|
Itu sekadar kiasanbandingan diri dengan kehidupan Alam dan manusia hubungan perlu berpaks ...
assafdiyah Post at 2-10-2010 23:52
Alhamdulillah ada kekuatan
jika kita sentiasa mengingati-Nya hati akan jadi tenang. (Ar-Raad:28) |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menulis
Aku menulis bukan kerana sesiapa
aku menulis hanya kerana-Nya
aku menulis bukan kerana nama
aku menulis kerana sifat kasih pada sesama kita
aku menulis bukan kerana harta
aku menulis kerana syariat-Nya
aku menulis bukan kerana suka-suka
aku menulis kerana ingin diredha
aku menulis bukan mengada-ngada
aku menulis kerana agama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-10-2010 01:13
Cerita Malam
Malam semakin sunyi
ramai insan lena diulik mimpi
meski ada yang masih berdiri
mengerah keringat mencari rezeki.
Malam semakin sepi
ramai insan leka berparti
meski ada yang masih menanti
sesuap nasi menguatkan upaya diri.
Malam semakin misteri
ramai insan tidak sedar diri
meski ada peringatan Illahi
perbuatan mungkar dihampiri.
Malam semakin ngeri
ramai insan mengadai diri
meski ada larangan menjauhi
nafsu serakah jadi tuan dalam diri.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hebat awak ni...
Bukan untuk memuji
Bukan untuk mengambil hati
membahagiakan
malah menyenangkan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-10-2010 07:24
hebat awak ni...
Bukan untuk memuji
Bukan untuk mengambil hati
membahagiakan
malah menyenang ...
assafdiyah Post at 3-10-2010 01:30
Terima kasih daun keladi
ada masa bacalah lagi
buat pengubah luka hati
moga sembuh sanubari
binalah kekuatan diri
buat menempuh ujian Illahi. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-10-2010 07:34
Salam pagi minggu,
Pagi yang hening begini
indah suasana kurniaan Illahi
hati tenang lantas mensyukuri
masih diberi kesempatan menikmati
udara nyaman segar menyelimuti
kicauan burung mendamaikan hati
sinar mentari membawa rahmat tak terperi
langit bercahaya seakan mengerti
diri terpelihara dari mengingkari
panggilan Illahi di subuh hari.
~Goldkey |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-10-2010 08:02
Khas kepada yang bernama wanita
Wanita
Wanita dijadikan untuk lelaki
wanita isteri kepada suami
wanita ibu-ibu yang mithali
wanita saingan bidadari
wanita untuk dipuji bukan dikeji
wanita untuk dikasihi bukan dikasari
wanita untuk disayangi bukan dibenci
wanita untuk dilindungi bukan dikhianati
wanita untuk dijaga bukan dipenjara
wanita untuk bergembira bukan berduka
wanita untuk diredha bukan dimurka
wanita satu anugerah tak terhingga
wanita satu amanat yang Esa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Alam menunjuk duka
Angin
melanda memusnahkan segala
angkara tangan-tangan manusia
memusnahkan pohon-pohon berharga
kepanasan dunia membawa petaka.
Ombak
membinasakan harta benda
angkara tangan-tangan manusia yang leka
melakukan kemaksiatan tanpa rasa berdosa
murka Tuhan terimalah malapetaka.
Hujan
turun serata dunia
membersih sisa-sisa dosa manusia
membajiri kawasan merosakan apa saja
jadi amaran kepada yang derhaka.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku telah jatuh hati
bukan pada empunya diri
tapi pada setiap bait puisi |
|
|
|
|
|
|
|
Aku telah jatuh hati
bukan pada empunya diri
tapi pada setiap bait puisi
assafdiyah Post at 3-10-2010 10:17
terima kasih seadanya
datanglah bertandang jika ada waktunya
tempelah karya anda seadanya
moga-moga terkesan olehnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesan Motivator II
Sungguh malang andainya
ruang dan waktu yang kita miliki
yang singkat dan sementara ini
diisi dengan hal-hal yang tidak membahagiakan.
Apakah kita yakin
kita akan berbahagia di akhirat kelak
maka dengan itu
kita bermain-main dengan sifat buruk
yang mencarik kebahagiaan di dunia.
Jiwa yang bahagia datangnya dari
keberanian menegakan kebenaran,
tahu rahsia dari pengalaman kehidupan,
pandai menjaga kehormatan batin,
adil walaupon pada diri sendiri.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-10-2010 21:49
Didik jiwa cari bahagia
Didik jiwa perbetulkan niat
jika niat kerana-Nya
nescaya kita di landasan kebenaran
kebenaran itu bukankah cabang bahagia?
Didik jiwa mengingati-Nya
jika kita mengingati-Nya
nescaya kita perolehi ketenangan
ketenangan itu bukankah cabang bahagia?
Didik jiwa memaafkan
jika kita memaafkan
nercaya kita bebas dari dendam
tiada dendam itu bukankah cabang bahagia?
Didik jiwa mensyukuri
jika kita mesyukuri apa yang kita ada
nescaya hati kita perolehi kedamaian
kedamaian itu bukankah cabang bahagia?
Didik jiwa menerima seadanya
jika menerima seadanya diri kita
nescaya kita rasa berbangga
kebanggaan itu bukankah cabang bahagia?
Didik jiwa jangan berhutang
jika kita bebas dari hutang
nescaya kita rasa lapang
rasa lapang itu bukankan cabang bahagia?
Didik jiwa berkasih sayang
jika kita menyemai kasih sayang
nescaya kita menuai persaudaraan
persaudaraan itu bukankah tunjang bahagia?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kadangkala bila saya membaca membuat hati terasa
malu tak bertepi bagai bersalahnya diri
terima kasih atas segala dorongan
ada hikmahnya dipertemukan tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung
Sayang,
tadi abang pergi ke pasar malam
abang lihat banyak tudung
berwarna warni
ramai orang mengerumuni
abang pon tumpang sekaki
sungguh cantik berseri-seri
abang tahu tudung sayang gemari
jangan marah abang tak beli
tudung itu hanya tudung saji.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Khas kepada yang bernama wanita
Wanita
Wanita dijadikan untuk lelaki
wanita isteri kepada ...
Goldkey Post at 3-10-2010 07:56
Alangkah bahagia wanita yg memiliki
hampa aku tak pernah merasai |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung
Sayang,
tadi abang pergi ke pasar malam
abang lihat banyak tudung
berwarna warni
r ...
Goldkey Post at 3-10-2010 18:27
hadiahku untukmu hanya ketawa
lawakla... |
|
|
|
|
|
|
|
"sayang,
datanglah padaku
bila-bila waktu kau perlukan aku
aku pasti ada menunggumu
datanglah aku setia padamu
lepaskan hajatmu
kau pon tahu aku sedia berkhidmat kepadamu
usah menahan kehendakmu
tundukkan naluri itu
aku sedia membantu
cumaku pinta satu
siramilah aku dengan air yang suci".
Kata mangkuk tandas.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
kadangkala bila saya membaca membuat hati terasa
malu tak bertepi bagai bersalahnya diri
terima ...
assafdiyah Post at 3-10-2010 18:26
rasa bersalah tidak salah
biar perasaan itu membuat kita bermuhasabah diri
moga terjumpa jalan memperbaiki diri. |
|
|
|
|
|
|
|
"sayang,
datanglah padaku
bila-bila waktu kau perlukan aku
aku pasti ada menunggumu
datangla ...
Goldkey Post at 3-10-2010 18:38
haha .. pandai awak buat orang ketawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alangkah bahagia wanita yg memiliki
hampa aku tak pernah merasai
assafdiyah Post at 3-10-2010 18:31
Bahagia itu anugerah sementara
rebutlah sementara ada.
Derita juga hanya ujian sementara,
bersabarlah kerana selepas derita pasti ada bahagia. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|