|
|
Edited by nafizzz at 21-10-2025 02:52 PM
Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?
Bagaimana tarikh luput makanan ditentukan?Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan. Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:
- Bagaimana makanan tersebut dibungkus
- Bagaimana ia disimpan
- Suhu yang akan terdedah semasa dalam proses pengangkutan
- Tempoh masa yang diperlukan untuk dinyahbeku
- Suhu peti ais pengguna
- Apakah maksud sebenar label makanan?
Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:
- ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): Ini bermaksud bahawa kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Biskut mungkin akan sedikit lemau selepas tarikh tersebut.
- ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): Ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit, berkenaan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini adalah untuk memastikan agak pengguna mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.
- ‘Guna Sebelum’ (Use by): Ini adalah tarikh terakhir jaminan kualiti terbaik sesuatu produk makanan tersebut. Ini juga bukanlah tarikh keselamatan sesuatu makanan melainkan jika ia digunakan keatas susu formula bayi.
Tarikh luput tamat; boleh makan atau tidak?Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.
Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda. Pada kebiasaannya, makanan yang telah tamat tempoh akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza. Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:
- Makanan dalam tin: kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya anda menyimpannya di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh bertambah antara 3 hingga 6 tahun lagi.
- Makanan sejuk beku: tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
- Telur: letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung.
- Pasta atau mi kering: makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
- Roti: anda boleh menyimpannya lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.
Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi. Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hindeburg yang malang
Kapal udara LZ 129 Hindeburg yang mampu membawa lebih kurang 100 orang telah terbakar di udara pada 6 Mei 1937.
Kapal udara ini telah terbang buat pertama kalinya dalam sejarah pada tahun 1936 dan telah berjaya membuat 62 kali penerbangan percubaan dan panjangnya lebih kurang 237 meter atau lebih kurang bersamaan dengan 30 tingkat bangunan.Kapal udara ini telah dibina oleh syarikat Zeppelin dari Jerman yang ketika itu dibawah pemerintahan Nazi.
Kebanyakkan penumpang pada hari tersebut terdiri dari ahli perniagaan yang berpengaruh. Hanya orang yang betul betul mampu dan kaya sahaja boleh menaiki kapal udara ini. Waktu itu harga tiket nya lebih kurang 400 dollar, atau bersamaan 5000 dollar dengan nilai sekarang.
Kapal udara ini dapat terbang kerana menggunakan gas hidrogren yang lebih ringan dari udara dan mampu mengangkat kapal udara yang besar ini, tapi kelemahanya ialah gas ini mudah terbakar, terdapat 16 bag yang diisi dengan hidrogen pada badan kapal udara, lebih kurang 200,000 cubic meter.
Perjalan kapal udara ini bermula dari Holland dan menuju ke lakehurst di Amerika, perjalanan sejauh 6500 kilometer ini hanya mengambil masa 2 hari untuk sampai berbanding kapal biasa untuk merentasi lautan atlantik.
Ramai wartawan telah menunggu di Lakers, amerika syarikat untuk melihat kapal udara ini membuat pendaratan.
Namun pada petang 6 mei tersebut, kapal udara terbabit terbakar dan meletup. Seramai 36 orang telah terkorban dalam kejadian malang tersebut.
Hanya 34 saat sahaja diperlukan,kapal udara tersebut telah terbakar sepenuhnya. Tapi apakah punca yang mampu membakar sepantas itu?
Hidrogen yang diisi didalam kapal udara tersebut yang menjadi punca macam mana kapal udara tersebut terbakar dengan pantas, hidrogrn dikatakan mampu membakar 9 meter sesaat. Tetapi hidrogen perlu bocor untuk menyebabkan kebakaran.
Hasil siasatan mendapati, wayar yang mendokong badan kapal udara tersebut telah putus dan menembusi beberapa bahagian badan kapal menyebabkan gas hidrogen bocor.
Hari tersebut merupakan hari yang ada cuaca buruk, kapal udara tersebut telah melalui perjalanan jauh dan mengumpul beribu ribu elektrik statik.
Badan kapal udara tersebut dibuat dari kapas dan kain linen yang dicat dengan kalis air. Bahan bahan ini masih lagi menyimpan cas elektrik yang banyak dan telah menyebabkan aliran elektrik.
Syarikat Zepplin mempunyai rekod penerbangan yang cemerlang dari syarikat lain yang turut sama membina kapal udara jenis ini, selepas kejadian tersebut kapal udara jenis ini tidak lagi digunakan, kejadian ini lebih kurang jet super sonic Concorde satu ketika dulu yang terhempas.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TRAGEDI MH370
BAHAGIAN SATU - PERINCIAN KEHILANGAN PESAWAT
Misteri kehilangan pesawat penerbangan malaysia (MAS) MH370 menjadi perbualan hangat masyarakat dunia sehingga kini. Kehilangan yang penuh misteri apabila pesawat ini tidak diketahui nasib dan punca sebenar.
Juruterbang yang mengemudi MH370 bukanlah orang yang tiada pengalaman, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai lebih 18,000 jam penerbangan manakala pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid mempunyai 2,763 jam masa penerbangan.
Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing,China pada 8 mac 2014. Kejadian yang menimpa pesawat ini merupakan perkara yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia.
Penerbangan MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi waktu Malaysia dengan membawa penumpang seramai 227 orang dan 12 anak kapal yang terdiri dari 14 buah negara dan 153 orang warga China.
Pesawat ini dikatakan hilang selepas 40 minit berlepas dari KLIA, dan sebelum itu juruterbang ada membuat perhubungan kali terakhir dengan unit kawalan udara.
Diantara pesawat dan menara kawalan, hanya pesanan ringkas yang berbunyi Selamat malam malaysia MH370 dari ketinggian 30,000 kaki dan selepas itu tiada lagi kedengaran dari pesawat ini.
Bagaimanapun mengikut kajian dan laporan yang dikeluarkan,lepas itu perkara pelik terjadi apabila MH370 mula membuat pusingan U untuk berpatah balik ke semenanjung, transponder yang memberi kedudukan pesawat telah dimatikan.
Pada pukul 1:52 pagi MH370 dikesan telah melalui Pulau Pinang, walaupun transponder dimatikan,pesawat ini masih dikesan melalui radar tentera Malaysia selama satu jam.
Selepas itu MH370 dikatakan bergerak selama 5 jam ke arah lautan Hindi, dan berjaya dikesan melalui ping yang diterima oleh satelit.
Ahli keluarga mangsa menuntut pihak bertanggungjawap memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana tiada mayat yang dijumpai, ramai yang beranggap mangsa masih hidup.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN DUA - TEORI
Apa pun cerita disebalik kisah MH370 ini, sudah tentu ramai yang tertanya tanya apa sebenarnya yang berlaku dan menyebabkan terjadinya sejarah pencarian kapal terbang paling mahal dalam sejarah.
Pelbagai teori yang dikemukan, sama ada kelakar atau masuk akal semuanya diceritakan melalui media. Ada yang mengatakan MH370 telah diculik oleh UFO, ada juga teori MH370 dibawa ke kawasan tentera Amerika di Diego Garcia.
Jadi apa teori yang menjadi bualan hangat sepanjang 5 tahun kehilangan MH370? Mari kita lihat apa teori paling menarik.
Mengikut kajian dari Dr Sally Leivesly yang juga merupakan pakar anti pengganas Britain mengemukan pendapat yang menarik.
Dia mengatakan bahawa pesawat MH370 ini merupakan pesawat pertama didunia yang digodam secara digital.
Pengodam akan menggunakan 'exploit' iaitu cara memasukan sistem kapal terbang dengan memasukan kod tertentu untuk mengawal pesawat.
Dengan cara ini pesawat akan dapat dikawal dari jauh disebabkan oleh sistem pesawat yang menggunakan kaedah yang disebut sebagai Fly By Wire iaitu menggunakan alatan elektronik untun membantu penerbangan.
Pelik ke tidak seorang yang dinamakan pakar anti pengganas tahu macam mana kapal terbang yang boleh digodam dan dikawal secara jauh, siap kata yang pertama didunia, itu sangat lah terasa hebat bila orang boleh godam kapal terbang dan kawal. Tentunya ada niat yang tersembunyi yang dinafikan oleh pihak tertentu.
Teori lain juga mengatakan penduduk di kepulauan Maldives nampak kapal terbang sedang terbakar dan terhempas di lautan berdekatan dengan pulau mereka, jadi bila disemak perjalanan MH370 yang dikatakan kali terakhir dikesan menuju ke lautan Hindi.
Tapi saksi penduduk kata nampak pesawat terbakar, tidak mungkin ada 2 pesawat yang mengalami nasib sama pada waktu yang sama, apa yang pelik tidak ada orang mencari dikawasan tersebut.
Laporan setebal 1500 muka surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berhubung kejadian ini mengatakan kapal terbang tersebut berada dalam kawalan manual.
Sudah beberapa keping bangkai pesawat yang dijumpai di sekitar Pulai Reunion yang terletak lautan Hindi sekitar tahun 2017 memberi petunjuk bahawa kapal terbang tersebut menjunam ke dalam lautan.
Kini kita sudah berada di tahun 2019, 5 tahun dengan penuh misteri dan teka teki apa yang berlaku, jadi apa yang penyiasat peroleh pada tahun ini?
Pada 17 julai 2019, akhbar The Telegraph melaporkan ada muatan misteri yang diletakan didalam senarai kargo yang seberat 89 kilogram. Menurut akhbar itu lagi, muatan di dalam pesawat tersebut sudah melebihi apa yang sepatutnya dibawa.
Manakala Berita Harian pada 14 Julai 2019 memetik sebuah akhbar luar negara Daily Mail yang melaporkan penyiasat dari Perancis diberikan begitu banyak data dan dari situ mereka membuat kesimpulan awal yang mengatakan juruterbang melakukan pembunuhan dan kemudianya membunuh diri merupakan alasan paling munasabah.
Bagaimanapun ahli keluarga dan sahabat juruterbang Kapten Zaharie menolak teori liar tanpa asas yang keluarkan oleh pihak penyiasat.
Ada juga teori yang mengatakan pesawat ini membawa kargo rahsia yang akan diturunkan di China, maka terdapat cubaan rampasan berlaku dan menyebabkan juruterbang terpaksa mengemudi secara manual.
Apapu teori demi teori bersilih ganti setiap tahun, kita hanya mampu berharap misteri MH370 akan terungkai untuk memahami apa yang berlaku dan sekali gus menamatkan pencarian yang sudah menelan belanja berjuta juta ringgit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10 fakta menarik mengenai Malaysia yang mungkin anda sendiri tidak tahu.
1. Raja Buaya di Sungai Sarawak
Sungai Sarawak adalah tempat tinggal kepada spesies unik, Buaya air masin atau Saltwater. Buaya ini mempunyai kemampuan luar biasa untuk hidup dalam air tawar dan laut. Mereka juga mempunyai reputasi sebagai buaya paling agresif di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2. Taman Negara Tertua Di Dunia
Taman Negara, yang terletak di Pahang, adalah taman negara tertua di dunia. Ia telah wujud selama lebih dari 130 juta tahun, menjadikannya lebih tua daripada hutan hujan Amazon. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3. Rendang Masakan Terbaik Di Dunia
Pada tahun 2011, rendang, sejenis masakan daging asal dari Malaysia dan Indonesia, telah dinobatkan sebagai masakan terbaik di dunia oleh CNN. Ia dikenali dengan perasaan rempah yang kaya dan lembut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
4. Jambatan Kedua Terpanjang di Asia Tenggara
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai, adalah jambatan kedua terpanjang di Asia Tenggara selepas Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddieni di Brunei. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Peradaban Manusia Tertua di Asia Tenggara
Gua Niah di Sarawak merupakan tempat paling awal berperadaban manusia di Asia Tenggara. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa gua ini pernah menjadi tempat tinggal manusia sejak 40,000 tahun yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
6. Salah Satu Gua Terbesar Di Dunia
Tempat tersembunyi di Gunung Mulu, Taman Negara Gunung Mulu adalah rumah kepada sistem gua terpanjang di dunia. Di sinilah terletaknya salah satu gua terbesar di dunia. Besarnya mampu menyumbat 23 padang bola sepak! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7. Rekod Dunia Bagi Kepekatan Orangutan
Lebih dari 15,000 orangutan hidup di Malaysia, menjadikannya negara dengan kepekatan orangutan tertinggi di dunia. Orangutan adalah simbol flora dan fauna Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8. Pertanian Lada Putih Terbesar di Dunia
Malaysia adalah pengeluar lada putih terbesar di dunia. Lada putih Malaysia sangat terkenal kerana perasaannya yang unik dan aromanya yang kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9. Bangunan Berkembar Tertinggi di Dunia
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur adalah bangunan berkembar tertinggi di dunia. Ia merupakan lambang kemajuan Malaysia dalam bidang senibina dan teknologi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10. Biodiversiti Yang Mengangumkan
Hutan belum-Temenggor yang belum tersentuh adalah rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna termasuk 14 mamalia paling terancam di dunia. Antara spesis itu termasuk harimau Malaya, gajah India, gibbon tangan putih, beruang matahari Malaysia dan tapir.
dipetik dari urutbekamjb.com
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|