadi teruja, seperti ingin saja dia masuk ke dalam laut, berenang sekali dengan ikan-ikan itu.  

“Kau pandai berenang tak?” Faiz yang berdiri di sebelahnya, bertanya.

‘‘Berenang katak aku pandai’’ Lea membalas membuatkan Faiz ketawa.

‘‘Nah’’ Faiz menghulurkan alatan snorkeling kepada Lea.

‘‘Macam mana nak pakai?’’

‘‘Tak reti pakai?’’ Lea menggeleng. ‘‘Macam pakai spec kan ?’’ Faiz ketawa sambil menggelengkan kepala.

‘‘Pusing sini’’ Lea berpusing mengadapnya dan Faiz memakaikan goggle di kepala.

“Okay tak? Ketat sangat?’’ Lea menggeleng.

“Yang ni, untuk kau bernafas. Make sure bahagian atas ni tak masuk sekali dalam air’’

‘‘Kalau masuk juga?’’

‘‘Itu namanya sambil menyelam, sambil minum air’’  Lea ketawa. Faiz turut tersenyum, memandang Lea di hadapannya, lama.

‘‘Kenapa tengok aku macam tu?’’ Lea bertanya.

‘‘Cantik’’ Lea terdiam.

‘‘Macam Alien nak pergi perang’’

“Kurang asam!’’ Faiz ketawa lagi. Dia juga sudah memakai goggle, bersedia untuk masuk ke dalam laut.

“Jom’’ Faiz mengajak.

‘‘Kenapa?’’ Faiz bertanya apabila melihat Lea teragak-agak.

‘‘Takutlah, aku tak pernah snorkeling’’ Lea memberi pengakuan jujur. Tiba-tiba dia terasa cuak, risau sekiranya lemas.

“Jangan risaulah. Aku ada’’

‘‘Jom’’ Faiz tersenyum, sambil menghulurkan tangan. Lea menarik nafas. Hatinya berdebar. Tak tahu sama ada kerana takut hendak masuk ke dalam air, ataupun sebab Faiz…

********************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:19 PM | Show all posts
“Romantiknya kau dengan Faiz sekarang’’ Mariam mengusik. Dia sedang menyikat rambut, bersiap-siap untuk keluar.

‘‘Mana ada?’’

‘‘Dari semalam aku perhatikan. Atas bot, masa makan, masa jungle tracking…’’ Lea hanya diam, tidak menjawab, cuma tersenyum.

“Kau tak nak ikut aku?” Mariam bertanya.

“Candle light dinner? Tak naklah. Takkan aku nak kacau daun” Lea menjawab. Mariam hanya tersenyum.

“Dani pun satu, tak nak cakap awal-awal, boleh aku bawa baju yang vogue sikit. Ini pakai jeans dengan t-shirt je, tak feel langsung” Lea tersenyum lagi mendengar Mariam mengomel.

“Betul kau tak nak ikut ni?” Lea menggeleng.

“Aku nak rest, penatlah” Lea berkata. Aktiviti sepanjang hari ini dan semalam memang membuatkan dia keletihan.

‘‘Okay. Aku pergi dulu ya..’’

‘‘Enjoy your romantic dinner’’ Mariam tersenyum dan terus berlalu.

‘‘Romantiknya kau dengan Faiz sekarang’’ Lea membuang pandang ke arah chalet yang terletak beberapa meter di sebelah kiri. Dia tersenyum sendiri.

***********************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:24 PM | Show all posts
kaka sarizu bleh temankan...  
(smbil dlm hati nk goda faiz sebab anak org kaya  ) :l ...
sarizu Post at 3-5-2012 15:53


Auntie pun nak tumpang sekaki MINUS menggoda part..... Cuma nak jadi chaperon jer.....

Meooowww......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:27 PM | Show all posts
Reply 255# auntieagony

Wah wah wah... Auntie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply  auntieagony

Wah wah wah... Auntie...
Nicki_Meow Post at 3-5-2012 16:27


Tumpang berangan jer -------> FOC kan?  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2012 04:31 PM | Show all posts
kalau auntie pun ada hati apatah lagi kaka ni...

ehhh...sapa yg candle light dinner nih?

ok, ok, jap lg faiz call lea eh?

kaka sarizu dlm mood waiting ...  call from faiz too ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:39

Mariam sudah lama keluar dengan Dani, sejak petang tadi. Lea agak bosan, lalu dia mengambil keputusan untuk keluar ke pantai seorang diri. Bayu malam bertiup damai. Terasa nyaman mengambil angin di tepi pantai. Matanya memerhatikan keindahan ciptaan Tuhan. Pantai ini memang cantik dan esklusif, memang sewajarnya Pangkor Laut Resort memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa.

Semakin jauh dia berjalan, telinganya menangkap petikan gitar. Lea menarik nafas. Semakin dekat dia dengan suara itu. Bait-bait lagu itu terdengar indah sekali. Ikutkan hati, hendak saja dia mencurahkan perasaan pada Faiz tapi dia malu. Akhirnya, dia sayu sendiri melayan perasaan.

Tak usah kau terangkan ku tahu
Potret wajahmu di setiap penjuru
Curahkan deritamu padaku
Biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
Lagu yang ku tulis ku nyanyikan
Lagu cinta tentang kita berdua
Yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
Bersama rasa sayang
Ku biarkan kau terbang
Terang terang
Sudut kecil ku isi
Untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
Yang tak kembali
Aku janji
Janji takkan pergi..






“Faiz” Petikan gitar terhenti. Faiz menoleh ke belakang. Dia mengangkat kening.

‘‘Berapa lama kau dah berdiri kat belakang aku?’’

‘‘Sempatlah dengar kau habis 2,3 lagu. Nasib baik tak hujan” Lea berseloroh. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Faiz. Matanya kembali melihat laut yang terbentang luas.

Gitar di tangan di mainkan lagi. Sambil itu, Faiz mencuri-curi pandang menatap Lea, tidak pernah bosan, tidak pernah jemu. Ingin saja dia membelai rambut Lea yang ditiup angin. Ingin saja dia memeluk gadis itu dan berkata “Aku cinta padamu” Tapi, entah kenapa, dia belum mampu menyatakan isi hati.

Sekarang.

Beritahu dia, yang kau sayangkan dia.  

Cakap kau nak kahwin dengan dia.

Cakap yang kau nak habiskan seluruh hidup kau dengan dia.

SEKARANG!

“Ehem.. Lea” Lea menoleh.

Aduh mulut. Kenapa berat sangat kau nak cakap ni?

“Ada apa?” Lea bertanya setelah Faiz terdiam lama memandangnya.

“Lea... aku... aku sebenarnya ….”

“Hai....” Terdengar suara menyapa. “Ad, aku cari kau kat chalet tapi kau takde... tu aku bla bla bla”

Telinga Faiz hanya dapat menangkap ayat pertama Mariam. Selebihnya tidak diendahkan, dibiarkan di tiup angin laut Pulau Pangkor. Dia menarik nafas. Jarinya di lalukan di kepala, menolak rambutnya ke atas.

Dia memandang Dani yang tersengih memandangnya. Lalu dia pun tersengih sama.


*****************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2012 04:38 PM | Show all posts
Reply 257# auntieagony

Boleh auntie.. FOC je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.205263 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list