|
nenek kamsia yang curik phone cik es ni...hahaha, nenek kamsia dah upgrade dari guna phone rumah jadi handphone.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabarnya nak tau sapa yg call danny tu.... cik es suka je buat orang suspen. |
|
|
|
|
|
|
|
Cik Es...citer awak nie memang terbaekk....cam cerita drama bersiri dalam TV lak... tahniah cik es..tak sabar menanti cerita seterusnye.... |
|
|
|
|
|
|
|
ku jenguk kot kot ade hapdet |
|
|
|
|
|
|
|
jenguk juga tp blom ada hapdate... |
|
|
|
|
|
|
|
cek in...
tak sabar tunggu sambungan.... |
|
|
|
|
|
|
|
erkk lom ada lagi ke cont.nyer cik es... |
|
|
|
|
|
|
|
takyah la korang asek tanyer update je. biar la cik es amik masa dia sendiri... tgk semalam cik es dah majuk kat FB... cian dia tau... |
|
|
|
|
|
|
|
5 ...
Danny memandang aku,aku siap angkat-angkat kening lagi nak suruh dia bagi hint siapa yang call tu. Mana tau ade orang jumpa handphone aku lepas tu call sebab nak bagi balik ke kan? Berfikiran positif la sangat padahal waktu tu aku macam expect Nenek Misteri tu yang call. Danny cuba letak handphone tu ke telinga aku, kedengaran macam ada bunyi orang kunyah gula-gula getah tapi orang yang di sebelah sana, cuma diam membisu.
"Err... Hello?" dengan nada teragak-agak, aku pulak cuba untuk bercakap. Rasa janggal, dah la nombor diri sendiri yang call, lagi-lagi dengan perkataan Heart tu, aku berperang dengan perasaan aku sendiri yang hanya Tuhan je tau pergelutan perasaan ni.
Selepas berulang kali sebut Hello,masih jugak takde respond dan talian terputus sendiri. Waktu tu baru aku perasan kakak yang jaga kaunter tu dah pun siapkan kad pengenalan sementara aku, saiz A4 lagi dengan gambar hitam putih. Cepat-cepat aku hulurkan duit sebagaimana yang kakak jaga nombor giliran tu bagitau sebelumnya. Berkerut jugak dahi kakak tu mula-mula.
"Banyaknya, bayaran untuk proses RM 10 saja cik" Ok, kali ni giliran aku pulak kerut dahi.
"Eh,tadi kakak yang jaga nombor giliran tu cakap RM 300 (atau RM200 aku lupak pulak)"
"Oh..yang itu untuk mereka yang hilang kad pengenalan sebab faktor cuai. Macam kes cik ni, kena curi memang takde bayaran. Sama jugak macam kes rompak, ragut. Memang takde bayaran kecuali RM10 untuk bayaran proses sahaja" kakak tu senyum.
Adeh ... dalam perasaan terkejut tu, aku lega la jugak. At least jimat jugak duit aku,tak la spent banyak sangat semata-mata untuk sekeping kad pengenalan je. Aku dengan Danny keluar dari situ, dan aku hulurkan balik duit yang dia bagi tadi. Danny geleng kepala, tak nak ambik pulak. Aku masukkan balik duit tu ke dalam poket aku tanpa cakap apa-apa, kepala aku pening dan aku rasa tak bertenaga langsung.
"Awk dah makan?" Danny berhenti melangkah. Melihat dia berhenti melangkah,aku pun berhenti. Lapar begitu terasa sekali, dan aku dah tak mampu bertahan. Kaki aku menggigil dan tangan aku terasa sejuk menahan lapar. Aku nak sangat balik sebab aku rasa letih tapi waktu macam ni, abang aku belum balik lagi dan aku takut nak duduk rumah, keseorangan. Bunyi handphone pagi tadi tu, kembali terngiang.
"Awk tak sihat? Pucat betul muka ni" Danny nampak risau.
"Belum makan" jawab aku ringkas.
"Dah,jom... sy bawa gi makan dulu. Kereta awk tinggal sini,lepas makan kita patah balik sini"
Danny terus pegang tangan aku dan pimpin aku sampai kereta. Hati rasa berdebar sangat, dengan rasa lapar lagi, aku tak mampu nak fikir banyak. Aku duduk je dalam kereta dia, rasa nak makan nasi waktu tu jugak sebab lapar sangat. Danny terus memandu dan menuju ke arah kedai makan yang berdekatan, memang tak jauh jugak dari tempat kerja aku, cuma kitorang je tak nak makan situ, kang ada la bunyi staff mengusik sana sini.
Selesai je makan, kepala aku masih rasa pening sangat. Aku makan pun tak banyak, separuh dari separuh nasi yang di order tu pun tak sampai. Aku rasa lemah dan waktu tu sebenarnya aku dah pitam dan hampir-hampir tersungkur ke lantai. Kecoh betul suasana kat kedai makan tu waktu tu. Yang aku dengar suara orang ramai sekeliling aku macam heboh, dalam fikiran aku sempat lagi cakap, aku ni nak mati ke apa ni? Lepas pandangan gelap, aku dah tak ingat apa dah.
Bila buka je mata, aku terbaring atas katil. Ingatkan kena tahan kat hospital la tadi,rupanya aku kat katil klinik je. Klinik tu pun tak jauh dari kedai tempat kitorang makan td. Doktor cakap aku letih sebenarnya,takde apa-apa yang serius. Aku hairan, sejak kebelakangan ni aku macam cepat sangat letih. Kalau hari panas, makin la menjadi-jadi. Rasa macam dah berumur la pulak, badan ni macam-macam kerenah.
Danny hantar aku balik rumah dan dia janji akan ambik kereta aku nanti dengan officemate dia. Aku ia kan je,lagipun dah letih sangat,aku memang nak balik rumah,tido je. Waktu dalam perjalanan nak balik rumah,tiba-tiba mendung dan hujan pulak. Aku remind kat Danny yang wiper kereta aku tu tak berapa elok, hati-hati kalau bawa kereta tu, aku tak nak apa-apa jadi plak kat kereta tu nanti. Ke...tak nak jadi apa-apa kat Danny kot? :p
Aku melangkah masuk ke dalam rumah, gagahkan diri untuk mandi sebab badan pun dah lesu. Waktu kat dalam bilik, aku ternampak kertas kuning ditampal kat cermin meja.
'Kalau hujan sampai malam,mungkin tak balik rumah.Stay kat hostel.Kunci umah elok2,dah pesan kat ayah'
Aku mengeluh,takkan nak tinggal sorang malam ni? Sebenarnya aku memang dah biasa tinggal sorang2 kalau abang aku tak balik rumah, sebab dia keje pakai shift,kadang-kadang kalau dah terlalu lewat,dia bermalam kat quarters tempat keja je. Memandangkan dia pakai motorsikal je, setiap kali hujan pun dia tak balik jugak.
Akibat terlalu letih sangat, aku dah lupa pasal peristiwa menakutkan yang berlaku pada pagi tadi. Lepas minum teh o panas dan biskut sikit, aku terlelap kat bilik.
Aku terbangun bila terdengar azan berkumandang, aku buka mata, keadaan sekeliling gelap. Ah sudah, tadi sebelum tido masih terang lagi,kenapa la aku tak on suis lampu tido tadi, kan dah gabra macam ni. Perlahan-lahan aku bangun,petik suis lampu. Kedengaran bunyi tv dipasang kat luar, lega hati aku, nampaknya abang aku dah balik dan tak jadi tinggal quarters. Perasaan takut tadi hilang serta-merta.
Sebelum tido tadi aku dah mandi siap-siap jadi aku tukar je lah baju tido, rambut pun masih basah-basah lagi. Aku lepak sekejap dan plan nak ke dapur,masak untuk makan malam sekejap lagi. Waktu ni aku asyik teringat nak cari handphone je sebab dah biasa sangat,lepas bangun dari tido,cari handphone. Baru sehari takde handphone, aku rasa macam kehilangan betul lah. Sambil fikiran melayang entah ke mana, aku melangkah ke dapur tanpa pedulikan abang aku yang kat ruang tamu. Aku dengar macam siaran tv tengah main bola ke, MU main kot.
Bila dah sampai dapur, aku terkejut tengok lauk dah terhidang atas meja. Ada nasi yang masih panas lagi, sup telur, sayur kailan dan ayam goreng. Aku tergamam sekejap, kalau tak silap aku,tak pernah abang aku beli lauk-lauk macam ni kecuali waktu bulan puasa,selalunya dia beli barang dapur dan suruh aku masak je. Mata aku beralih pulak ke arah sinki, ada periuk yang tak berbasuh lagi, kat gas stove pun ada lagi satu kuali untuk menggoreng,pun belum basuh. Eh,ni bukan lauk dibeli ni, ni memang yang sendiri masak punya. Aku blur pulak, siapa yang masak. Abang aku tu masak nasi pun mana lah reti, goreng ikan pun macam orang berkungfu dah aku tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bergegas ke ruang tamu.
"Bang .. lauk atas meja tu sapa yang... eh?!!" mata aku terbeliak tengok Danny tengah tengok tv,siap duduk atas sofa lunjur kaki lagi. Terperanjat aku.
"Sorry, sy nampak awak ke dapur tadi tapi laju je jalan tak toleh-toleh sini" kata Danny.
"Kenapa awk ada kat sini pulak?Macamana masuk?"
"Dah awak yang tak tutup pintu? Kalau perompak masuk tadi macamana?"
Aku terdiam. Aku mula kekok,aku tak pernah berbaju tido pun depan dia,sekarang ni? Hadoi. Tanpa banyak bicara lagi, aku terus patah balik ke bilik, tukar seluar panjang dan tshirt. Aku menjeling ke luar, motorsikal abang aku takde dan hujan masih lagi turun,walaupun tak selebat tadi. Sah la budak ni memang tak balik rumah. Lepas siapkan diri dengan pakaian senonoh sikit, hahaha, aku kembali ke ruang tamu. Aku terpaku kat situ bila tengok dia dah takde, takkan balik tak cakap kot? Telinga aku menangkap bunyi paip dibuka di dapur,aku bergegas lagi. Danny membasuh segala periuk yang aku lihat sebelumnya tadi.
"Awk... beli kat mana lauk semua ni?" Aku menduga.
"Awk tak nak tanya siapa masak ke?"
"Ok,siapa?"
"Sy la, awk ada nampak sapa-sapa lagi orang lain rumah ni ke?"
Melihat gelagatnya di dapur walaupun sekadar tengok dia cuci periuk dan seduk nasi ke dalam pinggan pun,nampak macam dia tak kekok langsung pun. Biar betul orang bujang ni masak semua. Sayur kailan yang dia masak, siap ada campur udang lagi.
"Untunglah awk eh!" Danny bersuara tiba-tiba sewaktu kami habis makan malam. Danny jugak yang kemas meja dan basuh pinggan, masukkan semua lebihan makanan ke dalam peti ais. "Kenapa pulak nak untung?" aku masih lagi bertanya walaupun aku dah dapat agak dah dia nak cakap apa.
"Eh,untung lah.. bakal suami pandai masak!" Danny senyum. Kan, aku dah agak dah.
"Ye lah tu...untung la sangat" kata-kata aku mengundang senyum Danny. Dan.. senyuman tu menyenangkan aku.
"Kejap lagi Syaz datang" ujar Danny tiba-tiba. Hampeh,baru nak berangan.
"Syaz?Kenapa pulak?"
"Habis tu,awk nak sy tinggal dengan sy kat sini,berdua?Berani?"
"Apa salahnya?" aku mengusik.
"Nak sangat ke?"
"Tak"
Danny...senyum lagi.
"Awk pergilah ruang tamu.Awk tu tak sihat,rehat sana k, sayang?" Danny sengih.
"Hoi,pleaseeee!" aku terus ke ruang tamu.
Danny masih lagi dengan aktiviti mengemas dapur,macam anak dara pulak. Baru je nak bersandar di sofa, aku ternampak handphone Danny di atas meja dan Danny tak menyedari sebab dia masih di dapur. Aku terdetik hati untuk tengok handphone dia, kot-kot dia sebenarnya ada awek tapi berlagak single? Dengan mata yang masih memerhati ke arah dapur, aku capai handphone Danny dan tekan button call. Wallpaper dia dihiasi dengan gambar gitar, pandai main gitar ke dia? Aku tertanya sendiri. Waktu tu aku memang jahat la,tak amanah langsung. Aku pergi check nama-nama dalam handphone dia tapi tak check sampai habis sebab banyak sangat. Aku tekan H dan cari nama 'Heart' tu, ternyata masih ada, dan nombornya adalah nombor aku sendiri. Lepas check nama dalam list handphone tu, aku pergi ke arah Message pulak. Ternyata takde SMS yang mencurigakan, eh yang aku nak curiga macam la aku ni awek dia apasal pulak?
Tengah leka dengan handphone tu, aku dah standby awal jawapan apa yang aku nak bagi kalau Danny datang dan tengok aku pegang handphone dia. Aku boleh cakap aku saja nak call Syaz,tanya pukul berapa dia datang. Kena tipu sikit-sikit, jahat kan aku? Sewaktu handphone tu masih dalam genggaman, tiba-tiba handphone ti vibrate tapi tak berbunyi sebab dipasang mode silent. Berderau darah aku bila tengok perkataan Heart tu sekali lagi, tertera pada skrin. Cepat-cepat aku angkat dan jawab dengan harapan ada orang jumpa handphone dan handbag aku ke,mana tau?
Aku jawab panggilan tu, tapi takde suara apa-apa kecuali bunyi yang sama macam petang tadi, bunyi orang mengunyah. Mengunyah gula getah macam tu. Aku nekad aku takkan putuskan talian tu,selagi dia tak putuskan. Lantak la kredit habis ke apa ke, tu handphone aku jugak yang dia pakai tu.
"Hello? Handphone yang awk pakai tu,sy punya. Awk dari mana ni,siapa ni?" Aku cuba cakap seelok yang mungkin.
"Aku .." suara tu mengejutkan aku.
"Haaa..awk siapa ya?Mana awk jumpa handphone tu?"
"Engkau ..tinggalkan.."
Aku diam. Hati aku berdebar sangat. Keputusan aku tak nak putuskan talian tadi,dibatalkan. Cepat-cepat aku tekan button merah untuk putuskan. Suara tu, menyeramkan. Dia bercakap perlahan seperti berbisik, dan seolah-olah berada di satu tempat yang sunyi. Mungkin kah dia berada di tempat terakhir aku tinggalkan telefon tu? Di...tepi pantai? Bulu roma aku tegak berdiri, rasa seram. Sebab tempat tu,memang agak terkenal dengan 'kerasnya' walaupun pada waktu petang.
Danny dah berada di ruang tamu. Aku hulurkan handphone tu pada dia. "Nombor sy tu call lagi lah,sy tanya mana dia jumpa handphone tu,dia jawab yg sy tinggalkan. Tapi suaranya seram sangat la,macam dalam cerita hantu.Takut dengar" cerita aku bersungguh-sungguh. Danny cuba call balik nombor tu, tapi masuk voicemail. Tak puas hati dengan panggilan pertama, dia buat lagi panggilan kedua dan ketiga,tapi sama jugak masuk voicemail.
"Nah .." Danny hulur segelas kopi.
"Awk je lah minum" aku menolak baik.
"Sy takde letak apa-apa,minum lah, trust me ok"
"I'm not saying that, sy tak minum kopi"
"Oh ye ke? Sorry" terus dia pulak yang minum air tu. "Saja nak buktikan sy takde letak apa-apa ubat tido ke.." sambungnya.
Dia berpatah balik ke dapur dan kemudian muncul dengan segelas teh o.
"Nah... tak nak dengar alasan awk tak minum teh k sebab kali ni sy ada bubuh ubat tido dlm ni,harap2 awk minum lah" hahaha gelak sakan aku dengar. Aku pun confident je minum. Tak lama lepas tu, Syaz sampai. Wajah Syaz yang agak mencurigakan tu mendatangkan persoalan pada aku. Dia nampak diam.
Syaz terus ke dapur dan kembali ke ruang tamu dengan segelas kopi di tangan, dia memang dah biasa di rumah aku. Sampai air pun buat sendiri, maklumlah aku berkawan dengan dia sejak kecik lagi.
Syaz tutup tv dan kitorang duduk dalam bentuk bulatan. Duduk bersila. Kelihatan seperti Syaz nak cerita sesuatu.
"Korang....percaya tak dengan aktiviti paranormal?" kata Syaz. Aku mengangguk, begitu juga Danny.
"Aku tau kau tak percaya,tapi di dunia ni,memang bukan kita je yang tinggal Syaz..kau kena ingat tu" kataku.
"Esok siapa kerja?" Syaz bertanya, Aku menggeleng sebab aku off dua hari, Danny pun begitu. Baru teringat yang keesokannya adalah hari Sabtu. Teruja pulak aku sebab aku masih ingat lagi, aku jarang sangat offday hujung-hujung minggu macam tu.
"Aku pun tak kerja!" Syaz excited. Aku baling bantal pada dia. "Kau tu hari-hari pun tak kerja,dasar menganggur!" aku hempuk lagi bantal tu pada dia.
"Hahahaha ok ok... korang,ada cerita best tak nak share? Pengalaman misteri ke? Ok,tak nak cerita Nenek Hakka yang hello hello tu k,cerita lain!" usik Syaz.
Aku rasa pelik,kenapa dengan Syaz ni. Selalaunya dia la orang paling tak berminat nak dengar pasal cerita misteri atau hantu2 ni tapi alih-alih dia pulak yang buka topik.
Malam tu kitorang tido agak lewat sebab terlalu leka sangat bergilir-gilir berkongsi cerita-cerita menakutkan.
Cerita pertama dimulakan dengan pengalaman Danny.
Aku dan Syaz mula merapatkan diri antara satu sama lain.
Kisah Danny bermula..
Bersambung .. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada part danny ni..boleh pulak aku senyum2 sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik2.. tiap2 hari dk je tunggu update dr TT.. |
|
|
|
|
|
|
|
takyah la korang asek tanyer update je. biar la cik es amik masa dia sendiri... tgk semalam cik es d ...
NoX Post at 21-10-2011 10:34
warghhhh... jadik PA cik ES da ek??hahahhahaa |
|
|
|
|
|
|
|
wahh..suke2... melekat la aku kembali kat thread neh |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar menunggukisah seterusnya.....especially part danny |
|
|
|
|
|
|
|
{:4_237:}hihi... nak tanye latar masa cerita nie pada masa bila lak yer pas season 1 tu...
sekian, mekaceh |
|
|
|
|
|
|
|
hihi... nak tanye latar masa cerita nie pada masa bila lak yer pas season 1 tu...
sekian, ...
syaiful Post at 21-10-2011 12:11
kisah ni berlaku tak lama selepas kisah nenek tu terungkai, sepatutnya sy sambung terus dulu, tp disebabkan sy tak ada masa ditambah lagi dengan masalah kesihatan masa tu, jadi sy terpaksa 'tamatkan' cerita tu.. tu yang come out lagi dengan Part 2 sebab sebenarnya belum habis.. |
|
|
|
|
|
|
|
owh, so it's a few years back laa jugak kan... hehe...
cam diari kehidupan lak menceritakan pengalaman peribadi
seram ade, komedi ade, romantik ade... sweet arr part cete Danny dengan yuu sekarang nie cik es
hasil tulisan yang menarik & bagus... teruskan usaha murni anda{:4_181:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|