CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
 Author| Post time 25-3-2011 10:30 AM | Show all posts
Reply 240# nursalidah


    bakat yg Nur ada tu dialu-alukan disini....
segala teguran dan komen yg ada tu tuk peningkatan bakat masing2..
jgn terasa dgn kata2 kami semua... kat sini kena tahan telinga dan mata lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2011 11:14 AM | Show all posts
Reply 241# Jaza2008


    No worries...Jaza, tak terlintas pun nak berkecil hati, sahja2 untuk release tension dan gerhana dihati dalam bentuk penulisan(sorry, citak rompak kata2 Jaza) ha..ha..ha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 04:34 PM | Show all posts
Reply 220# adieqchomelz


    Jaza...tergantung sbb takdok idea...ntah mende yg direpekkan..sbb tu jd cenggitu..nangis sgt bila baca balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2011 05:15 PM | Show all posts
Reply  adieqchomelz


    Jaza...tergantung sbb takdok idea...ntah mende yg direpekkan..sbb tu j ...
adieqchomelz Post at 29-3-2011 16:34



    tak pe..mmg cam tu lah.. kalau nak cari idea.. tak timbul2 mmg kontang jadinya..
dlm penulisan ni kalu idea dtg cpt2 la capai pen dan kertas... pastu bila kering,
pegangla lama mana pen pun tetap tak jalan gak...
(cam jaza skrng la.. umah tu tak terusik dah sbb idea jap ada jap tak de..)
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:40 PM | Show all posts
Bila jiwa meronta untuk melahar ~
------
Kematian Seorang Pelacur

Telah lama dia 'berkhidmat' dengan masyarakat yang rakus dengan nafsu yang tidak pernah putus-putus -- para lelaki durjana yang tenggelam dalam lambungan ombak berahi. Malah sejak ketika itu, dia lebih senang untuk menongkah arus kehidupan di kota besar ini sebagai kupu-kupu malam. Kupu-kupu malam yang bergentayangan hidup di tengah kehinaan masyarakat di luar sana.

Dia pernah mahu 'pulang' dari terus menjadi seorang pemuas nafsu, tapi dia tidak punya tempat di kelompok masyarakat, jauh di mata masyarakat malah di hati masyarakat. Dan kini dia sedang nazak dihujung lorong hitam. Dia sedang terlantar menanti mati di lembah lendir.

Dimatanya mengalir tangis derita. Dimulutnya terucap kata duka. Dihatinya parah dengan sengsara, saat menanti Izrail datang menjemput kerana HIV yang menular, tidak pernah mengenal belas. Ingatanya tidak pernah memaafkan kenangan hitam saat pertama dia dijual kepada bapa ayam, oleh seekor binatang bernama suami.

Kematian seorang pelacur, perlukah ditangisi?.
Masyarakat buta lagi membutakan -- mata...hati...jiwa...mata...hati...jiwa...mata...hati...jiwa...mata...hati...jiwa....mata...hati...jiwa...mata...hati...jiwa....mata...hati...jiwa...mata...hati...jiwa....
Arkhhhhhhh!!! Ya Rabb!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2011 05:45 PM | Show all posts
Secebis pengalaman sendiri untuk dikongsi~

----
Ketua Seksyen Babi

Satu ketika dalam kelas IMP (Ilmu Medan Perang) di sebuah kem tentera -- semasa kursus Lanjutan Perajurit Muda siri 02/01

"Hari ini kita bercerita tentang babi..." kata Kapten Dolah bersahaja.
"Ha kau, babi makan tak?" sambil tongkat kuasa di tuding ke Pejol.
"Iskh! tak makan tuan. Haram." lancar mulut Pejol jawab.
"Kau gila. Kalau babi tak makan macam mana dia nak hidup!" jerkah Kapten Dolah

Pecah ketawa satu kelas.

"Kenapa anak babi bila berjalan dia tunduk?" tanya Kapten Dolah lagi.
"Dia malu la Kapten, sebab mak dia babi. Malu nak ngaku anak babi la tu..." kata Acai, staff 'dua calit' dari Bekalan 902.

Berderai lagi ketawa. Riuh kelas.

"Kau ni macam tahu-tahu aje perasaan anak babi? Kau pernah ada interview dengan anak babi ke?" Kapten Dolah sengih.
"Bukan macam tu, anak babi tunduk sebab nak kesan jerangkap samar ke atau booby trap ke, supaya satu pasukan tidak mati kalau ada musuh letak 'tungku dapur' tu" jelas Kapten Dolah mengimbas dan mengaitkan tentang pelajaran lepas.

Satu kelas terangguk-angguk.

"Tamam, saya nak awak beri perintah seksyen masa pertahanan keliling, sebagai point section masa format Tempur Platun...tapi, mesti ada bunyi babi sekali. Cepat!"

Tamam selamba bangun. Dia memang muka candi. Candi Borobudur barangkali. Penolong Ketua Bateri II, dari Kompeni Bravo Force Artileri Sungai Buloh. Orang Perak.

"krohh! krohh! Point Sectionnnn...krohh! Dalam kedudukan, tuan. krohh! krohh!" -- laung Tamam memberi perintah bersama sengau-sengau bunyi babi.

Berguling satu kelas, menahan kejang perut dari ketawa.
Tamam memang ada bakat menjadi ketua, iya...sebagai ketua seksyen babi!

* Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Walaupun sedikit kasar pada pendengaran orang lain, tapi inilah hakikat 'kehidupan' didalam kem, sebagai senda-gurau untuk mengimbangi tekanan sewaktu latihan dalam kursus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 246# attokz


    mmg kelakar....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 03:18 PM | Show all posts
nak tumpang kongsi cerita jugak... tapi cerita pendek & ringkas aje la...

boleh letak post by post tak? tadi dh try nk letak dlm post ni tp words dh overlimit....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 248# starlights


    ok.. amat dialu-alukan.....
pastikan ianya pendek je.. bukan cerpen tau...
kalau cerpen kena buka umah sendiri...
sbb kat sini hnya tuk tulisan kreatif saja/karangan...  pendek dan padat...
selamat berkarya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 04:10 PM | Show all posts
nak tumpang kongsi cerita jugak... tapi cerita pendek & ringkas aje la...

boleh letak post  ...
starlights Post at 31-3-2011 15:18
star, boleh bahagikan kpd dua E3
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2011 04:30 PM | Show all posts
Reply 249# Jaza2008

cerpen jugak kot cite tu... tp macam segan & takut je nak buka thread baru...






Reply 250# cmf_blingblings


kak bling, rasanya lebih dari dua n3 tu.... 40000 lebih patah perkataan....

















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2011 04:51 PM | Show all posts
Reply 251# starlights


    kalau 40000 patah perkataan awak kena buka umah baru... tak pe la..
ramai yg akan beri komen dan sokongan nnti..
kat sini hnya tuk 200 patah perkataan je... paling2 lebih pun 350 je...
cam karangan kat skolah dulu2....hehehe...
sbb upah pun ciput je...
kalau kat umah baru (cerpen) awak leh kutip tacang byk dari sini...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 11:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by starlights at 1-4-2011 11:54

takpe la. cite tu nanti2 bila sy dah bersedia sy letak... hari ni sy letak cite pasal demam bola aje... ditulis masa demam world cup ari tu...


-Demam Bola-

“C’mon…”


“C’mon…”

“Alahhh…” Nada kehampaan diluahkan diikuti satu tamparan di paha sendiri. Ramzi mengaduh kesakitan sesaat kemudian. Tendangan kaki kiri Piotr Trochowski kepintu gol itu tersasar apabila bola berjaya diselamatkan oleh Iker Casillas. Peluang terlepas lagi. Ini sudah cubaan kali kedua yang tidak ‘menjadi’. Dia hampa.

“Good job, Iker! Suspense betul. Siapa la yang nak score dulu gamaknya…” Fahim yang duduk bersendirian di sofa single bersuara. Sudah lebih tiga puluh minit, asyik berbolak-balik aje bola itu di padang. Dan dalam pada itu, tiga kali percubaan merembat pintu gol dilakukan. Satu dari Jerman dan dua dari Sepanyol. Tak ada satu pun yang berhasil. Mata masih lagi terikat 0-0.

“Game macam kena beli aje. Dah tak sanggup dah aku nak tengok ni.” Ihsan menekup kedua-dua telapak tangan ke pelipisnya. Tergeleng-geleng kepalanya beberapa kali.

Perlawanan bola sepak yang ditunggu-tunggu sejak beberapa hari itu tersangatlah mencabar segala kesabaran yang ada. Belum dikira lagi dengan level ‘adrenaline’yang sudah terpacu ke tahap yang entah ke berapa. Semuanya mampu membuatkan penonton – mereka terutamanya, menghidap cardiac arrest di usia yang masih muda. Menanti sebiji gol pertama disumbat sama lelahnya macam mereka sendiri yang bermain.

“Kalau dah tak nak tengok, baik kau tidur…” sahut Fahim sambil anak matanya dilarikan sejenak dari Astro Supersport melihat teman berjersey Jerman itu. Sungguhlah bersemangat kesukanan sungguh kawannya itu. Menonton perlawanan bola pun lengkap berjersey, macam nak menonton di stadium ataupun di luar rumah. Walhal, rumah Ramzi dan Haikal saja pun ‘port’ mereka menonton siaran langsung pagi itu. Tak pakai baju pun tak apa. Tak ada sesiapa yang nak complain.

“Yeah, please… wake me up when the game is over…” balas Ihsan tak sepenuh hati, berpura-pura saja. Pandangannya tak beralih dari skrin Sony Bravia 42” itu.

“I’ll wake you up when September ends…” balas Fahim. Sambungan nyanyian laguGreen Days itu dialunkan di benaknya. Mengiringi suara komentar berkumandang. Summer has come and passed the innocent can never last, wake me up when September ends…

Tiba-tiba, satu ‘throw-in’ dilakukan. Tanpa ada sesiapa pun di antara mereka bertiga yang sedar. Dari ruang makan menuju ke tengah-tengah carpet yang melapik ruang kecil di antara rak TV dan sofa berangkai. Melalui betul-betul diatas kepala Ramzi. Tepat mengenai sasaran, dan landing dengan eloknya di dalam bulatan merah corak carpet itu.

Terkejut, tiga pasang mata terpaku memandang kotak kosong Ali Café yang terbang tadi.

“Apahal ni, Haikal? Takde ribut taufan, tetiba je melayang kotak kosong tu?” Fahim menyoal. Hairan dengan aksi kejutan Haikal. Buatnya ‘tersangkut’ dikepala Ramzi tadi, macam mana?

Haikal ketawa lepas. “Tadi aku dengar ada orang sebut perkataan tidur... Anggap aje balingan tu sebagai ‘pembuka mata’ untuk sesape yang tetiba nak ‘black-out’.” Mug bercop Ali Café diletakkan di meja sisi sebelum dia mengambil tempat di hadapan TV. Disebabkan dia dan Fahim di dalam team penyokong yang sama - Sepanyol, maka tempatnya dekat sedikit dengan Fahim. Berbanding team Germany yang memilih sebelah kiri ruang tamu sebagai tempat pilihan mereka.

“Susah jugak nak score malam ni…” Haikal berkata sambil membawa mug ke bibir.

“Macam pelik jugak, kan? Jerman senang aje sumbat empat gol sebelum ni…” tambah Fahim pula.

“Last time, games dengan Argentina pun, sebiji gol aje masa first half. Tiga biji lagi disumbat during second-half…” Ramzi mempertahankan pasukannya.

“When the true supporter speaks…” Fahim ketawa kecil. Memang Ramzi agak‘obsessed’ dengan team pilihannya. Tambah-tambah lagi dua perlawanan sebelum ini, Jerman berjaya membenam pasukan lawan dengan empat gol berturut-turut. Dia sendiri pun quite amazed dengan persembahan yang ditunjukkan Jerman. Semangat juang dan stamina mereka agak dahsyat. Tidak hairanlah ramai yang meletakkanJerman sebagai pasukan pilihan untuk menjulang World Cup sesi 2010 ini.

“Betul la tu, wahai si Español’s supporters… Itu strategi Jerman kot. Pulun sumbat gol di separuh masa kedua. Sepanyol tu, both games sumbat sebijik gol aje. Kiranya macam cukup-cukup makan la. Ish, sadis sungguh!” celah Ihsan,sempat memperlekehkan sedikit pasukan Sepanyol.

Kedua-dua penyokong pasukan Sepanyol itu – seorang berbaju T-shirt kuning, bercop official logo South Africa 2010, seorang lagi berbaju sleeveless warna putih bercop bola di tengah, serta-merta menoleh dengan pandangan kurang senang. Kedua-duanya itu walaupun penyokong Sepanyol, tidak pula ‘terlebih hias’ memakai sebarang ‘marking’ yang menunjukkan mereka penyokong pasukan itu.

“Mula dah la tu. Ingat balik janji kita during World Cup season ni.” Fahim mengingatkan. Sebelum Piala Dunia bermula, ada beberapa peraturan dan janji yang telah mereka letakkan. Janji yang dibuat demi keselamatan dan demi mempertahankan persahabatan mereka. Kerana mereka sedar, kalau terlebih fanatik, apa saja boleh berlaku. Hatta mampu merosakkan hubungan mereka.

“Say it,” tegas Haikal meminta Ramzi dan Ihsan mengungkapkan janji itu semula.

Ihsan melepaskan nafasnya sebelum mula menutur. “First, no bashing each otherteams.”

“But?” Fahim menyampuk, sesekali matanya berlari ke wajah Ihsan. Tumpuan pada perlawanan sedikitpun tidak terjejas.

“Wise comments or critics are allowed.”

“Free kick for Spain! Boateng, what have you done?” teriakan Ramzi membuatkan mereka terpaku sejenak di kaca TV.

“Go Xavi!” sorak Haikal apabila Xavi menggantikan David Villa mengambil sepakan percuma setelah dijatuhkan Jerome Boateng. Bola meluncur laju ke menghala kepintu gol Jerman. Maka, segala midfielder dan forward pasukan Sepanyol bergegas menghampiri kotak penalti.

Setelah keadaan agak reda dan bola berada di tengah padang, Ihsan berkata,“Nombor dua kau sambung pulak la Ramzi.” Ihsan teringatkan janji yang belum habis dilafaz. Tubuh Ramzi yang berkongsi sofa dengannya, ditolak dengan siku. Menyuruh Ramzi menyambung pula. Kalau janji itu tidak habis disebut, pasti kedua penyokong Sepanyol itu akan bertanya lagi. Jadi, lebih baik dia menyuarakan dahulu.

“Second. No profanity or vulgar words. Third, no violence act whatsoever to each other. ”

“Ada lagi tu kau terlupa,” Haikal mengingatkan. Bantal di tepuk-tepuk perlahan. Kemudian, dia membaringkan tubuh sambil tangannya bersilang di kepala.

“To each other or Sony Bravia fourty-two inch, hak milik kekal Haikal,” Ihsan menolong membetulkan. Kadang-kadang, manusia tak menjadi mangsa kemarahan, TV yang tak bersalah pula disalahkan. Dan Haikal awal-awal lagi membuat perjanjian begitu kerana takut TV lima ribunya yang tidak berdosa itu menjadi mangsa keadaan.

“Dan yang terakhir, whichever team wins, we all have to celebrate. Together. Regardless our feelings about the result. Be happy for other team’s victory.”

Fahim dan Haikal bertepuk tangan setelah Ihsan dan Ramzi berjaya mengingati janji-janji mereka.

“Bravo, man. Mesti Klose tumpang bangga korang berdua berjaya recall balik ‘agreement’ kita tu.” Kedua-duanya tersengih.

Dan akhirnya, separuh masa pertama tamat tanpa sebarang jaringan. Ramzi, Ihsan dan Fahim mengambil masa itu untuk melakukan apa-apa yang tertahan sejak empat puluh lima minit tadi. Ihsan bangkit mencari bilik air. Ramzi meregangkan badannya yang terperuk duduk di sofa. Lenguh! Ihsan pula, menarik majalah FourFourTwo dihujung kakinya. Membaca sekejap sebelum perlawanan disambung semula.

Fahim bangkit seraya bertanya, “Radix ada lagi ke, Haikal?” Dia pula memerlukan something untuk terus menyegarkan matanya. Dah terasa macam ala-ala kelayuan.

“Ada atas meja makan tu. Tadi aku dah pindah kotak Radix kat situ. Dengan flask sekali.” Sambil membaca, Haikal menghirup kopi Radix yang dibelinya sewaktu balik kerja. Bekalan kopi itu sentiasa dipastikan mencukupi buat peneman mereka menonton bola sehingga ke awal pagi.

Fahim melewati ruang tamu yang sudah terlebih dari shipwreck itu. Segala macam majalah bola dan majalah kereta, bersepah-sepah di lantai. Belum termasuk lagi barang-barang untuk World Cup yang dikutip sebelum season bermula. Poster sebesar satu meter turut tertampal di sebahagian dinding rumah. Senang nak mencatat dan mengira result perlawanan sekaligus dijadikan tempat rujukan mereka. Dan hampir setiap malam yang ada perlawanan, dia dan rakan-rakannya akan ber’camping’ di apartment itu.

Selalunya mereka stay-up sehingga habis perlawanan. Tidur buat sejam dua sebelum bangun semula bersembahyang Subuh dan terus bersiap ke tempat kerja. Dan selalunya juga, di mana kedudukan mereka sewaktu perlawanan itu selesai, disitu jugalah mereka melelapkan mata. Fahim, Haikal dan Ihsan, akan tidur didepan TV manakala Ramzi memilih sofa panjang sebagai katil sementaranya. Buat masa sekarang, mereka masih lagi bebas duduk di mana-mana. Tetapi tengoklah sepuluh minit sebelum masa tamat, pasti kedudukan mereka berubah. Berpindah mencari ruang yang sesuai untuk terus ‘belayar’ ke alam mimpi.

Inilah yang dikatakan demam bola. Football fever. Yang datangnya empat tahun sekali. Tidur bola, makan bola. Nasib baik tak ada slogan yang menggalakkan berbini bola. Hmm…


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 01:09 PM | Show all posts
Satu hari setelah beberapa lama berkasih-kasihan Amin pun berkira-kira sudah sampai masanya dia berkahwin dengan cik adik manis yang selalu ditelefon dan diajak dating.  Sepanjang hari di pejabat jiwanya resah-gelisah memikirkan bagaimana harus disampaikan hasrat hatinya.  Apabila jam menunjukkan 6.15 petang Amin cepat-cepat switch off pc yang telah terpasang dari jam 8.00 pagi.  Tiba-tiba... pap... belikatnya ditepuk kuat.  Terperanjat Amin dibuatnya dan hampir-hampir si penepuknya menerima silat pulut.
“Ish, kau ni kan.  Boleh tak beri salam dulu?  Main terjah aja” marah Amin pada Leman Dawi yang pandai membuat cendol walaupun sebenarnya dia takut terlupa apa nak dicakapnya kat cik adik manis nanti. “Aku dah banyak kali panggil, kau tu asik terkumat-kamit dari tadi.  Kau hafal apa?”sound Leman Dawi kat Amin.  Amin cuma menayang muka malas nak layan kat Leman Dawi sambil otaknya terus memikirkan macam mana nak ajak cik adik manis jadi suri rumahnya.
Sampai saja di rumah, Amin bergegas masuk untuk menyiapkan dirinya sebelum malam menjelang tiba.  Selesai mandi Amin terus berwuduk dan terus duduk atas tikar sembahyang menunggu maghrib.  Sebaik selesai azan, Amin membaca yasin dan sujud kembali berdoa agar urusan mengajak cik adik manis kahwin dipermudahkan.
Malam itu....
Kring... kring...
“Hello, nak cakap dengan uda ya?  Kejap ya”  Lantas telefon diberi kepada kakaknya yang baru selesai menyidai kain.
“Hello, assalamualaikum.  Ya Abang Min, ada apa?” Cik adik manis kontrol suara agar tidak nampak dia memang tertunggu panggilan itu.  Setelah berbasa-basi... Amin menguatkan semangatnya untuk mengajak cik adik manis jadi suri rumahnya.
“Err... kalau Amin suruh mak ayah gi rumah sayang boleh ke?”Tanya Amin teragak-agak. “Ha?  Kenapa suruh mak bapak Abang datang rumah saya pulak.  Musim durian dah lepas, buah-buah lain pun dah habis musim?” soal cik adik manis dengan penuh musykil.  Akahirnya setelah berbelit-belit penjelasan dari Amin, barulah difahaminnya bahawa dirinya diajak kahwin.  Maka senyum-simpul meleret-leret la cik adik manis malam itu.  
Demikianlah kisah Amin mengajak cik adik manisnya menjadi suri rumahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 253# starlights


    kalau boleh pendekkan skit.. ni pjng dah cam cerpen je....
jejak 1300 patah perkataan..... karangan tak pjng tu kot...

dan kalau boleh cuba dgn kisah lucu spnjang korang berforum kat sini...
dah lama aku duk tggu kisah2 benar yg leh dikongsi dgn kami semua...
ada segelintir je buat kisah benar... (jgn yg terlalu peribadi lah...)kalau relahati tak pelah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:33 PM | Show all posts
Reply 255# Jaza2008


   panjang sgt ek? next time kalau ada cerita sy nak letak, i'll try to make it short... anyway, lepas2 baca reply jaza baru baca semula 1st kt sini. rupa2nya kat sini utk cerita pengalaman... sungguh sy terkeliru & tak sedar... and thanks for the advice..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2011 04:47 PM | Show all posts
Reply 256# starlights


    tak kisah la dlm bentuk apa skalipun (pengalaman ke, kisah benar ke, lucu ke, or citer fantasi ke...) asalkan
anda berbakat dgn idea2 kreatif.... yg penting kreatif....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 10:52 PM | Show all posts
aku nak taruk puisi boleh tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 09:06 AM | Show all posts
aku nak taruk puisi boleh tak?
fizziany Post at 6-4-2011 22:52



    errrkk.. cik fizzi.. puisi kat umah puisi&pantun kat sebelah ya....
karang kena angkut ngan lori nnti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.252432 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list